manfaat dan kesan buruk internet kepada pelajar
DESCRIPTION
LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERSTRANSCRIPT
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2012
OUMH 1103
LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS
MANFAAT DAN KESAN BURUK INTERNET KEPADA PELAJAR
NAMA : SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN
NO. MATRIKULASI : 661102115182001
E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : MOHD NAZARI B. MOHD
PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTER
1
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
ISI KANDUNGAN
BIL.
PERKARA MUKA SURAT
1. 1.0 PENGENALAN 3
2. 2.0 KEBAIKAN INTERNET KEPADA PELAJAR 4-7
3.3.0 KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET KEPADA
PELAJAR8-11
4.4.0 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN
NEGATIF INTERNET KEPADA PELAJAR12-15
5. 5.0 PENUTUP 16
6. NOTA DAN RUJUKAN 17
2
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
MANFAAT DAN KESAN PENGGUNAAN INTERNET
KEPADA PELAJAR
1.0 PENGENALAN
Mutakhir ini, ke mana sahaja kita pergi, kita akan terdengar orang memperkatakan
tentang internet. Sesungguhnya penggunaan internet sangat penting kerana dunia kini
sedang bergerak pantas seterusnya membolehkan pengguna internet di seluruh dunia
berhubung dengan cepat dan pantas. Jaringan maya ini yang merupakan medium untuk
mendapatkan maklumat tanpa mengira masa dan tempat seolah-olah menjadikan ‘Dunia
Tanpa Sempadan’.
Berdasarkan kajian oleh Nua Internet Surveys- 2000 mendapati bahawa jumlah pengguna
internet seluruh dunia sehingga September 2000 adalah sejumlah 377.65 juta. Ini
membuktikan betapa kepentingan internet kepada masyarakat dan ia semakin popular
dari hari ke hari.
Namun begitu, dalam isu internet, memang terdapat pro dan kontra mengenai manfaat
dan kesan penggunaannya. Maka terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih
manfaat dan menghindari kesan negatifnya.
Lantaran itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu laporan tentang manfaat
dan kesan penggunaan internet kepada pelajar.
3
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
2.0 KEBAIKAN INTERNET KEPADA PELAJAR
Internet banyak memberi manfaat kepada pelajar bermula daripada peringkat rendah
hinggalah kepada institusi pengajian tinggi. Berikut adalah beberapa kebaikan internet:
2.1 Dapat Mengakses Maklumat dengan Cepat dan Tepat
Bagi pelajar, dengan adanya internet mereka boleh menerima maklumat dengan
cepat dan tepat. Dalam erti kata lain, segalanya berada di hujung jari dalam dunia
teknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik sahaja, segala maklumat
akan dapat diperolehi. Mereka tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk mencari
bahan bacaan. Pelbagai maklumat tentang negara, sistem pendidikan, budaya,
teknologi, geografi, pertanian dan lain-lain akan diperoleh dengan melayari
internet. Seterusnya mereka dapat menyiapkan segala tugasan yang diberi.
Menurut Johnson (2004) internet dilihat sebagai alat untuk memudah dan
mempercepatkan kerja para pelajar kerana mereka boleh mengakses data dan
bahan bacaan secara online.
Menurut jurnal yang bertajuk ‘Attitudes of Students Towards Internet’(Isman,
Aytekin and Dabaj , Fahme 2004) perkembangan teknologi membuka peluang
untuk orang ramai terutama dalam bidang pendidikan. Internet adalah sebahagian
daripada teknologi untuk menangkap alternatif pada setiap kawasan di
persekitaran yang kompetitif. Internet menyediakan peluang untuk mendapat
peluang yang cekap dan cepat, mewujudkan hubungan dengan semua orang dan
mencari semua jenis data dengan kesan globalisasi
Melalui kaji selidik ( Kilincoglu, Altun – 2002)ke atas 173 responden yang terdiri
daripada pelajar siswazah dan pasca siswazah Universiti Timur Mediteranean,
didapati bahawa 67.6 % responden bersetuju internet adalah cara terpantas untuk
mencapai pengetahuan.
4
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
2.2 Sebagai Penghubung Dengan Dunia Luar
Melalui internet, pelajar-pelajar akan dapat berinteraksi dan meneroka dunia luar
tanpa sempadan. Sebagai contoh penggunaan laman sosial seperti Facebook,
Friendster, My Space dan lain-lain. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh
Alexa.com, Malaysia merupakan pengguna ketiga terbesar Friendster dengan
mewakili 10.8 %daripada jumlah keseluruhan pengguan laman berkenaan pada
Julai 2009. Ini menunjukkan laman sosial merupakan satu medium interaksi
yang popular dalam kalangan pengguna internet terutamanya pelajar.
Seterusnya, dengan mendapat kenalan dari seluruh pelusuk dunia, mereka dapat
bertukar pandangan dan berkongsi cerita mengenai negara masing-masing.
Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan
mereka kepada pelbagai sosial budaya masyarakat dunia dan seterusnya
memupuk keamanan sejagat.
Berdasarkan kaji selidik (Kilincoglu, Altun -2002 ) mendapati 51.4 % responden
bersetuju internet adalah tempat digital yangmencipta hubungan ke seluruh dunia.
2.3 Untuk Tujuan Pembelajaran
Internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-learning
seperti http: //www.swinburne.edu.au. Di Malaysia, e-pembelajaran telah
digunakan oleh Universiti Tun Abdul Razak ( UNITAR ) dan Universiti Terbuka
Malaysia di mana proses pembelajaran dapat dilakukan secara aktif oleh pelajar
dengan menggunakan internet tanpa perlu menghadiri kuliah sepenuhnya. Mereka
boleh belajar secara sambilan dan anjal di rumah tanpa terikat dengan waktu
pembelajaran. Internet juga sebagai salah satu medium untuk membantu pelajar-
pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia berperanan sebagai
pendidik atau ’tutor’ siber yang berkesan. Pembelajaran di dalam kelas biasa
5
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
akan menjadi lebih menarik dengan penggunaan kesan multimedia terutamanya
dalam pembelajaran Sains dan Matematik.
Berdasarkan kajian Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman,1992;
Chazan,1988; Mc Coy,1991; Al Ghamdi,1987) menyatakan, pelajar dapat
memahami konsep matematik dengan mudah dan berkesan dengan menggunakan
komputer.
Begitu juga usaha kerajaan yang mewujudkan Sekolah Bestari telah membuka
ruang kepada teknologi internet yang akan membolehkan fleksibiliti dan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPN , 1997). Program ini telah
melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam semua aspek.
2.4 Dapat Mengurangkan Masalah Sosial
Internet juga dapat mengurangkan pelbagai masalah sosial di kalangan pelajar.
Dengan menggunakan internet di rumah atau membaca, pelbagai bahan menarik
yang dipaparkan, pelajar-pelajar ini tidak akan keluar rumah. Mereka dapat
menyesuaikan minat seperti membina enjin kapal terbang, kereta, motosikal dan
kereta api sebagai hobi. Mereka juga dapat mencari dan memainkan muzik pilihan
mereka sendiri dan menonton siaran televisyen bagi mengisi masa lapang
malahan dapat meningkatkan kecerdasan otak. Dengan ini sedikit sebanyak dapat
mengurangkan risiko masalah sosial seperti lepak, bohsia dan kegiatan di kelab-
kelab malam dan disko.
6
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
2.5 Memudahkan Pembelajaran di Universiti
Internet sangat bermanfaat kepada pelajar di universiti. Dengan adanya internet,
pelbagai kemudahan dapat dinikmati. Ia merupakan sumber rujukan mudah dan
pantas tanpa mengira masa dan lokasi penggunaan. Sebagai contoh, pembelajaran
di OUM, yang telah menyediakan perpustakaan digital kepada pelajarnya. Pelajar
boleh mencari buku dalam talian di perpustakaan maya ini jika mereka
mempunyai kad perpustakaan tersebut. Kaedah pencarian maklumat cara baru ini
hampir menggantikan kaedah penggunaan perpustakaan biasa.
Dengan wujudnya universiti maya, contohnya UNITAR yang telah menyediakan
akaun internet untuk para pelajarnya, pelajar tidak perlu pergi ke bilik kuliah
untuk mengikuti pengajian. Mereka hanya menggunakan internet untuk
mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian. Mereka boleh
menggunakan teknologi persidangan video untuk membuat projek, berbincang
dan mendapat nasihat.
Melalui kajiselidik ( Kilincoglu, Altun -2002 Timur MediterraneanUniversity )
didapati bahawa 76.6 % responden bersetuju internet adalah sebuah perpustakaan
universal.
7
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
3.0 KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET KEPADA PELAJAR
3.1 Menimbulkan Masalah Ketagihan Internet
Berdasarkan Kajian Norton Online Living Report (NOLR), remaja di Malaysia
menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Pelajar-pelajar kita
begitu tertarik sehingga menimbulkan ketagihan internet adalah disebabkan
beberapa faktor antaranya kecanggihan teknologi terkini. Kehebatan teknologi
yang berinovasi telah membawa kemudaratan, contohnya kehebatan grafik
permainan video yang dibangunkan dengan seni bina 3-Dimensi telah menjadi
kegilaan pelajar kini. Mereka akan membazirkan masa berjam-jam di depan
komputer seterusnya mendatangkan banyak keburukan kepada pelajar itu sendiri.
Fenomena ini boleh meruntuhkan proses pembelajaran di mana mereka seringkali
mengabaikan pelajaran seterusnya memberi implikasi masa depan yang gelap.
Menurut jurnal ( Sato, Takashi -2006 ) yang bertajuk “ Internet Addiction among
Students ;Prevalence and Psychological Problems in Japan “ 8 – 10 % daripada
pelajar kolej ( Japan – 2004 ) mempunyai masalah kelaziman ketagihan internet.
Melalui kaji selidik yang telah dijalankan ( Sato , Takashi -2004 ) didapati
bahawa 9.1 % daripada 242 responden ( pelajar kolej di Jepun ) mengalami
ketagihan internet ( IAS ; Internet Addiction Scale ).
Menurut Kausar Suhail dan Zobia Bargoes (2006), kesan negatif ini berdasarkan
kepada jumlah masa yang digunakan untuk melayari internet dan jenis aktiviti
yang dilakukan menerusi internet.
Cuba kita renungkan betapa bahayanya ketagihan internet. Berdasarkan laporan
akhbar Harian Metro, Isnin 22 Oktober 2012, seorang surirumah berusia 20-an
menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di Pasir
Gudang, Johor semata-mata untuk bermain permainan komputer dan internet.
Lebih mengejutkan lagi akibat ketagihan internet, wanita itu turut membawa anak
8
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
lelakinya yang berusia 3 tahun ke pusat terbabit setiap kali berkunjung ke situ. Ini
sudah tentu akan menjadi ikutan kepada anaknya apabila bergelar pelajar nanti.
Tambahan pula, menggunakan internet untuk satu tempoh masa yang lama dapat
mengundang kepada masalah kesihatan secara mental dan juga fizikal.
Contohnya, sakit belakang, sakit di pergelangan tangan akibat menggunakan
tangan dalam jangka masa yang panjang, sakit mata akibat terlalu lama
memandang skrin komputer dan lain-lain.
3.2 Mudah Terpengaruh Dengan Kesan Negatif
Penggunaan internet tanpa had dan kawalan akan mendedahkan para pelajar
kepada unsur-unsur luar atau budaya kuning yang akan membawa kesan negatif
kepada pelajar-pelajar kita. Dengan melayari internet adalah begitu mudah untuk
mendapatkan bahan-bahan berunsur lucah seperti gambar dan video klip tanpa
tapisan. Mereka juga boleh mencari dan mendengar lagu-lagu berbentuk rock dan
blackmetal. Semua unsur ini boleh mendorong kepada perbuatan maksiat dan
menyalahi hukum agama dan undang-undang negara. Sesungguhnya budaya
barat tidak semuanya bagus untuk ditiru. Contohnya budaya seks bebas dan
hedonisme. Cuba kita renungkan sejenak fakta yang amat merisaukan kita ini.
“Melalui carian Google dengan menggunakan perkataan “porn” pada 1 Januari
2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web berkaitan pornografi.
Berdasarkan statistik Google Trends, Malaysia kini berada di tangga kelapan bagi
negara paling banyak pencari maklumat negatif ini di internet. Ini merupakan satu
isu sensitif dan mempengaruhi pelajar kerana internet membenarkan akses tanpa
had. Fenomena ini akan menyebabkan masyarakat Islam leka daripada kehidupan
beragama secara normal.
9
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
Menurut Che Wan Badrul Alias (2010), laman web lucah kekal ditempat tertinggi
iaitu pada tempat ke-4 dan ke-5 daripada 100 laman web yang kerap dikunjungi
oleh kanak-kanak dan remaja terdiri daripada pelajar pada tahun 2009.
3.3 Leka dan Menjejaskan Prestasi Pembelajaran
Kelekaan para pelajar dalam melayari laman sosial juga bakal memberi kesan
buruk terhadap mereka sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya
dan keseronokan ber’chatting’ akan membuatkan mereka lupa untuk
mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh
guru. Ketagihan mereka untuk melayari internet bagi suatu tempoh masa yang
panjang sudah tentu akan menjejaskan prestasi pembelajaran mereka di sekolah.
3.4 Menjejaskan Perkembangan Personaliti Pelajar
Dunia internet juga boleh mempengaruhi emosi dan sahsiah pelajar-pelajar kita.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil dalam Berita Harian 12 Oktober 2011, kira-kira 90%
daripada 8.5 juta kanak-kanak atau sembilan daripada sepuluh mereka di negara ini
dilaporkan terdedah dengan gejala negatif dunia siber sekaligus mampu
mempengaruhi emosi dan sahsiah mereka. Pelajar-pelajar kita menjadikan internet
terutama laman web berkaitan jaringan sosial seperti Youtube, Facebook,
MySpace, Twitter dan sebagainya sebahagian daripada hidup mereka. Hal ini
sangat merbahaya kerana kesan penggunaan teknologi ini yang memburukkan lagi
konflik sedia ada dalam jiwa remaja.
Ini kerana dalam peringkat usia sebegini, golongan pelajar masih lagi melalui
proses perkembangan dan kematangan intelek, emosi dan sosial. Masa yang
dihabiskan di dunia maya tidak akan membantu mereka menjalani proses
perkembangan ini secara sihat dan teratur. Interaksi secara bebas tanpa sekatan ini
10
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
lebih membentuk diri mereka melihat norma kehidupan alam nyata sebagai
sekatan kepada kebebasan yang mereka idamkan. Ini akhirnya memberi kesan
negatif kepada perkembangan personaliti pelajar-pelajar kita. Contohnya seperti
bertutur dalam bahasa yang kasar dan lucah, gejala salah laku sosial dan moral
seperti bergaduh, gangterisme, lumba haram, merokok, melepak, ponteng kelas
dan membuli.
3.5 Menimbulkan Kegiatan Plagiarisme Internet
Seterusnya kesan buruk penggunaan internet juga melibatkan pelajar-pelajar di
pusat pengajian tinggi. Menurut Jurnal (Scanlon, P.M & Neumann.D.R.2002)
yang bertajuk “Internet Plagiarisme among College Students”, 85.9% mahasiswa
daripada 9 buah kolej dan universiti yang dikaji menggunakan internet untuk
menyalin dan menampal teks ke dalam kertas kerja mereka tanpa rujukan.
Kegiatan ini disebut sebagai “plagiarisme internet”. Perbuatan kecurangan
akademik ini telah meningkat secara mendadak. Pada 22 November 1999, US
News & World Report melaporkan bahawa satu wabak baru penipuan di pusat
pengajian tinggi telah berlaku (“menipu, penulisan dan aritmetik, 1999). Antara
faktor berlakunya perkara ini ialah persepsi pelajar, tingkahlaku rakan sebaya,
kesedaran mereka dan sekatan institusi (McCabe, Revino & Butterfield dalam
akhbar). Kajian mengenai plagiarisme telah dibuat secara kualitatif terutamanya
dalam bahasa Inggeris (Drum, 1986 ; Howard, 1999; Koliah, 1998; McLeod, 1992
Wilhoit, 1994).
Secara umum, self-laporan menipu adalah tinggi, anggaran perangkaan dari 9-95%
daripada mereka yang ditanya mengaku terlibat dalam beberapa bentuk
kecurangan akademik (Maramark & Maline). Dalam kaji selidik, 6096 mahasiswa
di 31 buah kampus, McCabe (1992) melaporkan bahawa 67.4% mengaku menipu
sekurang-kurangnya sekali dalam ujian atau tugasan utama. Lantaran itu, jumlah
plagiarisme dalam talian yang dilaporkan sepatutnya menjadi satu perkara yang
11
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
membimbangkan demi menjaga nama baik institusi pengajian tinggi yang beretika
dan berwibawa.
4.0 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN NEGATIF INTERNET
KEPADA PELAJAR.
4.1 Peranan Individu
Bagi individu itu sendiri, disiplin diri amat penting kerana pelajar itu sendiri yang
perlu membuat pilihan samada membuang masa dengan melayari laman yang
tidak berfaedah atau memanfaatkan maklumat melalui internet. Di sinilah
pentingnya ‘celik media’, di mana pelajar -pelajar perlu diberi kesedaran
supayamampu menilai kesan dan pengaruh internet secara amnya. Seseorang
yang celik media mampu mengenal pasti peranan dan kesan internet dalam
kehidupan seharian. Mereka bukanlah pengguna yang pasif tetapi berfikir dan
menilai apa yang dilihat dan dibaca. Dengan ini pelajar perlulah dididik supaya
lebih kritikal dan mampu menilai bahan yang mereka perolehi seterusnya dapat
membebaskan diri mereka daripada dikongkong laman web yang boleh meracuni
pemikiran, hati dan naluri mereka.
(sumber: keratan akhbar, Berita Harian-7 Mei 2008-Mohd Afendi Daud)
4.2 Peranan Keluarga
Ibubapa perlulah memantau penggunaan internet di kalangan anak-anak mereka.
“Data diperolehi daripada Norton Online Family Report 2010 melaporkan hanya
4 daripada 10 ibubapa mengetahui apa yang dilayari oleh anak mereka dalam
internet”. Situasi ini sangat membimbangkan dan ibubapa perlulah peka tentang
12
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
perkara ini. Anak-anak perlu didedahkan tentang fungsi sebenar internet dan
kesan buruk sekiranya ia disalahgunakan.
Satu perbincangan mengenai panduan penggunaan internet perlu diadakan.
Letakkan atau tetapkan penggunaan komputer ditempat terbuka atau ruang
berkumpul keluarga. Contohnya ruang tamu. Ibubapa perlu menetapkan jangka
masa atau jadual untuk melayari internet .Pastikan anak-anak tidak melawati
laman yang tidak berfaedah atau pornografi. . Ibubapa juga boleh menggunakan
perisian untuk pemantauan seperti (parental filters), pop-up blockers, tetapan
privasi dan sebagainya. Dengan ini dapat melatih pelajar-pelajar kita supaya lebih
bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Para ibubapa juga perlu menekankan beberapa tips kepada anak-anak ketika
berhadapan dengan dunia siber, antaranya:
Memberitahu anak-anak tentang ancaman di internet contohnya pornografi
kanak-kanak , buli siber, hendap siber dan sebagainya. Dengan ini mereka
dapat memahami risiko penggunaan internet.
Bercerita dan berbincang secara terbuka mengenai isu-isu sensitif di
internet.
Bertukar-tukar pendapat dengan anak tentang teknologi terkini bagi
membina semangat kerjasama dan saling mempercayai antara satu sama
lain.
Perlu daftar keluar daripada talian contohnya webcam semasa
menggunakan komputer awam (kafe siber) atau komputer orang lain. Ini
penting bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat oleh orang lain.
Ibubapa juga berperanan memberi didikan agama dan moral kepada pelajar-
pelajar. Mereka perlu dididik tentang kesan-kesan buruk internet dan juga
permainan video sejak dari kecil lagi, ibarat “Melentur buluh biarlah dari
rebunnya”. Sesungguhnya didikan daripada kesedaran beragama adalah ubat
mujarab untuk mengubati penyakit rohani dan mencegah kenakalan remaja.
13
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
Mereka akan mempunyai benteng keimanan yang cukup kuat untuk
mempertahankan diri daripada ketagihan internet dan permainan video yang
melalaikan. Terdapat beberapa antivirus yang mampu menyekat laman web lucah
daripada diakses oleh anak-anak di rumah dengan membuat tetapan dan kata
laluan antaranya seperti antivirus Eset.
4.3 Peranan Masyarakat
Seterusnya peranan masyarakat pada keseluruhannya sangat penting dalam
mengurangkan kesan negatif internet. Menurut Prof. Madya Mohd Safer Hashim
dari Jabatan Komunikasi UKM, bahan pornografi boleh ditapis dan disekat
penyebarannya terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Menurut Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Bandar Majlis Belia Malaysia (MBM) Norizan
Sharif, ia boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tapisan seperti
cyberpatrol, cybersitter, surfwatch dan Net-Nanny pada komputer. Penggunaan
perisian ini sewajarnya telah diketahui umum kerana ia merupakan salah satu
usaha yang paling berkesan bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan internet.
Perisian ini wajar digunakan di semua pusat siber kafe dan institusi pengajian
tinggi.
4.4 Peranan Jabatan dan Kementerian
Seterusnya bagi menangani masalah plagiarisme internet di kalangan pelajar pusat
pengajian tinggi, pihak pengurusan perlulah berusaha meningkatkan kesedaran
dan memupuk komitmen pelajar terhadap kejujuran akademik. Di samping itu,
perlu diwujudkan satu undang-undang khas bagi menentukan bentuk hukuman
yang akan dikenakan akibat kesalahan ini.
Berdasarkan penemuan McCabe dan Trevino (1993) menyimpulkan bahawa
persepsi terhadap sejauhmana hukuman yang bakal diterima akibat kecurangan
14
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
akademik ini akan mempengaruhi keputusan mereka untuk melakukan perbuatan
negatif itu. Begitu juga faktor kontekstual termasuklah persepsi tingkahlaku
rakan sebaya dimana jika pelajar menganggap majoriti rakan-rakan mereka akan
ke talian untuk memplagiat maka mereka lebih cenderung untuk melakukan
perbuatan yang sama. Oleh itu, pengaruh kesan orang ketiga akibat salah
tanggapan terhadap tingkahlaku rakan sebaya yang cenderung ke arah plagiarisme
internet haruslah menjadi subjek kajian utama pada masa depan.
Seterusnya kerajaan perlulah mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan
kesan negatif internet di peringkat nasional. Kerajaan perlu merangka satu pelan
strategik bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi
mangsa kesan negatif internet.”
Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Sains Sosial (IPSAS) UPM telah
mendapati 22% remaja Melayu gemar melayari laman web lucah samada di
rumah atau di kafe siber. Oleh itu, kerajaan perlulah mengambil langkah serius
dan bersungguh-sungguh menangani masalah ini dengan mengawal operasi di
pusat-pusat internet kafe siber seluruh negara.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk
Prof. Hamdan Adnan mencadangkan supaya larangan terhadap kanak-kanak
berusia 12 tahun ke bawah dari memasuki kafe siber dikuatkuasakan. Begitu juga
tempoh operasinya selama 24 jam perlu dipendekkan bagi mengatasi gejala
kurang sihat terutama di kalangan pelajar sekolah . Semoga penggubalan undang-
undang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat internet kafe siber dapat
mengawal salah guna internet di kalangan pelajar.
15
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
5.0 PENUTUP
Sesungguhnya kecanggihan teknologi terkini khususnya internet telah mengubah
suasana, serta kehidupan manusia sejagat. Internet telah memberikan pelbagai manfaat
kepada manusia. Namun begitu, ia juga telah menimbulkan banyak kesan negatif
khususnya kepada pelajar. Ibarat pisau ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga
keburukan. Di samping itu, walau apapun kebaikan atau keburukan internet ini,
terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih atau menilaikannya. Lantaran itu,
pelajar-pelajar kita perlu dilengkapkan dengan kekuatan dalaman semenjak kecil lagi
agar mempunyai asas yang kukuh untuk mendisiplinkan diri mereka agar tidak
terpengaruh dengan keburukan internet.
2827 PATAH PERKATAAN
16
SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN661102115182001
NOTA DAN RUJUKAN
17