maraini sariman

Upload: mardi-umar

Post on 03-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    1/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    TUGASAN 1

    Pensyarah:

    Encik Khairi Bin Ariffin

    Nama : Maraini Binti Sariman

    No.Matriks : D20031016183

    Program : Pendidikan Sekolah Rendah (AT 34)

    Kumpulan : A

    Semester : 7 (2006)

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    2/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    SOALAN: 2

    Berdasarkan pemahaman anda terhadap tujuan dan perlaksanaan subjek

    Kajian Tempatan di Sekolah Rendah, tulis satu esei bagaimana mata

    pelajaran berkenaan dapat membentuk, merangsang serta memupuk

    semangat patriotisme bagi murid-murid di peringkat sekolah rendah.

    Kajian Tempatan adalah mata pelajaran yang merangkumi pelbagai aspek sama

    ada yang melibatkan interaksi manusia dengan manusia, manusia dengan alam

    sekeliling mahupun yang melibatkan negara dan arena antarabangsa. Kurikulum

    Kajian Tempatan yang tergolong dalam bidang kemanusiaan dan

    kemasyarakatan bertujuan untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu

    padu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh,

    mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera serta bersemangat

    patriotik ( Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR, 2003 ). Mata pelajaran ini

    juga adalah mata pelajaran multi disiplin ilmu dan dimensional yang mana ianya

    mampu menggarap secara utuh mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Sains

    Kemasyarakatan di peringkat tertinggi. Selain daripada mendukung ilmu yang

    membicarakan tentang hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia

    dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam sekeliling, ia juga

    mampu membuatkan murid-murid lebih responsif terhadap subjek-subjek lain

    seperti bahasa, Sains, Matematik, Muzik, Seni, Pendidikan Moral, Agama dan

    sebagainya.

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    3/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    Sejak pengenalan Kajian Tempatan ini di dunia pendidikan sememangnya

    banyak memberi implikasi positif dalam mengenal dan mengetahui sesuatu yang

    berkaitan dengan kehidupan sekeliling. Sebelum ini, di peringkat sekolah

    diperkenalkan kesedaran sivik sebagai pendekatan yang melibatkan pendidikan

    kewarganegaraan di negara kita. Mata pelajaran Sivik ini diperkenalkan dari

    darjah 4 hingga 5 yang bertujuan untuk memupuk dan menyuburkan semangat

    cintakan negara, mampu memahami masalah yang di hadapi oleh masyarakat,

    berdikari, bertolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

    Setelah itu, pelbagai unsur patriotik yang diserapkan dalam mata pelajaran lain

    seperti Sejarah namun, di sekolah rendah mata pelajaran Sejarah bukan

    merupakan mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum. Justeru itu,

    pengenalan mata pelajaran Kajian Tempatan di Tahap Dua ( Tahun 4 hingga 6)

    memenuhi keperluan murid dalam memahami, memupuk dan membentuk unsur

    patriotisme dalam diri seseorang sebagai asas kehidupan. Dalam Kajian

    Tempatan Tahun 4 memperkenalkan Topik 1 hingga 4 yang merangkumi rumah

    dan keluarga, kejiranan, sekolah kita dan perihal setempat Topik 5 hingga 8

    ialah mengenal negara kita, keindahan negara kita, sejarah negara kita dan

    masyarakat Malaysia. Manakala Topik 9 hingga 12 yang berkaitan dengan

    negara kita iaitu sumber negara, ekonomi negara, pembinaan bangsa dan

    negara, kejayaan dan kebanggaan negara.

    Dari segi definisi, perkataan Patriotisme berasal daripada bahasa Greek

    iaitu Patriots yang bermaksud fellow countrymen iaitu rakan senegara dan

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    4/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    Patrice ( daripada peter iaitu father ) yang bermaksud fatherlandatau country

    iaitu tanah air atau negara. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

    (2005), Patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Mata

    pelajaran Kajian Tempatan adalah pendukung utama dalam usaha pemupukan

    semangat patriotik di sekolah rendah. Hal ini dapat dilihat melalui isi kandungan

    Sukatan Pelajaran itu sendiri misalnya, dalam Sejarah Negara Kita terkandung

    pelbagai aspek-aspek yang membantu untuk memupuk semangat patriotisme di

    kalangan murid sekolah rendah seperti pengajaran dan pembelajaran yang

    berkaitan dengan kewarganegaraan ( Buku Teks m/s 87-90 ) zaman penjajahan,

    kemerdekaan dan penubuhan Malaysia, warisan sejarah dan pembinaan bangsa

    dan negara. Semua aspek ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa mata

    pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah mampu untuk melahirkan generasi

    yang cintakan negara sekaligus penerapan unsur patriotisme di kalangan murid-

    murid adalah tinggi.

    Seterusnya, mata pelajaran ini dapat membentuk, merangsang serta

    memupuk semangat patriotisme bagi murid-murid di peringkat sekolah rendah

    melalui pelbagai unsur. Hal ini kerana, matlamat pemupukan patriotisme adalah

    untuk membentuk warganegara yang bersemangat dan berkeperibadian

    Malaysia. Buktinya, murid dapat mengenal diri dan mencintai warisan bangsa

    dan negara, mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa

    dan negara, Selain daripada itu, bersemangat kekitaan, berdisiplin, hidup

    bermasyarakat dan harmonis, memahami dan menghargai usaha-usaha negara

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    5/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    dalam pembangunan dan kemajuan. Dalam memupuk pembentukkan semangat

    patriotisme di kalangan murid-murid di sekolah rendah, guru perlu menyediakan

    aktiviti yang bersesuaian dengan matlamat sebenar. Misalnya, berasakan aktiviti

    berkumpulan seperti simulasi, kerja projek, permainan, perbincangan, lakonan,

    drama dan lawatan yang mana guru perlu menyelitkan unsur-unsur tertentu

    untuk menerapkan unsur patriotisme.

    Unsur Patriotisme diterapkan secara berperingkat-peringkat dari murid

    mula mengenal dan mengesan peranan dan tanggungjawab kepada diri,

    keluarga, sekolah dan masyarakat hinggalah ke peringkat murid menyedari dan

    menghayati peranan dan tanggungjawab kepada negara. Kesedaran ini dipupuk

    supaya murid menanam rasa ingin berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang

    positif yang boleh membantu keluarga, masyarakat dan negara. Mata pelajaran

    ini dapat membentuk, memupuk dan merangsang pembentukan patriotisme

    melalui pendedahan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kajian

    Tempatan yang mana ianya merentas daripada aspek dirinya sendiri

    sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan ini memupuk nilai

    patriotik dari tahap mikro dan mengembangkannya ke peringkat makro sebagai

    satu kekuatan untuk membina individu dan bangsa Malaysia.

    Mata pelajaran Kajian Tempatan adalah pendukung utama pemupukan

    semangat patriotik di sekolah rendah. Dalam pengajaran dan pembelajaran,

    penekanan perlu dibuat supaya murid dapat menyayangi keluarga, jiran dan

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    6/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    persekitaran sekaligus menghormati masyarakat, patuh kepada pemimpin, taat

    kepada raja dan sentiasa mendaulatkan undang-undang. Pendekatan yang

    sesuai khususnya pembelajaran koperatif dan inkuiri penemuan amat

    dititikberatkan dalam memupuk semangat patriotosme di kalangan murid-murid.

    Pengalaman pembelajaran ini sedikit sebanyak akan membentuk murid yang

    setia kepada negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia ( Huraian Sukatan

    Pelajaran Kajian Tempatan KBSR 2004 ).

    Selain daripada itu, melalui topik yang diperkenalkan dalam mata

    pelajaran Kajian Tempatan misalnya Topik 9 Sumber Negara yang mana ianya

    memperkenalkan jenis-jenis sumber yang dapat membantu murid-murid dalam

    pembentukan unsur patriotisme seperti berbangga dan bersyukur dengan

    wujudnya pelbagai sumber yang dapat dinikmati oleh rakyat negara ini sekaligus

    menghargai usaha mendapatkan pelbagai sumber. Manakala dari segi

    pengenalan topik Tokoh dan Pemimpin dalam Perihal Setempat Tahun 4, murid-

    murid dapat mengetahui sumbangan tokoh-tokoh mengikut bidang yang diceburi

    seperti bidang pendidikan yang memberi sumbangan membimbing dan mendidik

    anak-anak penduduk setempat serta tokoh dalam bidang perjuangan dapat

    berkorban harta benda dan nyawa demi kesejahteraan penduduk dan negara.

    Hal ini dapat membantu guru untuk menyemai semangat patritisme dengan

    menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah rendah.

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    7/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    Di samping itu, mata pelajaran Kajian Tempatan ini juga dapat

    membentuk, merangsang serta memupuk semangat patriotisme bagi murid-

    murid di peringkat sekolah rendah melalui aktiviti lawatan yang dijalankan

    peringkat sekolah. Misalnya, murid-murid membuat lawatan ke tempat tertentu

    seperti muzium, zoo negara, sekolah rendah yang lain dan kawasan

    perkampungan yang bersih dengan pengawasan guru Kajian Tempatan itu

    sendiri. Aktiviti ini mampu mendorong murid untuk meneroka dan menyemai

    semangat cintakan negara, menjaga khazanah, memelihara alam sekitar

    daripada tercemar dan melihat kehidupan yang harmonis sekaligus mengambil

    ikhtibar daripada pemerhatian yang dijalankan.

    Dalam topik rumah dan keluarga, guru sebagai pembimbing semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dapat membantu murid-murid

    untuk memupuk semangat patriotisme. Menerusi topik ini, murid akan

    mengetahui dan memahami tentang rumah sebagai tempat perlindungan, tempat

    tinggal, konsep keluarga asas dan keluarga kembangan, cara hidup dan

    perubahan yang berlaku dalam keluarga selain daripada menyentuh tentang

    peranan dan tanggungjawab murid terhadap rumah dan keluarga. Selain

    daripada itu, pendekatan yang dilakukan oleh guru seperti meminta murid

    menghasilkan sesuatu yang berunsurkan seni, bercerita dan mengaplikasikan

    topik tersebut dalam kehidupan seharian dapat membentuk perasaan sayang

    kepada anggota keluarga dan berasa bangga terhadap keluarga yang dimiliki

    dengan keistimewaan keluarga masing-masing.

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    8/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    Manakala dalam topik kejiranan, terlalu banyak signifikan yang boleh

    diterapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah. Hal ini

    dapat dilihat melalui subtopik latar belakang jiran yang mampu memperkenalkan

    jiran sebagai anggota keluarga yang terdekat sekaligus melahirkan sikap

    toleransi, hormat-menghormati, bekerjasama untuk melahirkan semangat

    kekitaan dan setiakawan terhadap jiran sekeliling. Subtopik ini juga dapat

    membantu mewujudkan nilai-nilai murni lain yang mencakupi nilai sejagat seperti

    memupuk perasaan kasih sayang dan prihatin sesama jiran selaras dengan

    hasrat ke arah masyarakat penyayang, sakinah dan madani. Dalam topik ini,

    guru boleh memperkenalkan aktiviti yang menarik minat murid untuk membantu

    penglibatan dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran Kajian

    Tempatan. Misalnya, mengadakan aktiviti drama atau lakonan yang bertemakan

    konsep jiran yang mana ianya perlu berasaskan kepada masyarakat yang

    terdapat di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Aktiviti tersebut dapat

    membantu murid untuk mengenal kaum di Malaysia sekaligus menyedari

    kebajikan dan keselamatan jiran adalah tanggungjawab bersama.

    Seterusnya, topik Mengenal Negara Kita juga banyak menerapkan unsur

    patriotisme di kalangan murid sekolah rendah. Murid-murid akan mengetahui

    identiti negara untuk menyemai semangat cintakan tanah air. Terdapat pelbagai

    jenis identiti negara yang dapat diklasifikasikan dalam subjek ini seperti lagu,

    bendera, jata dan mercu tanda negara Malaysia. Nyanyian Lagu Negaraku dapat

    dijadikan aktviti yang baik dalam merangsang pembentukan patriotisme dalam

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    9/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    diri murid sekolah. Guru boleh mengadakan pertandingan nyanyian lagu patriotik

    di antara kumpulan yang dibentuk dalam bilik darjah semasa pengajaran dan

    pembelajaran Kajian Tempatan dengan merakam nyanyian murid dalam pita

    rakaman kemudian memperdengarkan lagu tersebut. Seterusnya,

    membincangkan lirik lagu tersebut dan meminta murid dalam kumpulan untuk

    mencipta sajak yang bertemakan Jalur Gemilang dan wakil kumpulan hendaklah

    mempersembahkan puisi tersebut. Guru juga boleh meminta murid untuk

    memahami maksud alur, warna dan lambang pada Jalur Gemilang selain

    daripada mengenali lagu rasmi setiap negeri yang terdapat di Malaysia. Dalam

    pengajaran dan pembelajaran ini, terdapat banyak unsur patriotisme yang

    diperolehi seperti menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan dan bendera

    Malaysia (Jalur Gemilang).

    Selain daripada itu, murid-murid juga dapat mempelajari Sejarah Negara

    Kita pada Tahun 5 yang mana dalam topik ini banyak menyentuh tentang sejarah

    negara, pengorbanan tokoh-tokoh terhadap perjuangan negara seperti pada

    zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Parameswara, Sultan Muzaffar Shah,

    Sultan Mansur Shah, Sultan Alaudin Riayat Shah, Tun Perak, Hang Tuah dan

    Tun Fatimah. Di samping itu, topik ini juga mengemukakan tokoh-tokoh yang

    telah menyubang ke arah kemerdekaan dan pembangunan negara, Sejarah

    Awal Sabah dan Sarawak, Zaman Penjajahan, Kemerdekaan dan Penubuhan

    Malaysia, Warisan Sejarah sehinggalah penubuhan Malaysia ( Huraian Sukatan

    Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Tahun 5, 2004 ). Senario ini jelas

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    10/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    menunjukkan bahawa mata pelajaran Kajian Tempatan mempunyai pelbagai

    unsur patriotisme yang boleh diserapkan kepada murid-murid sekolah rendah.

    Bagi meningkatkan tahap semangat patriotisme di kalangan murid, guru perlu

    mengadakan aktiviti yang bersesuain dengan tema seperti lawatan ke muzium

    bagi memberi gambaran yang sebenar kepada murid. Misalnya, bagi subtopik

    tokoh yang menentang penjajah dapat melahirkan unsur patriotisme seperti

    menghargai jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dan

    menanamkan semangat kebangsaan. Murid juga dapat mengetahui perkara

    penting dalam perjuangan ke arah pembentukan Malaysia, menghargai warisan

    sejarah yang terdapat di negara kita sekaligus berusaha ke arah pemeliharaan

    dan pemuliharaan ( Buku Teks Kajian Tempatan m.s 33-37 ).

    Seterusnya, bagi topik Kebudayaan dan Kesenian, guru hendaklah

    mengambil langkah seperti membawa murid ke tempat pameran , membuat

    persembahan mengikut kesenian yang terdapat di Malaysia dan

    memperkenalkan jenis permainan moden dan tradisional, pakaian mengikut

    kaum dan menunjukkan gambar tentang seni mempertahankan diri. Dalam

    pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan penglibatan murid secara

    maksimum bagi memberi gambaran yang sebenar tentang jenis kebudayaan dan

    kesenian di negara kita. Melalui aktiviti ini, murid dapat menghayati kekayaan

    negara dengan warisan budaya dan pakaian masyarakat Malaysia yang

    berbilang bangsa serta bersyukur dengan beraneka jenis makanan yang

    terdapat di Malaysia.

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    11/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    Penghayatan yang tidak kental terhadap falsafah, matlamat dan objektif

    mata pelajaran Kajian Tempatan menyebabkan mata pelajaran ini dipandang

    ringan serta dipinggirkan oleh sesetengah pihak. Walhal ia adalah salah satu

    daripada subjek teras di dalam pengajian peringkat rendah sebagaimana dalam

    Jadual 1 Subseksyen 18 (2) Peraturan-peraturan Pendidikan 1997, Kurikulum

    Kebangsaan. Justeru itu, semua pihak hendaklah memberi komitmen secara

    koperatif bagi meningkatkan dan memartabatkan mata pelajaran ini daripada

    terus dipinggirkan. Natijah yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan dapat direalisasikan melalui pemupukan patriotisme dalam diri

    murid serta warga pendidik. Selain itu, mata pelajaran ini juga hendaklah

    berpusat kepada murid dan berorientasikan aktiviti. Bagi menjana warganegara

    yang cintakan tanah air serta berbangga menjadi warganegara Malaysia,

    penghayatan terhadap sejarah perjuangan bangsa membina negara perlu

    ditanamkan sedalam-dalamnya di jiwa mereka bermula dari sekolah rendah lagi

    sekaligus dapat membina tamadun dan menjulang martabat negara ke arah

    cemerlang, gemilang dan terbilang.

  • 7/29/2019 MARAINI SARIMAN

    12/12

    Kaedah Pengajaran Kajian TempatanLRK 4013

    SUMBER RUJUKAN

    Ahmad Fawzi Hj. Mohd. Basri, Abibullah Hj. Samsudin, Mohd.Bashah Abd.

    Razak (2000). Buku Teks KBSR Kajian Tempatan Tahun 6. Dewan

    Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

    Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan

    Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

    Hammal Umar (2005). Ulangkaji Total Kajian Tempatan PKSR. Sasbadi Sdn.

    Bhd: Petaling Jaya, Selangor.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian

    Tempatan KBSR Tahun 4, 5, 6. Kementerian Pendidikan Malaysia:Kuala

    Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Teks Tambahan Kajian Tempatan

    KBSR (SEMAKAN) Tahun 6. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala

    Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan

    KBSR. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

    http://www.altavista.com

    http://www.cari.com.my

    http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my/indexg.htm

    http://www.altavista.com/http://www.cari.com.my/http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my/indexg.htmhttp://www.altavista.com/http://www.cari.com.my/http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my/indexg.htm