law at an rasmi pengurusan perpustakaan ahli … · 2016. 3. 30. · se/(ilar pl!rpii{la/(aan law...

5
Se/(ilar Pl!rpII{la/(aan LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN AW AM JOHOR KE DENMARK P ADA 1 MEl HINGGA 4 MEl 1996 oleli SALBIAH MOHAMMAD YUSOF' ABSTRACT This article relales briefly the experiences and observations of the writer while on a study tour to Denmark, organized by the lahore Public Library Corporation Board and sponsored by Kumpulan Prasarana Rakyat 10hor (KPR1). PENGENALAN II awatan rasmi pengurusan perpustakaan AhIi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam (PPA) Johor ke Denmark telah diadakan pada I hingga 4 Mei, 1996 yang dibiayai oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Rombongan ini terdiri daripada Y.B. Dr. Abd . Latiff bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah PPA Johor, Y.B. Tuan Haji Othman bin Jais, Tirnbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PPA Johor, Encik Abdul Karim bin Yahya, Pengarah PPA Johor, Tuan Haji Othman bin Haji Kassim, Pengerusi Eksekutif, Consortium Aki- Planner Sdn. Bhd. selaku Juruperunding Arkitek dan Salbiah Mohammad Yusof, wakil Perpustakaan Negara Malaysia. TUJUAN LAWATAN Tujuan lawatan ini ialah untuk melihat dengan lebih dekat dan menilai sistem pengurusan perpustakaan di sana. Dengan pendedahan melalui lawatan ini. ia akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perpustakaan yang disediakan di negara kita selaras dengan seruan dan harapan Kerajaan. Denmark menjadi pilihan kerana negara ini mempunyai sistem pengurusan perpustakaan yang terbaik, teknologi maklumat terkini dan hiasan dalaman yang moden dan canggih, yang boleh dijadikan panduan kepada perpustakaan di negara kita dalam memainkan peranan yang berkesan sebagai Electronic Living Library yang memberi penekanan kepada Library For the Future. Pustakawan, Sahag ian Pe mban g unan , Perpustakaan Negara Malays ia . 1 Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 28-Nov-2020

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI … · 2016. 3. 30. · Se/(ilar Pl!rpII{la/(aan LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN

Se/(ilar Pl!rpII{la/(aan

LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN

PERPUSTAKAAN A W AM JOHOR KE DENMARK P ADA 1 MEl HINGGA 4 MEl 1996

ole li

SALBIAH MOHAMMAD YUSOF'

ABSTRACT

This article relales briefly the experiences and observations of the writer while on a study tour to Denmark, organized by the lahore Public Library Corporation Board and sponsored by Kumpulan

Prasarana Rakyat 10hor (KPR1).

PENGENALAN

II awatan rasmi pengurusan perpustakaan AhIi

Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan

Awam (PPA) Johor ke Denmark telah diadakan pada

I hingga 4 Mei, 1996 yang dibiayai oleh Kumpulan

Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Rombongan ini

terdiri daripada Y.B. Dr. Abd . Latiff bin Ahmad,

Pengerusi Lembaga Pengarah PPA Johor, Y.B. Tuan

Haji Othman bin Jais , Tirnbalan Pengerusi Lembaga

Pengarah PPA Johor, Encik Abdul Karim bin Yahya,

Pengarah PPA Johor, Tuan Haji Othman bin Haji

Kassim, Pengerusi Eksekutif, Consortium Aki­

Planner Sdn. Bhd. selaku Juruperunding Arkitek dan

Salbiah Mohammad Yusof, wakil Perpustakaan

Negara Malaysia.

TUJUAN LAWATAN

Tujuan lawatan ini ialah untuk melihat dengan lebih

dekat dan menilai sistem pengurusan perpustakaan

di sana. Dengan pendedahan melalui lawatan ini. ia

akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan

perpustakaan yang disediakan di negara kita selaras

dengan seruan dan harapan Kerajaan.

Denmark menjadi pilihan kerana negara ini

mempunyai sistem pengurusan perpustakaan yang

terbaik, teknologi maklumat terkini dan hiasan

dalaman yang moden dan canggih , yang boleh

dijadikan panduan kepada perpustakaan di negara kita

dalam memainkan peranan yang berkesan sebagai

Electronic Living Library yang memberi penekanan

kepada Library For the Future.

• Pustakawan , Sahag ian Pembangunan, Perpustakaan Negara Malaysia .

• ==~~~==------~-------=======-

1

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI … · 2016. 3. 30. · Se/(ilar Pl!rpII{la/(aan LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN

, Sekilur /Jerpuslokaan

PROGRAM LAWATAN

Rabu, 1 Mei 1996

• Lawatan ke Holback Bibliotek.

Khamis, 2 Mei 1996

• Lawatan ke Copenhagen Central Library (Hoved Bibliotek Kobenhavn)

• Lawatan ke Danish Veterinary and Agricultural Library

• Lawatan ke Rodovre Kommunebibliotek

• Lawatan ke Haslev Folkebibliotek

Jumaat, 3 Mei 1996

• Lawatan ke Kilang Perabot Perpustakaan BCI

• Lawatan ke Kilang Perabot Sekolah MH Stalmobler

Sabtu, 4 Mei 1996

• Lawatan ke Perpustakaan Horsholm

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Kami telah dapat memahami perkembangan perpustakaan dan sistem maklumat di Denmark dalam lawatan singkat selama empat (4) hari tersebut. Perpustakaan-perpustakaan yang telah dilawati adalah sepeni berikut:

• Lawatan ke Holbaek Bibliotek

Perpustakaan Holbaek merupakan perpustakaan awarn yang menjadi perpustakaan pusatdi bandar Holbaek . la mempunyai lima (5) cawangan.

Lokasi perpustakaan ini amat strategik kerana ia terletak berhampiran dengan kompleks membeli belah dan menyediakan perkhidmatan kepada

\ebih kurang 34,000 penduduk di sekitar kawasan itu. Bangunan Perpustakaan setinggi tiga (3) tingkat mempunyai keluasan ruang lantai 3,200 meter persegi. Di tingkat bawab iaitu ruang utama pintu masuk perpustakaan ialah Bahagian Pinjarnan, di tingkat bawab (ruang bawab tanab) ialab Bahagian Rujukan dan <Ii tingkat satu (atas) ialah Bahagian Kanak-Kanak dan Bahagian Muzik.

Bahagian Muzik mempunyai perkhidmatan sumber media yang canggih dan perkhidrnatan yang disediakan adalab penggunaan CD-ROM, video, kaset, rekod compact disc (CD) dan sebagainya. Perpustakaan ini mempunyai sistem komputer yang telah beroperasi dengan sepenuhnya sejak ianya ditubuhkan.

Perpustakaan ini am at functional. H iasan dalamanoya amat menarik, user friendly dan pemilihan warnanya yang sesuai berupaya memberi kesan psikologi yang baik kepada penggunanya. Perabot dan kelengkapan yang dipilih begitu sesuai dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi, tahan lasak, kuat dan rekabentuk yang ringkas.

• Lawatan ke Copenhagen Central Library (Hoved Bibliotek Kobenhavn)

Perpustakaan Awam Pusat ini terletak di bandar Krystalgade. Lokasinya berdekatan dengan pusat rnembeli belah dan stesen keretapi bawah tanah Norreport (Norreport under-ground station). Ia mempunyai dua (2) cawangan iaitu The City Hall Library dan The Data Library. Perpustakaan ini di bawab pentadbiran Majlis Perbandaran dan menyediakan perkhidrnatan secara percuma kepada lebih kurang 1.5 juta penduduk di sekitar bandar itu.

Pada asalnya bangunan perpustakaan ini merupakan gudang (warehouse) dan telah diubahsuai menjadi perpustakaan. Luas ruang lantai ialah 10,000 meter persegi, di mana 2/3 ruang adalah digunakan untuk awam.

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI … · 2016. 3. 30. · Se/(ilar Pl!rpII{la/(aan LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN

" FM '" F ~ *Seldtor PerpuSlukaun

Perpustakaan yang tersergam indah ini mempunyai empat (4) tingkat, mempunyai lif, escalator dan tangga untuk kegunaan awam dan staf perpustakaan. Perpustakaan ini begitu kemas, susunan perabot yang begitu (eratur yang dapat memberi inspirasi kepada para pengunjung. Di tingka( bawah perpustakaan terdapar Bahagian Kanak-Kanak, Bahagian Maklumat, Bahagian Rujukan, Bahagian Akhbar, Art Hall, The Market (terdapat buku-buku popular dan novel) dan Kaunter Sirkulasi. Di tingkat satu , terdapat koleksi Danish dan Fiksyen Luar Negara, manakala di tingkat tiga ialah koleksi rujukan, maklumat perniagaan , natural science dan technology. Bidang perkara mengenai humanities dan social science, history dan geography terdapat di tingkat tiga dan di tingkat empat ialah koleksi art dan music, videotheque dan cafe.

Walaupun perpustakaan ini merupakan bangunan yang (elah diubahsuai, ianya begitu canggih dan sehingga kini koleksinya berjumlah 700,000 dan statistik pengguna melebihi satu juta setahun. Perabot dan kelengkapannya amat sesuai dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

• Lawatan ke Danish Veterinary and Agricultural Library

Perpustakaan ini adalah perpustakaan khusus. Perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru bagi Veterinary & Agricultural University dan juga terbuka kepada orang awam. Koleksi perpustakaan meliputi bidang sains haiwan, perranian, sains basil tenuSll , h0I1iclllture, perhutanan, sains pemakanan dan alam sekitar. Koleksi bUku-buku terbitan selepas tahun 1980 diletakkan di ruang rak terbuka manakala buku-buku terbitan sebelum tahun tersebut disimpan dalam stek rak kompaktus, begitu juga jernal nadir. Sistem rak kompaktus Nord Plan itu amat canggih dan mempunyai teknologi yang tinggi. la dapat memllatkan buku-buku seberat 80 kilogram serta luasnya sepanjang II kilometer. Ia tidak lagi digunakan secara manual malah semuanya telah dikomputerisasikan.

• Lawatan ke Rodovre KommUllebibliotek

Perpustakaan Komuniti Majlis Perbandaran ini telah direkabentukkan oleh sea rang arkitek terkenal iaitu Prof. Arne Jacobsen. Ia terletak di kawasan yang strategik, berhampiran dengan Dewan Majlis Perbandaran, pejabat pos dan kompleks membeli belah. Perpustakaan ini begitu unik dilihat dari luarnya kerana dinding bangunan diperbuat daripada Black Solvag Stone (dari Norway). Selain daripada itu , dindingnya diperbuat daripada kaca , dengan ini terdapat pencahayaan secara semulajadi. Yang menarik ialah bahagian dalaman perpustakaan ini terdapat taman dalaman (indoor garden) dimana pengguna boleh berehat sambil membaca.

Rekabentuk perpustakaan ini menepati perpustakaan sebagai gedung ilmu. Adllnan susunatur ruang, ergonomik peralatan dan hiasan dalaman membe ri keberkesanan fung s i perpustakaan terse but.

• Lawatan ke Haslev Folkebibliotek

Perpustakaan termoden ini terletak di pinggir bandar, Haslev yang mempunyai lebih kurang 14,000 penduduk. Perpustakaan desa ini mempunyai luas ruang lantai sebanyak 3,800 meter persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Bagi menampung keperluan sosial penduduk tempatan, kemudahan seperti bilik serbaguna, bilik mesyuarat, bilik perbincangan disediakan secara percuma. Purata 800 mesyuarat setahun telah diadakan di perpustakaan itu. Setiap ruang dalam perpustakaan dihias rapi menimbulkan kedamaian dan keceriaan. Perabotnya bermutu tinggi dan cantik kemasannya.

• Lawatan ke Kilang Perabot Perpustakaall BCl

Rombongan kami berpeluang melawat kilang membuat perabot perpustakaan, BCI di HoIsted, Denmark.

Kami telah mendapat taklimat dan melihat sendiri proses pembuatan dan pengeluaran perabot

.--~====~~--------~=========-

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI … · 2016. 3. 30. · Se/(ilar Pl!rpII{la/(aan LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN

perpustakaan yang menggunakan peralatan terkini yang berteknologi tinggi lanpa menggunakan ramai tenaga buruh. Syarikal ini yang telah beroperasi lebib daripada tiga puluh

tahun memberi penekanan kepada sistem kawalan penghasilan produk yang bermuru tinggi dan

sentiasa l11encari jalan pembaharuan untuk memperbaiki proses perekayasaan (re­

engineering) demi untuk menghasilkan produktivili yang tinggi di kalangan pekerja. BCI juga telah banyak mengeluarkan perabot untuk perpustakaan di seluruh dunia, di antaranya ialah National Library of Scotland. University

of Singapore Library. Nationa l Library, Curacao , Netherlands, New York Public

Library. Central Dallas Children's Library.

Dallas. Irbid Central Library. Yarmouk University. Jordan dan sebagainya .

Di Malaysia. perpustakaan-perpustakaan yang telah membeli perabot daripada BCI ialah

Perpustakaan Negeri Kedah, Perpustakaan Awam Cawangan Lan gkawi, Kedah,

Perpuslakaan Negeri. Negeri Sembi Ian, Perpustakaan Negeri Terengganu dan Yayasan Sabah. Selain daripada itu, Pusat Sains Negara,

Pusat Islam. Johor dan beberapa institusi lain juga mendapat perkhidmatan BCI.

• Lawatan ke Kilang Perabot Sekolah MH Stalmobler

Seterusnya kami berpeluang melawal kilang pembualan pcrabot sekolah di Middlefart,

Denmark. Syarikat ini menggunakan peralatan

berteknologi tinggi bagi menghasilkan pelbagai saiz dan bel1luk kerusi. meja. almari dan

kelengkapan sekolah yang lain. Ia sentiasa menekankan kawalan mulU serta semiasa mencari pembaharuan yang inovalif. Ciri-ciri

keselesaan. ringkas dan cantik kel11asannya diambilkira dan dititikberatkan dalanl pel11buatan perabot sekolah berkenaan.

S tOtar Perpustakaan

• Lawatan ke Horsholm Library

Perpustakaan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Horsholl11 ini terletak berhampiran dengan kompleks membeli belab dan pejabat­pejabal. la ditempatkan sekali dengan teater! dewan konsert yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan bandar berkenaan.

Bangunan perpustakaan dua (2) tingkat ini berbentuk kapal, dengan ruang lantai seluas 4,500 meter persegi mempunyai suasana ruang terbuka, ruenggalakkan pengguna melangkah masuk ke setiap ruangnya dengan damai.

Di tingkat bawah, perpustakaan menyediakan kemudahan koleksi akhbar dan majalah, 'caJe', perkhidmatan rujukan dan pinjaman dan bahagian muzilk ruanakala di tingkat atas pula ialah Bahagian Kanak-Kanak. Setiap ruang tersusun kemas, hiasan dalamannya menarik dan perabot bermulU linggi dan cantilk kemasannya. Lampu-Iampu yang bergantung indah amat mempengaruhi suasana dan menjadikan perpustakaan begiru ceria.

AKTIVITI SOSIAL

• Lawatan ke National Museum

Selain daripada melawat perpustakaan­perpustakaan di Denmark , kami berpeluang melawat National Museum. Segala khazanah peninggalan zaman kegemilangan diRaja Denmark seperti teknologi tradisional, tradisi perkembangan ilmu , kesenian, kebudayaan dan lain-lain masih tersimpan dengan megabnya di Muzium tersebut.

• Lawatan ke Perkarangan Istana Amalie/lborg (Amalienborg Palace) Queen oj Denmark

Kami dapat memahami sejarah pemerintahan monarki negara Denmark melalui lawatan ke perkarangan Istana A malienborg di mana kami

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI … · 2016. 3. 30. · Se/(ilar Pl!rpII{la/(aan LAW AT AN RASMI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN

telah diberi taklimat mengenainya oleh pemandu lawatan kami.

• Lawatall ke Legoiand, HoIsted

Kami dibawa mengunjungi Legoland yang merupakan kompleks rekreasi permainan kanak­kanak yang lengkap dan moden , Lego, jenama terkenal bagi pennainan kanak-kanak di seluruh dunia. Kami Lelah melihat pelbagai pengeluaran permainan e lektronik yang canggih hasil pengeluaran Syarikat Lego itu. Kami amat terpesona melihat model-model intelligent toys yang dipamerkan . Selain daripada itu pengunjung dapaL menikmati kemudahan bermain dengan alat-alat permainan yang disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.

KEINDAHAN NEGARA DENMARK

Denmark merupakan negara yang indah dengan pemeliharaan bangunan-bangunan lama dan bersejarah dan persekitaran alam semulajadi dengan bukit bukau yang menghijau. Bandar Copenhagen terpelihara indah , bersih dan bangunan yang paling tinggi hanya enam tingkat sahaja begitujuga bandar­bandar lain di negara itu. Yang paling menarik ialah warganya menaiki basikal sebagai kenderaan dan tidak hairanlah tcrdapat tempat letak basikal yang bertingkat di te ngah -tengah bandar disediakan. Keadaan di jalan raya tidak sesak kerana lorong untuk basikal juga disediakan.

Sekilar Perp"slallaan

Kami berpeluang menikmati keindahan di pinggir bandar dan pantai semasa perjalanan kami dengan menaiki coach ke Hoisted, Denmark yang jarakoya lebih kurang 400 kilometer dari Conpenhagen. Kami juga dapat menaiki feri yang besar dengan rnenikmati udara yang nyaman dan bersih.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, peluang untuk rnelawat perpustakaan di Denmark banyak memberi faedah dan pendedahan kepada saya. Hasil pemerhatian saya terhadap pembangunan perpustakaan awarn di negara tersebut adalah seperti berikut:

• Sambutan orang awarn terhadap perkhidmatan perpustakaan awam amat menggalakkan.

• Kebanyakan perpustakaan awam tidak lagi mempunyai bangunan tersendiri (stand-alone building) malah ia bersepadu dengan komuniti, di mana ia terletak dalam kompleks membeli belah dan perpustakaan menyediakan kemudahan sosial kepada masyarakat seperti bilik mesyuarat, bilik aktiviti dan lain-lain.

• Rekabentuk perpustakaan awarn menepati fungsi perpustakaan sebagai gedung ilmu. Ia memberi penekanan kepada aspek estatik seperri warna, susunatur perabot dan hiasan dalaman.

• Corak perabot perpustakaan ringkas, menarik dan perabot bermutu tinggi serta cantik kemasannya.

• Hiasan dalam perpustakaan menitikberatkan keselesaan dan kedamaian.

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia