matematik rph.doc

23
1 1.0 PENGENALAN Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid.Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional.Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu A – Analisa Pelajar (Analyze Learners) adalah analisis tentang ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainyasebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. S –

Upload: missdorayaki

Post on 04-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MATEMATIK RPH.doc

1

1.0 PENGENALAN

Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu

rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada

murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set

induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu

pengajaran.

Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan

rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari

pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi

pelajaran dan pemahaman murid.Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat

perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional.Ia dapat membantu guru

merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai.

Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan

menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang

memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan

berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media

pengajaran secara umum.

Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu A – Analisa Pelajar (Analyze

Learners) adalah analisis tentang ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap

persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan

sebagainyasebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. S – Menyatakan Objektif

(State Objective) merupakan pernyataan objektif prestasi dalam merancang sesuatu

pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu

mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh

pelajar selepas mengikuti pelajaran. S – Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select

Methods, Media and Materials) iaitu memilih bahan sama ada menepati kehendak

dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif,

ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin

dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran. U – Menggunakan Media dan Bahan

(Utilize Media and Materials) adalah guru harus terlebih dahulu mengadakan

pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau

Page 2: MATEMATIK RPH.doc

2

melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau

membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. R – Memerlukan

Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation) adalah media pengajaran yang

baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan

yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas.Penglibatan pelajar boleh berlaku

secara individu atau berkumpulan.E – Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and

Revise) ialah penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta

menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana

keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan

objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982).

Page 3: MATEMATIK RPH.doc

3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : 3 ABU BAKAR

Masa : 8.45-9.45

Bil. Murid : 27 orang

Bidang :Nombor dan operasi

Tajuk : Tambah dalam lingkungan 10 000

Standard kandungan : Menambah sebarang tiga nombor

Standard pembelajaran : Murid berupaya untuk:

Menambah sebarang tiga nombor tanpa dan kumpul

semula

Objektif pembelajaran :Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat menambah

tiga nombor sehingga 10 000 dalam bentuk lazim.

Pengetahuan Sedia Ada:

Murid-murid sudah mengetahui:

i) Mengira hasil tambah dua nombor sehingga 10 000.

ii) Mengira hasil tambah dua nombor sehingga 10 000 dalam bentuk lazim.

Nilai: Kerjasama

Bahan Pembelajaran: Tayangan slaid power point , tayangan video, bahan 2-

dimensi dan lembaran kerja.

Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pembelajaran Media

Pengajaran

Set Induksi Mencongak

hasil tambah

i) Guru menampal kad-kad

imbasanpada papan hitam.

i) Kad imbas

Page 4: MATEMATIK RPH.doc

4

( 5 minit ) dua nombor

sehingga 1000.

ii) Murid dipilih secara rawak

dan diminta membaca

nombor yang ditunjukkan.

“Apakah nombor yang yang

terdapat pada kertas

berwarna merah?”

iii) Guru menyuruh murid

mencongak hasil tambah

dua nombor dengan

menyebut warna kertas.

Dalam masa yang sama

guru menggalakkan proses

persaingan antara murid.

“Sekarang, cikgu akan

menyebut dua warna kertas

dan kamu dikehendaki

mencongak hasil tambah

dua nombor tersebut. Siapa

yang cepat akan diberi

ganjaran”

Contoh:

- Merah (531) dan Kuning

(320)

- Biru (420) dan Oren (67)

- Hijau (91) dan Ungu (301)

1(15 minit) Mengira hasil

tambah dua

nombor

sehingga 1000.

i. Murid-murid telah diberikan

lembaran kerja yang

mengandungi beberapa

soalan.

“Murid-murid, sila baca

soalan-soalan di atas

i. Tayangan

video

ii. Lembaran

kerja

Page 5: MATEMATIK RPH.doc

5

lembaran kerja yang telah

cikgu berikan, kamu

dikehendaki menjawab

soalan-soalan semasa

menonton video ini”

ii. Muridmurid dikehendaki

menonton video “Cerita

seorang petani”.

iii. Murid diberikan masa

tambahan selama 2 minit

untuk menjawab soalan-

soalan.

“Murid-murid, kamu

diberikan masa 2 minit untuk

menjawab soalan-soalan”.

iv. Gurubersama murid-murid

membincangkan lembaran

kerja yang diberikan.

v. Guru memilih murid-murid

secara rawak untuk

menjawab.

2 ( 15 minit ) Mengira hasil

tambah tiga

nombor dalam

bentuk lazim.

i. Guru membuat 5 soalan di

papan hitam dan menyuruh

murid mengira hasil tambah

dua nombor dalam bentuk

lazim.

ii. Beberapa murid dipanggil

untuk menjawab soalan-

soalan tersebut.

Contoh:

Page 6: MATEMATIK RPH.doc

6

iii. Guru mengajarkan murid

cara penambahan 3 nombor

dalam bentuk lazim

sehingga 10 000 di papan

hitam

iv. Kemudian guru menyuruh

murid membuat soalan

berdasarkan soalan yang

telah diberikan.

Contoh:

3 (20 minit) Mengira hasil

tambah

sehingga 10 000

i. Murid-murid dibahagikan

kepada empat kumpulan.

ii. Guru memaparkan

tayangan slaid yang

mengandungi soalan

objektif dan soalan

penyelesaian masalah.

iii. Setiap kumpulan

dikehendaki menjawab

soalan-soalan yang

dikhususkan untuk setiap

Tayangan slaid

1) 673 + 1462) 280 +5613) 473 + 5074) 307 + 1975) 178 +372

2351

1017

+ 2031

5399

Page 7: MATEMATIK RPH.doc

7

kumpulan yang terdapat di

tayangan slaid.

iv. Soalan yang dijawab

dibincangkan di dalam kelas

bersama guru.

v. Guru memanggil setiap

wakil kumpulan untuk

menjawab soalan-soalan

yang diberikan.

Page 8: MATEMATIK RPH.doc

8

Penutup

(5 minit)

Rumusan i. Guru merumuskan tajuk

pembelajaran pada hari ini.

Refleksi:

Page 9: MATEMATIK RPH.doc

9

2.0 ANALISIS MEDIA PENGAJARAN MENGGUNAKAN MODEL ASSURE

Tajuk Pengajaran : Nombor Bulat

Nama Guru : YUSRI BIN ABU BAKAR

Kelas : 3 ABU BAKAR

Kandungan Pengajaran : Hasil Tambah Nombor Bulat.

Masa : 08.45-09.45

Bil.Komponen-

kompenen Huraian

1 A – Analyze Learner

(Analisis Pelajar)

i. Kelas ini terdiri daripada 27 orang murid, di mana 11

orang daripadanya ialah murid lelaki dan 16 orang lagi

murid perempuan. Mereka terdiri daripada pelbagai

kaum dan budaya iaitu 27 berbangsa melayu .

ii. Mereka merupakan murid-murid yang sederhana cerdas

daripada segi mental dan sosial serta tiada kecacatan

fizikal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang

murid yang berpotensi untuk menonjol sekiranya diberi

galakan berterusan.

iii. Mereka juga berasal daripada keluarga yang mempunyai

taraf ekonomi yang sederhana dan berada. Secara

umumnya, murid-murid kelas ini tidak menghadapi

masalah dalam menyediakan kelengkapan untuk belajar.

iv. Bagi mempelajari tajuk ini, murid-murid berpengetahuan

untuk mengira dan mencongak hasil tambah dua nombor

sehingga 10 000.

Page 10: MATEMATIK RPH.doc

10

v. Kebanyakan murid lebih suka belajar melalui aktiviti yang

menarik, bersesuaian dengan minat mereka berbanding

belajar secara formal. Mereka juga lebih suka belajar

dengan berpusatkan murid (student-centered).

vi. Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran, iaitu gaya

pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan

gaya pembelajaran kinestetik. Secara keseluruhannya,

30% murid-murid dalam kelas 3 Kenanga ini belajar

dengan gaya pembelajaran kinestetik, 30% daripadanya

belajar secara audio dan 40% lagi belajar dengan gaya

pembelajaran visual. Perkara ini dapat dilihat apabila

mereka lebih tertarik untuk menonton sesuatu yang

dipaparkan berbanding mendengar sahaja ataupun

melakukan pergerakan aktif.

1. Bilangan murid: 30 orang

- 12 Lelaki

- 18 Perempuan

2. Purata umur: 9 tahun

3. Etnik

- Melayu: 25

- Cina: 3

- India: 2

4. Gaya Pembelajaran

- Kinestatik: 30%

- Audio: 30%

- Visual: 40%

Page 11: MATEMATIK RPH.doc

11

Page 12: MATEMATIK RPH.doc

12

3 S – Select

Methods, Media

and Materials

(Pilih Kaedah,

Media Dan

Bahan)

Bahan 2-Dimensi (2D)

i. Tujuan:

Bahan 2D ini merupakan kad imbasan yang digunakan

semasa set induksi.Sebagai bahan yang digunakan

untuk merangsang murid, guru membuat kad imbasan

ini di atas kertas yang berwarna-warni serta

menggunakan dua bentuk yang berbeza bagi setiap

warna tersebut, iaitu bentuk segi empat tepat dan

bulatan. Manakala warna kertas pula terdiri daripada

kuning, merah, merah jambu, biru, jingga, hijau, ungu

dan hijau muda. Oleh itu guru menyediakan 16 kad

imbasan, di mana guru akan menampal nombor-

nombor yang mudah di atas setiap kad imbasan

tersebut. Guru menggunakan pelbagai warna dan

bentuk bagi menarik minat murid-murid melibatkan diri

dalam aktiviti ini. Tambahan pula, penggunaan kad

imbasan adalah lebih efektif jika dibandingkan dengan

cara guru menulis secara langsung pada papan hitam.

ii. Cara-cara:

Guru akan menampal kad imbasan tersebut di papan

hitam dan meminta murid mengira nombor, dengan

menyebut warna dan bentuk kertas. Murid perlulah

melakukan pengiraan secara congak.Jika murid yang

dipilih tidak dapat menjawab dengan betul, guru boleh

meminta murid lain membantu.

iii.Objektif pembelajaran:

Murid dapat melakukan pengiraan secara congak.

Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh

murid tidak semestinya tepat. Memadailah jika jawapan

mereka menghampiri jawapan yang betul.

Page 13: MATEMATIK RPH.doc

13

iv.Adakah ia akan menarik minat murid-murid?

Penggunaan bahan 2-Dimensi ini dapat menarik

perhatian murid-murid kerana penggunaan kertas yang

berwarna-warni, di samping guru dapat mewujudkan

unsur suspen dalam kalangan murid kerana mereka

perlu peka dengan warna dan bentuk kertas yang

disebutkan oleh guru.

v. Cara Media Diperoleh:

Bahan 2D ini diperoleh dengan membuatnya sendiri.

Pada mulanya nombor-nombor dibuat dan tersebut

dan dicetak di atas kertas putih sebelum ditampal di

atas kertas-kertas berwarna. Tujuannya adalah untuk

memastikan nombor-nombor tersebut dapat

dipaparkan dengan lebih jelas.

Tayangan Slaid

i. Tujuan:

Tujuan bahan ini digunakan adalah untuk menyediakan

latihan pengukuhan kepada murid-murid dengan cara

yang lebih menarik. Guru cuba berusaha

menggunakan pendekatan ICT berbanding

penggunaan cara lama yang hanya menggunakan

papan hitam atau papan putih.

ii. Cara-cara:

Media ini digunakan secara menyeluruh di dalam kelas

semasa langkah ketiga. Guru akan memaparkan

soalan-soalan Matematik berkaitan dengan objektif

pengajaran dengan mengunakan perisian Microsoft

Power Point. Kemudian, guru akan meminta murid

untuk menjawab soalan tersebut di hadapan dengan

klik pada jawapan yang mereka dapat.

Page 14: MATEMATIK RPH.doc

14

iii.Objektif pembelajaran:

Melalui media ini, guru mengharapkan agar murid-

murid berupaya melakukan operasi penambahan

empat digit nombor dengan tepat. Sekiranya murid-

murid tidak dapat menjawab dengan betul, guru boleh

menunjukkan cara yang betul untuk mengira dalam

bentuk lazim ataupun guru boleh meminta murid lain

untuk menulis jalan pengiraan di hadapan kelas dalam

bentuk lazim.

iv.Adakah ia menarik minat murid-murid:

Paparan soalan dengan menggunakan ICT ini akan

lebih menarik perhatian murid-murid selain sesi

pengajaran juga akan menjadi lebih efektif.

v. Bagaimana ia dihasilkan:

Tayangan slaid ini telah dihasilkan dengan membuat

sendiri soalan Matematik dengan berpandukan buku

teks Matematik Tahun 3. Gambar-gambar yang

menarik telah dimasukkan sebagai latar belakang dan

animasi-animasi yang dirasakan sesuai turut

dimasukkan sebagai cara untuk menarik minat murid-

murid untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat di

dalam slide PowerPoint ini.

4 U – Utilize

Media and

Materials

(Penggunaan

Media Dan

Material)

i. Semakan Media

Bahan 2D

Idea untuk membuat bahan 2D ini telah dikemukakan

kepada pensyarah pembimbing dan beliau telah

mempersetujuinya kerana melalui cara tersebut, guru

dapat menerapkan cara pembelajaran secara visual

(mengenali warna dan bentuk kertas).Selain itu, bahan

2D ini turut ditunjukkan kepada rakan guru pelatih dan

Page 15: MATEMATIK RPH.doc

15

mereka dapati bahan ini menarik kerana murid harus

peka dengan arahan yang diberikan oleh guru.

Tayangan Slaid

Tayangan slaid juga telah ditunjukkan kepada

pensyarah pembimbing dan beliau memberi pendapat

supaya peka dengan gambar latar belakang slaid. Hal

ini bagi memastikan gambar tersebut tidak

menenggelamkan tulisan yang sepatutnya menjadi

fokus dalam slide yang dipaparkan. Rakan guru pelatih

pula berpendapat beberapa kesan suara perlu

dimasukkan terutamanya apabila murid dapat

menjawab dengan betul atau ketika murid memberi

jawapan yang salah.

ii. Bahan/persekitaran

Bahan 2D

Bagi penggunaan bahan 2D ini, guru perlu

menggunakan papan hitam. Selain itu, guru juga perlu

memastikan murid-murid duduk secara bedua-dua dan

menghadap ke hadapan untuk memudahkan guru

melihat mereka. Selain itu, guru akan meminta mereka

untuk berdiri terlebih dahulu dan murid yang dapat

menjawab dengan betul akan dibenarkan duduk.

Tayangan Slaid

Untuk tujuan penggunaan tayangan slaid, guru turut

memerlukan projektor, skrin layar putih dan pembesar

suara serta papan hitam. Papan hitam di sini akan

digunakan apabila murid tidak dapat menjawab soalan

dngan betul. Guru atau murid lain akan menunjukan

jalan perngiraan yang betul serta menerangkan operasi

penambahan dengan menggunakan bentuk lazim. Di

sini, guru seharusnya turut mementingkan murid-murid

Page 16: MATEMATIK RPH.doc

16

duduk secara berpasangan. Namun, rombakan

mungkin akan dibuat sekiranya guru dapati terdapat

murid yang tinggi fizikalnya duduk di bahagian

hadapan kerana mereka akan menghalang penglihatan

murid lain.

iii.Pengalaman Pembelajaran

Bahan 2D

Bagi menggunakan bahan 2D ini, murid-murid

seharusnya sudah mempunyai pengetahuan untuk

mencongak dua nombor mudah sehingga angka 1000.

Selain itu, murid-murid perlulah mengenali pelbagai

warna yang ada serta bentuk-bentuk asas yang telah

mereka pelajari seperti bentuk segi empat dan bulat.

Tayangan Slaid

Memandangkan tayangan slaid ini digunakan pada

langkah ketiga, guru perlulah memastikan murid-murid

mampu menguasai penambahan 2 atau tiga nombor

sehingga 10 0000 semasa proses Pengajaran &

Pembelajaran dalam langkah 2.

5 R – Require

Learner

(Penglibatan

Pelajar)

Bahan 2D

Kad imbasan nombor ini akan ditampal di hadapan kelas.

Pada mulanya, guru akan meminta semua murid berdiri.

Kemudian guru memanggil nama seorang murid dan

memintanya mencari hasil tambah 2 nombor yang

ditampal di hadapan secara congak. Guru akan menyebut

warna dan bentuk kertas, bukan nombor kertas. Jika murid

tersebut dapat menjawab dengan betul, dia dibenarkan

duduk. Namun, jika jawapan yang diberikan salah, guru

akan meminta murid lain menjawab dengan mengangkat

tangan mereka terlebih dahulu.

Page 17: MATEMATIK RPH.doc

17

Tayangan Slaid

Tayangan slaid dipaparkan di hadapan kelas. Pada

mulanya guru menunjukkan contoh bagaimana tayangan

slaid tersebut akan digunakan. Kemudian, seorang murid

akan dipanggil untuk menjawab soalan. Sekiranya

jawapan yang diberikan salah, guru perlulah menunjukkan

langkah pengiraan yang betul. Guru juga boleh meminta

murid lain menunjukkan langkah pengiraan yang betul.

Tayangan slaid ini mempunyai dua bahagian. Oleh itu,

guru perlu menetapkan 5 minit untuk setiap bahagian.

6 E – Evaluate

and Revise

(Penilaian dan

Revise)

Pada akhir pembelajaran, murid-murid seharusnya mampu

untuk menjawab soalan dalam lembaran kerja yang

diberikan dengan melakukan operasi penambahan tiga

nombor sehingga 4-digit dalam bentuk lazim. Bagi

penilaian bahan-bahan media, murid-murid perlu mengisi

borang penilaian yang disediakan dan guru akan membuat

kesimpulan daripada penilaian murid.

Page 18: MATEMATIK RPH.doc

18

4.0 PENUTUP

Bagi semester ini saya telah mempelajari subjek Teknologi dalam Pengajaran

dan Pembelajaran.Melalui subjek ini, saya memahami bahawa teknologi

bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan buka juga alat, sebaliknya

proses, kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat

atau bahan itu mencapai kejayaan.

Selain itu, saya turut diberi pendedahan mengenai keberkesanan

pengajaran guru bukan sahaja mampu memproses maklmat dan memperoleh

maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan

mengaplikasikanya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baru.

Sehubungan itu, saya telah diberi tugasan yang berkaitan dengan

konsep teknologi yang telah saya pelajari. Tugasan tersebut mengkehendaki

saya untuk membuat perancangan pengajaran pembelajaran berdasarkan

Model ASSURE kerana melalui model tersebut, saya dapat mempelajari cara

yang baik untuk merancang pengajaran yang mengaplikasikan penggunaan

median. Sebelum itu, saya perlu memahami enam ciri yang terkandung dalam

Model ASSURE.

Berdasarkan Model ASSURE tersebut, saya dikehendaki pula

merancang satu rancangan pengajaran harian untuk murid sekolah

rendah.Saya diberi kebebasan untuk memilih mana-mana huraian sukatan

pelajaran untuk sekolah rendah.Apa yang penting, saya perlu memahami

tajuk yang dipilih dan objektif yang menjadi matlamat dalam pengajaran

tersebut.

Selain itu, saya perlu mengaplikasikan teknologi dalam penyediaan

rancangan pengajaran pembelajaran tersebut, bersesuaianlah dengan subjek

ini sendiri.Saya harus memastikan sekurang-kurangnya dua bahan media

digunakan dalam rancangan pengajaran tersebut.

Sebagai kesimpulannya, tugasan pada kali ini memberi banyak

pendedahan kepada guru pelatih untuk memahami konsep teknologi dan

menggunakan teknologi yang ada pada masa kini dengan sebaik-baiknya

supaya gaya pengajaran kita dapat dipertingkat dari semasa ke semasa.