litar bekalan kuasa
TRANSCRIPT
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK
SEMESTER 4
2/2014
MACHINE MAINTENANT CONTROL
LAPORAN AMALI
LITAR POWER SUPPLY
NAMA PENGAJAR
PN.DALILAH BINTI ABDULLAH
NAMA PELAJAR
MOHAMAD HUSNI BIN RAMLI
13114156
ISI KANDUNGAN
BIL PEKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3
2 GAMBARAJAH LITAR BEKALAN KUASA BRIDGE RECTIFIER
4
3 FUNGSI KOMPONEN DALAM LITAR 5-8
4 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN 9
5 KESAN KEROSAKAN KOMPONEN DAN CARA MENGATASI
10-12
6 CARA MEMATERI DENGAN BETUL 13
7 SOP 14
8 LANGKAH KESELAMATAN 15-16
9 KESIMPULAN 17
2
PENGENALAN
Kuasa elaktrik yang dibekalkan dalam negara kita adalan dalam bentuk ac 240V RMS
dan 50Hz. Walau bagaimana pun voltan dc amat diperlukan untuk mengendalikan sebahagian
besar alatan elektronik contohnya Radio. Peralatan elektronik lain juga memerlukan voltan dc
samada dalam nilai yang lebih tinggi atau rendah dan memerlukan voltan dc yang stabil.
Bekalan kuasa dc adalah merupakan satu liitar elektronik yang menukarkan voltan bekalan
utama ac 240V kepada voltan dc yang diperlukan.
Litar bekalan kuasa dc mengandungi 4 komponen atau bahagian utama :
1. Pengubah : Menurun atau menaikan voltan ac masukan 240V kepada nilai yang
dikehendaki.
2. Penerus : Menukarkan voltan ac kepada voltan dc berdenyut.
3. Penapis : Proses untuk menghasilkan voltan dc yang linar tanpa berdenyut.
4. Pengatur : Kebolehan bekalan kuasa menghasilkan voltan dc yang tetap walaupun
berlaku perubahan pada beban keluaran atau voltan masukan.
3
GAMBARAJAH LITAR BEKALAN KUASA BRIDGE RECTIFIER
4
FUNGSI SETIAP KOMPONEN DALAM LITAR BEKALAN KUASA
1)PENGUBAH (TRANSFORMER)
Gambarajah blok bekalan kuasa a.t. mempunyai lima peringkat. Setiap
peringkat mempunyai fungsi masing-masing. Blok yang pertama ialah pengubah
( transformer ). Pengubah yang biasa digunakan ialah pengubah penurun ( step-down
transformer ). Bahagian primer pengubah bekalan kuasa disambungkan kepada bekalan
kuasa ac 240V 50 Hz di Malaysia dan bahagian sekunder diturunkan mengikut
kesesuaian peralatan elektronik yang digunakan.
Selain daripada itu oleh kerana pengubah terbina dari dua belitan gelung
primer dan sekunder yang tiada langsung hubungan terus antara keduanya melainkan
dengan proses aruhan, maka penggunaannya juga bertujuan untuk mengasingkan
rangkaian litar-litar dipihak sekunder daripada talian bekalan ac yang tinggi di pihak
primer. Pengasingan ini dapat mengelakkan pengguna dipihak sekunder dari terkena
kejutan elektrik voltan AC yang tinggi. Pengasingan itu juga dapat mengelakkan litar
primer menerima kesan dari sebarang kerosakan litar di lilitan sekunder.
5
2)PENERUS (RECTIFIER)
Penerus tetimbang juga adalah merupakan satu lagi jenis penerus gelombang penuh.
Tatarajah penerus tetimbang adalah dimana ia menggunakan empat diod separuh
pengalir dan pengubah yang sama seperti yang digunakan dalam penerus gelombang
separuh iaitu pengubah yang tidak bertap tengah. Dalam penerus jenis ini, dua diod
akan berfungsi dalam satu masa dan dua diod lagi dalam keadaan tidak berfungsi (off).
Merujuk kepada rajah Apabila titik A pada setengah kitar positif maka titik B akan
menjadi negatif, oleh yang demikian diod D3 dan D4 akan dipincang hadapan sebab anod
D3 mendapat voltan positif manakala katod D4 mendapat voltan negatif. Manakala D1
dan D2 dipincang songsang sebab katod D1 menerima voltan positif manakala anod D2
menerima voltan negatif. Arus akan mengalir dari titik A melalui D3, RL yang mana
setengah kitar positif terhasil merentas RL iaitu pada titik keluaran, seterusnya arus akan
mengalir melalui bumi ke titik B dan terus balik ke titik A melalui belitan sekunder.
Sebaliknya apabila titik A menerima setengah kitar negatif manakala titik B adalah
positif, maka D1 dan D2 akan mendapat pincang hadapan sebaliknya D3 dan D4 dipincang
songsang. Dengan yang demikian arus akan mengalir dari titik B melalui D2 ke punca
positif RL terus ke bumi, maka setengah kitar positif akan terhasil merentas RL iaitu pada
titik keluaran, seterusnya arus akan terus mengalir melalui D1 ke titik A dan balik ketitik
B melalui belitan sekunder.
6
V
t
Litar Penerus Gelombang Separuh
Litar Penapis
3)PENAPIS (KAPASITOR)
Keluaran litar penerus adalah voltan dc berdenyut. Untuk mendapatkan voltan dc keluaran yang
lebih linar, penapis diperlukan. Rajah menunjukkan bentuk gelombang sebelum dan selepas
litar penapis.
Tugas utama penapis ialah untuk menukarkan voltan dc berdenyut kepada voltan dc yang tulin
tanpa denyut atau riak seperti keluaran voltan dc dari sebuah bateri.
Walau bagaimana pun, tidak semua penapis dapat menghasilkan voltan dc tulin. Voltan keluaran
penapis biasanya voltan dc yang masih belum linar. Voltan ini adalah percampuran voltan dc dan
sedikit voltan ac yang dipanggil sebagai voltan riak. Rajah 4.8 menunjukkan bentuk gelombang
voltan dc tulin.
7
V
V
t
Voltan a.t. Voltan a.t. beriak
Rajah : Gelombang keluaran sebelum dan selepas penapis
Va.t.
V
t Rajah 4.8 : Voltan dc. tulen
4)PENGATUR VOLTAN (VOLTAGE REGULATOR)
Bekalan kuasa yang baik mesti mempunyai pengatur voltan, dimana fungsi pengatur
voltan ini adalah untuk menghasilkan voltan dc yang stabil walaupun berlaku perubahan beban
keluaran atau voltan masukan. Tanpa pengatur voltan, voltan keluaran akan berubah apabila
bekalan masukan atau rintangan beban berubah.
Rajah , menunjukkan simulasi pengatur voltan dimana litar ini menerima voltan dc dari penerus dan
penapis sebanyak 15V dan keluaran pengatur memerlukan voltan sebanyak 12V yang telah susut
merentas RA sebanyak 3V. Sekiranya berlaku perubahan kepada beban RL yang menyebabkan voltan
keluaran berkurang maka nilai RA perlulah juga dikurangkan supaya voltan keluaran akan tetap
kepada 12V, untuk melaras RA secara manual adalah mustahil, oleh yang demikian satu litar
pengatur voltan perlulah diadakan untuk mengatur voltan itu secara automatik.
Terdapat tiga litar pengatur voltan yang biasa digunakan:-
pengatur voltan diod zener
pengatur voltan siri bertransistor
pengatur voltan litar bersepadu (I.C)
8
PENGUJIAN DAN KESELAMATAN
Mengesan kerosakan
Dalam litar bekalan kuasa pengatur voltan terdapat empat peringkat iaitu pengubah,
penerus, penapis dan pengatur, kerosakan boleh berlaku dimana-mana peringkat.
Pemerhatian yang khusus perlu dibuat untuk mengenal pasti kesan (symptom)
kerosakan. Pertama pastikan bekalan ac pada litar disambung dengan betul dan suis
ditutup (on). Jika tiada voltan dc keluaran tiada, pastikan ada voltan ac masukan pada
belitan sekunder, jika tiada voltan ac pada sekunder pengubah, tiga kemungkinan
kerosakan boleh berlaku:
a) Belitan primer atau sekunder terbuka
b) Dawai penyambung dari palam terbuka / putus
c) Fius terbuka / putus.
Untuk menguji, pastikan suis soket dibuka (off) dan palam ditanggalkan dari soket,
meter Ohm boleh digunakan untuk menguji keterusannya. Jadual 4.23 menunjukkan
simptom dan kerosakan yang berlaku pada bekalan kuasa pengatur voltan boleh laras.
Terdapat tiga jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada komponen elektronik :
1. Terbuka
2. Terpintas
3. Bocor
9
KESAN KEROSAKAN
1. Kerosakan pada pengubahVoltan dc keluaran 0V dan tiada voltan sekunder. Rintangan belitan primer dan sekunder rendah (normal)
Dawai penyambung bekalan masukan atau fius terbuka
Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada belitan sekunder. Rintangan belitan primer infiniti dan rintangan rendah pada belitan sekunder.
Belitan primer terbuka
Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada belitan sekunder.Rintangan belitan sekunder infiniti dan rintangan rendah pada belian primer.
Belitan sekunder terbuka
2. Kerosakan pada penerus (gelombang penuh dan tetimbang)
Voltan dc keluaran rendah dan terdapat voltan riak.
Diod penerus terbuka
Fius terbuka disebabkan arus yang berlebihan. Rintangan pada pengubah normal
Diod penerus pintas.
3. Kerosakan kapasitor penapis
Voltan dc keluaran rendah, paras voltan riak bertambah. Pengaturan voltan lemah.
Kapasitor penapis terbuka
Fius terbuka, rintangan keluaran penerus rendah bila diukur pincang depan dan songsang.
Kapasitor penapis pintas.
10
Voltan dc keluaran rendah dengan paras voltan riak bertambah. Pengaturan voltan lemah (mungkin litar berfungsi dengan tak stabil)
Kapasitor penapis bocor.
4. Kerosakan litar pengatur
Voltan dc keluaran 0V dan voltan masukan ke pengatur sedikit tinggi dari normal.
Transistor siri dasar dan pengeluar terbuka.
Voltan masukan dan keluaran pengatur sama, fius boleh jadi terputus atau merosakan transistor disebabkan arus yang berlebihan.
Transistor pemungut dan pengeluar terpintas.
Voltan dc keluaran rendah, transistor siri menjadi panas.
Diod zener terpintas
Tiada voltan rujukan, voltan dc keluaran mungkin akan tinggi atau rendah bergantung kepada corak sambungan diod zener.
Diod zener terbuka.
Voltan dc keluaran lebih tinggi dari sepatutnya, tiada pengaturan voltan dan tiada voltan kawalan.
Penguat ralat terbuka
(transistor atau I.C)
Diod zener menjadi panas disebabkan arus yang berlebihan. Litar tak boleh dikawal. Voltan dc keluaran rendah lebih rendah dari voltan zener. Penguat ralat pintas.
11
Cara mengatasi kerosakan pada komponen:
Pastikan memahami litar debgan jelas
Pastikan setiap komponen yang digunakan berada dalam keadaan baik
Kenali setiap komponen yang digunakan/ rujuk datasheet komponen
Fahami datasheet setiap komponen yang digunakan
Pastikan teknik memateri kaki komponen debgab betul dan kemas
Pasang kaki komponen pada terminal yang betul
Tentukan polariti setiap komponen aktif dengan betul
Kenali komponen aktif dan pasif sebelum memasang litar
Terdapat tiga kaedah asas mengesan kerosakan :
a) Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang hangus
atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen terbakar.
b) Suntikan dan surihan isyarat.
c) Sukatan voltan dan rintangan.
CARA-CARA MEMATERI KAKI KOMPONEN
12
LANGKAH 1
Bersihkan mata soldering sebelum digunakan.
LANGKAH 2
Komponen- komponen perlu di pasang pada tempat yang betul diatas PCB. Terutama
komponen yang mempunyai polarity.
LANGKAH 3
Pastikan soldering dipanaskan pada suhu 350˚c - 400˚c untuk mendapatkan tahap
kepanasan yang disyorkan.
LANGKAH 4
Apabila tidak diperlukan letakkan pada soldering stand.
LANGKAH 5
Pastikan kawasan kerja tiada bahan-bahan yang mudah terbakar berdekatan dengan
solder yang panas.
LANGKAH 6
Semasa membuat soldering ,pastikan ianya tidak berlaku:
Litar pintas /short circuit antara komponen yang digunakan
Litar rosak
LANGKAH 7
Pastikan keselamatan peralatan dan diri diutamakan. Jangan bergurau semasa
melakukan proses kerja ini.
GUNAKAN PANDUAN SOP YANG TELAH DISEDIAKAN
13
STANDARD OPERATING PROSEDURE (SOP)
JABATAN OLE KLUSTER ELEKTRONIKMESIN / PERALATAN DC POWER SUPPLY
JENAMA / MODEL TEXIO PR18-3A
Sebelum Menggunakan MesinI. Pastikan power supply dalam keadaan baik tidak mengalami sebarang kerosakan.
II. Sambungkan prob positif dan negatif pada terminal yang betul.III. Sambungkan power cord pada plug dan ON kan suis pada power supply.
Semasa Menggunakan MesinI. Pastikan pelaras voltan dijulatkan pada ukuran yang sesuai.
II. Pastikan sambungan prob pada litar dalam keadaan yang betul supaya tidak berlaku short circuit pada litar yang di sambungkan.
III. Elakan tangan dari bersentuh pada bahagian pengalir prob. Selepas Menggunakan Mesin
I. Laraskan julat pemilih pada 0volt kembali dan offkan suis pada power supply.II. Pastikan tiada sambungan lain setelah power supply di offkan.
III. Tanggalkan prob dan power cord kemudian simpan di tempat yang selamat.
Pegawai yang perlu dihubungi jika berlaku kerosakan /kecemasan Nama Pegawai: Mohd Syafiq Bin SuhaimiNo Tel : 03-51612622 ext: 342
DISEDIAKAN OLEH :T.TANGAN :TARIKH :
DISAHKAN OLEH :T.TANGAN :TAIKH :
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
14
i. Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa
melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang
demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah
penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang
kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan
ii. Keselamatan alat
Peralatan elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan
ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Antara ciri keselamatan yang perlu
diperhatikan adalah:
15
Penebatan
- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai
penebat yang baik dan sempurna.
Penggunaan alat pematerian (soldering iron)
- Alat pemateri adalah satu alat untuk meleburkan bahan
pemateri, oleh yang demikian hujung alat peteri adalah
panas dengan itu elakkan dari meletakkannya dimerata-
rata. Letakkan alat pemateri di pemegangnya (holder).
- Elakkan dari mengetuk alat pateri untuk membersihkan
hujung alat pemateri dari bahan pateri sebab ia akan
merosakkan elemen pemanasnya. Gunakan span basah
untuk membersihkannya
Penggunaan meter pelbagai (multimeter)
- Gunakan julat yang betul
- Pastikan kekutuban yang betul
KESIMPULAN
16
Secara keseluruhannya selepas melakukan kerja kursus amali ini banyak pekara yang dapat dijadikan panduan dalam membangunkan sesebuah litar bekalan kuasa juga dapat menerangkan kendalian dan setiap komponen yang digunakan litar bekalan kuasa DC. Seterusnya ,dapat mengesan kerosakan yang berlaku pada litar dengan melakukan troubleshooting pada litar bagi mengsan kerosakan yang berlaku. Disamping itu, kaedah dan teknik memateri kaki komponen juga memerlukan penelitian yang serius dan semasa melakukan kerja pastikan mengamalkan langkah-langkah keselamatan.
17