laporan ke melaka ...hbhbbj

8
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN KUANG KM 28 JALAN KUANG 48050 RAWANG SELANGOR DARUL EHSAN LAPORAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA TARIKH 28 HINGGA 29 OKTOBER 2014 HARI : SELASA HINGGA RABU ANJURAN

Upload: benjamin-mcfarland

Post on 11-Nov-2015

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jsknjsnsknsdkkkhskkkmijnkkmksKADKADM

TRANSCRIPT

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASISEKOLAH KEBANGSAAN KUANGKM 28 JALAN KUANG48050 RAWANGSELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN AKTIVITILAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

TARIKH28 HINGGA 29 OKTOBER 2014

HARI : SELASA HINGGA RABU

ANJURAN PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS (PPKI)

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASISEKOLAH KEBANGSAAN KUANG,KM 28 JALAN KUANG,48050 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

LAPORAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

NAMA PROGRAM Lawatan sambil belajar ke Bandaraya Melaka Bersejarah.

TARIKH LAWATAN28 hingga 29 Oktober 2014

MASA2 hari 1 malam

TEMPAT LAWATAN1. Zoo Melaka2. Muzium Samudera3. Kota Afomosa4. Muzium Kesultanan Melayu Melaka5. Perigi Hang Tuah6. Muzium Hang Tuah7. Menara Taming Sari

PESERTA1. 24 orang murid pendidikan khas2. 10 orang guru pendidikan khas3. 3 pembantu pengurusan murid (PPM)

RASIONALSelaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

OBJEKTIF

1. Diharapkan program ini dapat di jadikan sebagai landasan kepada murid-murid Pendidikan Khas membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.2. Dapat membuka minda murid-murid Pendidikan Khas dengan suasana dan pengalaman yang baru.3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.4. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.

IMPAK1. Murid dapat merasai dan menikmati suasana pembelajaran luar bilik darjah yang sangat menyeronokkan.2. Murid dapat melihat dan mempelajari secara dekat akan kesan peninggalan sejarah Kerajaan Melayu Melaka seperti adanya perigi Hang Tuah, Kota Afomosa dan lain-lain.3. Dapat mengenali kebudayaan dan keistimewaan negeri Melaka Bersejarah dari segi makanan, bentuk rumah, pakaiaan, daya tarikan pelancong yang unik dengan adanya beca.4. Murid dapat menikmati keindahan semulajadi kota Melaka pada waktu malam.5. Dapat melahirkan murid yang prihatin, berdisiplin dan boleh berkerjasama di antara ahli kumpulan sepanjang mengikuti program tersebut.

PENAMBAHBAIKKAN1. Murid hendaklah sentiasa diperingatkan dan dinasihatkan supaya menepati masa.2. Guru hendaklah menyediakan tempat tinggal yang tidak terlalu jauh daripada tempat lawatan.3. Memperuntukkan masa yang lebih panjang agar murid-murid dapat meneroka sesuatu yang baru sepanjang mengikuti aktiviti dengan pengawasan dan pengawalan guru.4. Membawa lebih ramai murid untuk aktiviti lawatan yang seterusnya.

PENUTUP Aktiviti lawatan sambil belajar yang telah dijalankan ini, adalah merupakan salah satu aktiviti pembelajaran luar kelas yang terbukti telah dapat menarik minat murid untuk meneroka sesuatu yang baru dalam mempraktikkan ilmu pengetahuan sedia ada mereka. Aktiviti lawatan yang dijalankan ini juga telah dapat mencapai objektif sebagaimana yang telah dirancang hasil kerjasama guru dan murid. Harapan agar aktiviti lawatan sambil belajar seperti ini akan diteruskan di masa-masa akan datang. Di sediakan oleh(RAZZINA BT MISUAN) Setiausaha Lawatan

GAMBAR KETIKA AKTIVITI LAWATAN KE MELAKA

GAMBAR 1 : MENUNGGU GILIRAN UNTUK NAIK KE MENARA TAMING SARI

GAMBAR 2 : LAWATAN KE MUZIUM SAMUDERA

GAMBAR 3 : AKTIVITI DI ZOO MELAKA

GAMBAR 4 : LAWATAN KE MUZIUM KESULTANAN MELAYU MELAKA

GAMBAR 5 : DI HADAPAN KOTA A.FORMOSA

:GAMBAR 6 : BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN ZOO MELAKA