ma/msc library &information studies, loughborough ...eprints.um.edu.my/15877/1/0001.pdf ·...

4
MA/MSc Library & Information Studies, Loughborough University of Technology, 1990/1991 Sharipah Hanon Bidin* Abstrak: Pengalaman berkursus selama satu tahun di Loughborough University of Technology (LUT) memberikan peluang kepada penulis menimba pengetahuan yang beru dan saintifik dalam bidang perpustakaan dan pengajian maklumat. Penulis mencatitkan disini objektif dan kaedah program yang terdapat dalam kursus berkenaan. Abstract: The one year Masters course in Library and Information Studies at the Loughborough University of Technology (LUT) has given the writer an opportunity to gain further knowledge and experience in the new scientific methods in information technology and library studies. This report presents the objectives and the syllabus of the programmes. Kursus ini berjalan selama satu tahun pengajian sepenuh masa, bermula pada awal Oktober 1990 dan berakhir pada penghujung bulan September 1991. Selama tempoh tersebut berbagai pengalaman yang dilalui; pengalaman hidup bersama keluarga di luar negeri dan pendedahan ke atas kaedah pengajian dalam kursus . Hidup di rantau orang tidak selalunya menyeronokkan, namun demikian banyak juga fae- dah yang dinikmati. Selepas lebih dari satu dekad bertugas sebagai pustakawan, peluang melanjut- kan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tidak- lah sepatutnya dilepaskan begitu sahaja, demi meningkatkan lagi kemahiran dan prestasi bekerja dalam bidang yang mencabar ini. Loughborough Bandar Universiti Bandar Loughborough terletak di Midland timur, kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki keretapi . dari London. Bandar yang terhampir dengannya ialah Leicester di selatan dan Nottingham di utaranya, Bolehlah dikatakan, walaupun bandar ini kecil dari segi keluasan dan jumlah penduduk, ianya didapati sesuai sebagai tempat untuk belajar. Loughborough, terkenal sebagai "bandar univer- siti" bagi mereka yang berada dalam profesion kepustakawanan dan juga sains dan teknologi, jum- lah mahasiswa universiti yang bermastautin "sementara" adalah ramai. Ini menjadi salah satu sebab mengapa sukarnya untuk mendapatkan penginapan yang sesuai dan selesa bagi mereka yang berkeluarga. Pihak universiti memang meny- ediakan kemudahan penginapan bagi mahasiswa luar negeri, tetapi ianya lebih menumpukan kepada penempatan pelajar bujang. Dalam masalah ini mereka yang berkeluarga banyak bergantung kepa- da bantuan masyarakat pelajar senegara yang masih meneruskan pengajian mereka untuk men- dapatkan rumah sewa dengan kadaryang termampu. Unit Penginapan Universiti melalui pegawai yang bertanggungjawab dan pegawai penasihat bagi mahasiswa luar negeri juga boleh membantu. Jabatan Pengajian Perpustakaan dan Maklumat & Kemudahan Perpustakaan Jabatan Pengajian Perpustakaandan Maklumat (PPM) (Department of Information and library Studies), LUT, ditempatkan di paras 4 bangunan PILKINGTON LIBRARY. Di paras ini terdapat bilik-bilik bagi Ketua Jabatan, profesor, pensyarah dan penga- jar, pentadbir bagi jabatan, bilik-bilik komputer bagi kemudahan pelajar, bilik audio-visual, dewan syarah- an dan bilik indeks. Koleksi-koleksi perpustakaan ditempatkan di paras 1, 2, dan 3. Pintu masuk ke perpustakaan terdapat di paras 3, yang juga menempatkan bahagian Perkhidmatan, Koleksi Referensi dan Abstrak, Pinjaman Pendek, Majalah Kini, Koleksi Audio-visual dan Mikrofom dan bilik-bilik bagi Ketua Pustakawan dan para pustakawan, serta kakitangan bagi perkhidmatan kaunter. • Pustakawan, Perpustakaan Perubatan, Universiti Malaya. Kekal Abadi 10(4) Disember 1991 9

Upload: letram

Post on 17-Jul-2019

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MA/MSc Library &Information Studies, Loughborough ...eprints.um.edu.my/15877/1/0001.pdf · MA/MSc Library &Information Studies, Loughborough University ofTechnology, 1990/1991 Sharipah

MA/MSc Library & Information Studies,Loughborough University of Technology, 1990/1991

Sharipah Hanon Bidin*

Abstrak: Pengalaman berkursus selama satu tahun di Loughborough University of Technology(LUT) memberikan peluang kepada penulis menimba pengetahuan yang beru dan saintifikdalam bidang perpustakaan dan pengajian maklumat. Penulis mencatitkan disini objektif dankaedah program yang terdapat dalam kursus berkenaan.

Abstract: The one year Masters course in Library and Information Studies at the LoughboroughUniversity of Technology (LUT) has given the writer an opportunity to gain further knowledge andexperience in the new scientific methods in information technology and library studies. Thisreport presents the objectives and the syllabus of the programmes.

Kursus ini berjalan selama satu tahun pengajiansepenuh masa, bermula pada awal Oktober 1990 danberakhir pada penghujung bulan September 1991.Selama tempoh tersebut berbagai pengalaman yangdilalui; pengalaman hidup bersama keluarga di luarnegeri dan pendedahan ke atas kaedah pengajiandalam kursus . Hidup di rantau orang tidak selalunyamenyeronokkan, namun demikian banyak juga fae-dah yang dinikmati. Selepas lebih dari satu dekadbertugas sebagai pustakawan, peluang melanjut-kan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tidak-lah sepatutnya dilepaskan begitu sahaja, demimeningkatkan lagi kemahiran dan prestasi bekerjadalam bidang yang mencabar ini.

Loughborough Bandar Universiti

Bandar Loughborough terletak di Midland timur,kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki keretapi

. dari London. Bandar yang terhampir dengannya ialahLeicester di selatan dan Nottingham di utaranya,Bolehlah dikatakan, walaupun bandar ini kecil darisegi keluasan dan jumlah penduduk, ianya didapatisesuai sebagai tempat untuk belajar.

Loughborough, terkenal sebagai "bandar univer-siti" bagi mereka yang berada dalam profesionkepustakawanan dan juga sains dan teknologi, jum-lah mahasiswa universiti yang bermastautin"sementara" adalah ramai. Ini menjadi salah satusebab mengapa sukarnya untuk mendapatkan

penginapan yang sesuai dan selesa bagi merekayang berkeluarga. Pihak universiti memang meny-ediakan kemudahan penginapan bagi mahasiswaluar negeri, tetapi ianya lebih menumpukan kepadapenempatan pelajar bujang. Dalam masalah inimereka yang berkeluarga banyak bergantung kepa-da bantuan masyarakat pelajar senegara yangmasih meneruskan pengajian mereka untuk men-dapatkan rumah sewa dengan kadaryang termampu.Unit Penginapan Universiti melalui pegawai yangbertanggungjawab dan pegawai penasihat bagimahasiswa luar negeri juga boleh membantu.

Jabatan Pengajian Perpustakaan dan Maklumat& Kemudahan Perpustakaan

Jabatan Pengajian Perpustakaandan Maklumat(PPM) (Department of Information and libraryStudies), LUT, ditempatkan di paras 4 bangunanPILKINGTON LIBRARY. Di paras ini terdapat bilik-bilikbagi Ketua Jabatan, profesor, pensyarah dan penga-jar, pentadbir bagi jabatan, bilik-bilik komputer bagikemudahan pelajar, bilik audio-visual, dewan syarah-an dan bilik indeks. Koleksi-koleksi perpustakaanditempatkan di paras 1, 2, dan 3. Pintu masuk keperpustakaan terdapat di paras 3, yang jugamenempatkan bahagian Perkhidmatan, KoleksiReferensi dan Abstrak, Pinjaman Pendek, MajalahKini, Koleksi Audio-visual dan Mikrofom dan bilik-bilikbagi Ketua Pustakawan dan para pustakawan, sertakakitangan bagi perkhidmatan kaunter.

• Pustakawan, Perpustakaan Perubatan, Universiti Malaya.

Kekal Abadi 10(4) Disember 1991

9

Page 2: MA/MSc Library &Information Studies, Loughborough ...eprints.um.edu.my/15877/1/0001.pdf · MA/MSc Library &Information Studies, Loughborough University ofTechnology, 1990/1991 Sharipah

Kursus Wajib dan Penulisan Tesis

Pada sesi 1990/91 Jabatan PPM telah menerimamasuk lebih daripada 100 orang pelajar bagi kursus-kursus sarjana yang ditawarkan. Selain daripadaSarjana Sastera atau Sarjana Sains dalam bidangKajian Maklumat dan Perpustakaan (MA/MSc Library& Information Studies) terdapat beberapa kajian lain;antaranya Sarjana Sastera bidang Penerbitan (MAPublishing), Sarjana Sastera bidang PerpustakaanSekolah (MA School Librarianship), Sarjana Sasterabidang Arkib dan Pensrbitan (MA Archive & Publish-ing), dan Sarjana Sains bidang Kajian Maklumat(MSc Information Studies).

Objektif kursus ini adalah seperti berikut:

1. Untuk memberikan pendidikan profesionalyang luas, dari segi latihan dan kemahiranasas profesional agar para pelajar lepasansarjana ini berkeyakinan penuh semasamenempuh suasana pekerjaan yang berkait-an dengan bidang maklumat.

2. Untuk memberi kefahaman yang lebihmendalam mengenai prinsip-prinsip ke-pustakawanan, kefahaman mengenai organi-sasi perpustakaan dan lain-lain agensi yangberkait rapat dengan maklumat, sertapengurusan, penyimpanan dan pencariansemula maklumat dalam semua bentuk media.

3. Memberikan suatu kefahaman yang men-dalam dari segi penggunaan maklumat, sarna-da bahan bercetak mahupun yang belumditerbitkan; mengenalpasti kumpulan-kumpulan pengguna, jenis maklumat yangdikehendaki pengguna dan keberkesananperpustakaan atau agensi maklumat yanglain dalam memenuhi permintaan tersebut.

4. Untuk memperkenalkan kepada para pelajarakan teori dan praktis penyelidikan yang ber-kait rapat dengan bidang perpustakaan danpengajian maklumat serta perkara yang berhu-bungan.

Kursus ini dibahagikan kepada dua peringkat.Sahagian pertama mengandungi tujuh kursus wajibdan satu kursus pilihan. Kursus wajib adalah:

-- pengurusan maklumat (information management)

-- sumber-sumber, penggunaan dan pencarianmaklumat (information sources, use and search-ing)

10

-- pengendalian maklumat (information handling)

-- teknologi maklumat (information technology)

-- metodologi penyelidikan (research methodology)

-- perkhidmatan-perkhidmatan dan kajian pengguna(user studies and services)

-- pengurusan koleksi (collection management)

Hanya pelajar yang lulus b~agian pertama akandibenarkan meneruskan pengajial'l diDahagian kedua,iaitu penulisan tesis. Projek ini boleh dimulakan padacuti easter (bulan Mac) setelah berbincang denganpensyarah yang menjadi penyelia dan setelah tajuktesis dipersetujui oleh jabatan. Tesis yang sudah siapmestilah dalam kira-kira 20,000 perkataan dandiserahkan pada pertengahan bulan September.

Secara terperinci dinyatakan di sini pembaha-gian tiap-tiap kursus dalam bahagian pertama.

1. Pengurusan Maklumat(Information Management)

Matlamat kursus ini ialah memberikan pelajarkemah iran dan ilmu pengetahuan berkaitanpengurusan maklumat dalam perpustakaan danorganisasi berasaskan untung. Pecahan kursus ada-lah seperti berikut:

i) Organisasi, komunikasi & maklumat(Organisation, communication & information)

Tumpuan adalah ke atas bentuk pengurusankomunikasi dalam organisasi, mengkaji tahappencapaian dan matlamatnya. Contoh sebuahorganisasi dibahaskan dan jalan penyelesaianyang sesual mestilah dikemukakan dalam satukertas kerja.

Ii) Pengurusan perkhidmatan maklumat(Management of information services)

a) Pengurusan sumber (Resource management)Penekanan ditumpukan kepada beberapa

kajian sumber dan kaedah pengurusan yang sesuai.

b) Pengurusan sumber manusia (Human resourcemanagement)Pelajar dikehendaki mengulas aspek pengurusan

seperti struktur organisasi, motivasi , tugas pengurus,dan pembentukan tugasan dalam kertas kerja perta-mao Kertas kerja kedua ialah mengenai anal isis atasmasalah - masalah pengurusan, dimana perbincang-

Page 3: MA/MSc Library &Information Studies, Loughborough ...eprints.um.edu.my/15877/1/0001.pdf · MA/MSc Library &Information Studies, Loughborough University ofTechnology, 1990/1991 Sharipah

an dijalankan secara kumpulan untuk mengupas be-berapa aspek pengurusan dan setiap pelajar dike-hendaki menghasilkan satu laporan mengenainya.

c) Pemasaran dan perkhidmatan maklumat(Marketing and the information services)Satu kajian mengenai tugas memasarkan per-

khidmatan dan analisa mengenai masalah pasarandengan mengemukakan cara yang sesuai.

d) Undang-undang hakmilik intelektual(Intellectual property law)Daripada 20 syarahan yang berkaitan undang-

undang hakmilik, dua kertas kerja dihasilkan mengu-pas masalah hakmilik melibatkan beberapa kajiankes.

2. Sumber-sumber, Penggunaaan danPencarian Maklumat (Information Sources,Use, and Searching)

Kursus ini mempunyai matlamat mendedahkanpelajar kepada sumber-sumber maklumat dalamberbagai bidang yang khusus, melatih pelajar agarberkebolehan membuat pencarian maklumat danmemahami prinsip asas pencarian maklumat.Penekanan dlberikan ke atas teknik pencarian secaratalian terus (online) seperti DataStar dan Dialog. Duabibliografi dalam bidang yang dipilih mesti diserahkanuntuk penilaian.

3. Pengendalian Maklumat (InformationHandling)

Kursus ini menekankan cara pengendalian maklu-mat bibliografi bagi kegunaan pustakawan dan parapetugas pencarian maklumat bagi klien mereka.lanya.mengajar kemahiran praktikal dalam kerja-kerjabibliografi dan pelajar diberikan latlhan dalammempraktikkan tugas ini. Latlhan praktikalmembolehkan pel ajar mengkatalog bahan-bahanperpustakaan dan mengkelasifikasl mengikutpengkelasan Dewey serta pengindeksan mengikutikaedah PRECIS.

4. Teknologi Maklumat(Information Technology)

Objektif kursus inl lalah memberikan asaspenggunaan komputer bagl pengurusan maklumat.Penekanan diberlkan pada pengautomatanperkhidmatan-perkhldmatan perpustakaan dan yangberkait rapat dengan pengurusan koleksl. Kursus inl

memahirkan pelajar dengan berbagai perisian danpangkalan data seperti GAlAXY, Wordstar, Page-maker, DBase3 dan Windows.

5. Metodologi Penyelidikan(Research Methodology)

Matlamat keseluruhan kursus ini ialahmenunjukkan cara-cara asas kaedah penyelidikanyang boleh dihubungkait dengan perpustakaan dankerja-kerja maklumat. lanya penting sebagai satupersediaan asas dalam membuat penyelidikan untukpenulisan tesis. Kursus ini juga menitikberatkan caramenganalisa dan mengenali maklumat y~mgdiperiukan bagi sesuatu projek, kaedah mendapatkandata melalui kajiselidik serta cara membentangkandata yang telah terkumpul.

6. Perkhidmatan-perkhidmatan Pengguna danKajian Pengguna (User Studies and Services)

Matlamat kursus ini ialah menggabungkanaspek perpustakaan dan tugas pemberi maklumatterus kepada pengguna atau pihak awam. Tumpuanadalah pada teknik dan pengetahuan asas bagimemberikan khidmat yang berkesan kepada orangawam, program pendidikan pengguna, strategimemahami kehendak pengguna dan caramendapatkan maklumat untuk memenuhi kehendak-kehendak tersebut. Sebanyak empat kertas kerjaditulis iaitu ulasan mengenai kajian pengguna yangpernah diterbitkan, kajian kes atas perkhidmatanpengguna, ulasan buku - fiksyen, dan cara menulisabstrak untuk penerbitan.

7. Pengurusan Koleksi(Collection Management)

Kursus ini merangkumi teori dan praktis bagiorganisasi dan pengurusan koleksi perpustakaan(buku, majalah dan lain-lain media), Topik yangberkaitan dengan pembangunan koleksi, pemilihandan perolehan bahan, pengurusan perkhidmatanteknikal, pengawasan stok dan sirkulasi, penyimpan-an dan pengawetan bahan, perkhidmatan doku-mentasi dan pilihbuang dan pusingan bahan. Duakertaskerja yang ditulis menyentuh aspek peranandan tugas pustakawan dalam proses pemilihan danperolehan koleksi perpustakaan; dan peng-komputeran semua proses perpustakaan (integrasi)seperti program BOOKSHELF.

11

Page 4: MA/MSc Library &Information Studies, Loughborough ...eprints.um.edu.my/15877/1/0001.pdf · MA/MSc Library &Information Studies, Loughborough University ofTechnology, 1990/1991 Sharipah

8. Kursus Pilihan: Pengurusan MaklumatKesihatan dan Kebajikan(Health & Welfare Information Management)

Pengurusan maklumat kesihatan dan kebajikanberkait rapat dengan bidang perubatan. lanyamendedahkan pelajar kepada organisasi kesihatandan perubatan dan pengurusan maklumat bagikumpulan yang khusus ini. Kursus ini banyakmelibatkan pensyarah jemputan yang mahir dalambidang masing-masing dan mereka terdiri daripadapara pengurus maklumat di institusi perubatan.Lawatan dan keterangan praktikal di uruskan agarpelajar dapat lebih memahami tugas pengurusmaklumat bidang kesihatan dan perubatan. QueensUniversity Library di University of Nottingham telahdipilih sebagai satu institusi yang dilawati. Satukertas kerja yang menyentuh aspek spesifikasi bagisistem maklumat dalam bidang kesihatan atauperubatan dihasilkan.

12

Kesimpulan

Kursus ini merangkumi beberapa aspek di-bidang perpustakaan dan pengurusan maklumat.Pendedahan yang diberikan telah sedikit sebanyakmemberikan manfaat dan faedah yang besar kepadapara pelajar dari segi akademik dan profesional.Penekanan setiap kursus atas penulisan artlkel/eselmenyebabkan masa ditumpukan kepada pencarianmaklumat dan pengumpulan data bagi kursus yangberkenaan. Sepanjang kursuS'berlaogsung lebih dari-pada 20 esei diperlukan sebagai markah terkumpulbagi bahagian pertama. Memandangkan masa kursusberjalan setamazo minggu, ini bermakna masa yangterluang, terpaksa ditumpukan kepada pengumpulandata dan menulis dan menaip esei. Kursus ini jugamendedahkan pelajar asing kepada perkembanganperpustakaan dan pengajian maklumat di negaramaju disamping memperlihatkan betapa kemajuanyang didapati di negara sendiri tidaklah jauhketinggalan, malah boleh dianggap setaraf.