laporan pelaksanaan kem membaca 1 malaysia 2013 sk ladang
TRANSCRIPT
LAPORAN PELAKSANAAN
PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013PERINGKAT SEKOLAH
28 OKTOBER hingga 30 OKTOBER 2013
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Ladang
Alamat Sekolah : Sek Keb Ladang 20000 Kuala Terengganu.
Telefon & Fax : 09 6221716
Email Sekolah : skladang@gmail
Laman Web/Blog Sekolah : skladang.blogspot.com
Progres Pelaksanaan :
Kem Membaca 1 Malaysia 2012 (KM1M) telah
berlangsung dari 28 Oktober sehingga 30 Oktober 2013
yang bertemakan “Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia”.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ladang turut serta
melaksanakan program tersebut selama 3 hari iaitu dari
28 – 30 Oktober 2013. Ianya telah melibatkan semua
warga sekolah daripada para pelajar, guru serta staf-
staf sekolah. Para pelajar SKL dari Tahun 1-6 serta
guru telah menyertai program tersebut.
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2013
(KM1M) telah diadakan pada hari Ahad 28 Oktober
2013. Majlis ini dijalankan di Dataran Merah SK Ladang
dan dilancarkan oleh Tn Haji Ghazali b Abd Rahman
Guru Besar SK Ladang. Majlis ini berlangsung pada
pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti
berikut :
- Bercerita Tahap 1
- Pertandingan Mewarna Tahap 1
-Pertandingan Kraftangan Tahap 2
- Acara membaca beramai-ramai di setiap kelas
-Persembahan lakonan Tahap 2
Acara kemuncak Program KM1M 2013 merupakan
acara membaca beramai-ramai yang disertai oleh
semua warga sekolah. Para pelajar dan guru
melakukan pembacaan secara serentak selama 10
minit. Aktiviti Bacaan Beramai-ramai ini dapat
memupuk budaya membaca di kalangan murid SKL
dan diharap tabiat dan sifat pembacaan sepanjang
hayat dan disemaikan dalam generasi masa kini dan
akan datang.
28.10.2013 Majlis pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2013 (KM1M)
Sek Keb Ladang
28.10.201310 minit bersama buku
29.10.2013Pertandingan Kraftangan Tahap 2
29.10.2013Pertandingan Bercerita Tahap 1
23.10.2012Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Pra Sekolah
24.10.2012Persembahan lakonan Tahap 2
30.10.2013Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Sekolah
Di sediakan
----------------------------(ZORIA BT MAT DAUD)Guru Media dan PerpustakaanSek Keb Ladang,20000 Kuala Terengganu.