makro dan mikro nutrien
DESCRIPTION
Student docTRANSCRIPT
PENGENALAN:
Dalam kerja kursus SCE3101 (Hidupan dan Proses Hidupan) kali ini, saya
akan mengutarakan tentang beberapa komponen penting dalam kehidupan
manusia.
Pada soalan pertama, saya akan mengupas tentang jenis-jenis makronutrien
dan mikronutrien. Penerangan tentang kedua-dua nutrien ini dikembangkan lagi
dengan memberikan contoh-contoh makanan, fungsi, kesan kekurangan serta kesan
jika diambil secara berlebihan.Bagi soalan kedua, saya akan memberikan beberapa
contoh kaedah pemprosesan makanan. Selain daripada itu, saya juga akan
meghuraikan serba sedikit tentang kaedah-kaedah dalam pemprosesan makanan.
Huraian adalah berdasarkan bagaimanakah kaedah tersebut membantu dalam
menjadikan makanan itu selamat dimakan, bebas daripada sebarang
mikroorganisma serta tahan lebih lama (tidak mudah rosak).
Secara umumnya, kerja kursus ini banyak menghuraikan tentang perlunya
manusia memberikan perhatian terhadap pengambilan makanan seharian disamping
mengenalpasti zat, vitamin dan nutrien mengikut keperluan badan manusia. Amalan
pemakanan mempengaruhi tahap kesihatan kita. Badan memerlukan bekalan
nutrien yang seimbang agar kekal sihat. Banyak nutrien yang diperolehi daripada
makanan; antaranya ialah vitamin, mineral (garam galian), protein dan karbohidrat.
Makanan berfungsi sebagai bahan api yang membekalkan tenaga yang
diperlukan untuk manusia melakukan aktiviti harian serta membolehkan sistem-
sistem dalam badan berfungsi dengan sempurna. Sebaliknya amalan dan corak
pemakanan yang tidak sihat akan memberi ancaman serius kepada kesihatan fizikal
dan mental manusia.
1
SOALAN 1:
Nyatakan jenis-jenis makronutrien dan mikronutrien beserta fungsi dan kesan
kekurangan nutrien tersebut.
NUTRIEN
Nutrien adalah zat yang terkandung dalam makanan.
Kepentingan Nutrien
Nutrien penting untuk tumbesaran, pembekalan tenaga dan menjaga kesihatan
badan manusia.Nutrien terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Makronutrien dan
Mikronutrien. Penerangan dibawah menerangkan tentang sumber, fungsi, kesan
kekurangan dan kesan jika di ambil secara berlebihan:
MAKRONUTRIEN
Makronutrien terdiri daripada karbohidrat, protien dan lemak. Keterangan
mengenainya adalah seperti berikut:
Makronutrien Sumber
Makanan
Fungsi Kesan
Kekurangan
Kesan
Berlebihan
KARBOHIDRAT Nasi. Roti, ubi
kentang, oat,
mee dan
jagung
-Membekalkan
tenaga untuk
badan.
-Menjadian badan
sihat dan kuat.
-Badan menjadi
lemah dan tidak
bermaya.
-Boleh
menyebabkan
mengantuk.
-Obesiti
(kegemukan)
PROTEIN Ikan, daging,
telur, susu,
kacang soya
dan tempe
-Tumbesaran dan
membaiki tisu
yang rosak.
-Penyakit
Maramus dan
Kwashiorkor
-Badan menjadi
-Ditukar
kepada
karbohidrat
2
kurus dan lemah. atau lemak
LEMAK Minyak
masak, susu,
mentega, keju
dan coklat
-Sumber tenaga
untuk
memanaskan
badan
-Badan menjadi
kurus
-Obesiti dan
penyakit
koronari.
Kesimpulan:
Antara tiga makronutrien penting iaitu karbohidrat, protein dan lemak;
karbohidrat ialah sumber tenaga pilihan, diikuti oleh lemak manakala protein pula
disimpan untuk penghasilan dan pemuliharaan sel tubuh. Anda mungkin terkejut jika
mengetahui betapa fungsi tubuh sangat bergantung kepada karbohidrat; selagi
mana karbohidrat boleh didapati, sel otak kita bergantung sepenuhnya kepada
karbohidrat sebagai sumber tenaga. Lemak pula tidak digunakan oleh otak ataupun
sistem saraf dan pemakanan berlemak tinggi juga sering dikaitkan dengan pelbagai
penyakit.
Contoh sumber mikronutrien dalam makanan
3
MIKRONUTRIEN
Mikronutrien terdiri daripada pelbagai jenis vitamin dan garam mineral.
Fungsi utama mikronutrien adalah untuk meningkatkan daya tahan badan daripada
penyakit dan sebagai pelawas. Berikut adalah keterangan mengenai sumber, fungsi
serta kesan kekurangan dan kesan jika di ambil secara berlebihan:
Vitamin:
Vitamin yang terkandung dalam kumpulan mikronutrien terbahagi kepada 2
bahagian iaitu:
I. Vitamin larut air :Vitamin B1, B2, B6, B12 dan Vitamin C.
II. Vitamin larut lemak : Vitamin A, D, E dan K.
Vitamin larut air:
Mikronutrien
(Vitamin)
Sumber
Makanan
Fungsi Kesan
Kekurangan
Kesan
Berlebihan
B1 Gandum,daging,
susu,
Kacang hijau,
ragi, beras dan
telur
Pembentukan
sistem saraf,
penghadaman
dan pertumbuhan
-Penyakit Beri-
beri
-Hilang selera
makan
-Penyakit
edemia
-Badan
mengigil dan
gementar
B2 Susu, keju, hati
dan telur
Penjagaan tisu
kulit, tisu mata
dan penafasan
-Anemia
-Rabun
-Pecah dan
kekeringan
bahagian mulut
atau bibir
-Gatal kulit
4
B6 Hati , kacang,
ragi, ikan dan
telur
Komponen untuk
metabolisma
protein dan asid
amino
Anemia dan
sisitem imunisasi
terjejas
-Sawan
B12 Daging, ikan,
susu dan telur
-Pembentukan sel
darah merah
-Lumpuh
-Pertumbuhan
badan terbantut
-Polysythemia
C Limau, mangga,
sayuran hijau,
jambu batu,
tomato dan
nanas
-Pembentukan
tisu dan
perlindungan
melawan penyakit
-Penyakit skurvi,
gusi berdarah
dan luka lambat
sembuh
-Cirit-birit
-Sakit perut
(asid
berlebihan)
Vitamin larut lemak:
Mikronutrien
(Vitamin)
Sumber
Makanan
Fungsi Kesan
Kekurangan
Kesan
Berlebihan
ASusu, keju, hati,
minyak ikan
-Pembentukan
kulit, tulang,
penglihatan,
pertumbuhan
badan dan sistem
imunisasi
-Tumbesaran
terbantut, rabun
malam,kulit
sisik,gigi mudah
rosak
-Rambut
gugur
-muntah,
Sukar tidur
( insomnia )
D Minyak
ikan,minyak
sayuran dan
cahaya matahari
-Menjaga dan
membina
kesihatan tulang
dan gigi
-Penyakit riket
-Asteoporosis
-Aneroksia
Nervosa dan
cirit birit
5
E Minyak sayuran
kekacang dan
bijirin
-Membina sel
darah merah dan
membantu fungsi
sperma dan ovum
-Kelahiran tidak
cukup bulan
kecacatan
sistem saraf
-Tekanan
darah
meningkat
K Sayuran hijau
beralkoli
-Membantu
proses
pembekuan darah
-Darah lambat
beku
-Muntah
Garam mineral:
Mikronutrien
(Garam
mineral)
Sumber
Makanan
Fungsi Kesan
Kekurangan
Kesan
Berlebihan
KALSIUMSusu, dadih,
keju, ikan bilis
dan sayuran.
-Pembentukan
tulang,gigi
-Meningkatkan
fungsi otot
-Riket
-Asteoporosi
-Fungsi
jantung
terjejas dan
sakit jantung
FOSFORUS Ikan,susu,udang,
kekacang,kuning
telur
-Pembentukan
tulang
meningkatkan
fungsi saraf dan
otot
-Lemah otot
-Reput tulang
dan gigi
-Sakit Perut
KALIUM Kacang
tanah,pisang,jus
oren,kacang
hijau
-Mengekal
keseimbangan
cecair badan
-Loya
-Lemah Otot
-Fungsi
jantung
terjejas
6
KLORIDA Garam
-Pembentukan
asid hidroklorik
untuk sistem
penghadaman
-Muntah
-Sawan
-Tekanan
Darah Tinggi
NATRIUM Garam -Membantu
mengecutkan otot
-Membina plasma
darah
-Kejang otot
-Loya
-Muntah
-Hilang selera
makan
-Tekanan
darah tinggi
MAGNESIUM Bijirin,sayuran
hijau,
ayam daging
-Pembentukan
tulang
-Pengecutan otot
-Lemah Otot
-Kekejangan
-Loya
-Muntah
FERUM Hati,daging,sayu
ran hijau,kuning
telur
-Pembentukan
tulang
-Pengecutan otot
-Anemia -Kerosakan
hati
FLORIDA Makanan Laut-
tiram / kerang
-Pembentukan
hemoglobin
-Kerosakan gigi -Gigi warna
kekuningan
ZINK Bijirin,ikan,
daging
-Membantu
tumbesaran
-Tumbesaran
terbantut
-Sistem
imunisasi
terjejas
KUPRUM -Daging,hati,ikan -Pembentukan
hemoglobin
-Anemia -Loya
-Muntah
SOLANIUM Daging,makanan
laut,hati
-Pembentukan
enzim
-Kerosakan otot
koronari
-Keguguran
rambut
7
MANGANAN Biji kekacang -Kompenan
Enzim untuk
proses
metabolisme
-Pertumbuhan
terbantut
-Sistem saraf
terjejas
OIDIN Makanan Laut -Kompenan
hormon tiriod
-Beguk
( goiter )
-Ulser mulut
Kesimpulan:
Secara umumnya, mikronutrien adalah vitamin dan garam galian mineral yang
terdapat dalam makanan. Pengambilan semua jenis zat ini hendaklah secara
seimbang dan mengikut keperluan tubuh manusia.
Pengambilan makanan seimbang perlu untuk kesihatan
8
SOALAN 2:
Apakah kaedah pemprosesan makanan? Nyatakan setiap kaedah pemprosesan
makanan dan huraikan setiap kaedah tersebut.
PEMPROSESAN MAKANAN
Menurut Mohd Zukfadli Ibrahim dalam bukunya Kaedah Pemprosesan
Makanan : Kursus Sijil Teknologi Makanan (Politeknik); Kaedah pemprosesan
makanan adalah proses menjadikan sesuatu makanan kepada bahan yang boleh
dimakan dengan selamat serta mengelakkan makanan tersebut daripada rosak.
KAEDAH PEMPROSESAN MAKANAN SERTA HURAIAN
Ada berbagai-bagai kaedah dalam pemprosesan makanan. Antaranya adalah:
Kaedah pemprosesan makanan Huraian
Memasak Mengaplikasikan haba pada makanan (menggoreng,
merebus, membakar, memanggang). Ia sesuai untuk
semua jenis makanan. Kaedah ini dapat membunuh
bakteria yang terdapat dalam makanan.
Pengawetan dengan garam Merendam makanan dalam larutan saline (sodium
chloride, garam). Contohnya daging, telur dan sayur.
(garam dapat menutralkan asid yang terdapat dalam
makanan).
9
Pengawetan dengan gula Merebus makanan dalam larutan gula yang pekat.
Contohnya jem buah-buahan. Bakteria tidak boleh
hidup dalam larutan gula yang pekat (kepekatan
tinggi) jadi makanan akan tahan lebih lama.
Pengawetan dengan cuka Merendam makanan kedalam cuka. Contohnya
daging, buah dan sayur-sayuran.
Pemerapan Sesetengah bakteria atau yis akan menghasilkan
enzim yang menukarkan bentuk dan rasa makanan.
Contohnya belacan, tempeh, arak, keju dan yogurt
Pengeringan Meletakkan makanan dibawah sinaran matahari
untuk dikeringkan. Contohnya sayur, buah, daging,
ikan
Pempasturan Pemanasan cecair pada suhu 720C dalam masa 15
saat atau 630C selama 30 minit. Contohnya susu,
jus buah-buahan.
Ultra Heat Treatment (UHT) Memanaskan cecair pada suhu 1320C selama 1
saat. Kemudian dibungkus kedalam bekas kedap
udara. Contohnya susu, jus, krim, yoghurt.
Pengetinan Makanan diletakkan di dalam tin dan di panaskan
pada suhu 1160C hingga 1210C ditutup dan dipateri.
Contohnya daging buah-buahan, sayur-sayuran,
tuna dan minuman.
Penyejukkan Di disimpan di dalam peti sejuk di bawah suhu -
180C. Contohnya ayam, ikan, daging
10
Pembungkusan vakum Makanan di simpan dalam plastic kedap udara
setelah udara disedut keluar. Contohnya kacang
tanah, keropok, daging, sosej.
Kesimpulan:
Kaedah pemprosesan makanan amat perlu untuk memastikan makanan itu selamat
dimakan, lazat serta bebas dari kuman. Semua kaedah ini melalui metod
menghalang pembiakkan serta mengurangkan keaktifan mikroorganisma.
Pemprosesan makanan
11