manual komputer peringkat asas
DESCRIPTION
Asas Komputer yang perlu kita pelajariTRANSCRIPT
MANUAL PERINGKAT ASAS - 1 -
PENGENALAN KEPADA KOMPUTER PENGENALAN
• Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang
� menerima dan menyimpan data.
� melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan)
ke atas data.
� kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ).
• Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah
arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama.
• Program (atau atur cara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan
komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.
KOMPONEN UTAMA
Terdiri daripada 4 komponen utama iaitu :
1. Unit Pemprosesan Utama (CPU – Central Processing Unit)
2. Monitor
3. Papan Kekunci (Keyboard)
4. Tetikus (Mouse)
Tetikus
Papan Kekunci
Monitor
Unit Pemprosesan Pusat
MANUAL PERINGKAT ASAS - 2 -
CARA KOMPUTER BERFUNGSI
Papan Kekunci Pencetak
Tetikus
Pengimbas Disket (3 ½ Floppy A)
CD-R
CDR-W
STRUKTUR SISTEM KOMPUTER
• UNIT INPUT
� Semua data / arahan dimasukkan sistem komputer melalui unit masukan
untuk diproses oleh CPU.
� Bertindak sebagai perantara muka.
� Contoh Unit Masukan : Papan Kekunci, tetikus, pengimbas, kayu-ria
(joystick), pendigit (digitizer), mikrofon,pen cahaya (light pen), OCR
(Optical Character Recognition), OMR (Optical Magnetic Reader/
Recognition) dan MICR (Magnetic Ink Reader/ Recognition).
• UNIT OUTPUT
� Output merupakan penghantaran data yang telah diproses keluar
daripada ingatan utama komputer atau storan sampingan ke peranti luar.
Peranti paparan
(Display devices)
Ia merupakan peranti output visual yang mengeluarkan soft copy.
Contohnya monitor.
Pencetak Ia merupakan peranti output yang mencetak output dari komputer
pada kertas. Cetakan ini juga dipanggil salinan keras (hard copy).
Audio output Ia menghasilkan output dalam bentuk perkataan, muzik, stereo
atau suara. Contohnya speaker, earphone dll.
Video output Imej video yang direkod menggunakan peranti input video seperti
monitor komputer dan HDTV.
UNIT
PEMPROSESAN
UNIT
INPUT
UNIT
OUTPUT
UNIT
STORAN
MANUAL PERINGKAT ASAS - 3 -
KETERANGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN KOMPUTER
MONITOR
� Untuk paparan signal komputer.
� Mempunyai pelbagai
jenis dan saiz.
PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)
� Hampir menyamai
kekunci pada mesin
taip.
� Digunakan untuk menaip data ke dalam
komputer.
UNIT PEMPROSESAN
PUSAT (CPU)
� Mengawal operasi
komputer.
� Berfungsi sebagai otak kepada komputer.
� Menerima arahan,
meinterprasi arahan dan
melaksanakan arahan.
� Memanipulasi simbol,
huruf, nombor, perkataan.
TETIKUS (MOUSE)
� Untuk pengguna memberi
arahan kepada computer.
� Memilih item yang
dipaparkan pada skrin
monitor.
� Arahan diberikan dengan klik pada item dipilih.
� Kawalan sepenuhnya kepada pengguna.
KOMPUTER
1 USB 2.0
(Connectors )
Untuk menyambungkan peranti seperti Joystick atau kamera.
Juga terdapat dibelakang komputer
2
3 Pemacu CD/DVD
Untuk penggunaan CD samada CD Audio, VCD, DVD dan
untuk menghasilkan CD.
4 Pemacu Disket Penggunaan disket untuk menyimpan maklumat
5 Butang Power Untuk menghidupkan dan mematikan computer.
6 Lampu Power
Lampu kuning menandakan bahawa komputer sedang
berfungsi.
Lampu oren menandakan computer berada dalam keadaan
idle.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 4 -
UNIT INPUT
Merupakan alat-alat yang digunankan untuk memasukkan data ke dalam unit pemprosesan.
PAPAN KEKUNCI (keyboard)
� Set papan kekunci yang mempunyai pelbagai fungsi.
� Sebahagian kekuncinya iaitu kekunci abjad, nombor, jarak, shift, tab, dan caps adalah
sama seperti mesin taip.
� Function key [F] mempunyai fungsi yang tertentu bergantung kepada aplikasi yang
sedang digunakan.
� Keyboard digunakan untuk menaip dan memasukkan data ke dalam komputer.
PANDUAN
TURUN PADAM ARAH KIRI
PADAM ARAH KANAN HURUF BESAR
+ SEBILANGAN HURUF BESAR
BERGERAK IKUT ARAH ANAK PANAH
ENTER BACKSPACE
DELETE CAPS LOCK
SHIFT HURUF
MANUAL PERINGKAT ASAS - 5 -
TETIKUS (Mouse)
� Mouse dapat memudahkan kerja-kerja yang dijalankan. Ia juga membolehkan
pengguna berkomunikasi dengan computer.
Penggunaan Tetikus
i- Semasa menggunakan tetikus, anda memegang dan menggerakkannya di atas
permukaan yang rata atau di atas “mouse pad”
ii- Mouse adalah untuk mengawal satu penunjuk di atas skrin computer yang
berbentuk kepala panah (mouse pointer). Ia akan bergerak pada skrin mengikut arah
gerakan mouse.
Istilah click (klik), click and drag (klik dan seret) dan double click (klik dua kali) akan
diterangkan.
KLIK KIRI Untuk pilih tajuk atau program
KLIK KANAN Untuk menu tambahan
*Contoh menu tambahan
MANUAL PERINGKAT ASAS - 6 -
� Pointer
Cuba gerakkan mouse di mana-mana arah. Anda akan melihat sebuah anak panah akan
ikut bergerak di skrin computer. Anak panah ini digunakan untuk menunjuk pada
mana-mana objek yang ada di skrin.
� Click
Gerakkan anak panah pada skrin computer dan tunjuk pada ikon ‘My Computer’.
Klik butang kiri mouse.
Klik pula butang kanan mouse. Function?
� Click and Drag
Tekan butang kiri pada satu ikon dan jangan lepaskan
Gerakkan tetikus
Lepaskan butang kiri. Function?
� Double Click
Menekan butang kiri mouse dua kali.
Untuk membuka program.
Cuba klik dua kali pada ikon ‘My Computer’
MANUAL PERINGKAT ASAS - 7 -
LAIN-LAIN MOUSE POINTER (Penunjuk)
Memindahkan objek
Sistem sedang sibuk
Tiada kebenaran akses
Besarkan ke atas dan ke bawah
Besarkan ke tepi
MANUAL PERINGKAT ASAS - 8 -
PENGIMBAS ( SCANNER )
� Merupakan alat input yang digunakan untuk memasukkan gambar ke dalam computer
untuk pengubahsuaian atau cetakan.
� Menggunakan cahaya untuk mengimbas dan menterjemahkan kembali kepada
komputer dalam format digital.
� Berfungsi sama seperti mesin fotostat.
UNIT PEMPROSESAN PUSAT
� Unit ini memproses data atau maklumat yang telah dimasukkan melalui unit input dan
seterusnya menghantar maklumat yang telah diproses ke unit storan atau unit output.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 9 -
UNIT STORAN
CD-R / CDR-W DISKET (3 ½ Floppy A)
� Digunakan untuk menyimpan kerja yang telah dihasilkan.
DISKET
• Disket diperbuat daripada plastik mylar, berbentuk cakera liut dan permukaannya
diselaputi oleh magnetik oksida.
• Data yang disimpan di dalamnya diwakilkan oleh titik-titik magnet.
• Ia memerlukan pemacu disket yang mempunyai kepala baca/tulis.
• Disket boleh didapati dalam dua bentuk saiz iaitu 5 1/4 inci (jarang digunakan) dan 3
1/2 inci.
• Dalam komputer ia dikenali sebagai 3 ½ FLOPPY A
• Kelebihan disket :
� Mudah alih - ia boleh dikeluarkan dan dibawa dari satu komputer ke
komputer lain.
� Backup - sesuai umtuk membuat salinan fail dari cakera keras untuk
simpanan sekiranya fail dalam cakera keras hilang atau rosak.
� Bekalan perisian baru - salinan asal perisian yang disediakan dalam
disket boleh dibeli/disalin dan pengguna dengan mudah dapat
memindahkannya ke dalam cakera keras.
CD-ROM
• Cakera CD-ROM merupakan satu teknologi yang selalu digunakan pada
mikrokomputer.
• CD-ROM bermaksud cakera padat - ingatan baca sahaja (Compact Disk Read Only
Memory).
• Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca apa sahaja data yang ditulis pada
cakera CD-ROM.
• Cakera CD-ROM merupakan sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan
boleh menyimpan data sehingga 650MB.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 10 -
UNIT OUTPUT
Pencetak (printer)
PENCETAK WARNA PENCETAK LASER
� Disambung kepada CPU untuk mencetak data atau maklumat yang telah diproses.
� Lampu hijau pada pencetak menandakan pencetak berada dalam keadaan bersedia
untuk mencetak.
� Lampu oren yang berkelip menandakan kertas telah habis dan perlu ditambah.
� Kertas yang tersangkut perlu dialihkan untuk pencetak berfungsi seperti biasa.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 11 -
PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WINDOWS
PENGENALAN
� Mocrosoft Windows adalah satu perisian system yang digunakan untuk membolehkan
computer berfungsi.
� Tanpa perisian system, computer tidak dapat beroperasi.
DESKTOP DAN MENU
� Apabila komputer dihidupkan, secara automatik perisian MS Windows akan dimuatkan
ke dalam sistemnya. Satu paparan desktop akan muncul pada skrin.
DESKTOP
� Merupakan skrin utama “Windows XP”. Ia berfungsi sebagai tempat permulaan di
mana perisisan komputer dan maklumat yang disimpan dapat diambil.
Contoh ikon pada desktop
� Ikon-ikon pada desktop adalah shortcut kepada fail, dokumen dan program.
� Dengan menggunakan mouse, klik dua kali pada ikon untuk melancarkan item tersebut.
� Di penjuru sebelah kiri terdapat butang ‘START’. Apabila butang diklik, ‘START
MENU’ akan dipaparkan.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 12 -
� Bila sesuatu perisian di ‘install’ pada komputer, satu ikon akan ditambahkan pada menu
START.
� Butang ini diklik untuk memaparkan menu yang mengandungi semua aplikasi dalam
cakera keras.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 13 -
Contoh untuk langkah-langkah memulakan program ‘Calculator’ yang
boleh didapati dalam kumpulan ‘Accessories’
1. Klik butang START untuk paparan MENU
2. Gerakkan penunjuk TETIKUS ke perkataan PROGRAMS, menu kedua akan
dipaparkan.
3. Gerakkan penunjuk TETIKUS ke perkataan ACCESSORIES dalam menu kedua. Menu
ketiga dipaparkan.
4. Gerakkan penunjuk TETIKUS ke perkataan CALCULATOR
5. Klik CALCULATOR untuk paparan perisian.
� Butang LOG OFF berfungsi untuk menamatkan sessi bagi satu pengguna.
� Butang TURN OFF COMPUTER adalag untuk mematikan computer. Apabila ia di klik
sebuah menu yang mengandungi tiga butang akan dipaparkan.
� Butang Stand-By adalah membiarkan computer berada dalam keadaan bersedia
(penjimatan penggunaan elektrik)
� Butang Turn-Off adalah untuk menutup terus computer.
� Butang Restart adalah untuk tutup dan buka semula computer.
� Langkah-langkah ini adalah penting untuk menjamin computer sentiasa berada dalam
keadaan yang baik.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 14 -
IKON
MY COMPUTER
� Digunakan untuk melihat bahagian komputer dan menyusun kandungan cakera keras.
� Bolehkan pengguna membuat konfigurasi perkakasan yang dipasang pada komputer.
MY DOCUMENTS
� Untuk storan dokumen dan fail pengguna.
� Di simpan dalam memori yang terdapat pada pemprosesan utama
RECYCLE BIN � Tempat pembuangan fail yang tidak dikehendaki lagi.
� Merupakan storan sementara sebelum fail dibuang secara permanent dengan arahan
“Empty Recycle Bin"
MANUAL PERINGKAT ASAS - 15 -
PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WORD 2003
MODUL PEMBELAJARAN MICROSOFT WORD
Kemahiran yang dipelajari :
1. Membuat dokumen baru.
2. Menaip dokumen.
3. Bold, Italic dan Underline.
4. Menukar jenis dan saiz font.
5. Membuka, menyimpan, menamakan dan menutup dokumen.
6. Mencetak dokumen dan melihat simulasi hasil cetakan.
7. Memasukkan imej dan grafik pada dokumen.
8. Jadual.
PENGENALAN
� Microsoft Word adalah sebuah aplikasi untuk pengguna :
1. Menulis dokumen
2. Surat
3. Membuat brochure
4. Membuat kad
� Penggunaannya menggabungkan teks, data dan grafik untuk menghasilkan satu dokumen
yang menarik dan berkesan.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 16 -
CARA MEMBUKA PROGRAM WORD
� Satu dokumen baru yang kosong akan dibuka dan diberi nama Document 1 secara automatik.
1. Klik pada
butang START
2. Klik pada ALL
PROGRAMS
3. Klik pada
MICROSOFT
OFFICE
4. Klik pada
MICROSOFT
OFFICE WORD
Bar Bar Bar Alat Pembaris
Tempat mula
masuk teks
Scroll Bar utk
dokumen bergerak
ke atas dan bawah
Scroll Bar utk
dokumen bergerak
ke kiri dan kanan
MANUAL PERINGKAT ASAS - 17 -
IKON
AKTIVITI 1
MEMBUAT DOKUMEN BARU
� Untuk membuat fail baru :
1. Klik pada FILE 2. Pilih NEW
3. pilih BLANK DOCUMENT untuk membuat dokumen kosong.
Dokumen
baru
Buka
dokumen
sedia ada
baru
Menyimpan
fail
Mencetak
dokumen
Melihat
dokumen
sebelum cetak
Padam /
Cut
Salin /
Copy
Tampal/
paste
Undo / Redo Saiz Paparan
Jenis-jenis Dokumen
MANUAL PERINGKAT ASAS - 18 -
AKTIVITI 2
MENAIP DOKUMEN
Sila taipkan petikan yang berikut.
AKTIVITI 3 - FORMATTING
Left Center Right Justify
Bold Italic Underline
Font (Tulisan) Font Size
REMAJA DAN BUDAYA INTERNET
Zaman sains dan teknologi, zaman pesatnya kemajuan teknologi maklumat dan sains
komputer, akhir-akhir ini telah membentuk satu budaya baru iaitu "budaya internet". Remaja
adalah golongan yang cukup sensitif dengan perkara yang baru-baru dan mudah terperangkap
dalam lingkungan yang bernilai negatif serta kurang memberi kebaikan dari segi jangka
panjang untuk diri, peribadi dan masa depan yang terbaik.
Kerana itu golongan remaja harus bijak memanfaatkan ilmu atau maklumat yang disalurkan
melalui internet. Malah kita sewajarnya memiliki daya tapis dan seiring antara maklumat yang
berguna, baik dan boleh membina nilai-nilai positif demi sebuah kehidupan yang bahagia,
sejahtera dan selamat di dunia dan akhirat.
Manakala maklumat yang bersifat negatif dan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada
diri remaja dan rakan, ketegasan diri dan sikap kita perlu diperkatakan supaya nilai-nilai
negatif yang terdapat dalam internet tidak menyubur dalam pemikiran dan pembawaan remaja.
Seumpama kita melihat peraturan, hukum atau etika yang dikenakan dalam perkara yang
menyangkut kehidupan seharian, seperti kawasan larangan merokok, bagi orang yang mahu
dan sensitif dengan peraturan dia tidak akan merokok di kawasan larangan itu, bukan sekadar
takut kena denda, tetapi dijiwanya terasuh suatu sikap dan peribadi hormat kepada hukum dan
terasa dirinya mempunyai tanggungjawab bersama dalam mendaulatkan peraturan yang
bermanfaat kepada diri dan masyarakatnya.
LEFT - ______________________
RIGHT - _____________________
CENTER - ___________________
JUSTIFY - ___________________
BOLD - _______________________
ITALIC - ______________________
UNDERLINE - _________________
MANUAL PERINGKAT ASAS - 19 -
ARAHAN :
� Hasilkan PERENGGAN dengan menggunakan KEKUNCI TAB.
� TAJUK – center, underline, bold, Font - Comic Sans, Font Size
(16), Font Color (Blue)
� PETIKAN – justify
� Perkataan Zaman - Font Size (18)
� Italic - kesemua PERENGGAN 2
� Bold - “budaya internet”
� Tukarkan FONT PERENGGAN 3 � Berlin Sans FB (14)
SIMPAN dengan nama fail BUDAYA INTERNET menggunakan arahan
SAVE ke dalam Disket (3 ½ Floppy A)
AKTIVITI 4
MENYIMPAN DOKUMEN
� Menyimpan dokumen baru
1. Klik FILE pada bar menu
2. Klik SAVE untuk dokumen yang sedia ada.
Klik pada Floppy A = DISKET
Beri nama fail Tekan Save
MANUAL PERINGKAT ASAS - 20 -
AKTIVITI 5
MEMBUKA SEMULA DOKUMEN
� Untuk menyunting semula dokumen yang telah disimpan, anda perlu membuka fail
berkenaan.
1. Klik FILE pada bar menu
2. Klik OPEN untuk membuka kotak dialog
3. Pada kotak LOOK In, pilih Floppy A
4. Klik pada NAMA FAIL.
5. Klik OPEN.
AKTIVITI 6
MENCETAK DOKUMEN
1. Klik FILE pada bar menu
2. Klik PRINT
Tukar pada
31/2 Floppy A
Klik OPEN
MANUAL PERINGKAT ASAS - 21 -
AKTIVITI 7
PC buruk? - Jangan dibuang ... kitar semula!
KOMPUTER peribadi (PC) adalah keperluan kepada masyarakat masa kini. Ia digunakan
dengan meluas sama ada untuk kegunaan kerja-kerja persekolahan, perniagaan, urusan
pejabat atau hiburan.
Bagaimanapun, perkembangan pesat PC menyaksikan kebanyakan komputer yang
kita miliki beberapa tahun lepas seakan telah kurang mampu mengendalikan
pelbagai aplikasi masa kini.
Ini kerana setiap tahun, pelbagai aplikasi termasuk perisian sistem operasi seperti Windows
telah dipertingkatkan keupayaannya yang memerlukan komputer lebih berkuasa.
Selain daripada menjadikan ia lebih berkuasa, perisian dan aplikasi baru juga bertujuan menawarkan keselamatan yang tinggi kepada pengguna terutama apabila menggunakan e-mel dan Internet yang semakin berleluasa gejala penyebaran virus dan aplikasi berkaitannya.
Mengikut kajian, sesebuah PC kebiasaannya hanya mempunyai jangka hayat lima tahun
sahaja dan anda sebenarnya telah memerlukan sebuah komputer baru yang mampu
mengikuti peredaran zaman.
Font – ARIAL BLACK (14) dan UNDERLINE [ U ]
ITALIC [ I ]
Font – COMIS SANS
UNDERLINE [ U ]
Font – ARIAL
BOLD [ B ]
MANUAL PERINGKAT ASAS - 22 -
ARAHAN
1- Taip semua petikan di atas.
2- Ikuti ARAHAN yang tertulis di dalam kotak.
3- HIGHLIGHT dahulu � klik BUTANG ARAHAN
AKTIVITI 8-MEMASUKKAN IMEJ DAN GRAFIK
1. Klik INSERT pada bar menu.
2. Klik PICTURE
3. Klik CLIP ART
1. Klik INSERT
2. Klik PICTURE
3. Klik CLIPART
4. Taipkan KATA KUNCI dalam
kotak SEARCH FOR.
5. Klik GO
6. Klik pada GAMBAR
MANUAL PERINGKAT ASAS - 23 -
LINE STYLE
COLOR TEXT WRAPPING
AKTIVITI 7
PENGGUNAAN WORDART
1. Klik INSERT pada bar menu.
2. Klik PICTURE
3. Klik WORDART
Automatic - warna asal
Gracscale - warna mengikut
skala kelabu.
Black & White - warna hitam dan
putih.
Washout - pemudaran warna
Square - gambar dikotakkan dikelilingi teks.
Tight - gambar dikelilingi teks mengikut
bentuk gambar.
Behind Text - gambar berada di belakang teks
In Front - Gambar berada di hadapan teks
Of Text
Pilih satu stail yang
disukai
MANUAL PERINGKAT ASAS - 24 -
AKTIVITI 9
PENGGUNAAN PAGE BORDER
1. Klik FORMAT
2. Klik Border and Shading
* Kemudian akan terpapar hasilnya
Edit Text
Untuk membuat penukaran ayat
Wordart Gallery
Untuk menukar stail
Format WordArt
Untuk menukar warna
WordArt Shape
Untuk menukar bentuk
MANUAL PERINGKAT ASAS - 25 -
AKTIVITI 10
Taipkan yang berikut dan ikuti arahan.
ARAHAN 1
i. Ketengahkan TAJUK, tebalkan dan garis.
ii. PETIKAN – seimbangkan kiri dan kanan.
iii. Hasilkan PERENGGAN menggunakan kekunci TAB.
ARAHAN 2
Pilih satu CLIPART (katakunci – EDUCATION)
i- Masukkan sebagai BACKGROUND pada di atas.
- Color (Washout)
- Text Wrapping (Behind Text)
- Line Style (border)
ii- Masukkan WordArt (INSERT � PICTURE � WORDART) – taipkan TAJUK
petikan.
iii- Masukkan PAGE BORDER
FORMAT � BORDER SHADING � PAGE BORDER � ART
Laman rasmi Kementerian Pelajaran - http://www.moe.gov.my/ Laman web rasmi Kementerian Pelajaran adalah laman paling utama dan wajar diketahui oleh semua pendidik dan pelajar, serta mereka yang ada urusan berkaitan dengan pendidikan negara. Ia menyediakan pelbagai maklumat penting, termasuklah amanat daripada pihak kerajaan dalam bentuk ucapan-ucapan menteri dan pegawai-pegawai penting dalam majlis-majlis rasmi.
Garis panduan dan pekeliling yang perlu diambil tahu oleh semua pihak juga disediakan sebagai rujukan, walaupun kebanyakannya memang diedarkan secara manual ke semua sekolah. Ini termasuklah juga pengumuman-pengumuman penting yang ingin disampaikan. Maklumat khusus tentang kementerian seperti falsafah, etika, piagam pelanggan, carta organisasi dan sejarah juga disediakan kepada para pengguna yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 26 -
LATIHAN MICROSOFT WORD 2003
LATIHAN 1
1. Taipkan petikan dibawah
2. Simpan di dalam disket dengan nama ‘Kaduk’
KADUK – Daun Herba Paling Diminati
Pokok Kaduk dikategorikan dalam keluarga sirih-sirihan (Piperaceae). Tumbuhan ini
pada asalnya di temuai di dataran Tanah Besar China dan kemudiannya disebar luas sehingga
ke Semenanjung Tanah Melayu. Biarpun termasuk dalam kumpulan tumbuhan herba yang
tidak begitu dipedulikan, namun kaduk sebenarnya mempunyai tempat yang istimewa di
beberapa Negara di Asia Tenggara. Di Thailand dan Vietnam misalnya, ia menjadi bahan
masakan yang paling banyak digunakan dan paling digemari kerana bau dan rasanya yang
istimewa.
Tumbuhan yang dikenali dengan nama Lo Lap di Vietnam dan Bai Chaa-Ploo di
Thailand amat mudah tumbuh dan membesar. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang cantik
dengan daun berbentuk hati dengan daun berwarna hijau gelap dan berkilat. Kaduk
mengeluarkan bunga kecil berwarna putih yang akan bertukar hijau atau coklat bila matang.
Kaduk atau dikenali dengan nama botaninya Piper Sermentosum mudah untuk ditanam
sama ada dengan menggunakan akar atau keratin batang. Ia memerlukan tanah yanggembur
dan tempat yang agak redup. Pembajaan dan penyiraman yang dilakukan secara teratur akan
membuatkan kaduk hidup subur dan mudah membiak. Biarpun kaduk tergolong dalam
tumbuhan separa tropika dan tropika, ia dapat hidup dalam negara yang berhawa sejuk jika
diletakkan di tempat yang berhawa panas. Kaduk bukanlah tumbuhan bermusim dan ia hidup
sepanjang tahun.
ARAHAN
1. Tajuk (KADUK- Daun Herba Yang Paling Diminati)
i- Formatkan tajuk supaya berada di tengah-tengah petikan.
ii- Tukarkan tulisan Times New Roman kepada tulisan Copper Black
iii- Tukar saiz tulisan dari 11 ke 14
iv- Tebalkan tulisan.
v- Gariskan tulisan
2. Format petikan supaya berada dalam keadaan seimbang kiri dan kanan.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 27 -
3. Tukarkan perkataan-perkataan berikut kepada Italic
- Piperaceae
- Lo Lap
- Bai Chaa-Ploo
- Piper Sermentosum
4. Masukkan gambar menggunakan CLIPART (Plant : Result Should Be � Photograph)
KADUK – Daun Herba Paling Diminati
Pokok Kaduk dikategorikan dalam keluarga sirih-sirihan (Piperaceae). Tumbuhan ini
pada asalnya di temui di dataran Tanah Besar China dan kemudiannya disebar luas sehingga ke
Semenanjung Tanah Melayu. Biarpun termasuk dalam kumpulan tumbuhan herba yang tidak
begitu dipedulikan, namun kaduk sebenarnya mempunyai tempat yang istimewa di beberapa
Negara di Asia Tenggara. Di Thailand dan Vietnam misalnya, ia menjadi bahan masakan yang
paling banyak digunakan dan paling digemari kerana bau dan rasanya yang istimewa.
Tumbuhan yang dikenali dengan nama Lo Lap di Vietnam dan Bai Chaa-Ploo di
Thailand amat mudah tumbuh dan membesar. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang cantik
dengan daun berbentuk hati dengan daun berwarna hijau gelap dan berkilat. Kaduk
mengeluarkan bunga kecil berwarna putih yang akan bertukar hijau atau coklat bila matang.
Kaduk atau dikenali dengan nama botaninya Piper Sermentosum mudah untuk ditanam
sama ada dengan menggunakan akar atau keratin batang. Ia memerlukan tanah yanggembur
dan tempat yang agak redup. Pembajaan dan penyiraman yang dilakukan secara teratur akan
membuatkan kaduk hidup subur dan mudah membiak. Biarpun kaduk tergolong dalam
tumbuhan separa tropika dan tropika, ia dapat hidup dalam negara yang berhawa sejuk jika
diletakkan di tempat yang berhawa panas. Kaduk bukanlah tumbuhan bermusim dan ia hidup
sepanjang tahun.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 28 -
LATIHAN 2
LATIHAN MENFORMAT DAN JADUAL
1) Sila taipkan seperti yang berikut
BELIMBING BESI – Baik Untuk Pesakit Darah Tinggi
Tumbuhan ini berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya di Indonesia
dan Malaysia. Terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur
(belimbing buluh). Dalam rencana ini akan dibincangkan tentang belimbing manis atau
belimbing besi (Averrhoa Carambola)
Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebagai “Star Fruit” lantarannya bentuknya yang
serupa bintang apabila dihiris tipis melintang. Rasanya manis dan menyegarkan dengan aroma
khas yang membangkitkan selera.
2) Tajuk (center) & (underline) & (bold)
3) Petikan (justify)
4) Italickan perkataan-perkataan � belimbing buluh
Averrhoa Carambola
Star Fruit
5) Salin Jadual Di Bawah
KANDUNGAN GIZI/100 GRAM BUAH JUMLAH
Tenaga
Protien
Lemak
Kalsium
Fosfor
Serat
35,00 Kal
0,50 gram
0.70 gram
8.00 mg
22.00 mg
0.90 gram
Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin C
18.00 RE
0.03 mg
0.02 mg
33.00 mg
MANUAL PERINGKAT ASAS - 29 -
6) Save dalam Floppy A dan berikan nama BELIMBING BESI
LATIHAN 3
MEMBUAT BORANG
1. Menghasilkan satu borang.
2. Perlukan kemahiran menaip, mengedit, mengubah gaya teks, menukar tulisan, menukar
saiz, kekunci TAB dan menggunakan BULLET list.
3. Mempelajari penggunaan WORD ART
4. Penggunaan PAGE BORDER (box)
Contoh Borang
� Ingin mengetahui dengan lebih dalam tentang Pembinaan Laman Web
� Temui pakar-pakar pembinaan laman web yang dibawa khas untuk anda
� Butiran kursus :
Tempat : Pusat Internet USP
Tarikh : 3 Januari hingga 7 Januari 2007
Masa : 10 pagi – 4.30 petang
Yuran : RM 240.00 (termasuk makan & minum)
BORANG PENYERTAAN
NAMA : _______________________________
ALAMAT : _______________________________
_______________________________
NO. K/P : _________________
UMUR : _________________
TARIKH LAHIR : _________________
NO. TELEFON : _________________
Saya mengaku bahawa butir-butir di atas adalah benar dan saya akan mematuhi
segala undang-undang semasa bengkel ini dijalankan.
Tandatangan : ………………………
Tarikh : ………………………
MANUAL PERINGKAT ASAS - 30 -
LATIHAN 5
JADUAL
1. Sila buat jadual seperti yang dibawah
JADUAL PENCAPAIAN PELAJAR
BIL NAMA MARKAH GRED
1. Aiman bin Mohd Adam 85 A
2. Anita binti Karim 56 C
3. Boon Ah Heng 88 A
4. Cherry Chan Lye Peng 75 B
5. Darwis bin Harun 44 D
6. Haniff bin Hassan 68 B
7. Intan Suraya binti Hamzah 92 A
8. Nurhasnina bt Latiff 74 B
9. Mohd Ayob bin Mohd Nor 77 B
10. Zailina binti Amran 52 C
- Lakukan ISIHAN dari A ke Z (sorting) pada nama pelajar.
- Gunakan
JADUAL KEDATANGAN
WAKTU KERJA WAKTU REHAT TARIKH NAMA
IN OUT IN OUT
MANUAL PERINGKAT ASAS - 31 -
LATIHAN 6
MEMBUAT KAD HARIJADI
1. Tukar PAGE SETUP (Potrait � Landscape)
2. Tekan FORMAT � COLUMN � TWO
3. Kemahiran :
• Penggunaan WORDART
• Penggunaan CLIPART
• Penggunaan SHAPE dan COLOR
• Penggunaan LINE STYLE
Belakang Muka Depan Isi Dalam
SELAMAT
HARI RAYA
MANUAL PERINGKAT ASAS - 32 -
LATIHAN 7
MEMBUAT POSTER
1. Tukarkan PAGE SETUP kepada LANDSCAPE
2. Kemahiran :
� Penggunaan WORDART
� Penggunaan CLIPART � Penggunaan BORDER
- FORMAT � BORDER and SHADING � PAGE BORDER � ART
MANUAL PERINGKAT ASAS - 33 -
LATIHAN 8
MEMBUAT MENU MAKANAN
1. Bahagikan kepada 2 bahagian (FORMAT � COLUMN � TWO � OK)
2. Penggunaan WORDART
3. Penggunaan CLIPART
4. Penggunaan PAGE BORDER
MANUAL PERINGKAT ASAS - 34 -
LATIHAN 9
MEMBUAT BORANG
1. Kemahiran :
� Penggunaan WORDART
� Penggunaan TABLE - Insert Table
- Merge Cells
- Split Cells
NAMA
NO. I/C UMUR
WARGANEGARA
JANTINA
ALAMAT
NO. TELEFON
PEKERJAAN
ALAMAT MAJIKAN
NO. TELEFON PEJABAT NO. FAX
STATUS PERKAHWINAN BUJANG BERKAHWIN
NAMA SUAMI / ISTERI
PEKERJAAN SUAMI /
ISTERI
INSTITUSI KELULUSAN DIPEROLEHI
AKADEMIK
MANUAL PERINGKAT ASAS - 35 -
LATIHAN 10
MEMBUAT SURAT RASMI / KEPALA SURAT
KELAB KOMPUTER TAMAN PERMAI
RUMAH PERSATUAN
BALAIRAYA TAMAN PERMAI
35900 TANJONG MALIM
PERAK DARUL RIDZUAN
_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________ 10 MEI 2006
LAWATAN KE USP
Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin maklumkan bahawa Persatuan kami ingin melawat
tempat tuan atas tujuan lawatan sambil belajar.
2. Persatuan Komputer Taman Permai telah diwujudkan semenjak dari tahun 2000 dan
beroperasi setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Misi kami
adalah untuk memberi pendedahan tentang dunia komputer kepada penduduk Taman Permai
dan kawasan-kawasan lain yang berhampiran.
3. Tujuan lawatan ke Pusat Internet USP adalah untuk menambahkan pengetahuan kami
disamping bertukar-tukar maklumat dengan pihak USP.
4. Butiran lawatan :
Tarikh : 31 JAN 2004
Masa : 9.00 Pagi
Peserta : 20 orang
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Yang Benar,
………………………………………….
(Farah Diana bt Annuar)
Setiausaha
Persatuan Komputer Taman Permai
MANUAL PERINGKAT ASAS - 36 -
LATIHAN 11
MEMBUATKAN KAD NAMA
1. Kemahiran :
� Penggunaan TABLE � Penggunaan CUT, COPY dan PASTE � Penggunaan TEXT BOX � Penggunaan LINE STYLE � Penggunaan FONT COLOR � Penggunaan FILL COLOR
AHMAD ZAHID BIN MOHAMAD
No. 15, Jalan Kerisi II
Taman Kenangan Abadi 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan
012-3456789
AHMAD ZAHID BIN MOHAMAD
No. 15, Jalan Kerisi II
Taman Kenangan Abadi 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan
012-3456789
AHMAD ZAHID BIN MOHAMAD
No. 15, Jalan Kerisi II
Taman Kenangan Abadi 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan
012-3456789
AHMAD ZAHID BIN MOHAMAD
No. 15, Jalan Kerisi II
Taman Kenangan Abadi 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan
012-3456789
AHMAD ZAHID BIN MOHAMAD
No. 15, Jalan Kerisi II
Taman Kenangan Abadi 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan
012-3456789
AHMAD ZAHID BIN MOHAMAD
No. 15, Jalan Kerisi II
Taman Kenangan Abadi 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan
012-3456789
MANUAL PERINGKAT ASAS - 37 -
LATIHAN 12
MEMBUAT DIAGRAM
1. Kemahiran :
� Penggunaan INSERT � DIAGRAM
� Pilih CYCLE DIAGRAM
SISTEM RAWATAN PESAKIT LUAR
2 Ambil nombor
panggilan dan sila
duduk di tempat
yang dikhaskan
3 Setelah rawatan,
sila tunggu di
depan kaunter
farmasi
1 Sila Letakkan Kad
Pengenalan di
kaunter
pendaftaran
4 Ambil ubat apabila
nama anda
dipanggil
MANUAL PERINGKAT ASAS - 38 -
LATIHAN 13
MEMBUAT CARTA ORGANISASI
1. Kemahiran :
� Penggunaan INSERT � DIAGRAM
� Pilih ORGANIZATION CHART
INSERT SHAPE - untuk menambah kotak
LAYOUT - untuk menukar bentuk carta
SELECT - memilih paras carta
AUTOFORMAT - untuk format carta mengikut template yang disediakan Word 2003
PENGERUSI
KETUA
CAWANGAN
PENOLONG
(1)
PENOLONG
(2)
KETUA
SEKTOR
A
KETUA
SEKTOR
D
KETUA
SEKTOR
C
KETUA
SEKTOR
B
PENOLONG
1
PENOLONG
2
SUBORDINAT
1
PENOLONG 1
SUBORDINAT
1
SUBORDINAT
2
MANUAL PERINGKAT ASAS - 39 -
PENGENALAN MICROSOFT EXCEL 2003
� Excel juga dikenali sebagai perisian electronik spreadsheet.
� Program hamparan elektronik mengandungi garisan dalam bentuk baris (row) dan lajur
(column).
� Baris dan lajur ini membentuk sel.
� Excell penting untuk kerja pengiraan dan matematik.
Pengetahuan dan kemahiran yang akan dipelajari :
1. Pengenalan kepada tetingkap Microsoft Excel
2. Membuka helaian kerja
3. Menggerakkan kursor dan memasukkan data
4. Menyimpan helaian kerja
5. Menutup helaian kerja
6. Mengubah saiz lajur
7. Mencetak helaian kerja
ELEMEN PADA SKRIN EXCEL
Bar Tajuk Baris pertama pada skrin yang menunjukkan nama dokumen
Bar Menu Baris kedua pada skrin. Senarai menu perintah
Toolbar Mengandungi butang yang kerap digunakan
Bar Formula Tempat formula ditunjukkan
Bar Format Pilihan untuk jenis dan saiz font
Sel Aktif Sel yang di highlight dalam worksheet. Ditandakan dengan kotak
empat segi bersempadan tebal
� Dokumen Excel diberi nama Workbook
� Workbook adalah satu Helaian Kerja (worksheet)
� Setiap helaian kerja mengandungi baris (rows) dan lajur (column)
� Pertemuan antara baris dan lajur dipanggil cell.
� Satu sel ialah satu petak ialah satu petak yang boleh diisi data sama ada teks atau nombor.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 40 -
AKTIVITI 1 – CARA MEMULAKAN PROGRAM EXCEL
1. Klik butang START
2. Gerakkan mouse pada ALL PROGRAMS
3. Gerakkan mouse pada MICROSOFT OFFICE
4. Pilih MICROSOFT EXCELL 2003
MANUAL PERINGKAT ASAS - 41 -
TETINGKAP DOKUMEN
A1 – 8
B1 – 16
C1 – 7
A2 – 6
B2 – 10
C2 – 12
BAR FORMULA
B2 adalah
Sel Aktif
Formula
dalam sel
B2 iaitu
A1+B1
(20+32=41)
MANUAL PERINGKAT ASAS - 42 -
AKTIVITI 2 – MENGGERAKKAN KURSOR DAN MEMASUKKAN DATA
1. Sel mesti di highlight sebelum data boleh dimasukkan. Klik pada sel untuk
mengaktifkannya.
2. Taipkan data
3. Tekan kunci ENTER untuk menerima data yang ditaip.
Contoh :
1. Klik pada sel C7
2. Taip perkataan MALAYSIA di dalamnya.
3. Lihat pada bar formula.
4. Untuk ubah kandungan, DOUBLE KLIK sama ada pada sel aktif ataupun pada bar
formula.
5. Tekan ENTER untuk menerima perubahan.
Sel aktif
Kandungan sel C7
akan dipaparkan
pada bar formula
MANUAL PERINGKAT ASAS - 43 -
AKTIVITI 3 – CARA MENYIMPAN WORKSHEET
• Setiap worksheet akan diberi nama secara automatic book1.xls.
• Satu fail komputer akan diwujudkan apabila hasil kerja disimpan.
1. Klik FILE
2. Klik SAVE
3. Klik Drive untuk menyimpan fail.
4. Tekan butang SAVE
AKTIVITI 4 – PENGGUNAAN FORMULA
� Formula digunakan untuk memberitahu Excel untuk mengira sesuatu.
� Contoh : Masukkan data 2 dan 3
� Anda perlu memberitahu Excel bahawa 2+3=5
Rujukan Sel
Hasilnya
MANUAL PERINGKAT ASAS - 44 -
� Begitu juga untuk menbuat operasi tolak, darap dan bahagi.
( - , *, / )
� Formula boleh ditulis pada sel yang dipilih atau pilih sel dan tulis pada BAR FORMULA.
LATIHAN A
PENGGUNAAN FORMULA
Salin dan berikan jawapan menggunakan FORMULA
15 * 80
695 / 15
204 + 68
52 - 30
JUMLAH
SETIAP FORMULA MESTI BERMULA DENGAN TANDA “=”
AKTIVITI 5
CARA PENGGUNAAN fx (INSERT FUNCTION)
Bar Formula
Sel dimasukkan
formula
Insert Function
Pilih Function
Keterangan Function
MANUAL PERINGKAT ASAS - 45 -
LATIHAN MICROSOFT EXCEL 2003
LATIHAN 1: PENGGUNAAN fx
1- Salinkan yang berikut dan masukkan jawapan bagi JUMLAH dan PERATUS
NAMA UJIAN 1 UJIAN 2 FINAL JUMLAH PERATUS
Iqbal 90 67 80
Aliah 70 70 68
Rosman 85 80 92
Safiiya 54 62 60
Sakinah 71 82 65
Nazhan 68 62 58
Cecilla 71 63 57
Aiman 80 89 92
Fong 51 57 63
2- Kirakan PURATA (AVERAGE) Setiap Ujian menggunakan fx FORMULA AVERAGE
UJIAN 1 2 FINAL
PURATA
3- Carikan Markah Tertinggi (MAX) dan Markah Terendah (MIN) dangan menggunakan fx
UJIAN 1 2 FINAL PERATUS
MAX
MIN
MANUAL PERINGKAT ASAS - 46 -
LATIHAN 2: MEMASUKKAN DATA DAN PENGGUNAAN FORMULA
Objektif :
• Pelajar dapat menyediakan satu INVOIS menggunakan Excel
• Pelajar dapat memasukkan formula untuk mengira jumlah item dalam invois.
Kemahiran
• Memilih serta menukar FONT
• Mengubah saiz lajur dan baris
• Memasukkan formula dan data
• Membuat jadual dan border
• Menyimpan fail
• Mencetak invois
Pada akhir modul, pelajar akan dapat menghasilkan invois seperti berikut
PUSAT INTERNET USP
MANUAL PERINGKAT ASAS - 47 -
MEMASUKKAN DATA YANG DIPERLUKAN
1. Taipkan teks ke dalam sel
a) Klik sel b) Taipkan perkataan c) Klik ENTER
2. Ketengahkan teks PUSAT INTERNET USP, 35900 TANJONG MALIM dan INVOIS
i- Highlight dari A1 hingga E1
ii- Klik butang MERGE AND CENTER
PUSAT INTERNET USP
MANUAL PERINGKAT ASAS - 48 -
C) MEMAPARKAN SEMPADAN SEL
Border diambil dari shortcut
Hasilnya
MANUAL PERINGKAT ASAS - 49 -
MEMASUKKAN FORMULA UNTUK MENGIRA JUMLAH INVOIS
� Dalam bahagian ini, kita akan belajar bagaimana untuk memasukkan formula ke dalam jadual
untuk mengira jumlah bagi setiap item dalam invois dan jumlah invois.
1. Masukkan formula dan sel E12
- Klik sel E14
- Taipkan formula =C14*D14
- Tekan kunci ENTER
Hasilnya
MASUKKAN FORMULA UNTUK MENJUMLAHKAN INVOIS
1. klik sel E29
2. Taipkan Formula =SUM(E12:E21)
3. Tekan kunci ENTER
MANUAL PERINGKAT ASAS - 50 -
LATIHAN 3: MEMBUAT CARTA DAN GRAF
1. Salin jadual di bawah dalam Excel
PERATUS KEDATANGAN BULANAN 2004
BULAN %
JAN 56
FEB 68
MAC 77
APR 53
MEI 80
JUN 87
JUL 75
OGOS 65
SEPT 50
OKT 74
NOV 84
DIS 95
i- HIGHLIGHT bermula dari JAN hingga 95
ii- Klik ikon CHART WIZARD iii-
MANUAL PERINGKAT ASAS - 51 -
MANUAL PERINGKAT ASAS - 52 -
HASIL
MANUAL PERINGKAT ASAS - 53 -
PENGENALAN KEPADA INTERNET
PENGENALAN
• World Wide Web (WWW) adalah satu jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail
dalam talian yang dipanggil homepage.
• Melalui Internet pengguna boleh mendapatkan maklumat dan pengetahuan dari seluruh
dunia.
INTERNET
• Singkatan perkataan “inter-network”
Semua komputer yang disambung ke Internet boleh bertukar maklumat
MANUAL PERINGKAT ASAS - 54 -
PENYEDIA PERKHIDMATAN INTERNET
i- JARING
• Perkhidmatan yang disediakan :
- Capaian maklumat global melalui WWW
- Global discussion (perbincangan melalui net)
ii- TMnet
• Disediakan oleh TELEKOM MALAYSIA BERHAD
PELAYAR INTERNET (WEB BROWSER)
Microsoft Internet Explorer
• Perisian yang digunakan untuk menjelajah dan melayari laman web, menghantar dan
menerima e-mel dan beberapa kegunaan lain.
Contoh 1
MANUAL PERINGKAT ASAS - 55 -
BAR ALAT
1. BACK � Untuk paparan halaman sebelum.
2. NEXT � Untuk paparan halaman berikutnya.
3. STOP � Untuk memberhentikan carian.
4. REFRESH � Untuk mengemaskini halaman
5. HOME � Untuk kembali ke default page
6. SEARCH � Untuk mencari laman web
7. FAVORITES � Laman web yang telah ditandakan
8. MEDIA � Untuk penyimpanan fail muzik dan video
9. HISTORY � Jejaki laman web
10. E-MAIL � Untuk hantar e-mail menggunakan Microsoft Outlook
11. PRINT � Untuk mencetak laman
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
MANUAL PERINGKAT ASAS - 56 -
BAR ALAMAT
Tempat untuk menulis alamat laman web.
AKTIVITI 1 – MEMASUKKAN ALAMAT KE DALAM BAR ALAMAT
1. Taipkan [http://www.tv3.com.my] dalam bar alamat
2. Tekan ENTER
WORLD WIDE WEB
• WORLD WIDE WEB (www) ialah kumpulan dokumen elektronik yang saling
berpaut seperti sarang labah-labah.
• Merupakan sekumpulan sumber maklumat (perisian, gambar, suara, dokumen klip
video) di dalam Internet.
• Dokumen ini disimpan dalam pelayan (server) yang terdapat diseluruh dunia.
• Sumber atau maklumat boleh dicapai dengan menggunakan perisian pelayar laman
web seperti Internet Explorer.
Taipkan di sini
MANUAL PERINGKAT ASAS - 57 -
PORTAL & ENJIN PENCARI (SEARCH ENGINE)
• Sebuah tapak web (website) yang sediakan pelbagai maklumat.
• Sebelum mencari maklumat, anda perlu terlebih dahulu pergi ke tapak
web yang mempunya enjin pencari (search engine).
• Enjin Carian
� Sebuah pengkalan data atau koleksi tapak jarring yang boleh diakses untuk
tujuan mencari data atau maklumat yang tidak diketahui alamatnya.
AKTIVITI 2– MEMBUKA LAMAN WEB ENJIN PENCARI (SEARCH ENGINE)
1. Lancarkan Internet Explorer
2. Masukkan [http://www.google.com.my] ke dalam bar alamat
3. Tekan ENTER
MANUAL PERINGKAT ASAS - 58 -
MEMBUAT CARIAN
• Untuk mencari maklumat, kita perlu menggunakan Kata Kekunci (Key Words)
• Hanya taipkan Kata Kekunci dalam ruangan search dan tekan ENTER
• Contoh Kata Kekunci :-
- Resepi � Untuk mencari laman web berkaitan masakan.
- Tanjong Malim� Untuk mencari laman web berkaitan dengan Tg. Malim
- Siti Nurhaliza � Untuk mencari laman web berkaitan dengan artis, Siti Nurhaliza
• Ketepatan (accuracy) Kata Kekunci akan memendekkan masa carian dan memberikan
hasil carian yang lebih tepat.
PERKHIDMATAN INTERNET
1. Mel-Elektronik (E-Mail)
• Merupakan perkhidmatan Internet yang paling banyak digunakan.
• Untuk berkomunikasi menghantar dan menerima mesej.
• Fungsi seperti surat tetapi lebih pantas, ringkas dan murah.
• Untuk menghantar dan menerima mesej, anda mesti mempunyai akaun
e-mel sendiri.
Laman yang menyediakan perkhidmatan e-mail percuma :
i- http://www.yahoo.com
ii- http://www.mesra.net.my
iii- http://www.lycos.com
iv- http://www.idesa.net.my
MANUAL PERINGKAT ASAS - 59 -
� E-mail merupakan mesej elektronik yang dihantar daripada satu komputer ke
komputer yang lain.
� Pengguna boleh menghantar teks, video, gambar dan bunyi melalui e-mail.
� Ia merupakan satu kaedah perhubungan yang cepat dan murah.
AKTIVITI 3– MEMBUKA AKAUN E-MEL
1. Lancarkan Internet Explorer
2. Taipkan http://www.yahoo.com pada bar alamat
3. Klik pada Mail
4. Klik pada SIGN UP NOW
MANUAL PERINGKAT ASAS - 60 -
5. Klik pada Free Yahoo ! Mail ���� Sign Up Now
6. Isikan butir-butir seperti yang diperlukan.
NAMA SENDIRI
NAMA BAPA
PILIH JANTINA
PILIH ID
KATA LALUAN (123456)
KATA LALUAN (123456)
MANUAL PERINGKAT ASAS - 61 -
ANDA TELAH BERJAYA MEMBUAT AKAUN E-MAIL !!!!!
MASUKKAN NAMA SEKOLAH
TARIKH LAHIR
ISI IKUT YG TERTERA DI
BAWAH
KLIK SUBMIT
MANUAL PERINGKAT ASAS - 62 -
• CHECK MAIL � Untuk memeriksa e-mail yang diterima
• COMPOSE � Untuk menghantar e-mail
AKTIVITI 4– MENGHANTAR E-MAIL
1. Buka laman http://www.yahoo.com
2. Klik pada Mail
3. Masukkan Yahoo ID dan Password
MANUAL PERINGKAT ASAS - 63 -
4. Tekan Sign In.
5. Klik pada COMPOSE
1. To : Tuliskan alamat penerima ([email protected])
2. Subject : Masukkan tajuk
3. Tulis isi kandungan e-mail
4. Klik SEND untuk hantar
Alamat penerima
Subjek (header)
Kandungan E-Mel
MANUAL PERINGKAT ASAS - 64 -
INTERNET CHATTING
Chatting ( Sembang Internet )
• Merupakan perkhidmatan Internet yang paling popular.
• Kemudahan yang membolehkan pengguna bercakap dengan pengguna lain dengan
menggunakan papan kekunci untuk menaip percakapan mereka.
• Mesej yang pengguna taip akan muncul serta-merta pada skrin pengguna yang satu lagi.
AKTIVITI 5 – CHATTING
Peraturan semasa chatting
i- Tidak dibenarkan penggunaan bahasa kesat dan lucah.
ii- Tidak dibenarkan menghantar fail yang tidak selamat.
iii- Tidak mengganggu hak privasi orang lain.
iv- Tidak memberikan butir-butir peribadi kepada orang yang tidak dikenali.
v- Berhati-hati dengan kenalan chatting.
Lancarkan Yahoo Mesengger
1- Masukkan Yahoo! ID
2- Masukkan kata laluan (password)
3- Klik Sign In
4- Klik Chat
5- Klik Regional
6- Klik Malaysia
7- Klik Negeri pilihan
8- Klik Go To Room
9- Klik Enter Chat
MANUAL PERINGKAT ASAS - 65 -
MANUAL PERINGKAT ASAS - 66 -
LATIHAN PENGUNAAN KEPADA INTERNET
1) Buka laman http://www.google.com.my
2) Klik pada button IMAGE dan masukkan kata kekunci KLCC
3) Save sekeping gambar KLCC yang anda rasa sesuai ke dalam Floppy A
4) Lancarkan Microsoft Office Word 2003
5) Insert gambar KLCC (Insert � Picture � From File � Floppy A)
6) Masukkan Page Border
7) Masukkan WordArt ( KUALA LUMPUR CITY CENTRE )
8) Save dalam Floppy A dengan nama KLCC
1) Buka akaun e-mail anda
2) Tekan compose dan masukkan alamat � TRAINER
3) Attachkan fail KLCC yang terdapat dalam Floppy A
4) Masukkan butiran diri anda seperti nama penuh dan no IC
5) Send e-mail tersebut