maklumat drama menora

25
http://themenora.blogspot.com/2010/08/sejarah.html (DRAMA MENORA) SEJARAH Menurut En Hj. Tharuwat, menora adalah berasal daripada Narathiwat suatu ketika dahulu merupakan sebahagian Kelantan. Apabila kerajaan Siam menguasai kawasan tersebut, Narathiwat telah terpisah dari Kelantan. Akan tetapi, menora masih lagi wujud dan ianya tidak terpisah dek kerana berlainan jajahan. Menurut beliau juga, menora adalah hak milik kita, warisan budaya kita yang harus dipertahankan kewujudannya dan dipelihara dari hilang ditelan zaman. Menurut sumber lain, menora adalah berasal daripada Thailand. Tapi permainan ini begitu popular di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Mengikut keterangan Su Choon, seorang guru menora, asal menora adalah daripada kerajaan Legor yang merangkumi kawasan Selatan Siam dan Utara Tanah Melayu. Legor telah berada sejak tahun TM400 dan hilang apabila orang-orang Utara menguasainya dalam tahun 1250, tetapi menora masih bernafas hingga kini. klik di sini Menora boleh mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu. Menora adalah sejenis drama tari. Sama seperti Makyung, Mekmulung, Jikey dan lain- lain. Drama tari adalah bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dan tarian. Selain itu, menora juga banyak dipengaruhi oleh elemen buddha. Ini adalah kerana menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil buddha. Persembahan menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk keagaamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan hanya untuk persembahan. Di dalam persembahan menora ini, ada pelbagai kisah yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah. Setiap drama tari seperti ini tidak dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya dinamakan PERAN.

Upload: aldzarfiq-roslan

Post on 02-Jul-2015

582 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Maklumat Drama Menora

http://themenora.blogspot.com/2010/08/sejarah.html (DRAMA MENORA)

SEJARAH

Menurut En Hj. Tharuwat, menora adalah berasal daripada Narathiwat suatu ketika dahulu merupakan sebahagian Kelantan. Apabila kerajaan Siam menguasai kawasan tersebut, Narathiwat telah terpisah dari Kelantan. Akan tetapi, menora masih lagi wujud dan ianya tidak terpisah dek kerana berlainan jajahan. Menurut beliau juga, menora adalah hak milik kita, warisan budaya kita yang harus dipertahankan kewujudannya dan dipelihara dari hilang ditelan zaman.

Menurut sumber lain, menora adalah berasal daripada Thailand. Tapi permainan ini begitu popular di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Mengikut keterangan Su Choon, seorang guru menora, asal menora adalah daripada kerajaan Legor yang merangkumi kawasan Selatan Siam dan Utara Tanah Melayu. Legor telah berada sejak tahun TM400 dan hilang apabila orang-orang Utara menguasainya dalam tahun 1250, tetapi menora masih bernafas hingga kini. klik di sini Menora boleh mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu. Menora adalah sejenis drama tari. Sama seperti Makyung, Mekmulung, Jikey dan lain-lain. Drama tari adalah bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dan tarian. Selain itu, menora juga banyak dipengaruhi oleh elemen buddha. Ini adalah kerana menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil buddha.

Persembahan menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk keagaamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan hanya untuk persembahan. Di dalam persembahan menora ini, ada pelbagai kisah yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah. Setiap drama tari seperti ini tidak dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya dinamakan PERAN.

PENCERITAAN DAN WATAK

Menurut Sumber yang diperolehi dari Internet, terdapat tiga pendapat yang bercakap tentang penceritaan Menora. Pendapat pertama mengatakan Raja hanya mempunyai seorang puteri tetapi pendapat ketiga mengatakan Raja mempunyai seorang puteri dan seorang putera. Mereka juga memberikan pendapat yang berlainan iaitu bagaimana puteri kesyangan Raja mengandung dan telah dihalau keluar dari istana. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca dengan lebih teliti ‘Cerita asal-usul Tarian Menora dari Guru Menora di Songkhla’.

Page 2: Maklumat Drama Menora

Setelah kami menebual En Tharawat, dia juga memberikan pendapat yang berbeza tentang asal usul atau penceritaan Menora ini. Ini merupakan kisah yang diceritakan oleh Encik Tharawat kepada kami dari sumber yang diperolehinya.

                Pada suatu ketika dahulu terdapat seorang raja yang memerintah sebuah kerajaan di Thailand. Istananya terletak diantara Songkla atau Phatthalung. Raja tersebut mempunyai seorang anak tunggal iaitu Puteri Sri Mala. Puteri sangat suka bermain bersama kawan-kawanya semasa kecil. Dikatakan dia mempunyai ramai kawan semasa kecilnya kerana sifatnya yang peramah. Pada suatu hari, mereka bermain permainan baru dimana puteri akan duduk di atas sebuah kerusi dan kawan-kawan puteri dikehendaki memainkan muzik.

                Alatan yang digunakan pada ketika itu ialah tempurung kelapa, buluh, batu dan apa sahaja yang boleh menghaslkan bunyi. Semasa rakan-rakanya memainkan muzik, puteri akan menari sambil menyanyi. Mereka merasakan permainan itu sangat menyeronokkan sehingga mereka berjaya menghasilkan satu rentak muzik yang merdu. Pada suatu ketika, lalu sekumpulan pemuda bertanyakan apa nama permainan yang dimainkan oleh mereka. Puteri memberi jawapan kepada pemuda tersebut iaitu ‘ MENORA’. Di sini  bermulalah dimana permainan ini mula mendapat nama. Namun, dari hari ke sehari puteri leka dengan menari dan lupa pada tangguangjawab lain. Raja menegur puteri supaya melebihkan pelajaran kepada hal ehwal Negara. Raja mula murka apabila puteri tidak mengendahkan nasihat dan teguranya.

Puteri serta kawan-kawanya dihalau keluar dari istana dan dihanyutkan mengunakan rakit sehingga mereka akhirnya berlabuh di sebuah pulau bernama pulau Si Chang atau pulau Kew. Di pulau inilah penempatan mereka yang baru. Bermula di pulau ini juga, tarian Menora semakin menjadi-jadi di mainkan oleh mereka. Mereka akan bercucuk tanam di siang hari manakala pada sebelah malam pula Menora akan dimainkan. Puteri Sri Mala bermain Menora di pulau tersebut

Page 3: Maklumat Drama Menora

sehinggalah dia berkahwin dan melahirkan seorang putera yang diberi nama Thep Sing Horn. Puteri Sri Mala mula mendedahkan tarian Menora kepada anaknya sejak dari kecil lagi. Apabila puteranya meningkat dewasa, tarian ini dimainkan sepenuhnya oleh putera Thep dan Puteri Sri Mala hanya menjadi pemerhati sahaja.

            Pada suatu petang, Putera Thep  terlelap di bawah sebuah pohon ketika dia sedang berehat. Putera Thep bermimpi bahawa turunnya seorang Dewa dari kayangan lalu mengajarkannya tentang 12 kisah. Kisah ini hendaklah dimainkan bersama tarian Menora. Apabila Putera Thep tersedar dari mimpi, dia cuba mengingati apa yang diperolehi dari mimpi tersebut. Selesai mengingat kesemua kisah tersebut, Putera Thep pulang ke Rumah. Bermula dari itu, tarian ini mula diubah supaya dapat disesuaikan dengan kisah yang dimainkan.  Jika dulu, hanya Sri Mala yang menari dan menyanyi, tetapi di zaman Putera Thep dia memerlukan lebih dari lima orang untuk menghasilkan lakonan yang baik.

            Semenjak dari itu, tarian Menora mesti mempunyai satu atau lebih untuk menjadi Nang dan hendaklah mempunyai Tok Perang. Melalui perubahan yang dilakukan oleh Putera Thep, tarian Menoara ini menjadi teramat popular di pulau tersebut dan pulau bersebelahanya.  Tarian Menora ini terus menjadi bualan dari mulut ke mulut sehinggalah sampai kepada pengetahuan raja. Raja tersebut adalah ayah kepada Sri Mala dan juga datuk kepada Putera Thep. Raja teringin melihat sendiri tarian Menora itu lalu mengarahkan pembesarnya membawa tarian tersebut ke istana.

            Setelah dijemput untuk membuat persembahan di istana, putera Thep dan rombonganya bertolak ke istana kecuali Sri Mala. Setelah sampai di istana, raja tidak tahu yang akan mempersembahkan tarian tersebut adalah cucunya sendiri begitu juga dengan putera Thep. Setelah selesai melakukan persembahan, raja mula menanyakan di mana putera Thep mempelajari tarian tersebut. Putera Thep menceitaka tentang latar belakang keluarganya dan siapakah ibunya. Setelah raja mengetahui bahawa yang berada di hadapanya adalah cucunya sendiri, raja begitu gembira dan menyesal kerana menghalau Sri Mala keluar dari istana dahulu. Bagi menebus kesalahanya, raja membawa semula Puteri Sri Mala dan Putera Thep untuk tinggal bersamanya.

            Semasa tinggal di istana inilah persembahan dan tarian semakin menarik kerana kerana di beri pemberian raja iaitu mahkota, baju serta pakaian yang lebih menarik lagi. Tarian ini semakin diminati oleh masyarakat dan mula tersebar hingga ke seluruh Thailand. Ramai mereka yang telah berguru dengan Putera Thep antaranya ialah Si Lum Chei, Rean Thong, Khon Kew, Raja Prak Cit dan ramai lagi. Mereka inilah yang meneruskan lagi tarian Menora selepas Putera Thep.

            Menurut sumber ini juga, sejarah tentang kemasukan menorah ke Kelantan tidak dapat dipastikan siapakah orang pertama yang membawa masuk menora ke negeri itu. Ini kerana menora dibawa masuk ke Kelantan melalui dua jalan iaitu darat dan air. Menurut sumber juga, Salah seorang yang membawa masuk menora  ke negeri Kelantan dikenali sebagai Menora Chuai. Beliau membawa masuk tarian Menora ini melalui darat iaitu kampong Teresek yang terletak di Pasir Mas.

Page 4: Maklumat Drama Menora

 Dalam Menora terdapat tiga watak utama iaitu Perwira, Srikandi dan Tok Perang. Tok perang biasanya akan membawa dialog-dialog yang lucu. Kadang-kadang terdapat dua orang  tok perang di dalam persembahan menora ini. Jika dahulu, watak perempuan dibawa oleh lelaki berambut panjang, tapi kini watak perempuan dimainkan oleh perempuan. Namun begitu, di Thailand, tarian Menora ini dikatakan hanya dimainkan oleh wanita sahaja. Manakala di Kelantan dan Kedah, persembahan dimainkan oleh lelaki dan perempuan.

Menurut Encik Tharawat, dalam permainan Menora harus mempunyai Pak Sitong, Inang dan Perang. Watak-watak ini mungkin sama dengan watak-watak yang disebutkan tadi tetapi nama yang berbeza. Menurutnya lagi, Inang adalah watak dayang dan Perang pula adalah pengasuh dalam istana. Perang biasanya akan memakai Topeng dan membawa watak jenaka. Watak-watak yang dimainkan semasa persembahan Menora adalah mengikut cerita yang akan dipersembahkan.

Terdapat sumber mengatakan juga kebanyakan cerita-cerita Menora dipetik daripada kitab-kitab Mahabrata dan kesemuanya mempunyai 12 buah cerita asal. Pada hari ini kebanyakan cerita-cerita ini telang diubahsuai. Antaranya ialah:

·         Sangthong·         Khawi·         Laksanawong·         Chayachet·         Khun Chang Khun Pnaer·         Pura AphaiKraithong

BUSANA DAN PROPS    Seperti tarian-tarian asli yang lain, menora juga mempunyai pakaian atau busana tersendiri. Bagi pakaian untuk lelaki, mereka memakai baju lengan pendek dan berseluar panjang yang berwarna-warni dan di kepala terdapat kecopong atau dipanggil sebagai cha da. Selain itu,bagi penari lelaki mereka memakai skaf merah dan bertali pinggang yang juga disebut sebagai khem khat. Mereka juga berselendangkan kain yang mempunyai corak-corak. Selendang itu digantungkan pada bahu kanan dan kiri. Kain kuning dan hijau yang digantung di bahagian depan disebut panung dimana hujungnya menyentuhi lutut yang disebut hoi khang. Sehelai kain bercorak yang digantung pada pinggang di bahagian hadapan disebut hoi na. Mereka juga bersarung kaki dan mempunyai sepasang sayap bercorak yang diikat pada rusuk pinggang menghala ke belakang yang disebut "pa se bai." Lelaki juga mempunyai rantai dan bersarung kuku yang dipanggil canggai.

  

Page 5: Maklumat Drama Menora

Manakala, bagi pelakon perempuan pula ianya hampir sama dengan lelaki tetapi terdapat juga yang tidak memakai kecopong. Bagi pakaian seorang peran pula,peran menggunakan topeng dan berselendang yang dipanggil phakoma dan topeng berwatak jenaka. Berbeza dengan pelakon lelaki, pelakon wanita dan peran, ahli muzik boleh mengikut citarasa mereka sendiri kerana pakaian mereka adalah bebas.

   Asal kecopong melayu adalah semasa jajahan petani di thailand. Kecopong melayu mempunyai pom pom,berbentuk bulat,mempunyai telinga,mempunyai subang dan 16 pakaian lengkap. Manakala,menara kecopong siam pula tidak mempunyai pom pom, ianya bertingkat-tingkat dan tajam seperti pucuk rebung. Antara kelengkapan-kelengkapan lain bagi set pakaian menora ialah kuku atau canga,gelang tangan atau nobrat (diperbuat daripada perak),gelang tangan ( tamplai- dari tembaga),baju menora,sayap sadang (dibuat daripada manik ) yang diikat denagan belulang atau benang tanah yang dibuat bunga. Ianya dipakai di atas pinggang sebelah belakang dan terdapat juga tdung atau khap lang yang juga turut diperbuat daripada manik. Selain itu,ia juga menggunakan kain kecil warna warni atau dipanggil kain ikat leher.

  Berikut merupakan contoh-contoh alat kelengkapan bagi pelakon-pelakon menora:                                       

 1) baju menora

2.) kecopong melayu                                                                                                                                                                                                                                           

Page 6: Maklumat Drama Menora

                                                                                                                              

3.)kecopong siam    

     Jenis-jenis kecopong lain yang digunakan dalam persembahan tarian menora ialah:

Page 8: Maklumat Drama Menora

              

                                                             

                                                              4.)Topeng menora

Page 10: Maklumat Drama Menora

                                                               Rotan menora

  ADAT BUKA PANGGUNG

Page 11: Maklumat Drama Menora

  Sebuah panggung khas mesti didirikan atas tanah. Terdapat bahan yang perlu disediakan sebelum buka panggung iaitu colok,pulut kuning,darah,beras, sirih dan lain-lain.

  PENGERAS DALAM MENORA

  Perlu membayar RM 2.25 tetapi ianya juga bergantung kepada pemain.

    PANTANG LARANG DALAM MENORA

  Setiap permainan mempunyai pantang larang tertentu dan perlu dipatuhi oleh setiap penari. Sebagai contonhnya, topeng,kecopong dan lain-lain lagi perlu disimpan di tempat yang tertentu kerana dikhuatiri spirit akan menggangu pada persembahan seterusnya.

 BUSANA MENORA-ZAMAN SILAM

Page 12: Maklumat Drama Menora

                                

  BUSANA MENORA- ZAMAN MODEN                                                 

Page 14: Maklumat Drama Menora

  PERSEMBAHAN  

      Masa kini persembahan menorah telah diserapi oleh unsure-unsur moden ( pengaruh dari barat ) terutama dari segi pakaian,tema (romantik ) beserta iringan pancaragam ala barat dan

disulami dengan lawak jenaka. Walaupun berlaku transformasi di selatan Thailand tetapi banyak lagi kumpulan terawal ataupun kumpulan yang telah tua usianya masih

mempertahankan unsure-unsur tradisional yang wujud di surat, nakhon sithammarat, phattalung, songkla dan trang. Kumpulan menora yang dianggap paling berjaya hari ini ialah kumpulan yang masih mengekalkan unsure-unsur tarian tradisional dan “komik verse” seperti

luk thung dengan pemain-pemainnya yang terdiri daripada orang tempatan.

        Kini, persembahan menora lebih cenderung kepada urusan keagamaan iaitu persembahan yang diadakan sebagai satu upacara yang dianjurkan dan dibiayai oleh kuil-kuil untuk mengutip derma. Pada zaman dahulu orang kaya membiayai persembahan menora adalah untuk  majlis perkahwinan atau upacara pengkebumian tetapi dalam konteks baru persembahan menorah adalah bertujuan  membayar niat iaitu cara berterima kasih kepada semangat kerana mengkabulkan  sesuatu permintaan. Jika ini tidak dilaksanakan mereka percaya akan ditimpa malapetaka. tradisi ini masih berterusan dilaksanakan di Bangkok iaitu di lak muang yang terletak berhadapan dengan kuil Buddha emerald.

       Dalam kumpln menorah din suk dari naka,kedah, terdapat 12 orang anggota yang terdiri daripada 4 org pelakon di mana seorang daripadanya gadis dan 8 org pemain muzik. Mereka mengadakan persembahan menorah untuk menambahkan tabung kuil mereka. Selain daripada itu, menora dipersembahkan untuk menjaga semangat-semangat yang tertentu agar mereka sentiasa terselamat dari mara bahaya. Kadangkala menora juga dipersembahkan di pesta-pesta pada pukul 8 atau 9 malam hinggalah ke tengah malam atau subuh pagi esok. Ini bergantung kepada panjang  atau pendeknya cerita yang hendak dipersembahkan.

Sebeum memulakan persembahan,pemimpin kumpulan itu akan mengadakan upacara persembahan. Tujuannya untuk mendapatkan perlindungan keselamatan semasa mengadakan persembahan itu. Alatan yang digunakan semasa upacara ini ialah lilin dan pinang. Sambil membaca mentera,ia juga menyembah mahkota tinggi yang dipanggil “cha-da “ atau kecopong.selepas itu diikuti pula oleh watak utama yang akan bermain pada malam itu.

        Selepas sahaja upacara itu,muzik lagu pengenalan dimainkan. Alat-alat muzik yang menyertai muzik pengenalan itu ialah serunai,canang,geduk dan gedombak. Panjangnya permainan muzik ini ialah adalah lebih kuarang sepuluh minit. Berikutan dengan upacara itu diadakan pula upacara membaca mantera secara nyanyian di samping muzik dimainkan untuk

Page 15: Maklumat Drama Menora

mengiringinya. Sewaktu pembacaan ini,watak-watak utama yang akan mengambil bahangian akan bersiap-siap di belakang tirai. Di dalam upacara ini dinyanyikan juga sebahagian kecil cerita asal usulnya mendatari menora. Pemimpinnya akan mengetuai pembacaan mantera itu. Apabila pemimpin itu menyanyi setiap baris ianya diikuti oleh ahli-ahli yang lain sebagai chorus dan upacara ini memakan masa lebih kurang tiga puluh minit.

      Apabila tamatnya upacara mantera secara nyanian, persembahan menora yang sebenarnya dimulakan. Ianya dimulai dengan nyanyian tentang cerita yang akan dipersembahkan oleh pelakon lelaki dan diikuti oleh pelakon wanita yang berada di belakang tirai. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut dan muzik dimainkan mengiringi kedua-dua penyanyi itu. Selepas itu pelakon lelaki keluar perlahan- lahan tirai dan menggayakan tarian yang sama. Mereka keluar dan melakukan pelbagai tarian di tengah-tengah medan yang dikelilingi oleh pemain muzik. Pelbagai bentuk tarian digayakan dan selepas itu diadakan pula adegan yang berbentuk drama di mana pelawak yang dipanggil “phran” juga memainkan peranan penting disamping hero dan heroin.

         Dalam sesuatu persembahan menora, ketua kumpulan yang juga sebagai  tukang cerita akan memilih teks yang telah dihafalnya untuk diceritakan kepada penonton-penonton. Ini bergantunglah kepada pencerita itu sama ada cerita tersebut dipanjangkan atau dipendekkan. Biasanya setiap barisan teks dalam cerita yang dipilih akan dinyanyikan oleh ketua kumpulan sementara pemain alat bunyi-bunyian akan menyambung dengan irama dan alunan lagu. Dengan cara ini pemain alat muzik turut juga menghafal teks tersebut supaya selari dengan kata-kata yang diucapkan oleh ketua kumpulan. Persembahan berbentuk drama diselang selikan dengan nyanyian dari tarian hingga tamatnya cerita itu.

       Cara persembahn menora penting dalam usaha menarik minat penonton-penonton. Untuk menjadikan sesuatu persembahan itu sempurna dan lengkap, pemain-pemain atau penari akan menonjolkan diri seorang demi seorang menurut giliran masing-masing. Biasanya seorang penari yang baru atau yang termuda  ataupun ahli yang tidak berpengalaman dalam kumpulan itu akan mempersembahkan sebuah tarian atau nyanyian menorah secara solo. Dalam sesuatu persembahan itu pelawak atau dipanggil peran juga berperanan penting dengan cuma memakai phakoma dan topeng berwatak jenaka. Salah satu kumpulan menora yang berjaya mengadakan persembahan yang menarik dan dianggap paling baik ialah kumpln Nora Toem di Thailand.

            Permainan menora di Kelantan dimainkan dalam bentuk bulatan yang biasanya diadakan sama ada di pentas yang rendah  atau  atas tikar yang dibentangkan di atas tanah. Persembahan secara ini membolehkan penonton-penonton duduk atau berdiri dari tiga sudut atau empat. Di samping itu sebuah bilik khas yang beratap yang terletak di bahagian belakang pentas digunakan sebagai bilik persalinan.

Page 16: Maklumat Drama Menora

         Pengaruh bahasa thai jelas menampakkan kepada kita dengan kewujudan perkataan seperti “rong khru”, “choen khru” dan "song khru" dalam persembahan menora di Kelantan. Biasanya lagu-lagu menora dinyanyikan dengan menggunakan senikata thai tetapi dialog atau kata-kata dituturkan adalah sama ada menggunakan bahasa thai atau bahasa melayu bergantung kepada penonton-penonton pada ketika itu.

Pelakon utama dalam menora Kelantan yang memegang watak hero dikenali sebagai pak si tong atau pasiton. Nama ini jelas menunjukkan adaptasi daripada perkataan thai phra suthon iaitu daripada cerita menora klasik. Permainan menora memang terkenal dan mendapat tempat di kalangan keluarga diraja Kelantan, di samping Mak Yung. Kedua-dua permainan ini selalunya diadakan serentak pada setiap upacara atau perayaan di istana. Kumpulan menora di Kelantan kadangkala mempersembahkan cerita-cerita Mak Yung yang terkenal dan sering kali pula pelakon-pelakon wanita mak yung memasukkan bahagian daripada episod cerita menorah dalam persembahan Mak Yung. Sebenarnya tari drama ini memang berbeza terutamanya dari segi cerita,muzik,pakaian pelakon-pelakon dan juga tempat persembahan. Menurut mubin Sheppard, ada 12 cerita klasik yang terkenal yang dimasukkan dalam persembahan menora Kelantan. Cerita-cerita romantic  ini telah dihafal oleh pemain-pemain menora.

        Permainan menora bukan sahaja terkenal di negeri Kelantan tetapi juga wujud di kedah. Salah satu kumpln menora yang termasyhur dan tidak asing lagi di kalangan orang-orang thai di negeri kedah ialah tahi wat Buddha naka, di daerah padang terap,kedah. Kumpulan menorah ini telah ditubuhkan sejak tiga puluh tahun yang lalu dan pemain-pemainnya terdiri daripada 25 org iaitu 10 org wanita dan 15 orang lelaki kumpulan menorah ini bergiat sehingga  sekarang dengan mengadakan pertunjukan-pertunjukan di tempat-tempat keramaian seperti di perayaan tan bun (bercorak keagamaan Buddha ) dan kadangkala diadakan di rumah-rumah untuk tujuan perubatan.

        Kumpulan menora ini juga pernah menerima undangan untuk mengadakan persembahan di tempat-tempat terkemuka seperti di pesta kedah dan perayaan menyambut hari kelahiran Duli Yang Mulia Sultan Kedah. Akhir-akhir ini kumpuln menora thai naka telah melalui satu perubahan iaitu penggunaan bahasa melayu dalam nyanyian dan lakonan keseluruhannya. Sebuah lagi kumpulan menora telah wujud di baling,kedah yang bernama Ah seng. Kumpualan menora ini telah diubahsuai terutama dari segi penggunaan bahasa. Mereka telah menggunakan bahasa campuran di antara bahasa melayu,tamil dan dialek hokkien supaya dapat difahami dan dihayati oleh para penontonnya.

ALAT MUZIK

Page 17: Maklumat Drama Menora

Sebuah kumpulan menora terdapat 12 orang anggota iaitu 4 orang pelakon seorang gadis dan 8 orang pemain muzik. Di dalam persembahan menora terdapat muziknya yang mengiringi persembahannya. Sudah pasti jika ada persembahan, mestilah ada lagunya. Begitu juga dengan menora. Bagi mereka, bermain menora bukanlah pekerjaan yang tetap tapi sambilan sahaja.

Terdapat 6 jenis alat muzik yang mengiringi persembahan menora iaitu :

sebuah geduk sepasang canai sebuah pi nai sepasang gedombak sebuah cerek sebuah kesi

GEDUK

Alat membranophones. Sejenis gendang yang berbentuk barrel. lanya dibuat daripada blok kayu yang keras. Ukurannya ialah 12" panjang dan 10" panjang garisan pusat dan lilitnya pada bahagian kulit ialah 31" dan 33" lilitan pada pertengahan badan. Muka gendang itu dilitupi dengan kulit kerbau yang direntang dengan cekangnya. Kulit itu dilekatkan pada kayu dengan menggunakan paku payung. Cuma muka sebelah atas gendang itu sahaja yang digunakan. Di tengah-tengah badan gendang itu terdapat cincin besi di mana disambungkan dua batang kayu sebagai kakinya. Dengan itu, kedudukan gendang itu akan condong ke arah si pemukul. Keadaan yang condong ini akan menghasilkan getaran bunyi atau gema yang lebih kuat apabila gendang itu dipalu pada permukaan atasnya.

Untuk memukul atau memalukan gendang itu dua batang kayu pemalu atau pengetuk digunakan. lanya diperbuat daripada kayu biasa yang liat. Hujungnya berbentuk bulat. lanya digunakan secara pasangan, setiap satu untuk sebelah tangan. Si pemukul akan mengangkat selaras dengan dahinya. Bunyi gendang ini kencang dan bising.

Page 18: Maklumat Drama Menora

<GEDUK>

CANANG

Alat idiophones. Terdapat sepasang canang - salah satunya kecil sedikit daripada yang satu lagi. Setiap canang itu ada 4 lubang kecil pada lilitannya. Pada lubang ini dimasukkan tali dan ditegangkan di dalam sebuah kotak kayu. Pada dinding kotak kayu itu terdapat lubang-lubang di mana gemanya dapat keluar menerusinya. Sepasang pengetuk sepanjang 7 inci digunakan untuk memukul canang itu. Kayu pengetuk itu berbalut kain pada hujungnya. Paluan ini dikenakan pada bahagian yang membonjol. Salah satu daripadanya, bunyinya lebih tinggi daripada yang satu lagi. Panjang garisan pusat untuk canang tersebut ialah 6 inci dan satu lagi 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan. Tingginya lebih kurang 2 inci. Besar kotak kayu itu ialah 10 inci lebar dan 22 inci panjang dan tingginya 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan.      

<CANANG>

 PI NAI      Alat aerophones. 'Alat wood wind' yang diperbuat dari kayu yang halus urat-uratnya. Berbentuk bulat dan panjang.Panjangnya lebih kurang 14 inci. Pada bahagian 'tengahnya agak berbonjolsedikit. Bahagian dalamnya kosong. Terdapat 6 lubang dibadannya untuk kawalan tanal. Pada bahagian atasnya terdapat sebuah lubang yang kecil dimana diselitkan 'reed'. Pada reed tersebut terdapat satu tiub keluli yang panjangnya 2 inci dan daun-daun mengkuang yang kering diselitkan ke dalam tiub itu. Peniup pi nai akan memasukkan tiub reed itu ke dalam mulutnya dan meniupnya. Pemain pi nai mestilah pandai mengawal nafasnya. Cara meniup ialah menarik dan menghembus nafas dengan cepatnya. Peranan Pi Nai di dalam Menora adalah sebagai melodi.

<PI NAI>

GEDOMBAK      Gedombak juga adalah alat membranophone. lanya sejenis gendang berbentuk labu. Hanya sebelah sahaja permukaannya yang dilitupi kulit dan di sebelah lagi dibiarkan kosong. Selalunya kulit kambing digunakan untuk menutupi gendang ini. Bunyi dan kekuatan bunyinya dikawal dengan cara rnenekapkan tapak tangan pada permukaan yang kosong manakala jari tangan yang sebelah lagi akan mernukul permukaan yang berkulit. Kalau dilepaskan daripada menekap bunyinya agak longgar dan bergema tapi kalau ditekap, bunyinya agak kejap dan gemanya kukuh. Kulitnya dicekangkan dengan ikatan rotan. Gedombak akan diletak melintang semasa memainkannya. Adakalanya seseorang pemain akan memainkan dua gedombak serentak. Peranan gedombak ialah sebagai alat muzik

Page 19: Maklumat Drama Menora

pembantu. Panjang garisan lintang yang berkulit ialah 13 inci dan lilitan kulitnya ialah 37 inci. Luas permukaan yang kosong ialah 5 inci. Panjangnya ialah 19 inci.      

<GEDOMBAK>

KESI      Kesi atau Ching adalah sejenis alat idiofon. ianya dianggap penting  di dalam permainan menora. Alat ini merupakan identiti muzik tradisional  Thailand. Alat ini dimainkan secara berpasangan. ianya berbentuk piring yang berbonjol,tebal dan berat. Bunyinya jelas dan berdering. Ukuran garisan pusatnya ialah 5 inci. Kedua-dua kepingan ini disambungkan dengan tali yang terdapat pada bonjolan itu. lanya diperbuat daripada tembaga. Fungsi kesi ialah sebagai rentak. Kalau keduanya ditangkupkan bunyinya pendek. Tetapi kalau kedua-dua disentuhkan pada tebingnya, bunyinya berdering dan memanjang.     

<KESI>

CEREK      Cerek ialah alat jenis idiophones. lanya terdiri daripada buluh kering yang diraut. Panjangnya lebih kurang 14 inci dan 1 ½ inci lebar.Tebalnya 1 ½ inci. Selalunya ianya dimainkan secara pasangan. Kedua-duanya diketuk antara satu sama lain untuk menghasilkan bunyian. Bentuk bunyinya bergantung pada tebal nipisnya cerek itu.  

Page 20: Maklumat Drama Menora

<CEREK>

SUSUN ATUR ALAT MUZIK DALAM PERSEMBAHAN MENORA :

 Selalunya persembahan Menora ini dijalankan di waktu malam, bermula pada pukul 8.00 atau 9.00 malam hinggalah ke tengah malam atau subuh pagi esok - bergantung kepada panjang pendeknya cerita yang hendak dipersembahkan itu.

Sebelum memulakan persembahan, pemimpin kumpulan itu akan mengadakan acara persembahan. Tujuannya untuk mendapatkan perlindungan keselamatan bagi mengadakan persembahan itu. Alat-alatan yang digunakan semasa upacara ialah lilin yang diletakkan di dalam piring yang berisi sirih dan pinang. Sambil membaca mentera, ia juga menyembah mahkota tinggi yang dipanggil CHA-DA iaitu kecopong. Selepas itu diikuti pula oleh watak utama (hero) yang bermain pada malam itu.

Selepas sahaja upacara ini, muzik lagu pengenalan dimainkan. Alat-alat muzik yang menyertai muzik pengenalan ialah serunai, canang, geduk dan gedombak yang panjangnya

Page 21: Maklumat Drama Menora

permainan muzik ini adalah lebih kurang 10 minit. Berikutan dengan upacara itu diadakan pula upacara membaca mentera secara nyanyian. Pada masa ini muzik dimainkan untuk mengiringinya. Sewaktu pembacaan ini, watak-watak utama yang mengambil bahagian akan bersiap-siap di belakang tirai. Dalam upacara ini dinyanyikan juga sebahagian kecil cerita asal usulnya mendatari menora. Pemimpinnya akan mengetuai pembacaan mentera itu. Apabila pemimpin itu menyanyi setiap baris, ianya diikuti oleh ahli-ahli muzik yang lain sebagai korus. Upacara ini memakan masa hampir-hampir 30 minit. Dengan cara korus juga akan mengingati asal usul mendatari itu.

Apabila tamatnya upacara mentera secara nyanyian, persembahan Menora yang sebenarnya dimulakan. Ianya dimulai dengan nyanyian pelakon lelaki dan pelakon perempuan. Nyanyian mengenai cerita yang akan dipersembahkan. Nyanyian dimulakan oleh pelakon perempuan dan diikuti oleh pelakon lelaki. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut. Kedua-dua pelakon itu berada di belakang tirai. Pada masa ini muzik dimainkan mengiringi kedua-dua penyanyi itu.

Selepas itu, pelakon lelaki keluar perlahan-lahan melalui tirai menggayakan tarian yang lemah lembut. Dia diikuti oleh pelakon perempuan juga menggayakan tarian yang sama. Mereka keluar dan melakukan berbagai tarian di tengah-tengah medan yang dikelilingi oleh pemain-pemain muzik. Berbagai bentuk tarian yang digayakan. Selepas nyanyian dan tarian ini diadakan pula adegan yang berbentuk drama. Dalam adegan ini rakan akan memainkan peranannya disamping hero dan heroin. Kemudian di selang-selikan dengan nyanyian dari tarian hingga tamatnya cerita itu.