lari berganti-ganti

9
PERATURAN 170 LARI BERGANTI-GANTI 4 X 100M LARI BERGANTI-GANTI 1. Semua perlumbaan akan berlari dalam lorong masing-masing dari mula hingga ke garisan penamat 2. Baton mestilah ditukarkan di dalam zon pertukaran baton. Penukaran baton bermula apabila ianya menyentuh tangan pelari penerima dan berakhir apabila baton berada di dalam tangan pelari tersebut. Dalam kawasan zon pertukaran, hanya kedudukan baton yang menjadi penentu dan bukannya kedudukan tubuh atau kaki atau tangan peserta 3. Jika baton terjatuh, ianya mestilah diambil kembali oleh peserta yang menjatuhkannya 4. Bilangan pengadil bertugas di setiap zon pertukaran baton adalah di antara dua hingga enam belas orang. (Berada di permulaan zon pertukaran dan di hujung zon pertukaran)

Upload: viamresh

Post on 17-Jan-2016

490 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sukan

TRANSCRIPT

Page 1: Lari Berganti-ganti

PERATURAN 170 LARI BERGANTI-GANTI

4 X 100M LARI BERGANTI-GANTI 1. Semua perlumbaan akan berlari dalam lorong

masing-masing dari mula hingga ke garisan penamat2. Baton mestilah ditukarkan di dalam zon pertukaran

baton. Penukaran baton bermula apabila ianya menyentuh tangan pelari penerima dan berakhir apabila baton berada di dalam tangan pelari tersebut. Dalam kawasan zon pertukaran, hanya kedudukan baton yang menjadi penentu dan bukannya kedudukan tubuh atau kaki atau tangan peserta

3. Jika baton terjatuh, ianya mestilah diambil kembali oleh peserta yang menjatuhkannya

4. Bilangan pengadil bertugas di setiap zon pertukaran baton adalah di antara dua hingga enam belas orang. (Berada di permulaan zon pertukaran dan di hujung zon pertukaran)

Page 2: Lari Berganti-ganti

NASIHAT :a) Menempatkan peserta-peserta dalam lorong yang

betulb) tunjuk kepada peserta “zon pelajuan” serta

permulaan dan akhirnya zon pertukaran baton.c) memberitahu kepada Refri/Ketua Pengadil dengan

menggunakan isyarat (bendera putih) bahawa semua peserta di zon pertukaran baton sudah bersedia.

d) selain memerhatikan penukaran baton, perhati juga gangguan dan halangan yang berlaku.

I. selepas penukaran.II. bila seseorang peserta mengambil kembali baton

yang terjatuh itu.e) memberitahu kepada Refri/ Ketua Pengadil dengan

menggunakan isyarat, selepas penukaran, bahawa semuanya dijalankan dengan betul (bendera putih) atau tidak (bendera kuning).

Page 3: Lari Berganti-ganti

ZON PERTUKARAN BATON : 4X 100M & 4 X 200M DENGAN ZON PELAJUAN

Zon pertukaran baton

ZON PERTUKARAN BATON : 4X 400M

20M

20m

10m

Page 4: Lari Berganti-ganti

• Zon pertukaran baton adalah 10 meter sebelum dan 10 meter selepas garisan tamat

• Dalam larian 4x200m dan 4x400m yang disertai oleh tidak lebih daripada 4 pasukan, disarankan hanya selekoh pertama pusingan pertama dijalankan mengikut lorong

• Penukaran baton di luar zon pertukaran akan mengakibatkan pembatalan

• Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila baton telah benar-benar berada dalam genggaman pelari yang menerima tadi. Peserta–peserta tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau meletak bahan di tangan mereka supaya meperolehi genggaman yang lebih baik

Page 5: Lari Berganti-ganti

• Peserta-peserta sebelum dan/atau setelah menyerahkan baton hendaklah berada dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak lagi berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain. Peraturan 163.3 dan 4 tidak akan bersabit atlet-atlet ini. Sekiranya seseorang peserta itu secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya, tindakan beliau ini akan mengakibatkan pasukannya dibatalkan.

Page 6: Lari Berganti-ganti

PERTUKARAN BATON

Page 7: Lari Berganti-ganti

• Komposisi dan susunan larian peserta-peserta hendaklah diisytiharkan secara rasmi tidak melebihi sejam sebelum masa panggilan pusingan pertama bagi setiap pusingan pertandingan. Penukaran selepas ini akan dibuat hanya atas sebab kecederaan (disah oleh pegawai perubatan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola). Pasukan berkenaan boleh membuat demikian hanya sehingga masa panggilan terakhir untuk saringan pasukan yang bertanding itu.

Page 8: Lari Berganti-ganti

4 X 400M LARI BERGANTI-GANTIPELARI PERTAMAa) Hendaklah berlari mengikut lorongnya.b) takat-takat permulaan biasanya dalam warna

putih-hijau-putih atau putih-biru-putih.(Bukan takat-takat untuk acara 400 miter)

 PELARI KEDUAa) Untuk kejohanan tempatan, peserta harus

ditempatkan di dalam zon pertukaran baton dalam lorong masing-masing. Pertukaran mestilah dilakukan dalam 20 miter jarak zon pertukaran baton sahaja.

b) pelari akan berlari di dalam lorongnya sehingga berakhir selekoh pertama.

Page 9: Lari Berganti-ganti

PELARI KETIGA & PELARI KEEMPAT a) Apabila pelari yang mendatang itu melepasi

jarak ini, pelari yang sedang menunggu di tempat permulaan zon penukaran baton mestilah menunggu mengikut susunan dan tidak boleh menukar tempat tersebut. Sekiranya mana-mana atlet tidak mengikut peraturan ini, beliau akan menyebabkan pembatalan pasukannya.

b) adalah penting para pengadil mengawasi posisi pertukaran dan menasihatkan semua peserta supaya mengelak dari menghalang lain-lain peserta

link