laporan karnival asrama-bola baling
DESCRIPTION
laporan aktiviti sukan asrama-bola balingTRANSCRIPT
[PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT ASRAMA] 2013
LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING
PERINGKAT ASRAMA (ASPURA DAN ASPURI) 2013
SMK DATO’ MOHD TAHA, GEMENCHEH
1.0 PENGENALAN
Pelajar asrama perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti sukan untuk memberi ruang
kepada pelajar asrama bergiat secara aktif disamping dapat memenuhi masa riadah
pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Sehubungan dengan Pertandingan Karnival
Kokurikulum Asrama peringkat Negeri Sembilan yang bakal diadakan pada 22 Jun
2013 (Sabtu), pihak asrama mengambil inisiatif mengadakan Pertandingan Bola Baling
Peringkat Asrama untuk ASPURA dan ASPURI bagi mencungkil bakat pelajar
disamping dapat membuat pemilihan atlet-atlet yang akan mewakili SMK Dato’ Mohd
Taha pada karnival yang akan berlangsung.
2.0 OBJEKTIF
Pertandingan Bola Baling dijadikan amalan bagi mencapai objektif berikut:
2.1 Mencungkil bakat murid asrama supaya bergiat aktif di dalam aktiviti
kokurikulum.
2.2 Dapat melibatkan penyertaan murid asrama dalam pertandingan ASAT
yang dianjurkan oleh pihak jabatan.
2.3 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan, emosi dan
sosial.
3.0 TARIKH PELAKSANAAN
1
[PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT ASRAMA] 2013
18 & 19 Mei 2013
4.0 MASA
7.30 Pagi hingga 10.00 Pagi
5.0 TEMPAT PERTANDINGAN
Padang sekolah SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh (ASPURA)
6.0 ATURCARA AKTIVITI
7.30 pagi : Semua murid berkumpul (ASPURA & ASPURI)
7.35 pagi : Aktiviti memanaskan badan
7.45 pagi : Taklimat ringkas berkaitan peraturan permainan
8.00 pagi : Pertandingan bola baling
10.00 pagi : Acara tamat
7.0 JADUAL PERTANDINGAN
8.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN
2
[PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT ASRAMA] 2013
9.0 AKTIVITI BERGAMBAR
Aktiviti senaman regangan badan murid ASPURA sebelum perlawanan bola baling
3
[PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT ASRAMA] 2013
Aktiviti senaman regangan badan murid ASPURI sebelum perlawanan bola baling
Perlawanan antara pelajar ASPURA mewakili dorm masing-masing
4
[PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT ASRAMA] 2013
En. Mohd Rizal selaku pengadil pertandingan
Perlawanan antara pelajar ASPURI mewakili dorm masing-masing
10.0 PENUTUP
Pertandingan bola baling diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti
sukan di sekolah. Aktiviti ini juga diharapkan menjadi sebagai satu platform bagi warga
pelajar SMK Dato’ Mohd Taha memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara
yang mudah dan menyeronokkan.
5
Disediakan Oleh:
…………………………………………
(Noor Rafiza binti Ramli)
AJK Pembangunan Sukan dan
Kokurikulum SMK Dato’ Mohd Taha