masalah bahasa dan komunikasi kanak kanak palsi serebral
TRANSCRIPT
Definisi bahasa dan komunikasi
Bahasa : salah satu medium komunikasi
yang bersistem
Komunikasi : Keperluan kepada
manusia untuk berinteraksi
PETA GRAFIK BERKENAAN DENGAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK PALSI SEREBRAL
Peta grafik 1. Konsep bahasa dan komunikasi secara umum dan ringkas
Peta grafik 2. Jenis palsi serebral yang boleh dihadapi kanak-kanak
1
terhadnya pergerakan pada individutona otot akan mengecut & Pergerakan lambat dan pelikHypertonia ( spastik )
anggota badan yang bergerak secara sendiri iaitu kawalan stimuli yang sedikit sahaja daripada otakakan hilang daya imbang kawalan kepala, mengalami kesukaran untuk menggerakkan tangan atau kaki, ataupun mengejang semasa bergerak.
Athetoid ( extrapyramidal )
kesukaran untuk mengimbangsusah untuk mendapatkan objekAtaxicpalsi serebral yang spastik pada tahap maksimum iaitu berlakunya pengecutan sekumpulan ototpergerakan terhad
Rigidity
campuran 2 atau lebih jenis palsi serebralCampuran
Pemerolehan dan
perkembangan bahasa
lambat dan terbantut
literasi yang sukar
daya kognitif yang perlahan
berfokus hanya untuk perkembangan fizikal
disebabkan oleh ketidakfungsian
kemahiran motor dengan baik
elemen di dalam pertuturan
Otak : pusat komputer manusia
artikulasi : penghasil bunyi suara pertuturan
resonasi : ketajaman ton suara
pembunyian : sumber bunyi iaitu vokal yang terhasil
pernafasan : bekalan tenaga
Model Stark 5 tahap perkembangan bahasa
ekspresif kanak-kanak mengikut umur
Peta grafik 3. Pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak palsi serebral
2
Masalah komunikasi dan bahasa
reseptif
tidak dapat menguasai
perbendaharaan kata
sukar di dalam fungsi motor disartia
masalah dalam bertutur disebabkan
oleh kegagalan fungsi artikulasi
ekspresif
- mimik muka - pergerakan badan- postur badan
Peta grafik 4. Masalah komunikasi dan bahasa kanak-kanak palsi serebral
Peta grafik 5. Bentuk bahasa dan komunikasi palsi serebral
3
Bentuk bahasa dan komunikasi
palsi serebral
Fonologi
sukar sedikit menyebut suku kata perkataan
Sintaksis
sukar untuk menyebut ayat
Morfologi
sukar mengujarkan
perkataan
Semantik
sukar memahami makna perkataan
Peta grafik 6. Intervensi untuk masalah komunikasi dan bahasa palsi serebral
4
Speech and
language
therapy
( SLT )The Hanen parent
programme
menjadikan objek sebagai bahan rujukan
BAGAIMANAKAH KANAK-KANAK PALSI SEREBRAL BERKOMUNIKASI ?
PengenalanPalsi serebral ataupun di dalam istilah Bahasa Inggerisnya “ Cerebral
Palsy ( CP ) ” boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan di dalam pergerakan serta postur dengan ketidakupayaan untuk mengawal sistem saraf di dalam perkembangan dan pertumbuhan individu (Chitra Sankar, 2005). Ketidakupayaan ini hampir sinonim dengan penyakit kecederaan otak namun terdapat sedikit perbezaan di dalam kawalan motor. Ia juga berkait dengan proses pertuturan dan bahasa yang lambat serta kognitif yang lemah.
Sehingga pada abad ini, belum ada lagi definisi khusus dalam prospektif perubatan di dalam istilah palsi serebral ini. Namun, ahli kumpulan pelbagai disiplin mentafsirkan bahawa palsi selebral ini adalah kumpulan ketidakupayaan untuk berkembang di dalam pergerakan dan postur, menyebabkan terhadnya aktiviti dan perlakuan, yang berpunca daripada gangguan dan ketidakfungsian otak dengan baik semasa dalam rahim ibu. Pergerakan motor juga tidak sempurna dan seing mengganggu aktiviti kognitif, komunikasi, persepsi, tingkahlaku atau saiz (Kuder, 2012).
Etiologinya ataupun faktor seseorang kanak-kanak tersebut menghadapi penyakit palsi serebral ini adalah meluas. Ianya boleh berkait rapat dengan cognitif seseorang individu, genetik daripada ibu atau bapa, jangkitan ibu sebelum melahirkan anak ( perinatal ) ataupun semasa melahirkan anak ( natal ) juga selepas melahirkan anak ( posnatal ), trauma, metabolisma ibu iaitu keadaan ibu semasa hamil dan keracunan ataupun toksik pada ibu hamil. Kegagalan otak untuk berfungsi dengan baik berlaku dari semasa perinatal, juga boleh berlaku kejadian trauma pada ibu semasa perkembangan perinatal ataupun kecederaan otak kanak-kanak tersebut semasa kecil. Masalah motor pada kanak-kanak palsi serebral boleh berlaku lebih teruk apabila tiada rawatan diberikan (Kuder, 2012).
5
Melalui temubual bersama kedua ibu dan bapa seseorang kanak-kanak yang menghadapi penyakit palsi serebral ini iaitu (Abd Halim Hussin, 2015), mereka mengatakan
bahawa keberangkalian besar faktor anak mereka menghadapi penyakit tersebut telah dapat dikesan sejak dari dalam kandungan 6 bulan lagi akibat hamil dilewat usia. Maka, usia ibu juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kognitif kanak-kanak tersebut.
Disebabkan oleh ketidakupayaan sistem saraf untuk berfungsi dengan baik pada individu palsi serebral, maka mereka juga biasanya 60 % menghadapi kerencatan pada otak (Chitra Sankar, 2005) dan menurut laporan pembelajaran perubatan di India, Singhi mengatakan bahawa 72.5 % kerencatan pada otak melalui penyakit palsi serebral ini adalah kanak-kanak. 12 % kanak-kanak yang menghadapi palsi serebral ini juga biasanya akan mengalami kecacatan pendengaran.
Jenis palsi serebral boleh terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
a) Hypotonia ( spastik ) b) Athetoid ( extrapyramidal )c) Ataxicd) Rigidity dan campuran
Hypertonia ( spastik )
Palsi serebral jenis ini mencirikan terhadap terhadnya pergerakan pada individu tersebut iaitu tona otot akan mengecut. Pergerakan akan menjadi lambat dan pelik
Athetoid ( extrapyramidal )
6
Palsi serebral jenis ini pula berkaitan dengan anggota badan yang bergerak secara sendiri iaitu kawalan stimuli yang sedikit sahaja daripada otak. Individu ini akan hilang daya imbang kawalan kepala, mengalami kesukaran untuk menggerakkan tangan atau kaki, ataupun mengejang semasa bergerak.
Ataxic
Individu yang mengalami tahap palsi serebral ini akan mengalami kesukaran untuk mengimbang. Apabila mereka ingin mencapai sesuatu objek, mereka mungkin susah untuk mendapatkannya
Rigidity
Pada tahap ini, individu akan mengalami palsi serebral yang spastik pada tahap maksimum iaitu berlakunya pengecutan sekumpulan otot. Pergerakan akan menjadi lebih terhad. Tahap ataxia dan rigidity adalah jarang berlaku pada kanak-kanak.
Campuran
Kanak-kanak yang mengalami palsi serebral yang mempunyai 2 jenis palsi serebral atau lebih iaitu yang melibatkan kesukaran bergerak akan dikenali sebagai palsi sererbal campuran ataupun dalam bahasa Inggerisnya “ mixed cerebral palsy ”. (Kuder, 2012)
Kebanyakannya, kanak-kanak yang menghidap palsi serebral akan mengalami epilepsi iaitu keadaan dimana berlakunya gangguan pada saraf fungsi otak dan menyebabkan perubahan pada sistem saraf fungsi otak. Selain itu, mereka juga berisiko untuk menghidapi kesukaran untuk mendengar dan melihat serta akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang terbantut. Menurut (AbdHalim Hussin, 2015) lagi, perkembangan dan pertumbuhan boleh dilihat terbantut semasa anak mereka berusia 5 tahun dan masih tidak berupaya
7
bergerak seperti kanak-kanak 5 tahun yang biasa dan seolah-olah kelihatan masih bayi.
Dalam pada itu, penekanan yang akan diberikan adalah berkaitan dengan komunikasi dan bahasa. Berdasarkan buku yang telah dianalisis iaitu berjudul Memahami Komunikasi Orang Pekak (Abdullah, 2014), bahasa merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi tetapi ia mempunyai perbezaan dengan istilah pertuturan. Bahasa mempunya sistem tersendiri iaitu sistem penulisan dan isyarat. Pertuturan adalah satu bentuk bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Isyarat pula merupakan satu bentuk pergerakan anggota tubuh badan (Catell, 2000). Manakala komunikasi adalah salah satu keperluan manusia untuk berinteraksi samada menggunakan bahasa atau tidak. Kesemua elemen diatas saling berkait antara satu sama lain dan penting untuk semua individu termasuklah individu palsi serebral.
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Palsi Serebral
Menurut (Martin. D, 2003), majoritinya, kanak-kanak biasa yang normal akan mula menguasai teknik komunikasi semasa mereka pergi ke alam persekolahan. Dalam umur 5 tahun, mereka mula mempelajari teknik tatabahasa, kosa kata dan boleh memahami pertuturan di sekelilingnya mengikut bahasa yang ibu bapa mereka gunakan sewaktu dirumah iaitu bahasa pertama ataupun disebut “ primary language ”. Namun perkembangan mereka untuk berbahasa belum sepenuhnya lagi kerana kemahiran komunikasi adalah meluas dan sentiasa berterusan di dalam kehidupan seharian.
Pemahaman berkenaan perkembangan bahasa kanak-kanak adalah penting. Adakah perkembangan bahasa mereka penting untuk menjadi seorang
8
individu yang dapat berkomunikasi secara berkesan? ataupun, apakah kanak-kanak harus lakukan untuk menjadi seorang yang mahir dalam komunikasi? persoalan di atas adalah perlu dititikberatkan kerana jika kita dapat mengecam apa yang berlaku, kita boleh memahami mengapa sesetengah golongan kanak-kanak mengalami kesukaran untuk belajar berbahasa. Pertama sekali, kita perlu melihat aspek utama iaitu, apakah yang kanak-kanak perlu belajar?
Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mempunyai adik palsi serebral, pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak palsi serebral adalah lambat dan tidak seperti kanak-kanak biasa yang lain. Hujah ini boleh dikuatkan lagi dengan laporan pembelajaran kanak-kanak palsi serebral di dalam buku Teaching Students with Language and Communication Disabilities Fourth Edition (Kuder, 2012), mencatatkan kira-kira 40 % mengalami kesukaran untuk faham semasa proses komunikasi dilakukan.
Biasanya, pengenalpastian bilakah kanak-kanak menyebut perkataan pertama di dalam hidup mereka adalah sukar dan tidak begitu dapat dipastikan dengan mudah (Martin. D, 2003). Perkataan pertama seperti “mama” iaitu panggilan kanak-kanak kepada ibunya ataupun “ cucu ” iaitu susu. Namun ianya berbeza dengan situasi kanak-kanak palsi serebral. Kanak-kanak palsi serebral mempunyai pemerolehan bahasa yang lambat berbanding dengan kanak-kanak biasa. Oleh yang demikian, mereka begitu sangat sukar untuk menyebut perkataan meskipun perkataan yang mudah. Seperti contoh, mereka hanya dapat mengujarkan perkataan “ ma ” untuk memanggil ibu mereka.
Dari aspek literasi pula, kanak-kanak palsi serebral sukar untuk berkembang. Kaedah literasi mereka tersekat oleh kesukaran untuk berbahasa dan juga kognitif yang agak perlahan. Hal ini kerana, fokus lebih akan diberikan kepada mereka berkenaan dengan perkembangan fizikal disebabkan kerana terhadnya elemen fizikal mereka.
9
Rajah 7. Responden kanak-kanak palsi serebral iaitu adik saya sendiri dan anak kepada Abd Halim
Berdasarkan rajah 1, fokus diberikan terhadap perkembangan fizikal berbanding perkembangan bahasa sejajar dengan nasihat doktor. Hal ini kerana, perkembangan motor mereka lebih diperlukan untuk melengkapkan aspek perkembangan bahasa dan literasi. Namun, menurut laporan daripada Dahlgren Sandberg pada 1993 di dalam buku Teaching Students with Language and Communication Disabilities Fourth Edition, ibu bapa yang mendedahkan bahan bercetak seperti membacakan buku cerita kepada kanak-kanak palsi serebral akan dapat membantu perkembangan bahasa dan literasi mereka meskipun di dalam amaun yang sedikit.
Secara umumnya, di dalam buku (Kuder, 2012), proses bertutur adalah melibatkan fungsi yang paling utama iaitu otak. Otak memainkan peranan sebagai pusat komputer manusia. Kedua adalah elemen artikulasi iaitu penghasil bunyi suara pertuturan. Ia meliputi gigi, bibir, lidah, lelangit dan sebagainya lagi. Elemen ketiga ialah elemen resonasi iaitu meliputi ketajaman ton suara yang berkait dengan tekak, rongga mulut serta rongga hidung. Manakal elemen pembunyian pula berkait dengan sumber bunyi iaitu vokal yang terhasil daripada rongga tekak. Dan akhir sekali adalah elemen pernafasan iaitu berfungsi sebagai bekalan tenaga yang menghembus nafas daripada otot dada dan pengeluaran nafas daripada otot perut.
Pemerolehan bahasa secara ekspresif secara umum
Menurut (Kuder, 2012), kebanyakan ibu bapa masih mengingati saat kegembiraan apabila mendengar anak mereka menyebut perkataan pertama. Di dalam buku tersebut juga, mengatakan bahawa perkembangan pra-linguistik mempunyai 5 tahap mengikut model Stark.
10
Tahap ( umur ) Huraian
Tahap pertama ( 0 – 8 minggu )
Bayi akan menangis berulang-ulang dan nyaring. Mereka akan membuka mulut mereka dan menangis untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka. Selain itu, mereka juga akan mengeluarkan bunyi sendawa, batuk dan bersin.
Tahap kedua ( 8 – 20 minggu )
Mereka lebih dapat mengawal suara dan dapat membezakan tangisan seperti kelaparan, ketidakselesaan dan kehendak. Kebanyakan bayi pada tahap ini akan mula ketawa.
Tahap ketiga ( 16 – 30 minggu )
Bunyi vokal memainkan peranan utama. Pada tahap ini, mereka akan mula mengawal pengeluaran bunyi vokal sejajar dengan pengeluaran bunyi konsonan. Disini bayi juga mula mengeluarkan babble sound.
Tahap keempat ( 25 – 30 minggu )
Bayi semestinya akan mengeluarkan babble sound lebih banyak. Mereka akan mengeluarkan gabungan bunyi konsonan dan vokal lebih banyak seperti ‘ ma ’ lalu mereka akan mengulang kembali bunyi tersebut untuk menghasilkan bunyi ‘ ma – ma – ma ’
Tahap kelima ( 9 – 18 bulan )
Bayi akan akan semakin mengeluarkan babble sound. Purata bunyi konsonan yang dikeluarkan oleh kanak-kanak akan lebih banyak. Pada tahap ini juga, bunyi vokal yang dikeluarkan oleh mereka akan menghasilkan persamaan dengan bahasa orang dewasa. Ibu bapa akan mengenalpasti perkataan pertama yang akan diujarkan mereka dan bukan hanya mengeluarkan bunyi babble sound sebaliknya akan menyebut perkataan itu dengan betul meskipun tidak begitu jelas.
Jadual 1. Jadual perkembangan bahasa ekspresif mengikut Model Stark
Masalah dan Bentuk bahasa dan Komunikasi Kanak-Kanak Palsi Serebral
11
Menurut (Feldman H. M, 1994) di dalam jurnalnya mengatakan bahawa bahasa yang mudah untuk diujarkan adalah sukar bagi kanak-kanak palsi serebral. Masalah bahasa reseptif di dalam kanak-kanak palsi serebral adalah boleh dirujuk di dalam (Levene M, 1992), kebolehan berbahasa reseptif di dalam kanak-kanak melalui aspek fungsi motor adalah mencatatkan 3 daripada 12 kanak-kanak palsi serebral tidak dapat menguasai perbendaharaan kata dan skor markah kesukaran di dalam fungsi motor. Baki 9 orang palsi serebral lagi mempunyai purata skor yang sama seperti kumpulan yang lahir tidak cukup bulan iaitu kanak-kanak yang abnormal.
Hal diatas menunjukkan bahawa masalah bahasa reseptif di dalam kanak-kanak palsi serebral adalah berkaitan dengan kesukaran untuk memahami kosa kata dan perbendaharaan kata. Hal ini disebabkan oleh kegagalan fungsi motor ( disartia ) yang bermaksud mempunyai masalah dalam bertutur disebabkan oleh kegagalan fungsi artikulasi dan juga kesukaran di dalam aspek kognitif. Namun terdapat juga kanak-kanak palsi serebral yang tidak mengalami disartia yang begitu ketara. Individu palsi serebral yang menghadapi disartia sangat sukar untuk memahami tatabahasa dan sukar untuk memahami kosa kata atas kerana kelemahan memori verbal di dalam otak berbanding dengan kanak-kanak palsi serebral yang tidak mempunyai masalah disartia yang begitu ketara. Mereka boleh memahami sedikit berkenaan dengan tatabahasa dan kota kata.
Disartia iaitu masalah dalam bertutur disebabkan oleh kegagalan fungsi artikulasi menyebabkan kanak-kanak palsi serebral kelu untuk menggerakkan alat-alat artikulasi seperti lidah dan bibir akibat kegagalan fungsi motor melalui sistem saraf daripada kawalan otak. Maka, mereka tidak berupaya untuk menyebut perkataan mahupun mengujarkan ayat sebaliknya hanya mampu membunyikan suara yang ganjil seperti ‘ baa ’. Perkara ini boleh dikuatkan lagi dengan responden adik saya sendiri yang menghadapi disartia palsi serebral yang tidak mampu menyebut perkataan (Abd Halim Hussin, 2015).
12
Rajah 8. Responden mencuba untuk menyebut perkataan namun amat sukar akibat masalah disartia
Manakala masalah bahasa ekspresif kanak-kanak palsi serebral adalah mereka tidak berupaya untuk mengekspresi sesuatu perkataan mahupun ayat. Oleh sebab kesukaran fungsi motor maka mereka tidak berupaya untuk menyatakan hasrat mereka dengan jelas dan nyata. Hanya mimik muka, postur badan dan gerak mata dapat membantu mereka untuk meluahkan hasrat atau memberi ekspresi untuk berkomunikasi (Abd Halim Hussin, 2015).
Rajah 9 : Responden tidak berupaya untuk mengujarkan kata sebaliknya hanya mampu menunjukkan mimik muka untuk menyatakan hasrat
Namun, ada sesetengah daripada kalangan mereka berupaya untuk bertutur namun hanya sedikit dan kajian dilakukan di dalam buku (Kuder, 2012) mengatakan bahawa kanak-kanak palsi serebral yang berupaya untuk bertutur sedikit mempunyai daya kemampuan fonologi. Di samping itu juga, daya kemampuan fonologi di dalam lingkungan kanak-kanak palsi serebral berumur 11-15 tahun yang mempunyai kesukaran di dalam bertutur dan fizikal telah dikaji. Mereka diuji kaji beberapa perkataan yang betul. Meskipun mereka telah diberi ujian yang mudah, mereka masih tidak berupaya.
Secara umumnya, tiada bentuk bahasa yang spesifik seperti masalah pembelajaran kanak-kanak yang lain yang meliputi aspek fonologi dan sebagainya. Namun, kanak-kanak palsi serebral kebanyakannya akan mengalami sedikit masalah di dalam fonologi iaitu menyebut suku kata perkataan. Oleh sebab pengujaran suku kata lebih mudah, maka mereka boleh menguasai aspek ini namun perlu dilatih dan dilakukan intervensi.
13
Dari aspek morfologi pula, dalam kalangan kanak-kanak palsi serebral mempunyai kesukaran untuk mentafsir serta mengujarkan perkataan secara majoritinya. Hal ini, pergerakan motor artikulasi mereka adalah terhad disebabkan lidah dan bibir mereka mudah kelu.
Manakala aspek sintaksis pula, kanak-kanak palsi serebral akan lebih sukar untuk menyebut ayat daripada beberapa perkataan. Namun ia boleh dilatih berdasarkan kajian di dalam buku (Kuder, 2012). Namun mereka mestilah baik dari segi penglihatan serta pendengaran.
Aspek semantik pula, kanak-kanak palsi serebral sukar untuk memahami makna dalam sesuatu perkataan. Namun, berdasarkan pengalaman saya bersama responden, saya mendapati bahawa sesuatu perkataan boleh memberi maksud yang betul kepada kanak-kanak palsi serebral apabila diaplikasi di dalam rutin hidup seharian. Contohnya, ‘ makan ’. Mereka berupaya untuk memahami namun sukar untuk mengujarkan. (Abd Halim Hussin, 2015)
Cara Mengatasi Masalah Bahasa dan Komunikasi Kanak-Kanak Palsi Serebral
Kanak-kanak palsi serebral biasanya mempunyai masalah kesukaran untuk bertutur, berbahasa atau berkomunikasi dan hal ini akan dirujuk pada terapi pertuturan dan bahasa atau di dalam bahasa Inggeris, Speech and language therapy ( SLT ). Meskipun tiada kelaziman yang tepat pada masalah komunikasi kanak-kanak palsi serebral ini, namun kira-kira 20 % kanak-kanak yang didiagnosis menghadapi palsi serebral mempunyai masalah di dalam komunikasi secara tidak verbal. Kebanyakannya juga akan mengalami kesukaran dalam fungsi motor yang menyebabkan gangguan pada pertuturan dan bahasa serta kognitif (Pennington, 2005)
Menurut jurnal Pennington juga, terapi pertuturan dan bahasa dilakukan untuk memaksimumkan kebolehan kanak-kanak melalui pertuturan, gerak badan kinestetik dan menjadi seorang yang boleh berkomunikasi secara individu ataupun sendiri. Intervensi difokuskan kepada pertuturan untuk bahasa reseptif dan ekspresif atau membantu kanak-kanak memperkembangkan kemahiran berbual, seperti bertanyakan soalan dan membaikpulih perbualan jika terdapat perselisihan faham.
14
Antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh terapi pertuturan dan bahasa untuk kanak-kanak palsi serebral ini adalah seperti berikut (Pennington,2005) :
Kajian hasilJenis penyertaan palsi
serebralIntervensi
Pinder dan Olswag 1995
- Berasal dari USA- 4 kanak-kanak ( 2
lelaki dan 2 perempuan ) yang berumur 11.5 – 13.5 bulan
- palsi serebral jenis spastik
- tidak dapat mencapai atau melepaskan objek sendiri
- Tidak boleh duduk berdikari dengan sendiri
- IQ mental mereka terdiri daripada kurang dari 50
- penglihatan telah dibetulkan melalui kaca mata
- Pendengaran yang terhad
- Kanak-kanak diajar cara meminta barang daripada cara pandangan mata
- Kanak-kanak diajar cara menghulur dan mencapai obkek
- Teknik pengajaran menggunakan model
- Diajar dua kali seminggu dalam masa 50 – 60 minit selama 12 minggu
Richman dan Kozlowski 1977
- Berasal dari USA- Perempuan
berumur 9 tahun- Palsi serebral jenis
spastik- Kesukaran
masalah kognitif
- Diajar cara teknik pergerakan mata dengan betul, kawalan imbangan kepala dan pengujaran bunyi vokal dengan betul
15
- Diajar selama 10 minit dalam 4 hari seminggu sepanjang tempoh 40 minggu
Sigafoons and Couzens 1995
- Berasal daripada Australia
- Lelaki berusia 6 tahun
- Palsi serebral yang tidak dikenalpasti
- Mempunyai masalah kognitif biasa
- Sangat lemah pada bahagian atas anggota badan
- Memerlukan bantuan untuk melakukan kerja seharian
- Memahami pertuturan biasa menggunakan gerakan mata
- Diajar cara meminta objek menggunakan pergerakan mata di dalam suasana komunikasi
- Dilakukan sebanyak 19 sesi selama 8 minggu
Jadual 2. Jadual menunjukkan terapi pertuturan dan bahasa yang sistematik hasil daripada kajian di dalam jurnal Pennington berdasarkan jenis tahap palsi
serebral
Selain daripada itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting di dalam program intervensi ini. Di dalam buku Speech and Language Therapy yang ditulis oleh (Myra Kersner, 2001) mengatakan bahawa The Hanen parent programme adalah berkesan untuk kanak-kanak palsi serebral. Program ini berkaitan dengan ibu bapa yang diadakan di Canada pada tahun 1970. Berdasarkan suasana
16
komunikasi dengan interaksi sosial antara ibu bapa dan anak, program ini melatih ibu bapa untuk menggunakan situasi yang sama yang telah dipiawaikan unruk melatih perkembangan bahasa kanak-kanak. Ibu bapa akan diajar didalam kelompok berkumpulan untuk melatih respon komunikasi anak mereka melalui respon yang positif. Mereka disarankan untuk memerhati, melihat dan mendengar anak mereka iaitu memberi perhatian sepenuhnya berbanding berinteraksi. Ibu bapa akan merakam video di rumah dan menggunakan video tersebut untuk berbincang dengan ahli terapi bagaimana mempertingkatkan kemahiran dan teknik untuk berkomunikasi bersama anak mereka. Maka, ahli terapi akan mengambil langkah untuk berkolaborasi untuk mengajar ibu bapa dan melatih.
Adakah program The Hanen parent programme berkesan untuk kanak-kanak palsi serebral? Persoalan ini sukar diungkai namun ahli terapi untuk program ini perlu lebih peka kepada teknik ibu bapa untuk menjadikan mereka terlatih dan professional dalam menjalankan intervensi ini. Namun, sesetengah ibu bapa tidak sesuai untuk menjalankan program ini atas sebab-sebab tertentu (Myra Kersner, 2001).
Intervensi lain yang boleh dilakukan juga adalah menjadikan objek sebagai bahan rujukan. Hal ini turut disokong oleh (Abd Halim Hussin, 2015) iaitu responden yang turut terlibat dalam intervensi ini. Ahli terapi perlu membuat keputusan untuk menjadikan suasana kanak-kanak palsi serebral menjadi selesa dan serba lengkap dengan keperluannya untuk membantu proses kemahiran komunikasi mereka. Sebagai contoh, penggunaan bilik multi-sensori yang menggunakan deria rasa, bau an bunyi penting dalam bahasa reseptif kanak-kanak palsi serebral. Objek yang dijadikan sebagai rujukan adalah alat yang dapat memberi gambaran bukan simbolik untuk membantu perkembangan komunikasi mereka. (Harding C, 2010)
17
Rajah 10. Responden diberikan tab sebagai objek untuk menarik perhatiannya serta dapat membantunya untuk memberi gambaran untuk
memperkembangkan komunikasinya
Penutup
Secara konklusinya, mengenalpasti perkembangan dan pemerolehan bahasa kanak-kanak palsi serebral, mentafsir masalah dan bentuk bahasa dan komunikasi serta intervensi adalah penting dalam meningkatkan lagi mutu kualiti dan perkembangan mereka untuk berbahasa. Dengan berpandukan responden iaitu adik saya sendiri yang menghidap penyakit palsi serebral sejak dari dalam kandungan ibu saya, maka saya lebih bersyukur kerana telah dapat memperolehi sedikit ilmu yang telah saya analisis berdasarkan jurnal dan buku.
Maka, bahasa dan komunikasi di dalam kehidupan sekeliling adalah penting tidak kira apa individu samada individu yang mampu dan berupaya atau tidak. Bukan sahaja manusia malah haiwan juga mempunyai interaksi sendiri untuk melengkapkan diri mereka. Oleh yang demikian, perkara diatas adalah penting suatu hari nanti untuk melengkapkan diri sebagai guru pendidikan khas masalah pembelajaran. Ilmu yang telah diraih hasil bimbingan pensyarah Dr Abdullah Yusoff amatlah penting.
Penilaian Kendiri
Pertama sekali, bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya
dapat saya siapkan dan selesaikan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada Dr Abdullah
Yusoff kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.,
begitu juga dengan rakan-rakan saya yang sudi untuk bertukar tukar pendapat dan idea
tentang komunikasi dan masalah bahasa kanak-kanak bekeperluan khas dan penekanan
yang saya berikan adalah Palsi Serebral. Saya telah diberikan kerja kursus untuk disiapkan
selama sebulan bersama 3 buah jurnal yang saya analisis dan juga 3 buah buku yang telah
saya rujuk daripada Perpustakaan Tok Kenali.
18
Sepanjang melakukan kerja kursus ini, banyak pengalaman dan dugaan yang saya
hadapi untuk menyelesaikan tugasan ini. Namun, berkat dorongan dari pelbagai pihak, dan
semangat yang teguh saya dapat mengharungi segala cabaran dan masalah yang dihadapi.
Saya secara peribadinya telah menimba pelbagai pengalaman, kemahiran dan pengetahuan
yang lebih mendalam mengenai tajuk saya iaitu berkenaan dengan Palsi Serebral.
Melalui tugasan ini banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya perolehi
iaitu semasa membuat analisis jurnal dan buku. Secara umumnya, jurnal yang telah saya
baca merupakan jurnal Bahasa Inggeris yang memerlukan saya untuk meneliti dan
memahami lebih mendalam untuk menukarkan semula makna ke dalam Bahasa Melayu
agar dapat menyempurnakan hasil pemahaman saya seterusnya dapat diiperentasi ke
dalam tugasan kerja kursus ini. Sesungguhnya, ianya tidaklah semudah yang disangkakan
kerana memakan masa untuk analisis kesemua jurnal dan buku. Selain itu, saya mengalami
kekangan masa dalam melaksanakan tugasan ini. Walaubagaimanapun, saya berpuas hati
dapat menimba ilmu hasil daripada analisis jurnal dan buku kerana saya amat minat untuk
membaca buku sejak dari kecil lagi. Oleh yang demikian, tidak jadi masalah kepada saya
untuk membaca namun dalam penulisan terdapat sedikit masalah kerana saya bukanlah
orang sasterawan yang mahir sekali dalam aspek penulisan.
Akhir sekali, harapan saya adalah agar segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat
membuka minda dan hati saya serta menambahkan ilmu pengetahuan kami tentang subjek
ini. Selain itu saya juga mengharapkan agar dengan tugasan yang saya lakukan ini, dapat
memupuk diri saya serta rakan-rakan saya menjadi modal insan kelas pertama di samping
melatih diri saya serta rakan-rakan saya untuk menjadi bakal pendidik yang
bertanggungjawab serta lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sosial
agar kami dapat mendidik anak bangsa kita menjadi modal insan yang cemerlang sejurus
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya saya berharap, agar tugasan ini
dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri khasnya saya yang mempunyai adik yang
menghidap Palsi Serebral serta kepada para pembaca agar sama-sama dapat menjadi
pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam
proses pembelajaran di kelas malahan kepada masyarakat setempat khususnya.
19
RUJUKAN
Abd Halim Hussin, S. S. (2015, Ogos 1). Pengalaman mempunyai anak yang menghidap palsi serebral. (S. N. Halim, Interviewer)
Abdullah, Y. (2014). Memahami Komunikasi Orang Pekak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Catell, R. (2000). Children's Language : Consensus and Controversy. London: Casell.
Chitra Sankar, N. M. (2005, October). Cerebral Palsy-Definition, Classification, Etiology and Early Diagnosis. Indian Journal of Pediatrics, pp. 865 - 868 .
Feldman H. M, J. J. (1994). Language Abilities Following Prematurity, Periventricular Brain Injury, and Cerebral Palsy. Elsevier Science, 73.
Harding C, L. G. (2010). The Challenges of Implementing Intervention dlm. Speech and Language Therapy : The Decision-Making Process When Working With Children. New York: Routledge.
Kuder, S. J. (2012). Teaching Students with Language and Communication Disabilities Fourth Edition. United States: Pearson.
Levene M, D. S. (1992). Elsevier Science dlm. Impaired motor function ( clumsiness ) in 5 years old children : correlation with neonatal ultrasound scans dlm Feldman H. M, Janosky J. E, Scher M.S, 73.
Martin. D, M. C. (2003). Speech and Language Difficulties in the Classroom. Cambridge: David Fulton.
Myra Kersner, J. A. (2001). Speech and Language Therapy : The Decision-making process when working with children. New York: Routledge.
Pennington, L. (2005). Direct Speech and language therapy for children with cerebral palsy : finding from a systematic review. Developmental Medicine & Child Neurology, 57.
20
LAMPIRAN
21
BORANG MAKLUMAT RESPONDEN
NAMA : Mohd Afif Muqarrabbin Bin Abd Halim
UMUR : 5 tahun
NAMA IBU : Sumiati Binti Salamat
NAMA BAPA : Abd Halim Bin Hj Hussin
JENIS PENYAKIT : Athetoid Cerebral Palsy
ALAMAT : Lot 11, Taman Millennium, Jalan Taman
Tinosan Bt 4, 90000 Sandakan, Sabah
TARIKH TEMUBUAL :
TANDATANGAN IBU TANDATANGAN BAPA
22
TANDATANGAN PENEMUBUAL
23