manual latihan praktikum - ums.edu.my · pdf filelatihan praktikum ini dilaksanakan pada...
TRANSCRIPT
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI ___________________________
_____________________________________________________________________________________
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
i
© Program Psikologi Industri dan Organisasi 2014
Hak cipta terpelihara.Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan manual ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, penggambaran atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Dekan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
i
KANDUNGAN
PRAKATA
TENAGA AKADEMIK
PENGENALAN
1. Pendahuluan
2. Objektif Latihan Praktikum
3. Status dan Jam Kredit
4. Tempoh Latihan Praktikum
5. Prosedur Latihan Praktikum
6. Deskripsi Tugas Pelajar
7. Tanggungjawab Pelajar Yang Akan Menjalani Latihan Praktikum
8. Deskripsi Tugas Ketua Program (KP)
9. Deskripsi Tugas Penyelia Akademik (PA)
10. Deskripsi Tugas Penyelia Latihan Praktikum (PLP)
PENILAIAN LATIHAN AKADEMIK
KRITERIA PENILAIAN LATIHAN PRAKTIKUM
1. Kriteria Penilaian Laporan Akhir Praktikum
2. Kriteria Penilaian Penyelia Akademik
3. Kriteria Penilaian Penyelia Latihan Praktikum
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR
1. Panduan Umum Menyediakan Laporan Latihan Praktikum
2. Format Penulisan Laporan Akhir Latihan Praktikum
3. Penyerahan Laporan Akhir Latihan Praktikum
PENUTUP
LAMPIRAN
HALAMAN
ii
iii - iv
1
1
1
2
2
3
3
4
5
5
6
7
7
7
8
8
8
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
ii
PRAKATA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa, maka usaha memperbaiki program
Latihan Praktikum di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial amatlah dialu-alukan. Program
Psikologi Industri dan Organisasi juga tidak ketinggalan dalam usaha memantapkan lagi
proses serta mutu latihan praktikum untuk pelajar.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi ini berevolusi daripada
Manual Latihan Praktikum Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Manual asal ini diterbitkan
pada tahun 1999 dan diselenggarakan oleh Mohd Dahlan Hj. A. Malek. Pada tahun 2003 dan
2009 manual ini sekali lagi mengalami perubahan dan pembaikan. Manual yang khusus
untuk program Psikologi Industri dan Organisasi kini mengandungi beberapa pembaharuan
dan penambahbaikan. Sebahagian daripada perubahan ini adalah selaras dengan
perkembangan setiap program di Sekolah ke arah pengkhususan dan profesionalisme
masing-masing.
Diharap para mahasiswa dapat memanfaatkan manual ini dalam mencapai kecemerlangan
dalam latihan praktikum mereka. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah
mengusahakan Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi ini
secara langsung dan tidak langsung, khususnya para pensyarah program Psikologi Industri
dan Organisasi. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada mereka yang telah
menerbitkan Manual yang terdahulu.
Sekian, terima kasih.
PROF. MADYA DR. MURNIZAM HJ. HALIK
Dekan
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
iii
TENAGA AKADEMIK SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
DEKAN
Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Halik
TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK DAN HAL EHWAL PELAJAR)
Dr. Ferlis Bullare @ Hj. Bahari
TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
Cik Agnis Sombuling
PENSYARAH PROGRAM PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI (HA13)
Pn. Razima Hanim Osman (Ketua Program)
Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Halik
Prof. Madya Dr. Mohd Dahlan Hj. A. Malek
Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok
Dr. Nurul Hudani Md. Nawi
En. Ismail Maakip
En. Beddu Salam Baco
PENSYARAH PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA DAN KOMUNIT (HA16)
Dr. Gertude C. Ah Gang @ Grace (Ketua Program)
Prof. Madya Dr. Balan R. Rathakrishnan
Cik Mazni Mustapha
Pn. Joki Perdani Sawai
PENSYARAH PROGRAM PSIKOLOGI KAUNSELING (HA19)
Pn. Norlizah Matshah (Ketua Program)
Dr. Peteri Megat Ahmad
Cik Patricia Joseph Kimong
En. Wan Anor Wan Sulaiman
Pn. Sharon Kwan Sam Mee
Cik Norzihan Ayub
PENSYARAH PROGRAM PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA (HA20)
Pn. Shazia Iqbal (Ketua Program)
Pn. Suwaibah Zakaria
Cik Agnis Sombuling
En. Aminuddin Lastar
Pn. Norma Razali
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
iv
PENSYARAH PROGRAM KERJA SOSIAL (HA52)
Pn. Habibie Hj. Ibrahim (Ketua Program)
Dr. Peter Voo Su Kiong
En. Mohamad Azhar Mohammad Nor
En. Risalshah Latif
Pn. Hamidah Jarimal
Cik Siti Noor Fazariah Suiz @ Mohd. Rusdy
PENSYARAH UNIT PENYELIDIKAN PSIKOLOGI DAN KESIHATAN SOSIAL
Prof. Madya Dr. Mohd. Dahlan Hj. A. Malek (Ketua Unit)
Dr. Ferlis Bullare @ Hj. Bahari
Pn. Lailawati madlan @ Endalan
Pn. Jasmine Adela Mutang
En. Alfred Chan Huan Zhui
TUTOR
En. Ben Anderson Anak Melai
Cik Nurafifah Bari
Cik Wanda Kiyah Anak George
Pn. Lailatul Qamar Ali Husin
Pn. Nurfarhanah Ardilla Aftar
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
1
PENGENALAN
1. Pendahuluan
Latihan Praktikum ini dilaksanakan pada semester akhir pengajian bagi pelajar Universiti
Malaysia Sabah. Latihan Praktikum ini merupakan keperluan dan pelengkap bagi kursus-
kursus yang diikuti pada semester-semester sebelumnya dan bagi keperluan program secara
keseluruhan. Latihan Praktikum ini sebenarnya merupakan penempatan (placement) bagi
pelajar-pelajar Program Psikologi Industri dan Organisasi untuk mengintegrasikan ilmu teori
yang mereka perolehi dengan latihan amali di latar yang sebenar. Latihan Praktikum ini
adalah selaras dengan hasrat Universiti Malaysia Sabah untuk:
i) Menyediakan graduan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial yang bersedia dan
berkemampuan untuk menghadapi kerjaya yang baik dalam bidang akademik
mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang
tinggi.
ii) Menyediakan program-program pengajian yang bersifat teori dan gunaan sesuai
dengan keadaan semasa yang menekankan pengurusan yang cekap dan bermutu
tinggi.
2. Objektif Latihan Praktikum
Objektif Latihan Praktikum ini adalah selaras dengan beberapa objektif Universiti Malaysia
Sabah sendiri, khususnya:
i. Mendedahkan pelajar kepada latar kerja yang sebenar.
ii. Memberi peluang kepada pelajar mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran
berkaitan psikologi industri dan organisasi daripada organisasi tempat latihan
praktikum.
iii. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah
dipelajari di universiti di latar kerja yang sebenar melalui aktiviti-aktiviti yang
dilakukan di organisasi.
iv. Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk
pembangunan masyarakat dan negara yang selaras dengan etos universiti dan
Negara.
v. Menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat lagi berguna di antara Universiti
Malaysia Sabah dengan sektor perindustrian, kerajaan, badan-badan profesional dan
masyarakat.
vi. Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik, bertaraf antarabangsa dalam
program berbilang bidang.
3. Status dan Jam Kredit
Latihan praktikum ini merupakan satu altenatif wajib kepada pelajar di bawah program ini
yang mana boleh memilih untuk tidak menjalani Latihan Praktikum tetapi menggantikannya
dengan Latihan Ilmiah. Latihan Praktikum diperuntukkan sebanyak enam (6) jam kredit.
Gred yang diperolehi bagi Latihan Praktikum akan dikira dalam PNGK (Purata Nilai Gred
kumulatif) untuk pengijazahan.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
2
4. Tempoh Latihan Praktikum
Tempoh latihan praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi adalah selama
DUABELAS (12) minggu.
5. Prosedur Latihan Praktikum
Sebelum menjalani Latihan Praktikum ini pelajar-pelajar perlu melengkapkan perkara-perkara
berikut:
i. Lulus semua kursus teras Sekolah peringkat 1000.
ii. Lulus tiga kursus teras Program berikut:
a. PI10203 Kepemimpinan
b. PI10103 Psikologi Industri dan Organisasi
c. PI20303 Psikologi Personel
iii. Pelajar juga perlu berusaha mendapatkan tempat latihan praktikum lebih awal untuk
mengelakkan pelajar tercicir daripada mendapat tempat praktikum pada saat-saat
akhir.
iv. Pelajar juga perlu mengikuti bengkel yang diatur oleh pihak Sekolah sebelum
mengikuti latihan praktikum. Dalam bengkel ini pelajar akan diberi pendedahan
mengenai cara menulis laporan dan perkara-perkara berikut:
a. Ketrampilan diri di organisasi.
b. Perlakuan dan etika kerja.
c. Memahami struktur organisasi.
d. Memahami keperluan organisasi dalam menangani masalah-masalah dan
tekanan sosial.
e. Memahami peranan pelajar Program Psikologi Industri dan Organisasi dalam
organisasi terbabit.
f. Mengetahui ekspektasi organisasi dan masyarakat amnya terhadap peranan
pelajar dari program Psikologi Industri dan Organisasi.
Bengkel ini dikendalikan oleh tenaga akademik dan juga penceramah jemputan
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.
v. Mendaftar untuk menjalani Latihan Praktikum satu semester sebelum menjalaninya
dengan mengisi borang yang disediakan oleh pihak Perkhidmatan Akademik UMS, dan
disahkan oleh Ketua Program (KP) yang dilantik oleh Sekolah Psikologi dan Kerja
Sosial.
vi. Mengisi dan menghantar Buku Log (setiap minggu) kepada Penyelia Akademik (PA)
sebagai rekod aktiviti harian di tempat latihan dan disahkan oleh Penyelia Latihan
Praktikum (PLP).
vii. Menulis Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format yang disediakan oleh
Program dan Sekolah.
viii. Membentangkan hasil latihan praktikum selepas tamat latihan praktikum.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
3
6. Deskripsi Tugas Pelajar
Pelajar yang mengikuti praktikum ini mestilah:
i. Mengisi Borang Maklumat Diri Pelajar [Borang BLI-1(B)] (Lampiran 1) yang disediakan
oleh pihak sekolah dan menyerahkannya kepada Penyelaras Latihan Industri sebelum
menjalani praktikum.
ii. Pelajar hendaklah memastikan borang BORANG LAPOR DIRI PELAJAR / BLI-2(A)
(Lampiran 9) diisi dengan lengkap dan mengembalikannya kepada PENYELARAS
LATIHAN INDUSTRI dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh melapor diri.
iii. Berbincang dengan PA dan PLP mengenai kesesuaian aktiviti dan matlamat Latihan
Praktikum yang akan dijalankan di tempat praktikum.
iv. Berbincang dengan PLP masing-masing sebelum melaksanakn sesuatu aktiviti.
v. Melaporkan aktivit-aktiviti dalam Buku Log dan rumusan mingguan (rujuk Lampiran 7)
serta mendapatkan pengesahan daripada PLP. Buku log yang telah disahkan hendaklah
diberikan kepada PA setiap minggu.
vi. Menyediakan Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.
vii. Membentangkan hasil latihan praktikum kepada panel penilai yang dilantik oleh
Sekolah.
viii. Menyerahkan Laporan Akhir Latihan Praktikum tersebut kepada pihak Sekolah pada
tarikh yang telah ditetapkan.
ix. Pelajar hendaklah memastikan BORANG SENARAI SEMAK LATIHAN INDUSTRI/
BLI-5 (LAMPIRAN 10) diisi dengan lengkap dan mengembalikannya kepada
PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI pada MINGGU TERAKHIR PRAKTIKUM.
x. Memelihara imej universiti serta mematuhi peraturan organisasi/agensi di mana pelajar
ditempatkan. Pelajar juga harus sedar bahawa mereka masih lagi tertakluk kepada
Peraturan-peraturan Pra-Siswazah Universiti Malaysia Sabah.
7. Tanggungjawab Pelajar yang akan Menjalani Latihan Praktikum
Pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan praktikum dikehendaki melakukan perkara-
perkara berikut :
i. Anda dikehendaki melapor diri kepada pegawai di organisasi yang dikenalpasti sebagai
PLP.
ii. Anda hendaklah memahami dan mematuhi sepenuhnya peraturan organisasi.
iii. Anda dikehendaki berpakaian kemas sewaktu melaporkan diri dan menjalani latihan
praktikum (misalnya memakai tali leher, kasut dll). Dalam kebanyakan keadaan seluar
jean dan baju ‘T’ tidak boleh dipakai.
iv. Menepati waktu kerja organisasi di mana anda ditempatkan. Sentiasa mematuhi waktu
keluar masuk organisasi di mana anda ditempatkan. Jika terpaksa berada di tempat
lain, tinggalkan pesanan/nota. Gunakan waktu bekerja sebaik-baiknya dengan
melakukan sesuatu yang berfaedah.
v. Perlu diingatkan bahawa masa kerja di organisasi swasta dan kerajaan adalah
berlainan. Anda perlu menunjukkan sikap bekerjasama serta membuktikan keupayaan
anda untuk memenuhi keperluan tugas anda.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
4
vi. Anda hendaklah melakukan tugas-tugas sama ada diarahkan atau tidak dengan
bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika menghadapi masalah anda janganlah teragak-
agak untuk memberitahu PLP anda ataupun PA.
vii. Setiap tugasan yang diarahkan perlu dilakukan seberapa segera bersesuaian dengan
mutu dan kehendak organisasi. Anda juga disarankan supaya memperbanyakkan
bacaan bagi mendapatkan maklumat mengenai organisasi di mana anda ditempatkan.
viii. Anda perlu bersikap ramah, berbudi bahasa, bersedia untuk bekerja dan jangan takut
untuk bertanya sekiranya tidak tahu.
ix. Anda dikehendaki menyerahkan Borang Penilaian (Borang BLI-4) (Lampiran 2) kepada
PLP anda semasa melaporkan diri. Terangkan kepada PLP anda bahawa pihaknya perlu
menyerahkan borang tersebut kepada PA untuk tujuan pemarkahan. Laporan ini
adalah sulit dan anda tidak dibenarkan untuk melihatnya.
x. Segala hasil maklumat yang diperolehi semasa menjalani latihan praktikum hendaklah
difailkan dengan teratur untuk dilampirkan bersama laporan Latihan Praktikum anda.
xi. Sebarang perubahan jadual Latihan Praktikum yang hendak dilakukan, umpamanya
cuti (tidak digalakkan kecuali terpaksa), hendaklah memberitahu PLP dan PA terlebih
dahulu dan dapatkan kebenaran. Anda dikehendaki mematuhi dan mengikuti prosedur
yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi di mana anda ditempatkan.
xii. Sekiranya anda sakit atau memerlukan rawatan kesihatan, anda boleh pergi ke klinik
panel /hospital kerajaan/klinik-klinik lain yang berhampiran untuk mendapatkan
rawatan. Segala resit rawatan perlu disimpan untuk tujuan tuntutan. Ini adalah
tertakluk keapada kontrak anda dengan organisasi di mana anda ditempatkan
(sebagaimana yang tercatat dalam surat tawaran).
xiii. Organisasi tidak bertanggunjawab membayar elaun harian atau perjalanan anda dalam
menjalankan tugas semasa latihan praktikum. Bagaimanapun, anda boleh menerima
saguhati yang diberi oleh pihak organisasi.
xiv. Anda hendaklah bersedia untuk menerima kunjungan PA dan bersedia menerangkan
kepada PA mengenai latihan yang anda jalani.
xv. Perlu diingatkan sebagai pelajar universiti ini, anda merupakan pembawa imej
Universiti Malasia Sabah. Oleh itu, anda perlu mengawasi tingkah laku anda dan
menjaga nama baik Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan juga Universiti Malaysia
Sabah.
xvi. Semasa menjalani latihan praktikum, anda masih lagi terikat kepada Akta Universiti
dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1984) dan peraturan-peraturan lain yang sedang
berkuatkuasa. Tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang melanggar
mana-mana akta dan peraturan universiti.
8. Deskripsi Tugas Ketua Program
Ketua Program Psikologi Industri dan Organisasi bertanggungjawab dalam:
i. Menyenaraikan organisasi yang sesuai sebagai tempat latihan.
ii. Menyelaraskan proses permohonan pelajar ke organisasi.
iii. Mengatur dan memastikan sesi-sesi bengkel dijalankan.
iv. Menyelaras perlantikan PA bagi setiap pelajar.
v. Menyelaras perlantikan PLP bagi setiap pelajar.
vi. Mengumpul rekod penilaian pelajar dan menyampaikan gred kepada Dekan Sekolah.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
5
vii. Mengumpul borang penilaian organisasi.
viii. Berbincang dan menjawab pertanyaan-pertanyaan PLP berkenaan program latihan jika
perlu.
9. Deskripsi Tugas Penyelia Akademik (PA)
PA dilantik oleh pihak Sekolah untuk tugas-tugas berikut :
i. Berbincang dengan pelajar mengenai objektif penempatan sesuatu organisasi.
ii. Berbincang dengan PLP mengenai latihan kerja pelajar.
iii. Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar semasa menjalani latihan
praktikum.
iv. Menilai prestasi latihan praktikum pelajar pada akhir semester dengan melihat kepada
laporan bertulis, prestasi di organisasi dan maklum balas daripada pihak organisasi
yang terlibat.
v. Menyelia pelajar-pelajar di bawah penyeliaan sekurang-kurangnya dua (2) kali
sepanjang tempoh latihan praktikum.
vi. Membuat penilaian terhadap pelajar (Borang BLI-3) (Lampiran 3).
vii. Membuat penilaian terhadap organisasi berkenaan kesesuaiannya sebagai tempat
menjalani latihan praktikum.
viii. Mengumpul kesemua borang penilaian, buku log dan laporan akhir praktikum untuk
dikira markah dan grednya sebelum diserahkan kepada KP.
ix. Menilai pembentangan hasil latihan praktikum pelajar.
10. Deskripsi Tugas Penyelia Latihan Praktikum
PLP adalah individu yang dilantik oleh organisasi terbabit di mana pelajar ditempatkan untuk
menjalani latihan praktikum. Perlantikan ini adalah berdasarkan persetujuan yang dicapai
bersama pihak sekolah dengan pengurusan organisasi terbabit. PLP akan bertanggunjawab
memastikan pelajar menjalani latihan praktikum dalam tempoh yang diteapkan. Bidang
tugas PLP ialah seperti berikut :
i. Membincangkan keperluan penempatan pelajar di organsasi berkenaan bersama-
sama PA.
ii. Memberikan bimbingan dan nasihat kepada pelajar untuk mencapai objektif latihan
praktikum.
iii. Menyemak dan mengesahkan Buku Log pelajar setiap minggu. PLP hendaklah
menyerahkannya semula kepada pelajar pada hari pertama minggu berikutnya.
iv. Menyemak kesesuaian kandungan tentang oraganisasi yang ditulis oleh pelajar dalam
Laporan Akhir Latihan Praktikum.
v. Menilai prestasi pelajar berdasarkan borang penilaian akhir latihan praktikum melalui
(Borang BLI-4) dan menyerahkannya kepada PA.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
6
PENILAIAN LATIHAN PRAKTIKUM
Pencapaian pelajar dalam latihan praktikum akan dinilai berdasarkan:
BIL. KRITERIA PENILAIAN MARKAH
1. LAPORAN AKHIR LATIHAN PRAKTIKUM 50%
2. PENILAIAN PENYELIA AKADEMIK 30%
3. PENILAIAN PENYELIA LATIHAN PRAKTIKUM 20%
JUMLAH 100%
PERINCIAN KRITERIA PENILAIAN LATIHAN PRAKTIKUM
1) Kriteria Penilaian Laporan Akhir Latihan Praktikum (Markah: 50%)
BAB 1: PENGENALAN Markah
1.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI (termasuk sejarah organisasi, visi, misi, objektif, aktiviti utama atau jenis perkhidmatan/ perniagaan organisasi dan carta organisasi)
1.2 Rumusan
BAB 2: PEMEROLEHAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN REFLEKSI 25%
2.1 ANALISIS KERJA 5
2.2 PEMILIHAN PEKERJA 5
2.3 PENILAIAN PRESTASI 5
2.4 LATIHAN 5
2.5 KEPEMIMPINAN 5
2.6 RUMUSAN
BAB 3: SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI 25%
3.1 SUMBANGAN ILMIAH 10
3.2 SUMBANGAN PENTADBIRAN 10
3.4 ULASAN/ REFLEKSI 5
3.5 RUMUSAN
RUJUKAN
LAPMIRAN
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
7
2) Kriteria Penilaian oleh Penyelia Akademik (PA) (Markah: 30%)
BIL KRITERIA PENILAIAN MARKAH
1. Laporan Lisan oleh Pelajar Kepada Penyelia Akademik 10
2. Kompetensi Dalam Menjalankan Praktikum 5
3. Relevan Dengan Keperluan Praktikum 5
4. Perkembangan Profesionalisme 5
5. Pengurusan Dokumentasi dan Buku Log 5
JUMLAH 30
3) Kriteria Penilaian oleh Penyelia Latihan Praktikum (PLP) (Markah: 20%)
BIL KRITERIA PENILAIAN MARKAH
1. Penggurusan Masa 4
2. Keyakinan Diri 4
3. Kompetensi 4
4. Kebolehan Memahami Arahan 4
5. Sumbangan Kepada Organisasi 4
JUMLAH 20
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
8
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR
1.0 Panduan Umum Menyediakan Laporan Latihan Praktikum
i. Para pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan mengenai Latihan Praktikum
yang telah tamat mereka jalani.
ii. Pelajar-pelajar dinasihatkan supaya menyediakan bahan-bahan, data, rajah-rajah dan
apa jua maklumat yang difikirkan relevan seawal yang mungkin. Penulisan boleh
dimulakan seawal minggu pertama Latihan Praktikum.
iii. Buku Log latihan praktikum boleh digunakan sebagai rujukan dalam membuat
laporan berkenaan.
iv. Laporan yang telah siap hendaklah diserahkan kepada PA pada masa dan tarikh yang
telah ditetapkan oleh pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.
v. Panduan bagi format laporan ditunjukkan dalam manual ini (Lampiran 8).
2.0 Format Penulisan Laporan Akhir Latihan Praktikum
i. Contoh format penulisan laporan akhir boleh dirujuk pada Lampiran 4.
ii. Contoh format muka depan laporan akhir boleh dirujuk pada Lampiran 5.
iii. Semua laporan hendaklah ditaip di atas kertas putih bersaiz A4 – ketebalan 80gsm.
iv. Helaian pertama selepas muka depan laporan adalah pengakuan pelajar dan
pengesahan Penyelia Latihan Praktikum dan Pengesahan Penyelia Akademik. Format
penulisan pengakuan dan pengesahan boleh dirujuk pada Lampiran 6.
v. Markah diberi kepada laporan bertulis dan buku log.
vi. Spesifikasi teknikal penulisan laporan adalah seperti berikut:
Jenis dan saiz huruf: Arial 11, langkau dua (double spacing)
Jidar (margin):
Atas 1.0 inci
Bawah 1.0 inci
Kiri 1.0 inci
Kanan 1.0 inci
Nombor halaman diletakkan di sudut atas sebelah kanan.
Jumlah halaman: 40 – 100 muka surat tidak termasuk lampiran.
3.0 Penyerahan Laporan Akhir Latihan Praktikum
Jumlah salinan naskah akhir yang perlu disediakan oleh pelajar:
Satu (1) naskah ‘soft copy’ (CD) dalam bentuk fail PDF untuk penyelia akademik dan
simpanan sekolah.
Satu (1) naskah berjilid untuk organisasi.
PENUTUP
Manual ini diharap dapat memberi panduan kepada pelajar untuk mengikuti Latihan
Praktikum dengan jayanya.
BORANG MAKLUMAT PELAJAR /BLI-1(B)
1
A. BUTIR-BUTIR DIRI PELAJAR
Nama : _____________________________________________________________
No. Matriks : _________________________ No.K/P:_____________________________
Sekolah : _____________________________________________________________
Program : _____________________________________________________________
Alamat Tetap : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Poskod : _____________________________________________________________
No.Telefon (Rumah) : ________________________ Telefon Bimbit:________________________
Emel : _____________________________________________________________
Apabila berlaku kecemasan, penama yang boleh dihubungi:
Nama : _____________________________________________________________
No.Telefon (Rumah) : __________________________ Telefon Bimbit: _____________________
Hubungan : _____________________________________________________________
Alamat : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Poskod : _____________________________________________________________
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG MAKLUMAT PELAJAR (Untuk Diisi Oleh Pelajar)
Gambar Scan Saiz Pasport
BORANG MAKLUMAT PELAJAR /BLI-1(B)
2
B. MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI
Nama Organisasi : _____________________________________________________________
Alamat Organisasi : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Poskod : _____________________________________________________________
No. Telefon : _____________________________ Faks: _________________________
Pegawai Yang Boleh Di Hubungi : _______________________________________________________
Jawatan : _______________________________________________________
Tarikh Latihan : ________________________ hingga_________________________
C. MAKLUMAT SEKOLAH
Nama Penyelia Akademik : _______________________________________________________
No.Telefon (Sambungan) : _______________________ Telefon Bimbit:___________________
___________________________
Tandatangan Pelajar
Tarikh: ______/_______/______
SULIT BORANG LAPORAN PENYELIA ORGANISASI/ BLI-4
1
BORANG LAPORAN PENILAIAN PENYELIA ORGANISASI (PLP) SESI______________/____________
(Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan kepada Dekan Sekolah yang berkenaan)
Nama Organisasi : _____________________________________________________________
Alamat : _____________________________________________________________
Poskod : _____________________________________________________________
Sektor Ekonomi
(Tandakan / diruangan yang berkenaan) -1 Tidak dinyatakan 6 Pembinaan 11 Aktiviti Hartanah, Penyewaan dan Perniagaan
-2 Tidak Berkenaan 7 Perdagangan Jual Borong dan 12 Pentadbiran Awam dan Pertahanan/Keselamatan Sosial Wajib 1 Pertanian/Perburuan/Perhutanan Jual Runcit/Pembaikan Kenderaan 13 Pendidikan 2 Perikanan 8 Bermotor, Motosikal dan Barangan Persendirian 14 Kesihatan dan Kerja Sosial
3 Perlombongan/Pengkuarian dan Isi Rumah/Hotel dan Restoran 15 Aktiviti Perkhidmatan Komuniti, Sosial dan Persendirian Lain 4 Pembuatan 9 Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi 16 Isi Rumah Persendirian dengan Pekerja Bergaji
5 Bekalan Elektrik,Gas & Air 10 Pengantaraan Kewangan 17 Organisasi dan Badan-badan di Luar Wilayah
Industri
(Tandakan / diruangan yang berkenaan)
-1 Tidak dinyatakan -2 Tidak berkenaan 1 Kerajaan 2 Badan berkanun 3 Swasta Multinasional/Asing 4 Swasta tempatan 5 Perusahaan sendiri 6 GLC 7 NGO 999 Lain-lain
Nama Pelajar Yang Dinilai : _________________________________________________________
BAHAGIAN A : KEMAHIRAN INSANIAH
No. Perkara Ya Tidak Tidak berkaitan
1. Kemahiran Komunikasi
2. Kepimpinan
3. Kerja Berpasukan
4. Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah
5. Etika dan Moral Profesional
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
-1 -2 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
-1 -2 1 2 3 4 5 6 7 999
SULIT BORANG LAPORAN PENYELIA ORGANISASI/ BLI-4
2
BAHAGIAN B : KEPERLUAN PROGRAM PANDUAN SKOR
Sila beri penilaian berdasarkan kepada skor di bawah :-
4 = Amat Memuaskan 3= Memuaskan 2= Tidak Memuaskan 1= Sangat Tidak memuaskan
BIL PENILAIAN
SKOR
1. Penggurusan Masa
2. Keyakinan Diri
3. Kompetensi
4. Kebolehan Memahami Arahan
5. Sumbangan Kepada Organisasi
JUMLAH /
Penyelaras Latihan Industri Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
TERIMA KASIH
LAPORAN PENYELIA AKADEMIK LI BLI-3
1
Nama Pelajar : ________________________________________________________
No.Matriks : ________________________________________________________
Sekolah : ________________________________________________________
Program : ________________________________________________________
Nama & : ________________________________________________________
Alamat Organisasi ________________________________________________________
________________________________________________________
Poskod : ________________________________________________________
Pegawai Yang Ditemui : __________________________________________________
Jawatan : ________________________________________________________
No.Telefon : ______________________ No.Faks : ______________________
……………………………………………………………………………………………………………
Pengesahan Perjumpaan Pelajar Dengan Pensyarah Penyelia LI/Pensyarah Pelawat Nama Pensyarah Penyelia LI / Pensyarah Pelawat :
Tarikh dan Masa Kehadiran :
Disahkan Oleh : Disaksikan Oleh :
_____________________________ ____________________________
Tandatangan Pensyarah Tandatangan Penyelia Organisasi Cop Organisasi/Syarikat
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LAPORAN PENYELIA AKADEMIK LATIHAN PRAKTIKUM (Untuk kegunaan Program HA13, HA16 dan HA20)
LAPORAN PENYELIA AKADEMIK LI BLI-3
2
MARKAH PENILAIAN
ASPEK PENILAIAN MARKAH
a. Laporan Lisan oleh Pelajar Kepada Penyelia Akademik (10 Markah)
b. Kompetensi Dalam Menjalankan Praktikum (5 Markah)
c. Relevan Dengan Keperluan Praktikum (5 Markah)
d. Perkembangan Profesionalisme (5 Markah)
e. Pengurusan Dokumentasi (5 Markah )
Ulasan/Cadangan :
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Borang ini perlu diisi oleh Pensyarah Penyelia LI semasa membuat lawatan. Sila serahkan borang yang
lengkap kepada Penyelaras Latihan Industri Sekolah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh lawatan.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
1
LAMPIRAN 4:
CONTOH FORMAT LAPORAN AKHIR TAJUK PENGHARGAAN Kepada Organisasi Kepada Pihak Sekolah Kepada Orang Perseorangan BAB 1: PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI
• Sejarah organisasi, • Misi, Visi, Objektif, • Aktiviti Utama/Jenis Perkhidmatan/Perniagaan Organisasi • Carta Organisasi
1.2 RUMUSAN BAB 2: PEMEROLEHAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN REFLEKSI 2.1 ANALISIS KERJA 2.2 PEMILIHAN PEKERJA 2.3 PENILAIAN PRESTASI 2.4 LATIHAN 2.5 KEPIMPINAN 2.6 RUMUSAN BAB 3: SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI 3.1 SUMBANGAN ILMIAH 3.2 SUMBANGAN PENTADBIRAN 3.4 ULASAN/ REFLEKSI 3.5 RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
1
LAMPIRAN 5:
Format Kulit Luar Laporan Akhir Latihan Industri
(CONTOH)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
(Tahoma 16 Bold)
PROGRAM PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI
(Tahoma 14 Bold)
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
(Tahoma 12 Bold)
TEMPAT LATIHAN / NAMA ORGANISASI
(Tahoma 14 Bold)
NAMA PELAJAR
(Tahoma 14 Bold)
NO MATRIK
(Tahoma 14 Bold)
2014 (Tahun latihan industri)
(Tahoma 14 Bold)
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
1
LAMPIRAN 6:
CONTOH FORMAT HELAIAN PERTAMA SELEPAS MUKA DEPAN LAPORAN AKHIR
PENGAKUAN DAN PENGESAHAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya juga mengakui bahawa saya
telah menjalani Latihan Praktikum selama DUA BELAS MINGGU di
___________________________________________________________________________
bagi memenuhi sebahagian syarat memperolehi Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan
Kepujian (Psikologi Industri dan Organisasi), Universiti Malaysia Sabah”.
Tandatangan:
Nama Pelajar:
No. Matrik:
Tarikh:
Tandatangan:
Nama Penyelia Latihan Praktikum:
Jawatan:
Tarikh:
Cop Rasmi:
Tandatangan:
Nama Penyelia Akademik:
Jawatan:
Tarikh:
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
1
LAMPIRAN 7:
CONTOH FORMAT BUKU LOG HARIAN DAN RUMUSAN MINGGUAN
NAMA PELAJAR
:
NO. MATRIK
:
MINGGU PRAKTIKUM
:
NAMA ORGANISASI
:
TARIKH (HARI) JELASKAN SECARA RINGKAS TUGAS ATAU AKTIVITI YANG ANDA JALANKAN DI ORGANISASI LATIHAN PRAKTIKUM ANDA
25 Jun 2012 (Isnin)
26 Jun 2012 (Selasa)
27 Jun 2012 (Rabu)
28 Jun 2012 (Khamis)
29 Jun 2012 (Jumaat)
RUMUSAN MINGGUAN
ULASAN PENYELIA LATIHAN PRAKTIKUM
_____________________________ __________ Tandantangan Penyelia Latihan Praktikum Tarikh Nama dan Cop:
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
1
LAMPIRAN 8:
GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN BAB 2: PEMEROLEHAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN REFLEKSI
ELEMEN PEMEROLEHAN
Analisis Kerja Pengetahuan yang perlu diperoleh
a. Pendahuluan – Jelaskan secara ringkas berkenaan analisis kerja.
b. Jelaskan bagaimana proses analisis kerja dilaksanakan dalam organsasi praktikum anda.
c. Jelaskan bagaimana deskripsi tugas sesuatu jawatan dibuat bagi organisasi praktikum anda.
d. Nyatakan orang dan pihak yang terlibat dalam mengendalikan dan membuat keputusan berkenaan analisis kerja dan deskripsi tugas bagi organisasi praktikum anda.
e. Memberi komen dan cadangan berkenaan perlaksanaan analisis kerja dan deskripsi tugas bagi organisasi praktikum anda.
Kemahiran yang perlu diperoleh
Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam membuat analisis kerja dan penyediaan deskripsi tugas melalui penglibatan secara langsung atau membantu individu yang terlibat dalam proses analisis kerja dan penyediaan deskripsi tugas. Misalnya, terlibat dalam aktiviti pewujudan jawatan baru atau review deskripsi kerja yang sedia ada.
Refleksi
Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan analisis kerja yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari.
Pemilihan Pekerja Pengetahuan yang perlu diperoleh
a. Pendahuluan - Jelaskan secara ringkas berkenaan pemilihan pekerja.
b. Jelaskan bagaimana proses pemilihan pekerja dilaksanakan dalam organisasi praktikum anda.
c. Jelaskan kaedah atau teknik pemilihan pekerja yang diamalkan oleh organisasi praktikum anda.
d. Nyatakan orang dan pihak yang terlibat dalam mengendalikan dan membuat keputusan berkenaan pemilihan pekerja bagi organsasi praktikum anda.
e. Memberi komen dan cadangan berkenaan proses dan kaedah pemilihan pekerja yang diamalkan oleh organisasi praktikum anda.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
2
Kemahiran yang perlu diperoleh
Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam pemilihan pekerja melalui penglibatan secara langsung atau membantu individu yang terlibat dalam merancang, mengendali atau menganalisis hasil pemilihan pekerja. Misalnya, terlibat dalam memproses borang permohonan, mengendalikan temuduga dan sebagainya.
Refleksi
Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemilihan pekerja yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari.
Penilaian Prestasi Pengetahuan yang perlu diperoleh
a. Pendahuluan – Jelaskan secara ringkas berkenaan penilaian prestasi.
b. Jelaskan bagaimana proses penilaian prestasi dilaksanakan dalam organisasi praktikum anda.
c. Jelaskan kaedah atau teknik penilaian prestasi yang diamalkan oleh organsasi praktikum anda.
d. Nyatakan orang dan pihak yang terlibat dalam mengendalikan dan membuat keputusan berkenaan penilaian prestasi bagi organsasi praktikum anda.
e. Memberi komen dan cadangan berkenaan proses dan kaedah penilaian prestasi yang diamalkan oleh organisasi praktikum anda.
Kemahiran yang perlu diperoleh
Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam pemilihan kerja melalui penglibatan secara langsung atau membantu individu yang terlibat dalam merancang, mengendali atau menganalisis hasil pemilihan pekerja. Misalnya, terlibat dalam memproses boring penilaian prestasi, mengisi ataupun membuat penilaian sendiri dalam borang penilaian pretasi yang digunakan oleh organisasi.
Refleksi
Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan penilaian prestasi yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari.
Latihan Pengetahuan yang perlu diperoleh
a. Pendahuluan – Jelaskan ssecara ringkas berkenaan latihan di organisasi.
b. Jelaskan bagaimana latihan dirancang (dari segi mengenalpasti keperluan latihan, jenis latihan, bajet dan sebagainya) oleh organisasi praktikum anda.
c. Jelaskan bagaimana latihan dilaksanakan oleh organisasi praktikum anda.
d. Jelaskan bagaimana keberkesanan sesuatu latihan diukur oleh organisasi praktikum anda.
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
3
e. Nyatakan orang dan pihak yang terlibat dalam mengendali, menyelaras dan membuat keputusan berkenaan latihan bagi organisasi praktikum anda.
f. Memberi komen dan cadangan berkenaan proses dan kaedah pemberian latihan kepada kakitangan yang diamalkan oleh organisasi praktikum anda.
Kemahiran yang perlu diperoleh
Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam merancang dan mengendali dan menilai latihan melalui penglibatan dalam aktiviti latihan yangdijalankan oleh organisasi praktikum anda.
Refleksi
Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan latihan yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari.
Kepimpinan Pengetahuan yang perlu diperoleh
a. Pendahuluan – Jelaskan secara ringkas berkenaan kepimpinan dalam organisasi.
b. Jelaskan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh ketua/ pengurus atasan di organisasi praktkum anda.
c. Jelaskan hierarki autoriti di organisasi praktikum anda.
d. Jelaskan bentuk komunikasi yang diamalkan dan integrasi antara jabatan dalam organisasi praktikum anda.
e. Memberi komen dan cadangan berkenaan jenis gaya kepimpinan dan bentuk komunikasi diamalkan oleh organisasi praktikum anda.
Kemahiran yang perlu diperoleh
Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam kepimpinan dan pentadbiran melalui temubual (ketua atau subordinat) atau pemerhatian terhadap kepimpinan ketua organisasi. Atau melalui penglibatan dalam memimpin satu projek kecil secara ad-hoc.
Refleksi
Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kepimpinan yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari.
BORANG LAPOR DIRI PELAJAR / BLI-2(A)
1
Nama Pelajar : _____________________________________________________________
No. Matriks : _____________________________________________________________
Sekolah : _____________________________________________________________
Program : _____________________________________________________________
Alamat Semasa : _____________________________________________________________
Latihan Industri _____________________________________________________________
Poskod : _____________________________________________________________
Nama Tempat LI : _____________________________________________________________
No.Telefon Tempat LI : _____________________________ Faks: ___________________________
Emel : _____________________________________________________________
Tarikh: ______/______/_______
Tandatangan Pelajar
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
(Untuk diisi oleh Penyelia Organisasi)
Dengan ini disahkan bahawa pelajar tersebut di atas telah pun mendaftarkan diri untuk menjalani
Latihan Industri mulai pada _______/_______/________
Yang Benar,
Tandatangan Penyelia Organisasi Cop Organisasi
Nama :
Jawatan : Tarikh: _____/_____/______
Sila kembalikan Borang Lapor Diri ini kepada:
Penyelaras Latihan Industri
Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LAMPIRAN 9: BORANG LAPOR DIRI PELAJAR
(Ruangan ini diisi oleh pelajar)
BORANG SENARAI SEMAK LATIHAN INDUSTRI/ BLI-5
1
LAMPIRAN 10:
SENARAI SEMAK LATIHAN INDUSTRI (Borang ini diisi oleh pelajar)
SESI __________/__________ Nama Pelajar : ____________________________________________________________
No. Matriks : ____________________________________________________________
Sekolah : ____________________________________________________________
Program : ____________________________________________________________
Nama Organisasi /Syarikat : ____________________________________________________________
Alamat Organisasi/Syarikat : ____________________________________________________________
____________________________________________________________
Poskod : ____________________________________________________________
Jumlah Jam Bekerja Sehari : ___________________ jam
Bilangan Hari Bekerja Seminggu : ___________________ hari
Elaun Harian / Bulanan : RM ________________
A. KEMUDAHAN
Sila tandakan (√) yang berkenaan.
No. Perkara yang disediakan oleh industri Ya Tidak Tidak berkaitan
1. Kediaman disediakan
2. Subsidi makanan diberikan
3. Pengangkutan disediakan
4. Peralatan bekerja disediakan
5. Peralatan keselamatan disediakan
6. Buku panduan / arahan tatakerja disediakan
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
BORANG SENARAI SEMAK LATIHAN INDUSTRI/ BLI-5
2
B. BIDANG KERJA
No. Perkara Ya Tidak Tidak berkaitan
1. Taklimat dan tunjuk ajar diberikan oleh organisasi
sebelum memulakan kerja.
2. Peraturan keselamatan diberikan oleh organisasi sebelum memulakan latihan industrI.
3. Bidang kerja sesuai dengan bidang pengajian pelajar.
4. Pengetahuan (teori) pelajar memadai untuk menjalankan kerja-kerja latihan industri.
5.
Kemahiran teknikal pelajar memadai untuk menjalankan kerja-kerja latihan industri.
6.
‘Softskill’ (contoh: Kemahiran komputer, komunikasi, B.Inggeris) memadai untuk
menjalankan kerja-kerja latihan industri.
7. Ada menjalankan kerja lebih masa (overtime)
8. Latihan industri ini memberi manfaat kepada
pelajar.
C. KOMEN PELAJAR
No. Perkara Ya Tidak
1. Adakah organisasi ini sesuai untuk menjalankan latihan industri?
2. Adakah anda mengesyorkan organisasi / syarikat ini untuk pelajar menjalankan latihan industri pada masa hadapan?
Sila tambah apa-apa yang perlu dikemukakan di sini (sila tambah kertas jika perlu).
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________ Tandatangan pelajar
Tarikh: ______/______/______