manual sistem ipta spm
TRANSCRIPT
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
1/16
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
2/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
2 | M u k a s u r a t
1. LAMAN UTAMA PILIHAN JENIS PERMOHONAN DAN PROGRAM
PENGAJIAN
1.1. Pada ruangan Jenis Permohonan, pemohon perlu memilih ‘Kemasukan Ke IPTA/Politeknik
Premier’. Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat
lanjut mengenai Jenis Permohonan.
1.2. Seterusnya pada ruangan Program Pengajian, pemohon perlu menentukan dan
memilih‘Program Pengajian’ samada ‘Lepasan STPM/Setaraf’ atau ‘Lepasan SPM/Setaraf’.
Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat lanjut
mengenai Program Pengajian yang ditawarkan.
1.3. Sila klik butang ‘Masuk’ untuk ke laman berikutnya.
PERINGATAN !!!
Sila pastikan komputer yang anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader bagi tujuan
mencetak Slip Permohonan. Jika tiada perisian ini, sila layari laman web
http://get.adobe.com/reader dan instalasi perisian tersebut sebelum mengemukakan
permohonan.
Pemohon dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan.
Pemohon dikehendaki menyelesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan
permohonan untuk calon lain.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
3/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
3 | M u k a s u r a t
2. LAMAN PANDUAN PERMOHONAN
2.1. Pemohon diWAJIBkan untuk membaca Panduan Permohonan bagi mengetahui tatacara
permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas
Mengemukakan Permohonan.
2.2. Pemohon boleh kembali semula ke Laman Utama dengan mengklik ‘Laman Utama’ pada
Menu.
2.3. Untuk meneruskan permohonan, sila klik ‘Permohonan’ pada Sistem.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
4/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
4 | M u k a s u r a t
3. BORANG DAFTAR PERMOHONAN
3.1. Pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKAD’ sebenar tanpa tanda ‘-‘. Pastikan
No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah BETUL mengikut kad pengenalan anda.
Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda. Contoh: 123456789101.
3.2. Bagi Lepasan SPM/Setaraf , pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKAD’ semasa
pendaftaran peperiksaan juga tanpa tanda ‘-‘. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad
Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad
Pengenalan sebenar.
3.3. Pemohon wajib mengisi ‘No.Unik ID’. Nombor ini boleh dibeli di mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai nombor pin keselamatan untuk mengisi borang
permohonan ini.
3.4. Pemohon wajib mengisi ‘Kata Laluan’. Kata laluan mestilah terdiri daripada gabungan
nombor dan huruf atau angka dan huruf di antara 6-8 aksara. Contoh:
abc123/123abc/a123b .
3.5. Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang
telah dimasukkan di atas.
3.6. Pemohon wajib mengisi ‘Nama Ibu’. Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
5/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
5 | M u k a s u r a t
3.7. Pemohon diwajibkan memilih kategori yang betul. Untuk makluman, sila rujuk ‘[Info
Kategori]’.
3.8. Pemohon wajib mengisi ’Kod Keselamatan’. Pastikan kod yang dimasukkan sama seperti
yang tertera. Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik butang Refresh
pada browser anda.
3.9. Untuk meneruskan permohonan, sila klik butang ‘Seterusnya’.
3.1. Pop-up Mesej berikut akan dipaparkan tujuan PERINGATAN. Klik ‘OK’.
3.2. Sekiranya pemohon SALAH memilih Kategori, mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon
perlu klik butang ‘KEMBALI’ untuk membuat permohonan semula.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
6/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
6 | M u k a s u r a t
4. BORANG MAKLUMAT PERIBADI
4.1. ‘No Kad Pengenalan/MyKAD’ adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran
sistem.
4.2. ‘No Kad Pengenalan/MyKAD (semasa pendaftaran peperiksaan)’ adalah maklumat
yang dimasukkan semasa pendaftaran peperiksaan. Maklumat ini penting sekiranya No.
Kad Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No
Kad Pengenalan sebenar.
4.3. Pemohon wajib mengisi ‘No Kad Pengenalan/ MyKAD Bapa & Ibu’ tanpa tanda ‘-‘.
Contoh: 123456789101.
4.4. Pemohon wajib mengisi ruangan ‘Nama’ sama seperti yang tertera pada No Kad
Pengenalan/ MyKad. Pastikan nama yang dimasukkan tepat. (Bagi Kategori C & D sahaja)
4.5. Pemohon wajib mengisi ‘Tarikh Lahir’. Klik pada ikon . Pop-up kalendar seperti rajah
di bawah akan terpapar. Sila pastikan tarikh yang dipilih tepat. (Bagi Kategori C & D sahaja)
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
7/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
7 | M u k a s u r a t
4.6. Pemohon wajib mengisi ’Tempat Lahir’. Pilih maklumat negeri kelahiran dari senarai yang
disediakan.
4.7. Pemohon wajib mengisi ’Alamat Surat Menyurat’. Sila pastikan alamat anda adalah betul.
Sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda gagal dihubungi.
4.8. Pemohon wajib mengisi ‘Bandar’.
4.9. Pemohon wajib mengisi ‘Poskod’. Sila pastikan hanya nombor sahaja yang dimasukkan.
4.10. Pemohon perlu mengisi ‘Telefon Rumah’ ATAU ‘Telefon Bimbit’. Pemohon wajib mengisi
salah satu atau kedua-dua nombor telefon. Sebarang kesilapan semasa mengisi
maklumat ini akan menyebabkan pemohon gagal dihubungi.
4.11. Pemohon wajib mengisi ‘Emel’. Pastikan alamat emel yang dimasukkan mengikut format.
4.12. Pemohon wajib mengisi ‘Taraf Perkahwinan’. Pilih maklumat perkahwinan dari
senarai yang disediakan.
4.13. Pemohon wajib mengisi maklumat ‘Kecacatan’.
a. Adakah anda cacat? Wajib pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
b. Jika ’Ya’, Sila pilih dari senarai yang disediakan. Seperti rajah dibawah.
c. Jika ‘Cacat Lain’, sila isikan ruangan yang disediakan.
d. No. Pendaftaran OKU (jika ada).
e. Keterangan Cacat. Sila klik ’Contoh’ sebagai panduan.
4.14 Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
8/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
8 | M u k a s u r a t
5. BORANG MAKLUMAT PEKERJAAN DAN KELUARGA
5.1. Pemohon wajib mengisi ‘Status Pekerjaan’.
a. Bapa/Penjaga - Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang
disediakan.b. Ibu - Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.
c. Pemohon - Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.
5.2. Pemohon perlu mengisi ‘Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon’. Sila pilih dari senarai
yang disediakan.
5.3. Pemohon wajib mengisi ‘Pendapatan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
5.4. Pemohon wajib mengisi ‘Tanggungan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
5.5. Pemohon wajib mengisi ‘Tempat Tinggal’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
5.6. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.
Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh klik pada tab Peribadi > seperti yang
tertera.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
9/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
9 | M u k a s u r a t
6. BORANG MAKLUMAT AKADEMIK (SPM)
6.1. Pemohon wajib mengisi ‘Kelayakan Pemohon’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
6.2. Pemohon wajib mengisi ‘Jenis Sekolah. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
6.3. Pemohon perlu mengisi ‘Kod Sekolah’. Sila masukkan kod sekolah jika ada.
6.4. Bagi Lepasan SPM, pemohon wajib mengisi ‘Angka Gilir SPM’. Bagi Lepasan SKM,
pemohon hanya perlu mengisi ‘Angka Gilir SPM’ jika ada.
6.5. Bagi Lepasan SPM Kategori D, pemohon wajib mengisi ‘Peperiksaan SPM (Sijil
Penuh)’. Pemohon wajib mengisi ‘Tahun ‘ dan Angka Giliran’.
6.6. Bagi Lepasan SPM Kategori D, pemohon wajib mengisi ‘Peperiksaan SPM (Sijil
Ulangan)’. Pemohon wajib mengisi ‘Tahun ‘ dan Angka Giliran’.
6.7. Bagi Pemohon Kategori C & D hanya perlu mengisi maklumat keputusan Periksaan SPM.
6.8. Bagi Pemohon Kategori B & C hanya perlu mengisi ‘English GCE O Level’ jika ada. Sila
pilih dari senarai yang disediakan.
6.9. Pemohon Pemohon Kategori B & C hanya perlu mengisi ‘BM Julai’ jika ada. Sila pilih
dari senarai yang disediakan.
6.10. Pemohon Pemohon Kategori B & C hanya perlu mengisi ‘Matematik Julai’ jika ada.
Sila pilih dari senarai yang disediakan.
6.11. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.
Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >
Pekerjaan & Keluarga > seperti yang tertera.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
10/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
10 | M u k a s u r a t
7. PILIHAN PEMOHON UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL/ METrO &
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
7.1. Pemohon perlu menjawab soalan ‘Adakah anda BERMINAT untuk mengemukakan ke
Politeknik Konvensional /METrO & Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA)?’. Pilih samada
‘Ya, Saya Berminat’ atau
‘Tidak Berminat’. Sekiranya pilih
‘Ya, Saya Berminat’ dan klikbutang ‘Simpan & Seterusnya’.
Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >
Pekerjaan & Keluarga > seperti yang tertera.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
11/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
11 | M u k a s u r a t
8. BORANG PILIHAN PROGRAM
8.1. Pemohon WAJIB mengisi ‘Pilihan Bidang Mengikut Keutamaan’. Sila pilih dari senarai
yang disediakan.
i. Bidang 1 – WAJIB diisi.
ii. Bidang 2 – WAJIB diisi.
iii. Bidang 3 – WAJIB diisi.
8.2. Pemohon WAJIB mengisi ‘Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
IPTA/Politeknik Premier’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
i. Pilihan 1 – WAJIB diisi.
ii. Pilihan 2 – WAJIB diisi.
iii. Pilihan 3 – WAJIB diisi.
iv. Pilihan 4 – WAJIB diisi.
v. Pilihan 5 – WAJIB diisi.
vi. Pilihan 6 – WAJIB diisi.
vii. Pilihan 7 – WAJIB diisi.
viii. Pilihan 8 – WAJIB diisi.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
12/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
12 | M u k a s u r a t
8.3. Pemohon WAJIB mengisi ‘Pilihan Zon Bagi Menghadiri Temuduga (Jika memilih programpengajian BERTEMUDUGA (yang bertanda ‘#’ pada nama program)). Sila pilih dari senaraiyang disediakan.
8.4. Pemohon WAJIB mengisi ‘Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain pilihan-pilihan anda diatas?’. Sila nyatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
8.5. Pemohon WAJIB mengisi ‘Pilihan Program mengikut Keutamaan Kemasukan ke PoliteknikKonvensional /METrO & Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Sila pilih dari senarai yangdisediakan.
i. Pilihan 1 – WAJIB diisi.
ii. Pilihan 2 – WAJIB diisi.
iii. Pilihan 3 – WAJIB diisi.
iv. Pilihan 4.
v. Pilihan 5.
8.6. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.
Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >
Pekerjaan & Keluarga > Akademik > seperti yang tertera.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
13/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
13 | M u k a s u r a t
9. BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN (LAIN-LAIN)
9.1. Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan
maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas(SMS)?’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
9.2. Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan
Pinjaman(WPP) PTPTN?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau Tidak’.
9.3. Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda mengemukakan permohonan ke agensi lain selain
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
9.4. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.
Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >Pekerjaan & Keluarga > Akademik > Pilihan Program > seperti yang tertera.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
14/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
14 | M u k a s u r a t
10. LAMAN PENGESAHAN PERMOHONAN
10.1. Anda diwajibkan menyemak semula semua maklumat yang telah diisi. Sekiranya terdapat
sebarang perubahan sila klik pada tab bahagian yang diperlukan untuk mengemaskini
maklumat sebelum pengesahan dibuat. Pastikan maklumat yang diisi adalah TEPAT dan
BETUL.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
15/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
15 | M u k a s u r a t
10.2. Pemohon wajib membaca dan wajib klik pada ruangan ‘Peringatan & Perakuan
Pemohon’.
10.3. Pastikan anda klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk memastikan maklumat anda telah
selamat diterima oleh sistem.
-
8/18/2019 Manual Sistem IPTA SPM
16/16
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTALepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016
16 | M u k a s u r a t
11. LAMAN SLIP PERMOHONAN
11.1. Pastikan anda mencetak Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan.
11.2. Bagi memastikan maklumat permohonan anda telah diterima oleh sistem, sila buat
semakan dari menu SEMAKAN.
11.3. Selepas mengemukakan permohonan, tiada had ditetapkan bagi pengemaskinian
m a k l u m a t permohonan sehingga tarikh tutup permohonan.
11.4. Selepas selesai permohonan dibuat, skrin seperti dibawah akan dipaparkan.
Contoh Slip Permohonan