manfaat berkanun dalam pengurusan sumber manusia

19
MANFAAT BERKANUN Statutory Benefits

Upload: siti-athirah-mohd-zuki

Post on 09-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Statutory Benefits

TRANSCRIPT

Manfaat berkanun

Manfaat berkanunStatutory BenefitsTopik-topik utama dalam ruang ini adalah: Faedah Faedah Lain ;KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)SOCSO

FAEDAH FAEDAH BERSALINCuti BersalinElaun BersalinAkta pendaftaran BersalinPembayaran BersalinCUTI BERBAYARCuti AmCuti TahunanCuti RehatCuti SakitFAEDAH LAINCaruman PERKESO/SOCSO & KWSP

FAEDAH BERSALINSetiap pekerja yang melahirkan anak, cuti bersalin hanya diberikan sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja tersebut.

Setiap kali pekerja melahirkan anak, dia layak mengambil cuti bersalin sebanyak 60 90 hari (hari kalendar), dan masih tertakluk di bawah 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.Elaun BersalinPekerja sedang cuti bersalin layak dibayar gaji bulanan biasa mereka asalkan: Mereka telah bekerja dengan majikan sekurang-kurangnya 90 hari, dan Mereka tidak mempunyai lebih daripada 5 orang anak Sekiranya seorang pekerja melahirkan anak keenam, dia hanya layak menerima cuti bersalin tanpa gaji.

Akta pendaftaran bersalinSetiap majikan perlu menyimpan satu daftar cuti bersalin yang diambil pekerjanya dan bayaran diterima oleh semua pekerjanya. Format daftar tersebut boleh didapati dalam Jadual Pertama Peraturan 1957, Akta Pekerjaan. Bayaran perbelanjaan bersalinMajikan tidak diperlukan untuk membayar kos perbelanjaan bersalin pekerja. Dan sekiranya ada syarikat yang membayar kos perbelanjaan ini, ianya tidak menjadi satu kesalahan dan menjadi tambah nilai kepada pekerja-pekerjanya.Cuti amAkta Pekerjaan menyatakan pekerja layak mendapat sekurang-kurangnya 11 cuti am berbayar setiap tahun. Lima hari cuti am adalah wajib, iaitu:Hari PekerjaHari KemerdekaanHari MalaysiaHari Keputeraan SPB Yg Di Pertuan AgongHari Ulang Tahun Raja atau Ketua NegeriSetiap majikan bebas memilih 6 cuti am yang lain untuk pekerja.

Cuti tahunanPekerja di dalam skop Akta Pekerjaan layak mendapat cuti tahunan setelah mereka cukup berkhidmat selama satu tahun. Kelayakannya adalah seperti berikut:Pekerja mempunyai 1-2 tahun perkhidmatan: 8 hari cutiPekerja mempunyai lebih daripada 2 tetapi kurang daripada 5 tahun perkhidmatan: 12 hari cutiPekerja mempunyai lebih daripada 5 tahun perkhidmatan: 16 hari cutiCuti sakitHak Mendapat Cuti Sakit Berbayar Pekerja dalam skop Akta Pekerjaan layak mendapat cuti sakit berbayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka dalam organisasi. Kelayakan cuti sakit tahunan pekerja adalah:14 hari, sekiranya pekerja mempunyai perkhidmatan kurang daripada 2 tahun18 hari, sekiranya pekerja mempunyai perkhidmatan lebih 2 tahun, tetapi kurang daripada 5 tahun22 hari, sekiranya pekerja mempunyai perkhidmatan lebih daripada 5 tahun

Hak Mendapat Cuti Sakit Berbayar Pekerja dalam skop Akta Pekerjaan layak mendapat cuti sakit berbayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka dalam organisasi. Kelayakan cuti sakit tahunan pekerja adalah:14 hari, sekiranya pekerja mempunyai perkhidmatan kurang daripada 2 tahun18 hari, sekiranya pekerja mempunyai perkhidmatan lebih 2 tahun, tetapi kurang daripada 5 tahun22 hari, sekiranya pekerja mempunyai perkhidmatan lebih daripada 5 tahun

Cuti rehatCuti rehat tertakluk kepada Akta Pekerja Seksyen 59, mana-mana pekerja boleh memohon cuti rehat pada bila-bila masa akan tetapi tidak terkecuali sekiranya mereka dipanggil bekerja ketika mereka diperlukan untuk bekerja walaupun sedang cuti rehat.

Faedah lainCaruman SOCSO/PERKESOCaruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

KWSP dan SOCSO adalah salah satu bentuk faedah lain yang kebanyakan ditawarkan kepada pekerja bagi kebanyakan organisasi hari ini, sektor kerajaan mahupun swasta.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan untuk pekerja-pekerja swasta melalui pengurusan simpanan mereka. KWSP juga mempunyai peranan untuk memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk menyumbang kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.SOCSO/PERKESOSOCSO atau PERKESO merupakan suatu organisasi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk mentadbir, menguatkuasakan dan melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP) dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.Fungsi SOCSO (PERKESO) adalah seperti berikut:Pendaftaran majikan dan pekerjaPengumpulan sumbangan daripada majikan dan pekerjaPembayaran faedah kepada pekerja-pekerja dan / atau tanggungan mereka apabila berlaku sebarang kemalanganPemberian manfaat pemulihan fizikal dan vokasionalMemberi kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan ditempat kerjaKWSP Menambahkan pendapatan pekerjaKadar caruman semasa : 12%Tidak dicampurkan dengan gaji pokok dalam pengiraan gaji kasarMerupakan pendapatan yang tertangguhBayaran yang tidak tertakluk kepada caruman KWSP:Caj perkhidmatan, bayaran kerja lebih masa, gratuiti, yuran pengarah, faedah persaraan, bayaran sebagai gantian notis penamatan perkhidmatan, daedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara dan penamatan, sebarang elaunan perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan

SOCSO/PERKESOTujuan penubuhan SOCSO:Menjamin pembayaran faedah atau manfaat kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian di luar jangkaanMemberikan khidmat rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional kepada pekerjaMengambil langkah pencegahan daripad kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan pekerjaTidak dihitung dalam pengiraan gaji kasarPekerja hanya memperoleh manfaat apabila berlaku kejadian luar jangka semasa bekerja