laporan tahunan 2017 frim pcs · 3 ahli jawatankuasa kerja laporan tahunan frim pcs 2017 penasihat...
TRANSCRIPT
1
2
LAPORAN TAHUNAN 2017
PERKHIDMATAN PENSIJILAN PRODUK FRIM
FRIM PCS
In st it ut Pen yelidikan Perhut an an Malaysia
F RIM
3
Ahli Jawat an kuasa Kerja L aporan Tahun an F RIM PC S 201 7
Pen asihat
Dati n S alam ah S elamat
Set iausaha
N urfarahi n Mohd S ani
Ahli Jawat an kuasa
Pn Mazdi ana Mohd Zai n
Pn S uhana Raf i dah Md. Yus of
Pn N or Hal i yan T an S hi lan
Ci k Nur Elysa S haki ra Othman
Muhamm ad Ikhwan Mohd N or
4
KANDUNGAN
Kata Alu-aluan daripada Ketua Pengarah FRIM …..…………………………………………… 5
Kata Alu-Aluan daripada Pengarah Urusan FRIM PCS ……………………………………….. 6
Carta Organisasi FRIM PCS……………………….………………………………………………………. 7
Visi, Misi dan Objektif………………………………………… …………………………………………... 8
Piagam Pelanggan…………………….……………………………………………………………………… 8
Ahli- Ahli Jawatankuasa FRIM PCS………………………………………………………………….. 9
Ahli-Ahli Jawatankuasa FIAC………………..…………………………………………………............. 10
Senarai Juruaudit …………….…………………………………………………………………………….... 11
Senarai Pasukan Teknikal …………….………………………………………………………………..... 12
Aktiviti FRIM PCS…………………………………………………………………………………………….. 18
Ringkasan Penyata Kewangan………………………………………………………………………….. 40
Akronim dan Singkatan...................................................................................................................,,,, 43
5
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan Laporan Tahunan Perkhidmatan Pensijilan Produk
FRIM (FRIM PCS) 2017 ini. Secara umumnya, pencapaian setiap aktiviti yang dirancang bagi tahun 2017
amatlah membanggakan lebih-lebih lagi dengan pelbagai usaha dan semangat kerjasama berpasukan
yang telah mula menampakkan hasilnya.
FRIM PCS telah berupaya mempersijilkan semua kategori produk perabot mudah alih berasaskan
kayu. Dalam usaha memperkasakan industri perabot bumiputera khususnya dalam membekalkan
produk berkualiti kepada pelanggan, FRIM PCS telah melaksanakan pensijilan produk perabot
berasaskan kayu daripada 18 syarikat. Syarikat akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini dan
dijangka akan terus meningkat dengan terlaksananya Pekeliling Perbendaharaan PK 2 Lampiran 2.1
yang mewajibkan pensijilan FRIM PCS mulai Julai 2018.
Dalam usaha meningkatkan sumbangan dan peranan bumiputera dalam sektor perabot,
penekanan harus diberikan kepada program-program pembangunan produk yang menitikberatkan
peningkatan kualiti dan reka bentuk perabot yang dikeluarkan. Proses menarik minat pembeli untuk
jangka panjang akan melibatkan penawaran produk tempatan yang berkualiti dan mempunyai “value
for money”, bukannya semata-mata sebagai pembeli yang mengharapkan harga produk yang rendah.
Dalam industri kayu-kayan ketika ini, tumpuan perlu diberikan kepada industri hiliran yang
bernilai tambah seperti perabot untuk mempertingkatkan pendapatan negara selari dengan Dasar
Industri Kayu Kayan Negara (NATIP) dan Induk perindustrian (IMP)
Syabas dan terima kasih kepada semua kakitangan FRIM PCS yang bersungguh-sungguh
melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta menjayakan semua aktiviti yang dirancang dan
dianjurkan. Semoga kerjasama padu daripada semua pihak akan diteruskan bagi memastikan
perkhidmatan pensijilan FRIM akan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa.
Dato’ Dr Abd Latif Mohmod
6
Pengarah Urusan FRIM PCS
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk
memberikan sepatah dua kata dalam laporan ini. FRIM PCS memainkan peranan yang lebih luas sebagai
bahan pensijilan produk yang berasaskan hutan dan keluaran hutan berbanding dengan awal
penubuhannya. FRIM PCS menawarkan pensijilan bagi pelbagai jenis produk antaranya perabot mudah
alih, perabot pasang siap, pintu rintangan api dan dinding rintangan api. FRIM PCS dapat membantu
industri tempatan dalam menghasilkan produk berkualiti secara konsisten.
Malah, FRIM PCS akan memastikan industri berasaskan produk keluaran hutan memenuhi
spesifikasi yang diperlukan dan standard yang ditentukan oleh pihak-pihak berkepentingan dan
pengguna. Secara tidak langsung FRIM PCS membantu industri berasaskan kayu dalam pembuatan
produk yang berkualiti setanding dengan jangkaan dan keperluan pelanggan. FRIM PCS komited dalam
mencapai misi dan visinya untuk menjadi sebuah badan pilihan serantau bagi pensijilan, pemeriksaan,
pengesahan dan pengujian produk berasaskan hutan menjelang 2025.
Perkhidmatan pensijilan produk FRIM telah beroperasi selama empat tahun dalam
mempersijilkan produk perabot semenjak diakreditasi di bawah ISO/IEC 17065: Type 5 oleh Jabatan
Standard Malaysia (DSM) pada 12 Disember 2014. Ia selari dengan hasrat YB Menteri Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika itu yang mahukan FRIM menjadi badan komersialisasi sejajar
dengan Akta FRIM 782 yang telah diwartakan pada 31 September 2016.
Di bawah skim pensijilan FRIM PCS industri perabot perlu memastikan semua proses yang
terlibat dalam penghasilan produk serta kualiti produk akhir dipenuhi. Kesemua syarikat yang terlibat
dalam pensijilan produk akan diaudit dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti produk yang
dihasilkan adalah konsisten serta mereka ialah syarikat pembuat yang sebenar. Melalui pensijilan produk
juga, peningkatan tahap keupayaan dan kebolehupayaan syarikat dalam mengeluarkan produk berkualiti
dapat dipantau.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat
menjayakan program FRIM PCS dan berharap objektif penubuhan akan tercapai.
Hj. Mohd Zamshari Abd Rahman
7
C a r t a O r g a n i s a s i F R I M P C S
8
Visi
Menjadi badan pilihan serantau bagi pensijilan, pemeriksaan, pengesahan dan pengujian produk
berasaskan hutan menjelang 2025.
Misi
Memberi perkhidmatan ujian, pemeriksaan, pengesahan dan pensijilan yang melangkau jangkaan bagi
operasi dan rantaian bekalan melalui jaminan kualiti.
Polisi Kualiti
Kami komited untuk memuaskan hati pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang cekap dan
dipercayai.
Piagam Pelanggan
1 Memastikan laporan audit diteliti sepenuhnya dalam tempoh dua minggu setelah selesai audit.
2 Memastikan sijil dikeluarkan dalam tempoh enam minggu selepas selesai audit dan mesyuarat
panel pensijilan.
3 Memastikan laporan rasmi (bertulis) pelanggan ditangani dalam tempoh sepuluh hari bekerja.
9
A h l i - a h l i J a w a t a n k u a s a P e r k h i d m a t a n P e n s i j i l a n P r o d u k F R I M
1 Dr Rahim Sudin Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) – Pengerusi FIAC
2 En. Mohd Zamshari Hj Abd Rahman
Pengarah (Kewangan) – Pengarah Urusan FRIM PCS
3 Dr Gan Kee Seng Pengarah (Keluaran Hutan) – Pengerusi Jawatankuasa FRIM PCS
4 Datin Salamah Selamat Ketua (Makmal)/Ketua (Pengurusan Jaminan Kualiti) – Pengurus Pensijilan FRIM PCS
5 Dr Zaihan Jalaludin Ketua Pasukan Auditor FRIM PCS
6 En. Azharizan M Norizan Pengurus Operasi FRIM PCS
7 En. Hashim W Samsi Ketua Pasukan Teknikal FRIM PCS
8 Dr Mary Khoo Bhg Hasilan Semula Jadi
9 Dr Siti Salwana Hashim Bhg Bioteknologi Perhutanan
10 Pn Suharti Samod Unit Pengurusan Kualiti – Pengurus Dokumen FRIM PCS
11 Pn Suhana Rafidah Md. Yusof Unit Pengurusan Kualiti – Pengurus Kualiti FRIM PCS
12 Pn Nor Haliyan Tan Shilan Unit Pengurusan Kualiti – Timbalan Pengurus Pensijilan FRIM PCS
13 Cik Nur Elysa Shakira Othman FRIM PCS – Setiausaha Mesyuarat
10
A h l i - A h l i J a w a t a n k u a s a Kesaksamaan dan Rayuan
Jawatankuasa Kesaksamaan dan Rayuan (FRIM Impartiality and Appeal Committee—FIAC) diwujudkan
bagi memastikan integriti dan kesaksamaan perkhidmatan pensijilan yang ditawarkan oleh FRIM PCS.
Ahli-ahli FIAC dipilih berdasarkan pengalaman teknikal mereka yang luas dalam sektor industri.
Komposisi, bidang tugas, terma rujukan, kecekapan anggota dan tanggungjawab Jawatankuasa FIAC ini
telah didokumenkan dan diberi kuasa oleh pengurusan tertinggi FRIM.
Ahli FIAC terdiri daripada pelanggan FRIM PCS, wakil-wakil persatuan perdagangan dan industri, wakil
badan-badan kawal selia kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil-wakil persatuan
pengguna. Tempoh perkhidmatan ahli-ahli FIAC ialah dua tahun bagi setiap kitaran. Ahli-ahli FIAC terdiri
daripada wakil-wakil yang berikut:
1. Datuk Rahim Sudin (Pengerusi)
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
2. En. Samsuri Maslan
Ketua Penolong Setiausaha Teknikal
Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
3. En. Che Sukri Che Mat
Pengarah
Bahagian Standard Kepenggunaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
4. En. Nelson Tan Meng Seng
Timbalan Presiden
Malaysian Furniture Council (MFC)
5. En. Sharvin A/L A. Subramaniam
Eksekutif Teknikal
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
6. En. Mohd Zamshari Hj Abd Rahman
Setiausaha
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
11
S e n a r a i j u r u a u d i t F R I M P C S 2 0 1 7
1 D r Z a i h a n J a l a l u d i n
2 E n . P u a d E l h a m
3 E n . K h a i r u l A z m i J a b a r
4 E n . K h a i r u l M a s s e a t
5 E n . Z a i r u l A m i n R a b i d i n
6 P n S u h a n a R a f i d a h M d . Y u s o f
7 E n . S h a h a r u d i n H a s h i m
8 P n S u h a r t i S a m o d
9 P n N o r H a l i y a n T a n S h i l a n
12
S e n a r a i P a s u k a n T e k n i k a l F R I M P C S 2 0 1 7
1 E n . H a s h i m W S a m s i – K e t u a P a s u k a n T e k n i k a l
2 E n . M o h d J a m i l b i n A b d u l W a h a b
3 P n N o r H a l i y a n T a n S h i l a n
4 E n . Z a i r u l A m i n R a b i d i n
5 E n . K h a i r u l M a s s e a t
6 E n . K h a i r u l A z m i J a b a r
7 D r K h a i r u l A w a n g
8 D r R a f e a d a h R u s l i
9 D r T u m i r a h K h a d i r a n
1 0 P n S i t i Z a l i h a A l i
1 1 C i k Y a n t i A b d K a d i r
1 2 P n N o o r A z r i e d a A b d R a s h i d
1 3 E n . M u h a m m a d F a i z K a m a r u d i n
13
KRONOLOGI LAPORAN AKTIVITI FRIM PCS 2017
A. MESYUARAT RASMI PCS
Bil Nama Mesyuarat Kekerapan Tarikh Pelaksanaan
1 Mesyuarat Jawatankuasa Kesaksamaan & Rayuan (FIAC)
1 5/9/2017
2 Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM
2 11/4 & 28/9/2017
3 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) PCS
2 11/4 & 3/10/2017
4 Mesyuarat Panel Pensijilan (CP) 1 Siri 1/2017; 20/4/2017
5 Panel Penilai JuruAudit (AEP) - tidak ada keperluan untuk dilaksanakan
6 Mesyuarat Pasukan Teknikal 4 20/1, 18/4, 10/7, 21 & 25/9/2017
B. PERBINCANGAN KHAS
Bil Nama Perbincangan Kekerapan Tarikh Pelaksanaan
1 Perbincangan kemajuan projek Ahli Pasukan Kerja Projek Khas Kementerian Kewangan (MOF)
12 7/4, 21/4, 27/4, 5/5, 8/5, 23/5, 26/5, 30/5, 15/6, 18/7, 15/9 & 29/9/2017
2 Perbincangan Program Pemasaran Program 7 1 20/6/2017
3 Perbincangan dengan Pasukan Teknikal Pensijilan Pintu Rintangan Api
1 2/5/2017
4 Perbincangan dengan Syarikat Fitters Warehouse & Production Facilities Sdn Bhd
1 28/4/2017
5 Perbincangan dengan Syarikat Intergrated Brick Works Sdn Bhd
1 17/5/2017
6 Perbincangan dengan FRIM PCS dan Perunding untuk Perancangan Perniagaan Bersama UiTM (UiTM Survey dan Business Plan)
5 26/4, 16/6, 26/09, 1/11 & 5/12/2017
7 Perbincangan dan Pembentangan Memorandum Jemaah Menteri
1 8/6, 9/6 & 20/6/2017
8 Perbincangan Projek Khas Hab Perabot Bumiputera
1 4/8/2017
9 Perbincangan Khas Berkenaan Pensijilan Herba 1 3/11/2017
10 Perbincangan Khas Pasukan Kerja FRIM PCS 1 3/11/2017
11 Perbincangan Berkenaan Bajet FRIM PCS 1 10/11/2017
14
12 Perbincangan Khas Mekanisme Pelaksanaan Projek Khas FRIM PCS & MOF
3 13/11/2017
13 Perbincangan Khas Berkenaan Harga Produk Pasang Siap dan Mudah Alih
1 16/11/2017
14 Jawatankuasa Ad Hoc Penambahbaikan Reka Bentuk Produk Perabot Semasa Perolehan Kerajaan
3 27/11, 7/12 & 19/12/2017
C. PERBINCANGAN/MESYUARAT DENGAN PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDER)
Bil Nama Perbincangan/ Mesyuarat Kekerapan Tarikh Perlaksanaan
1 Akiviti-aktiviti pemerkasaan bumiputera di Malaysia Timber Industry Board (MTIB)
1 16/2/2017
2
Perbincangan pemerkasaan industri perabot Bumiputera dengan Economic Planning Unit (EPU) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB)
1 2/5/2017
3
Perbincangan dan pembentangan dengan MOF untuk melengkapkan keperluan perolehan perabot kerajaan bagi melonjakkan industri perabot Bumiputera
7 3/4, 17/4, 28/4, 2/6, 7/7, 26/7 & 16/8/2017
4 Perbincangan dengan Persatuan Pengusaha Perabot Bumiputra (PETRA)
6 23/1, 2/2, 8/5, 23/10 & 06/12/2017
5 Perbincangan dengan Golden Pharos 3 11/5, 29/09 & 29/11/2017
6 Perbincangan aktiviti berkaitan industri perabot yang dilakukan Furniture Industry Technology Center (FITEC)
1 8/5 & 12/9/2017
7 Pembentangan MJM di The Natural Resources and Environment ministry (NRE)
1 20/6, 29/8 & 31/10/2017
8 Perbincangan kemudahan yang ditawarkan oleh MITI untuk industri perabot bersama-sama Lifestyle Unit MATRADE
1 12/7/2017
9 Perbincangan dengan Furniture Industry Research Assosiation (FIRA) Installation Scheme dan Bruce Lovell
1 27/9/2017
10 Perbincangan pengurusan dana kewangan dengan SME Bank
3 05/10, 25/10 & 14/12/2017
11 Perbincangan dengan Greeentech – Myhijau Produk
1 30/10/2017
12 Perbincangan aktiviti yang boleh ditawarkan oleh SME Corp
1 14/8/2017
13 Perbincangan kerjasama pembangunan standard spesifikasi dengan Jabatan Kerja Raya (JKR)
2 10/11 & 21/12/2017
15
14 Perbincangan kemudahan dan program yang ditawarkan oleh MIDC kepada industri perabot
2 21/12 & 11/1/2017
15 Perbincangan dengan Pihak UiTM dalam membangunkan kursus latihan
1 22/12/2017
16 Perbincangan FRIM CIDB Holdings dalam membangunkan Certified Installer
1 20/12/2017
17 Perbincangan dengan PEMASA dalam penghasilan sistem perabot makmal
1 29/12/2017
18 Perbincangan dengan pengusaha perabot berasaskan tilam- tilam tidak lagi disenaraikan dalam panel
1 5/1/2017
D. LATIHAN
Bil Nama Latihan Kekerapan Tarikh Pelaksanaan
1 Latihan & kompetensi juruauadit produk FRIM PCS berdasarkan in-situ ke atas 47 produk perabot sekolah
1 2 & 3/2/2017
2 Melaksanakan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 1 1& 2/3/2017
3 Awareness MS 9001:2015 1 6/3/2017
4 Pengenalan Akreditasi ISO/IEC 17025 1 14/4/2017
5 Pengendalian, tatacara & demonstrasi alat ujian in-situ baharu
1 18/4/2017
6 Pengukuhan Audit Dalam ISO/IEC 17065 1 23/5/2017
7 Refresher course ISO/IEC 17020 1 25/5/2017
8 Kursus & ujian kompetensi pembantu teknikal 1 13/10/2017
E. AKTIVITI AUDIT
Bil Nama Audit Kekerapan Tarikh Pelaksanaan
E.1 Audit Syarikat
1 Audit Pemantauan (SV2) – Syarikat MS Zabki Sdn Bhd- Khairul Azmi
1 26/1/2017
2 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Puncak Bumi Utama Sdn Bhd- Zairul Amin
1 20/2/2017
3 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Regal Bonus Sdn Bhd- Khairul Masseat
1 22/3/2017
4 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Subky Sdn Bhd- Zairul Amin
1 24/5/2017
5 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Teras Puncak Sdn Bhd- Khairul Masseat
1 24/5/2017
16
6 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Alwy Development Sdn Bhd- Zairul Amin
1 25/25/2017
7 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Hasro Gallery Frunitre Sdn Bhd- Khairul Masseat
1 25/05/2017
8 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat A.M.A.B Bina Enterprise Sdn Bhd – Dr. Zaihan Jalaludin & Yanti Abd Kadir
1 17/10/2017
9 Audit Pemantauan (SV2) & Pensijilan Semula – Syarikat Adunan Komersil Sdn Bhd – Khairul Azmi Jabar, Haliyan Tan Shilan & Suhana Rafidah
1 02/11/2017
10 Audit Pensijilan Semula – Syarikat MS Zabki Sdn Bhd – Khairul Azmi Jabar
1 20 - 22/11/2017
11 Audit Penilaian (Kitchen cabinet) – Syarikat Regal Bonus Sdn Bhd – Khairul Masseat & Shaharuddin Hashim
1 28/11/2017
12 Audit Pensijilan Semula – Syarikat Ramaco Bena Sdn Bhd – Khairul Azmi Jabar & Suharti Samod
1 26/12/2017
E.2 Audit FRIM PCS
1 Self Audit - Taskforce FRIM PCS 2 31/1 & 13/11/2017
2 Audit DSM (SV1 & SV2) 2 7 & 8/2, 25 & 26/10/2017
3 Audit Dalam PCS 1 7 & 8/6/2017
F. AKTIVITI PROMOSI
Bil Nama Aktiviti Kekerapan Tarikh Pelaksanaan
1 Lawatan Kerja FRIM PCS ke CIDB Holdings 1 13/1/2017
2 Lawatan promosi ke kilang di Johor
(Smart Victory dan PSB Decoration Sdn Bhd) 1 27/2 & 28/2/2017
3 Lawatan JAIS ke FRIM PCS 1 21/2/2017
4 Penglibatan dalam pameran di MIFF 2017 1 8 – 11/3/2017
5 Lawatan promosi ke kilang di 1 20 – 24/3/2017
6 Lawatan ke Sarawak 1 18 - 21/5/2017
7 Lawatan promosi ke kilang di Zon Selatan 1 21 – 24/8/2017
8 Lawatan promosi ke kilang di Zon Utara 1 11 – 14/9/2017
G. BENGKEL/DIALOG
Bil Nama Aktiviti Kekerapan Tarikh Pelaksanaan
1 Bengkel pemurnian akhir dokumen teknikal
FRIM PCS (Siri1/2017) 2 - 4/8/2017
2 Bengkel hab perabot Bumiputera 13/9/2017
17
3 Dialog PETRA dengan FRIM PCS - Perbincangan
untuk membuat dokumen dan katalog PETRA
dalam MOF 8/11/2017
H. LAIN-LAIN AKTIVITI
Bil Nama Aktiviti Kekerapan Tarikh Pelaksanaan
1 Lawatan Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Ke FRIM PCS
1 24/8/2017
18
LAPORAN AKTIVITI FRIM PCS
2017
19
A. MESYUARAT RASMI FRIM PCS
1 Mesyuarat Jawatankuasa Kesaksamaan dan Rayuan (FIAC)
Mesyuarat Jawatankuasa Kesaksamaan dan Rayuan (FIAC) Siri 1/2017 telah diadakan di Bilik
Mesyuarat Shorea, FRIM pada 5 Sept 2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Datuk Dr
Rahim Sudin dan dihadiri oleh Encik Daniel Hu Tian Sum (Timbalan Presiden, MFC), Encik
Mohamad Adzizulrohim Abd Malek (Ketua Penolong Setiausaha Teknikal, MOF), En Sharvin
A/L Subramaniam (Eksekutif Projek Teknikal, FOMCA). Mesyuarat telah dijalankan bermula
jam 10 pagi sehingga 5 petang dan lawatan ke makmal ujian perabot FRIM diadakan di sebelah
petang.
Gambar i & ii Mesyuarat FIAC di Bilik Mesyuarat Shorea
B. PERBINCANGAN KHAS
1 Perbincangan Khas bersama Ahli Pasukan Kerja Khas MOF
Perkhidmatan pensijilan produk FRIM (FRIM PCS) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas
Ahli Pasukan Kerja Khas MOF yang telah berkuat kuasa pada 26 April, 2017. Jawatankuasa ini
ditubuhkan untuk membantu FRIM menjayakan program kerjasama bersama-sama Bahagian
Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia dalam menambah baik Kontrak Pusat
Sistem Panel Kerajaan. Program ini bermatlamat untuk melonjak kemampuan Pengusaha
Perabot Bumiputera dalam membekalkan kualiti produk perabot serta berdaya saing bagi
memasuki pasaran yang sedia ada. Beberapa siri perbincangan juga telah diadakan sehingga
Julai 2017 dan ahli pasukan yang terlibat dalam projek FRIM-MOF terdiri daripada 16 orang
pegawai daripada Bahagian Keluaran Hutan.
Gambar i Gambar ii
20
Gambar i Perbincangan dengan ahli pasukan Gambar ii Sesi percambahan minda
Gambar iii Perbincangan dengan ahli pasukan
2. Perbincangan dengan Pasukan Teknikal Pensijilan Pintu Rintangan Api
Perbincangan ini telah diadakan pada 2 Mei 2017, jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat FRIM
PCS. Tujuannya adalah untuk membincangkan berkenaan status terkini pensijilan Pintu
Rintangan Api berserta perincian tindakan yang telah dilaksanakan. Seramai 13 orang
pegawai terlibat dalam perbincangan tersebut.
Gambar i & ii Sesi perbincangan dengan pasukan teknikal pensijilan pintu rintangan api
Gambar i Gambar ii
21
3. Perbincangan dengan Syarikat Fitters Warehouse & Production Facilities Sdn Bhd
Perbincangan dengan Syarikat Fitters Sdn Bhd telah diadakan pada 28 April 2017 di Fitters
Warehouse & Production Facilities Sdn Bhd. Tujuannya adalah untuk perkongsian maklumat
berkenaan proses pensijilan pintu rintangan api. Wakil syarikat Fitters Sdn Bhd yang hadir
ialah En Fiezan Izmar (Pengurus Kualiti Fitters), manakala wakil daripada FRIM ialah En
Izwam Ismail, En Khairul Azmi Jabar dan Pn Nor Haliyan Tan Shilan.
Gambar i dan ii Sesi perbincangan
C. PERBINCANGAN/MESYUARAT BERSAMA PEMEGANG TARUH- STAKEHOLDER
1. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama dengan pihak Kementerian Kewangan
Malaysia (MOF) untuk membincangkan peranan FRIM dalam melengkapkan keperluan
perolehan perabot kerajaan bagi melonjakkan industi perabot Bumiputera.
i. Perbincangan pertama telah diadakan pada 3 April 2017 bertempat di Bilik
Mesyuarat Tender, Blok Utara MOF, jam 9.30 pagi. Tujuan perbincangan adalah untuk
meneliti pembentangan Business Model FRIM dalam Kontrak Pusat Sistem Panel sebelum
dibentangkan kepada SUB Perolehan, Dato Othman Semail.
ii. Perbincangan dengan pegawai bahagian perolehan telah diadakan pada 17 April
2017 di Bilik Mesyuarat Utama Aras 5, Blok Utara MOF, jam 9.30 pagi. Tujuannya adalah
untuk membincangkan peranan FRIM dalam membantu Kontrak Pusat Sistem Panel,
FRIM telah membentangkan cadangan untuk melengkapkan keperluan kontrak pusat
sistem panel bagi memperkasakan industri perabot Bumiputera. Perbincangan tersebut
melibatkan wakil NRE, MOF dan FRIM.
Gambar ii Gambar i
22
Gambar i & ii Wakil FRIM dan MOF yang hadir semasa perbincangan
2. Golden Pharos Sdn Bhd
Perbincangan bersama dengan Golden Pharos Sdn Bhd telah diadakan pada 11 Mei, 2017 di
Bilik Licuala FRIM. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan dan sokongan daripada
Golden Pharos berkenaan perjalanan FRIM PCS. Perbincangan melibatkan seramai 12 orang
wakil FRIM dan enam orang wakil Golden Pharos
Gambar i Perbincangan wakil FRIM dan GP Gambar ii Sesi bergambar selepas selesai
perbincangan
Gambar i Gambar ii
23
D. LATIHAN
1 Latihan dan Kompetensi Juruaudit Produk FRIM PCS Berdasarkan In-situ Ke Atas 47
Produk Perabot Sekolah
Latihan ini dilaksanakan lanjutan daripada latihan amali in-situ yang telah diadakan di Kilang
Puncak Bumi Utama Sdn Bhd, Pulau Pinang (23 November 2016) dan di Kilang Ramaco Bena
Sdn Bhd, Terengganu (6 Disember 2016).
Bagi pelaksanaan latihan ini, peserta yang terdiri daripada Juruaudit Produk dibahagikan
kepada lima kumpulan yang mana setiap kumpulan ditugaskan membuat slaid pembentangan
bagi tatacara in-situ mengikut produk-produk yang telah ditetapkan. Tatacara in-situ telah
disusun semula mengikut kelompok produk yang menggunakan standard yang sama.
Semasa latihan, setiap kumpulan perlu membuat pembentangan terhadap tatacara in-situ
produk secara ringkas dan penilaian terhadap kefahaman dan kompetensi juruaudit secara
menyeluruh bagi tatacara in-situ dilaksanakan pada 3 Februari 2017 (10.00 pagi).
Pemarkahan penilaian ini membawa markah sebanyak 65%; manakala penilaian bagi
kompetensi teknikal dibuat berdasarkan amali di Syarikat Puncak Bumi dan Syarikat Ramaco
Bena.
Gambar i & ii Sesi pembentangan kumpulan
Gambar iii Soal jawab dan perbincangan Gambar iv Sesi penilaian kompetensi
Gambar i Gambar ii
24
2. Latihan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 (1-2 Mac 2017) dan Kesedaran MS 9001:2015
(6 Mac 2017)
Kedua-dua latihan ini telah diadakan sebagai keperluan dan persediaan calon untuk menjadi
seorang Juruaudit Produk disamping meluaskan kesedaran di kalangan kakitangan PCS.
Latihan ini telah dikendalikan oleh Intertek International Sdn Bhd yang terlibat dalam system
pensijilan dan pengurusan kualiti.
Gambar i & ii Sesi penerangan Standard MS ISO 9001;2015
Gambar iii Sesi penerangan Standard MS ISO 9001:2015
3. Pengenalan Akreditasi ISO/IEC 17025 (14 April 2017)
Latihan ini diadakan bagi memberi pengetahuan kepada pasukan juruaudit produk, pasukan
teknikal dan kakitangan FRIM PCS. Sebagai pengetahuan asas kepada peserta, keperluan
akreditasi makmal ujian mengikut Standard MS ISO/IEC 17025 telah diterangkan mengikut
klausa yang berkaitan. Bagi skop akreditasi ISO/IEC 17065, pelaksanaan ujian ke atas produk
yang hendak dipersijilkan dilaksanakan oleh makmal ujian yang telah diakreditasi di bawah
sistem ISO/IEC 17025. Justeru personel yang terlibat dengan FRIM PCS perlu mahir dengan
keperluan sistem ini.
25
Gambar i Sesi penerangan teori Gambar ii Sesi menjawab soalan
4. Pengendalian, Tatacara dan Demonstrasi Alat Ujian In-situ (Baharu) (18 April 2017)
Latihan ini diadakan bagi memastikan setiap Pasukan Juruauadit Produk, Pasukan Teknikal,
Pembantu Teknikal dan Personel FRIM PCS mampu melaksanakan proses ujian in-situ di
kilang/syarikat dengan menggunakan alat ujian in-situ yang telah ditambah baik
komponennya. Antara isi kandungan latihan yang ditekankan ialah tatacara penggunaan
beban (weight), daya (force) dan bilangan setiap turun naik beban yang diperlukan pada setiap
ujian yang dibuat.
Gambar i Sesi pemasangan alat ujian in-situ
Gambar ii Proses ujian in-situ
5. Latihan pengukuhan ISO/IEC 17065 (23 Mei 2017)
Tujuan latihan pengukuhan ini adalah bagi membantu pasukan juruaudit dalam
meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan keperluan sistem
ISO/IEC 17065. Maklumat ini dapat digunakan atau diaplikasikan melalui tugasan Audit
Dalam yang dilaksanakan ke atas FRIM PCS berdasarkan Standard ISO/IEC 17065. Pengajar
telah memberi penerangan mengikut klausa standard dan contoh- contoh objective evidence
berdasarkan kepada rekod atau dokumen yang ada di FRIM PCS.
26
Gambar i Kehadiran juruaudit dalam ISO/IEC 17065
Gambar ii Sesi penerangan ISO/IEC 17065
6. Latihan Pengukuhan ISO/IEC 17020:2012 (Pemeriksaan)
Sebagai Latihan Pengukuhan kepada semua pasukan Juruuadit Produk, Teknikal dan
Pembantu Teknikal serta personel FRIM PCS. Latihan ini menekankan keperluan-keperluan
berkaitan dengan skop “Inspection” yang dinyatakan dalam standard ISO/IEC 17020.
Perkongsian maklumat ini adalah bagi menambah pengetahuan setiap pasukan di bawah
FRIM PCS berkaitan akreditasi ISO/IEC 17020 iaitu keperluan dan persediaan yang perlu
dilaksanakan sekiranya FRIM PCS ingin melaksanakan skop ini.
Gambar i & ii Penerangan keperluan ISO/IEC 17025
7. Latihan Pengendalian Ujian In-situ dan Kompetensi Pembantu Teknikal (13 Okt 2017)
Latihan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kompentensi Pembantu
Teknikal dalam pelaksanaan proses ujian In-situ selaras dengan tanggungjawab Pembantu
Teknikal yang perlu membantu Juruaudit Produk melaksanakan ujian in-situ semasa Audit
Pemantauan dijalankan di kilang. Proses ujian in-situ juga dijalankan semasa proses batch
inspection. Ujian kompetensi juga dijalankan semasa proses latihan ini.
27
Gambar i Proses ujian in-situ sedang dijalankan
Gambar ii Penilaian kompetensi ujian in-situ
E. AKTIVITI AUDIT
E1. AUDIT SYARIKAT
1. Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Puncak Bumi Utama Sdn Bhd
Audit pemantauan tahun pertama telah dijalankan ke atas syarikat Puncak Bumi Utama Sdn
Bhd pada 21 Februari 2017 oleh En. Zairul Amin selaku ketua juruaudit dan En. Puad Elham
selaku juruaudit. Proses ujian in-situ ke atas sampel produk juga telah dijalankan bagi
keempat-empat produk syarikat (BDR1, BDR2, BDM3 & BDM4) dan syarikat telah menerima
sebanyak tiga teguran ketidakpatuhan.
Gambar i Juruaudit sedang memasang mesin
untuk ujian in-situ ke atas meja
Gambar ii Ujian drop test sedang dijalankan
ke atas produk BDM3
2. Audit Pemantauan (SV1) – Regal Bonus Sdn Bhd
Audit pemantauan tahun pertama telah dijalankan ke atas syarikat Regal Bonus Sdn Bhd pada
22 Mac 2017 oleh En. Khairul Masseat selaku ketua juruaudit dan En. Puad Elham selaku
juruaudit. Proses ujian ujian in-situ ke atas sampel produk juga telah dijalankan bagi keempat-
empat produk (meja kerani, meja guru berpedestal, meja guru karel berpedestal, rak pigeon
holes 12s) dan syarikat tidak menerima sebarang teguran ketidakpatuhan.
28
Gambar i En. Puad dibantu oleh En. Hafiz
mengambil ukuran produk rak
Gambar ii Juruaudit sedang menjalankan
ujian kekuatan sokongan
Gambar iii Ujian in-situ ke atas rak meja Gambar iv Ujian beban melintang ke atas
produk meja guru
E2. AUDIT FRIM PCS
1. Audit Kendiri
Audit kendiri siri1/2017 telah dijalankan pada 16 Januari 2017 bagi persediaan kepada audit
luar yang akan diljalankan pada 7 dan 8 Februari 2017. Audit kendiri siri 2/2017 pula telah
dijalankan pada 30 Mei–2 Jun 2017 bagi persediaan audit dalam pada 7 dan 8 Jun 2017. Audit
ini melibatkan semakan ke atas fail-fail rasmi, syarikat dan rekod-rekod yang berkaitan
dengan perkhidmatan pensijilan produk di Bilikan Gerakan(BG) Ixora, PJK.
Gambar i Pengurus Pensijilan sedang
memberikan kata alu-aluan pembukaan
audit kendiri
Gambar ii Pasukan kerja yang hadir di sesi
perbincangan
29
2. Audit Dalam FRIM PCS
Audit dalam FRIM PCS telah dijalankan pada 7 dan 8 Jun 2017 di Pejabat FRIM PCS dan
dihadiri oleh pasukan kerja PCS (Operasi dan Juruaudit). Audit ini dilaksanakan bagi
memastikan kepatuhan Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) terhadap
keperluan standard ISO/IEC 17065. Audit ini diketuai oleh Dr Kevin Ng Kit Siong dan dibantu
oleh Dr Lee Chai Ting dan Pn Noor Rasyila Mohamed Noor. Terdapat empat penambahbaikan
yang diusulkan kepada FRIM PCS dan kesemua penambahbaikan telah diambil tindakan
segera. Mesyuarat penutupan audit telah dipengerusikan oleh En. Mohd Zamshari (Pengarah
Urusan FRIM PCS) dan dihadiri oleh pegawai-pegawai PCS.
Gambar i Mesyuarat pembukaan audit Gambar ii Juruaudit sedang menjalankan
semakan ke atas dokumentasi syarikat
Gambar iii En. Izwan sedang memberikan
penerangan kepada Juruaudit
Gambar iv Dr Lee Chai Ting sedang
membuat semakan ke atas fail syarikat
30
3. Audit Luar FRIM PCS
Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) telah berjaya menjalani Audit Luar
ISO/IEC 17065 (SV 4) pada 7 dan 8 Feb 2017. Audit ini telah dilaksanakan di BG Ixora, PJK
yang dihadiri oleh pasukan kerja PCS (operasi dan pensijilan) serta juruaudit daripada Jabatan
Standard Malaysia iaitu En. Ir. Boey Her Meng, En. Gan Boon Keong dan En. Mark Mariba
(pemerhati audit).
Tiada sebarang penemuan ketidakpatuhan yang diterima, hanya tujuh peluang
penambahbaikan yang diusulkan kepada FRIM PCS. Mesyuarat penutupan ini turut dihadiri
oleh Datuk Dr Rahim Sudin (Timbalan Ketua Pengarah Operasi), En. Mohd Zamshari Hj. Abd
Rahman (Pengarah Urusan PCS), Dr Zaihan Jalaludin (Ketua Pasukan Audit), En. Hashim W.
Samsi (Ketua Pasukan Teknikal), Pegawai-pegawai FRIM PCS dan PJK.
Hasil penilaian yang dijalankan selama dua hari, pasukan juruaudit Jabatan Standard Malaysia
merumuskan bahawa FRIM sebagai Badan Pensijilan telah mengekalkan sistem pengurusan
berdasarkan kepada keperluan MS ISO/IEC 17065:2012 serta polisi dan prosedur yang
ditetapkan oleh Standards Malaysia bagi aktiviti pensijilan produk dan skop akreditasi terkini.
Gambar i Sesi pembukaan audit Gambar ii Pn. Suhana sedang memberi penerangan kepada En. Gan
Gambar iii Sesi penutupan audit Gambar iv Sesi bergambar beramai-ramai
31
F. AKTIVITI PROMOSI
1. Lawatan Ke Kilang di Johor
Pada 27 Februari 2017, Pasukan Pemasaran diketuai oleh En. Mohd. Izwan Ismail bersama-
sama Ketua Pasukan Juruaudit, Dr Zaihan Jalaludin dan Pn Mazdiana Mohd Zain telah
mengadakan satu sesi lawatan ke Smart Victory Sdn Bhd, sebuah syarikat perintis FRIM PCS
di Johor Bharu, Johor.
Pada 28 Mac 2017, FRIM PCS telah menjalankan lawatan ke PSB Décoration Sdn. Bhd. Walau
bagaimanapun FRIM PCS mendapati tiada proses penghasilan produk dijalankan berkaitan
kerusi dan meja sekolah semasa lawatan dijalankan di kedua-dua kilang. Pasukan Pemasaran
telah mendapatkan maklum balas status terkini mengenai syarikat Smart Victory yang masih
tidak dapat menjalankan audit pemantauan disebabkan syarikat tidak mendapat sebarang
tender SST daripada MOF. Lawatan ke syarikat PSB Decoration adalah bagi menjalankan kaji
selidik syarikat bumiputera dan juga bagi menawarkan perkhidmatan pensijilan produk
kepada syarikat.
1.1 Smart Victory Sdn Bhd pada 27 Februari 2017
Gambar i Keadaan syarikat ketika ini Gambar ii Sesi bergambar
1.2 PSB Decoration Sdn Bhd pada 28 Mac 2017
Gambar i Produk-produk yang dihasilkan oleh
syarikat
Gambar ii Susun atur mesin di kilang
32
2. Lawatan Ke Kilang Perabot Di Perak
Satu lawatan kerja ke kilang Perabot di Perak telah dijalankan oleh pasukan pemasaran FRIM
PCS 20–24 Mac 2017 yang diketuai oleh En. Izwan Ismail, selaku Pengurus Operasi FRIM PCS
bersama-sama Pn Nor Haliyan Tan Shilan, Timbalan Pengurus Pensijilan FRIM PCS. Sebanyak
lima kilang telah dilawati dalam siri promosi ini bertujuan bagi menerangkan dengan lebih
terperinci tujuan skim pensijilan produk ini diadakan. Maklum balas yang diterima daripada
pengusaha berkaitan perkhidmatan pensijilan yang ditawarkan oleh FRIM PCS adalah positif
walaupun terdapat kekangan pasaran yang sedang dihadapi oleh pengusaha.
2.1 Paharudin Industries Sdn Bhd pada 20 Mac 2017
Gambar i Pintu utama kilang
Perabot Paharudin
Gambar ii Sesi temu bual
dengan En. Zairul Anuar
Paharudin selaku Pengurus
kilang
Gambar iii Keadaan dalam
kilang Paharudin Industries
2.2 Lembut Bestari Sdn Bhd pada 21 Mac 2017
Gambar i Temu bual dengan En. Yatim dan
pekerja beliau
Gambar ii Keadaan peralatan yang tidak
beroperasi kerana tiada tempahan
33
2.3 Setia Meranti Sdn Bhd pada 21 Mac 2017
Gambar i Bergambar di dalam pejabat Setia
Meranti bersama-sama En. Osman dan anak
beliau En. Khairul
Gambar ii Keadaan kilang yang masih beroperasi
menghasilkan produk tempahan selain MOE
2.4 Perabot Manaq Sdn Bhd pada 22 Mac 2017
Gambar i Lawatan ke kilang
Perabot Manaq dan temu bual
bersama-sama Tuan Haji
Mohd Syukri
Gambar ii Temu bual di
pejabat operasi
Gambar iii Stok kerusi dan
meja perabot sekolah yang
masih ada.
2.5 JuszJunnEmpire Sdn Bhd pada 23 Mac 2017
Gambar i Temu bual dengan En. Jusszuraini
dan pekerja beliau di pejabat urusan
Gambar ii Syarikat mempelbagaikan
pembuatan perabot berasaskan kayu palet
34
3. Lawatan Ke Jabatan Agama Islam Selangor
Satu lawatan kerja ke Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah
diadakan pada 21 Feb 2017. FRIM PCS yang diketuai oleh Dr Zaihan Jalaludin adalah dalam
usaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan perolehan kerusi dan meja
murid bagi semua sekolah di bawah seliaan JAIS. Wakil dari pihak JAIS Ustaz Samsuri Sibadar
telah menyambut kedatangan FRIM PCS.
Gambar i Wakil FRIM PCS dan Pegawai JAIS bergambar
selepas perbincangan
4. Penyertaan Pameran di Ekspo Perkayuan Sarawak dan Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) ke 3, 18 hingga 21 Mei 2017
Ekspo Perkayuan Sarawak dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke 3 2017 telah
diadakan pada 18 hingga 21 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Pameran
bertemakan Timber and Beyond bertujuan untuk mempromosikan penggunaan pokok Akasia
dan buluh. Ekspo ini ialah anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak
(PUSAKA) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sarawak.
Sejumlah 494 gerai pameran daripada 280 pempamer terdiri daripada pengusaha industri
perkayuan, persatuan industri perabot, pengusaha kecil dan sederhana dan pempamer antara
bangsa dari Korea, Vietnam, India, Indonesia dan China. FRIM telah mengambil bahagian
dalam pameran sempena ekspo tersebut dan mempromosikan aktiviti penyelidikan akasia
dan buluh serta Skim Pensijilan Produk FRIM.
35
Gambar i Logo Sarawak Timber SMEs Expo Gambar ii Sesi penerangan kepada pelawat
Gambar iii Pelawat yang hadir ke pameran
5. Penyertaan Pameran Malaysia International Furniture Fair (MIFF 2017)
Wakil FRIM PCS telah menyertai pameran MIFF yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) 8–11 Mac 2017 bagi mempromosikan Pensijilan Produk Perabot kepada pengusaha
perabot tempatan yang hadir ke pameran ini. FRIM PCS berkongsi ruang pameran bersama-
sama FRIM semasa pameran ini. Impak pameran ini, pengusaha tempatan mengetahui
kewujudan FRIM PCS dan kelebihan pensijilan ke atas produk perabot.
Gambar i Logo MIFF 2017 Gambar ii Wakil FRIM yang hadir semasa
majlis perasmian MIFF
36
Gambar iii Datuk Dr Rahim Nik yang
datang melawat booth FRIM
Gambar iv Wakil PCS dan FTL yang
bertugas semasa pameran
G. BENGKEL / DIALOG
1. Dialog Persatuan Perabot Bumiputera (PETRA) Bersama FRIM PCS
Persatuan Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA) telah menganjurkan sesi dialog bersama
dengan FRIM pada 8 November 2017 di Auditorium FRIM. Turut hadir ialah wakil-wakil
daripada PEKA, GABUKA dan PUPUK.
Tujuan sesi dialog ini adalah bagi mengenal pasti isu-isu pengusaha perabot Bumiputera
dalam pasaran perabot tempatan dan perolehan kerajaan.
Pembentangan seminar dialog telah disampaikan oleh Datin Salamah Selamat bertajuk
”Pasaran Kerajaan Sebagai Landasan Melonjakkan Pemerkasaan Pengusaha Perabot
Bumiputera”. Sesi dialog ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang mana
hampir 70 pengusaha perabot BUMIPUTERA telah hadir.
Gambar i Ucapan pembukaan oleh Pengerusi PETRA, Dato’ Nadzir Sheikh Fazir
Gambar ii Pembentangan daripada Datin Salamah Selamat
37
Gambar iv Peserta-peserta yang telah hadir di Majlis Forum
38
La p o r a n P e r b e l a n j a a n d a n P e n d a p a t a n F R I M P C S 2 0 1 7
Vot No: 23410107006
RM
Pendapatan
Baki awal (10,058.47)
Peruntukan kerajaan Malaysia 180,000.00
Pindahan peruntukan 91,288.87
Jumlah Pendapatan 261,230.40
Komitmen
Semua perkhidmatan lain 11,000.00
Perbelanjaan
Pembayaran gaji, imbuhan, KWSP dan Socso 21,483.87
Imbuhan tetap 9,070.98
Sumbangan berkanun 4,507.30
Elaun lebih masa 490.18
Kos tuntutan perjalanan (TNT) 7,024.12
Perhubungan dan utiliti 43.92
Sewaan 3,510.00
Bekalan bahan mentah dan bahan penyelenggaraan 77.05
Bekalan dan bahan-bahan Lain 6,201.70
Penyelenggaraan dan pembaikan kecil 3,505.84
Perkhidmatan ikhtisas dan hospitaliti 17,234.14
Aset 54,922.00
Ganjaran 1,440.75
Cukai dan insuran 9,500.00
Jumlah Perbelanjaan 141,436.85
Baki 108,793.55
39
Vot No : 23410102002
RM
Pendapatan
Baki awal 220,358.82
Peruntukan kerajaan Malaysia 495,000.00
Pindahan peruntukan 29,274.02
Jumlah Pendapatan 744,632.84
Komitmen
Penyelenggaraan bangunan pejabat 14,031.85
Perbelanjaan
Elaun lebih masa 322.08
Kos tuntutan perjalanan (TNT) 8,117.25
Perhubungan dan utiliti 8.28
Bekalan bahan mentah dan bahan penyelenggaraan 292.90
Sewaan 300.00
Bekalan dan bahan-bahan lain 69,396.64
Penyelenggaraan dan pembaikan kecil 286,252.70
Perkhidmatan ikhtisas dan hospitaliti 289,984.14
Aset 66,482.00
Cukai dan insuran 45.00
Jumlah Perbelanjaan 721,200.99
Baki 9,400.00
40
Pendapatan FRIM PCS 2017 Vot No : 55210101005
RM
Pendapatan
Alwy Development Sdn Bhd 486.00
Subky Sdn Bhd 468.00
Homestead Wood Industries Sdn Bhd 288.00
Puncak Bumi Sdn Bhd 2,229.25
Ramaco Bina Sdn Bhd (2,880.00)
Syarikat Ms Zabki (M) Sdn Bhd 2,037.74
Regal Bonus (M) Sdn Bhd 1,383.02
Puncak Bumi Sdn Bhd (3,560.00)
Cantuman AnggeriK Sdn Bhd 1,000.00
Syarikat Subky Sdn Bhd 2,382.08
Alwy Development Sdn Bhd 2,382.08
Alwy Development Sdn Bhd 198.00
Teras Puncak Sdn Bhd 1,854.72
Hasro Furniture Gallery (M) Sdn Bhd 1,854.72
Jumlah 10,123.61
41
Akronim dan Singkatan
AEP Panel Penilai Juruaudit MOE Ministry of Education
BG Bilik Gerakan MOF Ministry F Finance
CIDB Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
MTIB Malaysia Timber Industry Board
EPU Economic Planning Unit NATIP National Timber Industry Policy
FIAC FRIM Impartiality Appeal Community
NGO Non-Government Organization
FIRA Furniture Industry Research Assosiation
NRE The Natural Resources and Environment ministry
FITEC Furniture Industry Technology Center
PCS Product Certification Services
FOMCA Federation of Malaysian Consumers Associations
PEB Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
FRIM Forest Research Institute Malaysia PEKA Persatuan Pengusaha Kayu-
kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia
FTL Furniture Testing Lab PEMASA Persatuan Perabot Makmal Sains
IMP Industrial Master Plan PETRA Persatuan Pengusaha Perabot Bumiputra
JAIS Jabatan Agama Slam Selangor PJK
JKR Jabatan Kerja Raya PK Pekeliling Kerajaan
MATRADE Malaysia External Trade Development Corporation
PKS Perusahaan Kecil Sederhana
MFC Malaysia Furniture Council PUPUK Perabot Usahawan Bumiputera
Kebangsaan MTDC Malaysia Technology Development
Corporation SME Small And Medium Enterprises
MIFF Malaysia International Furniture Fair
SST Surat Setuju Terima
MITI Ministry Of International Trade And Industry
SV1 Surveillien Audit
MKSP Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
42
Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh menghubungi maklumat seperti di bawah:
Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) Blok JKR 508, Jalan Jelutong
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Email: [email protected]
Website: http://pcs.frim.gov.my Tel: 603 62797732/7731/7730
Faks: 603 6270 1487