laporan program indahnya sekolahku.docx
TRANSCRIPT
LAPORAN PROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU
TARIKH: 21 JUN 2014 (SABTU)TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU
Pada 21 Jun yang lalu seramai 4 orang guru Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 telah menganjurkan Program Indahnya Sekolahku bertempat di Sekolah Kebangsaan, Arau, Perlis. Seramai 30 orang murid yang terpilih telah mengikuti program tersebut yang dijalankan selama satu hari.. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak penganjur .
8.00 pagi Pendaftaran peserta Program dimulai dengan pendaftaran. Seramai 30 orang murid yang telah dipilih telah hadir dan mendaftarkan diri. 8.30 pagi Sesi TaklimatTaklimat mengenai objektif, peraturan dan tentatif program diberikan kepada peserta program oleh pihak penganjur agar mereka mengetahui matlamat program ini diadakan dan semoga program yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.
8.45 pagi Cergas Diri / SenamrobikRegangan dan senamrobik dilakukan sebagai persediaan fizikal untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti ini diketuai oleh pelajar sendiri berpandukan tayangan LCD dengan bantuan dan pemantauan guru.
REGANGAN
SENAMROBIK
9.00 pagi Pembahagian Kumpulan dan Penyerahan Kawasan AngkatPara peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu 10 orang satu kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu kawasan angkat iaitu Kawasan Kebun Sayur, Taman Herba dan Kolam Ikan. Setiap kumpulan dikehendaki membersihkan kawasan angkat yang telah diamanahkan sebelum menjalankan aktiviti seterusnya.
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
KAWASAN ANGKAT
KEBUN SAYUR
TAMAN HERBA
KOLAM IKAN
9.20 pagi Membersihkan kawasan angkatGotong-royong membersihkan tapak semaian bagi kebun sayur dan taman herba serta membersihkan kolam ikan
10.30 pagi Setelah selesai membersihkan tapak semaian dan kolam ikan, setiap ahli kumpulan sama-sama bergotong royong melaksanakan tugas mengikut kawasan angkat masing-masing
KEBUN SAYUR
MENANAM SAYUR
MENANAM TUMBUHAN HERBA
DI TAMAN HERBA
AKTIVITI DI KOLAM IKAN
BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA HASIL KAWASAN ANGKAT MASING-MASING
12.30 Tengahari 2.00 Petang - Masa untuk makan tengahari dan solat zuhur. Pihak penganjur menyediakan makan tengahari untuk peserta. Mereka makan bersama-sama di kantin sekolah. Kemudian solat berjamaah di Surau Sekolah.
MAKAN TENGAHARI BERSAMA
SOLAT ZUHUR BERJAMAAH
2.00 4.00 Petang Selepas makan tengahari dan solat Zuhur, program disambung dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti dimulai dengan memberi taklimat. Peserta program berada di dalam kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kad manila, pembaris dan pen marker. Mereka diminta untuk berbincang dan menghasilkan Jadual Bertugas mengikut Kawasan Angkat yang telah ditetapkan. Seterusnya wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan mereka.
L.D.K
4.30 Petang Majlis Penutupan. Majlis Penutupan Program disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tn. Sy. Nizamuddin b. Sy. Ahmad.
PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
GURU PPG (PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU) AMBILAN JUN 2011 YANG TERLIBAT SEPENUHNYA SEBAGAI PENGANJUR DAN PENGELOLA PROGRAM BINA INSAN GURU SAYANGI SEKOLAH ANDA YANG DIADAKAN PADA 21 JUN 2014 DI SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU, PERLIS.