makmal komi
DESCRIPTION
PPGTRANSCRIPT
PENGENALAN
PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Pengurusan merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggung jawab
melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai objektif yang dirancang. Badan
yang dimaksudkan ditubuhkan secara formal atau bukan formal. Penubuhan
pengurusan secara formal sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang besar
kerana terletaknya ketetapan atau peraturan bertulis yang jelas dimana kuasa
menubuhkan badan tersebut.
Makmal Sains adalah satu bentuk organisasi pengurusan yang formal.
Makmal Sains mempunyai peraturan dan ketetapan bertulis dengan ini
menggambarkan tanggungjawab yang wajar dipenuhi bagi menyokong kepada
matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah.
Terdapat lima aspek pengurusan yang menjadi tunggak kepada sesuatu
pengurusan agar mencapai matlamat dikehendaki iaitu ,
a) penentuan matlamat
b) perancangan
c) perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber
d) pemonitoran
e) penentuan piawai
Kelima-limanya saling berkaitan membentuk pertalian erat. Pertalian erat
diterjemahkan kepada fungsi yang saling menyokong antara satu sama lain dalam
membentuk pengurusan yang cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang
ditentukan.
Pendekatan pembelajaran kini mengutamakan penglibatan aktif murid-murid.
Murid-murid kini diberi peluang untuk berinteraksi dengan menggunakan kemahiran
proses sains dengan optima. Kaedah yang mengutamakan pemerhatian dan
melakukan amali dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah
rendah. Dengan kata lain kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang utama adalah
memerhati, membuat atau melakukan sesuatu atau “hand-on” di samping “mind-on”.
[1]
Kegiatan tersebut sepatutnya mempunyai persediaan persekitaran fizikal yang
menyokong aktiviti tersebut. Oleh itu bilik yang dikenali makmal sains disediakan.
Konsep makmal sains memberi peluang pelajar mempelajari sains menerusi kegiatan
amali, pemerhatian, penyiasatan dan penemuan dalam persekitaran terkawal.
Huraikan dengan terperinci bagaimana pengurusan makmal sains
dilaksanakan di tempat sekolah anda bertugas dan kaitkan dengan pengurusan
makmal di sesebuah organisasi yang dapat melahirkan saintis yang boleh
memenangi hadiah nobel.
[2]
ASPEK UTAMA PENGURUSAN
MAKMAL SAINS
keselamatan: alatan pertolongan cemas,
pemadam api, peraturan keselamatan
Fizikal: stor, bilik, Perabot, Sumber
elektrik, gas dan air, pengedaran udara,
pencahayaan, projektor.
media pengajaran: spesimen, CD, internet, buku rujukan,
carta, model, alatan dan bahan sains.
sumber manusia : Penyelaras,
pembantu makmal
Ketua Panitia Sains bertanggungjawab membantu Guru Besar dalam
perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran
dan pembelajaran serta pengurusan makmal sains sekolah.
Saya sebagai Ketua Panitia Sains, saya akan menguruskan dengan cekap
agar proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Pengurusan
yang cekap memerlukan komitmen daripada semua pihak sekolah dari Guru Besar
hingga Pembantu Am Pejabat.
Saya akan mewujudkan carta organisasi pengurusan makmal Sains yang
diamalkan di sekolah rendah seperti dibawah :-
Sebagai Ketua Panitia Sains, Saya akan menguruskan makmal sains dengan
efektif seperti :-
[3]
GURU BESAR
GURU PENOLONG KANAN
GURU MATAPELAJARAN SAINS
PANITIA SAINS
Unit
Penyimpanan
Stok
Unit
Keselamatan
Bilik
Unit Keceriaan
Bilik Sains
Unit Penyimpanan
Bahan Bantu
Mengajar
Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.
Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas,perabot dan kemudahan lain berfunsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
Memastikan peraturan keselamatan makmal sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal sains.
Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal sains.
Memastikan makmal sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
.
MASUK
[4]
Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan Sains.
Menyemak dan mengemaskini stok makmal sains dari segi keperluan peralatan sepanjang tahun.
Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapuskira dan pelupusan.
Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan Sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
Menyemak dan mengemaskini rekod pengurusan makmal sains
PAPAN PUTIH
RAK PERALATAN (BAW
AH)
MEJA GURU
KELUAR
KERUSI PANJANG MURID MEJA MURID
Bagi mengubahsuai makmal sedia ada di sekolah saya, saya perlu mengambilkira
beberapa perkara. Sebelum saya membuat pengurusan belanjawan, perkara-
perkara berikut perlu diambil kira;
1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-
item dan;
Tentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis.
Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
[5]
RAK PERALATAN (BAW
AH)
PAPAN KENYTAAN
PAPAN KENYATAAN ALMARI
2. Periksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik,
gas, perabot dan lain-lain.
3.. Sediakan senarai keperluan tahunan.
4. Membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains.
5. Mendapat senarai harga dari pembekal.
6. Mendapatkan jumlah peruntukan PCG.
7. Membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan.
8. Menyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat.
Mesyuarat penyelarasan perlu dilaksanakan untuk menentukan apa yang perlu dibeli
berdasarkan peruntukan.
Cara-cara menguruskan pembelian alatan makmal sains.
[6]
SENARAI KEPERLUAN TAHUNAN
[7]
BAHAN DAN PERALATAN SAINS
KEKALKATEGORI: (02) ALAT ASAS
NO. ITEM
NAMA ITEM SPESIFIKASI KEMENTERIANKUANTITI
PER MAKMAL
JANGKA HAYAT
(TAHUN)
1
Kanta pembesar
Diperbuat daripada kanta dwicembung. Pembesaran 2X dengan pemegang plastik hitam. Kanta berukuran diameter 20 mm, pemegang berukuran panjang 80 mm.
10 5
2
Pemegang tabung uji logam
Diperbuat daripada loyang, klip berspring. Dilekatkan pada pemegang kayu. Boleh memegang tabung uji berukuran diameter 12 mm - 43 mm. Keseluruhan pemegang berukuran panjang 223 mm.
5 10
3Segitiga tanah liat
Diperbuat daripada tanah liat yang mempunyai dawai besi di dalamnya. Tahan haba, berukuran panjang sisi 50 mm.
5 5
4
Stetoskop
Boleh mengesan bunyi degupan dengan mudah. Rangka kepala bi-aural dipasang dengan spring berlipat, tiub getah berukuran 450 mm. Bahagian pengesan berbentuk piring berdiameter 22 mm, lengkap dengan alat pendengar telinga plastik yang boleh dibersihkan.
2 5
5Tuala tangan
Diperbuat daripada kain kapas, menyerap air. Dibekalkan 20 helai/pek.
2 5
6
Tungku kaki tiga
Berbentuk segitiga pada bingkai atas yang diperbuat daripada besi, berukuran panjang sisi 160 mm. Tiga kaki diperbuat daripada keluli yang membengkok keluar. Keseluruhan tungku berukuran tinggi 220 mm.
5 10
Selimut api
Diperbuat daripada kaca gentian dalam sarung lutsinar, kalis api. Selimut mudah ditarik keluar. Berukuran panjang x lebar 900 mm x 900 mm.
1 10
Tong sampah Diperbuat daripada plastik polietena dengan pemegang dan penutup, muatan 90 liter.
1 5
[8]
KATEGORI: (02) ALAT ASAS
NO. ITEM
NAMA ITEM SPESIFIKASI KEMENTERIANKUANTITI
PER MAKMAL
JANGKA HAYAT
(TAHUN)
Berukuran panjang x lebar, 700 mm x 500 mm.
Troli makmal
Diperbuat daripada rangka logam beroda dan tahan lasak.Talam plastik keras disusun dalam tiga tingkat. Saiz talam berukuran panjang x lebar, 1070 mm x 610 mm. Tinggi keseluruhan, 935 mm.
1 10
Tukul, kuku kambing
Diperbuat daripada keluli nirkarat, berkualiti tinggi, tahan hentaman yang kuat, tidak mudah patah. Kepala tukul mempunyai tuil berbentuk kuku kambing. Pemegang diperbuat daripada kayu divarnis berwarna kekuningan dan tertusuk hingga kepala tukul. Panjang pemegang berukuran, 180 mm.
1 5
Bikar, 100 ml
Diperbuat daripada kaca borosilikat, jenis rendah, jernih, tahan panas, bermuncung dan bersenggat setiap 25 ml. Isipadu maksimum 100 ml.
10 10
Bikar, 250 ml
Diperbuat daripada kaca borosilikat, jenis rendah, jernih, tahan panas, bermuncung dan bersenggat setiap 50 ml. Isipadu maksimum 250 ml.
10 10
Bikar, 500 ml
Diperbuat daripada kaca borosilikat, jenis rendah, jernih, tahan panas, bermuncung dan bersenggat setiap 100 ml. Isipadu maksimum 500 ml.
10 10
[9]
KATEGORI: (04) ALAT ELEKTRIK
NO. ITEM
NAMA ITEM SPESIFIKASI KEMENTERIANKUANTITI
PER MAKMAL
JANGKA HAYAT
(TAHUN)
1Mikroskop cahaya
Model murid dengan pembesaran X40, X100, X400 . Tapak boleh gerak bagi pemerhatian tegak dan condong. Dilengkapi dengan ruangan pencegah kulat pada kepala monokular dan 5 kapsul bahan pencegah kulat. Berlampu mentol tungsten 20 V, 20 W.
1
2Pemegang bateri
Diperbuat daripada plastik dan mempunyai 4 rongga untuk bateri (sel kering) bersaiz 'D', dengan terminal output bagi 1·5 V, 3·0 V, 4·5 V dan 6·0 V. Lulus pemeriksaan SIRIM.
10 5
3 Plag 3 pin
Diperbuat daripada plastik, warna putih, berfius 13 A. Lulus pemeriksaan SIRIM.
10 5
4 Suis 1 hala
Terdiri daripada suis jenis plag dan kunci dengan tapak plastik. Berukuran panjang x lebar x tebal, 90 mm x 90 mm x 30 mm. Lulus pemeriksaan SIRIM.
10 10
5
Wayar penyambung, hitam
Diperbuat daripada banyak jalur dawai kuprum, jenis tunggal, disalut PVC hitam dan berupaya mengalirkan arus 5 A. Dibekalkan dalam bentuk gelung 100 ela atau 30 m/gelung. Lulus pemeriksaan SIRIM.
1 10
6 Wayar penyambung, merah
Diperbuat daripada banyak jalur dawai kuprum, jenis tunggal, disalut PVC merah dan berupaya mengalirkan arus 5 A. Dibekalkan dalam bentuk gelung 100 ela atau
1 5
[10]
KATEGORI: (04) ALAT ELEKTRIK
NO. ITEM
NAMA ITEM SPESIFIKASI KEMENTERIANKUANTITI
PER MAKMAL
JANGKA HAYAT
(TAHUN)
30 m/gelung. Lulus pemeriksaan.
KATEGORI (09) ALAT KESELAMATAN
NO. ITEM
NAMA ITEM SPESIFIKASI KEMENTERIANKUANTITI
PER MAKMAL
JANGKA HAYAT
(TAHUN)
1 Kot makmal
Kot berwarna putih. Diperbuat daripada kain poliester atau kapas. Mempunyai butang di hadapan, tiga poket, dua daripadanya terletak di sisi dan satu poket di dada sebelah kiri. Labuh 800 mm berlengan pendek, bersaiz bebas.
25 5
2Papan putih bermagnet
Papan bersalut keluli, serbaguna, sesuai untuk pen papan putih. Boleh digantung di dinding. Senang dibersihkan, berukuran panjang x lebar, 1200 mm x 90 mm.
1 5
3 Pelucut wayar
Diperbuat daripada besi nirkarat. Berukuran 216 mm panjang, pemegang bersalut getah. Penyepit bergigi halus, sesuai untuk melucut semua jenis dawai, pemegang bersalut PVC. Diameter terkecil 6 mm. Mempunyai alat pemotong wayar, pelucut wayar dan penyikal wayar.
1 5
4 Pemadam api
Jenis serbuk kering. Boleh memadam api kelas A, B dan C. Bekas diperbuat daripada keluli nirkarat. Mempunyai penyangkut, berjisim 2 kg. Berfungsi pada suhu persekitaran 40 oC hingga 70 oC. Berukuran diameter x tinggi, 100 mm x 760 mm. Tempoh jaminan 5 tahun termasuk penyelenggaraan setiap 6 bulan sekali.
1 5
5 Pemulas skru Diperbuat daripada besi nirkarat dengan pemegang yang diperbuat daripada plastik, berukuran panjang batang pemulas 250 mm
1 5
[11]
NO. ITEM
NAMA ITEM SPESIFIKASI KEMENTERIANKUANTITI
PER MAKMAL
JANGKA HAYAT
(TAHUN)
dan hujung berbunga. 1 set mengandungi 4 jenis saiz dengan lebar hujung berukuran 3 mm, 5 mm, dan 8 mm.
6 PlayarDiperbuat daripada keluli nirkarat. Penyepit bergigi, dengan pemotong wayar pada sisi, pemegang bersalut PVC. Panjang 160 mm.
1 5
Beserta peralatan perabot,
PERALATAN UNIT
Kerusi bulat tinggi 40
Meja dipasang Sinki 3
Komputer meja 9
Meja computer 6
Platform panjang Ikut ukuran makmal
[12]
Setelah menyediakan bahan-bahan keperluan makmal sains,saya akan mengadakan
mesyuarat dengan Guru Besar berbincang dengan belanja. Peruntunkkan PerKapita
Grant(PCG) Sekolah saya ialah:
Pengiraan Peruntukan Per Kapita Grant (PCG) Bagi Matapelajaran Sains sekolah saya (SJKT RINI) adalah seperti di bawah:
Sekolah saya mempunyai 440 orang murid.
Bantuan perkapita bagi Sekolah yang memiliki murid 151 hingga 500 murid adalah
RM2,900.00 + RM8 seorang melebihi 150 orang
Oleh sedemikian, kiraan Peruntukan kepada Matapelajaran Sains sekolah saya
adalah,
= RM2.900.00 + RM8 x ( 440 murid – 150 murid )
= RM2,900.00 + RM8 x 290 murid
= RM2,900.00 + RM2,320.00
= RM5,220.00
Tambahan, sumbangan RM50,000 daripada Persatuan Ibubapa dan Guru juga
diambilkira bagi pengurusan perbelanjaan penambahbaikan Makmal Sains.
Jumlahnya ialah , RM55,220.00.
Dengan ini, saya akan menguruskan cadangan belanjawan berdasarkan jumlah
diatas.
Berapa unit alatan yang boleh dibeli dalam peruntukkan tersebut?
Alatan yang dipesan perlu dikaji harga seunit dengan pembekal?
Berapakah jumlah belanja sepenuhnya ?
[13]
Sekolah saya akan mungkin mengikut Prosedur Pembelian Secara Terus Kerana
belanja tidak melebihi 500,000.
Langkah – langkah pembeliannya Secara Terus adalah seperti :
Secara sebutharga ( Direct Award )
a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh
ketua Panitia Sains.
b. Pihak pentadbiran sekolah akan meminta coutation dari beberapa syarikat.
c. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi.
d. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan
menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO.
e. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada invois
dan DO.
Prosedur akhir adalah, Prosedur Pelupusan
Bahan – bahan rosak atau tamat hayat akan dilupuskan. Apabila membuat
pelupusan bahan kimia sekolah perlu mengisi
Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19 dan mendapat
tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari Guru/Pensyarah
Kimia/Biologi/Sains atau pembantu makmal. Pelupusan ini hendaklah
mendapat kelulusan pengetua/Guru Besar.
Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus
beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan;
a) Borang KEW PS-19
b) Surat dari Jabatan Alam Sekitar
c) Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.
Jika aset kerajaan,
Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu dilupuskan
mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset
Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2009.
[14]
komputer
kerusi
meja komputer
[15]
MEJA
RAK PERALATAN (BAW
AH)
ALMARI
STOR MAKMAL
PLATFORM PAPAN
PAPAN PUTIH BERMAGNET
SINKI SINKI
RAK
SINKI SINKI
SINKI SINKI
SINKI
SUDUT
PAMERAN
KEBUK WASAP
PINTU MASUK
PINTU KELUAR
PINTU MASUK STOR
Huraikan bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
persekitaran yang anda pilih tersebut dapat meningkatkan
pembelajaran sains di sekolah rendah.
Penggunaan persekitaran sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
menjadikan bilik darjah tidak lagi bersempadan seperti apa yang dikatakan oleh
Fielding (1999) berhubung dengan cara pengajaran dan pembelajaran menjelang
abad ke-21 iaitu “classrooms are aut! no more classrooms! don’t build them”.
Tuntutan kemahiran abad ke-21 menjadi cabaran kepada para guru untuk memilih
strategi dan sumber pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya
pembelajaran di kalangan pelajarnya.
Tuntutan tersebut memerlukan para pendidik yang lebih peka terhadap persekitaran
yang merupakan sumber khazanah pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan
murid berinteraksi dengan persekitaran semasa pengajaran dan pembelajaran sains.
Persekitaran yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran adalah
seperti taman sains, mini zoo, kolam dan pusat sains.
Oleh sedemikian,Saya akan memilih Taman Sains Sekolah bagi mengadakan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran di luar kelas. Taman sains sekolah merupakan satu
kawasan yang mengandungi flora dan fauna untuk menyediakan suasana
pembelajaran yang kondusif. Taman sains boleh merangkumi taman orkid, taman
kaktus, kolam ikan, kolam teratai dan taman burung.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Taman Sains
dapat dijalankan bagi murid-murid. Taman sains itu merangkumi tumbuhan dan
haiwan peliharaan. Ia dikenali sebagai Flora dan Fauna.
Apabila pembelajaran tentang Flora, saya akan memberi tunjuk ajar bagaimana
untuk mengelaskan jenis atau spesies tumbuhan seperti taman kaktus, herba,
orkhid, paku pakis dan lain-lain. Murid juga akan diberi pendedahan ringkas
mengenai ciri-ciri tumbuhan mengikut jenis taman. Pembelajaran kendiri sebegi
memberi banyak faedah kepada murid.
[16]
Semasa belajar tentang Fauna murid diajar tentang anatomi luaran hidupan
fauna yang terdapat di taman sains. Disini saya dapat memupuk sifat sayang terhadap
haiwan dan bertanggungjawab dalam melindungi habitat tersebut dikalangan murid.
Sedemikian murid – murid dapat mempelajari habitat Flora dan Fauna secara
langsung. Murid akan sendiri merasai struktur Flora dan Fauna. Pembelajaran
langsung tersebut akan kekal dalam ingatan dan ia tidak akan dilupakan.
Di Taman Sains murid dapat menanam tumbuhan sendiri. Ia akan meningkatkan
sikap menyayang semulajadi. Murid juga dapat membuat eksperimen tentang
keperluan asas tumbuhan tersebut dan cara tumbesaran tumbuhan. Mereka akan
merekodkan ketinggian tumbuhan hari ke hari. Ia akan mengembirakan murid.
Pembelajaran seronok dikalangan murid dapat dikekalkan.
Saya juga menggalakkan murid-murid membawa haiwan peliharaan mereka
sendiri untuk memelihara di Taman Sains. Haiwan seperti arnab, hamster,
burung, ikan dan sebagainya dicadangkan kepada murid. Dengan ini, mereka dapat
pembelajari keperluan asas, makanannya, cara makan dan cara pergerakan
haiwan tersebut. Disamping pembelajaran sains, ai akan memupuk nilai sayang,
tanggungjawab dan belas kasihan terhadap haiwan tersebut.
Ia juga memberi kefahaman kepada murid terhadap konsep keperluan asas
haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta kaitannya dengan peranan manusia
Di Taman Sains, saya membina kipas angin bagi menentukan arah angin meniup.
Murid-murid juga memberi idea membina kipas angin mereka dan mencantikkan taman
sains. Ia akan merangsangkan daya kreativiti.
Pembelajaran dan pengajaran di Taman Sains ini akan meningkatkan minat dan
penguasaan murid terhadap pembelajaran sains melalui pengalaman secara konkrit
yang berkaitan dengan persekitaran. Ini membolehkan murid berinteraksi dengan
ekosistem melalui pendekatan sosialisasi.
Ia akan merangsang minda dan kreativiti murid dalam pembelajaran sains
semasa mereka membuat pemerhatian secara kontekstual dan membuat perkaitan
diantara teori dan realiti serta perasaan ingin tahu murid terhadap apa yang
dipelajari dan apa yang diperhatikan.
[17]
Gambaran Taman Sains Sekolah :
[18]