malay language - moe
TRANSCRIPT
MALAY LANGUAGE
SYLLABUS Pre-University
ML B and H1
Implementation starting with
2012 JC 1 and Pre-U 1 Cohort
Ministry of Education
SINGAPORE
© 2016 Curriculum Planning and Development Division. This publication is not for sale. Permission is granted to reproduce this publication in its entirety for personal or non-commercial educational use only. All other rights reserved.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
KANDUNGAN
PENDAHULUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN SINGAPURA 7
HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI 9
BAB 1 PENGENALAN
1.1 VISI ARIF BUDIMAN 12
1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13
BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI
2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 16
2.2 PROGRAM BAHASA MELAYU 17
2.3 TEMA DAN WAKTU KURIKULUM 18
2.4 PENGISIAN UMUM 19
BAB 3 BAHASA MELAYU B
3.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 26
3.2 PENGISIAN KURIKULUM 27
3.3 HASIL PEMBELAJARAN 31
BAB 4 BAHASA MELAYU H1
4.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 34
4.2 PENGISIAN KURIKULUM 35
4.3 HASIL PEMBELAJARAN 39
BAB 5 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.1 PERANCANGAN 42
5.2 PEDAGOGI 44
5.3 PENILAIAN 52
BAB 6 LAMPIRAN
6.1 DAFTAR PERIBAHASA 58
PENDAHULUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN SINGAPURA
HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
PENDAHULUAN
Dasar dwibahasa dalam sistem pendidikan Singapura menekankan
kepentingan pembelajaran Bahasa Ibunda untuk warisan dan budaya kita.
Kebolehan berdwibahasa merupakan kekuatan yang ada pada warga
Singapura; kelebihan yang perlu kita kekalkan. Dengan keupayaan
menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda dengan fasih, lebih
banyak peluang akan terbuka kepada warga Singapura.
Dengan dasar dwibahasa sebagai tunjang sistem pendidikan kita,
Bahasa Melayu wajib dipelajari dalam kurikulum sekolah di negara ini sebagai
salah satu mata pelajaran bahasa ibunda. Kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan satu daripada bahasa rasmi di Singapura menjadikan
bahasa Melayu berperanan penting dalam penyaluran idea, pemikiran dan
budaya serta menjadi jembatan kukuh hubungan masyarakat Singapura yang
berbilang bangsa, bahasa dan agama.
Oleh yang demikian, kesinambungan penggunaan bahasa penting bagi
membina dan mengekalkan jati diri masyarakat. Di samping itu, penguasaan
bahasa Melayu juga membolehkan warga Singapura merebut peluang di
rantau yang berkembang pesat dan menjalin hubungan khususnya dengan
warga lain di rantau ini . Sementelah, aspek-aspek ini amat bertepatan dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam abad yang ke-21 ini.
6
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Singapura mempunyai dua matlamat: membentuk sikap
dan menyediakan pelajar menjadi warganegara yang baik serta bersedia
untuk alam pekerjaan.
Pendidikan merupakan proses yang membentuk pelajar menjadi insan
yang baik secara keseluruhan. Melalui pendidikan, pelajar dididik dari segi
moral, intelektual, fizikal, sosial, emosi dan estetika. Pelajar juga akan belajar
menjadi seseorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap
keluarga dan masyarakat serta memahami dan memainkan peranan dalam
pembangunan masa depan Singapura.
Tujuan Persekolahan
Sekolah merupakan institusi pembelajaran. Dengan kerjasama
keluarga, sekolah membolehkan pelajar mengenali diri dahulu, kekuatan dan
pelbagai aspek pertumbuhan diri. Sekolah memberikan asas-asas kukuh
pembelajaran untuk menyediakan pelajar ke tahap pendidikan selanjutnya.
Pada masa yang sama, pelajar dilengkapi dengan kecekapan-kecekapan
yang membolehkannya maju dalam dunia yang kompetitif. Kecekapan-
kecekapan ini termasuklah kebolehan melahirkan pendapat dengan yakin,
berfikiran kritikal, bekerja dalam kumpulan, dan berinovatif dan berdaya
usaha.
Sekolah merupakan wadah bagi pelajar bergaul. Semasa berinteraksi
dengan pelajar-pelajar dari latar yang berbeza, pelajar sedar bahawa dirinya
adalah sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar dan secara aktif
dia mampu memberikan sumbangan kepada kehidupan orang lain. Dia juga
belajar untuk bekerjasama secara rentas budaya. Sekolah menyediakan
peluang untuk pelajar mengembangkan rasa cinta akan negara.
Sekolah memberikan bimbingan dan hala tuju moral kepada pelajar
melalui etos disiplin dan prihatin. Para pendidik membimbing dan mencorak
daya berfikir dan tanggapan pelajar serta membentuk keperibadian moralnya.
Akhirnya, pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan
yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan
menyumbang kepada masyarakat dengan aktif.
7
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
Mengasuh Pelajar-pelajar
Pelajar merupakan tumpuan segala usaha pengajaran dan
pembelajaran. Tanggapan kita tentang pelajar dan cara dia belajar
memandu kita untuk membantunya menjadi yang terbaik.
• Setiap anak mempunyai nilai intrinsik; berperibadi dengan fikiran
dan tanggapan sendiri. Kesabaran dan kegigihan diperlukan
untuk mengasuh anak-anak semasa tanggapan dan sistem
nilainya terbentuk.
• Setiap pelajar mampu belajar dan berjaya. Dia mempunyai
keperluan dan keupayaannya sendiri, dan berkembang mengikut
kemampuannya. Dia memerlukan bimbingan untuk membina
kekuatan dan mencapai matlamatnya.
• Pelajar belajar dengan baik sekira adanya peraturan dan disiplin.
Dia juga memerlukan jagaan dan galakan untuk meneroka dan
melakukan suatu tindakan cemerlang. Keseimbangan antara
kedua-duanya melahirkan suasana yang kondusif untuk
pembelajaran dan pertumbuhan.
• Pembelajaran pelajar-pelajar haruslah sesuai dengan
perkembangan mereka. Perkara yang diajarkan perlu sesuai
dengan usia, cara dan berapa banyaknya perkara itu perlu
dipelajari. Hal ini akan membantu pelajar membangunkan
keyakinan dan motivasinya untuk belajar.
Para pendidik harus memahami pelajar-pelajar dan prihatin akan
isu-isu pendidikan yang kompleks. Mereka juga harus berusaha
mendalami kemahiran subjek dan mengukuhkan kecekapan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Pendidik tulen mengutamakan anak
didiknya dan yakin bahawa mereka boleh meninggalkan kesan kepada
kehidupan anak itu.
8
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI
Seseorang pelajar yang melalui pendidikan peringkat prauniversiti
haruslah mencapai Hasil Pendidikan Yang Diingini. Pelajar itu haruslah
mempunyai kesedaran kendiri yang baik, berhemah dan mempunyai
kemahiran-kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan bagi menghadapi
cabaran masa hadapan. Pelajar bertanggungjawab terhadap keluarga,
masyarakat dan negaranya; mempunyai minda dan tubuh yang sihat;
menghargai persekitaran dan mempunyai azam yang kuat untuk menghadapi
kehidupan. Dengan kata-kata lain, pelajar harus:
• yakin dan berupaya membezakan yang baik atau sebaliknya, boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan, gigih, mengenali dirinya,
membuat pertimbangan dengan bijak, berfikir secara kendiri dan kritis,
dan berkomunikasi dengan efektif;
• mempunyai arah kendiri dan bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri, suka bertanya, melakukan refleksi dan tabah
untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran;
• menjadi penyumbang aktif yang boleh bekerja dalam kumpulan,
menggunakan inisiatif, mengambil risiko, inovatif dan bekerja keras
untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik; dan
• menjadi warga yang prihatin, cinta akan tanah airnya, mempunyai
kesedaran sivik yang tinggi, tahu dan memainkan peranan aktif dalam
membaiki kehidupan orang-orang di sekelilingnya.
Untuk memenuhi hasrat Hasil Pendidikan Yang Diingini, setiap pelajar
haruslah mencapai perkara-perkara yang berikut pada akhir pendidikan
prauniversiti :
• mempunyai keberanian moral untuk menegakkan perkara yang betul;
• semangat tidak mudah luntur apabila berada dalam kesusahan;
• boleh bekerjasama secara silang budaya dan mempunyai
tanggungjawab sosial;
• inovatif dan berdaya usaha;
• boleh berfikir secara kritikal dan berkomunikasi dengan yakin;
• bertekad dalam mengejar kecemerlangan;
• menginginkan kehidupan yang sihat dan menghargai nilai estetik; dan
• bangga menjadi rakyat Singapura dan memahami Singapura
mempunyai kaitan dengan negara lain dan dunia global.
9
BAB 1 PENGENALAN
1.1 VISI ARIF BUDIMAN
1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
1.1 VISI ARIF BUDIMAN
Dalam mencapai Hasil Pendidikan Yang Diingini, pelajar perlu
dilengkapi dengan sikap, kemahiran dan ilmu. Oleh itu, kita harus membentuk
setiap pelajar menjadi seseorang yang mempunyai ciri-ciri Arif Budiman. Visi
Arif Budiman, iaitu insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada
masyarakat menetapkan satu hala tuju bagi guru dan pelajar Bahasa
Melayu untuk membina kefasihan berbahasa dan penghayatan nilai dan
budaya Melayu. Pengajaran Bahasa Melayu di Singapura berperanan untuk
melengkapkan setiap pelajar dengan sikap, kemahiran dan ilmu untuk
menjadi insan yang berhemah dan memberikan sumbangan kepada
pembangunan dan penakatan masyarakat dan negara.
Yang berikut ialah rajah visi Arif Budiman dan perkara-perkara yang
diutamakan dalam pengajaran bahasa, nilai dan budaya Melayu di setiap
peringkat pendidikan.
VISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Menengah
Mendalami dan menghargai bahasa dan budaya Melayu dalam
pelanjutan pembangunan negara.
Rendah
Mengenali dan memahami bahasa dan budaya Melayu sebagai
sebahagian daripada masyarakat majmuk Singapura.
Prauniversiti
Membina bahasa dan budaya Melayu secara kreatif dalam
kesediaan menghadapi cabaran dan peluang dalam dunia yang
berubah.
ARIF BUDIMAN
Insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat.
12
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21
Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
dalam falsafah pendidikan adalah untuk membentuk sikap pelajar dan
menyediakan mereka menjadi warganegara yang baik serta bersedia untuk
alam pekerjaan. Untuk itu, guru akan berusaha untuk melengkapkan pelajar
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan untuk
kehidupan dan pekerjaan sebagai orang dewasa dalam abad ke-21.
Untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kurikulum, guru
perlulah memperhalus pendekatan pengajaran dan kaedah penilaian. Yang
berikut merupakan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan dalam kehidupan
sejagat:
Literasi Sivik, Kesedaran Global dan Kemahiran Silang Budaya
Masyarakat kita kian menjadi lebih kosmopolitan dan semakin ramai
warga Singapura menetap dan bekerja di luar negara. Oleh itu, pelajar
memerlukan pandangan dunia yang lebih luas dan berkebolehan bekerja
dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang budaya dengan idea dan
perspektif yang berlainan. Pada masa yang sama, mereka memerlukan
pengetahuan tentang isu-isu nasional, bangga menjadi warga Singapura dan
menyumbang secara aktif kepada masyarakat.
Pemikiran Kritikal dan Berdaya Cipta
Untuk menyediakan diri untuk masa hadapan, pelajar-pelajar perlu
berupaya berfikir secara kritikal, menilai pilihan yang ada dan membuat
keputusan yang bijak. Mereka harus mempunyai keinginan belajar, meneroka
dan mengemukakan pendapat yang berbeza. Mereka tidak harus takut
membuat kesilapan dan menghadapi cabaran yang mungkin tampak
menggentarkan pada mulanya.
Kemahiran Mengendalikan Maklumat dan Berkomunikasi
Dengan revolusi Internet, maklumat kini boleh didapatkan dengan
pantas. Adalah penting untuk para pelajar mengetahui soalan-soalan yang
patut diajukan, kaedah menapis dan memilih maklumat yang relevan dan
berguna. Pada masa yang sama, mereka perlu pintar menilai agar dapat
melindungi diri mereka daripada bahaya serta mempraktikkan amalan yang
beretika di ruang siber. Yang penting, mereka harus berupaya menyampaikan
idea-idea mereka dengan jelas dan berkesan.
13
BAB 2 KURIKULUM
PRAUNIVERSITI
2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.2 PROGRAM BAHASA MELAYU
2.3 TEMA DAN WAKTU KURIKULUM
2.4 PENGISIAN UMUM
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Matlamat
Matlamat program Bahasa Melayu peringkat prauniversiti adalah untuk
melengkapkan pelajar dengan kecekapan berbahasa dan membolehkan
pelajar mendalami dan menghargai bahasa dan budaya masyarakat Melayu
dalam pelanjutan pembangunan negara. Pelajar diharap akan berupaya
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu baku bagi memenuhi
keperluan diri dan membina hubungan sosial dalam konteks masyarakat
majmuk Singapura dan masyarakat dunia.
Objektif
Dalam menjalani pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat
prauniversiti, para pelajar akan dapat:
• menggunakan bahasa Melayu untuk membentuk jati diri;
• menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan mengambil kira
tujuan khalayak dan konteks masyarakat dan budaya;
• menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui
penggunaan bahasa Melayu;
• memperoleh, menilai, menggunakan dan menyampaikan maklumat,
idea dan perasaan dengan menggunakan bahasa Melayu;
• menanam sikap positif terhadap konsep, idea atau gagasan;
• menyerapi nilai-nilai murni masyarakat, negara dan insan sejagat;
• menghargai dan menghayati unsur-unsur budaya Melayu, khususnya
dan budaya lain amnya;
• menghargai bahasa dan sarana budaya dan ilmu; dan
• menyiapkan diri untuk mengikuti pengajian di peringkat yang lebih
tinggi.
Dalam program-program bahasa Melayu di peringkat prauniversiti,
para pelajar dilengkapi dengan tiga dimensi berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa, iaitu kemahiran reseptif, produksi dan interaktif. Mod
komunikasi ini diajarkan melalui enam kemahiran, iaitu:
Dimensi Reseptif Produksi Interaktif
Kemahiran
Bahasa
Mendengar Pertuturan Interaksi Lisan
Membaca Penulisan Interaksi Penulisan
16
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 17
Seperti yang dinyatakan dalam Hasil Pendidikan Yang Diingini,
pengajaran dan pembelajaran haruslah sesuai dengan perkembangan pelajar
sama ada usia mahupun keupayaan bahasa mereka. Untuk itu, di peringkat
prauniversiti, pelajar boleh memilih untuk menjalani kursus Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Ibunda berdasarkan keupayaan dan kecenderungan mereka.
Bahasa Melayu B
Program Bahasa Melayu B ditawarkan kepada pelajar yang
mempunyai kesukaran mempelajari Bahasa Melayu, terutama mereka yang
tidak mempunyai latar belakang bahasa Melayu dan memerlukan sokongan.
Pelajar menghadapi cabaran walaupun telah berusaha. Pelajar yang
memenuhi kriteria kelayakan berdasarkan keputusan peperiksaan peringkat
‘O’ atau Bahasa Melayu H1 (Gred E8 ke bawah) ataupun pelajar yang
memasuki semula sistem pendidikan kita (dari luar negara) atau mereka yang
menghadapi masalah mengikuti pelajaran Bahasa Melayu peringkat H1 boleh
mengambil Bahasa Melayu B.
Bahasa Melayu Peringkat H1 (H1 ML)
Kursus Bahasa Melayu Peringkat H1 (H1 ML) ditawarkan kepada para
pelajar yang mengambil Bahasa Melayu di peringkat ‘O’ atau pelajar yang
tidak mengambil Bahasa Melayu Lanjutan di peringkat ‘O’ atau para pelajar
yang mendapat Gred D7 ke bawah bagi kertas Bahasa Melayu Lanjutan
Peringkat ‘O’. Kursus ini meliputi komponen bahasa yang diajarkan
berdasarkan tema dan subtema dengan menggunakan Modul Teras dan
Modul Elektif.
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Peringkat H2 (H2 MLL)
Program Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 (H2 MLL) ditawarkan
kepada para pelajar yang mempunyai kemahiran bahasa Melayu yang baik
dan berminat untuk menghayati karya-karya Sastera Melayu. Kursus ini
mempunyai 2 komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera.
Komponen sastera meliputi teks-teks sastera seperti novel, cerpen, drama dan
puisi.
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Peringkat H3 (H3 MLL)
Kursus Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Peringkat H3 (H3 MLL)
merupakan lanjutan kepada kursus Bahasa dan Kesusasteraan Peringkat H2
(H2 MLL). Kursus ini merangkumi dua komponen; Penulisan Ekspresif dan
Analisis Kritikal. Komponen Penulisan Ekspresif memerlukan pelajar menulis
sebuah cerpen berdasarkan tema atau menulis komentar berkenaan isu yang
diberikan. Komponen Analisis Kritikal pula memerlukan pelajar memberikan
analisis kritikal mereka terhadap teks sastera yang ditentukan.
2.2 PROGRAM BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
2.3 TEMA DAN WAKTU KURIKULUM
Tema Pengajaran dan Pembelajaran
Di peringkat prauniversiti, pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dijalankan dengan menggunakan dua modul, iaitu Modul Teras dan
Modul Elektif. Modul-modul ini diajarkan berdasarkan enam tema utama dan
beberapa subtema untuk memberikan jangkaan dan ruang lingkup yang lebih
jelas.
Modul Teras
Dalam modul teras, pengajaran dan pembelajaran dijalankan
bersandarkan empat tema utama, iaitu:
Persekitaran
Pendewasaan
Negara dan Masyarakat; dan
Budaya dan Rekreasi
Modul Elektif
Modul elektif pula melingkupi dua tema yang berkaitan dengan:
Lagu dan filem; dan
Internet dan Media
Waktu Kurikulum
Bahasa Melayu di peringkat prauniversiti perlu diajarkan dalam masa
kurikulum yang ditentukan. Waktu kurikulum ini dianggarkan mencukupi dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat dan objektif kursus-
kursus di peringkat ini. Peruntukan waktu kurikulum ditentukan berdasarkan
kursus yang ditawarkan seperti yang berikut :
* Anggaran jumlah minggu yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru dan
pihak sekolah boleh membuat penyesuaian berdasarkan keperluan program BM di sekolah
masing-masing.
18
Kursus Waktu
Seminggu
Jumlah
Waktu
Jumlah
Minggu*
Bahasa Melayu B 4 Jam 112 Jam 28 Minggu
Bahasa Melayu H1 4 Jam 112 Jam 28 Minggu
Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu H2 (H2 MLL) 4 Jam 224 Jam 56 minggu
Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu H3 (H3 MLL) 2 Jam 56 Jam 28 Minggu
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 19
Kata Tunggal Kata Terbitan
Bentuk Kata
Kata Majmuk Kata Ganda
Sistem Bahasa
Sistem bahasa ialah aspek bahasa yang perlu dipelajari dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sistem bahasa ini merangkumi
tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, tanda baca dan
peribahasa. Kesemua aspek ini perlu dikuasai bagi membolehkan pelajar
menggunakan bahasa Melayu baku dengan betul dan berkesan. Untuk
membantu pelajar dalam pembelajaran, aspek bahasa yang telah dipelajari
akan diulang di peringkat seterusnya dan pemahaman pelajar akan
dikukuhkan melalui latihan pengukuhan yang disediakan.
Tatabahasa
Tatabahasa menjadi asas kecekapan berbahasa dan harus diajarkan
secara terancang dan dalam konteks yang bermakna dan difahami oleh
pelajar. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.
Morfologi - bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk kata, proses
pembentukan kata dan golongan kata.
Bentuk kata terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan
kata majmuk.
2.4 PENGISIAN UMUM
Pengimbuhan Penggandaan
Proses Pembentukan Kata
Pemajmukan Pengakroniman
Proses pembentukan kata meliputi pengimbuhan, penggandaan,
pemajmukan dan pengakroniman.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 20
Sintaksis - bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
ayat. Hal ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat serta cara ayat
dibina dan disusun.
Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:
a. unsur utama ayat, iaitu kata, frasa, klausa dan pembinaannya serta
pembahagian ayat (subjek dan predikat);
b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan
c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang; dan
e. binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Sebutan dan Intonasi
Sebutan diajarkan agar pelajar dapat menyebut perkataan dengan betul
dan menggunakan sebutan bahasa Melayu baku. Intonasi ialah naik turun
nada suara ketika melafazkan kata-kata. Dalam pengucapan bahasa Melayu,
terdapat intonasi yang berbeza-beza mengikut ragam dan jenis ayat. Pelajar
perlu memahami penggunaan intonasi agar dapat menyampaikan sesuatu
maksud dengan tepat dan jelas berdasarkan konteks, tujuan dan khalayak.
Kata Nama Kata Kerja
Golongan Kata
Kata Tugas Kata Adjektif
Golongan kata pula terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif,
dan kata tugas
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 21
Nilai Murni
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu bertujuan
untuk melahirkan insan yang berhemah tinggi selaras dengan nilai yang
termaktub dalam Hasil Pendidikan yang Diingini. Seseorang pelajar yang
melalui pendidikan prauniversiti diharap akan menjadi seorang pelajar yang
mempunyai arah kendiri dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya,
yakin, menjadi penyumbang aktif dan prihatin, dan cinta akan tanah airnya.
Selain itu, nilai murni negara yang diserlahkan melalui Pendidikan
Nasional juga diberikan keutamaan. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang
utuh dipelihara dan dipraktikkan masyarakat Melayu termasuk nilai-nilai
amanah, kejujuran, berhemah tinggi, hormat-menghormati, berjimat cermat,
kesetiaan, kesabaran dan keadilan juga disemai melalui proses pengajaran
dan pembelajaran. Penyerapan nilai-nilai negara dan masyarakat ini diharap
akan dapat melahirkan pelajar yang berupaya mendalami dan menghargai
bahasa dan budaya masyakarat Melayu sebagai sebahagian masyarakat
Singapura dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Hal
ini diharap akan membantu pelajar mencapai visi Arif Budiman - insan berilmu
pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat. Pemahaman dan kesedaran
tentang nilai-nilai yang disasarkan ini harus dilaksanakan secara terancang
atau sistematik sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Pendidikan Nasional
Penyerapan Pendidikan Nasional dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu bertujuan untuk memupuk sikap cinta akan negara dan
mengukuhkan jati diri pelajar sebagai warganegara Singapura. Nilai
patriotisme yang terkandung dalam Pendidikan Nasional hendaklah disemai
secara tidak langsung melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang
sesuai. Usaha ini hendaklah dilaksanakan dengan perancangan yang teliti
agar perutusan yang hendak disampaikan dapat difahami dan dihayati oleh
setiap pelajar.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 22
Pendidikan Nasional mengandungi enam perutusan berikut:
1. Singapura tanah air kita; di sini tempat kita.
Kita mahu mengekalkan warisan dan cara hidup kita.
2. Kita mesti mengekalkan keharmonian kaum dan agama.
Walaupun kita terdiri daripada berbilang kaum, agama, bahasa dan
budaya, kita mempunyai nasib yang sama.
3. Kita mesti mendukung meritokrasi dan sifat amanah.
Ini bermakna peluang bagi semua, mengikut kebolehan dan usaha
mereka.
4. Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap Singapura.
Kita mesti mencari jalan sendiri untuk bertahan dan mencapai
kemakmuran.
5. Kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura.
Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan
kesejahteraan kita.
6. Kita mempunyai keyakinan terhadap masa depan kita.
Dengan bersatu, berazam dan bersedia, kita akan membina masa
depan yang cerah bagi diri kita sendiri.
Sebagai pelanjutan kepada perutusan di atas, Pendidikan Nasional
juga memberikan tumpuan pada penglibatan pelajar dan penyediaan ruang
bagi pelajar menyumbang kepada masyarakat. Satu kerangka yang
melibatkan ‘minda, hati dan tenaga’ diusulkan sebagai panduan. Dengan kata-
kata lain, melalui ‘minda’, para pelajar digalakkan agar terlibat secara aktif
dalam pembelajaran, mengetahui dan memikirkan isu-isu yang melibatkan
Singapura dan memahami isu-isu tersebut secara mendalam. ‘Hati’ pelajar
juga perlu terus dipupuk agar mereka menyedari bahawa mereka merupakan
sebahagian daripada Singapura, mempunyai kecintaan terhadap negara dan
menghargai negara sebagai tempat mereka dilahirkan dan dibesarkan. Selain
itu, para pelajar perlulah diberi peluang untuk menyumbang kepada
masyarakat dan menyedari bahawa setiap individu mempunyai peranan untuk
mencipta, membina dan memimpin bagi kemakmuran, penakatan dan
kesejahteraan Singapura.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 23
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Literasi Digital merupakan salah satu keperluan untuk warga Singapura
dalam abad ke-21. Oleh itu, pelan induk Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam sistem pendidikan Singapura menentukan penggunaan ICT dalam
pendidikan. Falsafah asas pelan induk ini ialah pendidikan mesti secara
berkesinambungan dengan menjangka keperluan masa hadapan dan
menyediakan pelajar untuk memenuhi keperluan tersebut. Di peringkat
prauniversiti, para pelajar diharap dapat :
menganalisis informasi daripada teks dalam media elektronik, audio atau
video dan memberi respons yang sesuai secara spontan;
merakamkan perbualan dengan memberi pandangan mengenai topik
tertentu ;
menggunakan pelbagai alat teknologi untuk menjana pengetahuan baharu;
dan
mengedit media digital daripada pelbagai sumber kepada dokumen untuk
penerbitan
BAB 3 BAHASA MELAYU B
3.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
3.2 PENGISIAN KURIKULUM
3.3 HASIL PEMBELAJARAN
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 26
3.1 BAHASA MELAYU B
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Pengenalan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu B ini mula dilaksanakan pada 2012.
Kursus ini harus dijalankan selama 112 jam atau 4 jam setiap minggu dalam
masa kira-kira 28 minggu. Perancangan program Bahasa Melayu B harus
dijalankan mengikut waktu kurikulum yang ditetapkan ini.
Matlamat
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu B di peringkat ini ialah lanjutan
daripada sukatan pelajaran bahasa Melayu B di peringkat ‘O’. Kursus ini
ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai kesukaran mempelajari Bahasa
Melayu, terutama mereka yang tidak mempunyai latar belakang bahasa
Melayu dan memerlukan sokongan. Pelajar kursus ini juga termasuk pelajar
yang menghadapi cabaran mempelajari Bahasa Melayu di peringkat biasa
walaupun telah beberapa kali berusaha.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu B di
peringkat prauniversiti, pelajar dapat:
a. mendengar dan memberikan pandangan tentang topik am yang berkait
rapat dengan kehidupan;
b. membaca dan memahami teks fungsional yang bercetak (contoh – surat
khabar) dan media elektronik (contoh – Internet); dan
c. menulis teks fungsional (contoh – e-mel, blog, diari atau forum) yang
mudah dan jelas.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
Peruntukan Waktu Kurikulum bagi Modul
Yang berikut ialah saranan peruntukan waktu kurikulum bagi modul
teras dan modul elektif:
Modul Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu B
membahagikan sukatan pelajaran kepada dua modul – Modul Teras dan
Modul Elektif. Beberapa tema telah dikenal pasti agar pengajaran dan
pembelajaran mempunyai konteks dan latar yang luas dan pelbagai.
Modul Teras
Empat tema modul teras – ‘Persekitaran’, ‘Pendewasaan’, ‘Negara dan
Masyarakat’ dan ‘Budaya dan Rekreasi’ akan menjadi panduan pembelajaran
dan pembinaan bahan pengajaran mengikut konteks yang relevan dan
kesesuaian kemampuan bahasa pelajar.
27
3.2 BAHASA MELAYU B
PENGISIAN KURIKULUM
Komponen Fokus Masa
Kurikulum
Modul Teras
Empat tema yang luas dan
penggunaan bahan-bahan
pembelajaran yang autentik
Memperoleh kemahiran
bahasa secara fungsional dan
praktikal untuk memudahkan
komunikasi yang berkesan
dalam kehidupan seharian
80%
(90 Jam)
Modul Elektif (1 daripada 2)
Pilihan dilakukan oleh
pelajar dan pihak sekolah
Penekanan pada kemahiran
lisan
20%
(22 Jam)
Tema Modul
Teras Subtema
1 Persekitaran Pemuliharaan Pencemaran
2 Pendewasaan Diri Keluarga Kawan
3 Negara dan
Masyarakat Masyarakat Negara
Warganegara
Global
4 Budaya dan
Rekreasi
Adat dan
Perayaan Kegemaran
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
Subtema telah dibentuk bagi setiap tema teras untuk memberikan
jangkaan dan ruang lingkup yang lebih jelas. Tema dan subtema tersebut
dipilih dengan teliti bagi memastikan topik-topik mempunyai nilai dan menarik
minat pelajar. Yang berikut diberikan tema, subtema dan skop pengajaran
saranan yang boleh dijadikan panduan dalam perancangan pengajaran:
1. Persekitaran
Tema persekitaran memberikan peluang kepada pelajar untuk
meneroka isu-isu persekitaran semasa. Melalui kajian dan perbincangan,
pelajar hendaklah menyedari dan memahami hubungan manusia dengan isu-
isu persekitaran, tempatan, serantau atau sejagat yang antaranya seperti yang
berikut :
2. Pendewasaan
Pada peringkat umur pelajar prauniversiti, pendewasaan menjadi satu
daripada perkara penting dalam kehidupan mereka. Tema Pendewasaan
memberikan peluang kepada pelajar memahami dan menghargai
perkembangan dirinya dan hubungan dirinya dengan orang-orang di
sekelilingnya. Antara isu-isu yang boleh dibincangkan termasuklah :
28
Persekitaran
Pemuliharaan
Air
Tenaga
Hutan
Warisan dan lain-lain
Skop Pengajaran
Saranan
Definisi
Tujuan
Kesan
Punca
Cabaran/Masalah
dan lain-lain
Pencemaran
Bumi
Udara
Air
Bunyi dan lain-lain
Pendewasaan
Diri
Perkembangan Skop Pengajaran
Saranan
Peranan
Cabaran/Masalah
Punca
Keluarga
Hubungan
Kawan
Pergaulan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
3. Masyarakat dan Negara
Di peringkat ini, pelajar memainkan peranan penting dalam pelanjutan
pembangunan negara. Oleh itu, tema ‘Masyarakat dan Negara’ akan
menyediakan wadah perbincangan yang dapat memandu pelajar memahami
kedudukan, peranan dan sumbangannya sebagai anggota masyarakat.
4. Budaya dan Rekreasi
Aspek nilai, norma, dan budaya merupakan aspek penting dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui tema ‘Budaya dan Rekreasi’, pelajar
diharap akan dapat menghargai budaya Melayu, sedar perlunya melestarikan
unsur-unsur yang relevan dan memahami faktor-faktor yang membawa
kepada perubahan.
29
Budaya dan Rekreasi
Adat dan Perayaan
Jenis
Rentas Budaya
Nilai dan Norma
Skop Pengajaran
Saranan
Definisi
Tujuan
Kesan
Punca
Cabaran/Masalah
Kegemaran
Jenis
Faedah
Masyarakat dan Negara
Masyarakat
Hubungan Masyarakat
Konsep kejiranan Skop Pengajaran
Saranan
Peranan
Cabaran/Masalah
Punca
Negara
Berbilang kaum
Sosial dan ekonomi
Warganegara Global
Konsep
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 30
Modul Elektif
Fokus modul elektif adalah untuk meningkatkan kemahiran lisan pelajar.
Pembelajaran dilaksanakan melalui penyampaian. Dua tema boleh menjadi
panduan pengajaran dan pembelajaran: Lagu dan Filem, dan Internet dan
Media. Melalui tema ini pelajar berpeluang terlibat dalam kajian dan
perbincangan yang berkaitan dengan lagu, filem dan teknologi serta
hubungannya dengan anggota masyarakat lain dalam konteks masyarakat
majmuk Singapura.
Pelajar memilih SATU daripada dua tema elektif berdasarkan keperluan
dan minat pembelajaran mereka. Subtema dan topik saranan yang boleh
diteroka dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
1. Lagu dan Filem
Pengajaran dan pembelajaran memberikan peluang kepada pelajar
mengetahui dan memahami peranan dan pengaruh lagu dan filem dalam
kehidupan mereka dan orang-orang di sekeliling mereka.
2. Internet dan Media
Dalam kajian dan perbincangan mengenai kesejahteraan siber,
pengaruh, sumbangan dan sebagainya mengenai Internet dan Media, pelajar
akan menyedari peranan Internet dan media dalam kehidupan.
Tema Subtema Skop Pengajaran
Saranan
1 Lagu dan
Filem
Lagu Asia dan
Barat
Filem Asia dan
Barat
Karyawan Industri
Lagu dan Filem
Perbandingan
Perkembangan
Sumbangan
Pengaruh
2 Internet dan
Media
Komunikasi
Melalui Internet
Teknologi Digital
Media Asia dan
Barat
Kesan
Kesejahteraan
Siber
Perkembangan
Pengaruh
Sumbangan
Perbandingan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 31
Hasil Pembelajaran
Dalam mencapai matlamat dan objektif Bahasa Melayu B, pelajar harus
dilengkapi dengan kecekapan-kecekapan tertentu. Kecekapan yang dimaksudkan
itu merangkumi kecekapan mendengar, bertutur, interaksi pertuturan, membaca,
menulis, dan interaksi penulisan. Kecekapan ini merupakan teras pemerolehan dan
penguasaan bahasa baku. Pelajar perlu menguasai kecekapan-kecekapan ini untuk
membolehkan mereka cekap menggunakan bahasa Melayu dalam semua bentuk
komunikasi dan dalam pelbagai situasi penggunaannya. Huraian bagi setiap
kecekapan bahasa untuk mencapai hasil pembelajaran Bahasa Melayu B adalah
seperti yang berikut:
Hasil Pembelajaran bagi Bahasa Melayu B
Kecekapan Penerangan
Mendengar
Boleh memahami teks perbualan tentang topik-topik yang berkaitan
dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Teks harus
mengandungi julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang
pelbagai. Teks harus disampaikan dengan jelas.
Bertutur
Boleh memberi penyampaian tentang topik-topik berkaitan dengan
diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Penyampaian harus
teratur, menggunakan julat kosa kata yang baik dan struktur ayat
yang pelbagai. Sebutan harus jelas dan tepat, intonasi dalam ayat
bersahaja dan dapat bertutur dengan lancar.
Interaksi Lisan
Boleh berinteraksi secara lisan tentang perkara berkaitan dengan
diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara, menggunakan julat
kosa kata yang baik dan struktur ayat yang pelbagai. Penyampaian
harus jelas, sebutan dan intonasi yang tepat.
Membaca
Boleh memahami teks bertulis tentang topik-topik yang berkaitan
dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Teks harus
mempunyai struktur organisasi yang sama, menggunakan julat kosa
kata yang baik dan struktur ayat yang pelbagai.
Menulis
Boleh menulis tentang topik-topik yang berkaitan dengan diri,
keluarga, sekolah, masyarakat dan negara, menggunakan struktur
organisasi yang sama. Penulisan harus menggunakan julat kosa
kata yang baik dan struktur ayat yang pelbagai.
Interaksi Penulisan
Boleh berinteraksi melalui penulisan tentang topik-topik berkaitan
dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara,
menggunakan julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang
pelbagai.
3.3 HASIL PEMBELAJARAN
BAB 4 BAHASA MELAYU H1
4.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
4.2 PENGISIAN KURIKULUM
4.3 HASIL PEMBELAJARAN
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 34
4.1 BAHASA MELAYU H1
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Pengenalan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat H1 ini mula dilaksanakan
pada 2012. Kursus ini harus dijalankan selama 112 jam atau 4 jam setiap
minggu dalam masa kira-kira 28 minggu. Perancangan program Bahasa
Melayu Peringkat H1 harus dijalankan mengikut waktu kurikulum yang
ditetapkan ini.
Matlamat
Kursus Bahasa Melayu Peringkat H1 ML adalah untuk melengkapkan
pelajar dengan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa Melayu baku bagi memenuhi keperluan diri dan
menjalin hubungan sosial dalam konteks masyarakat majmuk Singapura dan
masyarakat dunia.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu H1 di
peringkat prauniversiti, pelajar dapat:
a. melahirkan dan mengutarakan pendapat tentang topik-topik umum yang
berkait rapat dengan kehidupan mereka;
b. membaca dan memahami teks-teks fungsional daripada media cetak dan
media elektronik contohnya artikel-artikel daripada surat khabar, maklumat
daripada Internet;
c. menulis esei naratif, ekspositori dan argumentatif yang kohesif dan
koheren dan lengkap; dan
d. memahami dan menghargai budaya Melayu dalam konteks masyarakat
majmuk Singapura dan negara-negara serantau.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
Peruntukan Waktu Kurikulum bagi Modul
Yang berikut ialah saranan peruntukan waktu kurikulum bagi modul
teras dan modul elektif:
Modul Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa, Bahasa Melayu H1
membahagikan sukatan pelajaran kepada dua modul – Modul Teras dan
Modul Elektif. Beberapa tema telah dikenal pasti agar pengajaran dan
pembelajaran mempunyai konteks dan latar yang luas dan pelbagai.
Modul Teras
Empat tema modul teras – ‘Persekitaran’, ‘Pendewasaan’, ‘Negara dan
Masyarakat’ dan ‘Budaya dan Rekreasi’ akan menjadi panduan pembelajaran
dan pembinaan bahan pengajaran mengikut konteks yang relevan dan
kesesuaian umur pelajar.
35
4.2 BAHASA MELAYU H1
PENGISIAN KURIKULUM
Komponen Fokus Masa
Kurikulum
Modul Teras
Empat tema yang luas dan
penggunaan bahan-bahan
pembelajaran yang autentik
Memperoleh kemahiran
bahasa secara fungsional
dan praktikal untuk
memudahkan komunikasi
yang berkesan dalam
kehidupan seharian
85%
(95 Jam)
Modul Elektif
Dua tema diberikan. Hanya
satu sahaja akan diuji.
Penekanan pada kemahiran
lisan
15%
(17 Jam)
Tema Modul
Teras Subtema
1 Persekitaran Pemuliharaan Pencemaran Penjimatan
Tenaga/Pengitaran
2 Pendewasaan Diri Keluarga Kawan
3 Negara dan
Masyarakat Masyarakat Negara Warganegara Global
4 Budaya dan
Rekreasi
Adat dan
Perayaan Kegemaran Gambaran Kreatif
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
Subtema telah dibentuk bagi setiap tema teras untuk memberikan
jangkaan dan ruang lingkup yang lebih jelas. Tema dan subtema tersebut
dipilih dengan teliti bagi memastikan topik-topik mempunyai nilai dan minat
kepada pelajar.
1. Persekitaran
Tema persekitaran memberikan peluang kepada pelajar untuk
meneroka isu-isu persekitaran semasa. Melalui kajian dan perbincangan,
pelajar hendaklah menyedari dan memahami hubungan manusia dengan isu-
isu persekitaran, tempatan, serantau atau sejagat yang antaranya seperti yang
berikut:
2. Pendewasaan
Pada peringkat umur pelajar prauniversiti, pendewasaan menjadi satu
daripada perkara penting dalam kehidupan seharian mereka. Tema
Pendewasaan memberi peluang kepada pelajar memahami dan menghargai
perkembangan dirinya dan hubungan dirinya dengan orang-orang
sekelilingnya.
36
Persekitaran
Pemuliharaan
Air
Tenaga
Hutan
Warisan dan lain-lain
Skop Pengajaran
Saranan
Definisi
Tujuan
Kesan
Punca
Cabaran/Masalah
Saranan dan lain-
lain
Pencemaran
Bumi
Udara
Air
Bunyi dan lain-lain
Penjimatan Tenaga/Pengitaran
Solar
Kertas, plastik, kaca
Pendewasaan
Diri
Perkembangan Skop Pengajaran
Saranan
Peranan
Cabaran/Masalah
Punca
Keluarga
Hubungan
Kawan
Pergaulan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
3. Masyarakat dan Negara
Di peringkat ini, pelajar memainkan peranan penting dalam pelanjutan
pembangunan negara. Oleh itu, tema ‘Masyarakat dan Negara’ akan
menyediakan wadah perbincangan yang dapat memandu pelajar memahami
kedudukan, peranannya serta sumbangan sebagai anggota masyarakat.
4. Budaya dan Rekreasi
Aspek nilai, norma dan budaya merupakan aspek penting dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui tema ‘Budaya dan Rekreasi’ pelajar
melibatkan diri dalam kajian dan perbincangan dan diharap akan dapat
menghargai budaya Melayu, sedar perlunya melestarikan unsur-unsur yang
relevan dan memahami faktor-faktor yang membawa kepada perubahan.
37
Budaya dan Rekreasi
Adat dan Perayaan
Jenis
Rentas Budaya
Nilai dan Norma Skop Pengajaran
Saranan
Definisi
Tujuan
Kesan
Punca
Cabaran/Masalah
Kegemaran
Jenis
Faedah
Gambaran Kreatif
Penulisan Kreatif
Contoh: Puisi tradisional dan
moden, cerpen dan lain-lain
Masyarakat dan Negara
Masyarakat
Hubungan Masyarakat
Konsep kejiranan Skop Pengajaran
Saranan
Peranan
Cabaran/Masalah
Punca
Negara
Berbilang kaum
Sosial dan ekonomi
Warganegara Global
Konsep
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 38
Modul Elektif
Fokus modul elektif adalah untuk meningkatkan kemahiran lisan pelajar.
Pembelajaran dilaksanakan melalui penyampaian. Dua tema boleh menjadi
panduan pengajaran dan pembelajaran: Lagu dan Filem, dan Internet dan
Media. Melalui tema ini pelajar berpeluang terlibat dalam kajian dan
perbincangan yang berkaitan dengan lagu, filem dan teknologi serta
hubungannya dengan anggota masyarakat lain dalam konteks masyarakat
majmuk Singapura.
Subtema dan topik saranan yang boleh diteroka dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah:
1. Lagu dan Filem
Pengajaran dan pembelajaran memberikan peluang kepada pelajar
mengetahui dan memahami peranan dan pengaruh lagu dan filem dalam
kehidupan mereka dan orang-orang di sekeliling mereka.
2. Internet dan Media
Dalam kajian dan perbincangan mengenai kesejahteraan siber,
pengaruh, sumbangan dan sebagainya mengenai Internet dan Media, pelajar
akan menyedari peranan Internet dan media dalam kehidupan.
Tema Subtema Topik Saranan
1 Lagu dan
Filem
Lagu Asia dan
Barat
Filem Asia dan
Barat
Karyawan Industri
Lagu dan Filem
Perbandingan
Perkembangan
Sumbangan
Pengaruh
2 Internet dan
Media
Komunikasi
Melalui Internet
Teknologi Digital
Media Asia dan
Barat
Kesan
Kesejahteraan
Siber
Perkembangan
Pengaruh
Sumbangan
Perbandingan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 39
Hasil Pembelajaran
Dalam mencapai matlamat dan objektif Bahasa Melayu H1, pelajar harus
dilengkapi dengan kecekapan-kecekapan tertentu. Kecekapan yang dimaksudkan
itu merangkumi kecekapan mendengar, bertutur, interaksi lisan, membaca,
menulis, dan interaksi penulisan. Kecekapan ini merupakan teras pemerolehan dan
penguasaan bahasa baku. Pelajar perlu menguasai kecekapan-kecekapan ini
untuk membolehkan mereka cekap menggunakan bahasa Melayu dalam semua
bentuk komunikasi dan dalam pelbagai situasi penggunaannya. Huraian bagi
setiap kecekapan bahasa untuk mencapai hasil pembelajaran Bahasa Melayu H1
adalah seperti yang berikut:
Hasil Pembelajaran bagi Bahasa Melayu H1
Kecekapan Penerangan
Mendengar
Boleh memahami teks perbualan tentang topik-topik berkaitan
dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia. Teks
harus mengandungi julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang
pelbagai. Teks harus disampaikan dengan jelas.
Bertutur
Boleh memberi penyampaian tentang topik-topik berkaitan dengan
diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia.
Penyampaian harus bermakna dan menggunakan julat kosa kata
yang baik dan struktur ayat yang pelbagai. Sebutan harus jelas dan
tepat; intonasi dalam ayat secara semula jadi dan ekspresif; dan
dapat bertutur dengan lancar.
Interaksi Lisan
Boleh berinteraksi secara lisan tentang perkara berkaitan dengan
diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia dengan
menggunakan julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang
pelbagai. Boleh bertutur dengan fasih serta menggunakan sebutan
dan intonasi yang jelas dan tepat.
Membaca
Boleh memahami teks bertulis tentang topik-topik berkaitan dengan
diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia. Teks harus
mempunyai struktur susunan yang pelbagai serta menggunakan
julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang pelbagai.
Menulis
Boleh menulis teks tentang topik-topik berkaitan dengan diri,
keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia dengan
menggunakan struktur susunan yang pelbagai. Penulisan harus
menggunakan julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang
pelbagai.
Interaksi Penulisan
Boleh berinteraksi secara aktif melalui penulisan tentang perkara
berkaitan dengan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat,
negara dan dunia dengan menggunakan julat kosa kata yang baik
dan struktur ayat yang pelbagai.
4.3 HASIL PEMBELAJARAN
BAB 5 PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
5.1 PERANCANGAN
5.2 PEDAGOGI
5.3 PENILAIAN
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 42
5.1 PERANCANGAN
Kerangka PETALS
Kerangka kerja PETALS™ terdiri daripada lima dimensi pelibatan
dalam pembelajaran. Lima dimensi ini ialah Pedagogi, Pengalaman
Pembelajaran, Keadaan Persekitaran, Penilaian dan Kandungan
Pembelajaran. Setiap dimensi menyentuh aspek-aspek pembelajaran dan
pengajaran yang berbeza, yang apabila disatukan, akan meningkatkan lagi
pembelajaran. Kemahiran yang guru raih daripada dimensi-dimensi PETALS™
untuk membimbing perancangan dan pengajaran mereka akan mempengaruhi
tahap pelibatan pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, Berpusatkan Pelajar
berada di tengah kerangka kerja ini.
Setiap dimensi membimbing guru untuk memikirkan cara dan bahan
yang dapat disediakan untuk melibatkan pelajar dalam bilik darjah. Secara
interaktif, semua dimensi boleh digunakan untuk membimbing guru dalam
perancangan untuk membantu merealisasikan Berpusatkan Pelajar dalam
proses pembelajaran dengan:
memilih Pedagogi yang menimbangkan kesediaan pelajar;
merancang Pengalaman Pembelajaran yang merangsang pemikiran;
menyediakan Keadaan Persekitaran pembelajaran yang kondusif;
mengamalkan Penilaian yang meningkatkan pembelajaran selanjutnya;
dan
memilih Kandungan yang relevan dan bermakna.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 43
Mendengar Membaca
Bertutur Menulis
Interaksi
Penulisan Interaksi
Lisan
Kemahiran
Interaktif Kemahiran
Interaktif
Kemahiran Reseptif
Kemahiran Produktif • Dialog
• Perbincangan
kumpulan
• Main peranan
• Membaca dan
memberikan respons
terhadap iklan,
poster, blog, e-mel
• Memberikan respons
secara bertulis
melalui e-mel, nota
ringkas, memberikan
komen dalam blog
Penekanan Pada Interaksi Lisan dan Penulisan
Penekanan Terhadap Penggunaan Bahasa
Bahasa perlu digunakan. Dengan menggunakan bahasa yang dipelajari
sekerap mungkin, kefasihan berbahasa pelajar diharap akan meningkat. Oleh
itu, penyediaan pembelajaran haruslah menjurus kepada aktiviti-aktiviti yang
boleh mempamerkan kebolehan bahasa pelajar. Dalam mencapai matlamat
dan objektif bahasa Melayu, pelajar harus dilengkapi dengan kecekapan-
kecekapan tertentu. Kecekapan yang dimaksudkan itu merangkumi kecekapan
mendengar, bertutur, interaksi lisan, membaca, menulis, dan interaksi
penulisan.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 44
5.2 PEDAGOGI
Pengajaran dan pembelajaran bersifat dua hala yang melibatkan guru
dan pelajar. Kedua-dua pihak bertindak untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran berlaku dalam bilik darjah seperti yang dirancang. Untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan, guru perlu
merancang pedagogi yang terbaik untuk sesuatu usaha pembelajaran.
Pedagogi ialah satu set strategi yang digunakan oleh guru-guru untuk
mengurus arahan-arahan mereka supaya para pelajar dapat mempelajari dan
memahami konsep-konsep dan kandungan, dan mengembangkan kemahiran
Apabila strategi pengajaran digunakan dengan tepat, pengalaman
pembelajaran yang dilalui oleh pelajar dapat meregangkan pemikiran pelajar,
membetulkan kesalahfahaman atau menggalakkan mereka dalam
pembelajaran mereka.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, beberapa pertimbangan utama
harus diberikan dalam merancang pelajaran seperti yang tertera dalam rajah
yang berikut:
Untuk itu, perancangan pelajaran harus menimbangkan urutan
pedagogi yang memberikan tumpuan pada lisan bagi pelajar yang
memerlukan sokongan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Satu pedagogi
disarankan apabila merancang pelajaran: Pelajaran yang dimulakan dengan
aktiviti lisan seperti yang berikut:
Lisan Sebagai Asas
Pembangunan kemahiran lisan
mencorak kemahiran membaca
dan menulis terutama sekali
pelajar yang kurang
menggunakan bahasa Melayu di
rumah.
Penekanan Pada Komunikasi
Praktikal
Membina kemahiran bahasa
menerusi aktiviti bahasa yang
autentik
Pengajaran Aspek Bahasa
Secara Eksplisit
Terutama dalam komponen
tatabahasa, kosa kata dan
struktur ayat
Motivasi Merupakan Kunci
Membina persekitaran yang
menggalakkan pembelajaran
melalui maklum balas dan pujian
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 45
(LISAN DIDAHULUKAN SEBELUM MEMBACA DAN MENULIS)
Persekitaran Pembelajaran Positif Melalui Pujian dan Motivasi
Penilaian Formatif Berterusan (Contohnya bertanya secara mahir, memberikan maklum balas,
melakukan penilaian kendiri dan rakan sebaya
Rangsangan (Menentukan
keperluan pelajar)
Lisan Membaca
dan Menulis
Penilaian Pascaunit (Lebih Bersifat
Sumatif)
Bermula dengan
lisan (contohnya bercerita)
(1) Mendengar
(3) Produksi Lisan dan Interaksi
Lisan
(5) Produksi Penulisan
dan Interaksi Penulisan
(4) Membaca
(2) Pengajaran Kemahiran/Pengetahuan
Bahasa Secara Eksplisit Aktiviti atau tugasan yang autentik
dan konteks yang spesifik, dapat dijalankan menggunakan bahasa
yang disasarkan.
Penilaian berdasarkan
kelakonan pencapaian
tugasan yang dilaksanakan.
Asas Urutan Pelajaran
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 46
(LISAN DIDAHULUKAN SEBELUM MEMBACA DAN MENULIS)
Asas Urutan Pelajaran
Rangsangan
Setiap unit pelajaran akan dimulakan dengan aktiviti mudah (misalnya
menonton klip video pendek) yang menceduk pengetahuan dan pengalaman
sedia ada pelajar dengan menyediakan konteks pembelajaran. Pelajar
digalakkan berbual berkenaan kandungan klip video dan menjadikan mereka
lebih biasa dengan konteks yang dibincangkan. Aktiviti-aktiviti rangsangan ini
akan melibatkan pelajar dan memudahkan mereka untuk belajar.
Pembelajaran Lisan
Pembelajaran lisan dimulakan dengan aktiviti mendengar. Pelajar
mendengar rakaman audio (misalnya penyampaian cerita, perbualan dan lagu)
atau menonton video. Guru boleh bertanya soalan untuk membantu pelajar
menumpukan perhatian kepada item bahasa khusus yang akan dipelajari.
Aktiviti ini akan disusuli dengan pengajaran eksplisit kosa kata dan struktur ayat
lisan. Proses ini akan dibantu dengan penggunaan gambar, objek, bahan
interaktif yang sesuai.
Latihan pertuturan berlatarkan konteks autentik dapat membantu murid
mengaitkannya dengan dunia sebenar, dan menggalakkan mereka
menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian. Pelajar akan
berlatih dalam kedua-dua aspek penyampaian dan komunikasi interaktif
menggunakan kosa kata lisan, struktur ayat dan kemahiran bahasa yang telah
dipelajari oleh mereka. Aspek-aspek ini melibatkan penggunaan kedua-dua
produksi pertuturan dan kemahiran interaktif yang penting dalam komunikasi
seharian.
Latihan penyampaian termasuk ucapan secara berpandu dan
penyampaian lisan. Latihan lisan interaktif termasuk main peranan,
perbincangan berpasangan/berkumpulan atau segmen ‘Tanya dan Jawab’
selepas penyampaian dengan memberi pelajar peluang melibatkan diri dalam
komunikasi interaktif Aktiviti-aktiviti ini akan disokong dengan cara bertanyakan
soalan secara mahir, teknik-teknik memberikan maklum balas oleh guru dan
juga proses penilaian kendiri dan rakan sebaya.
Membaca dan Menulis
Membaca dan menulis merupakan sebahagian penting kurikulum
Bahasa Ibunda. Aktiviti membaca dan menulis akan dibina terutamanya
daripada aktiviti-aktiviti lisan/mendengar pelajar agar mereka boleh mempelajari
kemahiran berdasarkan asas kemahiran lisan mereka. Set kosa kata lisan dan
struktur ayat yang sama dalam pelajaran lisan akan dikukuhkan dan ini akan
membantu pembelajaran mereka.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 47
Strategi Pengajaran
Pembelajaran berpusat pada pelajar
Pelajar menjadi tumpuan utama dalam proses pembelajaran. Guru
perlu merancang pelajaran dan memastikan pendekatan, bahan pengajaran
dan penilaian yang digunakan menepati keperluan, keupayaan, minat, gaya
belajar dan tahap pengetahuan setiap pelajar untuk membolehkan mereka
membuat kaitan antara diri mereka dengan sekolah dan persekitaran. Strategi
pengajaran yang pelbagai perlu untuk menghasilkan pelajaran yang holistik,
menarik, autentik dan bermakna bagi setiap pelajar dan dapat melibatkan
setiap pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran dengan
berkesan.
Pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian pelajar dan hubungannya dengan alam di sekelilingnya.
Selain itu, kemahiran asas bahasa, tatabahasa, kosa kata dan peribahasa
perlu dipelajari dalam konteks penggunaan bahasa sesuai dengan tujuan,
khalayak, situasi dan budaya. Konteks yang dipilih akan menentukan
kesesuaian dan laras bahasa yang perlu digunakan. Pengajaran dan
pembelajaran aspek-aspek ini tidak dilakukan secara tersendiri tetapi
dikenalkan dalam satu wacana komunikatif. Pembelajaran secara kontekstual
membolehkan murid memahami fungsi aspek bahasa yang dipelajari dengan
berkesan di samping berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu yang
diperoleh secara bermakna.
Orientasi proses
Pembelajaran bahasa mengutamakan proses dan bukan pada produk
semata-mata. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu mengambil kira
pelbagai proses bagi komunikasi lisan, aktiviti membaca dan menulis. Pelajar
perlu digalakkan untuk mencuba dan berani mengambil risiko untuk
memperoleh ilmu dan kemahiran baharu. Proses ini memberikan peluang
kepada pelajar bersikap proaktif, menjana idea baharu dan kreatif bagi
menyelesaikan masalah berdasarkan aktiviti yang diberikan dan memperbaik
mutu serta meningkatkan daya hasil kerja mereka.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 48
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan bertujuan untuk menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu kemahiran atau aspek bahasa secara bersepadu.
Penggabungjalinan kemahiran, aspek bahasa, bahan pengajaran, dan strategi
pengajaran dan pembelajaran menjadikan aspek-aspek pembelajaran saling
melengkapi. Proses penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan, menarik dan bermakna dan memberikan
peluang kepada pelajar untuk menguasai beberapa kemahiran secara
serentak.
Penerapan pelbagai bidang ilmu pengetahuan, budaya dan nilai Masyarakat
Melayu
Penggunaan bahan pelbagai bidang ilmu perlu untuk mewujudkan
situasi yang autentik dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
Kesedaran dan apresiasi budaya, tradisi dan nilai masyarakat Melayu yang
disepadukan dalam konteks masyarakat berbilang budaya membolehkan
pelajar menghubungkaitkannya dengan budaya Melayu masa kini dan
pandangan dunia mereka.
Kemajuan berbentuk lingkaran
Kemahiran bahasa, item dan bentuk tatabahasa, jenis teks dan
komponen bahasa yang lain diajarkan dan dipertingkatkan mengikut peringkat
dengan kepayahan yang sesuai. Dengan kata lain, pembelajaran merupakan
proses yang dibina secara berperingkat-peringkat. Semakin tinggi peringkat
pembelajaran semakin luas ilmu dan semakin tinggi kemahiran yang dipelajari.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 49
Kurikulum Bahasa Melayu prauniversiti menyarankan penggunaan
pengajaran pembezaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara umum,
pengajaran pembezaan bermakna membezakan kandungan (konsep, prinsip
dan kemahiran), proses (strategi dan aktiviti) dan produk (hasil dan cara
penilaian) dalam pengajaran bagi kumpulan pelajar yang mempunyai
keupayaan yang berbeza-beza. Cara ini membantu guru merancang
pengajaran dengan sistematik untuk memaksimumkan peluang pembelajaran
bagi setiap pelajar yang mempunyai keperluan pembelajaran yang pelbagai.
Dalam sesebuah bilik darjah, pelajar datang daripada latar belakang yang
pelbagai ragam, seperti dari segi kemampuan kognitif, keupayaan berbahasa,
tahap motivasi, sikap dan minat. Oleh itu, untuk memberikan peluang kepada
semua pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, guru perlu mengambil
kira kepelbagaian ini khususnya kesediaan, profil dan minat pelajar ketika
merancang dan menjalankan pengajaran.
Pengajaran pembezaan merupakan pendekatan pengajaran yang
dapat menjangkau pelbagai kebolehan, minat dan keperluan pelajar dalam
bilik darjah. Dengan yang demikian, pelajar boleh dibantu untuk mendapat
manfaat dan memaksimumkan potensinya.
Untuk membantu pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan
seterusnya mencapai sesuatu kemahiran bahasa atau hasil pembelajaran,
guru perlu memastikan perkara-perkara berikut dalam pengajaran mereka:
• kandungan, matlamat dan objektif pelajaran jelas;
• pelajaran, aktiviti dan produk yang dibina dapat difahami dan diaplikasikan
oleh pelajar;
• bahan-bahan dan tugasan menarik, relevan, autentik dan bermakna serta
memberikan kepuasan kepada pelajar;
• persekitaran pembelajaran yang kondusif;
• pembelajaran berfokuskan pada pelajar termasuklah penggunaan
kumpulan yang fleksibel;
• tahap kepayahan kemahiran dan konsep yang diajarkan haruslah lebih
tinggi agar kemampuan pelajar dapat dipertingkatkan;
• penilaian yang berterusan dan sesuai dijalankan agar kelakonan dan
potensi pelajar dapat dipantau dan ditingkatkan; dan
• aktiviti pengayaan bahasa dirancang untuk menyokong pembelajaran.
Pengajaran Pembezaan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 50
Tugasan
Bermakna Kumpulan
Fleksibel
Kurikulum
Berkualiti
Kandungan
Pembentukan Komuniti
Proses
Melalui Strategi Pembelajaran
Yang Pelbagai
Penilaian
Yang
Berterusan
dan
Bersesuaian
Dibentuk oleh Cara
Berfikir
dan Berdasarkan
Prinsip
Umum Pembezaan
Respons Guru Terhadap Pembelajaran Pelajar
Produk
Guru Boleh Membezakan
Kesediaan
Profil
Pembelajaran
Minat
Berdasarkan
Secara umum, pengajaran pembezaan memberi pertimbangan aspek-
aspek yang dirumuskan dalam rajah yang berikut:
Pengajaran Pembezaan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 51
Guru boleh membezakan perkara-perkara berikut dalam pengajaran
dengan mengambil kira kesediaan, minat dan profil belajar pelajar. Yang
berikut ialah penerangan ringkas tentang ketiga-tiga perkara ini.
Kandungan
Pembelajaran pembezaan dapat dijalankan dengan membezakan
kandungan atau bahan pengajaran: apa-apa yang perlu dipelajari oleh pelajar
dan cara pelajar dapat memperoleh maklumat. Misalnya, guru boleh
mempelbagaikan bahan bacaan pelajar mengikut tahap kesediaan dan minat
mereka. Guru juga boleh mengajarkan semula kandungan kepada pelajar
yang menghadapi masalah dengan mengendalikan pertemuan kecil atau
perbincangan. Sementara itu, guru boleh mengembangkan pemikiran dan
kemahiran pelajar yang lebih cemerlang dengan kandungan pelajaran yang
lebih mencabar.
Proses
Guru boleh membezakan proses dengan menggunakan pelbagai aktiviti
di dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti ini dapat melibatkan pelajar secara aktif
dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar menguasai kandungan atau
kemahiran yang dipelajarinya. Guru juga boleh memperuntukkan jangka masa
yang berlainan untuk pelajar melaksanakan sesuatu tugasan agar dapat
memberikan peluang kepada pelajar yang lemah melakukannya mengikut
kemampuan mereka dan pelajar yang cemerlang pula berpeluang mempelajari
topik atau kemahiran yang dipelajarinya secara mendalam. Begitu juga,
pelajar boleh diberi tugasan dan melakukannya secara kendiri sementara
pelajar lain pula diberi bantuan atau usaha perancahan bagi membolehkan
mereka menyudahkan tugasan tersebut.
Produk
Guru perlu mempelbagaikan tugasan berdasarkan kemampuan dan
minat pelajar. Hal ini dapat memberikan peluang kepada pelajar bekerja
secara individu atau berkumpulan, berfikir semula, menggunakan dan
mengembangkan perkara yang dipelajari berdasarkan keupayaannya
sepanjang masa pembelajaran. Dengan membezakan tugasan, pelajar
digalakkan untuk memberikan tumpuan pada cara-cara terbaik untuk
menghasilkan produk berdasarkan daya fikir mereka tanpa mengabaikan
kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi. Selain itu, guru boleh membezakan produk
dengan mempelbagaikan cara penilaian untuk merangsang pelajar yang
mempunyai keupayaan yang berbeza. Pembezaan penilaian ini juga
menyediakan peluang kepada pelajar yang lebih lemah kemampuannya untuk
memperbaik kelakonan dalam pembelajaran, sementara pelajar yang lebih
berkemampuan boleh dirangsang untuk memaksimumkan potensi mereka.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 52
Penilaian merupakan salah satu aspek penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti penilaian yang berterusan
membolehkan guru mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah.
Penilaian dapat membantu pelajar mempertingkatkan kelakonan dalam
pelajaran. Selain itu, keperluan pembelajaran dapat dikenal pasti dan guru
dapat merancang strategi pengajaran untuk tindakan susulan bagi memenuhi
keperluan pelajar.
Pada akhir pendidikan prauniversiti, penilaian yang digunakan harus
berupaya memberikan gambaran sebenar tentang kebolehan pelajar
menyampaikan maklumat, idea dan perasaan selain dapat berfikir secara
kritis dan kreatif.
Penilaian Pembelajaran
Penilaian Pembelajaran atau Penilaian Sumatif (AoL) merujuk kepada
penilaian yang dijalankan untuk mengukur sejauh mana hasil pembelajaran
dalam kurikulum sudah tercapai. AoL digunakan untuk tujuan tertentu seperti,
menentukan gred, kedudukan pelajar dan pensijilan. Oleh itu, AoL berbentuk
sumatif dan selalunya dijalankan pada akhir satu unit, semester atau tahun.
Penilaian untuk Pembelajaran
Penilaian untuk Pembelajaran (AfL) pula merujuk kepada cara penilaian
yang menyokong pembelajaran. Penilaian ini digunakan untuk memastikan
pelajar dapat menguasai matlamat pembelajaran. Oleh itu, penilaian ini
berbentuk formatif, dilaksanakan di dalam bilik darjah dan proses ini
diterapkan dalam pengajaran secara berterusan. Sukatan pelajaran
prauniveristi menyokong pelaksanaan Penilaian Pembelajaran dan Penilaian
untuk Pembelajaran. Untuk memastikan sesuatu penilaian itu lebih bermakna,
keseimbangan dalam pelaksanaan kedua-dua jenis penilaian ini perlulah
dicapai.
5.3 PENILAIAN
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 53
Kitaran Penilaian
Kitaran Penilaian dan Maklum Balas dengan Pembelajaran yang
berikut menunjukkan proses-proses yang perlu dilalui oleh guru apabila
mengintegrasikan penilaian dan merancang pelajaran.
Kitaran Penilaian dan Maklum Balas dengan Pembelajaran
Soalan-soalan berikut berkaitan dengan gambar rajah di atas dan
dapat membantu guru mengintegrasikan penilaian dengan pengajaran:
• Apakah yang ingin saya ketahui tentang pembelajaran pelajar saya?
• Apakah hasil pembelajaran yang ingin saya capai?
• Bagaimanakah dapat saya merancang perbincangan, soalan, aktiviti dan
tugasan yang berkesan agar dapat menyokong pembelajaran pelajar
saya?
• Bagaimanakah boleh saya merancang pelajaran yang membolehkan
pelajar belajar secara berperingkat?
• Apakah bukti yang perlu saya kumpulkan untuk menunjukkan bahawa
pelajar saya telah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan?
• Apakah jenis penilaian yang dapat membantu saya mendapatkan bukti
tersebut?
• Bagaimanakah dapat saya membantu pelajar maju dalam pembelajaran
dan meningkatkan kebolehan saya mengajar?
• Apakah penilaian yang boleh meningkatkan pembelajaran pelajar saya?
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 54
Kaedah Penilaian
Guru perlu menggunakan kaedah yang pelbagai untuk mengumpulkan
maklumat. Maklumat yang dikumpulkan boleh membantu guru mengetahui
sejauh mana pencapaian pelajar mereka. Kaedah-kaedah tersebut
termasuklah pemerhatian dan penyoalan dalam pengajaran seharian
sehinggalah ujian formal dan berstruktur. Dengan menggunakan pelbagai
kaedah ini, guru akan dapat mengumpulkan data yang diperlukan bagi
mengukur pencapaian pelajar dalam pembelajaran.
Garis pandu yang berikut merupakan cadangan bagi penilaian dalam
bilik darjah yang boleh membantu guru:
• menyoal;
• maklum balas;
• penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya;
• penilaian berdasarkan penyampaian;
• jurnal;
• persidangan;
• portfolio;
• soalan diagnostik; dan
• ujian pena dan kertas.
Dalam sesuatu penilaian, tiada terdapat satu kaedah yang khusus.
Keberkesanan sesuatu kaedah bergantung kepada tujuan penilaian. Satu
kaedah akan lebih cenderung kepada penilaian sumatif jika tujuannya adalah
untuk memberikan pelajar gred dan kedudukan, sementara satu lagi
cenderung kepada penilaian formatif jika tujuan penilaian adalah untuk
menggalakkan pembelajaran.
Oleh itu, guru perlu mengimbangkan kedua-dua penilaian ini dengan
menggunakan pelbagai kaedah penilaian dengan tujuan yang tepat lagi jelas.
Selain ujian dan peperiksaan, interaksi seharian antara pelajar dengan guru
(contohnya: menyoal, penyampaian lisan dan melaksanakan tugasan)
memberikan peluang kepada guru untuk mengukur sejauh mana kelakonan
pelajar. Dengan ini guru dapat memberikan gambaran yang komprehensif
tentang sejauh mana pembelajaran para pelajar dan mengambil usaha
susulan bagi membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 55
Alat Penilaian
Antara alat yang boleh digunakan dalam menjalankan penilaian untuk
pembelajaran termasuklah:
Senarai Semak
Senarai semak mengandungi matlamat yang ingin dicapai dalam tugasan.
Aspek-aspek yang ingin dicapai disenaraikan dan guru menentukan sama ada
aspek-aspek tersebut diperlihatkan oleh pelajar. Senarai semak boleh
digunakan oleh guru untuk menilai keberkesanan pengajaran atau menilai
kemajuan pelajar. Senarai semak juga boleh digunakan oleh pelajar untuk
menilai rakan sebaya atau membuat penilaian kendiri.
Borang Renungan
Borang renungan memberikan peluang untuk pelajar merakamkan perasaan
dan fikiran tentang pembelajaran yang dilaluinya atau tugasan yang
dihasilkannya.
Rekod Anekdotal
Penilaian jenis ini merakamkan pemerhatian guru terhadap kelakonan pelajar
berdasarkan kemahiran dan objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
Guru memerhatikan pelajar dalam kemahiran-kemahiran tertentu lalu
merakamkannya dalam bentuk nota. Guru menilai pembelajaran pelajar serta
memberikan komen yang membina agar pelajar dapat membaiki
kelemahannya. Cara ini juga dapat merakamkan perkembangan pelajar
secara berterusan.
Temu Bincang
Ada tiga jenis temu bincang yang boleh dilakukan oleh guru. Pertama, temu
bincang dengan guru. Kedua, temu bincang ibu bapa dengan guru dan ketiga
temu bincang dengan pelajar, guru dan ibu bapa. Semasa temu bincang
dijalankan, guru, pelajar dan ibu bapa dapat memberikan maklum balas
tentang pembelajaran, pencapaian dan perkembangan pelajar.
Rubrik
Rubrik merupakan sejenis panduan memarkah yang digunakan untuk menilai
kriteria-kriteria penilaian yang lebih kompleks atau subjektif. Rubrik
menerangkan secara terperinci tahap perkembangan dan pencapaian pelajar.
Rubrik boleh digunakan untuk pemarkahan kumpulan dan individu. Rubrik ini
boleh menggunakan skala nombor atau deskriptor yang menggunakan kriteria
yang hendak dicapai.
BAB 6 LAMPIRAN
6.1 DAFTAR PERIBAHASA
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 58
6.1 DAFTAR PERIBAHASA
Peribahasa Makna
1 Ada padi semua kerja jadi, ada
beras semua kerja deras.
Orang yang mampu (kaya, berilmu)
segala maksudnya mudah tercapai.
2 Air pun ada pasang surutnya. Keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu
tiada tetap.
3 Akal tak sekali datang, runding
tak sekali tiba.
Tidak ada usaha yang serta-merta
jadi sempurna.
4 Api kecil baik dipadam. Basmilah kejahatan itu semasa ia
kecil lagi.
5 Bagai duri dalam daging. Sesuatu hal yang selalu terasa tidak
menyenangkan hati.
6 Bagai lebah menghimpun
madu. Sangat rajin.
7 Bagai mengepal pasir kering.
Sangat susah hendak menyatukan
orang-orang yang berbagai-bagai
fikirannya.
8 Baru bertatih hendak berlari,
tersembam.
Membuat pekerjaan yang lebih
daripada yang tersanggup.
9
Berapa tinggi terbang bangau,
akhirnya hinggap di belakang
kerbau juga.
1. Walau berapa tinggi pangkat
akhirnya hilang juga.
2. Walau ke mana juga kita pergi
akhirnya akan balik ke negeri asal
juga.
10 Baik berjagung-jagung
sementara padi belum masak.
Sementara menunggu sesuatu yang
lebih baik, yang kurang baik pun
boleh dipakai dahulu.
11 Bertanya supaya tahu berjalan
supaya sampai.
Kalau membuat kerja hendaklah
dikaji dahulu dan biar sampai
selesai.
12
Bukannya diam penggali
berkarat, melainkan diam ubi
berisi.
Diam orang yang berilmu itu berfikir,
sementara diam orang yang bodoh
itu sia-sia sahaja.
13 Cembul dengan tutupnya. Sesuai benar.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 59
Peribahasa Makna
14 Di mana ranting dipatah, di
sana air disauk.
Hendaklah menurut adat dan aturan
tempat yang kita diami.
15 Duduk seperti kucing,
melompat seperti harimau.
Orang pendiam yang tangkas
bekerja dan berfikir.
16 Garam dikulumnya tak hancur. Seorang yang pintar menyimpan
rahsia.
17 Hati gajah sama dilapah; hati
kuman sama dicecah.
Banyak sama banyak, sedikit sama
dikongsi.
18 Hilang bahasa lenyap bangsa.
Apabila sesuatu bahasa itu tidak
terpakai lagi maka lambat-laun
hilanglah bangsa itu.
19 Ikan belum dapat, air sudah
keruh, jala sudah koyak.
Objektif belum tercapai, macam-
macam masalah sudah terjadi.
20 Kalau asal benih yang baik,
jatuh ke laut menjadi pulau.
Yang baik itu biar di mana pun
tempatnya akan tetap baik juga.
21 Karam berdua basah seorang.
Dua orang yang melakukan
kesalahan tetapi seorang yang kena
hukum.
22 Ke mana tumpah kuah kalau
tidak ke nasi.
Baik buruk seorang bapa itu sedikit
sebanyak turun ke anaknya.
23 Ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni.
Bermuafakat dalam sesuatu perkara
senang atau susah agar sama-sama
dirasai.
24 Kelapa muda tidak berminyak. Orang muda belum banyak
pengalaman.
25 Khabar jauh didengar-dengar,
khabar dekat difikir-fikirkan.
Apa pun berita yang didengar selidik
dulu kebenarannya.
26 Kilat di dalam kilau.
Tujuan (maksud) yang terkandung
dalam percakapan atau tingkah
laku.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 60
Peribahasa Makna
27 Kuat lilit kerana simpulnya. Kekuatan persatuan terletak pada
anggota-anggotanya.
28 Lebih ikan kerana sirip, lebih
burung kerana sayap. Tiap-tiap pakar ada kelebihannya.
29 Lihat anak pandang menantu. Kalau melakukan sesuatu fikirkan
juga kesannya pada orang lain.
30 Membujur lalu melintang patah. Tidak ada yang dapat menghalang.
31 Menaburkan benih di tanah
yang subur.
Berbuat baik pada orang yang tahu
menghargai budi.
32 Meski tertimbun dalam tanah,
namun teras timbul juga.
Orang yang berbudi baik itu
sekalipun dalam keadaan melarat
akan tetap berbudi dan berhati
mulia.
33 Orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa. Budi dibalas dengan budi.
34 Orang menunggu perigi bilakah
ia mati dahaga.
Orang yang hampir dengan orang
yang berilmu atau kaya tidak
mungkin menjadi bodoh atau susah.
35 Padi setangkai bernas
semuanya.
Keluarga yang bahagia dan
beruntung semuanya.
36 Pagi tidak dibuang, senja tidak
dikejar.
Menggunakan masa dengan
sebaik-baiknya
37 Pahit dahulu, manis kemudian.
Yang rumit (sulit) hendaklah
dijelaskan atau dibincangkan dahulu
(dalam perjanjian) supaya senang
kemudiannya.
38 Pandai menyelam di air dalam. Pandai menyesuaikan diri.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 61
Peribahasa Makna
39 Patah kemudi perahu hanyut. Rakyat yang kehilangan pemimpin
akan kucar-kacirlah jadinya.
40 Pecah buyung tempayan ada. Hilang yang satu ada gantinya yang
lain.
41 Pengayuh sudah di tangan,
perahu sudah di air. Sudah siap sedia.
42 Pukul anak sindir menantu. Lain orang yang dimarahi, lain orang
pula tujuan kata-katanya.
43 Sebab mutiara sebiji, lautan
yang dalam diselam orang.
Orang yang berilmu itu biar di mana
pun ia tinggal tetap dicari orang.
44 Seperti ayam mematuk
anaknya.
Menghukum anak bukan untuk
menyiksa, tetapi untuk memperbaik
kelakuan anak itu.
45 Seperti gunting makan di
hujung.
Mencapai sesuatu dengan diam-
diam.
46 Seperti meniup api di atas air.
Melakukan pekerjaan yang hampir
tidak memberi harapan akan
berhasil.
47 Takkan lari gunung dikejar,
hilang kabus tampaklah ia.
Jangan terburu-buru dengan apa-
apa yang sudah pasti.
48 Tunduk kepala bukan untuk
dipijak.
Berlembut bukan kerana suka
diperbodoh.
49 Ukur baju di badan sendiri.
1. Menilai kemampuan diri.
2. Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah
dipilih sesuai dengan kebolehan
kita.
50
Ular dipukul biar mati, kayu
pemukul jangan patah, tanah
dipalu jangan lembang.
Menyelesaikan masalah dengan
cara bijaksana.