laporan program peer coaching

6
LAPORAN PROGRAM PEER COACHING TEMPAT : SMA TARBIAH ISLAMIAH TARIKH : 26 JUN 2015 TINGKATAN : 5 MODEL : MODEL 3 ( CO TEACHING ) GURU-GURU YANG TERLIBAT: PUAN NOR FADZILAH BT ABU HASSAN COACH ENCIK MUSA B. MAT DAUD COACHEE 1.0 DEFINISI 1.1 Peer Coaching adalah salah satu cabang daripada kaedah yang diguna pakai untuk program komuniti pembelajaran professional atau lebih dikenali sebagai PLC. Kaedah Peer Coaching membuka peluang kepada guru lama dan guru baru untuk berkolaboratif atau berkerja bersama dalam menghasilkan pdp yang mantap. Aktiviti Peer Coaching membolehkan guru berkongsi pengalaman pengajaran dan pengetahuan pedagogi dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan. 1.2 Ia merupakan satu proses yang sulit di mana guru-guru berkongi kepakaran, memberi maklum balas antara satu sama lain, sokongan

Upload: cody-johnson

Post on 12-Dec-2015

1.957 views

Category:

Documents


108 download

DESCRIPTION

Laporan Program Peer Coaching

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Peer Coaching

LAPORAN PROGRAM PEER COACHING

TEMPAT : SMA TARBIAH ISLAMIAH

TARIKH : 26 JUN 2015

TINGKATAN : 5

MODEL : MODEL 3 ( CO – TEACHING )

GURU-GURU YANG TERLIBAT:

PUAN NOR FADZILAH BT ABU

HASSAN

COACH

ENCIK MUSA B. MAT DAUD COACHEE

1.0 DEFINISI

1.1 Peer Coaching adalah salah satu cabang daripada kaedah yang diguna pakai

untuk program komuniti pembelajaran professional atau lebih dikenali sebagai

PLC. Kaedah Peer Coaching membuka peluang kepada guru lama dan guru baru

untuk berkolaboratif atau berkerja bersama dalam menghasilkan pdp yang

mantap. Aktiviti Peer Coaching membolehkan guru berkongsi pengalaman

pengajaran dan pengetahuan pedagogi dalam bilik darjah tanpa sebarang

paksaan.

Page 2: Laporan Program Peer Coaching

1.2 Ia merupakan satu proses yang sulit di mana guru-guru berkongi kepakaran,

memberi maklum balas antara satu sama lain, sokongan dan bantuan yang

bertujuan untuk meningkatakan pembelajaran melalui pemurnian kemahiran kini,

pembelajaran kemahiran baru dan/atau menyelesaikan masalah bilik darjah.

2.0OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROGRAM

2.1 Objektif atau tujuan pemerhatian dalam Peer Coaching adalah untuk

memberi impak positif terhadap pencapaian pelajar dengan mengujudkan

budaya penambahbaikan pengajaran.

2.2Guru-guru juga dapat membuat pemerhatian dan refleksi peksanaan amalan

terbaik yang diguna pakai di dalam bilik darjah.

2.3 Guru- guru juga dapat berkerjasama dalam PdP.

Page 3: Laporan Program Peer Coaching

3.0 PRA KONFERENSI PEER COACHING

3.1Perbicangan mengenai pra konferensi telah diadakan seperti ketetapan di

bawah:

PERKARA TARIKH

PRA KONFERENSI 1 16 JUN 2015

PRA KONFERENSI 2 18 JUN 2015

PRA KONFERENSI 3 22 JUN 2015

3.2Daripada perbincangan sesi Pra Konferensi, kedua guru telah bersetuju

untuk melaksanakan model tiga iaitu pengajaran bersama-sama dengan

penetapan kelas Bahasa Melayu tingkatan 5.

3.3 Topik fokus pengajaran sesi ini adalah rumusan Bahasa Melayu.

Page 4: Laporan Program Peer Coaching

4.0PEMERHATIAN

4.1Aktiviti Peer Coaching telah dilaksanakan pada 26 Jun 2015 di dalam kelas

Bahasa Melayu. Fokus sesi PdP pada hari ini adalah pembelajaran yang

berfokus kepada pelajar. Pelajar dikehendaki untuk membuat

perbincangan dalam kumpulan dan membentangkan hasil dapatan

kumpulan di hadapan kelas.

4.2Guru juga mengharapkan agar pelajar dapat mencari maklumat secara

tersurat dan tersirat daripada petikan yang diberikan.

4.3Pelajar juga perlulah dapat menggabungkan ayat yang panjang kepada

ayat yang padat, ringkas dan tepat dengan menggunakan kata hubung

yang sesuai.

4.4Coachee bertindak aktif ketika coach mengajar dihadapan, coachee

membuat rakaman, menanda senarai semak, melihat interaksi yang

digunakan coach dan juga menganalisis maklumat berkaitan.

5.0PASCAKONFERENSI

5.1Melalui aktiviti yang telah dijalankan, coach dan coachee dapat

bekerjasama dengan baik. Keduanya memberikan komen positif berkaitan

dengan aktiviti yang telah dijalankan.

5.2Tumpuan pelajar juga lebih bagus apabila terdapat dua guru di dalam

kelas. Ini menjadikan kelas mudah dikawal dan pelajar memberikan

perhatian yang penuh ketika sesi PdP berlangsung.

5.3Pelajar mengadakan perbincangan secara berkumpulan secara aktif yang

mana mereka berbincang sesama mereka untuk menyelesaikan

permasalahan yang diberikan oleh guru.

Page 5: Laporan Program Peer Coaching

6.0 PENAMBAHBAIKAN

6.1 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara Peer Coaching tidak sesuai

untuk dilaksanakan dalam sesi PdP yang pendek.

6.2Penggunaan bahan bantu mengajar digital dan alatan teknologi juga

perlulah digunakan di dalam PdP.

6.3Aktiviti Komsas boleh diadakan di luar kelas pada masa akan datang.

7.0RUMUSAN

Disini dapatlah dirumuskan bahawa sesi Peer Coaching telah dijalankan dengan

jayanya. Guru –guru terlibat telah memberikan seratus peratus kerjasama yang

baik. Diharapkan program ini mampu membantu guru-guru untuk memantapkan

lagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan.

Page 6: Laporan Program Peer Coaching

8.0 LAMPIRAN BERGAMBAR