laporan sbe sem 2 bahasa melayu pend khas
TRANSCRIPT
[ ] PKB 3104
1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang utama di Malaysia. Menurut
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata
tiada bahasa lain yang mampu menyatupadukan rakyat negara ini selain daripada
Bahasa Melayu. Komponen Bahasa Melayu juga merupakan salah satu Bidang
Akademik Berfungsi yang diajar kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam bentuk
tidak terikat iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan
keupayaan murid-murid khas. Tanggungjawab bagi melengkapkan murid-murid
berkeperluan khas dengan kemahiran Bahasa Melayu perlu dipikul oleh guru-guru
Pendidikan Khas.
Antara kemahiran yang ditekankan kepada murid-murid berkeperluan khas ialah
kemahiran membaca, menulis, dan juga mendengar. Matlamat yang ingin dicapai ialah
memastikan murid-murid berkeperluan khas memperolehi kemahiran yang diperlukan
oleh mereka untuk menjalankan kehidupan seharian. Tujuan kemahiran berbahasa
Melayu bukanlah untuk mengharapkan kejayaan kanak-kanak itu sendiri tetapi
cukuplah sekadar kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat menguasai kemahiran asas
mendengar, membaca, dan juga menulis. Ini adalah disebabkan kebolehan kanak-
kanak berkeperluan khas ini adalah terhad. Guru bertanggungjawab menyediakan ilmu
pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
fleksibel bagi memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah
kehidupan bermakna akan tercapai.
Melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dan strategi pengajaran haruslah
bersistematik dan berfokus mengikut tahap keupayaan murid dengan menggunakan
bahan bantu mengajar yang bersesuaian supaya murid-murid boleh berdikari dalam
menjalankan aktiviti seharian yang sempurna dan meyakinkan.
Semasa berada Sekolah Kebangsaan Padang Pekan (SKPP) selama seminggu untuk
program Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) minggu lalu, kami telah mengambil
peluang untuk menjalankan satu pemerhatian terhadap seorang guru Bahasa Melayu
1 | P a g e
[ ] PKB 3104
dan pengalaman tersebut telah memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada kami
terhadap situasi pengajaran dan pembelajaran di kelas Program Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKI). Puan Azahhanim binti Azizan telah
memberi peluang dan kesempatan kepada kami untuk melihat sendiri aktivit pengajaran
dan pembelajaran yang berlangsung selama satu jam tersebut.
2.0 KEMAHIRAN YANG DIAJAR
Gabungan antara kemahiran lisan dan kemahiran mendengar.
3.0 TAJUK
Ayat mudah yang terdiri daripada perkataan dua suku kata dan satu suku kata.
(V + KV dan KV + KV)
4.0 BILANGAN MURID DAN KETURUNAN
Jumlah murid di dalam kelas tersebut pada waktu pengajaran dan pembelajaran ketika
pemerhatian ialah 8 orang murid sahaja. Jumlah asal kelas tersebut ialah 12 orang.
Tetapi dua orang tidak hadik ke sekolah. Manakala, dua orang murid lagi mengikuti
Program Inklusif Sepenuh Masa di kelas aliran perdana kerana mereka bakal
mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semua 8 orang
murid tersebut berketurunan Melayu. Selain itu, beberapa orang murid berkeperluan
khas mempunyai hubungan keluarga yang terdekat seperti adik beradik, sepupu dan
sebagainya.
2 | P a g e
[ ] PKB 3104
5.0 KATEGORI MURID
Murid-murid di kelas ini kebanyakannya mengalami masalah pembelajaran Slow
Learner. Di samping itu, beberapa orang murid mempunyai masalah pembelajaran
Hiperaktif. Tingkah laku kanak-kanak Hiperaktif memang sukar untuk diduga.
Walaubagaimanapun, murid-murid kelas ini akan berkelakuan baik apabila diberi kerja
untuk dilakukan atau didatangi guru yang garang. Namun apabila tiada guru di kelas,
murid-murid ini akan berkeliaran di dalam kelas dan mengganggu rakan-rakan lain. Ada
juga murid yang bermain sendirian tetapi melakukan aktiviti-aktiviti yang
membahayakan.
Seorang murid berkeperluan khas bernama Amir bermain bersendirian ketiadaan guru
kelas. Walaupun Amir tidak mengganggu rakan-rakan yang lain tetapi tindakannya
mendatangkan bahaya terhadap dirinya.
3 | P a g e
[ ] PKB 3104
Selain itu, ada murid yang sering mengganggu rakan-rakan yang lain.
6.0 BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan Bantu Mengajar yang telah digunakan ialah satu set kad bacaan. Setiap kad
bacaan mengandungi satu ayat mudah yang terdiri daripada perkataan-perkataan dua
suku kata dan juga satu suku kata. Guru meminta murid membacakan ayat mudah
yang tertera pada kad bacaan.
4 | P a g e
[ ] PKB 3104
7.0 KEADAAN KELAS
Kelas Pendidikan Khas Masalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan
baru sahaja ditubuhkan berikutan permintaan yang ramai serta pembinaan sekolah ini
pada tahun 2009. Pada mulanya, Program Pendidikan Khas di sekolah ini hanyalah
memiliki satu kelas sahaja. Namun, atas permintaan ramai daripada penduduk kawasan
setempat, bilik stor sukan telah diubahsuaikan menjadi kelas bagi kanak – kanak
bermasalah pembelajaran yang dikini berjumlah 3 buah kelas semuanya. Kelas – kelas
tersebut dibahagikan kepada tiga tahap iaitu teruk, sederhana teruk dan tidak teruk.
Bagi kelas tidak teruk, murid-muridnya meliputi kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran slow learner dan mild hyperatif manakala kanak-kanak yang ditempatkan
dalam kelas teruk, mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai masalah
pembelajaran seperti down sindrom dan autisme.
Kami telah diberi kesempatan oleh guru pendidikan khas yang mengajar Bahasa
Melayu untuk melihat keadaan kelas bagi kategori masalah pembelajaran yang tidak
teruk. Apa yang pastinya, keadaan disekeliling kelas teratur dengan susunan meja yang
berbentuk auditorium iaitu kesemua murid dapat melihat guru yang mengajar di
hadapan yang menghadap papan hitam. Kelas juga kelihatan bersih. Barang – barang
yang digunakan untuk subjek pengurusan diri disusun dengan teratur dibelakang kelas
yang terdiri daripada mesin basuh, ketuhar, bahan-bahan masakan dan lain – lain lagi.
Selain itu, kelas ini juga tidak ketinggalan dipenuhi dengan bahan – bahan bantuan
mengajar Bahasa Melayu yang dilekatkan dipapan kenyataan dan di sekitar dinding –
dinding kelas yang secara tidak lansung dapat menceriakan kelas dengan bahan -
bahan ilmiah yang membantu kanak – kanak ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
5 | P a g e
[ ] PKB 3104
6 | P a g e
Terdapatnya sofa untuk digunakan untuk sesi berehat
dan di belakang kelas adanya barang – barang yang
digunakan untuk subjek pengurusan diri
Bahan bantuan mengajar
mengenai warna jingga, merah
jambu dan hijau
[ ] PKB 3104
7 | P a g e
Suku kata kv yang dilekatkan dipapan
kenyataan di kelas dan carta ekonomi
token yang dibuat oleh guru
Bahan bantuan mengajar mengenai
warna ungu dan perang
[ ] PKB 3104
8 | P a g e
Bahan bantuan mengajar jenis
puzzle huruf
Nilai – nilai murni yang ditampal di
dinding kelas
[ ] PKB 3104
8.0 RESPON MURID-MURID
Semasa P&P sedang berlansung dalam kelas, keadaan kelas agak terkawal. Murid –
murid dapat memberi kerjasama kepada guru yang mengajar dan dapat
menyempurnakan aktiviti- aktiviti yang dijalankan dalam waktu tersebut. Murid –murid
dalam kelas tersebut kebanyakannya mempunyai masalah pembelajaran iaitu slow
learner dan hyperaktif. Namun demikian, mereka mampu menyiapkan kerja yang diberi
dengan baik walaupun ada sebahagiannya malas dan sangat lambat untuk menyiapkan
kerja yang diberi berikutan kurang tumpuan semasa dalam kelas.
Murid – murid dalam kelas ini mempunyai pengetahuan sedia ada dalam mengenal
huruf dan boleh membaca. Setiap kali mereka membaca, mereka perlu mengeja ayat –
ayat tersebut terlebih dahulu. Mereka juga telah mahir dalam mengeja dan menyebut
suku kata kv+kv dan v +kv Mereka masih mempunyai masalah dalam membaca suku
kata kvkk seperti ceng, dung, mang,lang dan sebagainya. Aktiviti yang pertama yang
dijalankan oleh guru ialah memanggil seorang murid kehadapan kelas dan mengambil
sepotong ayat untuk dibacakan kepada rakan – rakan lain dalam kelas. Mereka tidak
sabar untuk menunggu giliran mereka sehingga membaca bersama-sama dengan
salah seorang rakan mereka yang berada dihadapan kerana ayat –ayat tersebut
menggunakan suku kata kv+kv dimana mereka agak menguasainya dengan baik.
Kemudiaanya, guru menyuruh murid-murid membaca dan mengeja bersama - sama.
Pada mulanya murid-murid tidak dapat mengeja dan membaca dengan serentak.
Apabila guru mengetuai bacaan tersebut mereka dapat mengeja dan membaca dengan
serentak semua dalam kelas tersebut. Setiap orang daripada mereka dapat
memberikan kerjasama dengan baik semasa proses P&P sedang dijalankan. Menurut
salah seorang guru pendidikan khas di sekolah itu, murid –murid dalam kelas yang
kami pilih ini dapat mengawal tingkah laku mereka apabila kerja diberikan kepada
mereka. Jika tiada kerja yang diberikan kepada mereka, mereka akan cenderung
membuat bising, bergaduh dan berlari-lari dalam kawasan kelas.
9 | P a g e
[ ] PKB 3104
Aktiviti seterusnya ialah guru menyuruh salah seorang murid untuk membaca ayat yang
dilekatkan dipapan hitam. Salah seorang murid boleh membaca tetapi mereka
mengaitkan dengan situasi harian mereka melalui penghafalan. Contohnya :
Sani cuci beca roda tiga akan dibaca sebagai Sani cuci beca tayar tiga.
Perkataan roda yang jarang sekali didengari secara tidak lansung akan digantikan
dengan perkataan tayar yang merupakan perkataan biasa didengari dalam kehidupan
mereka. Hal ini terjadi apabila mereka menghafal ayat, tidak memahami, mengeja dan
membacanya.
Aktivti yang terakhir yang dilakukan oleh guru ialah lembaran kerja untuk pengukuhan
apa yang telah dipelajari sebentar tadi iaitu aktiviti memadankan ayat- ayat dengan
gambar yang betul. Kesemua murid- murid dapat melaksanakan aktiviti itu kerana
mereka dapat mengenali gambar dan ayat yang dibaca. Contohnya ayat Itu lori Abu
yang dipadankan dengan gambar lori. Manakala bapa bela kuda yang dipadankan
dengan gambar seekor kuda. Hal ini menunjukkan mereka mempunyai pengalaman
lansung mengenai gambar – gambar berikut yang membantu mereka dalam proses
memadankan ayat dan gambar.
Namun yang demikian,ada diantara mereka mempunyai masalah dalam menulis nama
masing- masing pada lembaran kertas kerja dan tidak faham kegunaan huruf besar
dan huruf kecil Contohnya murid ini menulis namanya SoBri. Hal ini berkemungkinan
dia keliru dengan penggunaan b dan d huruf kecil lantas menggunakan huruf B untuk
menulis namanya. Mereka juga menghadapi masalah dalam menulis hari dan haribulan
dan kebanyakan daripada mereka masih tidak dapat menulis perkataan hari dengan
betul dan sempurna.
10 | P a g e
[ ] PKB 3104
9.0 RUMUSAN
Setelah selama seminggu kami menjalankan PBS( Pengalaman Berasaskan Sekolah)
kami telah diberi peluang untuk mendekati dan memahami tugas – tugas seorang guru
pendidikan khas yang menyampaikan ilmu kepada murid – murid bermasalah
pembelajaran yang terdiri daripada beberapa peringkat dan masalah – masalah yang
berlainan seperti down sindrom, autisme, slow learner, hyperaktif dan banyak lagi. Kami
juga berkesempatan untuk melihat seorang guru pendidikan khas yang mengajar
subjek Bahasa Melayu dalam kelas pendidikan khas. Sepanjang proses P&P
dilaksanakan, kami dapat melihat aktiviti bahasa yang dijalankan oleh guru tersebut
daripada awal sehinggalah penghujung sesi P&P.
Melalui pemerhatian tersebut kami dapat mengenal pasti kemahiran bahasa yang diajar
iaitu gabungan kemahiran lisan dan kemahiran mendengar. Kemahiran lisan meliputi
bagaimana murid – murid tersebut mengeja dan membaca perkataan yang diberikan
manakala kemahiran mendengar pula meliputi bagaimana murid – murid yang lain
mendengar sebutan ejaan dan perkataan yang diketuai oleh salah seorang rakan
mereka dalam kelas tersebut. Tajuk aktiviti bahasa yang dilaksanakan pada hari itu
ialah ayat mudah yang terdiri daripada perkataan dua suku kata dan satu suku kata.
(V + KV dan KV + KV) . Antaranya ialah Abu, bapa, bawa, cuci dan sebagainya.
Kami juga telah mengenalpasti bilangan murid dan keturunan yang ada di dalam kelas
itu. Jumlah murid di dalam kelas tersebut pada waktu pengajaran dan pembelajaran
ketika pemerhatian ialah 8 orang murid sahaja. Jumlah asal kelas tersebut ialah 12
orang. Tetapi dua orang tidak hadik ke sekolah. Manakala, dua orang murid lagi
mengikuti Program Inklusif Sepenuh Masa di kelas aliran perdana kerana mereka bakal
mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semua 8 orang
murid tersebut berketurunan Melayu.
Bagi kategori murid yang terdapat dalam kelas ini, mereka kebanyakannya menghadapi
masalah pembelajaran slow learner dan juga hyperaktif. Bahan bantuan mengajar yang
digunakan oleh guru semasa melaksanakan aktiviti bahasa meliputi satu set kad
11 | P a g e
[ ] PKB 3104
bacaan. Setiap kad bacaan mengandungi satu ayat mudah yang terdiri daripada
perkataan-perkataan dua suku kata dan juga satu suku kata. Keadaan kelas semasa
melaksanakan aktiviti bahasa adalah terkawal. Jika dilihat pada sudut kebersihan, kelas
tersebut kelihatan bersih dan selesa dengan penyusunan meja dan kerusi bersesuaian
serta peralatan – peralatan untuk mengajar yang telah disusun dengan teratur
dibelakang kelas. Respon murid – murid ini semasa guru melaksanakan aktiviti bahasa
ini amat memberangsangkan. Mereka dapat memberi kerjasama yang baik dan dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun ada diantara mereka lambat untuk
menyiapakan tugasan yang diberi berikutan kurang daya tumpuan pada masa tersebut.
10.0 CADANGAN
Setelah meneliti dan memerhati teknik dan aktiviti bahasa yang dijalankan oleh guru
Bahasa Melayu dalam kelas pendidikan khas, terdapat beberapa cadangan yang dapat
diaplikasikan untuk meningkatkan kualiti aktiviti bahasa yang dijalankan ke atas kanak-
kanak yang bermasalah pembelajaran ini.
Pertamanya ialah guru perlulah menyediakan sedikit masa untuk set induksi. Set
induksi yang diperlukan adalah untuk menarik minat kanak-kanak terhadap tajuk yang
bakal diajar. Set induksi boleh juga dibuat dengan menggunakan teknik
penggabungjalinan mata pelajaran contohnya pendidikan muzik dan pendidikan
jasmani. Sebagai contoh penggabungjalinan mata pelajaran bahasa melayu dengan
pendidikan muzik boleh dilakukan dengan menyanyikan lagu –lagu yang berkaitan
dengan tajuk yang bakal diajar iaitu ayat mudah yang meliputi suku kata kv+kv.
Contohnya lagu Bapaku pulang dari kota boleh menghiburkan kanak-kanak dan
sekaligus menarik minat mereka untuk mempelajari pelajaran mereka pada hari itu.
Selain daripada itu, penggunaan komputer dan teknologi boleh menjadikan aktiviti
bahasa yang dijalankan menjadi lebih menarik. Ayat –ayat mudah yang dipaparkan
melalui LCD boleh merancakkan lagi suasana P&P yang sedang dijalankan.
12 | P a g e
[ ] PKB 3104
Contohnya, guru menyuruh seorang murid- murid untuk mengeja dan membaca
sepotong ayat yang telah diberikan dan dipaparkan melalui LCD. Kemudiaan, apabila
murid berjaya melakukannya, satu grafik yang muncul di skirn seperti Anda Hebat! akan
menaikkan semangat murid –murid ini untuk terus mencuba dan bersaing antara satu
sama lain.
Bagi aktiviti pengukuhan, lembaran kerja yang diberikan mestilah mempunyai gambar
yang jelas untuk memudahkan aktiviti memadankan yang dilakukan oleh murid – murid
tersebut. Hal ini kerana, kanak-kanak akan lebih cepat untuk memahami sesuatu
perkataan itu apabila adanya gambar terutamanya pada perkataan yang tidak selalu
didengar oleh mereka seperti beca, hoki dan sebagainya. Di hujung sesi P&P guru juga
boleh memberi peneguhan berbentuk ganjaran apabila murid – murid berjaya
menyiapakan lembaran kerja sebelum tamatnya sesi P&P pada hari tersebut.
13 | P a g e
[ ] PKB 3104
Rujukan
Block, C. C. (1997). Literacy Difficulties Diagnosis & Instruction. USA: Harcourt Brace &
Company.
Boss, C. S. (1994). Strategies for Teaching Students with Learning & Behaviour
Problems. USA: Allyn And Bacon Publishers.
Catts, H. W. (2005). Language & Reading Dissabilities. USA: Pearson Ed. Inc.
Gargiulo, R. M. (2006). Special Education in Contemporary Society. USA: Thomson
Wadsworth.
Ghani, M. Z. (2011). Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan
Khas. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Williams, A. A. (1970). Basic Subjects for the Slow Learner. USA: Harper & Row
Publishers.
14 | P a g e