maiwp jalin kerjasama dengan negara oic

16
ISU.02.2019 | FEBRUARI 2019 | JAMADIL AWAL-JAMADIL AKHIR 1440H ISU.02.2019 | FEBRUARI 2019 | JAMADIL AWAL-JAMADIL AKHIR 1440H INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWP UNGGULI PERTANDINGAN HAFAZAN WILAYAH PERSEKUTUAN 10 MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC 4 PENGIKTIRAFAN KEPADA WARGA MAIWP 12 PELATIH IKB KINI CHEF ISTANA ARAU 15 LOGO USAHAWAN BAITULMAL MAIWP 16

Upload: others

Post on 28-Oct-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

ISU.02.2019 | FEBRUARI 2019 | JAMADIL AWAL-JAMADIL AKHIR 1440HISU.02.2019 | FEBRUARI 2019 | JAMADIL AWAL-JAMADIL AKHIR 1440H

INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWPUNGGULI PERTANDINGAN HAFAZANWILAYAH PERSEKUTUAN 10

MAIWP Jalin Kerjasamadengan Negara OIC 4

PENGIKTIRAFAN KEPADA WARGAMAIWP 12

PELATIH IKB KINI CHEF ISTANA ARAU 15

LOGO USAHAWAN BAITULMAL MAIWP 16

Page 2: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

DARI KETUA EDITOR

EDITORIAL

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersua lagi dalam Buletin Santun MAIWP keluaran Februari 2019.

MAIWP dilihat proaktif bergerak dengan pelantikan Pengerusi Baharu MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee pada bulan lalu. Pelbagai program disusun dalam memastikan objektif, misi dan visi MAIWP tercapai.

Pastinya kebajikan golongan asnaf menjadi tunjang utama kewujudan MAIWP. Selari dengan hasrat itu, Pengerusi MAIWP mempunyai matlamat baru dalam memperkasakan ekonomi MAIWP di mana MAIWP akan bersama-sama pembayar zakat menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Perkara ini dapat dilihat apabila pengurusan tertinggi MAIWP berjaya mewujudkan kolaborasi bersama Duta-Duta Negara OIC pada Majlis Makan Malam yang telah di adakan di Istana Hotel Kuala Lumpur baru-

baru ini.

Tujuan penganjuran Majlis Makan Malam bersama Duta-Duta Negara-negara OIC adalah untuk menjalinkan kerjasama dan bertukar pandangan mengenai sistem zakat serta Institusi Pendidikan Wakaf yang telah lama mereka terajui.

Kini nama MAIWP sering kali dilihat didada-dada akhbar. Ia membuktikan hala tuju MAIWP berada di landasan yang betul. Masyarakat semakin terpanggil untuk mengeluarkan zakat.

Saya selaku Editor Buletin Santun MAIWP mengucapkan tahniah kepada warga MAIWP kerana telah berjaya membawa nama MAIWP selangkah ke peringkat antarabangsa. Saya mengharapkan usaha-usaha ini dapat dipertingkatkan dan nama MAIWP akan dikenali di amata dunia.

Terima kasih para pembayar zakat. Amanah anda MAIWP tunaikan.

Sekian.

ZAHED SAIDIN

MAIWP Perkasa Imej Perkhidmatan ..................................... 3Pelancaran Logo Usahawan Baitulmal ................................ 3MAIWP Jalin Kerjasama Bersama Negara OIC ..................... 4Turun Padang Bukti MAIWP Proaktif Agih Zakat ................ 6Pengerusi MAIWP Tinjau Prestasi Syarikat .......................... 6MAIWP Lahir Warga Emas Berilmu ....................................... 7Lensa MAIWP ..................................................................... 8–9Institusi Pendidikan MAIWP Ungguli Pertandingan

Hafazan Wilayah Persekutuan ........................................ 10Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah Terima

Sumbangan ....................................................................... 11Program Hi-Tea KPE Bersama Guru Tadika Islam

MAIWP ............................................................................... 12Pengiktirafan Kepada Warga MAIWP ................................. 12IKB Mantapkan Pelajar Baru ................................................ 13Lautan Biru Takluk Bukit Jalil ............................................... 13Ibu Tunggal Mangsa Kebakaran Dibantu ........................... 14OKU Hilang Punca Pendapatan dan Tempat Tinggal ....... 14Tiada Istilah Cuti Umum – Warga Emas Buta

Mendapat Santunan Baitulmal ....................................... 14

Pelatih IKB Kini Chef Istana Arau ........................................ 15Tahniah .................................................................................. 16Logo Usahawan Baitulmal ................................................... 16

ISI KANDUNGAN

PenasihatYBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP

Ketua EditorZahed bin Saidin

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP

EditorWan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Md Zain

Nur Najihah binti Abdullah SampitSajidah binti Sulaiman

Azri bin IberahimMohd Fauzi bin Ahmad

Noraza binti AzizNoraini binti Ismail

Nor Aiza binti Mohd AdnanNik Ahmad Afham bin Nik Abdullah

Muhammad Ruzaimi bin IbrahimAbdullah bin Usman

Muhammad Zuwairi bin Abu BakarAbdullah As-Siddiq bin Mohd Subki

Noor Nazlia binti NordinNorazila binti Shariff

Khairul Fazli bin TohfahBadrul Shah bin BasriNorazlin binti Asnin

Muhammad Afif bin Mohd SallehIshak bin Chik

Muhamad Naqiuddin bin Md. YusoffLiyana binti Mohd Saididi Udin Niah

Muhamad Shafiq Muhaimin bin Mohd AzmanAzizul bin Azman

@MAIWPHQ @hqmaiwp

facebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp

w w w . m a i w p . g o v . m y

RM52,898,508.18

JUMLAH AGIHAN ZAKAT BAGI BULAN BERAKHIR SEHINGGA 28 FEBRUARI 2019

SEBARANG KOMEN ATAU CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SILA HUBUNGI:

Majlis Agama IslamWilayah Persekutuan (MAIWP)

Aras 10, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur.

(u/p: Unit Komunikasi Korporat)Tel: 03-4047 9444 | Faks: 03-4044 9444

Email: [email protected]

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

2

Page 3: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

Kuala Lumpur, 14 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof telah hadir menyampaikan amanat kepada warga MAIWP di Majlis Perhimpunan baru-baru ini.

Pertemuan ini sangat bermakna kepada warga MAIWP kerana yang berhormat menteri secara langsung dapat bertemu dengan warga MAIWP berkongsi hasrat dan hala tuju yang perlu dihayati bersama.

Melalui amanat yang disampaikan Datuk Seri Dr. Mujahid berharap MAIWP akan terus melaksanaka agenda pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan bersesuaian dengan 3 prinsip agensi pengurusan Islam yang diperkenalkan iaitu Rahmatan Lil ‘alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.

‘Saya tidak menganggap ini visi saya. Kejayaan ini bukan kejayaan Menteri tetapi ini kejayaan kita semua. Marilah sama-sama kita memartabatkan, membela dan menaikkan nama agensi pengurusan Islam seterusnya meletakkan kita bertaraf dunia.’

Pada majlis perhimpunan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr, Mujahid Yusof turut melancarkan logo Usahawan Baitulmal MAIWP.

Pengenalan logo ini merupakan permulaan kepada usaha mengenengahkan produk usahawan asnaf dalam pasaran.

Pada tahun 2019, MAIWP memperuntukkan sebanyak RM0.8 juta dana zakat untuk membantu golongan asnaf yang terlibat dalam perniagaan.

Dalam ucapan, Datuk Seri Dr. Mujahid berharap program agihan zakat MAIWP bukan semata-mata hanya memberikan bantuan, namun dapat akhirnya mengeluarkan mereka daripada kemiskinan seterusnya menjadi pembayar zakat.

Pada tahun 2018, MAIWP telah berjaya melahirkan seramai 10 orang usahawan yang telah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan meraih pendapatan di antara RM8,000.00 hingga RM24,000.00 sebulan.

MAIWP PERKASA IMEJ PERKHIDMATAN

PELANCARAN LOGO USAHAWAN BAITULMAL

Oleh: Sajidah Sulaiman

Oleh: Wan Fadhli

Selari dengan hasrat MAIWP iaitu memperkasakan imej dan mutu perkhidmatan, MAIWP pada hari tersebut telah melancarkan pakaian rasmi baharu petugas kaunter MAIWP ke arah mewujudkan suasana kerja yang lebih korporat dan mesra pelanggan.

Majlis kali ini juga menyaksikan pelancaran logo Usahawan Baitulmal MAIWP yang akan menjadi permulaan kepada usaha meningkatkan imej produk usahawan asnaf

dan mengenengahkan produk mereka dalam pasaran.

Perhimpunan ni telah dihadiri 300 warga MAIWP dan turut hadir Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, Ketua Pengarah JAKIM merangkap Timbalan Pengerusi MAIWP; Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. Mengiringi mereka, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh dan Setiausaha MAIWP, Tuan Haji Mohd Ajib Ismail.

Pengenalan Pakaian Rasmi Bahagian Petugas Kaunter Baitulmal MAIWP.

Datuk Seri Dr. Mujahid bersama Barisan Tertinggi MAIWP melihat replika Logo Usahawan Baitulmal MAIWP yang baru.

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

3

Page 4: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

MAIWP JALIN KERJASAMA DENGAN NEGARA OIC

Kuala Lumpur, 13 Feb – Kuala Lumpur 13 Februari – MAIWP buat julung kalinya telah mengadakan pertemuan bersama Duta-Duta Negara OIC di satu Majlis Makan Malam bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Pada Majlis tersebut seramai 14 Duta Negara OIC telah hadir antaranya dari Negara Kuwait, Palestin, Arab Saudi, Bahrin, Senegal dan lain-lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata melalui pertemuan ini, Malaysia secara amnya dan MAIWP khususnya dapat melebarkan kerjasama bersama negara OIC dalam menyusun program-program yang bakal dijalinkan bersama.

‘Majlis ini dianjurkan oleh MAIWP sebagai satu jambatan hubungan MAIWP dengan negara OIC. Ia juga merupakan cita-cita MAIWP untuk menjadikan Malaysia sebagai Model Pentadbiran Islam. Pada waktu ini MAIWP juga memerlukan perkongsian pengalaman bersama negara OIC yang lain dalam yang mungkin ada kelebihan tertentu. MAIWP berharap melalui Majlis Makan Malam ini ia dapat melebarkan hubungan kita dengan negara OIC’.

Tambah beliau universiti wakaf yang dirancang dibina MAIWP akan mencontohi kewujudan Universiti Al-Azhar di Mesir dan beberapa universiti wakaf di Turki.

Oleh: Sajidah Sulaiman

‘Hasrat MAIWP wujudkan universiti wakaf yang pertama di Malaysia, MAIWP akan ambil pengalaman bersama Turki dan itulah hasrat yang dinyatakan dalam pertemuan mereka amat gembira berkongsi pengalaman dengan Malaysia’.

Pada majlis tersebut beliau turut berkongsi tentang tiga prinsip pengurusan Islam yang diperkenalkan di bawah kerajaan baharu iaitu Rahmatan Lila’lamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.

Turut hadir ialah Tengku Laksamana Selangor, Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Hatta Md Ramli, Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee, Ketua Pegawai Eksekuti Maiwp, Datuk Haji Abdul Aziz jusoh dan duta besar dari negara-negara anggota OIC.

Turut hadir di Majlis ini Tengku Laksamana Selangor, Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

4

Page 5: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

5

Page 6: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

Kuala Lumpur, 19 Feb – Pengerusi MAIWP Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee sangat komited menggalas tugas setelah dilantik sebagai Pengerusi pada Januari yang lalu.

Baru-baru ini beliau telah membuat lawatan kerja ke Hospital PUSRAWI iaitu sebuah syarikat milik MAIWP dalam mengetahui tahap perkhidmatan dan hala tuju PUSRAWI setelah bertapak 35 tahun di Kuala Lumpur.

Selaku Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien dalam perjumpaan ini berkata, matlamat utama beliau adalah mentransformasi dan menjenama semula PUSRAWI dalam usaha memantapkan lagi kualiti perkhidmatan yang lebih baik.

Dalam lawatan tersebut Dato’ Sri Syed Hussien turut melancarkan ‘Coffee Corner’ di Aras 2 Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur.

Sesi bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Pusrawi serta sesi dialog bersama Jabatan Kejururawatan turut diadakan.

Sebelum ini pada 25 Januari Dato’ Sri Syed Hussien juga membuat Kunjungan Muhibbah ke sebuah lagi syarikat iaitu Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

Melalui dua lawatan ini membuktikan kesungguhan Pengerusi MAIWP membawa MAIWP ke satu tahap yang lebih cemerlang selari dengan 3 prinsip agensi pengurusan Islam yang telah diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

PENGERUSI MAIWP TINJAU PRESTASI SYARIKAT

Oleh: Sajidah Sulaiman

Kuala Lumpur, 23 Feb – MAIWP memikul amanah mengagihkan zakat yang diterima daripada para pembayar zakat PPZ-MAIWP. Pelbagai program dan aktiviti diatur dalam mengagihkan bantuan zakat ini termasuk aktiviti jejak dan ziarah asnaf yang menjadi tugasan rutin kepada pegawai-pegawai agihan Baitulmal MAIWP.

Baru-baru ini, Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee telah turun padang menziarahi 4 keluarga di PPR Taman Wahyu, Kuala Lumpur menerusi program Walkabout Pengerusi MAIWP.

Asnaf yang dilawati adalah Wan Yusuf Wan Daud, Mohd Ali Abdul Rahman, Ismail Mohamed dan Mohd Yusri Ali. Kesemua mereka merupakan penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP dan program kali ini membolehkan MAIWP melihat situasi semasa mereka selain mengenalpasti bentuk-bentuk bantuan zakat lain yang diperlukan.

Dato’ Sri Syed Hussien menyatakan program ini adalah salah satu usaha dalam menerangkan kepada masyarakat khususnya para pembayar zakat PPZ-MAIWP tentang usaha MAIWP mengagihkan zakat.

‘Program sebegini diharap dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa MAIWP sangat proaktif membantu mereka yang memerlukan dan sekaligus dapat meyakinkan para pembayar zakat,’ kata beliau lagi.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan bantuan perubatan berbentuk susu dan lampin pakai buang bagi membantu ahli keluarga asnaf berkenaan yang menghidapi masalah kesihatan.

Salah seorang asnaf yang dilawati melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diberikan. ‘Bantuan ini sangat bermakna buat kami sekeluarga terutamanya dalam membantu anak saya menghidapi penyakit darah berasid serta buah pinggang bocor yang kronik,’ kata Bunga binti Kilat, isteri kepada salah seorang asnaf yang diziarahi.

Oleh: Wan Fadhli

PENGERUSI MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee menyerahkan bantuan am

perubatan seperti susu kepada penerima, di Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Taman Wahyu, Kuala Lumpur.

TURUN PADANG BUKTI MAIWP PROAKTIF AGIH ZAKAT

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

6

Page 7: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Tempoh persaraan menjadi waktu terbaik untuk mendalami ilmu agama dalam melalui sisa-sisa umur di penghujung usia. Ilmu dan amal soleh pastinya menjadi tumpuan kepada golongan warga emas untuk bekalan mereka di alam seterusnya setelah meninggalkan dunia ini.

Baru-baru ini MAIWP telah mengadakan Majlis Graduasi Darul Ilmi bertempat di pusat pengajian tersebut di Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur.

Majlis ini bertujuan meraikan 15 orang penuntut yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 2 tahun. Penyampaian sijil

MAIWP LAHIR WARGA EMAS BERILMUOleh: Wan Fadhli telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP,

Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Syed Hussien berkata Darul Ilmi merupakan sebuah pusat pengajian di bawah MAIWP yang menyediakan pengajian agama secara intensif kepada warga emas berusia 55 tahun ke atas.

Berkonsepkan pusat pengajian, ia berbeza dengan pusat penjagaan warga tua di mana di sini mereka akan mengikuti aktiviti keagamaan dan kelas pengajian bermula daripada awal pagi sehingga malam.

Pada masa yang sama, mengambil contoh usaha murni pewakaf Darul Ilmi, beliau turut menggalakkan orang ramai untuk

mewakafkan harta kepada MAIWP dan pahala yang diperolehi dengan berwakaf akan berterusan hingga akhirat.

Darul Ilmi beroperasi di atas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Ir. Mohd Mazlan bin Md Ismail Merican dan isteri. Beliau telah mewakafkan hartanahnya seluas 1.7 ekar bertujuan menjadikan pusat pendidikan Islam khas untuk warga emas.

Keunikan perkhidmatan yang disediakan oleh Darul Ilmi serta usaha-usaha murni yang dijalankan membolehkan Darul Ilmi menerima Anugerah Khas Organisasi Rumah Kebajikan Islam Terbaik Peringkat Wilayah Persekutuan sempena Majlis Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1440H/2018M.

Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee beramah mesra bersama penuntut Darul Ilmi bersempena Majlis Graduasi Darul Ilmi di Pusat Pengajian Darul Ilmi Sungai Penchala Kuala Lumpur.

Pengerusi MAIWP Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee melawat pewakaf Darul Ilmi Tuan Haji Ir. Mohd Mazlan dan isteri di kediaman mereka.

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

7

Page 8: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

MERENTAS DESA, MAHRAJAN RIADHI SANAWI (MARIS) 2019

Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP (PMA) telah menganjurkan program Merentas Desa yang melibatkan pelajar-pelajar dan kakitangan PMA.

Terima kasih kepada semua urusetia yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan acara MARIS 2019 ini.

PENGERUSI MAIWP TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MANTAN TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee menerima kunjungan hormat daripada mantan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail, yang mana beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi, Yayasan Pengaman Malaysia.

Dalam kunjungan hormat oleh Tan Sri Hussin Ismail, beliau telah menyampaikan hasrat untuk bekerjasama dengan MAIWP dalam menyampaikan agihan zakat kepada golongan autisme dan menyebarkan kebaikan kepada golongan yang menghidap penyakit kronik di Wilayah Persekutuan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Haji Abdul Aziz berkesempatan berkunjung ke Tadika Islam MAIWP Kg Malaysia Tambahan & ke Tadika Islam MAIWP Sumayyah Bandar Sri Permaisuri Cheras.

Lawatan mengejut yang dibuat beliau adalah untuk melihat suasana pembelajaran dan faktor persekitaran tadika berada di tahap baik.

Terima kasih kepada Ketua Guru serta guru-guru.

KPE MAIWP BUAT LAWATAN MENGEJUT KE 2 TADIKA MAIWP

KHEMAH IBADAH BENTUK GENERASI BERAKHLAK MULIADalam usaha memperkasa ibadah terutama amalan solat dalam kalangan pelatih, Dar Assaadah baru-baru ini mengadakan Program Khemah Ibadah Pelatih Dar Assaadah 2019 di Akar Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program kerjasama dengan Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, itu disertai seramai 24 pelatih Dar Assaadah. Kem 3 hari dua malam itu memberi penekanan kepada pelatih bagi meningkatkan kualiti ibadah mereka terutama dalam solat dan bacaan Al-Quran.

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

8

Page 9: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

PERANAN MAIWP DALAM MEMBANGUNKAN WAKAF

Melihat kepada peranan MAIWP sebagai pemegang amanah tunggal bagi semua harta wakaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1994 (Akta 505), pegawai penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif terasa terpanggil untuk mendekati MAIWP dengan lebih rapat dengan menemuramah secara eksklusif Pengurus Unit Undang-Undang MAIWP, Izalina binti Abdullah.

Temuduga ringkas yang dijalankan ini bertujuan mendapatkan pandangan bagaimana MAIWP mengurus dan mentadbir harta yang diwakafkan kepada MAIWP.

Unit Integriti MAIWP menganjurkan Program Menembak bagi menyediakan pasukan integriti MAIWP yang berkeyakinan tinggi. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri peserta yang terlibat serta membina jati diri yang mampan untuk berani menghadapi cabaran.

Program yang diadakan pada 23 Februari ini telah disertai warga MAIWP dimana mereka dapat memegang dan menggunakan senjata api sambil dipantau oleh Pasukan Grup Gerak Khas (GGK).

DAR ASSAADAH TERIMA KUNJUNGANDar Assaadah telah menerima kunjungan 5 orang Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling, Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands dan 13 orang kakitangan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Serdang yang bertujuan untuk membangunkan kompetensi pensyarah serta mendapatkan

maklumat mengenai kaedah dan strategi pengurusan di Dar Assaadah.

Lawatan ini telah menghasilkan pengalaman dan beberapa cadangan penambahbaikan kepada Dar Assaadah dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelatih-pelatih di sini.

MAJLIS PELANCARAN AKADEMI EKUIN KPBKL Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah melancarkan Akademi Ekuin KPBKL di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar.

Penubuhan Akademi Ekuin ini adalah hasil usaha sama di antara KPBKL dan Setia Brothers Equine and Training Centre. KPBKL menubuhkan Akademi Ekuin sebagai sebahagian dari usaha untuk membantu Negara merancakkan industri Ekuin.

KPBKL BERSAMA GURU BIMBINGAN & KAUNSELINGKolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan kerjasama Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disipilin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSH-KPM) telah menganjurkan program KPBKL Bersama-sama Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Seramai 139 Guru Bimbingan dan Kaunseling dari Wilayah Persekutuan dan Selangor telah menyertai program ini.

Program ini bermatlamat memohon kerjasama pihak sekolah mengenalpasti murid-murid dari kalangan asnaf lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan untuk menyambung pelajaran di KPBKL dan institusi milik MAIWP.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajjah Fuziah Salleh.

PROGRAM KEYAKINAN DIRI PASUKAN ITEGRITI MAIWP

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

9

Page 10: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

Oleh: Sajidah Sulaiman, Nik Ahmad Afham

Kuala Lumpur, 14 Feb – Baru-baru ini telah berlangsung Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Wilayah Persekutuan 1440H/2019M bertempat di Kompleks Pusat Islam JAWI Kuala Lumpur .

Dalam pertandingan tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula dari 13 hingga 14 Febuari para pelajar Institusi Pengajian MAIWP telah mengungguli Pertandingan Tilawah dan Hafazan yang diadakan.

Pertandingan Tilawah dan Hafazan bagi kategori 1-30 juzu’ menyaksikan pelajar Pondok Moden Al-’Abaqirah (PMA) Muhammad Al-Fateh Mohammad Hasnil mendapat johan menakala naib johan dimenangi pelajar Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah (MSN) Muhammad Faiz Iskandar bin Mohd Safiee.

Menurut Muhammad Al-Fateh kemenangan tahun lalu di kedudukan naib johan pada pertandingan yang sama merupakan dorongan untuknya berjaya kali ini.

‘Pada tahun lepas saya juga telah menyertai pertandingan yang sama dan saya mendapat tempat kedua dalam kategori sama. Namun alhamdulillah rezeki saya mendapat johan dalam pertandingan ini,’ kata beliau.

Seorang lagi pelajar institusi MAIWP telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori 1-20 iaitu Muhammad Fitri Naim Roslan dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA).

Menyifatkan kejayaannya mendapat 99.25% dalam Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri 2019 di luar jangkaan, Muhammad Fitri percaya itu adalah hasil doa dan sokongan kedua ibu bapanya.

Johan Hafazan ini berkata, sekalipun menyasarkan keputusan yang lebih baik berbanding tahun sebelum ini, namun dia seolah-olah tidak percaya apabila mendapat johan setelah gagal diperingkat saringan pada 2018.

‘Persaingan antara peserta-peserta amat sengit kerana rata-rata peserta adalah yang berpengalaman dan pernah mewakili negeri masing-masing dan ada juga seorang peserta yang telah mendapat juara tahfiz bagi peringkat Asia.’

‘Saya jadikanya sebagai cabaran dan Alhamdulillah rezeki memihak kepada saya. Terima kasih kepada MAIWP dan semua pembayar zakat kerana atas jasa anda saya dapat berjaya hingga tahap ini,’ kata Muhammad Fitri.

Seorang lagi pelajar PMA, Ahmad Al Atif Ahmad Subki telah mendapat johan bagi kategori 1-10 juzuk. Manakala naib johan dirangkul oleh Shaheer Ramadhan Mazlan yang juga pelajar PMA.

Johan bagi kategori 1-30 juzuk membawa pulang lima ribu ringgit beserta piala iringan,

KEDUDUKAN PELAJAR INSTITUSI MAIWP DALAM PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT

WILAYAH PERSEKUTUAN 1440H/2019M

KATEGORI30 JUZU’

KATEGORI20 JUZU’

KATEGORI10 JUZU’

JOHANPondok Moden Al-'Abaqirah

NAIB JOHANMa'alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah

JOHANSekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz

JOHANPondok Moden Al-'Abaqirah

NAIB JOHANPondok Moden Al-'Abaqirah

johan bagi kategori 1-20 juzuk menerima tiga ribu ringgit beserta piala iringan dan Johan bagi kategori 1-10 juzuk menerima seribu lima ratus ringgit beserta piala iringan.

INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWP UNGGULI PERTANDINGAN HAFAZAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Semoga para pelajar dapat membuat persediaan sebaiknya pada Pertandingan Tilawah/Hafazan bagi Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan pada 17 Mac 2019 .

Penerima Anugerah di Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Wilayah Persekutuan 1440H/2019M bertempat di Kompleks Pusat Islam JAWI Kuala Lumpur.

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

10

Page 11: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

TADIKA ISLAM MAIWP SULAIMANIYYAH TERIMA SUMBANGAN

Putrajaya, 26 Feb – Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama MAIWP, Perbadanan Putrajaya dan Alam Flora Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah Presint 18 Putrajaya.

Pada program ini, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyalurkan RM40,000 untuk disumbangkan kepada 13 orang murid sebagai sumbangan bantuan yuran bulanan kepada ibubapa yang berpendapatan di bawah RM4,000.00 dan juga sumbangan food bank untuk Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah bagi tahun 2019.

Dana food bank ini adalah bertujuan untuk menyediakan makanan dan minuman tambahan yang berkhasiat kepada anak-anak tadika sepanjang sesi persekolahan 2019. Bagi memastikan inisiatif food bank ini dapat dilaksanakan secara berterusan pihak pentadbir sekolah disaran untuk menjana pendapatan tambahan tabung ini melalui penjualan barangan kitar semula seperti kotak, kertas, tin dan plastik kepada pihak Alam Flora.

Sebagai contoh anak-anak tadika ini diberikan minuman susu kotak setiap pagi, jadi kotak-kotak tersebut dibersihkan dikumpul dan dijual terus bagi memberikan nilai ekonomi tambahan kepada food bank sekolah. Secara tidak langsung anak-anak juga akan terdidik dan menjadi amalan dalam mebudayakan konsep 3R iaitu kurangkan, guna semula dan kitar semula dari usia yang kecil hingga mereka dewasa kelak. Ini juga dapat memupuk kesedaran bahawa bukan semua bahan buangan perlu dilupus malah ia boleh menjadi hasil pendapatan tambahan.

Program yang diadakan ini telah disempurnakan oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Prof. Dr. Zaiton Abu Bakar. Turut hadir ialah isteri Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datin Sharifah Junaidah Sheikh Al-Junid dan isteri Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datin Hajjah Ruslina Yusuf.

Oleh: Nor Aiza Adnan

Tadika Islam MAIWP Putrajaya menerima sumbangan RM40,000.00 dari Kementerian Wilayah Persekutuan.

Aktiviti yang disertai Pelajar Tadika Islam MAIWP cawangan Putrajaya pada Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya.

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

11

Page 12: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

Kuala Lumpur, 15 Feb – Satu Program Hi-Tea Bersama KetuaPegawai Eksekutif MAIWP Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh telah diadakan secara tertutup bersama guru-guru Tadika Islam MAIWP di dewan SMA-MAIWP.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyediakan platform khusus kepada guru-guru Tadika Islam MAIWP untuk menyuarakan pandangan, idea dan permasalahan ke pengetahuan pihak atasan.

Ia merupakan medium separa formal kepada warga MAIWP yang secara tidak langsung memberi peluang untuk berinteraksi secara dua hala dengan pihak pengurusan tertinggi MAIWP.

Selain dapat mendalami punca masalah yang berlaku, pelan penyelesaian juga dapat dirangka untuk dilaksanakan demi memastikan kelangsungan organisasi MAIWP selain mewujudkan suasana harmoni dalam kerja seharian.

Diharap melalui penganjuran program ini cadangan dan pandangan guru-guru tadika dapat dikumpul secara kolektif sehingga ke peringkat akar umbi dan dapat menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang berbangkit.

Kuala Lumpur, 19 Feb – Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2019, seramai 4 orang pegawai MAIWP telah terpilih sebagai penerima Darjah Kebesaran dan Pingat yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Mengetuai penerima MAIWP adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh yang dikurniakan Pingat Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran “Datuk”.

Penerima kedua pula adalah Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat, Wan Azira Wan Salleh yang menerima pingat Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.).

Manakala Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Kewangan, Hamidah Samori dan Pembantu Operasi Bahagian Khidmat Pengurusan, Fuziah Baki menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.).

Pengurniaan ini membuktikan pengiktirafan kepada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh warga MAIWP dalam menyemarakkan syiar Islam dan agenda pembangunan ummah di Wilayah-Wilayah Persekutuan ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan dan semoga pengiktirafan ini membakar semangat untuk terus berbakti kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan ini.

PROGRAM HI-TEA KPE BERSAMA GURU TADIKA ISLAM MAIWP

PENGIKTIRAFAN KEPADA WARGA MAIWP

Oleh: Liyana

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

12

Page 13: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

IKB MANTAPKAN PELAJAR BARU

Kuala Lumpur, 17 Feb – Kursus Motivasi Pelajar Baharu Sesi 2019/2020 telah diadakan di Dewan Ibnu Jamaah, Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Seramai 120 orang pelajar telah terlibat mengikut kursus ini. Kursus 2 hari ini telah dikendalikan oleh pakar motivasi terkenal Hushim Motivational Counselling & Consultancy.

Sepanjang mengikuti kursus ini, para pelajar

Oleh: Norazlin Asnin

LAUTAN BIRU TAKLUK BUKIT JALIL

Kuala Lumpur, 23 Feb – Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP 2019 telah berlangsung dengan gilang-gemilang.

Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus, Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Encik Mohd Rodzi Osman.

Antara acara yang dipertandingkan ialah acara-acara balapan, sukantara dan perbarisan terbaik selaras dengan objektif program iaitu mengamalkan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.

‘Kalah menang merupakan adat dalam pertandingan. Dalam apa jua kejohanan, semangat berpasukan yang tinggi diperlukan. Kekalahan bukan bererti gagal sebaliknya langkah untuk berjaya,’ ujar Encik Mohd Rodzi.

Kejohanan tahunan sekolah pada tahun ini telah menobatkan Rumah Hanbali (Biru) sebagai johan keseluruhan. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Rumah Hanbali diangkat sebagai johan.

Manakala Muhammad Danial Muhammad Safree dan Hani Umairah Mohamad Muhazni pula dinamakan sebagai Olahragawan dan Olahragawati 2019.

Edisi kali ini agak istimewa dan meriah kerana dapat diadakan di Stadium terbesar di Malaysia, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Oleh: Nik Ahmad Afham Nik Abdullah

Ini secara langsung membangkitkan lagi semangat kesukanan di kalangan pelajar.

“Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pihak penyelaras kejohanan, juga kepada MAIWP yang menyokong setiap perjalanan program yang kami anjurkan,” ujar Pengetua

SMISTA MAIWP, Ustaz Mashanizat Ngasri.

Turut hadir pada kejohanan ini ialah Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPWPKL, Encik Ahmad Shahir Jiri dan YDP PIBG, Encik Zahanordin Amat Lori.

telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dalam membina jati diri. Pelajar turut didedahkan dengan pengisian rohani ke arah pembentukkan peribadi yang cemerlang.

IKB Race merupakan slot yang mencabar diri peserta dalam menerokai kawasan sekitar IKB antaranya IPD Cheras, Hotel Maluri, Ikea, AEON Maluri dan beberapa tempat lagi. Peserta diberikan tugasan secara berkumpulan dan arahan secara SMS serta menyelesaikan tugas di setiap check point.

Diharapkan hasil kursus ini sedikit sebanyak memberi rangsangan kepada pelajar dalam meningkatkan motivasi, memantapkan semangat sepasukan, semangat juang dan nilai-nilai murni ke arah usaha penambahbaikan diri pelajar.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Rohaya bin Sulong, Timbalan Pengurus HEP Institut Kemahiran Baitulmal dan selaku penyelaras kursus.

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

13

Page 14: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

Kuala Lumpur, 4 Feb – Skuad Musibah Baitulmal MAIWP menziarahi Puan Faridah yang ditimpa musibah kebakaran di PPR Pekan Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kebakaran berlaku pada waktu petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kebakaran tersebut menyebabkan sebuah bilik musnah namun kebakaran berjaya dikawal dengan bantuan pantas dari orang awam sebelum api merebak keseluruhan rumah.

Menurut maklumat awal pihak Bomba dan Penyelamat, kebakaran berpunca dari kejadian litar pintas. Puan Faridah berkata, sewaktu kejadian tersebut dia dan anaknya berusaha menyelamatkan komputer riba, mesin cetak dan juga buku-buku belajar milik anaknya namun gagal.

Baitulmal MAIWP akan menyantuni Puan Faridah melalui Bantuan Musibah agar bebannya dapat diringankan.

IBU TUNGGAL MANGSA KEBAKARAN DIBANTUOleh: Noor Nazlia

Kuala Lumpur, 1 Feb – Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun padang menjejaki Encik Sofiri Azally seorang OKU dan bergelandangan di sekitar kaki lima Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Ziarah ini adalah rentetan selepas kisahnya diberi perhatian dan tular dalam keratan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

Encik Sofiri menggunakan motosikal roda tiga untuk mencari rezeki dengan mengutip barang lusuh sejak 13 tahun lalu. Namun beliau mengalami kesukaran sejak 6 bulan lalu apabila beliau terlibat dengan suatu kemalangan yang menyebabkan kecederaan dan motosikalnya rosak.

Menurut Encik Sofiri sebelum ini beliau menetap di sebuah bengkel berdekatan dan tempat yang sama dijadikan tempat simpan

OKU HILANG PUNCA PENDAPATAN DAN TEMPAT TINGGAL

TIADA ISTILAH CUTI UMUM - WARGA EMAS BUTA MENDAPAT SANTUNAN BAITULMAL

Kuala Lumpur, 5 Feb – Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun padang menziarahi seorang warga emas buta sejurus menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan mangsa tinggal sendirian di kediamannya di PPR Kampung Air Panas, Setapak.

Daripada hasil pemerhatian skuad Baitulmal MAIWP, Puan Rohaya hidup dalam keadaan tidak terurus dan daif serta serba kekurangan. Beliau mula hilang penglihatan sejak 8 tahun yang lalu akibat kencing manis dan darah tinggi kronik.

Puan Rohaya merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Sewa Rumah Bulanan dan juga Bantuan Hemodialisis Baitulmal MAIWP. Hasil temubual dan maklumat daripada jiran tetangga, Puan Rohaya tinggal bersama dua anaknya yang tidak mengambil berat keadaan ibunya dan kebajikan ibu mereka.

Ketika kunjungan kami Puan Rohaya masih belum lagi menjamah sebarang makanan akibat terputus perbelanjaan barang dapur. Skuad berkesempatan menyediakan sedikit

Oleh: Noor Nazlia makanan dan minuman buat Puan Rohaya.

Baitulmal MAIWP akan cuba mengambil langkah yang sewajarnya dan bekerjasama dengan pihak Persatuan Penduduk agar Makcik Rohaya dapat dibantu sebaiknya.

‘Makcik terima kasih sangat dan seronok anak-anak mari melawat makcik, maaflah susahkan anak-anak,’ kata Puan Rohaya luah rasa syukur atas ziarah kami.

Amanah Pembayar Zakat Kami Laksanakan.

Oleh: Noor Nazlia barang lusuhnya. Namun beliau dikehendaki mengosongkan tempat tersebut sebelum dirobohkan untuk dimajukan.

Hasil semakan yang dibuat pihak Baitulmal MAIWP, Encik Sofiri juga merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan dari Baitulmal dan juga Skim Bantuan Kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Beliau telah menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak 26 tahun lalu dengan tujuan mencari rezeki.

Baitulmal MAIWP akan menyalurkan Bantuan Kecemasan bagi membantu beliau menampung kos pembaikan motosikal dan juga Bantuan Sewa Rumah Bulanan bagi memberikan kediaman yang lebih baik dan selesa untuknya.

Terima kasih pembayar zakat amanah anda kami laksanakan.

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

14

Page 15: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

Selepas menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), Bob bekerja di kilang roti sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Cheras Kuala Lumpur.

Bob Helmi atau nama sebenarnya Mohd Helmi bin Darus, 30, anak ke 12 dari 14 adik beradik merupakan anak jati Kampung Tok Kuning Kangar. Beliau merupakan bekas pelajar IKB dalam jurusan Sijil Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM) pada sesi 2009/2010.

Bob Helmi mula terdorong dalam bidang masakan selepas beliau bekerja di kilang roti hampir tiga tahun. Bob mula bekerja seawal usia 15 tahun dan beliau tidak menduduki peperiksaan SPM kerana gembira menerima pendapatan lumayan seawal usia muda.

Setelah melihat kejayaan rakan sebaya dalam pendidikan, timbul kekesalan dan beliau memohon untuk belajar di IKB dan permohonan beliau berjaya.

Selepas memperolehi sijil di IKB, Bob mencuba nasib dengan bekerja di beberapa restoran sekitar ibu kota seperti Ben’s Kitchens, Hotel Hilton, Double Tree Hotel dan Japanese Restaurants. Beliau bermula dari peringkat bawah dari Commis 1, Commis 2, Commis 3, Demi Cheff dan Chef de Partie (CDP) semua jawatan di atas, beliau perolehi semasa di Ben’s Kitchens. Jawatan tertinggi sebagai senior CDP pula di Hotel Hilton dan Double Tree. Beliau juga pernah memegang jawatan Junior Sous & Sous Chef di Movida Kitchen.

Setelah hampir 6 tahun di ibu kota, beliau dipelawa untuk berkhidmat sebagai chef di Istana Arau. Bob kini telah berkhidmat di Istana Arau hampir 3 tahun. Tugas beliau adalah menyediakan Santapan Diraja di mana sahaja Tuanku berada. Pada peringkat awal, timbul rasa kekok untuk membiasakan diri dengan protokol Istana. Namun, itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat dan kini nama beliau dikenali di kalangan warga Istana Arau.

Bob bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada MAIWP kerana menyediakan ruang pendidikan kemahiran kepadanya. Beliau juga berterima kasih kepada semua guru-gurunya di IKB yang mencurahkan ilmu tanpa henti sehingga mampu menjadi chef di dalam Istana Arau.

Oleh: Khairul Fazli

PELATIH IKB KINI CHEF ISTANA ARAU

Rencana Ilmiah

BU

LET

IN M

AIW

PFE

BR

UA

RI 2

019

15

Page 16: MAIWP Jalin Kerjasama dengan Negara OIC

ANDA PERLU

WANG ZAKAT?BANTUANANDA PERLU

WANG ZAKAT?BANTUANHOTLINE SKUAD JEJAK ASNAF

012-518 3614012-512 7614

TALIAN BEBAS TOL BAITULMAL MAIWP

1800-88-5222

28 SKIM BANTUAN ZAKATSila imbas QR Code ini untuk senarai 28 skim bantuan zakat.

www.maiwp.gov.myAtau layari laman web:

LOGO USAHAWAN BAITULMAL MAIWPLogo Usahawan Baitulmal MAIWP telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP pada 14 Februari 2019.

RASIONALLogo ini menggunakan KONSEP KUBAH sebagai elemen utama. Perkataan USAHAWAN BAITULMAL di bawah kubah menjadi simbolik agar usahawan dapat menitikberatkan agama Islam dalam urusan perniagaan.

KUBAH MERAH yang besar mewakili MAIWP sebagai pusat pentadbiran dalam pengurusan Baitulmal.

KUBAH BIRU yang kecil pula mewakili Usahawan yang berbagai latar belakang tetapi dengan matlamat yang sama.

Logo MAIWP di bawah dua kubah menunjukkan kedua-dua kubah berdiri kukuh dengan menjadikan MAIWP sebagai teras utama. Setiap urusan urus niaga akan dipantau agar ia tidak terkeluar dari landasan syarak.

MERAH melambangkan kecekalan dalam melakukan sesuatu perkara. Ia juga lambang pada keberanian dan kekuatan organisasi.

Warna BIRU melambangkan kekuatan perpaduan yang dijadikan sebagai teras dalam penyatuan dalam melakukan sesuatu perkara.