laporan pertandingan pentomen peringkat asrama smk bongkol pitas

2
LAPORAN PERTANDINGAN PENTOMEN PERINGKAT ASRAMA SMK BONGKOL PITAS Pada 28 mac 2015 bersamaan dengan hari Sabtu Asrama SMK Bongkol telah mengadakan sebuah pertandingan pentomen diantara asrama Aspura dan Aspuri. Pertandingan ini telah dihadiri oleh semua warga asrama serta warden-warden asrama SMK Bongkol. Objektif utama dalam pertandingan ini adalah bertujuan mencungkil bakat-bakat pelajar asrama sekali gus untuk pengisian masa lapang pada hujung minggu. Disamping itu, pertandingan ini juga penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni-penghuni asrama. Dari segi sasaran pula, pertandingan ini menyasarkan semua warga asrama untuk turut terlibat sama dalam aktiviti ini. Hal ini demikian kerana untuk meningkatkan peningkatan pelajar dalam akitiviti seumpama ini. Pertandingan ini bermula pada jam 8.00pm setelah semua pelajar dan warden tiba di dewan makan Asrama SMK Bongkol. Sebelum pertandingan tersebut bermula, bacaan doa yang diketuai olah saudara Sabri Bin Abdirin dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah ‘’Ilmu Kecemerlangan Hidup’’. Selesai sahaja nyanyian dua buah lagu, ketua warden Puan Eva Carolina Edward dipersilakan untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis tersebut. Intipati ucapan Puan Eva Carolina Edward beliau telah merakamkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta. Seterusnya, usai sahaja ucapan perasmian daripada ketua warden maka peserta pertama dipersilakan. Sebanyak enam buah kumpulan telah mengambil bahagain dalam pertandingan tersebut. Asrama Aspura dan Aspuri masing-masing melakonkan pentomen mereka yang bertemakan ‘’Nilai Menghormati Agama, Bangsa dan Budaya Orang Lain’’. Pertandingan ini berakhir pada jam 9.50pm dengan jayanya. Para juri telah memberikan komen kepada setiap peserta sebelum mengumumkan keputusan. Keputusan pertandingan telah diumumkan oleh ketua warden selaku ketua juri pertandingan tersebut. Berikut ialah keputusan pertandingan pentomen: JOHAN: DORM 3 ASPURI (80 MARKAH) NAIB JOHAN: DORM 2 ASPURI (78 MARKAH) KETIGA: DORM 1 ASPURI DAN DORM 1 ASPURA (75 MARKAH) Pertandingan tersebut telah memberi reaksi yang positif daripada pelajar-pelajar asrama yang telah menyertai lagi

Upload: eva-carolina

Post on 04-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Asrama

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pertandingan Pentomen Peringkat Asrama Smk Bongkol Pitas

LAPORAN PERTANDINGAN PENTOMEN PERINGKAT ASRAMA SMK BONGKOL PITAS

Pada 28 mac 2015 bersamaan dengan hari Sabtu Asrama SMK Bongkol telah mengadakan sebuah pertandingan pentomen diantara asrama Aspura dan Aspuri. Pertandingan ini telah dihadiri oleh semua warga asrama serta warden-warden asrama SMK Bongkol. Objektif utama dalam pertandingan ini adalah bertujuan mencungkil bakat-bakat pelajar asrama sekali gus untuk pengisian masa lapang pada hujung minggu. Disamping itu, pertandingan ini juga penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni-penghuni asrama. Dari segi sasaran pula, pertandingan ini menyasarkan semua warga asrama untuk turut terlibat sama dalam aktiviti ini. Hal ini demikian kerana untuk meningkatkan peningkatan pelajar dalam akitiviti seumpama ini.

Pertandingan ini bermula pada jam 8.00pm setelah semua pelajar dan warden tiba di dewan makan Asrama SMK Bongkol. Sebelum pertandingan tersebut bermula, bacaan doa yang diketuai olah saudara Sabri Bin Abdirin dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah ‘’Ilmu Kecemerlangan Hidup’’. Selesai sahaja nyanyian dua buah lagu, ketua warden Puan Eva Carolina Edward dipersilakan untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis tersebut. Intipati ucapan Puan Eva Carolina Edward beliau telah merakamkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta.

Seterusnya, usai sahaja ucapan perasmian daripada ketua warden maka peserta pertama dipersilakan. Sebanyak enam buah kumpulan telah mengambil bahagain dalam pertandingan tersebut. Asrama Aspura dan Aspuri masing-masing melakonkan pentomen mereka yang bertemakan ‘’Nilai Menghormati Agama, Bangsa dan Budaya Orang Lain’’. Pertandingan ini berakhir pada jam 9.50pm dengan jayanya. Para juri telah memberikan komen kepada setiap peserta sebelum mengumumkan keputusan. Keputusan pertandingan telah diumumkan oleh ketua warden selaku ketua juri pertandingan tersebut. Berikut ialah keputusan pertandingan pentomen:

JOHAN: DORM 3 ASPURI (80 MARKAH)

NAIB JOHAN: DORM 2 ASPURI (78 MARKAH)

KETIGA: DORM 1 ASPURI DAN DORM 1 ASPURA (75 MARKAH)

Pertandingan tersebut telah memberi reaksi yang positif daripada pelajar-pelajar asrama yang telah menyertai lagi pertandingan itu. Anatara reaksi dan harapan yang diutarakan oleh pelajar ialah mereka berharapan agar aktiviti seperti ini akan diadakan pada dimasa akan datang. Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa aktiviti ini telah memberikan ruang kepada mereka untuk menunjukkan bakat yang ada pada mereka serta meningkatkan keyakinan diri. Mereka juga berharapan agar aktiviti seperti ini dapat diadakan semula.

Disediakan oleh, 29 MAC 2015

(AWOLDSON MALUDIN)

PENGERUSI

PERTANDINGAN PENTOMEN.