laporan program inovasi 2014
DESCRIPTION
contoh laporan programinovasiTRANSCRIPT
SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN
PRORAM INOVASI: KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA
SK CONVENT SENTUL 2 2014
Program Inovasi 2014: Kelab Keselamatan Jalan Raya
PENDAHULUAN:
Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan oleh warga pendidik, Hal ini bertujuan agar produk yang kita hasilkan ( murid ) adalah sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara. Justeru, keberhasilan sebuah proses pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauhmana kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yamg kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti murid perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah.
1.0.OBJEKTIF
Melahirkan murid yang berketrampilan, berinovasi dan kreatif.
Melahirkan murid yang berdaya saing dan berbudaya cemerlang.
Menjadikan murid berubah menjadi lebih baik.
Meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah dalam segenap aspek.
2.0.SASARAN
Ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya SK Convent Sentul 2.
3.0.AKTIVITI
Pertandingan Mencipta Brooch Organizer
4.0.TARIKH & TEMPAT
Tarikh: 3 Oktober 2014 (Jumaat)
Tempat: Dewan Sekolah
5.0.AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
(Rujuk Lampiran 1)
6.0.TENTATIF PROGRAM
(Rujuk Lampiran 2)
7.0.ANGGARAN PERBELANJAAN
(Rujuk Lampiran 3)
8.0.LAPORAN PELAKSANAAN:
Program Inovasi Kelab Keselamatan Jalan Raya telah berlansung pada 3 Oktober 2014 bertempat di dewan sekolah. Seramai . ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya bergabung dengan Kelab Agama Islam telah mengasilkan Brooch Organizer dalam pertandingan ini.
Sebelum pertandingan diadakan pertandingan dalaman telah diadakan dalam perjumpaan mingguan Kelab Keselamatn Jalan Raya dan Kelab Agama Islam. Johan dalam pertandingan ini dipilih untuk mewakili kelab ke pertaningan peringkat sekolah.
Hasil kerja keras dan pemuafakatan semua peserta kumpulan dan guru penasihat dari Kelab Kselamatan Jalan Raya dan Kelab Agama Islam Berjaya menghasilkan :Brooch Organizer seperti yang dirancang. Berikut adalah perincian inovasi yang dihasilkan:
Nama Inovasi: Brooch Organizer
Fungsi: Tempat letak kerosang, tanda nama dan lain-lain barangan hiasan
logam kecil.
Kelebihan:
1. Mampu menampung pelbagai jenis keronsang dengan lebih sistematik
dan mudah dilekat dan diambil.
2. Kemas dan sangat feminine.
3. Berhias bunga.
4. Boleh dijadikan cermin muka.
Dalam pertandingan itu Kelab Keselamatan Jalan Raya dan Agama Islam Berjaya mendapat tempat ke .
9.0. PENUTUP:
Semoga pertandingan sebegini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan bagi melahirkan murid yang berminda kreatif, inovatif dan dapat juga merapatkan hubungan sesame murid dan guru. Murid seronok, minda kreatif, hidup sihat.
Disediakan Oleh,
(SHAZILA BT ABD RAHAMAN)
GURU PENASIHAT
KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA
SK. CONVENT SENTUL 2
Disemak oleh,
(NIK AINI BT NIK AB AZIZ)
PK KOKURIKULUM
SK. CONVENT SENTUL 2
RAKAMAN PERISTIWA:
kelab keselamatan jalan raya
TARIKH: 3 OKTOBER 2014
TEMPAT: DEWAN SK CONVENT SENTUL 2
SK CONVENT SENTUL 2

3