laporan program latihan keselamatan kebakaran

10
LAPORAN PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN (FIREDRILL) SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI, 2015 Nama program : Latihan kecemasan kebakaran Tarikh/Masa : 24 Februari 2015 (09:30 Pagi) Tempat : SK Pantai, W.P. Labuan Objektif : Di akhir program, semua peserta diharapkan: 1. Mendapat pendedahan awal cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. 2. Dapat memupuk sikap perihatin warga sekolah untuk menjaga keselamatan. 3. Untuk sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan. Sasaran : 1.Semua kakitangan, anggota sokongan termasuk pengusaha kantin. 2.Semua murid, termasuk tahun 1 hingga 6, Prasekolah dan murid pendidikan khas. Ahli Jawatan Kuasa: (Rujuk Lampiran) Tentatif Program : (Rujuk Lampiran) Kerjasama : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Labuan

Upload: megat-haszrul

Post on 11-Nov-2015

1.306 views

Category:

Documents


46 download

DESCRIPTION

Laporan Program Latihan Keselamatan Kebakaran

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN (FIREDRILL)SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI, 2015

Nama program: Latihan kecemasan kebakaranTarikh/Masa: 24 Februari 2015 (09:30 Pagi)Tempat: SK Pantai, W.P. LabuanObjektif: Di akhir program, semua peserta diharapkan:1. Mendapat pendedahan awal cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.2. Dapat memupuk sikap perihatin warga sekolah untuk menjaga keselamatan.3. Untuk sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan.

Sasaran: 1. Semua kakitangan, anggota sokongan termasuk pengusaha kantin.2. Semua murid, termasuk tahun 1 hingga 6, Prasekolah dan murid pendidikan khas.

Ahli Jawatan Kuasa: (Rujuk Lampiran)Tentatif Program : (Rujuk Lampiran)Kerjasama : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Labuan

Butiran Aktiviti:Aktiviti dimulakan dengan mengingatkan para guru dan guru kelas untuk mengemaskini kehadiran murid, bagi memastikan semua murid yang hadir dapat disahkan kehadiran mereka, semestinya bagi kelancaran program.Wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, iaitu Tuan Jamaluddin Bin Jaba beserta pembantu beliau telah datang sejam lebih awal daripada waktu bermula program bagi membuat membuat pemeriksaan alat-alat pemadam kebakaran serta sistem yang terlibat. Selesai membuat pemeriksaan dan tinjauan, beliau member serba sedikit penerangan tentang perjalanan program latihan kebakaran yang bakal dijalankan kepada guru penyelaras dan dihadiri juga oleh guru besar; Cikgu Jumat Bin Haji Latip.Selesai dengan penerangan tentang prosedur dan susun gerak program, loceng panjang mula dibunyikan dan mampu didengari di setiap pelusuk kawasan sekolah, tepat pada jam 9. 32 pagi. Para guru serta semua kakitangan mula mengosongkan bangunan sekolah sambil memberi bantuan dengan member arahan kepada murid-murid yang berada di dalam dan luar kelas. Serta merta ahli bomba terus dihubungi oleh guru penyelaras bagi mengukur waktu perjalan bagi wakil jabatan bomba untuk menyelamat.Seorang murid telah di letakkan di kawasan berdekatan tempat berkumpul sebagai contoh mangsa yang perlu diselamatkan. Sambil setiap kakitangan serta murid sekolah bergegas ke tempat berkumpul yang telah di khaskan, jentera bomba mula memasuki kawasan sekolah bagi meneruskan misi menyelamat. Selama 6 minit, masa yang diperlukan bagi semua guru dan murid untuk berkumpul di kawasan selamatdan pegawai bomba datang menyelamat.Mangsa yang sengaja diletakkan di kawasan kebakaran, terus saja diselamatkan oleh pegawai bomba yang terlibat. Seramai 12 orang ahli bomba datang untuk bersama-sama menjayakan program ini.Selesai dengan operasi menyelamat, pihak bomba meneruskan agenda pada hari tersebut dengan aktiviti memadam api. Aktiviti memadam api melibatkan semua murid dan kakitangan sekolah yang hadir pada hari tersebut.Beberapa orang murid dan guru telah dipilih bagi mempelajari penggunaan alat pemadam api. Guru dan murid yang dipilih berjaya menunjukkan kebolehan mereka memadam api yang dinyalakan di dalam tong khas seliaan pegawai bomba yang terlibat.Aktiviti memadam api adalah aktiviti yang terakhir dilakukan bersama warga sekolah. Selesai aktiviti tersebut, murid dan guru-guru lain masuk ke kelas bagi meneruskan PdP (Pengajaran dan Pembelajaran). Manakala, guru besar, Cikgu Jumat, bersama guru penolong kanan KoKurikulum dan guru penyelaras keselamatan sekolah beserta pegawai bomba yang terlibat, menikmati jamuan ringan yang disediakan pihak sekolah. Setelah itu, Tuan Jamaludin bersama guru-guru terlibat membuat refleksi tentang aktiviti latihan kecemasan yang selesai dilakukan dengan jayanya. Antara butiran refleksi yang dibincangkan adalah: Warga sekolah berjaya mengosongkan bangunan sekolah, dan berkumpul di tempat selamat dalam masa 6 minit. Pihak sekolah berjaya melibatkan hampir semua warga sekolah. Sekolah mungkin boleh melakukan latihan dalaman bagi memastikan warga sekolah sentiasa peka dengan prosedur keselamatan. Alat pemadam api: Kontraktor perlu peka dengan alat pemadam api yang sudah melepasi tarikh luput. Hos pemadam api tidak dapat diakses kerana kunci keselamatan kotak hos tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Panel penggera kebakaran tidak diselengga dengan baik kerana bateri panel tidak disediakan Guru penyelaras keselamatan: Perlu dikekalkan bagi memastikan aktiviti berkaitan dapat diteruskan tanpa perlu melalui teguran yang sama Perlu menjadi orang yang berhubung dengan pegawai bomba yang terlibat Bagi aktiviti latihan, guru lain boleh menolong mengambil gambar bagi tujuan dokumentasi Pujian kepada warga sekolah kerana berjaya mematuhi segala prosedur kecemasan yang telah digariskan Alat elektrik perlu dimatikan sebelum menuju ke tempat berkumpul.

Penambahbaikan

Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan oleh pegawai bomba terlibat, antaranya adalah: Sentiasa memastikan bekalan air kecemasan bagi proses pemadaman api mencukupi. Pastikan semua alat pemadam api tidak luput tarikh Kunci-kunci keselamatan perlu diketahui tempat penyimpanannya bagi memudahkan proses menyelamat. Guru penyelaras keselamatan perlu dikekalkan bagi mengelakkan masalah dan teguran dapat diatasi. Sekolah perlu ada hubungan dengan kontraktor yang membekalkan sistem keselamatan di sekolah bagi mengelakkan kecelakaan yang diakibatkan oleh alatan yang tidak berfungsi dengan baik

PenutupSecara keseluruhannya, program berjaya dilakukan dengan kerjasama Balai Bomba W.P Labuan dan warga sekolah amnya. Program ini tidak lain adalah untuk memastikan warga Sekolah Kebangsaan Pantai dapat mempelajari serba sedikit atau lebih mendalam lagi tentang bagaimana untuk menjalani pelan kecemasan jika berlaku bencana di sekolah.Respons yang positif telah diberikan oleh pegawai bomba yang terlibat. Bersama itu juga disertakan beberapa teguran dan cara untuk menambahbaik sistem keselamatan sekolah. Pihak sekolah menerima teguran dan nasihat pihak bomba tersebut secara positif bagi memastikan sistem keselamatan sekolah berada pada tahap terbaik.Diharapkan dengan demonstrasi menyelamat seperti dapat memupuk minda warga sekolah SK Pantai menjadi warga yang peka dan perihatin dengan penjagaan keselamatan serta pelan-pelan kecemasan yang telah disediakan. Kepentingan menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain adalah perkara yang paling dititik beratkan oleh semua warga sekolah. Aktiviti seperti ini perlu diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan setiap warga sekolah sentiasa peka dengan tahap keselamatan sekolah.

Disediakan Oleh:

........................................(Mohamad Haszrul Bin Rashid)Setiausaha Program Latihan Kebakaran

Disemak Oleh:Disahkan Oleh:

......................................................................................(Diah Binti Yusof)(Jumat Bin Haji Latip)Penolong Kanan HEMGuru BesarSK Pantai, W.P. LabuanSK Pantai, W.P. LabuanGambar Aktiviti: