majlis perasmian wou mc

7

Click here to load reader

Upload: hafizd-zulhasni

Post on 27-Jul-2015

48 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis perasmian wou mc

MAJLIS PERASMIAN & PELANCARAN WEEK OF UNITY 2014

Bil Que Skrip MC1 Ketibaan Dekan,Timbalan

Dekan & Penolong Pendaftar Kanan

Mengumumkan ketibaan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti, Professor Dr. Sinin Bin Hamdan, diiringi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti, Professor Madya Dr Ramlah Zainuddin, Penolong Pendaftar Kanan, Puan Hajah Nor Fadzilah, Pengarah Program Week of Unity 2014 dan Penasihat Program Week of Unity.

2 Kata Alu-aluan Pengacara Majlis

Kompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia , Professor Dr. Sinin Bin HamdanDekan Pusat Pengajian Pra-Universiti

Yang Berbahagia , Professor Madya Dr Ramlah ZainuddinTimbalan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti

Yang Dihormati Puan Hajah Nor FadzilahPenolong Pendaftar Kanan

Penasihat Program Week of UnityPengarah Program Week of UnityBarisan Ahli Jawatankuasa Program Week of Unity

Seterusnya, hadirin hadirat sekalian,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada malam ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Majlis Perasmian Program Week of Unity 2014.

Pihak majlis serta Ahli Jawatankuasa Program Week of Unity, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia , Professor Dr. Sinin

Page 2: Majlis perasmian wou mc

Bin Hamdan,Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Program Week of Unity 2014 yang kita rencanakan pada malam ini.

3 Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Hafizd Zulhasni. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Hafizd Zulhasni yang merupakan Exco Kebajikan JPPPU atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

4 Latar belakang program Hadirin yang dihormati sekalian.Week of Unity (WOU) ialah satu program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (JPPPU) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid UNIMAS (JPMU).Program yang akan diadakan pada Mac 2014 ini mensasarkan warga asasi UNIMAS secara khususnya dan seluruh warga UNIMAS amnya.

Bertemakan Connecting People yang membawa mesej perpaduan kepada semua warga UNIMAS untuk sama-sama dihayati dan diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada seluruh warga asasi tentang perkembangan semasa yang berlaku di luar Malaysia. Bagi merealisasikan hasrat ini, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan yang meliputi pelbagai aspek dari segi rohani, jasmani dan intelektual.

5 Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Program Week of Unity

Seterusnya, majlis menjemput Pengarah Program Week of Unity, Saudara Muhammad Azimudin untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya, dipersilakan……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad Azimudin atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6 Ucapan Perasmian oleh Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Professor Dr. Sinin Bin Hamdan,Dekan Pusat Pengajian

Page 3: Majlis perasmian wou mc

Pra-Universiti dan seterusnya merasmikan Program Week of Unity bagi tahun 2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Professor Dr. Sinin Bin Hamdan atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan Professor Sinin itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama

7 Persembahan pelajar Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dihangatkan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan yang diberi nama Rabiah yang terdiri daripada kalangan pelajar ASASI sendiri. Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka. Dengan ini, majlis mempersilakan

8 Ceramah Perpaduan Majlis diteruskan lagi dengan ceramah sempena Week of Unity oleh Dr Sopian Bujang Pensyarah Kanan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dengan ceramah yang bertajuk Bicara Perpaduan.

Dipersilakan....

..........................................................................Terima kasih diucapkan kepada Dr Sopian Bujang atas ceramah yan penuh berinformasi sebentar tadi, diharap rakan-rakan pelajar dapat mengimplementasikan segala ilmu dalam kehidupan bermasyarakat.

9 Penutupan Saudara-Saudari Sidang Dewan Sekalian, Sebagai Tanda Penghargaan Dan Terima Kasih Atas Komitmen, dan Kepercayaan Yang Diberikan Kepada pihak kami Untuk Menjayakan Program Ini, Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Yang Berbahagia , Professor Dr. Sinin Bin Hamdan,Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti

Yang Berusaha En. Mohd Aminudin Bin Mustapha Selaku Penasihat program Kita Pada Ini Untuk Menyampaikan Cenderamata Kepada Yang Berbahagia Professor Dr. Sinin Bin Hamdan,Dekan Pusat Pengajian

Page 4: Majlis perasmian wou mc

Pra-Universiti, Universiti Malysia Sarawak. Dipersilakan.

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Professor Dr. Sinin Bin Hamdan dan En. Mohd Aminudin Bin Mustapha . Terima Kasih diucapkan.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian dan Pelancaran Program week of Unity tahun 2014.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Pihak majlis mewakili AJK Program Week of Unity, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Professor Dr. Sinin Bin Hamdan,Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti atas kesudian meluangkan masa pada malam ini untuk merasmikan Majlis Perasmian Program Week of Unity . Tidak dilupakan juga kepada para hadirin dan hadirat sekalian yang datang pada malam ini.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 5: Majlis perasmian wou mc

TENTATIF MAJLIS PERASMIAN WEEK OF UNITY 2014

8.15 -Ketibaan Pelajar

 

8.25 -Ketibaan Dekan Pra-U, Timbalan

Dekan Pra-U dan tetamu jemputan

 

8.30 -Bacaan doa oleh Hafizd Zulhasni

 

8.35 -Ucapan alu-aluan Pengarah

Program, Mohd Azimudin

 

8.43 -Ucapan Dekan Pra-U , Prof. Dr. Sinin & Perasmian

Program

 

9.10 - Sesi Talk

Tajuk : Bicara Perpaduan

Disampaikan oleh :

Dr. Sopian Bujang

 

10.10 -Penyampai cendramata kepada

tetamu oleh VIP

- Bersurai