laporan penilaian 'outcome dan impak

36

Click here to load reader

Upload: rd-jpbd

Post on 28-Mar-2016

277 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak' bagi Garis Panduan Perancangan 'Gated Community and Guarded Neighbourhood'

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

Disediakan Oleh:

Bahagian Penyelidikan dan PembangunanJABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERANCANGAN `GATED COMMUNITY AND

GUARDED NEIGHBOURHOOD’

PENILAIAN `OUTCOME’

Page 2: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

Disediakan Oleh:

Bahagian Penyelidikan dan PembangunanJABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIAKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

24 Jun 2013 (www.mytownnet.blogspot.com)

GARIS PANDUAN PERANCANGAN `GATED COMMUNITY AND

GUARDED NEIGHBOURHOOD’

PENILAIAN `OUTCOME’

Page 3: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

ISI KANDUNGAN Muka surat 1.0 PENGENALAN 1 2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENILAIAN 2 2.1 Matlamat Penilaian 2 2.2 Objektif Penilaian 2 3.0 KANDUNGAN GARIS PANDUAN TANAH LAPANG DAN

REKREASI 2 3.1 Tujuan Garis Panduan 3 3.2 Definisi `Gated Community’ 3 3.3 Definisi `Guarded Neighbourhood’ 4 3.4 Skop Garis Panduan 4 3.5 Prinsip-Prinsip Perancangan Kediaman 5 3.6 Garis Panduan Umum Perancangan Gated Community 6 3.7 Garis Panduan Khusus Perancangan Gated Community 6 3.8 Garis Panduan Penubuhan Guarded Neighbourhood 9

4.0 METODOLOGI KAJIAN PENILAIAN 11 4.1 Skop dan Kerangka Penilaian 11 4.2 Pengumpulan dan Penganalisaan Data 14 5.0 HASIL KAJIAN 15 5.1 Penilaian Output - Penerimapakaian Garis Panduan di Peringkat

Negeri dan PBT 15 5.2 Penilaian Output - Penerimapakaian Garis Panduan di Peringkat

Negeri dan PBT 16 5.2.1 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 1 : Tahap Pematuhan Kepada

Kawalan Am Perancangan 16 5.2.2 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 2 : Tahap Pematuhan Kepada

Syarat Asas Penubuhan 17 5.2.3 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 3 : Tahap Pematuhan Kepada

Pembinaan Pondok Pengawal 18 5.2.4 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 4 : Tahap Pematuhan Kepada

Pembinaan Pagar Dan Sekatan 19 5.2.5 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 5 : Tahap Pematuhan Kepada

Kawalan Pengawal Keselamatan 20

Page 4: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

5.3 Penilaian Impak - Pencapaian Prinsip-Prinsip Perancangan Kediaman 21

6.0 ISU-ISU DAN IMPAK POSITIF DARIPADA PENGGUBALAN DAN PELAKSANAAN GARIS PANDUAN 23

7.0 PENUTUP 25

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Skop dan Aspek-Aspek Yang Dinilai 12

Jadual 2 Kaedah Pengumpulan dan Penganalisaan Data 15

Jadual 3 Tarikh Penerimapakaian GP Gated Community and Guarded

Neighbourhood 15

Jadual 4 Tahap Pematuhan Kepada Kawalan Am Perancangan 17

Jadual 5 Tahap Pematuhan Kepada Syarat Asas Penubuhan 18

Jadual 6 Tahap Pematuhan Kepada Pembinaan Pondok Pengawal 19

Jadual 7 Tahap Pematuhan Kepada Pembinaan Pagar Dan Sekatan 20

Jadual 8 Tahap Pematuhan Kepada Kawalan Pengawal Keselamatan 20

Jadual 9 Tahap Pencapaian Kepada Prinsip-Prinsip Perancangan

Kediaman (Kajian Soal Selidik Penduduk) 21

Jadual 10 Tahap Pencapaian Kepada Prinsip-Prinsip Perancangan

Kediaman (Kajian Verfikasi PBT) 23

SENARAI RAJAH

Rajah 1 Kerangka Penilaian keberkesanan Garis Panduan Penubuhan

Guarded Neighbourhood 13

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1 Check List Borang Pemerhatian di Tapak

Lampiran 2 Borang Soal Selidik Penduduk

Lampiran 3 Borang Soal Selidik PBT (Verifikasi)

Page 5: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JPBD Semenanjung Malaysia

1.0 PENGENALAN

Laporan ini membentangkan hasil kajian penilaian `outcome’ dan impak daripada penerimapakaian dan penguatkuasaan Garis Panduan (GP) Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’ yang telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia pada tahun 2010. Penyediaan garis panduan ini merupakan salah satu daripada 7 garis panduan perancangan baru yang telah disediakan oleh JPBD Semenanjung Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9 : 2005 hingga 2010). Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’ telah dipilih bagi tujuan penilaian `outcome’ dan impak adalah selaras dengan beberapa isu yang wujud berkaitan dengan pembangunan `gated Community’ (GC) dan `guarded neighbourhood’ (GN) di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti berikut: (i) kewujudan skim GC dan skim GN boleh memberi implikasi negatif kepada

pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial penduduk khususnya di antara penghuni yang tinggal di kawasan berpagar dengan penghuni yang tinggal di kawasan kediaman biasa;

(ii) Pembinaan pondok pengawal yang tidak terancang, pemasangan sekatan dan

halangan fizikal serta keperluan menyerah dokumen pengenalan diri secara tidak sah, khususnya di kawasan GN boleh menghalang daya aksessibiliti dan menimbulkan kesukaran kepada pihak berkuasa dan orang ramai untuk keluar-masuk ke skim-skim kediaman; dan

(iii) rekabentuk, ketinggian dan saiz pagar yang dibina, khususnya di sekeliling

kawasan skim GC telah menghalang pandangan (permeability) daripada luar. Keadaan ini menyukarkan pemantauan keselamatan serta mencacatkan pemandangan dan estetika keseluruhan kawasan pemajuan.

Pemilihan garis panduan ini juga bertepatan dengan keputusan Jemaah Menteri (28 Julai 2010) dan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) (2 September 2010) yang mengarahkan supaya isu-isu penubuhan dan pelaksanaan skim berpagar dan berpergawal diselesaikan secara berkesan berpandukan undang-undang sedia ada serta menepati kehendak rakyat. Ia juga penting bagi tujuan menilai dan memantau tahap

Page 6: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 2

penguatkuasaan oleh PBT/agensi bertanggungjawab serta pematuhan persatuan penduduk.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENILAIAN

2.1 Matlamat Penilaian

Matlamat utama penilaian `outcome’ dan impak dibuat ke atas garis panduan

perancangan ini adalah untuk menilai sejauhmana garis panduan yang

diluluskan di peringkat persekutuan diterima pakai dan dikuatkuasakan oleh

pihak berkuasa negeri (PBN), PBT, agensi berkaitan dan persatuan

penduduk dalam merancang, mengawal dan menubuhkan skim `guarded

neighbourhood’.

2.2 Objektif Penilaian

Dalam konteks garis panduan ini, penilaian dibuat bagi mencapai objektif-objektif

berikut:

(i) mengenalpasti tahap penerimapakaian GP di peringkat Negeri dan PBT;

(ii) menilai sejauhmana penubuhan skim GN mematuhi garis panduan /

syarat-syarat yang digariskan di dalam GP;

(iii) menilai tahap penguatkuasaan oleh PBT terhadap garis panduan / syarat-

syarat yang digariskan di dalam GP berkaitan skim GN; dan

(iv) menilai implikasi penggubalan GP berkaitan penubuhan GN terhadap

aspek-aspek keselamatan, `privacy’, persekitaran, interaksi sosial dan

kesan pengasingan kelompok masyarakat.

3.0 KANDUNGAN GARIS PANDUAN

Garis panduan perancangan tanah lapang dan rekreasi telah menggariskan beberapa

aspek penting sebagaimana berikut:

Page 7: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 3

3.1 Tujuan Garis Panduan

Garis panduan ini disediakan bagi

membantu pihak berkuasa negeri

(PBN), pihak berkuasa tempatan

(PBT) dan agensi-agensi teknikal di

dalam merancang dan mengawal

pembangunan perumahan

berkonsepkan ‘gated community’ (GC) dan ‘guarded neighbourhood’ (GN). Garis

panduan ini juga memberi panduan

asas kepada pemaju dan

persatuan penduduk di dalam

membangunkan skim ‘gated

community’ dan menubuhkan skim

‘guarded neighbourhood’.

3.2 Definisi ‘Gated Community’

GC boleh didefinisikan sebagai suatu kumpulan penduduk atau komuniti yang tinggal di kawasan berpagar dan berpengawal sama ada di kawasan bangunan kediaman berbilang tingkat (high-rise property) seperti pangsapuri, kondominium dan `town-house’ atau di kawasan kediaman bertanah (landed property) seperti banglo, teres dan rumah berkembar. Walau bagaimanapun, tafsiran `gated community’ lebih tertumpu kepada kumpulan penduduk atau komuniti yang tinggal di kawasan kediaman bertanah berhakmilik strata. Secara umum, ia merupakan satu skim kediaman tertutup dengan tembok / pagar mengelilingi keseluruhan kawasan kediaman, mempunyai akses keluar-masuk yang terhad dan terkawal serta mempunyai kemudahan harta bersama (common property). Skim GC boleh diklasifikasikan berdasarkan ciri-ciri berikut: (i) Pembangunan hartanah kediaman bertanah (landed) yang meliputi rumah

banglo, berkembar, teres dan sebagainya yang dibangunkan di atas satu lot tanah utama dengan pecahan kepada petak tanah (land parcel) kecil dengan pemilikan tanah secara hakmilik strata;

Page 8: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 4

(ii) Pembangunan yang eksklusif dikelilingi oleh pagar atau tembok yang dijadikan sempadan dengan kawasan pembangunan atau kediaman bersebelahan;

(iii) Mempunyai akses keluar-masuk yang terhad dan sistem kawalan keselamatan 24 jam sama ada menggunakan pengawal keselamatan atau penggunaan CCTV atau kedua-duanya;

(iv) Mempunyai beberapa komponen kemudahan harta bersama seperti rumah

kelab, kolam renang dan kawasan rekreasi / taman permainan yang hanya boleh digunakan oleh penghuni skim berkenaan; dan

(v) Mempunyai sistem pengurusan dan penyelenggaraan sendiri yang diselia

oleh badan pengurusan (management corporation) yang dilantik oleh penghuni selaras dengan peruntukan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).

3.3 Definisi ‘Guarded Neighbourhood’

GN boleh didefinisikan sebagai satu kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan atau sebahagian di dalam skim-skim perumahan sedia ada atau baru yang pegangan tanahnya berhakmilik individu (individual land title). Skim GN menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan sama ada dengan atau tanpa pondok pengawal. Dari segi undang-undang, ia tidak boleh mempunyai halangan fizikal di atas jalan awam dan menguatkuasakan sebarang sekatan keluar-masuk kepada penghuni dan orang ramai. Kewujudan GN adalah tidak berdasarkan kepada peruntukan mana-mana undang-undang atau peraturan. Ia hanya wujud secara `ad-hoc’ berdasarkan persetujuan penghuni-penghuni di sesebuah kawasan kejiranan untuk menjadikan kejiranan mereka sebagai kawasan berpengawal (guarded).

3.4 Skop Garis Panduan

Skop utama garis panduan ini adalah tertumpu kepada pembangunan skim ‘gated community’ yang dimajukan mengikut Akta 318. Ia meliputi penjelasan tentang prinsip-prinsip perancangan yang perlu dicapai serta garis panduan-garis panduan umum dan khusus dari aspek perancangan fizikal, undang-undang serta keperluan sosial yang perlu dipatuhi bagi memastikan pembangunan GC tidak

Page 9: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 5

menimbulkan masalah dalam tempoh jangka panjang. Garis panduan ini juga menggariskan langkah-langkah kawalan serta syarat-syarat bagi memandu persatuan penduduk di kawasan kejiranan sedia ada dan baru dalam menubuhkan GN dan membantu PBT memantau dan mengawal selia penubuhan dan operasi skim-skim GN

3.5 Prinsip-Prinsip Perancangan Kediaman

Pembangunan skim GC dan GN perlu mengambilkira dan memberi perhatian kepada aspek keselamatan, keselesaan, kebersihan, kejiranan dan pembentukan komuniti mampan sebagaimana berikut: (i) Persekitaran tempat tinggal yang selamat, kondusif dan selesa

Pembangunan GC perlu menyediakan ruang persekitaran yang selamat daripada sebarang pencerobohan fizikal serta unsur-unsur jenayah. GC perlu memberi peluang kepada penghuni untuk menikmati kehidupan `privacy’ serta bebas dari kacau ganggu.

(ii) Pengagihan kemudahan secara adil Kemudahan awam yang berkualiti haruslah diletakkan di lokasi yang bersesuaian agar dapat dikongsi oleh semua penduduk dalam komuniti.

(iii) Budaya kebersihan dan mencintai

keindahan - Mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh penduduk dalam komuniti.

(iv) Menggalakkan kemesraan dan interaksi sosial Menyediakan kemudahan-kemudahan yang menggalakkan berlakunya interaksi positif antara masyarakat dalam kawasan GC seperti penyediaan taman permainan kanak-kanak, rumah kelab dan sebagainya.

Page 10: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 6

3.6 Garis Panduan Umum Perancangan `Gated Community’ (GC) GP ini telah menggariskan beberapa garis panduan umum (kawalan am perancangan) yang perlu dipatuhi oleh PBT, agensi pelaksana dan pemaju di dalam pembangunan skim `Gated Community’ (GC) sebagaimana berikut: (i) Pembangunan GC hanya dibenarkan di lokasi-lokasi tertentu dan hanya

terhad di kawasan bandar.

(ii) Cadangan membangunkan skim GC perlu ditentukan di dalam pelan susunatur pembangunan, khususnya bagi cadangan pemajuan kediaman berskala besar dan tertakluk kepada kelulusan kebenaran merancang oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT).

(iii) Luas minimum kawasan yang boleh dipertimbangkan untuk pembangunan skim GC ialah 1.0 hektar. Bagi pembangunan skim GC yang mempunyai banyak skim, luas maksimum bagi setiap skim adalah 10.0 hektar.

(iv) Kemudahan-kemudahan harta bersama (common property) termasuk jalan dalam skim GC adalah milik komuniti skim tersebut dan ianya perlu diselenggara sendiri oleh penghuni melalui perbadanan pengurusan yang dilantik.

(v) Pembinaan sebarang tembok atau pagar yang mengasingkan sepenuhnya di antara penduduk GC dan bukan GC adalah tidak dibenarkan.

(vi) Penilaian Impak Sosial (SIA) sebagaimana yang diperuntukkan di dalam subseksyen 21A(1A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) perlu disediakan sebelum pemajuan GC diberi pertimbangan oleh PBPT.

3.7 Garis Panduan Khusus Perancangan `Gated Community’ (GC)

Selain daripada garis panduan umum, GP ini juga telah menggariskan beberapa garis panduan khusus yang perlu dipatuhi oleh PBT, agensi pelaksana dan pemaju. Ia merangkumi 14 aspek piawaian kawalan perancangan seperti berikut:

(i) Saiz Keluasan Pembangunan - Bagi aspek kawalan saiz pembangunan,

garis panduan ini menetapkan pembangunan skim GC yang melibatkan kawasan yang besar (> 10 hektar) perlu dipecahkan kepada skim yang

Page 11: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 7

lebih kecil dengan keluasan setiap skim adalah 1.0 hektar (minimum) hingga 10.0 hektar (maksimum) atau 200-500 unit kediaman setiap skim. Justifikasi penetapan keluasan adalah seperti berikut:

(a) memudahkan penyelenggaraan dan pengurusan kawasan; (b) membolehkan kemudahan awam berhierarki rendah seperti rumah

kelab dan kolam renang disediakan di dalam kawasan GC; dan (c) memudahkan akses dan tidak menghalang akses orang ramai ke

kawasan kediaman sekitar.

(ii) Perancangan Tapak - Perancangan tapak perlu bersesuaian dan mematuhi dasar serta garis panduan perumahan yang telah ditetapkan dalam rancangan pemajuan. Perancangan skim GC perlu mengambil kira topografi asal dan disesuaikan dengan elemen-elemen yang dapat mewujudkan persekitaran yang menarik, selamat, selesa dan harmoni;

(iii) Lokasi Pembangunan - Lokasi pembangunan GC hanya dibenarkan di

kawasan bandar yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM). GC tidak digalakkan untuk dibangunkan di kawasan perkampungan kerana dikhuatiri memberi impak negatif terutamanya kepada masyarakat serta boleh mewujudkan pengasingan sosial yang ketara;

(iv) Sistem dan Hierarki Jalan Raya - Bagi aspek sistem dan hierarki jalan

raya, kawalan yang digariskan adalah seperti berikut:

(a) menyediakan laluan terus di antara skim GC dengan kawasan kediaman lain dan memastikan laluan masuk ke kawasan lot lapisan kedua tidak terhalang;

(b) menyediakan sekurang-kurangnya 2 laluan keluar masuk bagi keperluan kecemasan; dan

(c) kelebaran jalan dalam GC dicadangkan selebar 12 meter bagi tujuan kelancaran aliran trafik.

(v) Reka Bentuk Perumahan dan Anjakan Bangunan - Reka bentuk

bangunan dan susun atur kawasan perumahan perlu menekankan aspek keselamatan dan mempunyai identiti senibina yang menarik serta mengikut garis panduan/piawaian perumahan semasa yang diguna pakai

Page 12: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 8

oleh PBPT. Bagi anjakan bangunan, ianya juga perlu mematuhi piawaian sedia ada yang ditetapkan oleh PBT;

(vi) Pembinaan Pagar/Tembok - Pembinaan pagar/tembok di sekeliling

kawasan GC sebagai sempadan dengan kawasan bersebelahan adalah dibenarkan. Ia tertakluk kepada ketinggian tidak melebihi 2.75 meter (9 kaki) selaras dengan peruntukan seksyen 98, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984). Reka bentuk pagar hendaklah 50% terbuka dan dapat dilihat daripada luar;

(vii) Laluan Keluar-Masuk - Sekurang-kurangnya 2 laluan (pintu) keluar-

masuk perlu disediakan di dalam kawasan skim GC selaras dengan peruntukan UKBS 1984. Pintu pertama digunakan sebagai laluan keluar masuk utama, manakala pintu kedua digunakan sebagai laluan keluar masuk semasa berlaku kecemasan;

(viii) Pembinaan Pondok Pengawal - Pondok pengawal hendaklah dibina di

dalam kawasan skim GC dan tidak menghalang lalu lintas. Saiz yang dibenarkan adalah tidak melebihi 1.8 meter × 2.4 meter atau saiz yang difikirkan sesuai oleh PBT;

(ix) Landskap dan Penanaman Pokok - Landskap dan penanaman pokok

haruslah bersesuaian dan sentiasa diselenggara. Ketinggian pokok renek yang dicadangkan adalah tidak melebihi 3 meter;

(x) Ketinggian Bangunan - Ketinggian maksimum bangunan kediaman

landed yang dibenarkan adalah 18.5 meter selaras dengan peruntukan UKBS 1984;

(xi) Penyediaan Tempat Letak Kereta/Motosikal - Tempat letak kereta atau

motosikal bagi penghuni dan pelawat perlu disediakan secara mencukupi. Pembelian dan pemilikan unit rumah mestilah termasuk kemudahan tempat letak kereta selaras dengan kelulusan kebenaran merancang dan pelan bangunan;

(xii) Laluan Khas Utiliti - Laluan khas utiliti seperti elektrik, telefon, bekalan air,

gas dan sistem pembetungan selebar sekurang-kurangnya 2.5 meter perlu

Page 13: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 9

disediakan dalam kawasan GC bagi meningkatkan perkhidmatan dan memudahkan penyelenggaraan;

(xiii) Perletakan Kemudahan Awam - Kemudahan awam berhierarki rendah

seperti rumah kelab, taman permainan kanak-kanak, kawasan rekreasi dan kolam renang sahaja dibenarkan dalam kawasan GC. Penyediaan kawasan rekreasi di dalam kawasan GC tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada 10% tanah lapang awam seperti yang lazim disyaratkan di dalam keseluruhan skim pembangunan; dan

(xiv) Nama Taman/Kejiranan - Nama-nama GC hendaklah menggunakan

nama-nama tempatan serta bercirikan budaya Malaysia.

3.8 Garis Panduan Penubuhan Guarded Neighbourhood (GN) GP ini juga telah menggariskan beberapa garis panduan bagi menubuhkan skim GN yang perlu dipatuhi oleh pemaju dan persatuan penduduk. Ia meliputi 6 aspek iaitu kawalan am perancangan, syarat asas penubuhan, kawalan pembinaan pondok pengawal, kawalan pembinaan pagar, syarat pengawal keselamatan dan syarat pelepasan status seperti berikut:

(i) Kawalan Am Perancangan - Kawalan am perancangan skim GN meliputi

perkara-perkara berikut:

(a) skim GN hanya dibenarkan di kawasan bandar, khususnya di kawasan yang kurang selamat (mempunyai kadar jenayah yang tinggi berdasarkan rekod PDRM). PBT dicadangkan mendapat pandangan daripada PDRM dalam meneliti sebarang cadangan penubuhan GN oleh persatuan penduduk;

(b) GN tidak dibenarkan jika di dalam kawasan kejiranan terdapat

komponen-komponen kemudahan awam utama seperti sekolah, masjid, dewan orang ramai dan sebagainya serta jika merupakan kawasan laluan pengangkutan bas awam; dan

Page 14: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 10

(c) PBT boleh menentukan bilangan unit rumah (minimum dan maksimum) dalam sesuatu skim GN bagi memastikan ianya dapat dikawal dan diurus dengan berkesan.

(ii) Syarat Asas Penubuhan - Syarat asas penubuhan GN adalah seperti

berikut:

(a) cadangan menubuhkan GN perlu dimaklumkan kepada PBT yang berkenaan melalui persatuan penduduk (RA) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri;

(b) semua premis kediaman yang hendak dijadikan sebagai GN

mestilah telah mendapat Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC);

(c) cadangan untuk mewujudkan GN perlu mendapat persetujuan majoriti penduduk (ketua isi rumah), tertakluk kepada tiada sebarang paksaan atau tekanan kepada penduduk yang tidak bersetuju; dan

(d) pihak persatuan penduduk perlu mengemukakan dokumen

berkenaan persetujuan penduduk dan lain-lain maklumat yang diperlukan kepada PBT dan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

(iii) Kawalan Pembinaan Pondok Pengawal - Pembinaan pondok pengawal

tertakluk kepada kawalan berikut:

(a) saiz pondok pengawal hendaklah tidak melebihi 1.8 meter × 2.4 meter;

(b) pondok pengawal hanya dibenarkan disedia atau dibina di kawasan

bahu jalan (road shoulder) dan perlu dipastikan tidak menghalang lalu lintas. Amalan pembinaan pondok pengawal di atas atau di kawasan tengah jalan adalah tidak dibenarkan;

(c) jika cadangan binaan pondok pengawal di kawasan bahu jalan

(rezab jalan) adalah berstruktur kekal (permanent structure), pemohon (persatuan penduduk) perlu memohon kelulusan Lesen

Page 15: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 11

Pendudukan Sementara (Temporary Occupation Licence – TOL) daripada Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan. Peraturan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 65, Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56);

(d) cadangan lokasi pondok pengawal perlu ditanda di dalam bentuk

pelan yang sesuai dan perlu dikemukakan kepada PBT. Pondok pengawal hanya boleh disedia atau dibina setelah mendapat kelulusan PBT;

(e) cadangan reka bentuk pondok pengawal perlu dikemukakan di

dalam bentuk pelan tertentu untuk kelulusan PBT. Reka bentuk bumbung dan fasad bangunan perlulah berharmoni dengan pembangunan sekitar dan perlu dibina secara kemas serta tidak mencacatkan pemandangan; dan

(f) Halangan dalam bentuk sekatan fizikal secara sementara boleh

dipertimbangkan.

(iv) Kawalan Pembinaan Pagar - Pembinaan pagar (perimeter fencing) mengelilingi kawasan sempadan skim kejiranan adalah tidak dibenarkan.

(v) Syarat Pengawal Keselamatan - Pengawal keselamatan yang dilantik

perlu berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri.

(vi) Syarat Pelepasan Status - Cadangan pelepasan atau pembubaran status GN kepada status asal (tidak berpengawal) oleh persatuan penduduk perlu dimaklumkan kepada PBT.

4.0 METODOLOGI KAJIAN PENILAIAN

4.1 Skop dan Kerangka Penilaian

Penilaian terhadap keberkesanan GP ini adalah berdasarkan kepada sejauhmana pernyataan garis panduan penubuhan dan prinsip perancangan yang terkandung di dalam garis panduan dipatuhi di dalam menubuhkan skim `guarded neighbourhood’ (GN). Fokus kajian hanya diberikan kepada skim GN kerana kewujudan isu adalah tertumpu kepada skim ini berbanding dengan skim GC.

Page 16: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 12

Secara umum, penilaian adalah terbahagi kepada 3 skop utama iaitu penilaian `output’, `outcome’ dan impak (awalan). Setiap skop penilaian adalah dinilai menggunakan indikator-indikator yang telah ditetapkan di mana pencapaiannya diukur berdasarkan kepada aspek-aspek yang disenaraikan di Jadual 1.

Jadual 1: Skop dan Aspek-Aspek Yang Dinilai

SKOP PENILAIAN ASPEK PENILAIAN (Indikator Pencapaian dan Kriteria Pengukuran)

`OUTPUT’ –Penerimapakaian garis panduan.

Tahap penerimapakaian GP di peringkat Negeri dan PBT di Semenanjung Malaysia.

`OUTCOME’ 1– Pematuhan Garis Panduan Penubuhan

Pematuhan kepada Kawalan Am Perancangan. Pematuhan kepada Syarat Asas Penubuhan. Pematuhan kepada Pembinaan Pondok Pengawal. Pematuhan kepada Pembinaan Pagar dan Sekatan. Pematuhan kepada Kawalan Pengawal Keselamatan.

OUTCOME 2 - (Impak Awalan) Pencapaian Prinsip Perancangan

Keselamatan - selamat daripada unsur- unsur jenayah.

Kehidupan - lebih `privacy’. Persekitaran - bersih dan indah yang dapat

memberikan keselesaan dan keharmonian kepada penduduk.

Interaksi Sosial – meningkat interaksi antara penduduk.

Pengasingan Penduduk – Implikasi pengasingan kelompok masyarakat antara penghuni di dalam satu skim GN dengan penghuni luar.

Kerangka keseluruhan penilaian keberkesanan GP penubuhan `guarded

neighbourhood’ bermula daripada pemahaman terhadap objektif penggubalan

garis panduan sehinggalah kepada peringkat-peringkat penilaian `output’

(peringkat 1) dan `outcome’ (peringkat 2) serta impak-impak (peringkat 3) yang

terhasil daripada pelaksanaaan dan penguatkuasaan garis panduan yang digubal

adalah seperti di Rajah 1.

Page 17: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 13

KRITERIA PENGUKURAN

OBJEKTIF GP

Mempastikan penubuhan Skim GN mematuhi garis panduan dan syarat-syarat yang digariskan.

Mempastikan penubuhan Skim GN selaras

dan mencapai prinsip-prinsip perancangan bagi pembangunan kediaman.

Peringkat 1 - `OUTPUT’

PENERIMAPAKAIAN GP • Tahap penerimapakaian GP di

peringkat Negeri dan PBT.

BIDANG HASIL UTAMA (BHU)

Kediaman yang selamat dan `privacy’. Persekitaran kediaman yang bersih dan

indah. Masyarakat yang berinteraksi.

Peringkat 2 - `OUTCOME’ 1

PEMATUHAN GARIS PANDUAN

PENUBUHAN GN

• Pematuhan kepada Kawalan Am Perancangan (3 aspek / kriteria pengukuran).

• Pematuhan kepada Syarat Asas Penubuhan (5 aspek / kriteria pengukuran).

• Pematuhan kepada Pembinaan Pondok Pengawal (3 aspek / kriteria pengukuran).

• Pematuhan kepada Pembinaan Pagar dan Sekatan (2 aspek / kriteria pengukuran).

• Pematuhan kepada Kawalan Pengawal Keselamatan (2 aspek / kriteria pengukuran).

INDIKATOR PENCAPAIAN DAN KRITERIA PENGUKURAN

Peringkat 3 – `OUTCOME’ 2 (Impak Awalan)

PENCAPAIAN PRINSIP PERANCANGAN KEDIAMAN

Persekitaran yang selamat daripada unsur- unsur jenayah.

Kehidupan yang lebih `privacy’.

Persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada penduduk.

Galakan kepada interaksi sosial antara penduduk.

Tidak memberi implikasi pengasingan kelompok masyarakat antara penghuni di dalam satu skim GN dengan penghuni luar.

KRITERIA PENGUKURAN

Rajah 1: Kerangka Penilaian keberkesanan Garis Panduan Penubuhan Guarded

Neighbourhood

Page 18: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 14

4.2 Pengumpulan dan Penganalisaan Data Kajian penilaian ini dijalankan dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan

kualitatif dari segi pengumpulan maklumat dan penganalisaan data. Dari segi tahap (level) data, ia terbahagi kepada data umum iaitu data dalam konteks negeri dan data khusus yang dikumpulkan dari kajian soal selidik dan kajian kes. Data umum meliputi tahap penerimapakaian GP yang dikumpulkan daripada rekod-rekod sedia ada. Data-data ini bertujuan untuk mengukur `output’ daripada GP yang disediakan.

Bagi data khusus, ia terhasil daripada tiga (3) kaedah pengumpulan data iaitu : (i) kajian pengamatan di tapak menggunakan Borang Senarai Semak

(Lampiran 1) yang dijalankan di 125 skim GN di Semenanjung Malaysia dari 27 Jun hingga 16 Julai 2012;

(ii) kajian soal selidik penduduk GN (Lampiran 2); dan (iii) kajian soal selidik penduduk (Lampiran 3).

Bagi kajian pengamatan, peratus sampel adalah pada kadar 70.2% daripada keseluruhan populasi 178 skim GN yang direkodkan di Semenanjung Malaysia (tidak meliputi kawasan Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor yang masih tidak menerimapakai GP yang digubal). Paras kebolehpercayaan sampel adalah pada kadar 95.0% (5.0% error). Bagi kajian soal selidik penduduk GN, ia dijalankan secara kajian kes melibatkan tiga (3) negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dari 5 – 16 November 2012. Sebanyak 342 penduduk (sampel) telah berjaya ditemubual untuk kajian ini. Bagi tujuan verifikasi, satu Borang soal selidik khas dihantar secara pos kepada 85 PBT di Semenanjung Malaysia (tidak meliputi PBT di WP dan Selangor). Walau bagaimanapun hanya 31 borang yang dikembalikan untuk tujuan analisis. Data-data khusus adalah bertujuan untuk mengukur `outcome’ dan juga impak daripada penubuhan skim `guarded neighbourhood.

Secara terperinci, kaedah dan teknik pengumpulan maklumat dan penganalisaan

data bagi setiap aspek (indikator dan kriteria pengukuran) yang dikaji adalah

sebagaimana di Jadual 2.

Page 19: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 15

Jadual 2: Kaedah Pengumpulan dan Penganalisaan Data

ASPEK PENILAIAN KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT

KAEDAH PENGANALISAAN

DATA Tahap penerimapakaian GP `GC and GN’ di peringkat Negeri dan PBT (data umum)

• Rekod Mesyuarat JPN setiap Negeri

Kualitatif (tarikh dan perihal data)

Tahap pematuhan kepada garis panduan / syarat-syarat penubuhan GN (5 IP / 14 Kriteria Pengukuran) (data khusus)

• Kajian Pengamatan di Tapak (125 sampel)

Diskriptif (kekerapan dan peratusan)

Tahap pematuhan kepada prinsip perancangan (5 Kriteria Pengukuran) (data khusus)

• Kajian Soal Selidik Penduduk GN (342 sampel)

• Kajian soal selidik PBT (31 sampel – Verifikasi)

Diskriptif (kekerapan dan peratusan)

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Penilaian Output - Penerimapakaian Garis Panduan di Peringkat Negeri dan

PBT

Rekod-rekod Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) menunjukkan

bahawa GP ini hanya diterimapakai di 10 Negeri di Semenanjung Malaysia

daripada tahun 2010 hingga 2012 kecuali di Negeri Selangor dan kawasan-

kawasan Wilayah Persekutuan (Jadual 3).

Jadual 3: Tarikh Penerimapakaian GP Gated Community and Guarded Neighbourhood

NEGERI TARIKH PENERIMAPAKAIAN

CATATAN

Johor 17 Ogos 2011 Penerimapakaian secara serentak meliputi 16 PBT

Kedah 28 Februari 2011 Penerimapakaian secara serentak meliputi 12 PBT

Kelantan 25 Oktober 2010 Penerimapakaian secara serentak meliputi 10 PBT

Page 20: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 16

Melaka 31 Mei 2011 Penerimapakaian secara serentak meliputi 3 PBT

Negeri Sembilan 14 Februari 2011 Tiada pindaan

Pahang 15 November 2010 Tiada pindaan

Perak 29 November 2010 Tiada pindaan

Perlis 22 Mac 2011 Tiada pindaan

Pulau Pinang 27 Februari 2012 Penerimapakaian secara serentak meliputi 2 PBT

Selangor - Belum diterima pakai

Terengganu 14 Mac 2011 Penerimapakaian secara serentak meliputi 7 PBT

WP Kuala Lumpur - Belum diterima pakai

WP Putrajaya - Belum diterima pakai

WP Labuan - Belum diterima pakai

Sumber : JPBD Negeri (2012).

5.2 Penilaian Outcome - Pematuhan Garis Panduan Penubuhan Skim GN

Hasil analisis `outcome’ adalah dinilai berdasarkan lima (5) indikator pencapaian dan 15 kriteria pengukuran seperti berikut: (i) Pematuhan kepada kawalan am perancangan (3 kriteria pengukuran); (ii) Pematuhan kepada syarat asas penubuhan (4 kriteria pengukuran); (iii) Pematuhan kepada pembinaan pondok pengawal (3 kriteria pengukuran); (iv) pematuhan kepada pembinaan pagar dan sekatan (2 kriteria pengukuran);

dan (v) Pematuhan kepada kawalan pengawal keselamatan (2 kriteria

pengukuran). 5.2.1 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 1 : Tahap Pematuhan Kepada Kawalan

Am Perancangan

Bagi tahap pematuhan kepada kawalan am perancangan, daripada 3 kriteria pengukuran, 2 kriteria iaitu kriteria (i) skim GN hanya dibenarkan di kawasan bandar (iaitu di dalam kawasan operasi PBT); dan kriteria (iii) skim GN tidak dibenarkan jika kawasan kejiranan merupakan kawasan laluan pengangkutan bas awam, dipatuhi sepenuhnya oleh 125 sampel skim GN. Hanya kriteria (ii) iaitu

Page 21: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 17

skim GN tidak dibenarkan jika di dalam kawasan kejiranan terdapat komponen kemudahan awam utama seperti sekolah, masjid, dewan orang ramai dan sebagainya, yang wujud elemen ketidakpatuhan di mana 2 skim GN direkodkan tidak mematuhi (Jadual 4).

Jadual 4: Tahap Pematuhan Kepada Kawalan Am Perancangan

GARIS PANDUAN (3 kriteria pengukuran)

TAHAP PEMATUHAN (NILAI SKOR)

Mematuhi (1)

Tidak Mematuhi (0)

(i) Skim GN hanya dibenarkan di kawasan bandar (iaitu di dalam kawasan operasi PBT).

125 (100.0%)

0 (0.0%)

(ii) Skim GN tidak dibenarkan jika di dalam kawasan kejiranan terdapat komponen kemudahan awam utama seperti sekolah, masjid, dewan orang ramai dan sebagainya.

123 (98.4%)

2 (1.6%)

(iii) Skim GN tidak dibenarkan jika kawasan kejiranan merupakan kawasan laluan pengangkutan bas awam.

125 (100.0%)

0 (0.0%)

Nota : Jumlah sampel adalah 125. Sumber : Kajian Pengamatan di Tapak Skim GN (27 Jun hingga 16 Julai 2012).

5.2.2 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 2 : Tahap Pematuhan Kepada Syarat Asas Penubuhan

Bagi tahap pematuhan kepada syarat asas penubuhan, daripada 4 kriteria

pengukuran, 3 kriteria iaitu kriteria (ii) cadangan menubuhkan skim GN perlu dimaklumkan kepada PBT melalui persatuan penduduk (RA); kriteria (iii) Cadangan mewujudkan GN perlu mendapat persetujuan majoriti (≥ 5 1.%) penduduk (ketua isi rumah); dan kriteria (iv) persatuan penduduk tidak boleh memaksa atau memberi tekanan tekanan kepada penduduk yang tidak bersetuju dengan penubuhan skim GN, pada umumnya dipatuhi oleh skim-skim GN dengan merekodkan tahap pematuhan melebihi 95%. Hanya kriteria (i) iaitu persatuan penduduk (RA) perlu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang merekodkan hanya 104 skim mematuhi daripada 125 skim GN yang dilawati (Jadual 5).

Page 22: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 18

Jadual 5: Tahap Pematuhan Kepada Syarat Asas Penubuhan

GARIS PANDUAN (4 kriteria pengukuran)

TAHAP PEMATUHAN (NILAI SKOR)

Mematuhi (1)

Tidak Mematuhi (0)

(i) Persatuan penduduk (RA) perlu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

104 (83.2%)

21 (16.8%)

(ii) Cadangan menubuhkan skim GN perlu dimaklumkan kepada PBT melalui persatuan penduduk (RA).

120 (96.0%)

5 (4.0%)

(iii) Cadangan mewujudkan GN perlu mendapat persetujuan majoriti ( ≥ 51.%) penduduk (ketua isi rumah).

123 (98.4%)

2 (1.6%)

(iv) Persatuan penduduk tidak boleh memaksa atau memberi tekanan tekanan kepada penduduk yang tidak bersetuju dengan penubuhan skim GN.

119 (95.2%)

6 (4.8%)

Nota : Jumlah sampel adalah 125. Sumber : Kajian Pengamatan di Tapak Skim GN (27 Jun hingga 16 Julai 2012).

5.2.3 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 3 : Tahap Pematuhan Kepada Pembinaan Pondok Pengawal

Berkaitan dengan pematuhan kepada pembinaan pondok pengawal, daripada 3 kriteria pengukuran, hanya 1 kriteria yang pada umumnya dipatuhi oleh skim GN iaitu kriteria (i) Saiz pondok pengawal hendaklah tidak melebihi 1.8 meter X 2.4 meter. Bagi kriteria (ii) iaitu pondok pengawal hanya dibenarkan dibina di kawasan bahu jalan dan perlu dipastikan tidak menghalang lalulintas, hanya 50.4% daripada 125 skim GN yang mematuhi, di mana 49.6% skim membangunkan pondok pengawal di atas rizab jalan. Merujuk kepada kriteria (iii) iaitu hanya sekatan fizikal secara sementara seperti `manual boom gate’, kon dan papan tanda keselamatan dibenarkan untuk dipasang di jalan masuk (dengan syarat terdapat pengawal keselamatan bertugas selama 24 jam), hanya 88 skim GN (70.4%) yang mematuhi. Selebihnya 37 skim GN (29.6%) tidak mematuhi di mana skim-skim tersebut memasang automatic boom-gate yang pada prinsipnya tidak benarkan dalam garis panduan yang digubal (Jadual 6).

Page 23: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 19

Jadual 6: Tahap Pematuhan Kepada Pembinaan Pondok Pengawal

GARIS PANDUAN (4 kriteria pengukuran)

TAHAP PEMATUHAN (NILAI SKOR)

Mematuhi (1)

Tidak Mematuhi (0)

(i) Saiz pondok pengawal hendaklah tidak melebihi 1.8 meter X 2.4 meter.

114 (91.2%)

11 (8.8%)

(ii) Pondok pengawal hanya dibenarkan dibina di kawasan bahu jalan dan perlu dipastikan tidak menghalang lalulintas.

63 (50.4%)

62 (49.6%)

(iii) Hanya sekatan fizikal secara sementara seperti `manual boom gate’, kon dan papan tanda keselamatan dibenarkan untuk dipasang di jalan masuk (dengan syarat terdapat pengawal keselamatan bertugas selama 24 jam).

88 (70.4%)

37 (29.6%)

(Automatic Boom gate)

Nota : Jumlah sampel adalah 125. Sumber : Kajian Pengamatan di Tapak Skim GN (27 Jun hingga 16 Julai 2012).

5.2.4 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 4 : Tahap Pematuhan Kepada

Pembinaan Pagar Dan Sekatan

Dalam hal berkaitan dengan pematuhan kepada pembinaan pagar dan sekatan, analisis yang dibuat menunjukkan terdapat 29 skim GN (23.2%) yang memasang pagar (perimeter fencing) di sekeliling skim. Bagi kriteria (ii) iaitu sekatan dalam bentuk pagar penghadang, perletakan struktur binaan (tong drum) dan sebagainya tidak dibenarkan di jalan awam, lorong tepi dan lorong belakang, analisis menunjukkan terdapat 8.0% (10 skim GN) yang memasang pelbagai sekatan di kawasan dalam skim GN (Jadual 7).

Page 24: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 20

Jadual 7: Tahap Pematuhan Kepada Pembinaan Pagar Dan Sekatan

GARIS PANDUAN (2 kriteria pengukuran)

TAHAP PEMATUHAN (NILAI SKOR)

Mematuhi (1)

Tidak Mematuhi (0)

(i) Pembinaan pagar (perimeter fencing) mengelilingi kawasan sempadan skim kejiranan adalah tidak dibenarkan.

96

(76.8%)

29 (23.2%)

(Berpagar)

(ii) Sekatan dalam bentuk pagar penghadang, perletakan struktur binaan (tong drum) dan sebagainya tidak dibenarkan di jalan awam, lorong tepi dan lorong belakang.

115 (92.0%)

10 (8.0%)

Nota : Jumlah sampel adalah 125. Sumber : Kajian Pengamatan di Tapak Skim GN (27 Jun hingga 16 Julai 2012). 5.2.5 Hasil Penilaian Indikator Pencapaian 5 : Tahap Pematuhan Kepada Kawalan

Pengawal Keselamatan

Bagi pematuhan kepada kawalan keselamatan, terdapat persatuan penduduk di 13 skim GN (10.4%) yang tidak melantik syarikat pengawal keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri. Berhubung dengan kriteria (ii) iaitu hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera warganegara Nepal sahaja dibenarkan untuk diambil bekerja sebagai pegawal keselamatan, analisis menunjukkan 8 skim GN (6.4%) yang gagal mematuhi syarat ini (Jadual 8).

Jadual 8: Tahap Pematuhan Kepada Kawalan Pengawal Keselamatan

GARIS PANDUAN (2 kriteria pengukuran)

TAHAP PEMATUHAN (NILAI SKOR)

Mematuhi (1)

Tidak Mematuhi (0)

(i) Syarikat pengawal keselamatan yang dilantik perlu berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri.

112 (89.6%)

13 (10.4%)

(ii) Hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera warganegara Nepal sahaja dibenarkan untuk diambil bekerja sebagai pegawal keselamatan.

117 (93.6%)

8 (6.4%)

Nota : Jumlah sampel adalah 125. Sumber : Kajian Pengamatan di Tapak Skim GN (27 Jun hingga 16 Julai 2012).

Page 25: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 21

5.3 Penilaian Outcome (Impak Awalan) - Pencapaian Prinsip-Prinsip

Perancangan Kediaman

Bagi analisis penilaian impak (awalan) iaitu tentang sejauh mana penubuhan skim GN mencapai prinsip-prinsip asas perancangan kediaman, daripada dua (2) kaedah pengukuran iaitu (i) kajian soal selidik penduduk skim GN di kawasan kajian kes melibatkan 342 sampel; dan (ii) kajian verifikasi PBT yang melibatkan 31 sampel, secara umumnya menunjukkan kelima-lima kriteria pengukuran dicapai daripada penubuhan skim GN. Bagi penduduk, hasil kajian soal selidik menunjukkan penubuhan skim GN mampu menyediakan ruang persekitaran yang selamat daripada unsur-unsur jenayah, memberi peluang kepada penghuni untuk menikmati kehidupan yang lebih `privacy’, mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh penduduk dalam komuniti’ dan menggalakkan interaksi sosial antara penduduk dalam satu skim/unit kejiranan. Hanya 1 kriteria iaitu kriteria (v) iaitu skim GN tidak memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial antara penghuni di dalam satu skim GN dengan penghuni luar, yang pada asasnya penduduk mempunyai pandangan yang berbeza di mana terdapat 82 penduduk (24.0%) kurang bersetuju dengan pencapaian kriteria ini (Jadual 9).

Jadual 9: Tahap Pencapaian Kepada Prinsip-Prinsip Perancangan Kediaman (Kajian Soal Selidik Penduduk)

PRINSIP PERANCANGAN (Kriteria Pengukuran)

TAHAP PENCAPAIAN (NILAI SKOR)

Bersetuju Sepenuhnya

Kurang Bersetuju

Tidak Bersetuju

(3) (2) (1)

(i) Skim GN menyediakan ruang persekitaran yang selamat daripada unsur-unsur jenayah.

322 (94.4%)

20 (5.6%)

0

(0.0%)

(ii) Skim GN memberi peluang kepada penghuni untuk menikmati kehidupan yang lebih `privacy’.

314 (92.0%)

28 (8.0%)

0 (0.0%)

(iii) Skim GN mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh penduduk dalam komuniti.

317 (92.8%)

25 (7.2%)

0 (0.0%)

Page 26: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 22

(iv) Skim GN menggalakkan interaksi sosial antara penduduk dalam satu skim/unit kejiranan.

320 (93.6%)

19 (5.6%)

3 (0.8%)

(v) Skim GN tidak memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial antara penghuni di dalam satu skim GN dengan penghuni luar.

260 (76.0%)

82 (24.0%)

0 (0.0%)

Nota : Jumlah sampel adalah 342. Sumber : Kajian Soal Selidik di Kawasan Kajian Kes (5 – 16 November 2012).

Bagi PBT, hasil kajian verfikasi menunjukkan pegawai-pegawai PBT juga bersetuju bahawa skim GN mampu menyediakan ruang persekitaran yang selamat daripada unsur-unsur jenayah, memberi peluang kepada penghuni untuk menikmati kehidupan yang lebih `privacy’ dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh penduduk dalam komuniti’. Namun bagi kriteria (iv) iaitu menggalakkan interaksi sosial antara penduduk dalam satu skim/unit kejiranan; dan kriteria (v) iaitu Skim GN tidak memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial antara penghuni di dalam satu skim GN dengan penghuni luar, pegawai-pegawai PBT pada umumnya berpandangan dua kriteria ini kurang tercapai hasil daripada penubuhan skim GN (Jadual 10).

Page 27: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 23

Jadual 10: Tahap Pencapaian Kepada Prinsip-Prinsip Perancangan Kediaman (Kajian Verfikasi PBT)

P R I N S I P

P E R A N C A N G A N

(i) Skim GN menyediakan ruang persekitaran yang selamat daripada unsur-unsur jenayah

Tercapai Sepenuhnya (3) 29 96.7%

Kurang Tercapai (2) 2 3.3% Tidak Tercapai (1) 0 0.0%

(ii) Skim GN memberi peluang kepada penghuni untuk menikmati kehidupan yang lebih `privacy’.

Tercapai Sepenuhnya (3) 28 93.3%

Kurang Tercapai (2) 3 6.7% Tidak Tercapai (1) 0 0.0%

(iii) Skim GN mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh penduduk dalam komuniti.

Tercapai Sepenuhnya (3) 23 74.2%

Kurang Tercapai (2) 8 25.8%

Tidak Tercapai (1) 0 0.0%

(iv) Skim GN menggalakkan interaksi sosial antara penduduk dalam satu skim/unit kejiranan.

Tercapai Sepenuhnya (3) 17 54.8%

Kurang Tercapai (2) 14 45.2% Tidak Tercapai (1) 0 0.0%

(v) Skim GN tidak memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial antara penghuni di dalam satu skim GN dengan penghuni luar

Tercapai Sepenuhnya (3) 12 38.7%

Kurang Tercapai (2) 16 51.2%

Tidak Tercapai (1) 3 10.1%

Nota : Jumlah sampel adalah 31. Sumber : Kajian Verifikasi PBT (2012).

6.0 ISU-ISU DAN IMPAK POSITIF DARIPADA PENGGUBALAN DAN PELAKSANAAN GARIS PANDUAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun Garis Panduan Perancangan `Gated

Community and Guarded Neighbourhood’ telah diterima pakai oleh hampir

keseluruhan negeri dan PBT di Semenanjung Malaysia, namun masih terdapat

beberapa kriteria atau syarat yang masih belum dipatuhi oleh skim-skim GN.

Antaranya ialah:

(i) Terdapat persatuan penduduk (RA) skim GN yang tidak berdaftar dengan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS); (ii) Terdapat skim GN yang membina pondok pengawal di atas rizab jalan;

Page 28: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 24

(iii) Terdapat skim GN yang memasang `automatic boom-gate’ yang tidak benarkan;

(iv) Terdapat skim GN yang memasang pagar (perimeter fencing) di sekeliling

skim; (v) Terdapat skim GN yang memasang pelbagai sekatan di kawasan dalam

skim GN seperti meletakkan tong drum, pasu bunga dan sekatan-sekatan fizikal yang lain di jalan awam, lorong tepi dan lorong belakang;

(vi) Terdapat persatuan penduduk yang tidak melantik syarikat pengawal

keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri; (vii) Terdapat skim GN yang gagal mematuhi syarat perlantikan pengawal

keselamatan yang sepatutnya hanya terdiri daripada warganegara Malaysia dan bekas tentera warganegara Nepal; dan

(viii) Skim GN memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok

masyarakat dan pemupukan interaksi sosial antara penghuni di dalam satu

skim GN dengan penghuni luar. Walaupun wujud beberapa isu dan kegagalan skim GN mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan, namun hasil kajian menunjukkan penubuhan skim GN tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas pembangunan kediaman sebagaimana yang digariskan di dalam Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’ yang digubal. Penubuhan skim GN pada umumnya masih berjaya mencapai prinsip-prinsip utama perancangan kediaman seperti berikut: (i) menyediakan ruang persekitaran yang selamat daripada unsur-unsur

jenayah;

(ii) memberi peluang kepada penghuni untuk menikmati kehidupan yang lebih `privacy’;

(iii) mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan

keselesaan dan keharmonian kepada seluruh penduduk dalam komuniti’; dan

Page 29: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 25

(iv) menggalakkan interaksi sosial antara penduduk dalam satu skim/unit kejiranan.

7.0 PENUTUP

Berdasarkan hasil-hasil kajian penilaian `outcome’ dan impak yang dijalankan maka dapat dirumuskan bahawa penggubalan Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’ adalah sangat penting bagi mencapai objektif-objektif asas pembangunan kediaman seterusnya membantu PBN dan PBT di dalam merancang dan mengawal pembangunan perumahan berkonsepkan ‘guarded neighbourhood’ (GN). Penggubalan garis panduan ini juga memberi panduan asas kepada pemaju dan persatuan penduduk di dalam membangunkan skim ‘gated community’ dan menubuhkan skim ‘guarded neighbourhood’. Secara khusus, garis panduan yang digubal menghasilkan kepentingan sebagaimana berikut: (i) membantu dan memudah cara Persatuan Penduduk (RA) dalam menubuh

skim GN; (ii) memandu PBT dan agensi berkaitan dalam mengawal dan menguatkuasa

penubuhan skim GN; (iii) menyumbang kepada pencegahan / pengurangan jenayah di skim

perumahan – selaras dengan NKRA; (iv) Menyumbang kepada persekitaran bersih dan indah serta interaksi

masyarakat dalaman; dan (v) menyokong pencapaian `outcome based budgeting’ (OBB) Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dan Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti selaras dengan halatuju dan aspirasi pembangunan Negara sebagaimana yang dinyatakan di dalam teras-teras bidang keberhasilan negara (KRA).

`Outcome’ dan impak positif yang terhasil daripada pelaksanaan Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’ secara tidak langsung menunjukkan bahawa program penyediaan garis panduan-garis panduan perancangan sedia ada dan baru dalam pelbagai sektor dan aspek perancangan oleh JPBD Semenanjung Malaysia adalah amat relevan untuk diteruskan bagi memandu halatuju perancangan dan pembangunan bandar pada masa hadapan.

Page 30: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

LAMPIRAN

Page 31: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenananjung Malaysia

KAJIAN PENILAIAN `OUTCOME’ DAN IMPAK GARIS PANDUAN PERANCANGAN `GATED COMMUNITY

AND GUARDED NEIGHBOURHOOD’

CHECK LIST KAJIAN PEMERHATIAN

PEMATUHAN KAWALAN PEMBANGUNAN SKIM `GUARDED NEIGHBOURHOOD’(GN)

(KEJIRANAN BERPENGAWAL)

SEKSYEN A : NEGERI / PBT A1. Negeri : _____________________________________________ A2. Nama PBT : ____________________________________________ SEKSYEN B : PROFIL SKIM KEJIRANAN BERPENGAWAL B1. Nama Taman Perumahan : ____________________________________________ B2. Nama Skim Kejiranan : ___________________________________________ B3. Keluasan Skim Kejiranan : ________________ekar /______________ hektar B4. Jumlah Unit Kediaman : ____________________________________________ B5. Tahun Penubuhan Skim : ______________(sebelum 2011 / Mulai 2011 ) B6. Status Persatuan Penduduk : Ada (secara sah) / Tiada (inisiatif penduduk) B7. Tarikh Pendaftaran Persatuan Penduduk dengan ROS : _____________________ B8. Bayaran Yuran Pengurusan : RM_________________________________sebulan

Page 32: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

2

SEKSYEN C : PEMATUHAN KEPADA KAWALAN AM PERANCANGAN

Berdasarkan rekod/tembual/pemerhatian, sila nyatakan tahap pematuhan:

1 = Mematuhi 0 = Tidak Mematuhi C1. Skim GN hanya dibenarkan di kawasan bandar (iaitu di

dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan). 1 0

C2. Skim GN tidak dibenarkan jika di dalam kawasan kejiranan terdapat komponen kemudahan awam utama seperti sekolah, masjid, dewan orang ramai dan sebagainya.

1 0

C3. Skim GN tidak dibenarkan jika kawasan kejiranan merupakan kawasan laluan pengangkutan bas awam. 1 0

SEKSYEN D : PEMATUHAN KEPADA SYARAT ASAS PENUBUHAN D1. Persatuan penduduk (RA) perlu berdaftar dengan Jabatan

Pendaftaran Pertubuhan (RoS). 1 0

D2. Cadangan menubuhkan skim GN perlu dimaklumkan kepada PBT melalui persatuan penduduk (RA). 1 0

D3. Semua premis kediaman yang hendak dijadikan sebagai GN mestilah telah mendapat Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

1 0

D4. Cadangan mewujudkan GN perlu mendapat persetujuan majoriti (≥ 51.%) penduduk (ketua isi rumah) 1 0

D5. Persatuan penduduk tidak boleh memaksa atau memberi tekanan tekanan kepada penduduk yang tidak bersetuju dengan penubuhan skim GN.

1 0

SEKSYEN E : PEMATUHAN KEPADA PEMBINAAN PONDOK PENGAWAL E1. Saiz pondok pengawal hendaklah tidak melebihi 1.8 meter X

2.4 meter. 1 0

E2. Pondok pengawal hanya dibenarkan disedia atau dibina di kawasan bahu jalan (road shoulder) dan perlu dipastikan tidak menghalang lalulintas (*Amalan pembinaan pondok pengawal di atas atau di kawasan tengah jalan adalah tidak dibenarkan) (FOTO 1).

1 0

E3*. Jika cadangan binaan pondok pengawal di kawasan bahu jalan adalah berstruktur kekal (permanent structure), pemohon perlu memohon kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (Temporary Occupation Licence – TOL) daripada Pejabat Tanah Daerah (PTD) yang berkenaan.

1 0

X

Page 33: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

3

E4*. Cadangan rekabentuk pondok perlu dikemukakan kepada PBT (Bahagian Bangunan) untuk mendapat permit atau kelulusan pembinaan sementara bagi pembinaan bangunan pondok pengawal berstruktur kekal.

1 0

X

E5*. Rekabentuk bumbung dan fasad bangunan perlulah berharmoni dengan pembangunan sekitar dan perlu dibina secara kemas serta tidak mencacatkan pemandangan.

1 0

X

E6. Hanya halangan/sekatan fizikal secara sementara seperti `manual boom gate’, kon dan papan tanda keselamatan dibenarkan untuk dipasang/diletak di lokasi yang sesuai di jalan masuk berhadapan dengan pondok pengawal (*dengan syarat terdapat pengawal keselamatan bertugas mengawal sekatan tersebut selama 24 jam / `automatic boom gate’ tidak dibenarkan) (FOTO 2).

1 0

SEKSYEN F : PEMATUHAN KEPADA PEMBINAAN PAGAR DAN SEKATAN F1. Pembinaan pagar (perimeter fencing) mengelilingi kawasan

sempadan skim kejiranan adalah tidak dibenarkan (FOTO 3).

1 0

F2. Sekatan dalam bentuk pagar penghadang, perletakan struktur binaan (tong drum) dan sebagainya tidak dibenarkan di jalan awam, lorong tepi dan lorong belakang (FOTO 4).

1 0

SEKSYEN G : PEMATUHAN KEPADA KAWALAN PENGAWAL KESELAMATAN

G1. Syarikat pengawal keselamatan yang dilantik perlu

berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri. 1 0

G2. Hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera warganegara Nepal sahaja dibenarkan untuk diambil bekerja sebagai pegawal keselamatan.

1 0

Page 34: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

4

SEKSYEN H : MAKLUMAT TAMBAHAN (REKOD JENAYAH UMUM)

H1. Kadar jenayah sebelum penubuhan skim GN (rekod dalam tempoh setahun):_____________________________________________________________________________________________________________________________________

H2. Kadar jenayah selepas penubuhan skim GN (rekod dalam tempoh

setahun):_____________________________________________________________________________________________________________________________________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Pembanci Tarikh Pemerosesan Data

Catatan

AbR/File : Qnaire_Outcome Pemerhatian di Tapak

[email protected]

Page 35: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia

KAJIAN PENILAIAN `OUTCOME’ DAN IMPAK GARIS PANDUAN PERANCANGAN `GATED COMMUNITY

AND GUARDED NEIGHBOURHOOD’

KAJI SELIDIK PENDUDUK SKIM GN PANDANGAN PENDUDUK TERHADAP PEMBANGUNAN

SKIM `GUARDED NEIGHBOURHOOD’(GN) (KEJIRANAN BERPENGAWAL)

SEKSYEN A : PROFIL RESPONDEN A1. Nama : __________________________________________________________ A2. Skim GN : __________________________________________________________ SEKSYEN B : PERSEPSI UMUM PENDUDUK TERHADAP SKIM GN

Sila nyatakan persepsi umum terhadap kewujudan skim GN bagi aspek berikut:

3 = Tercapai Sepenuhnya 2 = Kurang Tercapai 1 = Tidak Tercapai B1. Skim GN menyediakan ruang persekitaran yang selamat

daripada unsur-unsur jenayah. 3 2 1

B2. Skim GN memberi peluang kepada penghuni untuk menikmati kehidupan yang lebih `privacy’. 3 2 1

B3. Skim GN mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh penduduk dalam komuniti.

3 2 1

B4. Skim GN menggalakkan interaksi sosial antara penduduk dalam satu skim/unit kejiranan. 3 2 1

B5. Skim GN memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial antara penghuni di dalam satu skim GN dengan penghuni luar.

3 2 1

Page 36: Laporan Penilaian 'Outcome dan Impak

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia

KAJIAN PENILAIAN `OUTCOME’ DAN IMPAK GARIS PANDUAN PERANCANGAN `GATED COMMUNITY

AND GUARDED NEIGHBOURHOOD’

KAJI SELIDIK PBT PANDANGAN PBT TERHADAP PEMBANGUNAN

SKIM `GUARDED NEIGHBOURHOOD’(GN) (KEJIRANAN BERPENGAWAL)

SEKSYEN A : PROFIL RESPONDEN A1. Nama : __________________________________________________________ A2. Nama PBT : __________________________________________________________ SEKSYEN B : PERSEPSI UMUM PENDUDUK TERHADAP SKIM GN

Sila nyatakan persepsi umum terhadap kewujudan skim GN bagi aspek berikut:

3 = Tercapai Sepenuhnya 2 = Kurang Tercapai 1 = Tidak Tercapai B1. Skim GN menyediakan ruang persekitaran yang selamat

daripada unsur-unsur jenayah. 3 2 1

B2. Skim GN memberi peluang kepada penghuni untuk menikmati kehidupan yang lebih `privacy’. 3 2 1

B3. Skim GN mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh penduduk dalam komuniti.

3 2 1

B4. Skim GN menggalakkan interaksi sosial antara penduduk dalam satu skim/unit kejiranan. 3 2 1

B5. Skim GN memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial antara penghuni di dalam satu skim GN dengan penghuni luar.

3 2 1