maiwp bantu “hidupkan” ramadan

Click here to load reader

Post on 07-Nov-2021

1 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

@MAIWPHQ @hqmaiwp
BAITULMAL MAIWP
MAIWP BANTU “HIDUPKAN” RAMADAN
Menarik dalam
edisi ini
MAIWP Bantu
“Hidupkan” Ramadan
Mukasurat 3
Mukasurat 9
Mukasurat 16
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima kasih
YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin Jaar Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (1 Januari 2013- 30 April 2017)
>> Baca selanjutnya di muka surat 5
MAIWP TERIMA KPE BARU
Selamat Datang
4G 08:00
Mukasurat 14
Sebarang komen atau cadangan penambahbaikan sila hubungi: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Aras 10, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur. (u/p: Unit Komunikasi Korporat) No. Tel: 03-4047 9444 No. Faks: 03-4044 9444 Email: [email protected]
facebook.com/maiwp.hq facebook.com/baitulmal.wp
@MAIWPHQ @hqmaiwp
TETAMU YANG DIRINDUI
Bertemu lagi kita di Buletin MAIWP keluaran 5/2017. Masa yang berlalu begitu pantas. Sedar atau tidak, kita telah hampir memasuki pertengahan tahun 2017.
Apa yang lebih mengembirakan kita adalah kedatangan tetamu yang amat ditunggu-tunggu bernama Ramadan Kareem. Baru-baru ini tular di media sosial tentang Ramadan Kareem ini.
Adakah kita gembira dengan kedatangan bulan yang mulia ini? Atau hari terasa berat dan gundah gulana dengan ibadah puasa yang kita rasakan terpaksa kita jalani. Moga kita dijauhkan dari rasa ini.
Ambillah peluang ini yang datang setahun sekali untuk menyucikan semula hati. Jadikan ia “pit stop” untuk muhasabah semula ibadah, amalan dan dosa yang telah kita lakukan. Rebutlah ganjaran yang berlipat kali ganda dan berharap dengan penuh penghambaan agar kita dikurniaan keredhaan dan keampunan dariNya.
MAIWP dengan dana zakat telah mengatur pelbagai aktiviti dan program sepanjang Ramadan ini. Bagi membantu masjid dan surau menganjurkan program-program menghidupkan bulan Ramadan, zakat telah disalurkan bagi tujuan tersebut.
Banyak lagi program agihan zakat yang telah diatur sepanjang Ramadan ini khususnya dalam menyantuni asnaf.
Kami doakan setiap kali zakat yang dibayar dimanfaatkan oleh si penerima, maka ganjaran pahala akan mengalir kepada si pembayar selama ia dimanfaatkan, insyaAllah.
Akhir kata, rebutlah ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan Ramadan nanti dan berharap dengan penuh penghambaan agar kita dikurniaan keredhaan dan keampunan dariNya.
Sekian.
Dari Meja Ketua Editor Sidang
Redaksi Penasihat Tuan Haji Paimuzi bin Yahya Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP
Ketua Sidang Redaksi Haji Zakuan bin Sawai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP
Sidang Redaksi Wan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Md Zain Nur Najihah binti Abdullah Sampit Azri bin Iberahim Mohd Fauzi bin Ahmad Norrol Asikin binti Md Sharif Noraini binti Ismail Afifuddin Abdullmuiz bin Hamid Nik Ahmad Afham bin Nik Abdullah Muhammad Ruzaimi bin Ibrahim Sutera Manis binti Zamzam Muhammad Zuwairi bin Abu Bakar Abdullah As-Siddiq bin Mohd Subki Noor Nazlia binti Nordin Norazila binti Shariff Khairul Fazli bin Tohfah Badrul Shah bin Basri Norazlin binti Asnin Sibraton Norehan binti Md. Nordin Ishak bin Chik Muhamad Naqiuddin bin Md. Yusoff
Jurufoto Mohd Fadhil bin Shoimi
Isi Kandungan MAIWP Bantu “Hidupkan” Ramadan ......................................................................................3 RM48 Juta Zakat Diagihkan .....................................................................................................4 Kepimpinan Baharu MAIWP .....................................................................................................5 Lensa MAIWP .............................................................................................................................6 Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tajaan Baitulmal MAIWP 2016 ......................................8 Pusat Pengajian Hadis MAIWP Mula Operasi .........................................................................9 Perhimpunan Bulanan Terakhir .............................................................................................10 Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan MAIWP April 2017 ..............................................11 Penyerahan Watikah Amil ......................................................................................................11 Kenali Kami: Pusat Pengajian Hadis MAIWP ........................................................................12 MAIWP Menjadi Tumpuan ......................................................................................................13 Tular Media Massa: Hukum Bayar Zakat Sendiri Tanpa Melalui Pemerintah ...................14 PUSPANITA Pemangkin Kemajuan MAIWP ..........................................................................15
2
8 Mei – MAIWP mengorak langkah awal dengan menyampaikan bantuan Ihya Ramadan kepada masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.
Penyerahan bantuan telah diadakan di Majlis Pelancaran Penyampaian Bantuan Kepada Masjid dan Surau pada Mei lalu bertempat di Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.
Dalam majlis tersebut, MAIWP telah menyerahkan peruntukan berjumlah RM7.62 juta mewakili jumlah bantuan kepada kesemua 85 buah masjid, 110 surau jumaat dan 452 surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Oleh: Fadilah Sefian
Bantuan tersebut diberikan bagi membolehkan ahli jawatankuasa merancang dan melaksanakan program-program untuk menghidupkan bulan Ramadan yang bakal bermula pada penghujung Mei nanti.
Setiap masjid menerima RM15,000, surau jumaat RM12,500 dan surau biasa RM11,000.
Majlis disempurnakan secara bersama oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP dan YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan.
Majlis Pelancaran Penyampaian Bantuan kepada Masjid & Surau Disempurnakan bersama oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) & YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Majlis diadakan sebagai gimik penyerahan bantuan yang akan diberikan bagi membantu persiapan masjid dan surau menyambut Ramadan
Seramai 2,000 orang Hadir
3www.maiwp.gov.my
4 Mei – Para pelajar di dua buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di bawah MAIWP menerima bantuan zakat berjumlah keseluruhan RM48 juta bagi tahun 2017.
Dua buah IPT tersebut adalah Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa PUSRAWI (PICOMS).
Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP di Majlis Majlis Ramah Bersama Pelajar IPB & PICOMS di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Pada sesi pengajian tahun 2017, bantuan zakat sebanyak RM26 juta disalurkan kepada 3,280 pelajar IPB manakala sebanyak RM22 juta lagi kepada 3,249 pelajar PICOMS. Jumlah keseluruhan bantuan ini adalah sebanyak RM48 juta.
Oleh: Fadilah Sefian
RM48 JUTA ZAKAT DIAGIH
Bantuan kepada pelajar IPB & PICOMS merupakan antara 28 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP kepada anak-anak asnaf di Wilayah Persekutuan.
Bantuan zakat pendidikan merupakan salah satu usaha MAIWP dalam memastikan anak-anak dari keluarga asnaf tidak tercicir dari pendidikan arus perdana negara.
Terima kasih diucapkan kepada para pembayar zakat. Dengan zakat anda, mereka berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
3,280 PELAJAR
Bantuan diberikan bagi yuran/wang saku
YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir beramah mesra dengan pelajar IPB & PICOMS.
Penyerahan replika cek sambil disaksikan YBhg. Tuan Hj. Paimuzi Yahya (kiri), KPE MAIWP yang baharu.
4
2 Mei – Berkuatkuasa 1 Mei 2017, MAIWP telah menerima Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) yang baharu iaitu YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya.
Beliau menggantikan YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaffar yang telah tamat tempoh pinjaman di MAIWP pada 30 April 2017. Kini, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
MAIWP merupakan agensi yang tidak asing bagi YBhg. Tuan Hj. Paimuzi. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Setiausaha MAIWP ketika dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bermula September 2013 hingga Oktober 2016.
Dalam pertemuan pertama bersama pengurusan MAIWP, beliau berharap warga MAIWP dapat meneruskan kecemerlangan sebelum ini.
Oleh: Wan Ahmad Fadhli
Menurut beliau, banyak yang telah dilaksanakan oleh MAIWP dan sekiranya dibandingkan dengan negeri-negeri lain, MAIWP dilihat antara yang terkehadapan.
“Masyarakat melihat MAIWP sebagai agensi yang memegang amanah zakat. Justeru, penting untuk MAIWP menunaikan amanah ini sebaik mungkin dengan menampakkan keberkesanan aktiviti agihan zakat yang kita laksanakan. Bekerjalah dalam suasana yang selesa dan tanpa tekanan,” ujar beliau ringkas sebelum mengakhiri pertemuan.
MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin atas segala sumbangan dan usaha beliau sepanjang dilantik sebagai KPE MAIWP. YBhg. Datuk Hj. Zainal merupakan KPE MAIWP yang ke-4 dan memegang jawatan tersebut sejak 1 Januari 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP
YBHG. DATUK HAJI ANAN BIN C. MOHD
(1 September 2008-1 Januari 2011)
YBHG. DR. MUHAMMAD YAMIN BIN ISMAIL
(15 Januari 2011-31 Disember 2012)
YBHG. DATUK HAJI ZAINAL ABIDIN BIN JAFFAR
(1 Januari 2013 – 30 April 2017)
YBHG. TUAN HAJI PAIMUZI BIN YAHYA
(1 Mei 2017 – kini)
Pertemuan kali pertama YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya bersama pengurusan MAIWP.
5www.maiwp.gov.my
Perkongsian Darul Ilmi
Lawatan ke Pusat Pendidikan Al Barakah yang diasaskan oleh Ustaz Dato’ Mohammad Kazim Elias Al Hafiz bagi menambahbaik pengurusan Darul Ilmi MAIWP.
KAMI dekat dengan anda
6
Jejak Asnaf Parlimen Bukit Bintang
Menyantuni keluarga Nara’e binti Hashim, 62 tahun dan tidak dapat bekerja sejak awal Februari lalu akibat mengidap penyakit stroke.
Ilmu dan kesedaran pelatih Dar Assaadah MAIWP (pusat perlindungan wanita) dipertingkatkan
Bual bicara bersama Mufti WIlayah Persekutuan. Ceramah “Kembara ke Sidratul Muntaha” Sempena Isra’ Mi’raj.
Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan
Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan di Parlimen Bandar Tun Razak dan Parlimen Setiawangsa.
7www.maiwp.gov.my
18 Mei – Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP diadakan di Dewan Ibnu Jama’ah, Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).
Majlis telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.
Seramai 260 orang penerima anugerah cemerlang telah terpilih. Mereka menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah antara RM150 hingga RM500 mengikut peringkat peperiksaan masing-masing berjumlah keseluruhan RM66,500.
Oleh: Fadilah Sefian
Anugerah Kecemerlangan turut diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab Baitulmal Excellent Student (BEST) yang mendapat keputusan PNGK keseluruhan 3.5 dan ke atas.
Bantuan yang disalurkan adalah daripada dana zakat yang diterima daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.
Terima kasih pembayar zakat, dengan zakat anda, mereka cemerlang dalam pelajaran masing-masing dan insya Allah seterusnya akan menjadi pembayar zakat pula pada masa akan datang.
Berbekalkan cita-cita menjadi pensyarah, pelajar semester 4 di fakulti Pengajian Islam, UKM, Sharifah Fatimah binti Syed Mahusin dipilih menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Baitulmal MAIWP 2016.
Beliau ialah penerima bantuan pendidikan Baitulmal MAIWP sejak 2015. Pemilihan anak kedua daripada 6 beradik ini atas kecemerlangan beliau dengan purata GPA 4.00 berturut-turut setiap semester. Minat membaca dan keluarga susah adalah faktor kecemerlangan beliau selain galakan ibubapa.
Selain cemerlang dalam akademik, beliau turut aktif dalam aktiviti persatuan pelajar selaku Ketua Exco Hal Ehwal Siswi dan sebagainya.
Di UKM, Sharifah turut menerima Anugerah Biasiswa Kanan Universiti 2016/2017, Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Islam (Jabatan Dakwah dan Kepimpinan) 2015- 2017 dan beberapa anugerah lain yang membanggakan.
Kecemerlangan Sharifah menjadi teladan buat anak-anak asnaf yang lain untuk turut cemerlang sehingga mampu membantu keluarga di kemudian hari.
PELAJAR GPA 4.00 TERIMA ANUGERAH CEMERLANG
Muhammad Fawwaz bin Othman merupakan salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang Baitulmal MAIWP tahun 2016 yang telah mendapat ’A’ dalam 7 subjek yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diduduki.
Beliau merupakan penerima Bantuan Am Persekolahan bermula dari tahun 2010 hingga 2016 (Darjah 5 – Tingkatan 5). Keluarga beliau turut dibantu bantuan Peralatan Kesihatan dan Bantuan Am Pelajaran IPT kepada kakak beliau.
Ayah beliau Othman Bin Ali bekerja sendiri dengan pendapatan RM450 sebulan, manakala ibu sebagai pembantu taska
berpendapatan RM1,200 sebulan. Oleh kerana faktor usia, ibu bapa beliau hanya mengharapkan belanja bulanan daripada pemberian anak lain.
Adik Fawwaz adalah anak bongsu dan 3 orang adik beradik yang lain telah bekerja.
Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Mekatronik di German Malaysian Institute (GMI) di tahun pertama.
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG BAITULMAL MAIWP KATEGORI SPM TAHUN 2016
8
Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyah merupakan institusi pengajian hadis yang baru ditubuhkan oleh MAIWP. Ia mula beroperasi pada 19 April 2017 di Kampung Periok, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Pusat ini ditubuhkan hasil cetusan idea Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri. Ia ditubuhkan bagi memenuhi permintaan masyarakat untuk melahirkan cendekiawan Islam yang pakar dalam ilmu hadis.
Bagi merealisasikan penubuhan pusat ini ini, beberapa siri lawatan dan perbincangan bersama pakar hadis telah dilakukan oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau sendiri telah pergi ke Madinah al-Munawwarah pada bulan Jun 2016 menziarahi Pakar Hadis Sheikh ‘Allamah Muhammad ‘Awwamah. Beliau juga telah berjumpa sendiri dengan pakar Hadis Pakistan iaitu Maulana Zulfiqar di Kuala Lumpur pada Julai 2016. Lawatan dan perbincangan juga telah dibuat bersama tokoh-tokoh Hadis di Malaysia. Hasil daripada lawatan dan perbincangan tersebut, cadangan penubuhan pusat ini dibentangkan di dalam Mesyuarat MAIWP dan akhirnya diluluskan untuk dilaksanakan.
Oleh: Norrol Asikin
Ucapan aluan dari SS MUfti Wilayah Persekutuan.
Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Kampung Periok) Lot 96B, Seksyen 41, Jalan Dato’ Abdul Razak, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Baca lebih lanjut tentang MSN di ruangan Kenali Kami (halaman 12)
LOKASI MSN:
9www.maiwp.gov.my
28 April – MAIWP telah mengadakan Perhimpunan Bulanan April 2017 bertempat di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM.
Perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan terakhir bersama-sama
dengan YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif
(KPE) MAIWP. Beliau yang mula bertugas pada 1 Januari 2013 telah tamat tempoh pinjaman dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM mulai 1 Mei 2017.
Ketika berucap beliau menzahirkan rasa syukur kerana terpilih mengemudi MAIWP. “Saya yakin dengan adanya kerjasama semua pihak, MAIWP mampu menjadi agensi model di Malaysia” katanya dalam ucapan di majlis tersebut.
Oleh: Nur Najihah
PERHIMPUNAN BULANAN TERAKHIR
Penyerahan piala Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Agensi Islam yang berjaya dirampas oleh semula oleh MAIWP FC.
Puan Azizah menerima cenderamata persaraan. Penyampaian sijil penghargaan perkhidmatan.
Amanat terakhir YBhg. Datuk Hj. Zainal yang akan
bertukar ke JAKIM
Turut diadakan dalam majlis tersebut, penyampaian cenderahati kenangan kepada Puan Azizah Binti Abdullah yang bersara pada 21 April 2017. Beliau yang bertugas di Tadika Islam Masjid Jamek Kampung Batu telah memulakan kerjayanya sebagai guru pada 2 Januari 2009.
Selain itu, dalam majlis berkenaan turut disampaikan Sijil Penghargaan Perkhidmatan dan Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) bagi Bulan Mac 2017 dan penyerahan piala pusingan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Agensi Islam.
Warga MAIWP mengiringi YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin pada hari terakhir beliau di MAIWP.
10
Tahniah Penerima Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan MAIWP April 2017
Nor Azlin binti Abdul Talib Pembantu Tadbir Bahagian Pembangunan dan Pelaburan
Shahrul Zaman bin Shahrudin Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Baitulmal
Mohd Aimi bin Abdullah Pembantu Hal Ehwal Islam MAIWP cawangan Labuan
Ahmad Fahmy bin Abdul Latif Pemandu Bahagian Khidmat Pengurusan
18 Mei – Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Amil Dan Amil Zakat Fitrah 1438H/2017M telah diadakan di Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Jalan Perkasa, Off Jalan Kampung Pandan Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.
Oleh: Fadilah Sefian
PENYERAHAN WATIKAH AMIL Dalam majlis ini, YB Menteri mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan pada tahun 2017 bersamaan 1438H adalah sebanyak RM7.00 seorang.
Pada tahun ini MAIWP telah melantik seramai 835 orang bagi memungut zakat fitrah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Semoga Ketua Amil dan Amil-Amil yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.
11www.maiwp.gov.my
PENGAJIANPUSAT
HADISMAIWP Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat jika berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitabullah (al-Qur’an) dan sunnahku (al-Hadis).
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
MAIWP pada 19 April 2017 baru-baru ini telah melakar sejarah dalam bidang pendidikan. Sebuah lagi pusat pengajian telah dibuka yang mana memfokuskan kepada pengajian bidang hadis dikenali sebagai Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyah. Pembukaan pusat pengajian hadis ini merupakan cetusan idea SS Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
→ Dibuka kepada warganegara Malaysia Lelaki berumur 17 hingga 19 tahun.
→ Telah menghafaz 15 juzuk al-Quran (Keutamaan diberikan kepada yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran).
→ Sekurang-kurangnya 4A dalam SPM.
→ Mendapat Gred B dalam SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab atau Pendidikan Islam.
→ Menggabungkan turathi (konvensional) dengan nazori dan praktikal yang bersifat waqi’ie dan semasa.
→ Melibatkan 3 komponen utama iaitu:
» Pengajian Hadis dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya;
» Hafazan hadis-hadis pilihan; dan
» Pengajian kitab-kitab hadis moden dan tafsir.
→ Kurikulum yang bercorak integratif ini diharap dapat melahirkan insan-insan soleh, musleh, tidak ketinggalan dalam arus perdana dan dalam masa yang sama mampu menjadi rujukan kepada masyarakat dalam ilmu Hadis dan Sunnah.
KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN
→ Tenaga pengajar yang mempunyai sanad silsilah hadis.
→ Kitab-kitab pengajian adalah ummahat al-kutub Hadis seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
→ Sistem pengajian bermula seawal 5 pagi sehingga 11 malam.
→ Mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).
→ Kos pengajian ditanggung oleh MAIWP.
→ Para pelajar dianugerahkan Syahadah Hadis dan sijil yang diperakukan.
KEISTIMEWAAN
menyuburkan lagi pengajian hadis di negara kita seterusnya menjadi
pemangkin dalam melahirkan ulama-ulama
muktabar.
Premis MAIWP di mana beroperasinya pusat pengajian hadis Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati
Al-Sunnah Al-Nabawiyah.
12
PENGAJIANPUSAT
HADISMAIWP Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat jika berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitabullah (al-Qur’an) dan sunnahku (al-Hadis).
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
MAIWP pada 19 April 2017 baru-baru ini telah melakar sejarah dalam bidang pendidikan. Sebuah lagi pusat pengajian telah dibuka yang mana memfokuskan kepada pengajian bidang hadis dikenali sebagai Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyah. Pembukaan pusat pengajian hadis ini merupakan cetusan idea SS Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
→ Dibuka kepada warganegara Malaysia Lelaki berumur 17 hingga 19 tahun.
→ Telah menghafaz 15 juzuk al-Quran (Keutamaan diberikan kepada yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran).
→ Sekurang-kurangnya 4A dalam SPM.
→ Mendapat Gred B dalam SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab atau Pendidikan Islam.
→ Menggabungkan turathi (konvensional) dengan nazori dan praktikal yang bersifat waqi’ie dan semasa.
→ Melibatkan 3 komponen utama iaitu:
» Pengajian Hadis dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya;
» Hafazan hadis-hadis pilihan; dan
» Pengajian kitab-kitab hadis moden dan tafsir.
→ Kurikulum yang bercorak integratif ini diharap dapat melahirkan insan-insan soleh, musleh, tidak ketinggalan dalam arus perdana dan dalam masa yang sama mampu menjadi rujukan kepada masyarakat dalam ilmu Hadis dan Sunnah.
KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN
→ Tenaga pengajar yang mempunyai sanad silsilah hadis.
→ Kitab-kitab pengajian adalah ummahat al-kutub Hadis seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
→ Sistem pengajian bermula seawal 5 pagi sehingga 11 malam.
→ Mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).
→ Kos pengajian ditanggung oleh MAIWP.
→ Para pelajar dianugerahkan Syahadah Hadis dan sijil yang diperakukan.
KEISTIMEWAAN
menyuburkan lagi pengajian hadis di negara kita seterusnya menjadi
pemangkin dalam melahirkan ulama-ulama
muktabar.
Premis MAIWP di mana beroperasinya pusat pengajian hadis Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati
Al-Sunnah Al-Nabawiyah.
5 Mei – Nama MAIWP menjadi tumpuan di Majlis Perhimpunan Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru-baru ini. Majis Perhimpunan ini merupakan program dwi bulanan yang mengumpulkan warga 14 agensi di bawah JPM (portfolio agama).
Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang itu, nama MAIWP kerap disebut oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di JPM dalam ucapannya.
Pencapaian cemerlang institusi pendidikan di bawah MAIWP telah mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir. Dalam majlis tersebut, kejayaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) berada di tempat pertama daripada 209 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia nyata membuatkan hadirin kagum.
Ia berdasarkan keputusan cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2016 di mana sebuah lagi sekolah di bawah MAIWP iaitu SMA-MAIWP pula berada di tempat kesembilan.
Oleh: Wan Fadhli
MAIWP MENJADI TUMPUAN
YB Dato’ Seri juga telah memuji usaha proaktif MAIWP dalam menjawab isu-isu yang tular di media sosial. “Tahniah diucapkan kepada MAIWP kerana dapat memberi penjelasan dengan segera beserta data yang lengkap dan tepat,” ujar beliau.
Beliau berharap MAIWP dapat mempertingkatkan usaha dalam mengagihkan zakat khususnya di bulan Ramadan tidak lama lagi.
Agensi Islam dibawah JPM diseru agar sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada umat Islam di negara ini. Beliau berharap agensi pengurusan Islam akan menjadi model kepada agensi-agensi lain.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyerahan Nota Serah Tugas antara YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin Jaffar dan YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya. Ia adalah simbolik penyerahan tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM.
YB Menteri di JPM dan Timbalan bersama warga agensi yang hadir.
Penyerahan Nota Serah Tugas jawatan KPE MAIWP dan TKP (Pembangunan Insan) JAKIM.
Nama MAIWP seringkali disebut
ucapannya.
13www.maiwp.gov.my
AMALKAN 3S Semak Sebelum Sebar
Baru-baru ini tular semula isu ini. Ia dimainkan oleh satu page FB yang sedia maklum bermotif politik. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh netizen. Jangan mudah terpengaruh. Kerana agenda politik, agensi Islam difitnah dan dikecam. Zakat yang telah banyak membantu asnaf seolah tidak kelihatan lagi akibat daripada agenda politik pihak tertentu.
Pertama sekali, ingin diberi penjelasan bahawa harus difahami Pemerintah di sini tidak sama sekali bermaksud Kerajaan Persekutuan.
Dalam urusan agama Islam termasuk hal ehwal zakat, ia sepenuhnya diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Ia jelas dinyatakan di dalam Perlembagaan Malaysia. Kerajaan Persekutuan tidak boleh sama sekali mencampuri urusan berkenaan.
Poster yang dicipta ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memburukkan kerajaan Persekutuan tanpa fakta yang benar.
Secara logiknya, sekiranya difikir, ada…