maklumat kepada bakal pelajar mengani perkara-perkara...
TRANSCRIPT
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
PENDAHULUAN
Tahniah dan syabas kepada saudara saudari kerana telah dipilih memasuki Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA ), Dungun , Terengganu. Maklumat Am dan Maklumat Pendaftaran ini disediakan sebagai panduan dan maklumat kepada bakal pelajar mengani perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa saudara saudari melaporkan diri dan perkara-perkara yang mesti dipatuhi sebaik sahaja saudara saudari menjadi pelajar PSMZA Selamat menjadi warga PSMZA dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi.
Tahniah !!!!!
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM
PERHATIAN : PROGRAM DAN POLITEKNIK YANG DITAWARKAN ADALAH MUKTAMAD
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar proses
pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
1.0 PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
Rujuk pelan lokasi PSMZA yang disertakan. Kampus PSMZA terletak lebih kurang 85km dari Bandar
Kuala Terengganu atau 124km dari Kuantan. Sekiranya anda dari Kuantan atau Pantai Barat menuju
ke arah Pantai Timur, anda perlu pilih jalan pantai dan akan melalui Bandar Kemaman (Chukai) dan
kawasan Perindustrian Kerteh. Jarak perjalanan daripada Janakuasa Elektrik TNB (Paka) ke PSMZA
adalah lebih kurang 20km. Anda juga boleh memilih laluan LPT2, keluar (exit ) Paka atau Kuala
Dungun. Sekiranya anda dari Kelantan menuju ke Dungun, anda akan melalui Bandar Dungun.
Teruskan perjalanan ke arah Kuantan. Jarak antara Sek. Men. Sains Dungun ke PSMZA adalah lebih
kurang 4km dan bersebelahan dengan Kolej Vokasional Dungun atau anda juga boleh memilih laluan
LPT2, melalui tol Gemuruh dan keluar (exit) Kuala Dungun.
2.0 PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN
2.1 Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa semua dokumen asal
yang dikehendaki oleh PSMZA pada hari tersebut. Pendaftaran akan ditolak sekiranya gagal
mengemukakan dokumen-dokumen tersebut. Pengarah PSMZA berhak menarik balik
tawaran belajar sekiranya terdapat pencanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan
maklumat yang telah diberikan semasa memohon ke Politeknik secara on-line.
2.2 Lengkapkan semua borang HEP (HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5, HEP6) yang dicetak
melalui laman sesawang www.politeknik.edu.my selepas log-in kad pengenalan.
2.3 Bawa borang Permohonan Pinjaman/Biasiswa (jika berkaitan) yang lengkap diisi dengan
semua salinan-salinan dokumen yang telah disahkan (sekiranya permohonan pinjaman telah
diluluskan).
2.4 Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan/swasta hendaklah
membawa bersama surat pengesahan penajaan (surat asal) semasa mendaftar. Sila maklum
bahawa selalunya pihak penaja hanya akan menanggung Yuran Pengajian anda sahaja. Oleh
itu bayaran-bayaran selain Yuran Pengajian hendaklah dibayar sendiri oleh anda.
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
2.5 INSURAN NYAWA: Pelajar wajib membeli skim perlindungan diri (kemalangan) yang
melindungi pelajar selama 3 tahun (program peringkat diploma). Bayaran untuk insuran ini telah
diambilkira di dalam Bayaran Koperasi (Aktiviti Pelajar).
3.0 KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL /TAWARAN ASRAMA
3.1 Asrama disediakan oleh Politeknik dengan bilangan yang terhad kepada pelajar. Pelajar
yang ditawarkan asrama, sila cetak borang asrama di www.psmza.edu.my .
3.2 Pelajar yang ditawarkan asrama, perlu membawa bersama peralatan harian seperti peralatan
mandian,bantal, sarung bantal, cadar dan langsir (warna bebas), kasut, selipar, sejadah
dan sebagainya. Kos sarahidup adalah ditanggung pelajar sendiri. ( alatan boleh dibeli di kedai
koperasi psmza )
3.3 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri mendapatkan tempat tinggal sekiranya
tidak ditawarkan tempat di asrama sebelum mendaftarkan diri di PSMZA. Sila sediakan
wang secukupnya untuk tujuan bayaran deposit, sewa dan wang pembelian kelengkapan
rumah sewa.
4.0 BANTUAN KEWANGAN
4.1 PSMZA TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa / pinjaman kewangan kepada pelajar.
Tawaran biasiswa / pinjaman adalah diluar bidang kuasa PSMZA. Menjadi tanggungjawab
pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan,
alat pelajaran, buku dan lain-lain. Sehubungan itu, para pelajar digalakkan memohon pinjaman /
biasiswa / bantuan kewangan melalui Yayasan Negeri masing-masing atau penaja-penaja
tertentu (badan kerajaan / swasta) sebelum mendaftar di PSMZA.
4.2 Pelajar yang mendaftar di PSMZA layak memohon pinjaman daripada agensi-agensi berikut:
i. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Pelajar dikehendaki membuka akaun di mana-mana cawangan BIMB ( Bank Islam Malaysia
Berhad)
ii. Tabung Kebajikan Bekas Perajurit
iii. Tabung Kebajikan Bekas Polis
iv. Yayasan Negeri
v. Dan Lain-Lain Badan Kerajaan / Swasta Yang Menawarkan Pinjaman / Biasiswa / Bantuan
Kewangan Pendidikan.
4.3 Pihak PSMZA akan berusaha membantu pelajar semasa memohon bantuan kewangan
daripada pihak PTPTN. Untuk permohonan Pinjaman PTPTN, pelajar yang layak memohon
hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) di laman sesawang
www.ptptn.gov.my
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
5.0 RUPADIRI
5.1 Pelajar-pelajar adalah tertakluk di bawah AKTA 174 dan semua peraturan bertulis di PSMZA.
Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan
sopan. Semua pakaian yang menjolok mata dan tidak menepati peraturan PSMZA adalah
dilarang.
5.2 Pakaian dan Rupa Diri Siswa (PELAJAR LELAKI)
a. Baju
Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. (WAJIB DIPAKAI SEMASA HARI
PENDAFTARAN).
Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian
liar / negatif.
Baju perlu sentiasa dimasukkan dalam seluar (tuck-in) dan dibutangkan sempurna.
Baju Melayu lengkap sepasang dengan samping dan songkok hitam (baju Kebangsaan)
dibenarkan.
Bertali leher. (pembentangan waktu kuliah).
Topi, baju T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan adalah dilarang semasa
mendaftar.
b. Seluar
Seluar ‘slack’ panjang.
Seluar ‘jeans’ dilarang.
c. Kasut
Sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna bersarung kaki (stokin).
Selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang.
d. Rambut
Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju,
aras tepi tidak melebihi setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.
Pelajar digalakkan berambut pendek menggunakan potongan fesyen 4-2 (bahagian atas
rambut dipotong dengan menggunakan mata mesin bersaiz 4 dan bahagian tepi
menggunakan mata mesin saiz 2).
Rambut berfesyen (“afro”’, “punk”, berekor atau diwarnakan) adalah dilarang.
Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.
e. Perhiasan
Pelajar dilarang memakai sebarang perhiasan kecuali bagi keperluan agama dan cincin yang
bukan cincin emas.
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
5.3 Pakaian dan Rupa Diri Siswi (PELAJAR PEREMPUAN)
a. Baju
Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.
Pakaian yang menjolok mata dilarang (contoh; pakaian ketat, jarang, pendek, berbelah,
nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan).
Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan.
Labuh baju hendaklah menutupi paras punggung.
Pelajar bukan Islam dilarang memakai ‘skrit’ yang lebih pendek dari paras lutut.
Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian
liar / negatif.
Pelajar dikehendaki memakai kain dalam dan anak tudung penuh.
b. Sarung/Maxi
Labuh, longgar dan tidak jarang
c. Seluar
Seluar ‘slack’ panjang dan tidak ketat
Seluar ‘jeans’ dilarang
d. Kasut
Kasut bertutup penuh dan sempurna bersarung kaki (stokin).
Selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang.
Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising dilarang.
e. Rambut
Pelajar Islam sewajarnya menutup rambut seperti yang disyariatkan (bertudung).
Rambut kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.
Rambut berfesyen (“afro”’ “punk”, berekor atau diwarnakan) adalah dilarang.
f. Perhiasan
Tidak digalakkan memakai barang kemas (emas sahaja).
Mencukur bulu kening dan solekan berlebihan dilarang.
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai.
6.2 Sekiranya memiliki mesinkira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh
diprogramkan.
6.3 Pelajar digalakkan membawa 3 salinan fotostat bagi setiap dokumen penting dan telah
disahkan untuk sebarang urusan yang berkaitan. Pengesahan boleh dilakukan oleh mana-
mana pegawai kerajaan yang mempunyai ijazah (degree) seperti Pengetua Sekolah Menengah,
Pegawai Daerah, guru-guru dan yang setaraf serta mempunyai cop jawatan masing-masing.
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
BAHAGIAN B : PANDUAN PENDAFTARAN
1.0 HARI PENDAFTARAN
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar
proses pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Anda tidak akan
didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.
PENDAFTARAN PELAJAR BARU PROGRAM DIPLOMA
Tarikh : 19 NOVEMBER 2017 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : DEWAN DAGANG,
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN
TERENGGANU.
PENDAFTARAN PELAJAR BARU PRA –DIPLOMA SAINS
Tarikh : 26 NOVEMBER 2017 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR,
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN
TERENGGANU.
###### Nota : sebarang masalah berkenaan pendaftaran sila berhubung dengan pihak
Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA di talian 09-8400901/0988 #######
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
2.0 PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN
2.1 Dokumen ASAL berikut: a. Sila ke website http://spmp.psmza.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk pendaftaran atas talian (online ).
b. Cetak Slip Pendaftaran Atas talian ( online )- slip pendaftaran atas talian
(online ) perlu dibawa semasa hari pendaftaran
c. Kad Pengenalan
d. Slip Bank Yang Berkaitan ( bayaran yuran hanya di Bank Islam sahaja )
e. Surat Tawaran Ke Politeknik
f. Sijil/Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPMV
g. Sijil Berhenti Sekolah
h. Dokumen Ko-kurikulum yang berkaitan
i. Surat Akuan / Testimonial Sekolah (jika ada)
j. Borang-borang pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi :
i. BHEP1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar
ii. BHEP2 - Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung
iii. BHEP3 - Kebenaran Bapa/Ibu/Penjaga Untuk Rawatan Bius & Pembedahan
iv. BHEP4 - Akuan Pelajar dan Akuan Ibu/Bapa/Penjaga
v. BHEP5 - Laporan Pemeriksaan Doktor (X-Ray perlu dibuat)
vi. BHEP6 – Akujanji Pelajar 2.2 Perlu menyediakan DUA (2) sampul berukuran A4
a. Sampul A (berukuran A4 ) – bertulis nama, no kad pengenalan dan no pendaftaran pelajar
1 Salinan kad pengenalan
1 Salinan Surat Tawaran
1 Salinan Sijil SPM/ Sijil Kolej Komuniti/ Sijil Kemahiran
1 Salinan Slip Bayaran Yuran Pengajian, Asrama dan Aktiviti
1 Salinan Sijil Behenti Sekolah
1 Salinan Surat Akuan/ testimoni sekolah
1 Salinan Sijil –sijil Ko-kurikulum yang berkaitan
ii. Sampul B (berukuran A4 ) – bertulis nama , no kad pengenalan dan no pendaftaran pelajar
Borang BHEP 1
Borang BHEP 2
Borang BHEP 3
Borang BHEP 4
Borang BHEP 5
Borang BHEP 6
Gambar berukuran pasport 3 keping
**** borang BHEP 1 – BHEP 6 yang lengkap diisi ******
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
2.2 Bayaran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran
– rujuk lampiran Bayaran semasa pendaftaran
**Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan /
swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan (yang
asal) semasa mendaftar**
Pembayaran TIDAK DIKEMBALIKAN jika anda berhenti dari menjadi pelajar
PSMZA.
2.3 Gambar berukuran kad pengenalan (berwarna) – 3 keping (nama dan kursus dicatat
pada belakang setiap keping gambar).
PELAJAR LELAKI – Gambar berambut pendek dan baju berkolar.
PELAJAR PEREMPUAN – Gambar bertudung (MUSLIM) dan berpakaian
sopan.
3.0 PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN
Sila rujuk bahaigan a: maklumat am item no 5.0: RUPADIRI (pelajar lelaki diwajibkan
memakai BAJU KEMEJA dan BERKASUT dan pelajar wanita memakai BAJU KURUNG
, BERTUDUNG (untuk yang Muslim) dan KASUT BERTUTUP semasa mendaftar)
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
1. Permohonan pinjaman PTPTN terbuka kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah dan beberapa Kursus Profesional samada secara sepenuh masa atau separuh masa.
2. Pelajar Lepasan Diploma / Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana yang pernah mendapat pinjaman
PTPTN dan ingin memohon semula pinjaman untuk peringkat pengajian yang lebih tinggi mesti mengemukakan surat penangguhan bayaran balik pinjaman yang diperolehi semasa pengajian terdahulu. Pelajar boleh memuat turun surat penangguhan bayaran balik dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my.
3. Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal
menamatkan pengajian atau mendapat penaja lain boleh memohon pinjaman kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.
SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN PINJAMAN PTPTN
Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: i. Pemohon adalah warganegara Malaysia; ii. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; iii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana
mata pelajaran; iv. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti
kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
v. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
vi. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
vii. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun. viii. Pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada
ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin;
ix. Tidak mempunyai penaja lain; dan x. Jumlah keseluruhan pembiayaan pinjaman yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira
pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.
PERHATIAN: Panduan dan peraturan am mengisi surat tawaran pinjaman, dokumen perjanjian, lampiran perjanjian dan dokumen jaminan pinjaman pendidikan PTPTN boleh didapati dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my setelah permohonan pinjaman PTPTN diluluskan. Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah DISERAHKAN kepada pegawai PTPTN pada sesi taklimat dan kutipan dokumen perjanjian (akan diberitahu oleh pihak Politeknik) atau melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar Politeknik masing-masing.
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
Senarai Semak Sebelum Hadir Pada Hari Pendaftaran
Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya telah disediakan sebelum
bertolak ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada tarikh yang
telah dimaklumkan untuk mendaftar diri.
I. Dokumen asal
a. Slip Pendaftaran Dalam Talian (Online)
b. Kad Pengenalan
c. Surat Tawaran Ke Politeknik
d. Sijil SPM / SPM(V)
e. Dokumen Ko-kurikulum (yang berkenaan)
f. Sijil Berhenti Sekolah
g. Surat Akuan / Testimonial (jika ada)
h. Borang Pendaftaran ( BHEP1-BHEP6 yang telah lengkap)
i. Borang Maklumat Peribadi
ii. Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung
iii. Kebenaran Pembedahan
iv. Akuan Pelajar & Ibubapa/Penjaga
v. Laporan Pemeriksaan Kesihatan
vi. Akujanji Pelajar
i. Semak Rupadiri Pelajar
j. Slip Yuran Pengajian dan Yuran Aktiviti (dengan salinan)
k. Gambar berwarna terkini – 3 keping semasa hari pendaftaran
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
BORANG
KOPERASI
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
KOOP1
No. Ahli:
Untuk Kegunaan Pej.Koop
KOPERASI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN BHD
KM08, JALAN PAKA, 23000 DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN
BAHAGIAN A: MAKLUMAT AHLI
PERMOHONAN KEAHLIAN KOPERASI SESI: cth:Jul2008/Jan2009
1.Nama:
2.No.Pendaftaran: 1 3 F
3.No.Kad Pengenalan:
4.Tarikh Lahir: ddmmyyyy No akaun bank:
5.Pekerjaan:
6.Alamat Tetap:
BAHAGIAN B: PERAKUAN AHLI
1. Saya memohon untuk membeli syer koperasi ini yang berharga RM20.00 satu unit syer sebanyak
unit syer.
2. Bersama-sama ini saya sertakan wang tunai/money order/postal order/bank draf No:_______________
untuk:
a) Syer sebanyak _______________ unit RM ……………….
b) Fee masuk RM 5.00
3. Saya juga menyertakan no akaun bank seperti dibawah untuk tujuan bayaran saham dan dividen :
No akaun bank:
Nama bank dan caw:
4. Saya mengaku patuh kepada Undang-Undang Kecil Koperasi Ordinan Koperasi 33/48
Tarikh:___________________ Tandatangan Ahli:_____________________
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Tarikh:________________________
Kami mengesahkan menerima wang tunai/money order/ postal order/Bank draf No:________________
berjumlah RM________________________ Resit No:_____________________
No.Ahli :
Tandatangan Pegawai Tandatangan Pegawai
……………………………………….. ……………………………………
(Pengerusi/Setiauasaha)
(Bendahari)
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
PIAWAIAN MINIMUM PELAJAR POLITEKNIK
BORANG SENARAI SEMAK RUPADIRI PELAJAR
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Nama Pelajar : ____________________________ No Matrik : ________________ NO I/C : ____________________________
Bil RUPADIRI PELAJAR LELAKI TINDAKAN
1 Baju berkolar dan berlengan
2 Memakai seluar panjang (slack) bukan dari jeans khaki, jeans dan
couldroy
3 Baju kemas dibutang dan dimasukkan ke dalam
4 Baju tiada corak gambar/tulisan negatif/iklan perdagangan
5 Lengan baju tidak dilipat/digulung
6 Pakaian tidak ditampal/koyak
7 Memakai kasut dan stokin
8 Tidak memakai barang kemas/perhiasan yang tidak munasabah
9 Tidak memakai cermin mata hitam/topi
10 Rambut pendek kemas tidak diwarnakan/berekor/berjambul
11 Tidak berkuku panjang
Bil RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN TINDAKAN
1 Tidak memakai jeans, slack, seluar pendek dan pakaian yang
menutup muka
2 Memakai pakaian yang menutup aurat (pelajar Islam)
3 Tidak memakai pakaian menjolok mata (pelajar bukan Islam)
4 Memakai kasut bersesuaian
5 Pakaian tidak ditampal/koyak
6 Baju berkolar dan berlengan
7 Tidak memakai cermin mata hitam/topi
8 Tidak berkuku panjang
*Bagi kes pelajar tidak akur, tandakan di dalam ruangan TINDAKAN. Catatan: ______________________________________________________________________ Tandatangan Pelapor, Tandatangan Pelajar, __________________ ___________________ (Nama: ) (Nama: ) Tarikh: Tarikh:
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
BORANG
ASRAMA
(bagi yang
ditawarkan
asrama)
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
KAMSIS POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN,
KM 08, JALAN PAKA,
23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN.
Telefon : 09-8400800 ext 3047 Faks : 09-8458781
AKUAN MENERIMA TAWARAN PENEMPATAN KAMSIS
Saya ……………………………………………………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan ……………………………………….
Faham bahawa sepanjang saya menetap di KAMSIS POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL
ABIDIN,DUNGUN TERENGGANU akan mematuhi segala peraturan kamsis PSMZA khasnya
dan AKTA 174 seperti yang telah diperuntukkan kepada saya. Sepanjang tempoh itu juga
saya berjanji akan menjadi warga PSMZA yang mulia, berakhlak dan bijaksana disisi
agama, bangsa dan negara.
Dengan ini saya menerima TAWARAN PENEMPATAN KAMSIS ini dengan rela dan sedia
menerima sebarang hukuman yang dikenakan terhadap diri saya sekiranya saya
melakukan sebarang kesalahan jika didapati bersalah. Sehubungan dengan itu
sebarang masalah peribadi dan harta peribadi saya adalah tanggungjawab saya.
Kehilangan atau kerosakan harta awam dan harta PSMZA jika disebabkan oleh saya, akan
ditanggung oleh saya sendiri.
Sekian.
Tandatangan Pelajar Tandatangan Saksi
( ) ( )
Tarikh : No. K/P :
Tarikh :
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
KAMSIS POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN,
KM 08, JALAN PAKA,
23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN.
Telefon : 09-8400800 ext 3047 Faks : 09-8458781
BORANG PENGAKUAN PENJAGA
Kamsis Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun Terengganu mempunyai kemudahan
tempat tinggal yang sangat terhad. Oleh itu penjaga dan anak jagaan mereka adalah
sangat bertuah kerana diberi tempat tinggal di Kamsis Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,
Dungun Terengganu. Jesteru itu, hargailah kemudahan yang diberikan ini. Dengan ini saya
……………………………………………………………......................……... memberi jaminan anak
(nama penjaga)
saya ………………………………………………………………. tidak akan melakukan perkara-
(nama pelajar)
perkara berikut :
Merokok di mana-mana kawasan kampus dan kamsis
Keluar meninggalkan kawasan kamsis tanpa mendapatkan kebenaran “Fellow”
Melanggar mana-mana peraturan Kamsis
Melanggar mana-mana AKTA 174
Sekiranya didapati anak / jagaan saya pada pada bila-bila masa melakukan perkara-
perkara di atas saya ………………………………………………………… membenarkan pihak
pengurusan Kamsis Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun Terengganu mengambil
tindakan yang sewajarnya mengikut paraturan yang diperuntukkan oleh pihak pengurusan
Kamsis PSMZA dan AKTA 174.
Dengan ini kami menerima tawaran penempatan di Kamsis Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin,Dungun Terengganu untuk sesi pengajian ...........................
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga Tandatangan Anak
( ) ( )
No. K/P : No. K/P :
Tarikh : Tarikh :
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
KAMSIS POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN,
KM 08, JALAN PAKA,
23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN.
Telefon : 09-8400800 ext 3047 Faks : 09-8458781
MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR KAMSIS PSMZA
SESI : ____________________________________
NO. BILIK : ____________________________________
TARIKH MASUK : ____________________________________
A. BUTIRAN PELAJAR
1. NAMA : _______________________________________________________________
2. NO. K/P : __________________________________
3. NO. PEND. : __________________________________
4. KURSUS : _______________________________________________________________
5. JABATAN : _______________________________________________________________
6. SEMESTER : __________________________________
7. JANTINA : __________________________________
8. BANGSA : __________________________________
9. NO. TEL. : __________________________________
10. ALAMAT TETAP :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
B. BUTIRAN KELUARGA
1. NAMA WARIS/KELUARGA TERDEKAT : _______________________________________
2. NO. K/P : ____________________________________
3. NO. TEL. RUMAH : ______________________________
4. NO. TEL. BIMBIT : ______________________________
GAMBAR
Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
5. ALAMAT :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
C. PERAKUAN PELAJAR
SAYA MENGAKU BAHAWA SEMUA KETERANGAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
________________________
( Tandatangan Pelajar )
Tarikh : _______________
PERHATIAN:
*KEMUDAHAN BANTAL TIDAK DISEDIAKAN OLEH PIHAK KAMSIS. SILA BAWA BANTAL SENDIRI.
*BORANG INI HENDAKLAH DIHANTAR SEMASA MENDAFTAR KAMSIS.
Cop tarikh terima
Masa di semak : ___________________
Masa serah kunci : ______________