mak yong - kerja kursus
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Mak Yong merupakan satu tarian melayu tradisional yang
dikategorikan dalam kumpulan drama tari/seni lakon. Persembahan Mak
Yong menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan,
muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal
dan bersahaja. Tarian Mak Yong biasanya dipertontonkan terutamanya di
Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau-
Indonesia.
Terdapat beberapa tujuan Mak Yong dipersembahkan. Salah satu
tujuannya adalah untuk hiburan. Pada zaman kini, Mak Yong biasanya
dipersembahkan untuk tujuan persembahan dan hiburan kepada penonton
sahaja. Selain itu, di sesetengah kawasan, Mak Yong juga dijadikan sebagai
satu teknik perubatan tradisional (musictherapy). Mak Yong selalu dikaitkan
dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk
melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Mak Yong juga
dipersembahkan dalam upacara senbah guru di mana guru mak yong akan
menyerahkan kuasanya kepada anak muridnya untuk mewarisi pangkatnya
sebagai guru Mak Yong. selepas upacara sembah guru dilakukan, semua
kerja mengajar Mak Yong akan diwarisi oleh anak murid tersebut dan guru
tersebut tidak boleh lagi bergiat atau melibatkan diri dalam bidang Mak Yong.
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap
Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Dalam persembahan tradisi
di kampung, ia dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa.
Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan
bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan
tetawak.
Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan
cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak.
SEJARAH MAK YONG
Mak Yong dipercayai telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Oleh
kerana ia diwarisi secara lisan di kalangan kampung, usia sebenar Mak Yong
tidak dapat dikenal pasti. Namun, ia dipercayai telah wujud lebih daripada 800
tahun. Menurut Hikayat Patani, Mak Yong telah dibawa ke Kelantan lebih dari
200 tahun dahulu. Dari situ, ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.
Mak Yong telah dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah
naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dahulu semasa di Patani,
Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia
sering dipertontonkan dikalangan orang biasa. Namun, pada awal abad ke-
20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kempung tanpa
naungan istana. Ini adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah
mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja. Ini telah menyebabkan
kemerosotan mutu persembahan Mak Yong.
Terdapat beberapa sejarah yang berlainan tentang asal usul Mak Yong
dan bagaimana wujudnya Mak Yong.
Sejarah 1
Lagenda biasanya mengaitkan tarian Mak Yong ini dengan semangat
padi yang digelar Mak Hiang. Pada ketika itu, ia ditonton oleh semua lapisan
masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian
dan merawat penyakit. Pada zaman dulu, tarian ini dipersembahkan sebaik
sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Inilah
salah satu asal usul datangnya Mak Yong.
Sejarah 2
Ada juga yang mengatakan bahawa Mak Yong berasal dari kisah 2
orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Pada masa
menjaga lembunya, mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas
pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting,
lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke
bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan Mak Yong.
Sejarah 3
Menurut Kak Asma dari ASWARA, Mak Yong berasal dari tiga beranak.
Pada suatu hari, tiga beranak ini jatuh sakit. Mereka mempunyai seorang ibu
yang amat sayang dengan mereka. Oleh itu, ibu mereka telah mencari
pelbagai ikhtiar untuk menyelamatkan anak mereka supaya sembuh daripada
penyakit mereka. Namun, sebanyak-banyak alternatif yang dicarinya, tidak
ada satu pun alternatif yang boleh menyembuhkan penyakit anak-anaknya.
Oleh itu, pada suatu hari, tiba-tiba terlintas di hatinya dan terlucut di mulutnya
mengatakan bahawa "kalau anak aku sembuh seperti biasa, aku nak main
Mak Yong". Bagaimanakah dia boleh tercakap ayt ini sedangkan pada masa
itu, dia tidak tahu apa-apa pun mengenai Mak Yong dan Mak Yong tidak
wujud pun di dunia ini pada ketika itu? Inilah perkara ajaib. Tidak lama
selepas dia terlepas ayat tersebut, anak-anaknya pun telah sembuh daripada
penyakit ganjil mereka itu. Pada ketika ini, oleh sebab ibu tersebut telah
terlepas cakap, dia terpaksa laksanakan dan wujudkan juga Mak Yong
tersebut. Dengan itu, dia pun mewujudkan dan mencipta lagu-lagu dan seni
kata Mak Yung melalui pandangan alam sekeliling yang semula jadi.
Sebenarnya perkataan Mak bermaksud "ibu" dan "Yong" berasal dari
perkataan "ayong" yang bermaksud buai dalam bahasa Kelantan.
Kejatuhan Mak Yong
Zaman kejatuhan Mak Yong bermula apabila nilai moral penari-penari
mula merosot. Terdapat banyak kisah sumbang di antara penari-penari Mak
Yong dengan penonton. Selain tiu, penceraian di kalangan suami isteri dan
anak-anak Mak Yong merupakan suatu perkara biasa. Oleh itu, pandangan
masyarakat terhadap penari-penari mak yong mula merosot dan mereka mula
hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Selain itu, kemasukan pengaruh
budaya-budaya Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong.
Ini kerana masyarakat menjadi lebih berminat dengan permainan-permainan
Barat tersebut.
Kehidupan Semula Mak Yong
Setelah zaman kejatuhan Mak Yong, Mak Yong telah berjaya
dihidupkan semula oleh Kumpulan Seri Temenggung di Kota Bharu di bawah
pimpinan Cik Khatijah Awang. Kumpulan ini telah memulakan satu fasa baru
dalam sejarah Mak Yong. Penubuhan kumpulan-kumpulan teater kampung
Temenggung menyebabkan Mak Yong mula menarik perhatian orang ramai
di kampung-kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
JENIS MAK YONG
Terdapat 7 jenis persembahan Mak Yong yang pernah wujud. Setiap jenis
persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di
antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
§ Mak Yong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah
wilayah di selatan Thailand yang dahulunya
merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
§ Mak Yong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut,
Terengganu, Malaysia.
§ Mak Yong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
§ Mak Yong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun
(Thailand).
§ Mak Yong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
§ Mak Yong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
§ Mak Yong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.
Terdapat 3 jenis Mak Yong yang terkenal di Malaysia, iaitu:
§ Mak Yong Kelantan
§ Mak Yong Kedah
§ Mak Yong Laut
PERBEZAAN ANTARA MAK YONG KELANTAN, MAK YONG KEDAH,
MAK YONG LAUT
Mak Yong pada masa dahulu dipersembahkan pada masa yang tertentu
umpamanya, sebagai tanda kesyukuran selepas musim menuai,
memeriahkan keramaian perkahwinan atau pesta budaya yang diadakan
untuk merayakan hari keputeraan sultan atau hari Kebangsaan.Tetapi
sekarang ia tidak lagi dipersembahkan untuk pemujaan, hanya unsur-unsur
persembahannya digunakan dalam upacara main puteri iaitu upacara
mengubati pesakit dengan pertolongan semangat-semangat tertentu. Mak
Yong kelantan ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu,
Malaysia. Ianya menggambarkan sebilangan unsur-unsur istana dalam
bahasa, muzik dan tarian.
Muzik yang merupakan unsur integral dalam persembahan makyung
disediakan oleh sebuah kumpulan mengandungi enam alat muzik seperti
yang berikut:
I. Sebuah rebab
II. Sebatang serunai
III. Sepasang gendang anak dan ibu
IV. Sepasang tetawak (gong) anak dan ibu
Mak Yong mempunyai jumlah bilangan (repertoire) lagu yang besar iaitu
lebih kurang 30 buah lagu yang masih digunakan.Mak Yong Kedah ditemui di
negeri Kedah, Malaysia. Mak Yong Kedah telah pupus semenjah 20 tahun
yang lalu. Semasa usianya, ia memperlihatkan perbezaan antara Mak Yong
Kelantan yang bercirikan istana manakala Mak Yong Kedah bercirikan folk.
Ensemble muzik makyung Kedah mengandungi alat-alat seperti yang berikut:
I. Sebuah rebab
II. Sepasang gendang anak dan ibu
III. Sepasang tetawak (gong) anak dan ibu
IV. Sebelas pasang cerik
Berbanding dengan Makyung Kelantan, jumlah bilangan lagu Makyung
Kedatr kecil hanya mengandungi Sembilan buah lagu iaitu lagu Buka
Panggung atau lagu Buka Bangsal, Pikir, Sedayung Peran" Sedayung
Lambat, Sedayung Laju, Saudara dan Cik Sapa. Di antaralagu-lagu ini,lagu
Sedayung Laju, Cik Sapa, Sedayung Lambat, Blai-blai Berjalan, Tari Mabuk
dan Pikir kerap dimainkan untuk memenuhi pelbagai keperluan.
Mak Yong Laut ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun
(Thailand). Mak Yong adalah satu lagi bentuk seni persembahan tradisi utara
Semenanjung Malaysia. Ketika ini, hanya kumpulan Seri Kenangan Sungai
Baru, Perlis sahaja yang masih aktif. Makyung laut yang dipercayai berasal
dari Setoi, negara Thai dibawa oleh Tuk Mat Buaya ke Kampung Buah Ibu
dan disini dia menubuhkan kumpulan pertama yang mengandungi enam
orang pemain, termasuk dirinya sebagai ketua.Persembahan ini merupakan
sebuah sketsa komik yang menggabungkan unsure-unsurmuzik, tari dan
dialog untuk menyampaikan cerita tentang kisah Cik Duit Cik Dollah Seperti
bentuk persembahan tradisi yang lain, muzik menyediakan fungsi structural
dan dramatik. Sebagai memenuhi fungsi dramatik, muzik digunakan sebagai
pendedahan menyatakan kejadian serta pelbagai emosi melalui lirik lagu
Fungsi strukturalnya diperlihatkan sebagai menandakan adegan selain
mengiringi tarian dan nyanyian".
Repertoire muzik makyung laut mengandungi 12 lagu yang digunakan
dalam persembahan mengikut keperluan aksi dramatik. Lagu-lagunya ialah
lagu Makyung Laut, Bangkit Sama, Siput Kabung, Canggung,Ting Roi,
Sayang-sayang, Senandung, Sayang Bang-Oi, Ayam Didik, Cik Putih, Warna-
warna dan Cinta Hati.
Sebuah kumpulan muzik makyung laut mengandungi alat-alat seperti yang
berikut:
Dua buah rebana sederhana, anak dan ibu yang baluhnya diperbuat
daripada kayu nangka atau kayu merbau dan mukanya ditutupi dengan
kulit kambing.
Sebuah rebaira besar.
Sepasang gong anak dan ibu.
Sebuah violin yang menggantikan rebab apabila makyung laut dibawa
masuk ke Perlis.
Empat pasang cerik yang setiap satu satu kaki panjang dan tiga inci
lebar
ALAT MUZIK MAK YONG
Muzik adalah begitu penting dalam persembahan Mak Yong. Tanpa
muzik, maka sesuatu tarian ibarat tidak mempunyai nyawa. Maka, dalam
persembahan Mak Yong, muzik adalah begitu pentingnya. Alat muzik utama
yang dimainkan dalam persembahan Mak Yong adalah rebab tiga tali,
sepasang gendang, dan sepasang tetawak. Namun, terdapat alat tambahan
juga dimainkan dalam muzik Mak Yong untuk menambahkan kesedapan
alunan melodinya. Antara alat-alat tersebut adalah canang, kesi, serunai.
Rebab merupakan alat yang paling penting dalam muzik Mak Yong.
Rebab mempunyai 3 bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka.
Tempurung muka dibuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutupi
dengan kulit lembu. Terdapat susu pada muka di penjuru kiri. Fungsinya
adalah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. Masa dahulu,
tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian menggunakan
benang kasar. Sekarang pula mengunakan tali gitar, tali gambus atau tali
biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi.
Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah
pemain rebab dan juga dikenali sebagai Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan
juga "pemimpin" kumpulan muzik itu. Beliau memulakan semua lagu
sepanjang 8 hingga 16 bar dan selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara
penyanyi solo dan korus.
Beliau juga memberi isyarat memulakan lagu, menukar rentak dan hal-
hal lain mengenai aspek muzik. Tok minduk dan ahli muzik lain menghafal
kesemua lagu-lagu Mak Yong. Ia juga menjalankan istiadat buka panggung.
Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dan tok minduk duduk
mengarah barat.
Unsur nyanyian dalam Mak Yong diselenggarakan oleh kesemua
pelakon dan juga ahli-ahli muzik. Pelakon utama akan mula menyanyi empat
atau lapan bar selepas pendahuluan dilakukan oleh tok minduk. Rangkap ini
akan dinyanyikan semula oleh korus dan juga ahli-ahli muzik. Biasanya
melodi pendek akan digunakan berkali-kali.
Gong atau tetawak turut memainkan peranan yang penting. Gong ibu
adalah lebih besar dari gong anak yang diperbuat dari tembaga. Bunyian
gong ibu lebih rendah dari bunyian gong anak. Kedua-dua digantung dan
dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul
diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya
diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah
Gong besar akan berbunyi pada setiap bit terakhir sesuatu lagu manakala
gong anak akan menentukan bit-bit tertentu. Pic gong yang menentukan form
dalam muzik Mak Yong.
Gendang anak dan gendang ibu diperbuat dari kayu nangka dan muka
gendang ditutupi dengan kulit lembu dan kulit kambing. Pemukulnya
diperbuat dari rotan dan kayu. Gendang digunakan untuk mengawal tempo
sesuatu lagu.
Canang merupakan suatu alat tambahan dalam muzik Mak Yong.
Terdapat canang ibu dan canang anak. Perbezaaan canang boleh didengar
melalui bunyi. Jika bunyinya adalah kuat maka itu adalah canang ibu dan
sebaliknya. Canang digunakan untuk mengawal bit sesuatu lagu.
Kesi juga merupakan alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat
dua bahagian pada kesi iaitu empat piring dan dua kicah dan diperbuat dari
besi ataupun tembaga. Suara yang dihasilkan oleh kesi adalah memecah dan
gemersik.
Serunai juga merupakan alat muzik dalam Mak Yong. Serunai terdiri
daripada empat bahagian iaitu pipit, mali, batang dan copong. Terdapat
serunai diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit dan ada bahagian
tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat
pipit dan mali pula diperbuat dari tembaga atau perak.
MUZIK MAK YONG
Repertoire muzik Mak Yong terdiri daripada lagu-lagu paluan dan lagu-
lagu nyanyian. Lagu - lagu paluan dimainkan untuk beberapa kegiatan
tertentu, termasuk lagu yang bertajuk Pak Yong Turun untuk mengiringi
pelakon-pelakon ke atas panggung pada permulaan persembahan, lagu Barat
yang biasanya perjalanan dalam cerita, dan lagu yang bertajuk Sang atau
Penyudah untuk menyudahi sesuatu persembahan. Walau bagaimanapun,
kebanyakkan muzik Mak Yong adalah muzik vokal yang dimainkan dengan
tujuan tertentu berasas kepada keadaan cerita tertentu.
Pada permulaan persembahan dramatari Mak Yong, lagu (serta tarian)
yang sangat penting ialah lagu yang bertajuk Menghadap Rebab apabila
semua pelakon member hormat kepada alat muzik rebab. Lagu khas ini
memberi aspek ritual yang penting kepada pelakon-pelakon dan pemain-
pemain muzik dalam rombongan Mak Yong. Tetapi dalam konteks cerita, lagu
yang bertajuk Ela dinyanyikan untuk menyampaikan berita, manakala lagu
Mengulit Raja Nak Tidur dimainkan untuk masa tidur atau untuk
membangkitkan perasaan yang halus.
Untuk keadaan sedih lagu Jembar atau Mengambul biasanya
dimainkan, manakala untuk kegiatan berjalan lagu yang sesuai ialah Timang
Welu dan Kijang Emas. Lagu-lagu yang bertajuk Sedayung Mak Yong dan
Sedayung Pakyung kerapkali digunakan untuk berbagai tujuan. Adalah
dipercayai bahawa lagu Sedayung Pakyung dikaitkan dengan kuasa yang
luar biasa terutama kuasa yang bersifat sakti dan lagu ini digunakan
khususnya untuk mengubah atau menjelma rupa atau bentuk watak atau
sesuatu yang lain dalam cerita.
PERANAN SENI LAKON DALAM MASYARAKAT
Sesungguhnya seni lakon boleh mendatangkan faedah yang banyak
kepada manusia kerana ia mempunyai pengaruh yang tinggi dan kedan yang
mendalam kepada masyarakat. Seni lakon boleh di manfaantkan mengikut
kehendak mereka menjayakannya. Pelbagai faedah boleh di dapati sekiranya
itu dijadikan matlamat kepada mereka yang terlibat dengan sesuatu bentuk
seni lakon yang di hasilkan. Antara peranan dan matlamat yang boleh
didapati ialah:
Pengkisahan sejarah dengan penghayatan yang tinggi kerana
dipersembahkan seolah-olah sedang berlaku
Perantaraan untuk memberikan ketenangan yang lebih jelas
Salah satu bentuk rekreasi bagi melapangkan pemikiran dan
menghiburkan untuk mengembalikan kecerdasan minda dan emosi
Menganalisis masalah masyarakat dan mencari penyelesaian
Membina kemampuan penonton untuk memberi kritikan dan
pandangan.
Menimbulkan kesedaran dalam diri penonton
Perantaraan pendidikan khususnya di sekolah-sekolah
Membantu perubahan sosial yang positif
Menjelaskan balasan baik bagi kebaikan dan balasan buruk bagi setiap
keburukan (Suhaina Haji Mat Ludin, 2006:35)
AHLI KUMPULAN MUZIK MAK YONG
Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah
pemain rebab dan juga dikenali sebagai Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan
juga "pemimpin" kumpulan muzik itu. Beliau memulakan semua lagu
sepanjang 8 hingga 16 bar dan selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara
penyanyi solo dan korus.
Unsur nyanyian dalam Mak Yong diselenggarakan oleh kesemua
pelakon dan juga ahli-ahli muzik. Pelakon utama akan mula menyanyi empat
atau lapan bar selepas pendahuluan dilakukan oleh tok minduk. Rangkap ini
akan dinyanyikan semula oleh korus dan juga ahli-ahli muzik. Biasanya
melodi pendek akan digunakan berkali-kali.
Beliau juga memberi isyarat memulakan lagu, menukar rentak dan hal-
hal lain mengenai aspek muzik. Tok minduk dan ahli muzik lain menghafal
kesemua lagu-lagu Mak Yong. Ia juga menjalankan istiadat buka panggung.
Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dan tok minduk duduk
mengarah barat.
Gong atau tetawak turut memainkan peranan yang penting. Gong ibu
adalah lebih besar dari gong anak yang diperbuat dari tembaga. Bunyian
gong ibu lebih rendah dari bunyian gong anak. Kedua-dua digantung dan
dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul
diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya
diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah
Gong besar akan berbunyi pada setiap bit terakhir sesuatu lagu manakala
gong anak akan menentukan bit-bit tertentu. Pic gong yang menentukan form
dalam muzik Mak Yong.
Gendang anak dan gendang ibu diperbuat dari kayu nangka dan muka
gendang ditutupi dengan kulit lembu dan kulit kambing. Pemukulnya
diperbuat dari rotan dan kayu. Gendang digunakan untuk mengawal tempo
sesuatu lagu.
Kesi juga merupakan alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat
dua bahagian pada kesi iaitu empat piring dan dua kicah dan diperbuat dari
besi ataupun tembaga. Suara yang dihasilkan oleh kesi adalah memecah dan
gemersik.
Canang merupakan suatu alat tambahan dalam muzik Mak Yong.
Terdapat canang ibu dan canang anak. Perbezaaan canang boleh didengar
melalui bunyi. Jika bunyinya adalah kuat maka itu adalah canang ibu dan
sebaliknya. Canang digunakan untuk mengawal bit sesuatu lagu.
MUZIK DAN PERALATAN
Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan
mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:
Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan
makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian
penonton-penonton.
Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang
menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya
suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh
watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.
Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.
Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan
adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik
dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan
dengan dialog-dialog.
PERALATAN MUZIK
Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu
digunakan adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak,
sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak
iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi.
Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik
tidaklah sepenuhnya digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab,
sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang gong juga ibu dan anak,
sebatang serunai dan canang.
Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain
rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga
pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu sepanjang lapan
hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong,
suara penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya
memulakan lagu, menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam
aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di
suatu sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari
jatuh.
ALAT-ALAT PEMBUKAAN PANGGUNG
Dalam acara ini, alat-alat yang mesti disediakan adalah beras kunyit,
pulut kuning atau nasi kunyit, tempat kemenyannya, sebiji telor dadar, bertih,
bunga melor, pisang lemak manis, secawan air dan sebidang tikar.
RUJUKAN
BUKU RUJUKAN:
Tradisi Klasik Rakyat dan Sinkretik, Patricia Matursky dan Tan Sooi Beng,
m.s 29
LAMAN WEB:
http://smp2252makyong-2010.blogspot.com/?zx=e99c5079ff82e2f4
Kumpulan Makyong at 5:44 PM Thursday, September 30, 2010
http://nurimankamilah.blogspot.com/2008/08/seni-lakon.html NuR ImAn
KaMiLaH at 8/05/2008 07:31:00 PTG
http://muziknori.blogspot.com/2007/03/makyong.html norizan.hj.johan at
Monday, March 19, 2007 6:41 PM
LAMPIRAN
Tradisi Klasik Rakyat dan Sinkretik, Patricia Matursky dan Tan Sooi Beng,
m.s 29
http://smp2252makyong-2010.blogspot.com/?zx=e99c5079ff82e2f4
Kumpulan Makyong at 5:44 PM Thursday, September 30, 2010
http://nurimankamilah.blogspot.com/2008/08/seni-lakon.html NuR ImAn
KaMiLaH at 8/05/2008 07:31:00 PTG
http://muziknori.blogspot.com/2007/03/makyong.html norizan.hj.johan at
Monday, March 19, 2007 6:41 PM