log masuk ke portal ppum dan pilih menu “permohonan online...
TRANSCRIPT
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
1
Rajah 1: Carta Alir Proses Kerja Merekodkan/Mengemaskini Pengisytiharan/Pelupusan Harta
Tidak Disahkan/ Dikembalikan
MULA
TAMAT
Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online”
Pilih Pautan Sub Menu “Isytihar Harta”
Masukkan/kemaskini maklumat pengisytiharan/pelupusan harta
Hantar maklumat kepada Ketua Jabatan untuk pengesahan
Disahkan oleh Ketua?
Penerimaan oleh Urusetia Pengisytiharan Harta
Ya
Diterima oleh
Urusetia?
Ya
Kelulusan Pengisytiharan/Pelupusan Harta oleh Jawatankuasa Tatatertib
Tidak Diterima/ Dikembalikan
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
2
Permohonan Pengisytiharan/Pelupusan Harta boleh dibuat melalui Portal PPUM dialamat
http://portal.ummc.edu.my dibawah pautan Permohonan Online dan Sub Menu Isytihar
Harta.
Pengguna perlu log masuk ke Portal PPUM dengan memasukkan ID dan Katalaluan yang
telah didaftarkan iaitu menggunakan log masuk Single Sign On (SSO). Setelah berjaya login,
pengguna perlu memilih pautan Permohonan Online pada senarai menu di sebelah kiri Portal.
Seterusnya pengguna perlu memilih sub menu Isytihar Harta.
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
3
Selepas pengguna memilih menu Permohonan Online > sub menu Isytihar Harta, pengguna
seterusnya akan dapat mengakses Sistem Pengisytiharan Harta.
Pada sistem ini, pengguna boleh membuat permohonan pengisytiharan harta atau
permohonan pengisytiharan pelupusan harta jika ingin melupuskan harta yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Untuk membuat pengisytiharan harta, pengguna
perlu klik pada Borang Pengisytiharan Harta atau klik pada Borang Pengisytiharan Pelupusan
Harta jika ingin membuat permohonan untuk melupuskan harta yang telah diisytiharkan.
i. Borang Pengisytiharan Harta
Pada borang ini, terdapat lima bahagian maklumat iaitu keterangan pegawai/keluarga,
pendapatan bulanan, tanggungan/ansuran bulanan, keterangan mengenai harta dan
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
4
pengesahan pegawai. Namun pemohon tidak perlu mengisi bahagian keterangan
pegawai/keluarga kerana maklumat tersebut diambil secara terus daripada Sistem eHR.
Oleh itu, pemohon perlu memastikan terlebih dahulu maklumat berkenaan diri sendiri
dan keluarga adalah betul dan terkini sebelum membuat permohonan pengisytiharan
harta.
ii. Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta
Setelah maklumat pada bahagian keterangan pegawai/keluarga adalah betul dan terkini,
seterusnya pemohon perlu mengisi bahagian pendapatan bulanan, tanggungan/ansuran
dan maklumat harta. Setelah kesemua maklumat ini selesai dimasukkan, pengguna
seterusnya boleh memilih Ketua untuk mengesahkan maklumat pengisytiharan harta
yang dimasukkan.
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
5
Sebelum memasukkan maklumat pendapatan bulanan, pengguna perlu memilih
maklumat pengisytiharan sama ada kali pertama atau tambahan. Seterusnya, bagi
pengguna lelaki, terdapat butang untuk menambah pasangan (isteri). Jumlah tambahan
yang boleh dibuat adalah sebanyak tiga orang tidak termasuk ruangan pasangan yang
telah tersedia. Oleh itu jumlah keseluruhan pasangan yang boleh dimasukkan adalah
empat orang. Tekan butang Tambah Pasangan bagi menambah pasangan, dan tekan
butang Padam Pasangan bagi memadamkan ruangan pasangan yang telah ditambah.
Bagi maklumat pendapatan bulanan, nilai gaji dan elaun akan dipaparkan secara
automatik oleh sistem. Walau bagaimanapun pengguna perlu memasukkan lain-lain
maklumat. Bagi pengguna yang mempunyai pasangan dan bekerja, mereka wajib untuk
memasukkan maklumat pendapatan, dan sekiranya tidak dimasukkan, keseluruhan
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
6
maklumat pendapatan bulanan tidak boleh disimpan. Selain itu, pengguna juga boleh
menambah lain-lain maklumat pendapatan sama ada sendiri atau pasangan. Lain-lain
pendapatan tidak terhad kepada hanya satu, pengguna boleh menambah lain-lain
pendapatan dengan menekan butang Tambah dan butang padam bagi menghapuskan
ruangan lain-lain pendapatan yang telah ditambah. Setelah kesemua maklumat selesai
dimasukkan, klik pada butang simpan untuk menyimpan maklumat berkenaan.
Seterusnya bagi memasukkan maklumat tanggungan atau ansuran bulanan atas hutang
atau, pinjaman, seperti pada maklumat pendapatan bulanan, pengguna boleh menambah
pasangan dengan klik pada butang Tambah Pasangan. Begitu juga untuk memasukkan
lain-lain maklumat tanggungan/ansuran bulanan, pengguna boleh memasukkan lebih
daripada satu maklumat dengan klik pada butang Tambah pada ruangan Lain-lain. Untuk
memadamkan ruangan tambahan yang dimasukkan pengguna boleh klik pada butang
Padam. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik pada butang Simpan untuk
menyimpan maklumat berkenaan.
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
7
Setelah selesai memasukkan maklumat pendapatan bulanan dan tanggungan/ansuran
bulanan, pengguna perlu memasukkan maklumat keterangan harta. Pengguna perlu
memilih jenis harta dan memasukkan maklumat-maklumat lain pada ruangan yang telah
disediakan. Setelah selesai tekan butang Simpan. Pengguna boleh memasukkan
maklumat keterangan harta satu per satu, dan senarai harta yang dimasukkan akan
dipaparkan di bawah ruangan merekodkan maklumat harta.
Pengguna boleh mengemaskini atau menghapus rekod keterangan harta yang telah
dimasukkan dengan klik pada pautan maklumat keterangan harta yang telah
disenaraikan.
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
8
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
9
Untuk menghapuskan rekod keterangan harta yang dimasukkan, klik pada pautan Hapus
Rekod, dan jika ingin membuat kemaskinian, kemas maklumat pada ruangan yang
berkenaan dan klik butang Simpan.
Seterusnya, setelah selesai memasukkan kesemua maklumat, pengguna perlu menghantar
maklumat pengisytiharan harta ini kepada Ketua Jabatan/Unit untuk tindakan
pengesahan, dan kemudian maklumat berkenaan akan sampai kepada Urusetia Isytihar
Harta. Untuk menghantar maklumat pengisytiharan harta kepada Ketua Jabatan/Unit,
klik pada bahagian Pengesahan Pegawai. Pilih Ketua Jabatan dan klik butang Hantar
Borang kepada Ketua Jabatan.
Apabila maklumat berkenaan telah berjaya disimpan, pada menu utama Sistem
Pengisytiharan Harta akan dipaparkan maklumat permohonan pengguna bersama status
pengesahan, penerimaan dan kelulusan permohonan. Pengguna boleh membuat
pengemaskinian terhadap maklumat yang dimasukkan dengan klik pada pautan di
ruangan Jenis Pengisytiharan. Kemaskinian maklumat hanya boleh dibuat sekiranya
permohonan belum diambil tindakan oleh Ketua Jabatan/Unit dan Urusetia atau
dikembalikan semula permohonan berkenaan kepada pemohon untuk tindakan
pembetulan.
Jika permohonan pengisytiharan harta telah disahkan, diterima dan diluluskan, pengguna
boleh melihat keseluruhan Borang Pengisytiharan Harta yang telah siap diisi dan boleh
mencetaknya.
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
10
Untuk mencetak borang, pada menu bar, pilih File dan pilih Print Preview, sila pastikan
borang berkenaan dalam paparan yang sempurna sebelum mencetak. Pengguna boleh
mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.
ii. Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta
Pengguna boleh melupuskan harta yang telah diisytiharkan melalui Borang
Pengisytiharan Pelupusan Harta. Pada menu utama Sistem Pengisytiharan Harta, pilih
pautan Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta.
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
11
Seterusnya, setelah Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta dipaparkan, semua harta
yang telah diisytiharkan didalam rekod pengguna berkenaan akan dipaparkan. Pengguna
perlu memilih harta yang ingin dilupuskan dengan tick pada bahagian no. 5 Keterangan
Harta, dan pada ruangan Lupus.
Selepas pengguna memilih harta yang ingin dilupuskan, pengguna kemudian perlu
memilih Ketua Jabatan yang akan mengesahkan permohonan pengisytiharan pelupusan
harta berkenaan iaitu pada ruangan Pengesahan Kenyataan, dan tekan butang "Dengan ini
saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah lengkap dan benar.
Hantar borang kepada Ketua Jabatan"
Seperti Borang Pengisytiharan Harta, setelah maklumat permohonan pengisytiharan
pelupusan harta diisi dan dihantar kepada Ketua Jabatan/Unit, pengguna boleh melihat
status permohonan melalui menu utama Sistem Pengisytiharan Harta. Untuk
mengemaskini permohonan, pengguna boleh klik pada pautan diruangan Tarikh Mohon.
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
12
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)
13