latihan pengukuhan bm
DESCRIPTION
latihanTRANSCRIPT
Latihan Pengukuhan: Kata ganti nama
Ayat berikut mengandung kesalahan. Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.
1. “Aku minta diri dulu” kata Zalina kepada Profesor Azman Mentali. [ _______saya______ ]
2. “ Engkau berkhidmat di sekolah ini sejak bila?” Tanya Lily kepada Cikgu
Imran.[_______cikgu_____]
3. “Berapa lama awak telah mengajar di sini tanya?” Ming Ho kepada Cikgu Nazrin. [___________cikgu______]
4.Daku sering terkenang akan suasana di kampung. [ _____Aku_________ ]
5. “Engkau ada berapa orang adik-beradik” tanya Amran kepada Kak Izlin.[ _____Kakak____ ]
6. Dikau mesti mempercayai ku. (_____________Kau__________]
7. Kau tidak bersalah dalam hal ini. [ ____Engkau__________ ]
8. “Kamu mesti datang ke pejabat saya” kata Puan Suzanty kepada Samy dan rakan-rakannya. [ __ _Kalian_____ ___ ]
9. Penculik kanak-kanak itu telah diberkas polis. Beliau ditahan reman selama lapan hari. [ _________Dia__________ ]
10. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. [___Kucing itu_______]
11. Pokok itu tumbang. Ia dilanggar lori. [____Pokok itu tumbang kerana dilanggar lori____ ____]
12. Selvan dipecat kerana ianya selalu ponteng kerja. [_______dia_________]
13. Memartabatkan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab semua pihak. [________bahasa____ ___]
14. Ibu bapa semakin sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris. [__________bahasa_______ __]
15. Kami kurang setuju dengan cadangan ia. [________cadangannya_________]
16. Sampah itu mesti kau buang sekarang. [_____kau mesti buang________]
17. Oh Tuhan ku, hanya padamu aku memohon pertolongan! [_________Tuhanku___pada-Mu__ _____]
18. Segala-galanya sudah tertulis mengikut kehendaknya. [___kehendak-Nya________]
19. Saya amat memerlukan bantuan dia. [____bantuannya__________]
20.Emak mengajak saya pergi ke pusat membeli-belah Pasaraya Aeon Jusco. [__Pasar Raya_______________]
21. Kata-kata aluan penceramah itu diselitkan beberapa rangkap pantun. [_____Kata alu-aluan_________]
22. “Kamu ada nampak Liza?” Ada…saya bertemu dengan dia perpustakaan tadi. [__dengannya____________]
23. “Engkau ni memang rajin, patutlah semua pelajar suka akan engkau” kata Cikgu Rashidah kepada rakan baiknya Cikgu Rahimah. [_______ayat ini betul__________________]
24.Bantuan biasiswa itu mesti kau terima. [_______kauterima_________________]
25.“Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri. [____kauambilkan_______]
26.Saya berasa seronok dapat berkawan dengan dia. [__dengannya______]