laporan susu 1malaysia 2014

3
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27 (2) LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA (PS1M) Tarikh : 24 September 2014 (Rabu) Masa : 9 pagi-11.00 pagi Tempat : Laman Gemilang Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2) Sambutan Pelancaran Susu 1 Malaysia telah berlangsung sepanjang bulan September di seluruh Negara. Sehubungan itu, bagi menyambut baik usaha kerajaan untuk memberi bantuan kepada murid-murid dari golongan berpendapatan rendah. Pihak Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2) telahpun mengadakan satu majlis ringkask sempena Pelancaran Program Susu 1 Malaysia 2014. Sambutan itu adalah satu program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bersama-sama melakar sejarah di dalam Malaysia Books of Record sebagai acara minum susu serentak yang akan melinatkan 1.2 juta murid sekolah. Acara ini adalah salah satu cara bagi mengesahkan bahawa program ini layak dimasukkan dalam Malaysian Books of Records. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merancang program yang bersesuai dengan jumlah murid dan kuantiti susu yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah. Majlis pelancaran Program Susu 1 Malaysia itu

Upload: annis-ali

Post on 14-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Laporan susu untuk pelajar penerima Bantuan Rancangan Makanan Tambahan,

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Susu 1Malaysia 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27 (2)

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA (PS1M)

Tarikh : 24 September 2014 (Rabu)Masa : 9 pagi-11.00 pagiTempat : Laman Gemilang Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2)

Sambutan Pelancaran Susu 1 Malaysia telah berlangsung sepanjang bulan September

di seluruh Negara. Sehubungan itu, bagi menyambut baik usaha kerajaan untuk memberi

bantuan kepada murid-murid dari golongan berpendapatan rendah. Pihak Sekolah Kebangsaan

Seksyen 27 (2) telahpun mengadakan satu majlis ringkask sempena Pelancaran Program Susu

1 Malaysia 2014.

Sambutan itu adalah satu program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia

dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bersama-sama melakar sejarah di

dalam Malaysia Books of Record sebagai acara minum susu serentak yang akan melinatkan

1.2 juta murid sekolah. Acara ini adalah salah satu cara bagi mengesahkan bahawa program ini

layak dimasukkan dalam Malaysian Books of Records.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merancang program yang bersesuai

dengan jumlah murid dan kuantiti susu yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah. Majlis

pelancaran Program Susu 1 Malaysia itu telah dilancarkan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, Puan Rosnah binti Abdul Rahman. Dalam ucapan ringkas, beliau memberi penerangan

tentang kepentingan dan khasiat yang boleh didapati daripada pengambilan susu serta beliau

mengingatkan murid-murid tentang cara-cara untuk mengenalpasti susu yang rosak. Majlis

ringkas itu telah berlangsung dengan jayanya.

Page 2: Laporan Susu 1Malaysia 2014

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sekitar majlis berlangsung.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… ………………………………………(Pn. Suhaiza binti Mat Razali) (Pn. Rosnah binti Abdul Rahman)JK Susu 1 Malaysia Pen. Kanan Hal Ehwal Murid Sek Keb Seksyen 27 (2) Sek Keb Seksyen 27 (2)