latihan peribahasa pt3 2015

Upload: hasnida-mat-isa

Post on 06-Mar-2016

136 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lat

TRANSCRIPT

Latihan Peribahasa PT3 2015

Lihat pernyataan di bawah dengan teliti. Berdasarkan penyataan tersebut, tuliskan satu peribahasa yang sesuai.

1. Murid-murid yang lemah dalam aspek membaca itu akan dapat menguasai aspek itu kalau diajar dengan baik kerana ____________________________________

2. Azzam dinasihati supaya berhati-hati ketika memandu kereta ke Bukit Tinggi, Pahang kerana jalan itu ____________________________________

3. Saya rasa tidak perlulah saya menyebut nama-nama orang yang melakukan perbuatan itu _________________________, kata Aina.

4. Ayah berpesan kepada Ali,Apabila kamu ke kolej nanti, jangan memandu kereta terlalu laju kerana ___________________________________.

5. Mak Cik Senah mendidik anaknya supaya berjimat cermat sejak kecil lagi kerana beliau berpendapat ________________________________________

6. Lelaki itu amat marah kerana ditahan polis atas tuduhan mencuri walhal yang melakukan perbuatan tersebut ialah teman serumahnya. Hal ini diibaratkan __________________________________

7. Nuril cerdik dan selalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun dia tidak pernah menolak permintaan rakan-rakannya yang lemah untuk membantu subjek Matematik. Sikapnya diibaratkan _____________________________