mazlini bt hamat - fp.utm.my · 1.3 pernyataan masalah 6 1.4 objektif kajian 7 1.5 persoalan kajian...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK
“MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC – INDUCTOR”
MAZLINI BT HAMAT
JANUARI 2012
i
PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK
“BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC-INDUCTOR”
MAZLINI BT HAMAT
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………….....
Nama Penulis : .Mazlini Bt Hamat
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Teristimewa but Ayahandaku yang dihormati…Hamat Bin Yaacob
Teristimewa buat ibundaku yang tercinta..Hasnah Binti Ismail
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala doa restu yang telah diberikan…
Terima kasih tidak terhingga atas segala kasih sayang yang telah diberikan kepadaku…
Buat abang, kakak dan adik
Mohd Khairul Azmi, Mazuraida, Mazlina
Buat Cik Rafeizah serta pensyarah-pensyarah UTM
Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan…
Juga buat insan-insan yang bergelar Teman
Terima kasih atas segala dorongan, bantuan serta persahabatan yang dihulurkan…
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T…
KepadaMu jua Ya Allah ku mohon kesejahteraan, kemuliaan dan kekuatan agar termakbul…
Segala cita-cita…….Amin..
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurniaNya, maka modul akademik ini dapat disempurnakan dengan jayanya.
Sesungguhnya usaha semata-mata masih belum tentu membuahkan hasil melainkan
ianya diiringi dengan munajat dan doa ke hadrat Allah S.W.T.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penyelia penyelidikan, Cik
Rafeizah Bt Mohd Zulkifli yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan,
tunjuk ajar dan nasihat. Tidak lupa juga kepada Tuan Haji Mohsin yang banyak
membantu dalam memberi kerjasama bagi menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga
kepada pelajar-pelajar UTM SPACE yang sudi meluangkan masa untuk sesi ujian
bagi kajian yang dijalankan. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah
S.W.T yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ayah dan ibu yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan saya. Segala dorongan dan bantuan yang telah diberikan tidak
terbalas, hanya bukti kejayaan yang mampu diberikan. Jutaan terima kasih juga buat
teman-teman seperjuangan yang banyak memberi kerjasama menyiapkan projek ini.
Dengan kerjasama semua pihak, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar
dan dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah membalas jasa baik kalian
semua. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul akademik Asas Elektrik dan
Elektronik. Modul merupakan bahan pembelajaran yang sesuai dan membolehkan
pelajar belajar secara sendiri serta menggunakannya dalam meningkatkan
kefahaman. Maka dengan itu, satu projek telah dijalankan untuk menghasilkan
sebuah modul yang bertajuk “Basic of Electric and Electronic-Inductor”
berdasarkan kepada Teori Beban Kognitif dan kaedah pembangunan berasaskan
kepada Model Pembinaan Modul Sidek. Terdapat tiga ujian yang dijalankan iaitu
kesahan, kebolehpercayaan dan penilaian keberkesanan. Seramai 2 orang pakar
bidang dipilih untuk menjalankan ujian kesahan kandungan dan 13 orang pelajar
telah terlibat dalam ujian penilaian keberkesanan. Manakala, jumlah pelajar yang
dipilih untuk menjalankan ujian kebolehpercayaan adalah seramai 7 orang. Hasil
pembangunan modul menunjukkan modul mempunyai kesahan kandungan yang
tinggi iaitu sebanyak 95 peratus serta kebolehpercayaan sebanyak 0.70.
vi
ABSTRACT
This study is meant to build a basic of electric and electronic module. A module is
types of suitable learning material that enables students to improve their
understanding by learn individually and also as revision. Therefore, a project was
carried out to produce a module entitled “Basic of Electric and Electronic-Inductor”
based on Cognitive Load Theory and the development method based on Model
Pembinaan Modul Sidek. There are three evaluation test had been done which is
validity, reliability and effective evaluation. A number of 2 subject expert had been
involved in the validity test and 13 students had been involved in the reliability test.
At the same time, 7 students had been chosen to get through the effective evaluation
test. This study show module had high 95 percent content validity and 0.70
reliability.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI GRAF xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan UTM 8
1.6.2 Pensyarah mata pelajaran 9
1.6.3 Fakulti Pendidikan UTM 9
viii
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Terminologi 11
1.9.1 Modul 11
1.9.2 Basic 11
1.9.3 Electric 11
1.9.4 Electronic 12
1.10 Penutup 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Modul 13
2.2.1 Sejarah Modul 14
2.2.2 Definisi Modul 15
2.2.3 Objektif Penggunaan Modul 16
2.2.4 Andaian Modul 17
2.2.5 Ciri-ciri Modul 18
2.2.6 Prinsip-prinsip Modul 21
2.2.7 Kegunaan Modul 22
2.2.8 Kebaikan Modul 23
2.3 Teori Pembangunan Modul 24
2.3.1 Teori Beban Kognitif 24
2.3.1.1 Prinsip-prinsip Teori Beban 26
Kognitif
2.3.2 Teori Behaviorisme 26
2.3.2.1 Prinsip-prinsip Teori 27
Behaviorisme
2.3.2.2 Aplikasi Prinsip Teori 28
Behaviorisme
2.3.3 Teori Konstruktivisme 28
2.3.3.1 Prinsip-prinsip Teori 30
Konstruktivisme
ix
2.3.3.2 Implikasi Teori Konstruktivisme 31
dalam Pengajaran
2.4 Model Pembinaan Modul 31
2.4.1 Model Pembinaan Modul Sidek 32
2.4.2 Model Pembinaan Modul Sharifah 34
Alwiah Alsagoff
2.4.3 Model Pembinaan Modul Russell 35
2.5 Penutup 37
3 REKABENTUK MODUL
3.1 Pengenalan 38
3.2 Proses Pembinaan Modul 39
3.2.1 Rasional Pemilihan Model Pembinaan Modul 40
Sidek
3.2.2 Rasional Pemilihan Teori Beban Kognitif 40
3.3 Peringkat I: Menyediakan Draf Modul 41
3.3.1 Pembinaan Matlamat 41
3.3.2 Mengenal Pasti Teori, Rasional, 42
Falsafah, Konsep, Sasaran, Dan
Tempoh Masa.
3.3.3 Kajian Keperluan 43
3.3.4 Menetapkan Objektif 44
3.3.5 Pemilihan Isi Kandungan 44
3.3.6 Pemilihan Strategi 45
3.3.7 Pemilihan Logistik 45
3.3.8 Pemilihan Media 45
3.3.9 Menyatukan Draf Modul 46
3.4 Peringkat II: Mencuba dan Menilai Modul 46
3.4.1 Kajian Rintis untuk Menilai Modul 46
3.4.2 Menguji Kesahan Modul 47
3.4.3 Menentukan Kebolehpercayaan Modul 48
3.4.4 Penilaian Keberkesanan Modul 51
x
3.5 Rekabentuk Kajian 53
3.6 Tempat Kajian 53
3.7 Populasi Kajian 53
3.8 Sampel Kajian 54
3.9 Instrumen Kajian 55
3.9.1 Ujian Bertulis 55
3.9.2 Soal Selidik 55
3.10 Kaedah Analisis Data 56
3.10.1 Kesahan Modul 56
3.10.2 Kebolehpercayaan Modul 57
3.10.3 Penilaian Keberkesanan Modul 57
3.11 Andaian Kajian 58
3.12 Batasan Kajian 59
3.13 Penutup 59
4 PEMBANGUNAN MODUL & ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 60
4.2 Hasil Pembangunan Modul 60
4.2.1 Muka Depan 61
4.2.2 Grid Kurikulum 62
4.2.3 Objektif Umum 63
4.2.4 Isi Pengajaran 64
4.2.5 Contoh Soalan 66
4.2.6 Strategi Penilaian 68
4.2.7 Jawapan 69
4.2.8 Rujukan 70
4.3 Analisis Dapatan Kajian 71
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 71
4.3.1.1 Nilai kesahan modul 71
4.3.1.1.1 Kesahan pakar bidang pertama 73
4.3.1.1.2 Kesahan pakar bidang kedua 74
4.3.1.2 Nilai kebolehpercayaan isi 75
xi
kandungan modul
4.3.1.3 Nilai kebolehpercayaan rekabentuk 76
Dan strategi modul
4.4 Analisis Penilaian Keberkesanan Modul 77
4.4.1 Analisis persoalan kajian 2 77
4.4.2 Perbandingan skor markah 77
kumpulan kawalan
4.4.3 Perbandingan skor markah 79
kumpulan eksperimen
4.4.4 Perbandingan gred antara kumpulan 80
Kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen
4.5 Penutup 83
5 RUMUSAN, PEBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 84
5.2 Rumusan 84
5.3 Perbincangan 86
5.3.1 Membangunkan modul berasaskan Teori 87
Beban Kognitif
5.3.1.1 Pengesahan Kandungan Modul 87
5.3.1.2 Kebolehpecayaan modul 89
5.3.2 Membangunkan Modul Berdasarkan Model 91
Pembinaan Modul Sidek
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.5 Penutup 93
BIBLIOGRAFI 94
LAMPIRAN A 99
LAMPIRAN B 100
LAMPIRAN C 105
LAMPIRAN D 107
xii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert Empat Mata 55
3.2 Sistem Gred Pemarkahan UTM 58
4.1 Skor Pakar Bidang Pertama dan Kedua 72
4.2 Nilai pekali Alpha Cronbach Isi Kandungan Modul 75
4.3 Pengiraan Nilai Kebolehpercayaan Isi Kandungan Modul 76
4.4 Nilai pekali Alpha Cronbach Rekabentuk dan Strategi Modul 76
4.5 Perbandingan skor markah ujian pra dan ujian pasca kumpulan 78
kawalan
4.6 Perbandingan skor markah ujian pra dan ujian pasca kumpulan 79
eksperimen
4.7 Perbandingan gred antara kumpulan kawalan dan kumpulan 80
eksperimen
4.8 Ringkasan Perbandingan Gred bagi kumpulan kawalan dan 81
kumpulan eksperimen
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH MUKA SURAT
2.1 Model Pembinaan Modul sidek 33
2.2 Model Pembinaan Sharifah Alwiah Alsagoff (1981) 34
2.3 Proses Pembinaan Modul Russell 36
3.1 Proses Pembinaan Modul 39
3.2 Proses untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan menggunakan 50
model Sesiri
3.3 Proses Penilaian Keberkesanan 52
3.4 Polpulasi dan Sampel 54
4.1 Tajuk dan Muka Hadapan Modul 61
4.2 Contoh Paparan Isi Kandungan 62
4.3 Contoh Objektif Modul 63
4.4 Contoh Isi Pengajaran 65
4.5 Contoh Soalan Pengiraan 67
4.6 Contoh Soalan Penilaian 68
4.7 Contoh Jawapan Soalan Penilaian 69
4.8 Rujukan 70
4.9 Nilai Kesahan Pakar Bidang Pertama 73
4.10 Nilai Kesahan Pakar Bidang Kedua 74
xiv
SENARAI GRAF
NO. GRAF MUKA SURAT
4.1 Taburan Pencapaian Kumpulan Kawalan 82
4.2 Taburan Pencapaian Kumpulan Eksperimen 83
xv
SENARAI SIMBOL
f - Kekerapan
% - Peratus
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
IPTA - Institut Pendidikan Tinggi Awam
IPTS - Institut Pendidikan Tinggi Swasta
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
STB - Sangat Tidak Bersetuju
TB - Tidak Bersetuju
TP - Tidak Pasti
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
SPSS - Statistic Packages for Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UTM (SPACE) School of Professional and Continuing Education
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh Soal Selidik Menguji Kesahan 99
Kandungan Modul Akademik Basic of
Electric and Electronic-Inductor.
B Contoh Soal Selidik Menguji 100
Kebolehpercayaan Modul Akademik Basic
of Electric and Electronic-Inductor.
C Contoh Soalan Ujian Pra 105
D Contoh Soalan Ujian Pasca 107
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek
penting yang amat dititik beratkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang
maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan
terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang
dilaksanakan dalam sesebuah negara penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan
dan sosialisasinya yang mana kanak – kanak dididik untuk menjadi insan yang
berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan
sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu
melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan
kaum di kalangan para pelajar (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1957).
Dasar pendidikan di Malaysia mempunyai peranan yang amat penting dalam
menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini adalah untuk
menghasilkan pelajar yang berdisiplin dan mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang cekap dan efisyen. Bagi mencapai matlamat pendidikan
sedemikian, fokus utama diberikan terhadap pembentukan kandungan pengajaran
dan kaedah penyampaian terhadap kandungan tersebut. Dengan itu, satu
pembelajaran yang bercorak modul diperkenalkan untuk melahirkan pelajar yang
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Menurut Sharifah Alwiah (1984),
pembelajaran bercorak modul sudah lama diperkenalkan khususnya di peringkat
2
maktab perguruan dan pembelajaran bercorak ini mempunyai kebaikan dan tidak
sukar untuk menyediakannya.
Modul merupakan satu alternatif bagi memupuk dan memberi pendedahan
awal kepada pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung kepada pensyarah selain
dapat membantu pelajar memahami sesuatu subjek dengan lebih baik (Kamdi Kamil,
1990). Terdapat pelbagai pembangunan modul telah dihasilkan di pusat-pusat
pengajian tinggi yang mana istilahnya lebih kepada modul akademik. Ini disokong
oleh Sidek dan Jamaludin (2005) yang menyatakan bahawa modul akademik adalah
modul yang sangat lengkap yang mengandungi nota dan semua bahan pengajaran
yang disediakan oleh pensyarah untuk membolehkan pelajar belajar bersendirian
tanpa bantuan guru atau pensyarah. Modul akademik juga lebih berkonsepkan
memberi kemudahan perkembangan kognitif khususnya memori, kefahaman,
motivasi dan minat serta tumpuan para pelajar. Modul bukan sahaja sebagai rujukan
dan kegunaan kepada para pelajar tetapi turut menjadi satu nota kepada pensyarah
dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas.
Modul yang bersesuaian seharusnya mempunyai rajah yang berwarna-warni,
nota dan langkah-langkah penerangan yang jelas supaya dapat membantu para
pelajar menguasai sesuatu topik dengan keadaan mengalami keseronokan semasa
belajar (T.Komate, 2008). Modul akademik yang bermutu adalah modul yang
mempunyai daya tarikan yang tinggi iaitu mampu melahirkan pelajar yang boleh
belajar mengikut keperluan dan kadar kebolehan secara individu (Meyer, 1998).
Malah dengan adanya modul akademik, secara tidak langsung akan dapat membantu
pensyarah-pensyarah, guru-guru di sekolah dan pelajar-pelajar dalam menguasai
ilmu seterusnya menyebarkan ilmu pengetahuan itu secara sistematik dan tersusun.
Selain itu, modul akademik juga mempunyai kebaikan kepada pelajar dalam
meningkatkan dan mengembangkan lagi ilmu pengetahuan mereka untuk
pembelajaran seterusnya sama ada diperingkat sekolah mahupun di peringkat
universiti.
3
Sehubungan dengan itu, modul akademik dirasakan sangat sesuai kepada
pelajar sebagai bahan rujukan tambahan dalam proses P&P dengan mengambil kira
kognitif pelajar dalam penghasilan modul tersebut. Oleh yang demikian, satu kajian
dilaksanakan untuk membangunkan satu modul akademik bagi kegunaan pelajar
universiti iaitu Basic of Electric and Electronic – Inductor sebagai modul akademik
yang lengkap dan baik. Modul ini difokuskan kepada pelajar tahun satu UTM yang
mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) bagi menguasai subjek Asas Elektrik dan Elektronik (SPL 1012). Pembinaan
modul yang baik adalah dengan mengambil kira kebolehan kognitif para pelajar serta
menggunakan model pembinaan modul yang bertepatan. Menerusi penggunaan
modul tersebut, diharapkan sistem P&P mengalami perubahan inovasi yang
mengarah kepada suatu sistem yang sistematik serta berkualiti. Adalah diharapkan
juga, ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dapat diaplikasi dan dapat memberi
manfaat kepada diri sendiri serta pihak-pihak lain yang terlibat di samping dapat
meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kecekapan sesuatu sistem pendidikan secara khusus boleh dilihat dari aspek
sistem P&P itu menjalankan fungsinya dengan baik untuk memenuhi keperluan
semasa. Sehubungan itu, sering ditegaskan bahawa mutu pengajaran dalam kelas
perlu ditingkatkan untuk memperbaiki mutu pendidikan bagi sistem pendidikan
tersebut (Koh, 1986). Dalam sistem pendidikan di sekolah sekarang, pelbagai
penggunaan kaedah pengajaran digunakan oleh guru untuk memantapkan sistem
P&P mereka. Salah satunya ialah pembelajaran berkonsepkan modul.
Modul merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang dicipta untuk
membantu dan menyenangkan pelajar dalam pembelajaran. Menurut Sharifah
Alwiah (1984), semua modul yang dibangunkan adalah untuk menyenangkan
pembelajaran pelajar agar pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik. Namun
demikian, modul juga dapat direka khas untuk guru supaya guru dapat mengajar
4
dengan berkesan. Modul yang memuatkan semua maklumat untuk membolehkan
guru mengajar dengan lebih berkesan ini biasanya dikelaskan sebagai modul
pengajaran (Sharifah Alwiah, 1984).
Penggunaan modul akademik yang dibangunkan adalah sangat penting dalam
memberi kemudahan kepada pelajar terutamanya pelajar-pelajar institusi pengajian
tinggi awam mahupun swasta. Modul jenis ini adalah modul yang sangat lengkap dan
mengandungi semua bahan dan sumber pengajaran yang selaras dengan sukatan yang
ditetapkan oleh fakulti. Namun, penggunaan modul yang sedia ada sekarang masih
lagi belum mencukupi dan tidak mendapat sambutan yang meluas dikalangan pelajar
serta pensyarah Fakulti Pendidikan. Berdasarkan kepada pemerhatian yang
dijalankan, tiada rujukan modul yang khusus bagi subjek Asas Elektrik dan
Elektronik untuk pelajar tahun satu yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH). Masalah ini menyukarkan
pelajar untuk mendapatkan rujukan bagi meningkatkan kefahaman mereka dalam
subjek ini. Kebanyakan rujukan yang diperolehi hanyalah daripada pensyarah-
pensyarah yang mengajar subjek tersebut. Ini dapat dibuktikan melalui pengalaman
penyelidik sendiri semasa mengambil subjek Asas Elektrik dan Elektronik ketika
tahun satu dalam pengajian.
Selain itu, modul yang terdapat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengandungi isi kandungan yang
terlalu meluas. Ini menyukarkan pelajar untuk mendapatkan rujukan yang bertepatan
dengan silibus mereka sebagai rujukan utama. Isi kandungan yang padat dan
mengikut silibus penting kepada para pelajar untuk memastikan pelajar tidak
ketinggalan dalam proses pembelajaran yang penuh dengan kemodenan ini. Oleh itu,
pembinaan modul akademik yang mempunyai isi kandungan yang lengkap dan
mengikut keperluan pelajar adalah perlu bagi mengatasi permasalahan ini disamping
modul tersebut dapat dijadikan panduan oleh pensyarah universiti ataupun kolej-
kolej sebagai rujukan tambahan (Sharifah Alwiah, 1984).
5
Menurut Corey (1967) dalam Emy Shafinaz, pengajaran menggunakan modul
adalah berbeza kerana ia mampu membantu pelajar memperkembangkan idea dengan
jelas dan lancar. Jadi, modul yang dihasilkan sepatutnya mempunyai elemen yang
padat dengan kandungan ilmu pengetahuan supaya pembelajaran dapat berlaku
dengan teratur dan baik. Dengan itu, menjadi satu keperluan bagi setiap orang pelajar
kursus teknikal di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) UTM
mempunyai satu modul yang ringkas dan padat sebagai rujukan tambahan untuk
memenuhi kehendak terhadap sumber bahan P&P yang berkualiti. Menurut Emy
Shafinaz (2008), bahan pengajaran yang sistematik dan terancang amat diperlukan
untuk memaksimumkan keberkesanan dalam proses P&P.
Sehubungan itu, bagi menghasilkan modul yang berkesan, ia haruslah
dibangunkan berdasarkan teori pembangunan modul yang bersesuaian (Wan Ahmad
Khairun Nasri, 2010). Di samping itu, urutan-urutan yang terkandung dalam
sesebuah modul juga perlu diikuti bagi memastikan modul yang dihasilkan ringkas,
padat, menyeluruh serta memberi kesan kepada pengguna modul tersebut. Manakala
teori pula merupakan tunjang kepada kekuatan sebuah modul yang dihasilkan.
Menurut Sweller et al (1998), pemilihan teori yang releven mampu mengurangkan
beban kognitif pelajar dan dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar dalam
proses P&P. Antara teori yang sedia ada adalah seperti Teori Beban Kognitif, Teori
Konstruktivisme dan Teori Behaviorisme. Dalam konteks modul yang bakal
dibangunkan, teori yang digunakan adalah Teori Beban Kognitif. Teori Beban
Kognitif dikatakan amat bersesuaian dalam pembangunan modul Basic of Electric
And Electronic-Inductor kerana melalui teori ini, pelajar dapat memahami isi
kandungan pelajaran dengan lebih mudah dan selaras dengan rekabentuk kognitif
mereka.
Selain itu, pemilihan model pembinaan juga adalah penting bagi penghasilan
modul yang berkesan. Penggunaan model pembinaan merupakan satu pendekatan
yang baik untuk menghasilkan modul yang tersusun serta mengikuti skop-skop
kandungan yang diperlukan. Model pembinaan modul yang boleh digunakan adalah
seperti Model Pembinaan Modul Sidek (2005), Model Pembinaan Modul Sharifah
Alwiah Alsagoff (1984) dan Model Pembinaan Modul Russell (1974). Bagi modul
6
yang dibangunkan, model pembinaan yang dipilih dan digunakan adalah Model
Pembinaan Modul Sidek yang telah diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah dan
Jamaludin Ahmad (2005). Model ini boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan
satu rekabentuk modul yang tersusun serta teratur dari segi isi kandungan modul.
Secara kesimpulannya, penghasilan modul akademik Basic of Electric and
Electronic dalam topik Pearuh( Inductor) adalah perlu bagi membantu pelajar dan
juga pensyarah dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah mahupun di
universiti. Dengan terhasilnya modul ini juga turut meningkatkan kefahaman serta
penguasaan pelajar di dalam subjek yang dipelajari di samping dapat membantu
pensyarah menyampaikan isi pengajaran dengan jelas, kemas, padat, tersusun dan
sistematik.
1.3 Penyataan Masalah
Ledakan era globalisasi abad ke 21 telah membawa cabaran literasi bahasa
dan komunikasi kepada sebuah negara membangun seperti Malaysia terutamanya
dalam aspek pendidikan. Penggunaan modul amat penting sebagai sumber rujukan
supaya kefahaman terhadap kandungan isi pengajaran diperolehi dengan mudah.
Dalam kajian yang dijalankan, kebanyakan modul yang berkaitan dengan mata
pelajaran Asas Elektrik dan Elektronik bagi kursus pendidikan sukar untuk didapati
kerana tiada modul yang khusus serta lengkap untuk subjek ini. Atas sebab inilah
kajian berkaitan modul dikemukakan bagi pembinaan modul akademik berasaskan
Teori Beban Kognitif dan Model Pembinaan Modul Sidek dapat dibangunkan
dengan memuatkan kandungan yang ringkas serta mudah difahami supaya dapat
menyelesaikan masalah seperti yang telah dinyatakan di atas. Responden yang
terlibat dalam kajian ini adalah pelajar separuh masa (UTM SPACE) tahun satu bagi
program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
semester satu, sesi 2011/2012 serta dua orang pakar bidang yang merupakan
pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik di UTM. Kajian ini akan dijalankan di
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif dan matlamat kajian bagi pembangunan modul pembelajaran
akademik telah difokuskan dengan jelas untuk memberi kemudahan kepada pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Objektif kajian yang telah
dikenalpasti adalah seperti berikut:
i. Membangunkan modul akademik Basic of Electric and Electronic-
Inductor berasaskan Teori Beban Kognitif.
ii. Membangunkan modul akademik Basic of Electric and Electronic-
Inductor berdasarkan kepada Model Pembinaan Modul Sidek.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah ditetapkan, persoalan kajian
adalah seperti berikut:
i. Adakah modul akademik Basic of Electric and Electronic-Inductor yang
dibangunkan berasaskan Teori Beban Kognitif dapat diaplikasikan dalam
teori pengajaran dan pembelajaran?
ii. Adakah modul akademik Basic of Electric and Electronic-Inductor dapat
dibangunkan berdasarkan kepada Model Pembinaan Modul Sidek?