manual rmr1m. - rmr.spnbonline.com.myrmr.spnbonline.com.my/user_manualfull.pdf · layari laman web...
TRANSCRIPT
1
RMR1M Online
Sistem Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia
Manual Pengguna
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD [ Milik Menteri Kewangan ( Diperbadankan ) ] (444205-M)
RMR 1M Onl i ne
Manual Pengguna
Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M) Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur Telefon 603-2618 5555 • Fax 603-2681 0170
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
2
Isi Kandungan Pengenalan ....................................................................................... 3
1.1 Latar Belakang .......................................................................... 3
1.2 Objektif Sistem .......................................................................... 4
1.3 Perbandingan Prosedur Semasa Dengan RMR1M Online ....... 4
1.2 Carta Alir Proses Permohonan RMR1M Online ......................... 5
Penggunaan Sistem ......................................................................... 7
2.1 Login Masuk .............................................................................. 7
2.2 Halaman Utama ........................................................................ 9
Operasi Utama (Borang Keluar) .................................................... 10 3.1 Cetak Borang RMR1M ............................................................ 10
3.2 Status Cetakan Borang ........................................................... 12
3.3 Memohon Kuota Tambahan Borang ....................................... 13
3.4 Senarai Borang Dicetak .......................................................... 14
Operasi Utama (Daftar Permohonan) ........................................... 15
4.1 Daftar Permohonan RMR1M ................................................... 15
4.2 Pengesahan Pendaftaran Permohonan (Oleh YB) ................. 22
4.2 Status Pendaftaran Borang ..................................................... 24
4.2 Senarai Pemohon .................................................................... 25
Fungsi Tambahan Sistem .............................................................. 26
5.1 Carian Status Permohonan ..................................................... 26
5.2 Mesej Dalaman Sistem ........................................................... 28
Modul Muat Naik Dokumen (Oleh Pemohon) ............................... 29 6.1 Log Masuk (Pemohon) ............................................................ 29
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
3
Pengenalan
1.1 Latar Belakang Sistem RMR1M Online diwujudkan bertujuan untuk memudahkan dan
mempercepatkan proses permohonan RMR1M oleh orang awam di seluruh negara.
Dengan sistem ini, orang awam tidak perlu mendapatkan borang RMR1M di SPNB
melalui Wakil Rakyat. Sebaliknya mereka boleh mendapatkan terus borang
permohonan tersebut di Pejabat Wakil Rakyat masing-masing secara online.
Setiap Wakil Rakyat akan diberi nama login dan kata laluan untuk mengakses
RMR1M online dan mencetak borang tersebut serta mengisi data permohonan ke
sistem tersebut. Maklumat tersebut akan terus disalurkan kepada sistem data SPNB
untuk diproses dan status permohonan mereka akan dimasukkan ke dalam RMR1M
online untuk disemak oleh pemohon di Pejabat Wakil Rakyat tersebut.
Bahagian
1
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
4
1.2 Objektif Sistem
Memudahkan orang awam membuat permohonan RMR1M
Mempercepatkan proses penilaian
Menangani aduan pemohon berkenaan status permohonan
Meminimakan proses permohonan borang secara konvensional
Status permohonan akan dimaklumkan kepada Wakil Rakyat menerusi sms dan
email.
Status permohonan boleh disemak melalui pejabat Wakil Rakyat.
Mengeratkan hubungan di antara orang awam dan Wakil rakyat.
1.3 Perbandingan Prosedur Semasa Dengan RMR1M Online
PERKARA PROSEDUR SEMASA RMR1M ONLINE
PENGEDARAN BORANG
Permintaan daripada Wakil Rakyat / Orang Awam (melalui Wakil Rakyat) Pengedaran Mengunakan Pos kepada Pejabat Wakil Rakyat atau secara Serahan Tangan
Permintaan dan Percetakan Secara Online.
PENDAFTARAN PERMOHONAN
Semakan Permohonan serta Pengisian Data dilaksanakan oleh SPNB
95% secara Sistem Online. Data disimpan melalui pejabat Wakil Rakyat dan disalurkan ke Pejabat SPNB.
STATUS PERMOHONAN
Melalui surat Melalui telefon
Status boleh disemak melalui Sistem Online di Pejabat Wakil Rakyat.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Melalui surat
Status kelulusan/penolakan diketahui oleh Wakil Rakyat melalui sistem online RMR1M, khidmat pesanan ringkas (sms) dan email.
PELANTIKAN KONTRAKTOR
Dimaklumkan kepada pemohon sahaja
Wakil Rakyat akan dimaklumkan melalui sistem online RMR1M, khidmat Pesanan ringkas (sms) dan email sekiranya pelantikan kontraktor dibuat dan rumah siap dibina.
STATUS PEMBINAAN
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
5
1.2 Carta Alir Proses Permohonan RMR1M Online
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
6
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
7
Penggunaan Sistem
2.1 Login Masuk Layari laman web http://rmr.spnbonline.com.my
Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan yang diberikan oleh pihak SPNB.
Bahagian
2
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
8
Untuk login buat kali pertama, sistem akan memohon untuk memasukkan
beberapa maklumat berikut:-
1- Alamat Email (untuk pemberitahuan dan pengesahan) 2- Nombor Telefon Bimbit (untuk pemberitahuan dan pengesahan) 3- Kata Laluan Login (untuk kegunaan Pejabat Wakil Rakyat) 4- Kata Laluan Sokongan Wakil Rakyat (khas untuk pengesahan sokongan YB)
Klik butang ‘Log Masuk’ setelah mengisi maklumat di atas untuk masuk ke laman utama sistem
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
9
2.2 Halaman Utama
Halaman utama terdiri daripada empat bahagian utama :-
Maklumat pengguna sistem (Nama, Jawatan, ADUN/Parlimen)
Menu Utama :-
1) Utama – Untuk kembali ke halaman utama
2) Borang Keluar – Untuk ke modul Status Borang, Mohon Tambahan
Kuota, Cetak Borang dan Senarai Borang
3) Daftar Permohonan – Untuk ke modul Status Permohonan, Daftar
Permohonan dan Senarai Pemohon
4) Status Permohonan – Untuk carian status permohonan RMR
5) Bantuan – Untuk modul bantuan atas talian
6) Log Keluar – Untuk Log keluar dari sistem
Ruangan Mesej (Klik bilangan mesej untuk ke modul mesej)
Ruangan Utama
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
10
Operasi Utama (Borang Keluar)
3.1 Cetak Borang RMR1M
Isikan nama dan kad pengenalan penerima borang (Penerima borang tidak
semestinya pemohon RMR). Ini bagi membolehkan pihak Wakil Rakyat menjejak
rekod penerima borang RMR1M.
Bahagian
3
Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Cetak Borang
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
11
Klik butang “Cetak Borang” dan tekan “OK” pada pertanyaan pengesahan
sistem.
Borang RMR1M seperti dibawah akan dijana.
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
12
Cetak Borang tersebut dan serahkan kepada pemohon untuk diisi.
3.2 Status Cetakan Borang
Keterangan Deskripsi KUOTA BORANG
Jumlah kuota yang diberi kepada Wakil Rakyat
BORANG DICETAK Jumlah borang yang telah dicetak oleh Wakil Rakyat BAKI KUOTA BORANG (Kuota Borang) – (Borang Dicetak) BORANG DIDAFTAR DI SPNB
Jumlah Borang pemohon yang telah dimasukkan maklumatnya ke dalam sistem serta disahkan Wakil Rakyat
Untuk Perhatian
Setiap borang RMR1M yang dicetak mempunyai nombor siri unik yang dijana secara
otomatik oleh sistem. Setiap wakil rakyat juga mempunyai bilangan kuota yang
ditetapkan untuk cetakan Borang ini. Oleh itu, pengguna sistem dinasihatkan untuk
berhati-hati semasa mencetak borang bagi mengelakkan pembaziran kuota.
Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Status Borang
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
13
3.3 Memohon Kuota Tambahan Borang Pada ruangan Status Borang Keluar (3.2), klik pada pautan “MOHON
TAMBAHAN KUOTA”
Masukkan bilangan kuota tambahan yang diminta dan ‘Kata Laluan Sokongan
Wakil Rakyat’ sebagai pengesahan.
Klik “Hantar”
Sekiranya berjaya, status permohonan akan dipaparkan di bawah ruangan
‘Status Borang Keluar’
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
14
3.4 Senarai Borang Dicetak
Jadual di atas menyenaraikan semua borang yang telah dicetak dan penerima
yang didaftarkan.
Untuk membuat carian borang, taipkan nombor borang atau nama penerima,
ataupun nombor kad pengenalan penerima pada ruang “Cari Borang”.
Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Senarai Borang
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
15
Operasi Utama (Daftar Permohonan)
4.1 Daftar Permohonan RMR1M
Pilih dan klik “Nombor borang” untuk didaftarkan. Untuk carian borang, taipkan nombor borang atau nama penerima borang ataupun nombor IC penerima borang di ruangan “Cari No. Borang”
Borang RMR1M Online akan dijana.
Bahagian
4 Pada Menu Utama sistem, klik Daftar Pemohon > Daftar
Permohonan
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
16
Isi dan lengkapkan Borang Permohonan RMR berdasarkan borang RMR (salinan kertas) yang dibawa pemohon
Borang permohonan RMR1M ini mempunyai beberapa bahagian seperti berikut:-
a) Butir-butir pemohon
Untuk Perhatian
Semasa mengisi borang RMR, pengguna sistem boleh kembali ke bahagian-bahagian
sebelumnya untuk meminda data. Untuk itu, pengguna dilarang menekan butang
“Back” browser, sebaliknya menekan butang “Sebelumnya” atau “Selepasnya” yang
disediakan di dasar borang.
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
17
b) Butir-butir pasangan pemohon
c) Butir-butir tanggungan pemohon
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
18
d) Butir-butir pemohon bersama (Untuk pemohon melebihi umur 35 tahun)
e) Butir-butir hakmilik tanah / tapak
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
19
f) Maklumat tuan punya tanah
g) Butir-butir 2 orang wakil terdekat yang boleh dihubungi
h) Pilihan model rumah RMR (Sila pilih mengikut turutan rumah yang digemari
antara 1 hingga 8)
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
20
i) Pilihan Muat Naik Dokumen Pemohon
Terdapat 3 pilihan muat naik dokumen pemohon 1) Muat Naik di Pejabat Wakil Rakyat
Pejabat Wakil Rakyat akan membantu scan dokumen dan memuat naik
ke dalam sistem.
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
21
2) Pemohon muat naik sendiri Pemohon akan diberikan login dan kata laluan untuk masuk ke dalam
sistem. Pemohon boleh scan dan muat naik dokumen di rumah. Sila rujuk
Bahagian (6)
3) Hantar Dokumen Secara Manual Pemohon menghantar semua borang secara manual (POS dan
sebagainya)
Terdapat 3 jenis dokumen pemohon yang wajib dihantar (secara manual) kepada SPNB walaupun muat naik dokumen secara online telah dibuat.
1) Sijil Asal Carian Rasmi Pejabat Tanah 2) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah 3) Surat aku janji pemohon
Setelah pendaftaran selesai, resit pendaftaran permohonan akan dijana.
Resit ini boleh dicetak di atas kepala surat rasmi Pejabat Wakil Rakyat dan diserahkan kepada pemohon sebagai rujukan.
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
22
4.2 Pengesahan Pendaftaran Permohonan (Oleh YB)
Apabila selesai pendaftaran borang RMR1M, Wakil Rakyat berkenaan akan menerima makluman di dalam email dan SMS.
Terdapat dua cara untuk mengesahkan pendaftaran RMR1M 1) Melalui SMS
Wakil rakyat akan menerima SMS seperti berikut:-
“Dari RMR ONLINE- <Nama Wakil Rakyat>, Terdapat satu pendaftaran permohonan Rumah Mesra Rakyat untuk <NamaPemohon> menunggu pengesahan. Sila rujuk RMR Online atau taip <sokong>jarak<No Siri> dan balas SMS ini untuk pengesahan”
Wakil Rakyat balas semula SMS tersebut dengan menaip
<sokong>jarak<No Siri>
Sekiranya berjaya, sistem akan membalas :-
“RMR Online- Permohonan RMR untuk <Nama Pemohon> berjaya disahkan! Terima Kasih”
2) Melalui RMR1M Online
Wakil Rakyat log masuk ke sistem RMR1M Online Pada Menu Utama, klik Daftar Pemohon > Senarai Pemohon
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
23
Pilih pemohon yang perlu disahkan permohonannya dan klik “Pengesahan YB” di bawah kolum “Tindakan”.
Pada ruangan pengesahan di atas sila masukkan Kata Laluan Sokongan Wakil Rakyat dan klik sahkan.
Sistem akan memaklumkan sekiranya proses pengesahan berjaya.
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
24
4.2 Status Pendaftaran Borang
Status Pendaftaran Borang akan di paparkan
Keterangan Deskripsi BORANG DITERIMA
Jumlah Borang pemohon yang telah dimasukkan maklumatnya ke dalam sistem serta disahkan Wakil Rakyat
PERMOHONAN DIPROSES Jumlah permohonan yang sedang dalam proses semakan di pejabat SPNB
DILULUSKAN Jumlah permohonan yang berjaya diluluskan
TIDAK DILULUSKAN Jumlah permohonan yang gagal
Pada Menu Utama sistem, klik Daftar Pemohon > Status Permohonan
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
25
4.2 Senarai Pemohon
Status Pemohon yang telah atau sedang didaftarkan akan di paparkan
Untuk carian pemohon, masukkan nombor borang atau nama pemohon, ataupun nombor IC pemohon di dalam ruangan “Cari No. Borang / IC”
Berikut adalah senarai status pemohon:-
Status Keterangan KEY-IN DATA
Permohonan sedang di masukkan ke dalam sistem dan belum selesai
MUAT NAIK DOKUMEN (PEMOHON)
Permohonan dalam proses muat naik dokumen oleh pemohon sendiri
BANTU MUAT NAIK DOKUMEN
Permohonan dalam proses muat naik dokumen oleh Pejabat WakilRakyat
PILIH RUMAH Permohonan telah sampai di bahagian pemilihan model rumah RMR1M
PENGESAHAN Permohonan sedang menunggu pengesahan dari Wakil Rakyat
DIHANTAR Pendaftaran permohonan telapun selesai dan telah disahkan oleh wakil rakyat. Permohonan ini telah dihantar ke pejabat SPNB untukproses selanjutnya
Pada Menu Utama sistem, klik Daftar Pemohon > Senarai Pemohon
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
26
Fungsi Tambahan Sistem
5.1 Carian Status Permohonan
Melalui Carian Status Permohonan, pengguna sistem berupaya untuk mendapatkan senarai permohonan RMR1M yang dibuat di pejabat Wakil Rakyat yang berkenaan.
Masukkan kriteria pencarian di dalam pilihan carian dan tekan butang “Cari”.
Bahagian
5 Pada Menu Utama sistem, klik Status Permohonan
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
27
Untuk melihat butiran permohonan, klik pada nama pemohon.
Berikut adalah status permohonan dan keterangannya
Status Keterangan PRA PENDAFTARAN (Menunggu pengesahan YB)
Permohonan telah selesai di masukkan ke dalam sistem tetapi belum disahkan oleh YB
PENDAFTARAN DIHANTAR Permohonan telah selesai di masukkan ke dalam sistem dan telah disahkan oleh YB
SEDANG DIPROSES Permohonan sedang diproses di Pejabat SPNB
TELAH DILULUSKAN Permohonan telah berjaya diluluskan. (SMS/EMAIL kepada YB di keluarkan)
DITOLAK Permohonan gagal. (SMS/EMAIL kepada YB dikeluarkan)
KONTRAKTOR DIPILIH Kontraktor untuk pembinaan rumah pemohon telah pun dipilih. (SMS/EMAIL kepada YB dikeluarkan)
RUMAH SIAP-Serah Kunci Rumah pemohon telah pun siap dan kunci diserahkan
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
28
5.2 Mesej Dalaman Sistem
Ruangan mesej sistem ini memaparkan terus mesej dan kandungannya dalam satu senarai.
Tekan “View” dibawah kolum “Pautan” untuk melihat pautan mesej. (Contoh: pautan pengesahan permohonan)
Untuk memadam mesej, pilih mesej yang hendak dipadam dengan menanda
kotak “Tindakan” dan tekan butang “Delete” Untuk menanda mesej telah dibaca, pilih mesej tersebut dan tekan butang “Telah
Baca”
Pada Menu Utama sistem, terdapat ruangan mesej sistem. Untuk melihat mesej, klik pada “bilangan” mesej yang di papar
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
29
Modul Muat Naik Dokumen (Oleh Pemohon)
6.1 Log Masuk (Pemohon)
Sekiranya “Hantar Dokumen Online ( Pemohon Muat Naik Sendiri)” dipilih semasa pendaftaran permohonan RMR1M (lihat bahagian 4.1), pemohon perlulah log masuk ke dalam sistem RMR1M online.
Layari http://rmr.spnbonline.com.my/pemohon
Bahagian
6
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
30
Masukkan “ID Pengguna” dan “Kata Laluan” yang diberikan oleh pejabat Wakil
Rakyat (Di dalam resit pendaftaran permohonan RMR1M).
Borang muat naik dokumen akan dipaparkan
Pastikan semua dokumen yang hendak dimuat naik telah diimbas (scan) dan boleh dicapai dari komputer pemohon.
Pilih jenis dokumen yang hendak dimuat naik dan klik “Browse” untuk memilih dokumen dari komputer pemohon.
Tekan “Simpan” untuk memuat naik dokumen tersebut. Ulangi langkah di atas sehingga muat naik selesai. Dokumen yang telah dimuat naik akan di paparkan di dalam jadual dokumen. Untuk memadam dokumen tersebut, klik “Padam” pada kolum “Tindakan”
R M R 1 M O N L I N E M A N U A L P E N G G U N A
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
31
Terdapat senarai semak dokumen di bahagian bawah borang untuk rujukan
pemohon semasa memuat naik dokumen
Pemohon boleh Log keluar dari sistem pada bila-bila masa dengan menekan pautan “LOG KELUAR”
Pemohon boleh log masuk semula ke sistem untuk menyambung muat naik dokumen dengan ID Pengguna dan Kata laluan yang sama.
Sekiranya muat naik dokumen telah selesai, klik pada pautan “SELESAI
PEDAFTARAN”
Untuk Perhatian
Terdapat 3 jenis dokumen pemohon yang wajib dihantar (secara manual) kepada SPNB walaupun muat naik dokumen secara online telah dibuat.
1) Sijil Asal Carian Rasmi Pejabat Tanah 2) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah 3) Surat Aku Janji Pemohon