laras bahasa

21
BAB 6 : LARAS BAHASA Disediakan Oleh: Kasturi Rajagopal Nanthini Subramaniam

Upload: nanthini-subramaniam

Post on 23-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

TRANSCRIPT

BAB 6 : LARAS BAHASA

Disediakan Oleh: Kasturi RajagopalNanthini Subramaniam

Apa itu LARAS

BAHASA ???

Laras bahasa dapat diterangkan sebagai cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang hendak diperkatakan.

Halliday (1968) mendefinisi laras sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi.

Nik Safiah Karim (1982) menyatakan setiap anggota masyarakat akan menggunakan beberapa laras yang berbeza mengikut kepeluannya.

Rumusannya, laras bahasa merupakan kepelbagaian penggunaan bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dan wujud akibat berlainan fungsi dan situasi.

Menurut Abdull Shukor (2003), penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu:

i) Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa

ii) Ciri-ciri linguistik

CIRI- CIRI KEPERIHALAN

1. Situasi luaran Merangkumi aspek latar belakang

sosial dan kebudayaan seseorang ataupun sesebuah komuniti bahasa.

Aspek penting yang diambil kira adalah gelaran dan bahasa sapaan yang digunakan dalam setiap ungkapan sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi.

2. Situasi Persekitaran

Merangkumi aspek-aspek yang

terlibat secara langsung dalam

penggunaan bahasa seperti:

(a) Cara penyampaian

(b) Hubungan sosial dan peribadi

(c) Fungsi sosial

(a) Cara penyampaian

Bahasa lisan dan bahasa tulisan mahupun bahasa isyarat mempengaruhi cara penyampaian sesuatu bahasa.

Bahasa lisan dan bahasa tulisan adalah berbeza.

Penggunaan singkatan kata seperti ‘tak’, ‘nak’, ‘ni’, ‘pi’ merupakan pengaruh dialek serta tidak formal.

Individu yang terlibat dan jangka masa berlangsungnya sesuatu peristiwa berkenaan akan turut mempengaruhi penggunaan bahasa berkenaan.

(b) Hubungan sosial dan peribadi

Aspek ini berkaitan dengan hubungan yang bersifat peribadi, iaitu antara individu dengan individu sebagai anggota dalam masyarakat.

Hubungan peribadi seperti:~ antara sepasang kekasih, dua orang

kawan rapat, suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak serta dengan anggota keluarga

Hubungan formal seperti:

~ Pekerja dengan majikan

Perhubungan tidak peribadi

~ Berlaku dalam bentuk komunikasi yang jauh seperti dalam

menghasilkan penulisan di akhbar atau majalah dengan pembacanya.

~ Sifat bahasa berbentuk formal.

(c) Fungsi sosial

Merujuk kepada peranan bahasa semasa digunakan.

Peranannya berbeza mengakibatkan penghasilan laras yang berlainan.

CIRI-CIRI LINGUISTIK

Bermaksud unsur-unsur sistem bahasa

itu sendiri, iaitu aspek bunyi (fonologi) ,

aspek perkataan (morfologi) serta

aspek frasa dan ayat (sintaksis).

BAHASA1. Laras Bahasa Biasa

Laras yang tidak melibatkan bidang tertentu

Ciri: Penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami iaitu tiada istilah teknikal dan kurang kata pinjaman

Struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat.

LARAS BAHASA BIASA :

Formal/Rasmi Tidak Formal

• Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya

• Digunakan dalam situasi tidak rasmi.

• Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

• Bahasa yang digunakan adalah bahasa basahan.

2. Laras Bahasa Akademik

Digunakan dalam bidang ilmiah seperti sains tulen, matematik, bahasa, teknologi maklumat dan komunikasi, geologi, politik dan sejarah.

Memperlihatkan kematangan dan keintelektualan menggunakan perkataan yang tepat, iaitu tiada perlambangan dan bunga-bunga bahasa.

Menyediakan nota kaki, nota hujungan dan bibliografi.

Banyak menggunakan kata nama dan kata kerja daripada kata adjektif.

TERIMA KASIH !

AGAMA

Laras agama mengandungi istilah agama.

Banyak istilah yang digunakan dipinjam daripada bahasa Arab.

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab.

SAINS Laras sains lazimnya disampaikan

secara formal dan objektif.

Segala maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta.

Wacana ini juga menggunakan kosa kata dan formula atau rumus yang berkaitan dengan bidang sains seperti fotosentesis, pH, H2O, SO2, H2SO2 meteoroid, asteroid, buruj dan sebagainya.

MATEMATIK