malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · menteri luar negeri menyatakan senarai nama...

28
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov HARI KHAMIS, 26 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 28 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1342-L74911 Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah perancangan yang ada untuk meningkatkan kapasiti Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) untuk membolehkan ia mengambil lebih ramai pelajar-pelajar antarabangsa seperti yang dirancang pada awalnya. 2. PR-1342-L74611 Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan setakat mana berkesannya Gerakan Koperasi Sekolah menggalak semangat usahawan di kalangan murid-murid sekolah dan apakah aktiviti perniagaan yang boleh mereka lakukan di peringkat sekolah yang membolehkan tumbuhnya semangat keusahawanan ini. 3. PR-1342-L74216 Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan menurut kajian NAHRIM cuma 6% sahaja daripada jumlah hujan tahunan di Malaysia diserap oleh tanah. Sehubungan itu, bagaimanakah Kerajaan atau Kementerian merancang untuk memastikan air dalam bumi cukup untuk kestabilan ekologi. 4. PR-1342-L74955 Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :- (a) tentang bantuan kewangan dan insentif lain diberikan kepada penerbit filem tempatan yang berjaya menigkatkan perpaduan antara kaum dan juga cinta pada negara; dan (b) bagaimanakah Kementerian dapat memberi penghargaan kepada penerbitan filem tempatan "Ola Bola" yang berjaya menghidupkan kembali semangat berpasukan yang kian merosot.

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov

HARI KHAMIS, 26 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 28

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1342-L74911

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah perancangan yang ada untuk meningkatkan kapasiti Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) untuk membolehkan ia mengambil lebih ramai pelajar-pelajar antarabangsa seperti yang dirancang pada awalnya.

2. PR-1342-L74611

Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan setakat mana berkesannya Gerakan Koperasi Sekolah menggalak semangat usahawan di kalangan murid-murid sekolah dan apakah aktiviti perniagaan yang boleh mereka lakukan di peringkat sekolah yang membolehkan tumbuhnya semangat keusahawanan ini.

3. PR-1342-L74216

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan menurut kajian NAHRIM cuma 6% sahaja daripada jumlah hujan tahunan di Malaysia diserap oleh tanah. Sehubungan itu, bagaimanakah Kerajaan atau Kementerian merancang untuk memastikan air dalam bumi cukup untuk kestabilan ekologi.

4. PR-1342-L74955

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :- (a) tentang bantuan kewangan dan insentif lain diberikan kepada

penerbit filem tempatan yang berjaya menigkatkan perpaduan antara kaum dan juga cinta pada negara; dan

(b) bagaimanakah Kementerian dapat memberi penghargaan kepada

penerbitan filem tempatan "Ola Bola" yang berjaya menghidupkan kembali semangat berpasukan yang kian merosot.

2 AUM DR 26/5/2016

5. PR-1342-L73723 Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan langkah Kementerian bagi membantu daripada segi pemilikan dan pembaikan rumah bagi penduduk luar bandar khususnya dari golongan yang berpendapatan rendah untuk memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

6. PR-1342-L74331

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan rumusan penemuan audit dalaman penggunaan dana Kerajaan oleh Yayasan NAAM dan bila audit ini akan dipaparkan kepada orang ramai.

7. PR-1342-L75036

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah status terkini perlaksanaaan Projek Bekalan Air Luar Bandar dari Simpang Ukong ke daerah kecil Nanga Medamit untuk membantu sekolah-sekolah, pejabat-pejabat dan pekan baru di sana yang dianggarkan berjumlah RM22.50 juta yang telah diluluskan di bawah RMK-11.

8. PR-1342-L74690

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kajian semula penambahbaikan berkenan dengan syarat-syarat kelayakan kesatuan.

9. PR-1342-L74469

Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apa masalah yang dihadapi oleh pihak Kementerian kenapa projek klinik kesihatan daerah Lubok Antu yang telah diluluskan dalam Bajet 2015 tiada sebarang tanda-tanda ia akan dibina.

10. PR-1342-L75205

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah kadar pampasan untuk tanaman dan tanah yang terjejas semasa menjalankan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Highway. Apakah asas penilaian untuk tanah yang terlibat.

11. PR-1342-L74048

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan obesiti adalah ibu kepada banyak masalah kesihatan yang akan menurunkan tahap produktiviti rakyat. Apakah statistik obesiti terkini di negara menjelang negara maju 4 tahun lagi dan apakah tindakan Kementerian untuk menangani masalah ini bila rakyat mencapai pendapatan tinggi dan menikmati kehidupan yang lebih selesa.

12. PR-1342-L74354

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan prestasi setiap negeri dalam Malaysia daripada aspek pembangunan, pendapatan/perbelanjaan negeri, hutang terkumpul, rezab terkumpul dan pendapatan penduduk per kapita negeri sepanjang 5 tahun lalu.

AUM DR 26/5/2016 3

13. PR-1342-L74062 Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pinjaman pelajaran MARA yang telah disalurkan untuk tempoh lima tahun yang lalu serta berapakah dari jumlah tersebut yang telah ditukar status pinjaman kepada biasiswa.

14. PR-1342-L75162 Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan, adakah Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963 memandangkan Ketua Menteri Sarawak telahpun mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti umum di Sarawak. Dalam pembentukan “Federation of Malaysia” adakah Sarawak dianggap sebagai “partnership” di antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ataupun hanya dianggap sebagai sebuah negeri di Malaysia.

15. PR-1342-L75439

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah rancangan pihak Kementerian dalam masa terdekat ini

bagi memastikan perairan negara berada dalam keadaan selamat dari lanun-lanun terutama di kawasan perairan Sabah amnya; dan

(b) adakah pihak Kementerian tidak mempunyai aset yang cukup

canggih untuk mengesan lanun-lanun yang sedang membimbangkan ini.

16. PR-1342-L73687

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan bentuk pasaran baharu, perancangan dan pelbagai strategi pemasaran untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sabah.

17. PR-1342-L75136

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah pengimportan makanan negara kita dari luar negara untuk memenuhi keperluan domestik dari tahun 2010 hingga 2015 secara satu per satu.

18. PR-1342-L74233

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan peratusan tanah hutan dalam negara dan langkah untuk memeliharanya.

19. PR-1342-L74425

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sekiranya pihak Kementerian bercadang untuk mengurangkan harga tiket penerbangan bagi MASWings di Sarawak.

4 AUM DR 26/5/2016

20. PR-1342-L75198 Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil-hasil penting sidang kemuncak Nuclear Security yang diadakan di Washington pada April 2016 dan apakah manfaatnya kepada Malaysia.

21. PR-1342-L73813

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) berapakah kadar kenaikan sebenar, kadar caj penerbangan yang

dikenakan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (Misalnya ANFC-Air Navigation Flight Charges, AOC-AIR Operators Certificate dan PFL-Pilots Flight License); dan

(b) impak kenaikan caj yang dimaksudkan di atas ke atas industri

pelancongan negara terutama sekali kepada pelancong kadar rendah.

22. PR-1342-L74778

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah perkahwinan bawah umur 16 tahun (perkahwinan kanak-kanak) setiap tahun dari 2008-2015 ikut pecahan negeri, umur kedua-dua pengantin, kaum dan bilangan penceraian, jika ada, bagi perkahwinan kanak-kanak di Malaysia.

23. PR-1342-L75271

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah dan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan dalam menangani masalah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri Sabah yang dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak kes-kes jenayah. Apakah mekanisme yang akan digunakan dalam memastikan bilangan PATI yang terlalu ramai di Sabah ini dapat dikurangkan ataupun disifarkan.

24. PR-1342-L74010

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah merangsangkan kembali perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ekoran prestasi lemah 2015 disebabkan permintaan luar yang lemah, penyusutan kadar tukaran mata wang ringgit termasuk peningkatan kos dan permintaan yang perlahan berikutan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

25. PR-1342-L74100

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kes pendakwaan terhadap individu-individu terbabit berkaitan penyelewengan skim beras ST15. Apakah Kementerian akan mewujudkan kembali skim ini.

AUM DR 26/5/2016 5

26. PR-1342-L74477 Dato' Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah yang telah dilakukan oleh Jabatan Warisan bagi melindungi warisan negara serta apakah akta sedia ada mencukupi bagi melindungi warisan negara daripada hanyut oleh arus pemodenan seperti mana yang berlaku kepada Penjara Pudu.

27. PR-1342-L74852 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada penggunaan rokok elektronik/vape dikawal oleh Kementerian supaya tidak disalahgunakan oleh remaja yang umur di bawah 18 tahun dan adakah Kementerian berhasrat mengharamkan penjualan dan penggunaan vape pada masa kelak seperti yang telah dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia.

28. PR-1342-L74018 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan senarai nama bandar-bandar atau negeri-negeri yang telah menjalin hubungan Bandar Berkembar (Twin City) dengan bandar-bandar negara asing. Apakah bentuk kerjasama yang telah dilakukan serta kesan kepada negara daripada kerjasama ini.

29. PR-1342-L75097 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan struktur dan kadar kenaikan Aviation Charges yang terbaru. Syarikat-syarikat penerbangan membantah kenaikan mendadak, maka bagaimanakah kadar baru boleh memastikan tambang kapal terbang tidak naik.

30. PR-1342-L74091 Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah jumlah statistik laporan aduan tentang harga makanan mahal pada tahun 2014 dan 2015 serta usaha-usaha menangani masalah peniaga menaikkan harga makanan dengan mahal agar hak pengguna terjamin.

31. PR-1342-L74732 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah pihak Kementerian boleh mengambil apa-apa langkah untuk membantu para penoreh getah yang terjejas dengan harga getah yang rendah dan cuaca yang panas.

32. PR-1342-L75352 Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah penentuan skor diberikan bagi setiap sektor di bawah Indeks Syariah yang diumumkan baru-baru ini.

6 AUM DR 26/5/2016

33. PR-1342-L74385 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah pihak Kementerian boleh mengambil apa-apa langkah untuk membantu para penoreh getah yang terjejas dengan harga getah yang rendah dan cuaca yang panas.

34. PR-1342-L74862

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membentuk satu Suruhanjaya khas bagi SPRM bagi memungkinkan ia bergerak sebagai satu badan bebas dalam erti kata yang sebenarnya. Hal ini telah dipersetujui pada dasarnya oleh YAB Perdana Menteri dalam satu pertemuan di antara YAB Perdana Menteri dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) tempoh hari.

35. PR-1342-L74210

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah pihak Kementerian akan meningkatkan pengunaan Unmanned Airbone System (UAV) yang terbukti kos efektif dan berkesan bagi operasi risikan dan tinjauan terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi.

36. PR-1342-L73766

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah dakwaan terhadap kemerosotan stok simpanan sawit yang dikatakan menurun sebanyak 15% sejak Februari 2016 dan apakah kesannya terhadap pasaran sawit pada ketika ini akibat ketidaktentuan cuaca lewat kebelakangan ini.

37. PR-1342-L73888

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para siswazah supaya mereka lebih berdaya saing untuk memasuki pasaran pekerjaan terutama siswazah Melayu.

38. PR-1342-L73785 Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimanakah Kementerian secara NBOS boleh bekerjasama membantu dan membela doktor-doktor haiwan yang bertugas di Jabatan Perhilitan yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang haiwan liar terutama yang hampir pupus.

39. PR-1342-L74212

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perincian perancangan pembangunan dan penaiktarafan lapangan terbang dan pelabuhan baharu dan sedia ada demi meningkatkan aliran dagangan dan pelaburan terutama di negeri-negeri yang jaringan pengangkutan dan perhubungannya masih jauh ketinggalan seperti Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak.

AUM DR 26/5/2016 7

40. PR-1342-L75063 Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status dan hasil siasatan terhadap isu pembayaran secara penipuan dana USD3.5 bilion dari Syarikat 1MDB kepada Aabar PJS Limited yang berdaftar di Pulauan British Virgin yang melibatkan dua orang asing, Khadem al Qubaisi dan Mohamed al Husseiny dengan bantuan pegawai-pegawai 1MDB; dan sama ada Kerajaan akan memohon waran tangkap dan extradisi terhadap mereka yang terlibat seperti yang dibuat oleh Amerika Syarikat terhadap Al Husseiny.

41. PR-1342-L74639

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah yang dilakukan oleh Kementerian dalam usaha memastikan pesawah-pesawah yang terjejas teruk akibat fenomena El-Nino dibela.

42. PR-1342-L74087

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimana Kementerian akan memastikan pengasingan sampah dari sumber dapat dilaksanakan dengan sempurna memandangkan kebanyakan orang ramai tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya.

43. PR-1342-L73755

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) usaha Kementerian dalam membantu Institusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) bagi membangunkan aset tanah yang berpotensi untuk aktiviti komersial yang boleh memberikan pendapatan tambahan kepada UA bagi menampung operasi universiti; dan

(b) pecahan jumlah aset tanah 20 universiti awam yang berpotensi

dibangunkan atas nilai komersial. 44. PR-1342-L73646

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tahap keselamatan bandar raya utama di seluruh negara berikutan beberapa siri pengeboman berani mati kumpulan DAESH berlaku di bandar raya utama benua Eropah.

45. PR-1342-L73791

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah diambil Kerajaan untuk membendung penularan kumpulan ekstremis agama untuk merekrut rakyat negara ini menyertai kumpulan militan seperti IS dan DAESH.

8 AUM DR 26/5/2016

46. PR-1342-L74567 Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian bagi menangani tekanan hidup mahasiswa yang terus menekan akibat kos sara hidup yang semakin tinggi dan adakah Kementerian bercadang untuk menggubal Dasar Pendidikan Tinggi dengan menghapuskan yuran akademik dan yuran tuisyen secara berperingkat.

47. PR-1342-L73875

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilakah pihak Kementerian akan membuka semula pemberian lesen bot nelayan pesisiran pantai di Sarawak bagi membolehkan nelayan-nelayan yang belum berdaftar ini layak mendapat bantuan subsidi minyak nelayan dan elaun sara hidup bulanan.

48. PR-1342-L75349

Dato' Sri Hasan bin Malek [ Kuala Pilah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan oleh kerana, banyak ketirisan dan kebocoran rahsia rasmi Kerajaan berlaku, adakah Kerajaan berhasrat meminda Seksyen 3 Akta Rahsia Rasmi 1972 supaya mereka yang tidak amanah ini dikenakan tindakan yang lebih berat dan setimpal dengan perbuatan mereka yang mengkhianati Kerajaan.

49. PR-1342-L75142

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status mutakhir kes siasatan ke atas pesawat MH370 dan pengajaran yang diperoleh serta pengemaskinian SOP Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang terhasil sekiranya ada.

50. PR-1342-L73936

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani ancaman keselamatan dari luar yang mampu menggugat kedaulatan negara.

51. PR-1342-L74546

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah dan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara dalam mengesan kad pengenalan yang diberi secara haram kepada PATI Sabah dan menggantikannya dengan "Kad Pengenalan Sabah".

52. PR-1342-L74730

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada kajian keberkesanan Dasar PPSMI dilakukan atau tidak oleh Kementerian dan jika ada dijelaskan dapatannya.

AUM DR 26/5/2016 9

53. PR-1342-L73997 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebab berlakunya penculikan 4 orang warga Indonesia baru-baru ini dan adakah ianya berlaku di perairan Malaysia.

54. PR-1342-L73880

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bercadang untuk menambah bilangan badan pensijilan halal dari luar negara yang diiktiraf terutama dari negara Jepun.

55. PR-1342-L74871

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Kerajaan untuk menubuhkan satu “Royal Commission of Enquiry” untuk menjalankan penyiasatan ke atas 1MDB agar kedudukan sebenar diketahui, yang bersalah dibawa kemuka pengadilan, yang silap tidak diulang dan negara serta pemerintahan boleh “move on” untuk mentadbir sebaik mungkin. Jika pihak Kerajaan keberatan untuk menubuhkan, nyatakan sebab-sebabnya.

56. PR-1342-L74245 Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan projek PRIMA yang telah disiapkan di negeri Kelantan setakat ini.

57. PR-1342-L73762

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kesediaan dan usaha Kementerian bagi melestarikan Kompleks Rakan Muda di seluruh negara agar penggunaan kompleks ini lebih menyeluruh dan bersifat mesra belia mengambil contoh Kompleks Rakan Muda Puchong yang telah dinaik taraf menjadi iM4U Sentral.

58. PR-1342-L75375

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah impak pengenalan “Indeks Syariah Malaysia” di kalangan

rakyat yang beragama Islam dan juga yang bukan Islam dari sudut hala tuju pembangunan negara; dan

(b) adakah wajar para pemimpin politik dan NGO bukan Islam

menentang dan memfitnah Dr. Zakir Naik yang dijemput berceramah di seluruh negara. Apakah langkah pro-aktif Kerajaan mengatasi perkara tersebut.

59. PR-1342-L74891

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan untuk menangani masalah kemarau panjang dan cuaca panas melampau kesan daripada fenomena El-Nino, yang menyebabkan kekurangan bekalan air di bebarapa buah negeri.

10 AUM DR 26/5/2016

60. PR-1342-L74433 Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirancang untuk mempromosi Rantau Panjang sebagai destinasi pelancongan untuk pelancong tempatan dan antarabangsa.

61. PR-1342-L74346 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah pihak Kerajaan akan menambah kuota Rumah Mesra Rakyat di kawasan luar bandar Parlimen Sibuti memandangkan permohonan bagi rumah tersebut semakin banyak dan apakah usaha SPNB membina rumah khusus bagi kawasan pekan kecil luar bandar.

62. PR-1342-L74246

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menghapuskan perniagaan “barter trade” yang dijalankan oleh peniaga terutama di negeri-negeri yang terletak di sempadan.

63. PR-1342-L74215

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik tahunan lengkap mengenai pekerja asing dan kiriman wang ke negara asal antara 1990 hingga 2015 berdasarkan jenis pekerjaan, sektor dan negara asal serta pelan tindakan terperinci Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga asing terutama pekerja berkemahiran rendah.

64. PR-1342-L74037

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jenis-jenis perbelanjaan seperti kenderaan, senjata, kos penyelenggaraan, kos pembinaan bangunan, gaji dan sebagainya mengikut tahun sejak ESSCOM mula dilancarkan. Bagaimana operasi virtual presence and deterrence dan penguatkuasaan dijalankan oleh ESSCOM.

65. PR-1342-L73691

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah aduan yang diterima oleh Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkaitan pendaftaran palsu kad SIM prabayar dari tahun 2011 hingga lima bulan pertama 2016.

66. PR-1342-L75386

Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan bahawa peningkatan fi Air Navigation Facilities Charges (ANFC) tidak akan menjejaskan pengguna.

AUM DR 26/5/2016 11

67. PR-1342-L75360 Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dalam mengharungi arus pemodenan dan pasaran global, sejauh manakah Kementerian memastikan tahap kesedaran pelaksanaan sistem pengurusan alam sekitar di Malaysia serta pemuliharaan alam sekitar untuk mengelak kepupusan flora dan fauna bagi menjamin keseimbangan ekosistem.

68. PR-1342-L75212

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha-usaha pihak Kemeterian Komunikasi dan Multimedia dan jabatan berkaitan bagi menggalakkan pengeluaran filem-filem yang berkualiti dan bagus seperti Filem 'Redha' arahan Tunku Mona Riza yang telah ditayangkan di pawagam seluruh negara baru-baru ini.

69. PR-1342-L74105

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapa kali Kerajaan Malaysia telah berunding dengan Kerajaan Filipina tentang tuntutan Sabah yang dibangkit oleh pihak Filipina dan apakah status terkini mengenai tuntutan tersebut. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia daripada segi usaha diplomatik untuk menghentikan tuntutan tersebut. Adakah Kerajaan Malaysia masih membayar 'cease money' kepada “Kesultanan Sulu” dan nyatakan pembayaran yang terkini.

70. PR-1342-L74500

Tuan N. Surendran [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapakah akses Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada peguam telah dibataskan kepada sekali setiap minggu untuk tempoh 1 jam sahaja walaupun beliau mempunyai 16 kes sivil dan jenayah di mahkamah.

71. PR-1342-L74589 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) maklumat terkini empat rakyat Malaysia yang diculik di perairan

Pulau Sipadan; dan (b) usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak

berulang. 72. PR-1342-L75441

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan tertentu untuk membina Klinik Kesihatan Jenis KK2 atau KK3 serta pembinaan kuarters kediaman warga Kementerian Kesihatan di bahagian Bintulu, Sarawak memandangkan ketiadaan tempat tinggal yang mana keadaan amat terdesak dalam masa terdekat ini.

12 AUM DR 26/5/2016

73. PR-1342-L74794 Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Khas menangani fenomena El-Nino yang telah menyebabkan impak besar kepada rakyat dalam pelbagai aspek.

74. PR-1342-L75120

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan orang yang ditahan untuk kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (terrorism) dan kesalahan-kesalahan sekuriti sejak 2010, (dari tahun ke tahun), bilangan orang yang telah dituduh untuk kesalahan-kesalahan tersebut dan bilangan orang yang telah disabitkan untuk perkara yang sama.

75. PR-1342-L74176

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah masalah penempatan semula dan pembinaan rumah baru bagi Perkampungan Orang Asli Telok Jawa, Masai akan diselesaikan.

76. PR-1342-L73796

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil kajian diperoleh mengenai jumlah kerugian / kemusnahan berpunca daripada fenomena El-Nino yang melanda negara kita baru-baru ini, dan apakah Kementerian bercadang menyediakan kelengkapan peralatan termasuk kapal terbang kepada agensi berkaitan untuk melakukan pembenihan awan.

77. PR-1342-L74990

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pelan pembangunan sukan permotoran ekoran dari kejayaan pelumba negera khususnya Khairul Idham Pawi di Argentina baru-baru ini.

78. PR-1342-L74235

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan selepas penyemakan bajet apakah peruntukan bagi penyelenggaraan termasuk kelengkapan seperti mesin angiogram dan MRI di hospital awam. Apakah langkah efektif untuk memastikan semua mesin berjalan dengan baik.

79. PR-1342-L74613

Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan terkini mengenai penambahbaikan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

80. PR-1342-L74014

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan usaha-usaha baru untuk memperbaiki prestasi ekonomi rakyat yang didapati kurang memuaskan berbanding prestasi ekonomi modal.

AUM DR 26/5/2016 13

81. PR-1342-L75040 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa Kementerian membuat keputusan tidak membenarkan kemasukan pekerja asing secara total dan tidak membuat keputusan membenarkan pekerja asing masuk ke negara kita secara teratur.

82. PR-1342-L74440

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk menganjur acara Junior Cycling Championship Malaysia. Apakah butir-butir terperinci perbelanjaan tersebut.

83. PR-1342-L74882

Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2015 yang merudum serta cadangan dan langkah-langkah Kementerian untuk menjamin kebebasan media.

84. PR-1342-L73656

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang menghubungkan dari Gemuruh, Terengganu ke Tumpat, Kelantan dan apakah usaha bagi meminimumkan kos dan mengelakkan pembaziran sepanjang pembinaan jajaran LPT3 itu nanti.

85. PR-1342-L74411

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan penyumbang KWSP yang enggan memotong sumbangan mereka kepada KWSP sebanyak 3% selepas pengumuman bajet tambahan oleh Perdana Menteri. Apakah tujuan asal Kerajaan untuk membenarkan pemotongan sumbangan KWSP dan sebab mereka enggan berbuat begini.

86. PR-1342-L74260

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan yang telah diambil ke atas pelajar yang ditaja oleh Kementerian semasa menuntut di IPT (dalam dan di luar negara) dalam bidang perguruan tetapi tidak bekerja dengan Kementerian sebagai guru selepas mereka mendapat penempatan (upon completion of studies - (the teachers who broke their bonds and ran away with it without any fines).

87. PR-1342-L75283

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam memastikan golongan belia ini sentiasa didekati agar tidak mudah terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah dan jenayah.

14 AUM DR 26/5/2016

88. PR-1342-L74757 Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan selepas Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti iaitu dengan penyempurnaan rasionalisasi industri syarikat diskaun dan status transformasi bank saudagar, syarikat broker saham dan broker universal menjadi bank pelaburan. Bagaimanakah perkembangan dua syarikat diskaun seperti Abrar Discount House kini.

89. PR-1342-L75304

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk meningkatkan pengajian pondok supaya lebih teratur dan membolehkan pelajarnya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

90. PR-1342-L73920

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bentuk-bentuk perjanjian dan kesefahaman yang telah dipersetujui dan dijalankan oleh Kerajaan pada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 bulan lalu serta implikasi kewangan ke atas Kerajaan terhadap perjanjian tersebut.

91. PR-1342-L74710

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah siswazah pendidikan yang masih belum ditawarkan penempatan di sekolah mengikut kursus pengajian hingga 2015, dan adakah ia berpunca daripada kegagalan membuat perancangan dan unjuran keperluan guru.

92. PR-1342-L74502

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah mekanisme yang diambil kira dalam melakukan intervensi kawalan harga.

93. PR-1342-L75350

Dato' Sri Hasan bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan terdapatkah persefahaman dan kerjasama atau MOU, antara KBS dan MOF bagi membenarkan persatuan belia yang ingin mendapatkan dana daripada syarikat swasta dengan memberi pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat yang ingin menaja program mereka. Jika ada, bagaimanakah cara untuk mereka memohon pelepasan cukai ini dan apakah syarat-syarat untuk mendapatkan pelepasan ini.

94. PR-1342-L75253

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :- (a) apakah rasional menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dalam

CCRIS sehingga menghalang peminjam memiliki kereta dan rumah; dan

(b) apakah justifikasi pihak PTPTN untuk menentukan peminjam

disenaraihitamkan dalam CCRIS.

AUM DR 26/5/2016 15

95. PR-1342-L74413 Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sambutan petani terhadap Projek Ladang Kontrak. Sejauh manakah projek ini dapat membantu rakyat serta faedah yang diperoleh daripada projeknya.

96. PR-1342-L74324

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan orang yang telah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sejak ia dimulakan.

97. PR-1342-L74547

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan mempertimbangkan pindaan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk membenarkan pengemukaan petisyen secara langsung kepada Mahkamah Persekutuan dalam hal-hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi termasuk kes yang melibatkan Perkara 121(1A).

98. PR-1342-L73659

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan betuk program galakan penggunaan gajet IT dan telefon pintar khususnya terhadap penduduk luar bandar agar jurang digital dapat dikurangkan dan meningkatkan kadar celik IT selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

99. PR-1342-L73975

Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keadan dan tahap keterlibatan pelajar dalam penyalahgunaan dadah dan tahap disiplin pelajar, nyatakan jumlah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar yang telah direkodkan bagi suku pertama tahun 2016 serta apakah jenis usahasama yang dilakukan oleh Kementerian dengan agensi-agensi yang bertanggungjawab supaya dapat menangani jenayah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah.

100. PR-1342-L75311

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan maklumat terperinci kerja-kerja pembenihan awan yang telah dilakukan mengikut kawasan, tarikh, kos, dan kelemahan dan kelebihannya.

101. PR-1342-L75322

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :- (a) adakah terdapat sebarang perjanjian antara Pihak ASTRO dan

Kerajaan dalam isu hak penyiaran yang mana ASTRO boleh menyekat siaran percuma seperti TV1, TV3, dan TV8 sekiranya pelanggan terlambat membuat pembayaran bil; dan

(b) mengapa ASTRO dibenarkan menyiarkan iklan selama 10 minit

setiap sejam manakala siaran lain seperti TV1,TV2 dan TV3 hanya 6 minit iklan setiap jam.

16 AUM DR 26/5/2016

102. PR-1342-L73660

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian dalam menstabilkan nilai ringgit.

103. PR-1342-L74927

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status 6 buah sekolah Tamil baru yang dijanjikan. Berapakah kos pembinaan setiap sekolah tersebut dan perbelanjaan yang telah dibayar oleh Kementerian setakat ini.

104. PR-1342-L74718

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan-tindakan yang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pertikaian antara pemandu teksi dengan pemandu Uber dan GrabCar serta langkah-langkah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kereta sewa di negara ini.

105. PR-1342-L74823

Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah dan kategori kes salah laku yang melibatkan anggota PDRM sejak 2013 hingga sekarang.

106. PR-1342-L74926

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan mengarahkan kamar Ketua Peguam Negara untuk menyemak semula keputusannya untuk tidak menuduh Mashitah Ibrahim dalam Mahkamah apabila terdapat bukti kukuh laporan media dan rakaman “youtube” yang mana beliau telah secara palsu menuduh orang Cina di Kedah membakar Kitab Al-Quran, dalam ucapannya di Mesyuarat Agong UMNO pada November 2014.

107. PR-1342-L74537

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan status terkini Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Senaraikan secara terperinci jumlah pendeposit-pendeposit dan dividen-dividen yang telah dibayar dari tarikh permulaan skim SSPN sehingga hari ini.

108. PR-1342-L74313

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah bentuk program yang telah dilaksanakan di bawah Dasar Industri Kreatif Negara dan bagaimana program tersebut mampu untuk membawa pengamal seni ke peringkat antarabangsa.

AUM DR 26/5/2016 17

109. PR-1342-L73971 Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah negeri yang telah diwartakan sebagai "Zon Sifar Sampah" dan sehingga kini adakah Kementerian rasa ia berjaya dan berpuas hati dengan pematuhan dan penerimaan rakyat terhadap program ini.

110. PR-1342-L74150

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan mempunyai pelan strategik bagi menangani masalah kebangkrapan di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan generasi muda.

111. PR-1342-L73844

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan ada perancangan bagi membina jalan alternatif dari Kampung Chandek Kura ke Pantai Chenang, Langkawi.

112. PR-1342-L74061

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan jumlah lepasan pelajar universiti penyelidikan (RU) sejak penubuhannya dan apakah kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan.

113. PR-1342-L74275

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kementerian bercadang untuk menaik taraf Balai Polis Daerah Pitas ke Balai Polis penuh dan lengkap dengan pelbagai perkhidmatan berkaitan keselamatan.

114. PR-1342-L74913 Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status perancangan untuk menubuhkan Lembaga Pelabuhan Labuan.

115. PR-1342-L73924

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah keseluruhan jumlah pelaburan dan bentuk aset Syarikat Milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan unjuran prestasi pelaburan tersebut untuk tempoh lima dan sepuluh tahun akan datang.

116. PR-1342-L74450

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes jenayah yang menggunakan senjata api dan bagaimana senjata berkenaan begitu mudah diperoleh atau boleh disalahgunakan.

117. PR-1342-L74266 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah benar Malaysia dikatakan antara negara Asia Tenggara yang mempunyai kes diabetes tertinggi dan berapakah jumlah kes diabetes yang dilaporkan sepanjang tahun 2015.

18 AUM DR 26/5/2016

118. PR-1342-L74102

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan tentang penglibatan Malaysia di dalam latihan tentera di Arab Saudi. Apa sebenarnya kepentingan Malaysia di dalam latihan tersebut.

119. PR-1342-L74821

Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes dan punca-punca kematian dalam tahanan bagi tahun tempoh 2008 hingga sekarang.

120. PR-1342-L74884

Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang sedang dan telah diambil oleh Kementerian, susulan daripada Perjanjian Paris (COP 21) dan apakah strategi khusus Kementerian untuk mengurangkan kesan pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030.

121. PR-1342-L75427

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah benar bahawa 1MDB harus menebus IPIC sebanyak USD1.1 bilion. IPIC kini mendakwa bahawa mereka masih belum menerima apa-apa bayaran.

122. PR-1342-L73873

Dato' Sri Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan inisiatif pihak Kementerian dalam membantu golongan petani, pekebun kecil, penoreh getah dalam mencari pendapatan sampingan. Contohnya menyediakan peruntukan khas untuk membeli bantuan peralatan pertanian, menjalankan perniagaan IKS sendiri dan yang lain-lain.

123. PR-1342-L73754 Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan rancangan dan tumpuan Kementerian terhadap sukan-sukan yang telah mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa dan secara langsung telah mengharumkan nama negara.

124. PR-1342-L74716

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan komponen kos operasi syarikat pengangkutan awam dan punca-punca lain yang memberi kesan kepada peningkatan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini.

125. PR-1342-L75133

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik kadar pemberhentian kerja/VSS dari Jun 2015 hingga Mac 2016 mengikut sektor pekerjaan.

AUM DR 26/5/2016 19

126. PR-1342-L74811 Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria-kriteria bagi memastikan syarikat-syarikat milik dan di bawah Kementerian Kewangan mematuhi kriteria hukum syariah memandangkan indeks syariah menjadi polisi Kerajaan Malaysia hari ini.

127. PR-1342-L74175

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian bagi mengawal lambakan warga asing yang berniaga di Malaysia dan kebanyakannya menggunakan lesen perniagaan milik warga tempatan.

128. PR-1342-L73846

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah bantuan yang boleh disumbangkan kepada wanita yang bersalin tanpa suami sekiranya mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dan adakah cuti bersalin akan dipanjangkan bagi meringankan bebanan golongan berpendapatan rendah.

129. PR-1342-L74466

Dato' Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah awal yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memastikan tidak wujud manipulasi harga barang hingga mengakibatkan ianya naik memandangkan umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi.

130. PR-1342-L73669

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan ketegasan dan menyiasat mana-mana syarikat telekomunikasi yang tidak bertanggungjawab menjual data peribadi pelanggan kepada syarikat penyebar khidmat pesanan ringkas (SMS).

131. PR-1342-L74750

Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perancangan cadangan Kerajaan untuk memastikan hutang isi rumah tidak meningkat ke tahap RM1 trillion, sekarang ini dah RM9 bilion dan apakah cadangan Kerajaan untuk mempertingkatkan reserve emas kita.

132. PR-1342-L74273

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rasional bagi tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang menaikkan yuran penerbangan tempatan kepada syarikat penerbangan sehingga mencecah hampir 10 kali ganda.

20 AUM DR 26/5/2016

133. PR-1342-L74623 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) berapa ramaikah rakyat Malaysia yang telah ditangkap kerana

kesalahan Pengubahan Wang Haram (Money Laundering) dan Penajaan Pengganasan (Sponsoring Terrorism) dari tahun 2000 hingga 2015; dan

(b) adakah Kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang yang

sedia ada bagi memastikan keselamatan negara terjamin. 134. PR-1342-L74793

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan berhasrat memperdalam muara Sungai Kelantan yang terletak di Kuala Besar sebagai langkah pencegahan banjir besar melanda.

135. PR-1342-L74379

Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kes “bully” setiap tahun di kalangan murid sekolah rendah dan menengah dan apakah punca /sebab kes-kes tersebut. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi masalah "bully" ini.

136. PR-1342-L75091

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :- (a) jumlah graduan bidang bioteknologi yang dilahirkan sejak Dasar

Bioteknologi Negara dilancarkan; dan (b) ke mana arah tuju dasar itu dan apakah peluang pekerjaan

kepada para graduannya. 137. PR-1342-L74140

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :- (a) betapa seriusnya kesan El Nino dan La Nina; dan (b) bagaimanakah paras suhu cuaca yang tidak menentu dan

semakin tinggi ini akan menjejaskan kesejahteraan dan kesihatan rakyat.

138. PR-1342-L74482

Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa ada pihak-pihak yang mengatakan dalam usaha Kerajaan membangunkan perpaduan nasional dengan tidak sengaja usaha tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan beberapa kaum di Malaysia. Apakah langkah proaktif Kerajaan mengatasi perkara tersebut.

AUM DR 26/5/2016 21

139. PR-1342-L75305 Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah KOSPEN yang berjaya diwujudkan di seluruh negara, jumlah sukarelawan yang berdaftar sehingga ini mengikut kawasan, aktiviti dan kursus yang telah dijalankan kepada masyarakat dan sukarelawan, dan adakah kewujudannya memberikan manfaat kepada sasaran terutama di kawasan luar bandar.

140. PR-1342-L74762

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan susulan untuk mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di stesen-stesen keretapi dan LRT di sekitar Lembah Klang memandangkan pencapaian KPI di bidang ini dalam Program Transformasi Negara 2015 hanya setakat 14%.

141. PR-1342-L75068

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah sempurnakan siasatan sama ada Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima wang dalam akaun-akaun peribadi.

142. PR-1342-L74545 Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan mempertimbangkan pindaan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 agar pendefinisian bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dalam penentuan rayuan tidak dihadkan hanya kepada bidang kuasa yang sama dengan Mahkamah Tinggi.

143. PR-1342-L75301

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah rasional Kerajaan Persekutuan menganjurkan “PERMATA

International Conference 2016” di PWTC dari 31 Mei 2016 sehingga 2 Jun 2016. Berapakah jumlah kos perbelanjaan untuk menganjurkan persidangan 3 hari tersebut; dan

(b) senaraikan secara terperinci apakah kejayaan-kejayaan yang

telah dicapai oleh Kerajaan Persekutuan melalui bidang PERMATA iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, Permata Kurnia dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Permata, secara khusus untuk setiap satu bidang sejak ianya diperkenalkan.

144. PR-1342-L75213

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah permit teksi yang telah dikeluarkan oleh SPAD mengikut kategori (individu, syarikat dan lain-lain). Berapa pula permit yang telah diluluskan untuk pemandu teksi UBER dan GRABCAR.

22 AUM DR 26/5/2016

145. PR-1342-L74840

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dengan terperinci identiti puak kumpulan “Sulu Komander” yang berada di setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri dan apakah tindakan yang telah dilaksanakan atas mereka.

146. PR-1342-L75484

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) hasil siasatan nahas helikopter RCP2868 yang terhempas di Sarawak

pada 5 Mei 2016; dan (b) bagaimana sebuah syarikat penerbangan dari Filipina boleh diberikan

kontrak perkhidmatan menguruskan perjalanan bagi Kerajaan Negeri Sarawak.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

147. PR-1342-L75485 Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di atas laporan Pemantau Pilihan Raya bahawa wang telah diberikan kepada ahli RELA untuk menghadiri satu program BN di mana RM36 juta telah diluluskan untuk RELA dan peruntukan RM5 juta diluluskan oleh Perdana Menteri untuk menambah baik jalan dari pekan Bau ke Sibuluh memandangkan ia kesalahan pilihan raya.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

148. PR-1342-L75486 Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Malaysia akan menyokong usaha dunia membongkar gejala rasuah supaya mereka yang korup tidak dilindungi walau di mana-mana pun.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

149. PR-1342-L75487 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan-kesan kejatuhan nilai ringgit kepada ekonomi negara, bajet tahun ini, bursa saham dan hutang negara berserta hutang luar negara Malaysia.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

AUM DR 26/5/2016 23

150. PR-1342-L75488 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah wujudnya elemen-elemen penganas ISIS dan/atau ekstremis

dalam insiden menceroboh dan memecah patung dewa di Kuil Sree Muneeswarar Amman Kovil, Ipoh pada 24 April 2016. Apakah status terkini terhadap siasatan kes tersebut; dan

(b) apakah langkah–langkah Kerajaan Persekutuan untuk membendung dan menghalang kegiatan penganas ISIS dan/atau ekstremis yang mampu mencetuskan isu perkauman dan mengancam keamanan dan keharmonian negara.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ] 151. PR-1342-L75489

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status kertas siasatan ke atas isi kandungan laporan PAC mengenai 1MDB daripada Ketua Polis Negara yang masih tidak diserahkan kepada Peguam Negara.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

152. PR-1342-L75491 Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :- (a) berapakah bayaran yang diberi oleh Syarikat Konsesi Education

Management Global Services (EMGS) kepada Kerajaan sejak syarikat tersebut beroperasi berdasarkan tahun; dan

(b) mengapakah tiada tender terbuka untuk melantik syarikat yang

mengendalikan kemasukan pelajar asing seperti EMGS.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

153. PR-1342-L75492 Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada calon BN untuk Batu Kawah, Dr Sim Kui Hian telah menyalahi undang-undang pilihan raya apabila beliau menyeru pengundi-pengundi untuk mengundi BN pada hari mengundi di Facebook beliau.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

24 AUM DR 26/5/2016

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R.9/2016) Rang Undang-Undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 – Menyambung semula perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, “ ( 25 Mei 2016 ) [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

2. (D.R.11/2016) Rang Undang-Undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 10/2016) Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2016 [ Menteri Pengangkutan ]

4. (D.R.5/2016) Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan :- “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan

padanya oleh subseksyen (5) Seksyen 17, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST. 59 bagi tahun 2016 disahkan”.

6. PR-1342-U74146

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kebelakangan ini pencerobohan kuil kerap berlaku di kawasan Ipoh iaitu di Om Sri Muniswarar Kaliamman, Kuil Sri Muniswarar Amman, dan Kuil Dewa Sri Sakti Buntong. Penyiasatan telus serta pengawalan sekuriti yang ketat, efektif serta rapi perlu diambil dengan serta merta untuk menjaga keharmonian dan kebudayaan negara kita." [ Menteri Dalam Negeri ]

AUM DR 26/5/2016 25

7. PR-1342-U74237

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini akan membahas kemampuan Malaysia untuk

menghadapi jenayah penggodaman. "

[ Menteri Komunikasi dan Multimedia ]

8. PR-1342-U71852

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat

berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar

meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 58

tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan

dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara

secara bersama dan merealisasikan impian Malaysia."

[ Perdana Menteri ]

9. PR-1342-U74367

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh

negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan

bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan

melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

10. PR-1342-U75443 Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum pada 7 April 2016 Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membawa suatu risalat DR.3 Tahun 2016 ke dalam Mesyuarat Dewan Rakyat mengenai Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum Laporan PAC tersebut telah mengemukakan rumusan dan cadangan serta pendapatnya mengenai kekangan dan kelemahan dalam 1MDB. Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pihak-pihak berkuasa di beberapa negara khasnya Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Luxembourg, Hong Kong dan Australia sedang menjalankan penyiasatan masing-masing berkaitan dakwaan rasuah dan gubahan wang haram yang berkaitan 1MDB.

26 AUM DR 26/5/2016

Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pendapat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 7 April 2016 bahawa Laporan PAC itu boleh dibawa dan dibahaskan di dalam Mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. Justeru Dewan Rakyat yang bersidang mengambil ketetapan supaya Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan pada 7 April 2016 dibahaskan di dalam Majlis Dewan Rakyat." [ Menteri Kewangan ]

11. PR-1342-U75316

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama."

[ Menteri Kewangan ]

12. PR-1342-U75318

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan" [ Menteri Dalam Negeri ]

13. PR-1342-U75319

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Menteri Pendidikan ]

AUM DR 26/5/2016 27

14. PR-1342-U73955 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan:- "Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB telah mendedahkan kelemahan ketara dalam tadbir urus 1MDB. Bahawa maklumat baru muncul selepas pembentangan Laporan tersebut dimana IPIC (Dana Berdaulat Abu Dhabi) serta Aabar Investment PJS (Aabar) (Anak Syarikat IPIC) keluar kenyataan di London Stock Exchange bahawa kedua-dua syarikat tersebut bukan pemilik Aabar Investment PJS Ltd (BVI), sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgin Island. 1MDB telah memberi Aabar Investment PJS Ltd (BVI) asset bernilai berbillion-billion Ringgit yang sepatutnya diberi kepada IPIC. Asset tersebut adalah sebahagian dari jumlah USD 3.5 billion yang dituju untuk “Asset Swab” dalam perjanjian “Binding Sheet Agreement” antara 1MDB dan IPIC yang harus dilaksanakan menjelang 30Hb Jun 2016. Aabar Investment PJS Ltd (BVI) telah pun digulung dan dibubarkan sejak bulan Jun 2015. Perkembangan terbaru ini akan menjejaskan usaha 1MDB membayar hutang dan melaksanakan pelan rasionalisasi. MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Dewan ini menetapkan sidang khas untuk membahaskan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB." [ Menteri Kewangan ]

15. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan ;-

“Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut:-

i. menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut: “2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan.”; dan

ii. memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut: “2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati.”

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

28 AUM DR 26/5/2016

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 26.5.2016 (Khamis)

1. YB. Tuan Hee Loy Sian

( Petaling Jaya Selatan )

1. Isu peneroka dan petani Cameron Highlands melalui Ops Gading

1. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2. 26.5.2016 (Khamis)

2. YB. Puan Teo Nie Ching

( Kulai )

2. Isu Ketiadaan Kewarganegaraan dan “Stateless kids”

2. YB Menteri Dalam Negeri

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)