m9..tamadun cina elly.pptx

62
TAMADUN ISLAM DAN ASIA (WAJ 3101) ANGGOTA KUMPULAN: 1. Mohd Saiful Azwan bin Sundian 2. Mary Umut 3. Elizabeth Mapong anak Peter PISMP 1G (2013)

Upload: elizabeth-peter

Post on 18-Nov-2015

296 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

TAMADUN ISLAM DAN ASIA (WAJ 3101)

TAMADUN ISLAM DAN ASIA(WAJ 3101)ANGGOTA KUMPULAN:Mohd Saiful Azwan bin SundianMary UmutElizabeth Mapong anak Peter

PISMP 1G (2013)

TAJUK PEMBENTANGAN

M9: INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIATamadun China Dalam Pemantapan Malaysia dan DuniaKepercayaanKebudayaanSosialTeknologiIlmu Pengetahuan

PENGENALANASAL USUL TAMADUN CHINAPara ahli sejarah percaya bahawa orang Cina berasal daripada keturunan bangsa Monggolloid.Salah satu bangsa yang mencapai peradaban paling awal dunia bermula di utara Sungai Kuning, kira-kira 4000 hingga 2000 S.M.Raja China pertama ialah Huang Di(kira-kira 2697 S.M)- Maharaja Kuning.Beliau digantikan oleh Raja Chuan Hsiu Ku-yao dan seterusnya Raja Yu.Raja Yu (penaung pertanian ,mengelakkan banjir di Sungai Kuning) - Mengasaskan dinasti pertama- Dinasti Hsia (2205-1766 S.M).terletak di Lembah Huang Ho-meluas hingga ke bahagian selatan China

n

Perkembangan Tamadun ChinaZaman Permulaan- kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou.Dinasti Hsia (2205-1766 S.M)- dinasti pertama yg diperintah Raja Yu.Dinasti Shang (1766-1122 S.M)-antara dinasti terawal di China, yg mana raja mempunyai kuasa mutlak(feudal).Dinasti Chou(1122-256 S.M)-suku Chou pimpinan Chou Hsin telah menggulingkan Dinasti Shang yang memerintah di kawasan utara negara China.Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought.

Zaman Pertengahan/keagungan- Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang.Iaitu sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya.Penyatuan negara China di bawah Empayar Chin dan Han.Dinasti Tang merupakan salah satu dinasti yang telah membina keagungan China dan terkenal dengan kemahiran hubungan diplomatik.

Zaman Peralihan- Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gasar ke atas China. Terdapat 3 kerajaan yang memerintah China, iaitu Dinasti Sung (960-1271 M) yg dikuasai orang Monggol, Dinasti Ming ( 1368-1644 M), dan Dinasti Manchu (1644-1911)Abad ke-13,China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song.China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming.Abad ke-15, China sekali lagi diperintah oleh orang asing orang Manchu.Dinasti Ming- keunikan zaman ini ialah bermulanya episod pelayaran dalam sejarah tamadun China.

Zaman Moden- Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China. pengaruh barat meresap ke dalam tamadun China. Orang Portugis merupakan bangsa barat yang pertama tiba di China yang diketuai oleh Tom Pires yang tiba di Canton pada tahun 1514.1839-1842, China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu (Perang Inggeris-China pertama)China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) dan Reformasi Seratus Hari (1898) tetapi gagal.

KEPERCAYAANKepercayaan Alam Sekitar :Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka.

contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang, mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.

Kepercayaan kepada dewa :Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman.mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah Dewa Biji-bijian

KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAHCHINAAgama Buddha :Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti.Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India pada kurun ke-6 s.mdisebar ke China pada kurun masihi yang pertama. Asas pengajarannya- penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia

Ajaran Konfuciusnisme :Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Ajaran Konfucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang.Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama.

Ajaran Toisme :Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu Satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistikmengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi.

Pandangan semesta (kosmologi)TianTian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan keamanan,keadilan dan pemerintahan dsb.

Di/Ti- Sebagai pelengkap kepada konsep Tian Dewa yang memelihara di bumiDi bertindak sebagai penjaga/pemelihara.Dao/Tao- Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kearah kebaikan. Fahaman Konfusius mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorangMenurut Konfusius : konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh individu, sejenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Konsep Yin dan Yang- Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan pasif, sejuk, gelap, basah, dan lembutManakala Yang mewakili lelaki aktif, panas, cerah, kering, dan keras Dalam bentuk fizikal Yang langit dan Yin bumi.

Konsep Zhung Yong (The Golden Mean) Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta. Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian Konsep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan, keadaan dan masa.

Agama Islam dan FalsafahnyaCina Muslim telah menggunakan kategori konsep Konfusianisme untuk mentafsirkan kitab-kitab ajaran agama Islam.Falsafah pemikiran agama Islam China merupakan hasil gabungan budaya pemikiran Konfusianisme dengan agama Islam.Falsafah pemikiranKonsep Zhen Yi(kebenaran yang satu)Teori pengenalan(mengkaji benda untuk mencapai ilmu)Pandangan takdir

Konsep Zhen Yi(kebenaran yang satu)Merupakan kepercayaan dan keimanan orang Muslim terhadap Tuhan Yang Maha Esa.Cina Muslim telah menggabungkan Konsep Wu (Wu Ji,Tai Ji) dalam warisan falasafah Cina dengan Konsep Yi(satu).Wang Tai Yi telah mengemukakan dalam sistem falsafah agama iaitu Zhen Yi(kebenaran yang satu),Shu Yi(proses pendedahan) dan Ti Yi(pengenalan yang satu).

b)Teori Pengenalan(mengkaji benda untuk mencapai ilmu)Falsafah kuno berlandaskan pada tafsiran pengajian dalil Dinasti Song dan Ming.Pengkajian benda untuk mencapai ilmu merupakan kesedaran naluri secara langsung,supaya mencapai kaedah dan cara untuk berkhidmat pada Tuhan Yang Maha Esa.

c)Pandangan TakdirMerupakan persoalan sifat manusia baik atau jahat.Pendapat Konfusius:Sifat manusia itu lebih kurang sama sahaja tetapi kebiasaan seseorang itu menyebabkan sifatnya berjauhanPendapat Meng Zi:Sifat semulajadi manusia itu baikPemikiran akhlak Cina MuslimKebaikan di dunia dan akhirat Ketaatan kepada Tuhan dan RajaBerbakti kepada kedua ibubapa

Kepercayaan tamadun China dalam tamadun MelayuAgama Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada animisme.Kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu telah mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu. Cthnya: amalan jampi dan manteraAmalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garan menjejak kaki ke bumi bagi bayi.

Agama dan Kepercayaan Kaum Cina di MalaysiaPada masa itu, Buddhisme hanya merupakan upacara amalan yang penuh dalam kepercayaan dan kebudayaan Cina.Hanya pada tahun 1950, barulah terdapat penganut Buddha yang cuba meningkatkan status dan kedudukan Buddhisme.Dengan tertubuhnya banyak organisasi Buddha, termasuklah YBAM (Young Buddhist Association of Malaysia) dan MBA (Malaysian Buddhist Association), maka wujudlah satu suasana baru yang menyatupadukan pada Buddhist.Kebanyakan organisasi Buddhis di negara ini mengamalkan sama ada Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali.KonfusiusTaoisme

KEBUDAYAANNILAI DAN ETIKA DALAM TAMADUN CHINASistem nilai dan etika yang menjadi panduan dan amalan masyarakat china.

1.Konsep RenAsas dalam sistem etika China.Didefinisikan sebagai kasih sayang yang merangkumi keseluruhan hidup masyarakat .Kasih sayang meliputi: 1)diri sendiri 4)Anak-anak 2)suami isteri 5)sesama rakan 3)ibubapa

2.Konsep junziMemberi penekanan terhadap sifat kebaikan yang harus diamalkan sesama manusia.

3.Konsep 5 hubungan(kekeluargaan)Tradisi masyarakat cina percaya bahwa hubungan yang baik antara seseorang individu dengan yang lain penting demi menjamin ketenteraman & kesejahteraan masyarakat.Terbahagi kepada 5 aspek yang dikenali sebagai konsep wu Lun

4.Konsep 5 sifat muliaTerdapat beberapa sifat mulia dalam masyarakat cina.

5 sifat mulia

Jen(kemanusiaan)

Yi(membela keadilan)

Li(kesopanan)

Zhikebijaksanaan

Xin(kepercayaan)

5.Penyembahan roh nenek moyang

Mereka memuja roh nenek moyang kerana mereka berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa mereka merupakan golongan yang telah banyak berjasa kepada keturunannya.

Upacara pemujaan ini menuntut setiap ahli keluarga supaya mengadakan beberapa upacara untuk memperingati nenek moyang mereka.

Lazimnya,masyarakat tamadun cina menyediakan makanan dan minuman keras di tempat tertentu atau di tokong untuk menghormati dan menggembirakan nenek moyang.

Mengikut kepercayaan,nenek moyang dianggap sebagai perantara manusia antara Tuhan di peringkat rendah dan percaya bahawa nenek moyang akan menjadi Tuhan pada masa akan datang selepas mencapai sesuatu tahap tertentu.

Pengaruh Budaya Bukan Melayu dalam Kalangan Masyarakat MelayuWarisan Cina PeranakanKemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu.diterima dengan baik oleh masyarakat Melayu ketika itu kerana ajaran Islam yang menekankan sifat menghormati tetamu.Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal mereka walaupun mereka telah mengamalkan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar di kalangan pelbagai kaumBahasa Melayu Baba banyak mengandungi perkataan Hokkien.Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan menggunakan tangan.Pakaian kebaya dan kain sarong

Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah.Pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya yang asalnya dipinjam dari budaya masyarakat Cina. Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau adalah dari golongan yang sudah berkahwin kepada mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat Melayu, pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang) kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka. Malahan ada juga yang memberi angpau kepada nenek serta datuk.

Permainan bunga api dan mercun ketika Hari Raya Aidilfitri juga merupakan pengaruhbudaya masyarakat Cina.Sekiranya kita lihat daripada segi makanan, masyarakat Melayu turut mempunyai menu yang sama dengan masyarakat Cina dan India seperti roti canai, capati, maruku, kari, mee hailam dan nasi ayam. Semua ini adalah contoh masakan masyarakat lain yang diserap ke dalam budaya Melayu hasil daripada perkahwinan campur ataupun pergaulan seharian.

SOSIAL

Pembentukkan organisasi sosial telah membentuk masyarakat yang kompleks.Dengan demikian telah dapat membantu perkembanagna masyarakat yang mempunyai tamadun yang lebih hebat dan kuat.

Pemantapan dalam Tamadun MalaysiaCina telah menjalinkan hubungan dengan kerajaan Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.Perkahwinan antara Puteri Hang Li Po telah mngeratkan lagi hubungan yang ada.Kelompok yang berasal daripada keturunan para pengiring Hang Li Po dikenali sebagai Baba dan Nyonya yang hidup dengan pengaruh budaya Melayu.Hal ini telah menyebabkan kaum di Tanah Melayu bertambah dan pelbagai.Maka wujudlah hubungan sosial anatara orang Melayu dengan orang Cina dan mereka berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Hari ini masyarakat Cina telah bersama-sama rakyat Malaysia dalam segala aspek pembangunan dan perkembangan negara Malaysia.Masyarakat Cina merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

TEKNOLOGIHasik arkeologi menunjukan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SMDiperingkat awal permulaannya,budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana wujudnya budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir di Sungai KuningTeknologi yang lain miasalnya teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan, pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang,.

Ciptaan Kertas dan PercetakanCai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan.Teknologi membuat kertas telah diperkenalkan ke dunia barat dan tiba di eropah pada kira-kira kurun ke-13Teknologi teknik percetakan pula telah mula diperkenalkan semasa dinasti Tang.Pada 1045, Bi sheng mencipta teknik percetakan bergerak dan mula menggunakannya secara umum.

Bahan letupan pula telah mula dicipta oleh ahli kimia Cina.Pada mulanya letupan ini digunakan untuk membuat bunga api, kemudiannya, pihak militari telah menggunkannya secara meluas untuk peperangan.Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan di negera Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya ke Eropah.

Semasa dinasti Han, sifat-sifat magnet telah ditemui di China.Penemuan tentang gegaja magnet aruhan, pengherotan dan juga ke kutuban magnet telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang Cina.Pada mulanya kompas digunakan untuk pelayaran.

Ciptaan abah-abah pula telah membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah.Ia dibawa ke barat dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang.Kereta sorong (whewlbarrow) pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.

Dari China kain sutera dibawa ke dunia Barat semasa pemerintahan era Rom.Ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di eropah pada kurun ke-6Fosil dikenali buat pertama kali di negara Cina oleh Zhu Xi pada tahun 1050.Keunggulan teknologi Cina menarik perhatian dunia Barat dan seterusnya berlaku permindahan pengatahuan teknologi dari China ke Barat.

Pemantapan dalam Tamadun MalaysiaTamadun China membawa teknologi membuat tebu ke kepulauan Melayu.Memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu.Mahir membuat tembikarPertukangan LogamTeknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, bahan letupan dan lilin.Memperkenalkan penggunaan kompas magnet.

Mewujudkan perpustakaan yang besar dengan ada ciptaan kertas dan mesin percetakkan.Penciptaan wang kertas yang mempercepatkan aliran perniagaan dan ekonomi.

BAHASA DAN PENULISANBahasa cina merupakan panggilan pada Hanyu (bahasa Han)dan berkembang dengan bahasa baku Beijing sebagai bahasa kebangsaannya.Terbahagi kepada bahasa lisan dan bahasa tulis.Kaedah pembentukan bahasa cina berdasarkan pada Liu Shu.

BAHASA DAN PENULISANZhi Shi (petunjuk abstrak)Xing Sheng (gabungan bunyi dan bentuk)Hui Yi (gabungan erti dengan perkataan yang sedia adaXiang Xing (bentuk imej)

Sistem tulisanDikenali sebagai Hanzi (tulisan Han)Tulisan bergambar yang berlandaskan pada aspek erti,bunyi dan bentuk.Dicipta berdasarkan Liushu (six principles of writing)

SIX PRINCIPLE OF WRITING :Xiang Xing (lambang bergambar)Zhi shi (lambang petunjuk)Hui yi (lambang petunjuk fikiran)Xing sheng (gabungan bentuk-bunyi)Zhuanzhu -mutual semantik transferJiajie (loan character)

ILMU PERUBATANAmalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Amalan-amalan perubatan Cina dapat diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina. Contoh: Inner Cannon (Nei Ching) , Metarial Medica (Pen Tsao Kang Mu) Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah.Rangka asas teori perubatan Cina tradisional ialah berdasarkan teori Yin dan Yang dan juga teori lima elemen.

ILMU PERUBATANTeori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal melambangkan lima elemen dalam alam semesta.Dalam masyarakat cina, penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu :Materia medica: menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galianMoksibusi : cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan.Akupuntur: rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu

BIDANG MATEMATIKOrang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik.Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali padakurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat.Ahli matematik Cina juga mengenaipasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masakini.

BIDANG ASTRONOMISemasa pemerintahan dinasti Zhou orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, dan tepat .Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

SAINS DAN TEKNOLOGIHasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi.

SAINS DAN TEKNOLOGIKeunggulan teknologi Cina menarik perhatian dunia Barat dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dari China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China.

BIDANG BIOLOGITamadun China merupakan sebuah tamadun pertanian. Oleh sebab itu, juga berlakunya perkembangan dalam bidang biologi China. Secara tidak lansung, kita dapat melihat bagaimana binatang-binatang tertentu digunakan untuk tujuan ekonomi dan harian. Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti penanaman padi, dan kuda sebagai binatang tunggangan.Mereka juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan

BIDANG OPTIKSaintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum ,dan begitu jugapelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lens).

CIPTAAN KERTAS DAN PERCETAKANCai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan.Teknologi membuat kertas telah diperkenalkan ke dunia Barat dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang.Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak dan mula menggunakannya secara umum.

BAHAN LETUPANBahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli kimia CinaPada mulanya, bahan letupan ini digunakan untuk membuat bunga api.Kemudiannya, pihak militari telah menggunakannya secara meluas untuk peperangan. Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.

KOMPASSemasa dinasti Han,sifat-sifat magnet telah ditemui di China. Penemuan tentang gejala magnet aruhan, pengherotan dan juga kekutuban magnet telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina Pada mulanya, Kompas telah digunakan semasa pelayaran.

TEKNOLOGI CHINAAntara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan.Abah-abah yang diikat pada dada juga dihasilkan oleh orang cina.Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah.la dibawa ke Barat dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang

TEKNOLOGI CHINAKereta sorong (wheelbarrow) pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.Dari China, kain sutera dibawa ke dunia Barat semasa pemerintahan era Roma.Ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropahpada kurun ke-6.Fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi.

Sekian, terima kasih..