manual pengguna - aplikasi2.ns.gov.myaplikasi2.ns.gov.my/tempahansukns/fail/manual pengguna -...
TRANSCRIPT
MANUAL PENGGUNA
SISTEM TEMPAHAN
(BILIK MESYUARAT/DEWAN, KENDERAAN DAN
BILIK LATIHAN ICT)
(MODUL PENGGUNA)
KANDUNGAN 1.0 MODUL LOGIN ................................................................................................................. 3
1.1 AKSES SISTEM TEMPAHAN ...................................................................................... 3
1.2 LOGIN ............................................................................................................................. 4
2.0 MODUL UTAMA ............................................................................................................... 5
3.0 MODUL TEMPAHAN ........................................................................................................ 5
3.1 TEMPAHAN BILIK MESYUARAT / DEWAN ............................................................ 5
3.2 TEMPAHAN KENDERAAN ......................................................................................... 8
3.3 TEMPAHAN BILIK LATIHAN ICT ........................................................................... 12
4.0 MODUL SEMAKAN ........................................................................................................ 16
4.1 SEMAKAN .................................................................................................................... 16
4.2 MEMBATALKAN PERMOHONAN TEMPAHAN ................................................... 17
5.0 PROFIL .............................................................................................................................. 20
6.0 LOG KELUAR .................................................................................................................. 21
1.0 MODUL LOGIN
1.1 AKSES SISTEM TEMPAHAN
i. Buka browser Mozilla Firefox atau Google Chrome dan taipkan alamat url
berikut:
http://aplikasi2.ns.gov.my/tempahansukns
ii. Skrin seperti Rajah 1 akan dipaparkan.
Rajah 1
iii. Terdapat bahagian untuk login dan kalendar pada halaman utama sistem.
Jika kotak tarikh pada kalendar berwarna putih, tiada tempahan yang telah
diluluskan. Jika terdapat tempahan yang telah diluluskan, kotak tarikh pada
kalendar tersebut akan berwarna hijau.
1.2 LOGIN
i. Masukkan ID Pengguna dan Katalaluan dan klik button Login. Skrin seperti
Rajah 2 akan dipaparkan.
Rajah 2
ii. Terdapat 3 menu iaitu Utama, Tempahan dan Semakan.
2.0 MODUL UTAMA
Pada modul utama, akan dipaparkan kalendar-kalendar seperti di halaman utama
sistem (Rajah 1). Rujuk para 1.1 bahagian iii untuk maklumat lanjut.
3.0 MODUL TEMPAHAN
Rajah 3
Untuk membuat tempahan, klik pada menu Tempahan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 3. Terdapat 3 submenu didalam menu Tempahan iaitu Bilik Mesyuarat/Dewan,
Kenderaan dan Bilik Latihan ICT. Rujuk Rajah 4.
Rajah 4
3.1 TEMPAHAN BILIK MESYUARAT / DEWAN
i. Pada submenu Tempahan, klik pada Bilik Mesyuarat / Dewan. Skrin seperti
Rajah 5 akan dipaparkan. Maklumat pemohon akan dipaparkan secara
automatik pada borang tempahan
Rajah 5
ii. Untuk melihat senarai aset alih kerajaan serta terma dan syarat
penggunaan bilik mesyuarat dan dewan, klik pada pautan seperti yang
dibulatkan dalam Rajah 5 diatas.
iii. Lengkapkan borang permohonan dan klik button Hantar. Skrin seperti
Rajah 6 akan dipaparkan.
Rajah 6
iv. Permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini. Jika terdapat
perubahan pada tarikh dan masa mesyuarat, pemohon hendaklah
membatalkan permohonan (jika belum diluluskan) dan membuat
permohonan baharu semula. Sekiranya permohonan telah diluluskan,
pemohon hendaklah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di Unit
Pengurusan Bangunan dan Aset untuk membatalkan permohonan tersebut.
v. Untuk cetak permohonan (untuk simpanan sendiri), klik pada ikon pencetak
. Skrin seperti Rajah 7 akan dipaparkan.
Rajah 7
3.2 TEMPAHAN KENDERAAN
i. Pada submenu Tempahan, klik pada Kenderaan. Skrin seperti Rajah 8 akan
dipaparkan. Maklumat pemohon akan dipaparkan secara automatik pada
borang tempahan.
Rajah 8
ii. Lengkapkan borang permohonan dan klik button Hantar. Skrin seperti
Rajah 9 akan dipaparkan.
Rajah 9
iii. Permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini. Jika terdapat
perubahan pada tarikh dan masa, pemohon hendaklah membatalkan
permohonan (jika belum diluluskan) dan membuat permohonan baharu
semula. Sekiranya permohonan telah diluluskan, pemohon hendaklah
menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di Unit Pentadbiran Am
untuk membatalkan permohonan tersebut.
iv. Untuk cetak permohonan (untuk simpanan sendiri), klik pada ikon pencetak
. Skrin seperti Rajah 10 akan dipaparkan.
Rajah 10
3.3 TEMPAHAN BILIK LATIHAN ICT
i. Pada submenu Tempahan, klik pada Bilik Latihan ICT. Skrin seperti Rajah
11 akan dipaparkan. Maklumat pemohon akan dipaparkan secara
automatik pada borang tempahan.
Rajah 11
ii. Lengkapkan borang tempahan dan klik button Hantar. Skrin seperti Rajah
12 akan dipaparkan.
Rajah 12
iii. Permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini. Jika terdapat
perubahan pada tarikh dan masa, pemohon hendaklah membatalkan
permohonan (jika belum diluluskan) dan membuat permohonan baharu
semula. Sekiranya permohonan telah diluluskan, pemohon hendaklah
menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di Unit Pentadbiran Am
untuk membatalkan permohonan tersebut.
iv. Untuk cetak permohonan (untuk simpanan sendiri), klik pada ikon pencetak
. Skrin seperti Rajah 13 akan dipaparkan.
Rajah 13
4.0 MODUL SEMAKAN
Pemohon boleh membuat semakan status permohonan tempahan atau membatalkan
permohonan tempahan yang telah dibuat (jika belum diluluskan).
4.1 SEMAKAN
Rajah 14
i. Untuk membuat semakan, klik pada menu Semakan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 14. Skrin seperti Rajah 15 akan dipaparkan.
Rajah 15
ii. Rajah 15 memaparkan senarai permohonan tempahan mengikut kategori (
Bilik Mesyuarat/Dewan, Kenderaan dan Bilik Latihan ICT).
iii. Untuk melihat maklumat terperinci, klik pada status tempahan tersebut
(seperti yang dibulatkan pada Rajah 15).
4.2 MEMBATALKAN PERMOHONAN TEMPAHAN
i. Hanya permohonan tempahan yang berstatus ‘Sedang Proses’ sahaja yang
boleh dibatalkan.
ii. Klik ikon pada bahagian Tindakan untuk membatalkan permohonan.
Popup mesej seperti Rajah 16 akan dipaparkan.
Rajah 16
iii. Klik Ya untuk membatalkan tempahan. Skrin seperti Rajah 17 akan
dipaparkan.
Rajah 17
iv. Klik ikon untuk melihat paparan terkini selepas membatalkan
permohonan. Skrin seperti Rajah 18 akan dipaparkan.
Rajah 18
v. Permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan oleh pemohon.
Pemohon perlu menghubungi pegawai yang bertanggungjawab untuk
membatalkan permohonan tersebut. Sekiranya pemohon cuba
membatalkan permohonan yang telah diluluskan, popup mesej seperti
Rajah 19 akan dipaparkan.
Rajah 19
5.0 PROFIL
Rajah 20
i. Untuk mengemaskini profil atau menukar katalaluan, klik pada menu Profil
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 20. Skrin seperti Rajah 21 akan
dipaparkan.
Rajah 21
ii. Kemaskini maklumat (jika perlu) dan klik button Simpan.
iii. Untuk tukar katalaluan, klik pada pautan Tukar Katalaluan seperti yang
dibulatkan dalam rajah 21. Skrin seperti Rajah 22 akan dipaparkan.
Rajah 22
iv. Masukkan katalaluan baru dan klik button Simpan.
6.0 LOG KELUAR
Klik ikon , untuk log keluar dari sistem.