majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my filesurat sepatah kata daripada setiausaha 3 prakata...
TRANSCRIPT
MANUAL MPK BIL : 145 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
TEMPAHAN KEMUDAHAN SUKAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 5
4.0 CARTA BAHAGIAN 6
5.0 SUMBER KUASA 6
6.0 SKOP KERJA 6
7.0 PROSES KERJA 7
8.0 CARTA ALIR 8
9.0 PENUTUP 9
10.0 LAMPIRAN 9
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 3
EPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai warga kerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian
perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau
berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Kemudahan atau fasiliti Sukan yang baik dan diselenggara dengan betul
melambangkan kebertanggungjawaban dan akauntibiliti pegawai atau pekerja
yang mengurus. Kerosakan kemudahan ini dapat diminimakan atau dielakkan
jika kemudahan ini diuruskan dengan baik, tersusun dan berkesan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan.
Kemudahan atau fasiliti yang lengkap dan terselenggara dengan baik dapat
melambangkan status Bandaraya yang berkualiti tinggi seperti yang telah
banyak diamalkan oleh banyak Bandaraya berstatus tinggi lainnya di
seratadunia.
Sebagai usaha penambahbaikan dan untuk mengelakkan berulang
kelemahan dan kecacatan tersebut maka manual ini disediakan dengan
tujuan supaya kemudahan dan fasiliti ini dapat dilaksanakan dengan cukup
sempurna dan berkesan.
Marilah kita seluruh warga kerja MPK sama-sama mendokong motto yang
telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk
membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas
masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi
maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dan mampu menggalas
tanggungjawab yang berupaya memberi hasil kerja dan penyampaian
perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau
“stakeholder” dan rakyat umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian.Terimakasih
Mohd Ehsan Bin Mukri
Setiusaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 4
PRAKATA DARIPADAKETUA JABATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia-Nya, Jabatan Korporat sebagai salah
sebuah jabatan terpenting di Majlis Perbandaran Klang
telah berjaya menyediakan 15 Manual Prosuder Kerja
yang meliputi pelbagai aspek / bidang tugas Jabatan. Manual prosuder ini
adalah betujuan sebagai panduan dan bahan rujukan dalam melaksanakan
tugas dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Manual-manual ini
terdiri daripada :
1) Manual Prosedur Tempahan Kemudahan Sukan
2) Manual Prosedur Proses Peruntukkan Penggerak Belia Tempatan
3) Manual Prosedur Penyewaan Tanah Lapang MPK
4) Manual Prosedur Penyertaan Pasukan MPK
5) Manual Prosedur Tempahan Peralatan Logistik
6) Manual Prosedur Tempahan Kombo Dan Kumpulan Kesenian
7) Manual Prosedur Penggunaan Sistem Siaraya
8) Manual Prosedur Program Tarikan Keusahawan
9) Manual Prosedur Program Mesra Pelaburan
10) Manual Prosedur Lawatan Dalaman Dan Luaran
11) Manual Prosedur Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
12) Manual Prosedur Pelaksanaan Program Zon Bersih
13) Manual Prosedur Pelekat Kenderaan OKU
14) Manual Prosedur Pelaksanaan Pemberian Sumbangan Bencana Alam
Dan Sumbangan Ehsan
15) Manual Prosedur Pengurusan Skuad 3S MPK
Adalah diharapkan Manual yang telah disediakan ini dapat menjadikan Jabatan
Korporat sebagai salah sebuah jabatan pemangkin kepada Majlis Perbandaran
Klang menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan tertua di Malaysia yang terus
memacu serta menyokong segala pembangunan yang akan dilaksanakan di
kawasan Majlis Perbandaran Klang selaras dengan hasrat dan visi MPK ke arah
merealisasikan Klang sebagai Bandaraya Terbilang di Malaysia menjelang 2015
melalui perancangan dan pengawalan pembangunan yang mampan serta dapat
memberikan perkhidmatan bandar yang berkualiti melalui tadbir urus yang
cemerlang untuk keseluruhan masyarakat klang yang gemilang.
Dawari Bin Daud
Pengarah Korporat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program AnjakandanTambah baik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK
dan warga Klang.
1.3 Penyelarasan tindakan bersepadu oleh semua jabatan atau agensi
terlibat
1.4 Memastikan segala tempahan kemudahan sukan yang dilakukan
berjalan lancar
1.5 Penyelarasan tindakan tempahan mengikut spesifikasi kerja dan
selaras dengan semua fasiliti sukan yang lain
2.0 LATAR BELAKANG
Kemudahan Sukan Majlis Perbandaran Klang meliputi segala kemudahan
Sukan yang ada di sekitar daerah Klang. Memberi perkhidmatan yang terbaik
dan terkini kepada semua penduduk Bandar Klang yang menggunakan
kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan sukan MPK. Pihak Majlis
perbandaran Klang telah menyediakan banyak kemudahan sukan yang boleh
digunakan oleh penduduk Klang khususnya dan untuk acara sukan secara
am nya.
3.0 DEFINISI
Kemudahan atau Fasiliti sukan merupakan kemudahan yang disediakan oleh
pihak Majlis Perbandaran Klang untuk kemudahan rakyatnya melakukakan
aktiviti sukan dan beriadah.Tujuan utama kemudahan ini disediakan adalah
untuk memupuk minat dan memudahkan orang awam yang duduk disekitar
daerah Klang untuk melakukan aktiviti sukan yang digemari.Tempahan
kemudahan Sukan pula dilakukan jika sesebuah organisasi/ persatuan/
individu itu ingin membuat sesuatu acara yang memerlukannya
menggunakan keseluruhan tempat di kawasan kemudahan atau fasiliti sukan
tersebut.Ini memerlukannya melakukan tempahan ke atas kemudahan
tersebut.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 6
4.0 CARTA BAHAGIAN/ UNIT
4.1 Carta Bahagian/ Unit bagi kemudahan sukan dinaungi oleh pengarah
jabatan korporat dan diuruskan oleh Pegawai Tadbir yang
menguruskan mengenai aktiviti yang melibatkan Sukan sebelum
kerja diagihkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat.
4.2 Carta bahagian/ Unit adalahseperti di Lampiran 1.
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan adalah seperti
berikut :
5.1 Akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171)
5.2 Pekeliling dan arahan Yang DiPertua/ Setiausaha
6.0 SKOP KERJA
6.1 Menerima tempahan dan memproses tempahan dari orang ramai. 6.2 penggunaan surat.
6.3 kaedah permohonan
6.4 Tujuan kegunaan dan kadar bayaran
7.0 PROSES KERJA
7.1 Proses Tempahan
i. Borang tempahan penggunaan kemudahan sukan boleh
didapati di pejabat Unit Kemudahan Sukan, Jabatan Korporat.
ii. Borang tempahan perlulah dihantar kepada pegawai bertugas
di Jabatan Korporat untuk mendapat kelulusan tempahan
iii. Borang kelulusan tempahan akan diserahkan kepada
penggunaan pada hari tempahan atau sehari sebelum
penggunaan bergantung kepada kekosongan kemudahan
yang ingin digunakan.
iv. Pengguna perlulah membawa keratan borang kebenaran/
kelulusan semasa penggunaan kemudahan tersebut sebagai
pengesahan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 7
7.2 PenggunaanSurat.
i. Permohonan menggunakan kemudahan sukan MPK perlulah
dibuat kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang
secara rasmi selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh
penggunaan tersebut.
ii. Surat tempahan akan diserahkan kepada pegawai yang
bertanggungjawab untuk mengesahkan kemudahan tersebut
sama ada boleh digunakan atau tidak.
iii. Pihak pengurusan sukan Majlis Perbandaran Klang akan
membalas surat pengesahan penggunaan tempahan
kemudahan kepada pihak yang berkenaan selewat-lewatnya 3
hari sebelum penggunaan.
iv. Setelah mendapat kelulusan penggunaan dari pihak Unit
Sukan pengguna perlulah hadir membuat pembayaran (bagi
pengguna luar) dan perbincangan dengan pihak pengurusan
Unit Sukan sebelum penggunaan.
v. Pengguna perlulah membawa surat kebenaran/ kelulusan
semasa penggunaan kemudahan tersebut sebagai
pengesahan
7.3 Kaedah Permohonan.
i. Datang sendiri ke MPK mengisi borang permohonan
tempahan
ii. Melalui email unit tempahan kemudahan Sukan.
iii. Melalui surat yang dialamatkan kebahagian kemudahan
Sukan.
iv. Berjumpa terus dengan Pegawai yang menjaga bahagian
kemudahan sukan (En. Ali Alhamidi dan En. Abd Rani)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 8
7.4 Tujuan Kegunaan Dan Kadar Bayaran
Kemudahan Kolam Renang
i. Tempahan berkumpulan tertakluk kepada peraturan tambahan
seperti berikut:
ii. Kelulusan tempahan bergantung kepada kekosongan dan
pembayaran penuh sebelum guna dan pematuhan syarat
penggunaan
iii. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua minggu
sebelum tarikh guna secara bertulis atau dengan
menggunakanborang yang disediakan.
iv. Tempahan dari agensi kerajaan boleh dibuat dengan
menggunakan surat rasmi atau pesanan tempatan masing-
masing.
v. Pembayaran bagi tempahan berkumpulan boleh dibuat di
kaunter atau mana-mana tempat / kaedah bayaran yang
diluluskan oleh Majlis Perbandaran Klang. Resit bayaran
hendaklah ditunjukan sebagai bukti bayaran semasa
memasuki kemudahan sukan.
vi. Sebarang perubahan masa atau tarikh penggunaan hendaklah
dibuat tidak kurang dari 3 hari sebelum tarikh guna asal.
Stadium Hoki AstroTurf
i. Tempahan dan bayaran bagi Stadium Hoki adalah berbeza-
beza mengikut waktu dan pengguna.
ii. Contoh bayaran pengguna Stadium Hoki Astrotuft adalah
seperti dilampiran 2
8.0 CARTA ALIRAN SISTEM KERJA
8.1 Carta aliran dan sistem kerja bagi unit kemudahan Sukan Majis
Perbandaran Klang meliputi permohonan penggunaan dan kelulusan
dari pihak majlis, dan tindakan-tindakan yang akan diambil dalam
proses permohonan yang dimohon.
8.2 Carta aliran sistem kerja seperti di Lampiran 3.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 9
9.0 PENUTUP
Prosedur manual tempahan kemudahan sukan ini dirangka untuk
memastikan segala tempahan yang dilakukan oleh pengguna kemudahan
sukan berjalan lancar dan tersusun. Diharap prosedur ini akan diguna pakai
oleh unit tempahan kemudahan sukan dan dijadikan rujukan oleh pekerja-
pekerja yang menjaga kemudahan Sukan tersebut.
Kemudahan atau fasiliti yang lengkap dan terselenggara dengan baik dapat
melambangkan status Bandaraya yang berkuali tinggi seperti yang telah
banyak diamalkan oleh banyak bandaraya berstatus tinggi lainnya di serata
dunia.
Kesungguhan untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status
bandaraya kita perolehi maka kita sudah benar-benar bersedia dan mampu
mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasil kerja dan
penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan
MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya.
10.0 LAMPIRAN
Lampiran 1 : Carta Organisasi Jabatan Belia Dan Sukan Mpk
Lampiran 2 : Carta Aliran/ Sistem Kerja
Lampiran 3 : Kadar BayaranTempahan Padang Hoki Astroturf
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 10
LAMPIRAN 1
CARTA BAHAGIAN/ UNIT KEMUDAHAN SUKAN MPK
En.Dawari Bin Daud Pengarah Korporat
En.Ahmad Fahim Bin Rosli
Timbalan Pengarah Korporat
Abd Rani Bin Nasir Pembantu Tadbir Kanan
Ali Alhamidi Bin Mohd Ayob Pembantu Tadbir
Muhammad Asil Syafiq Bin Sehrifodin
Pembantu Am Pejabat
Mohd faizal bin ramli Pembantu am pejabat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 11
LAMPIRAN 2
CARTA ALIRAN/ SISTEM KERJA
Terima Permohonan
Kelulusan Dari Pegawai
Berkenaan
Batal Lulus
Mengesahkan Permohonan
Hadir Membuat Pembayaran
(Bagi Pengguna Luar)
Membawa Surat
Kebenaran/Kelulusan Semasa
Penggunaan Kemudahan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 145 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Kemudahan Sukan 12
LAMPIRAN 3
KADAR BAYARAN TEMPAHAN PADANG HOKI ASTROTURF
SEKOLAH
Permainan Biasa (2jam)
-
-
RM 30.00 (Pg-Ptg)
RM 250.00 (Mlm)
PERTANDINGAN
Cagaran Kebersihan
Sewa Padang
Bayaran Sampah
-
-
-
RM 150.00
RM100.00
RM100.00
AGENSI KERAJAAN/ SWASTA
Permainan Biasa (2jam)
-
-
RM50.00 (Pg-Ptg)
RM250.00 (Mlm)
PERTANDINGAN
Cagaran Kebersihan
Sewa Padang
Bayaran Sampah
-
-
-
RM 150.00
RM 250.0
RM100.00