mbm 5
TRANSCRIPT
SELAMAT ULANG TAHUN DBP (22 JUN 2011) : DBP MEREALISASIKAN GAGASAN 1 MALAYSIAby Bulan Bahasa Kebangsaan on Tuesday, June 21, 2011 at 1:26am ·
Pendahuluan
Ketika YAB Dato` Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
memperkenalkan gagasan 1 Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai sebuah organisasi yang
dipertanggungjawabkan oleh kerajaan memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu melalui kegiatan
kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan sebenarnya telah lama bergerak mendukung hasrat tersebut.
Ini terbukti melalui ucapan YAB Perdana Menteri yang menegaskan bahawa “konsep 1 Malaysia perlu dibina
berasaskan kerangka Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak kuasa Persekutuan dan kuasa negeri,
memelihara kedaulatan Raja-raja Melayu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung
sebagai tonggak negara, keistimewaan hak orang Melayu terpelihara dan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang tidak boleh sama sekali dipertikaikan.”
Bahasa Kebangsaan Sebagai Alat Penyatuan dan Kemajuan Negara
Semangat daripada gagasan 1 Malaysia ini adalah untuk membangunkan Malaysia dengan rakyatnya yang
berbilang kaum, agama, keturunan, latar belakang, dapat bersatu dalam sebuah negara bernama Malaysia.
Oleh sebab itu, rakyat Malaysia perlu memahami dengan mendalam falsafah tersebut serta bagaimana
peranan bahasa Melayu atas kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan mampu mewujudkan masyarakat
Malaysia yang bersatu padu. Selain daripada itu inti pati terhadap gagasan 1 Malaysia ini tentunya
berhubung kait dengan perpaduan, keharmonian dan perkongsian hidup seluruh rakyat Malaysia. Perpaduan
antara pelbagai kaum di Malaysia menjadi teras kepada keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara.
Sememangnya secara tradisinya selama ini, walaupun sebelum adanya gagasan 1 Malaysia, melalui proses
pemasyarakatan perpaduan kaum dapat dipelihara dengan baik kerana adanya persefahaman antara kita di
negara Malaysia. Perpaduan antara kaum ini tentunya menggunakan medium komunikasi yang satu dan
mestilah berdasarkan bahasa yang bersopan santun, kiasan, perbilangan, peribahasa, bahasa beradat dan
beradab sebagai cara kita menunjukkan perasaan hormat-menghormati dan mempelajari hal-hal yang sama.
Menurut Bill Ashcroft (2003), keluasan cakerawala yang mengikuti proses-proses neologisme, pembaharuan,
penggunaan kiasan, dan pemakaian imaginasi pada umumnya akan memperluaskan bahasa itu sendiri.
Salah satu usaha asas dan dasar yang mesti diutamakan dalam melestarikan gagasan 1 Malaysia adalah
dengan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti mana yang termaktub di dalam
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Dewan bahasa dan Pustaka terus kekal relevan dan berperanan untuk
mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Hal ini sejajar
dengan Perlembagaan dan Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32). Pelbagai langkah telah
diatur bagi memastikan fungsi bahasa Melayu sebagai pembentuk jati diri bangsa dan negara terus
dilaksanakan. Oleh sebab itu sekiranya rakyat Malaysia menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara
yang mempunyai pelbagai kaum dari pelbagai tradisi, maka gagasan 1 Malaysia yang bertujuan untuk
menyatukan rakyat Malaysia sebagaimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri perlu mengambil kira
pengertian perpaduan yang sebenarnya. Selagi bangsa Malaysia wujud, bahasa sebagai identiti bangsa perlu
wujud.
Dalam keadaan yang demikian, bahasa sebagai “jantung kepada gagasan tersebut mempunyai peranan
yang amat besar sebagai wadah penyatu yang mampu merapatkan perbezaan yang wujud. Hanya bahasa
Melayu yang dapat menjadi alat untuk menyatukan pelbagai suku kaum di negara kita. Bahasa Melayu,
dalam kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara telah membuktikan
keupayaannya sebagai bahasa perhubungan, bahasa penyatu, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu yang
tinggi. Peranan bahasa kebangsaan dalam pembangunan memang telah terbukti, dan Ferguson (1962)
menegaskan bahawa negara yang tidak mengembangkan dan menggunakan bahasa kebangsaannya
didapati mengalami kemunduran dari segi ekonomi.
Pada bahasa nasional itulah terletaknya kunci pembinaan sumber tenaga manusia, dan sumber tenaga
manusia itulah kunci pembangunan negara (Simanjuntak, 1995). Adalah amat malang bagi negara Malaysia
sekiranya selepas hampir 54 tahun merdeka dan selepas hampir 54 tahun mengadakan pelbagai program
untuk membangunkan negara, rakyat Malaysia masih belum menerima bahasa Melayu sebagai bahasa alat
penyatuan pelbagai bangsa di negara kita.
Peranan DBP Merealisasikan Gagasan 1 Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah “cermin” yang memaparkan wajah dan pemikiran bangsanya.
Selama lebih lima dekad, DBP telah menyumbang kepada pembinaan sebuah negara bangsa. Sebagai
sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan memaju dan mengembangkan bahasa Melayu
melalui kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitannya, DBP telah menjadi sebuah institusi yang
bergerak sederap dan selangkah dengan hasrat kerajaan melalui slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian diutamakan.
Seiring dengan gagasan tersebut peranan DBP dalam melestarikan gagasan 1 Malaysia itu amat jelas dan
penting. Program-program kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan yang dirancang dan dilaksanakan
memenuhi kehendak pelbagai peringkat masyarakat. Sebagai sebuah institusi ilmu, DBP selama 55 tahun
telah terlibat dalam usaha membina tamadun dan mengangkat martabat bangsanya. DBP sejak awal
penubuhannya telah mengorak langkah untuk meningkatkan kecekapan dan potensi bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Dari segi pembinaan korpus, pelbagai langkah dan strategi telah
dilaksanakan oleh DBP bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berupaya
mengungkapkan pelbagai perkara dan ilmu terkini, sama ada dalam sistem pendidikan mahupun dalam
ranah yang lebih umum, seperti dalam sistem pentadbiran negara dan sebagainya (Noresah, 2009).
Kegiatan kebahasaan dan persuratan terus dilaksanakan untuk memupuk rasa cinta terhadap bahasa
kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Di dalam negara, program pengembangan bahasa dirancang
dengan matlamat untuk memenuhi peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa ilmu. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang semenjak tahun 1999 dikenali sebagai Bulan Bahasa dan
Sastera Negara disambut pada bulan Oktober setiap tahun menjadi bukti betapa DBP begitu komited
terhadap hasrat mencapai gagasan 1 Malaysia.
Program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang bertujuan membina jati diri dan memperteguh perpaduan
dan kebersamaan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera diberikan nafas baharu selaras konsep 1
Malaysia. Program-program yang dijalankan bermatlamat memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan
jati diri dan citra bangsa Malaysia sekali gus memperkuat kecintaan dan kemegahan pada bahasa
kebangsaan. Bagi mencapai tujuan tersebut dengan lebih berkesan, pengisian program BBK turut
melibatkan lebih ramai masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang ekonomi dan sosial.
Penyertaan pelbagai kaum dalam kegiatannya menjadikan bahasa sebagai produk pemasaran dan promosi
membantu usaha mempertingkatkan penghayatan, penghargaan masyarakat terhadap bahasa Melayu.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan di pelbagai tempat sempena BBK telah menguntungkan masyarakat
terutama melalui kegiatan ceramah, bengkel penghayatan, pengucapan puisi, pameran bahasa , kegiatan
kebahasaan dan kebudayaan dan sebagainya.
Program pembinaan bahasa dirancang untuk mencapai matlamat membina, mengukuhkan dan
meningkatkan pangkalan data korpus dan data leksikal bahasa Melayu dalam bidang peristilahan,
perkamusan, tatabahasa, laras bahasa dan ortografi. Sehingga kini DBP telah berjaya menggubal lebih
daripada sejuta istilah di dalam pelbagai bidang ilmu sebagai prasarana mengungkapkan ilmu tinggi secara
ekspresif dalam bahasa Melayu. Usaha ini masih diteruskan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi
tempatan. Usaha penyebaran maklumat bahasa dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai medium,
sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Khidmat Nasihat DBP yang dibangunkan melalui
sistem bersepadu memberikan ruangan bagi membantu pengguna mengemukakan pertanyaan mereka
dalam pelbagai aspek berkaitan tugas dan peranan DBP melalui saluran telefon, mel elektronik di laman
DBP www.dbp.gov.my dan kunjungan. Khidmat terbaharu dibangunkan khusus untuk menangani masalah
kekeliruan bahasa ialah Khidmat PRPM iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Bagi memupuk jati diri rakyat Malaysia yang mempunyai citra diri yang tinggi, kemahiran berbahasa dalam
kalangan masyarakatnya perlu dipertingkatkan Asmah,1992). DBP melalui kursus-kursus yang diadakan
telah dan sedang berperanan mewujudkan kemahiran tersebut dengan mendedahkan rakyat Malaysia
kepada kesantunan bahasa bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sesama kita. Hal ini kerana,
sebagai alat komunikasi yang paling utama, sebarang kecelaruan pemahaman makna dalam bahasa yang
dituturkan akan mewujudkan ketegangan yang sia-sia.
DBP juga akan terus mempergiatkan usaha untuk membina Munsyi Dewan, memantau dan menegur
penggunaan bahasa dalam media dan di tempat awam, menyebarkan maklumat bahasa melalui siaran
radio, dan memberikan anugerah dan pengiktirafan kepada individu dan institusi yang mengutamakan
penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul.
Program pembinaan dan pengembangan sastera DBP berfokus kepada pembinaan korpus sastera dan
pembinaan manuskrip sastera. DBP telah mempergiatkan pembinaan korpus kesusasteraan Melayu Moden
dan penyediaan manuskrip melalui penyelidikan dengan matlamat hasil penyelidikan ini diterbitkan. DBP
sebagai badan penggalak kegiatan dan pengembangan sastera tanah air telah mengadakan pelbagai
program bertujuan memperluaskan khalayak sastera, memperbanyak dan meningkatkan kualiti buku
sastera dan memperkasakan sasterawan dan penulis sastera.
Program-program yang dirancang mengundang keterlibatan penulis serta khalayak pelbagai kaum yang
meliputi tiga kaum terbesar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Untuk menggerakkan dan
menjana program pembinaan dan pengembangan sastera Melayu di peringkat kanak-kanak dan remaja, DBP
pada tahun 2006 telah menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak
dan Remaja atau nama ringkasnya PURNAMA. Misi PURNAMA ialah membina, mempromosi dan
menyebarkan karya atau bahan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja yang berkualiti dalam pelbagai
bentuk atau media kepada segenap lapisan masyarakat. DBP juga akan mengusahakan penerbitan buku-
buku fiksyen dan bukan fiksyen yang akan melibatkan sebahagian besar warga penulis dari kalangan bukan
Melayu supaya mereka berkemampuan mempengaruhi kaum masing-masing agar turut cergas dalam
penulisan dan pembacaan buku-buku bermutu dalam bahasa kebangsaan.
Kementerian Pelajaran melalui Pelan Induk Pembangunan Penyelidikan (PIPP) memberikan tanggungjawab
kepada DBP menerajui teras pertama PIPP yakni Membina Negara Bangsa. Pemerkasaan bahasa kebangsaan
menjadi salah satu fokus teras PIPP. DBP membantu dan sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang merupakan urus setia jawatankuasa perancangan dan
penyelarasan program bahasa Melayu di peringkat sekolah
DBP melalui pelbagai bahan penerbitannya menemui khalayaknya saban waktu. DBP bukan sahaja menjadi
penerbit terbesar yang menaungi kegiatan penerbitan berbahasa Melayu, malahan DBP juga menjadi
institusi yang membantu melahirkan ilmuwan, pemikir, karyawan, sasterawan selain editor dan pengendali
penerbitan. Dari penerbitan buku-buku teks sekolah, buku-buku umum, kamus dan daftar istilah, pelbagai
majalah dan bahan-bahan bercetak, lambang daun lontar dan daun resam pada logo DBP memang terkenal
sejak sekian lama. Sehingga kini DBP telah menerbitkan tidak kurang daripada 10000 judul buku dalam
pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat pembaca Bahan-bahan dalam bentuk elektronik, seperti kamus
dalam komputer dan laman web, buku digital termasuk tatabahasa digital telah pun dihasilkan.
Malahan tanggung jawab ini menjadi begitu penting apabila Pengajaran-pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada tahun 2003 telah dimansuhkan pada tahun 2011.
Usaha terbaharu kerajaan menggerakkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) adalah strategi untuk menghasilkan warga yang nyata berpijak di bumi Malaysia, yang
jelas berpangsikan amalan dan adat setempat, tetapi pada masa yang sama dapat berurusan pada
peringkat antarabangsa. Kerajaan melaksanakan dasar MBMMBI dalam sistem pendidikan, dengan tujuan
supaya rakyat mahir dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Semestinyalah hasrat dan semangat yang termaktub di dalam perlembagaan ini mendapat sokongan pada
dari semua lapisan masyarakat yang mencintai bahasa kebangsaan. Bahasa juga bukan hanya terdiri
daripada sistem linguistik seperti tatabahasa dan nahu semata-mata, tetapi bahasa juga adalah merupakan
sistem budaya dan pemikiran yang boleh dipelajari dan difahami, dan untuk mengetahui pemikiran, atau
budaya kaum-kaum yang lain.
Penutup
Sebagai negara yang berdaulat dan merdeka, Malaysia masih dalam perjalanan jauh dan amat berliku ke
arah pembentukan jati diri dan keperibadian sebagai sebuah negara bangsa Malaysia. Masyarakat negara ini
yang multietnik terbahagi mengikut ideologi, kepercayaan, agama, bahasa dan sebagainya. Nama DBP
adalah Nama Dari Suatu Sejarah; Bahang Api dari Suatu Zaman dan Kesaktiannya Lidah Rakyat. Sebagai
obor kebangsaan, Dewan Bahasa berdiri teguh hasil restu dari jiwa pahlawan-pahlawan bangsanya. Nyala
apinya itulah yang membakar semangat rakyat yang sentiasa abadi dan keramat. Sebagai tenaga jiwa
bangsanya, peranan DBP dalam memperjuangkan visi dan misi penubuhannya memang tidak boleh
dipertikaikan lagi.
Oleh:
Abd Ghapar Haji Abdullah
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
KPM KOMITED TERHADAP MBMMBI
MUHYIDDIN YASSIN
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan
bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan matlamat kerajaan dalam Memartabatkan
Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program literasi kepada murid sekolah
rendah akan lebih tertumpu kepada kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dalam
semua aliran pendidikan.
``Ini bagi memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain dalam
satu bahasa yang akan mewujudkan semangat perpaduan dan muhibah di kalangan rakyat pelbagai
kaum,'' kata ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2010 baru-baru ini.
Menurutnya, KPM juga akan melaksanakan transformasi bahasa Malaysia dengan mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang, dan
holistik.
``Untuk berjaya pada peringkat antarabangsa, kita perlu menguasai bukan sahaja satu bahasa malah
pelbagai bahasa antarabangsa.
``Bagi tujuan itu, KPM telah mengambil langkah untuk memperkukuhkan penguasaan dalam bahasa
Inggeris yang merupakan bahasa kedua negara, lantas dapat meningkatkan keupayaan murid
menguasai ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi, serta mempersiapkan mereka menghadapi
persaingan arus globalisasi, selain menggalakkan murid menguasai bahasa-bahasa antarabangsa lain di
dunia,'' jelas beliau yang juga Menteri Pelajaran.
Antara usaha yang dijalankan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan
menambah bilangan guru bahasa Inggeris berkualiti melalui latihan perguruan menggunakan jurulatih
utama dari luar negara atau penutur jati bahasa tersebut.
Selain itu katanya, penambahan masa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebanyak
90 minit untuk Sekolah Kebangsaan dan 60 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan membuktikan
kesungguhan KPM untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
``Sebanyak empat IPG dan English Language Training Centre (ELTC) telah dikenalpasti sebagai ‘Pusat
Kecemerlangan Bahasa Inggeris’.
Semua IPG ini akan melaksanakan pelan tindakan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan guru pelatih dan dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun
berikutnya,'' katanya
sumber maklumat : Utusan Malaysia
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5565-kpm-komited-terhadap-mbmmbi.html
Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun
2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama
yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar
MBMMBI.
Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar
MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi MBMMBI ini.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat
yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan
bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.
Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa
diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi
modul P&P.
2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara
berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis
diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni
bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan
secara bersepadu dalam konteks.
3. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih
menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti
penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa
yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan
dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu
Bahasa Malaysia itu sendiri.
5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti
perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat
interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan
penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan,
pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari
maklumat tentang Bahasa Malaysia.
6. Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia
(KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan.
Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat
ditingkatkan.
7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen
Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan
menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang
perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari
dalam dan luar negara.
8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan,
keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi
memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk
P&P.
9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari
Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui
pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya
membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal
dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti
negara bangsa.
10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi
yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan
kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di
universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.
12.
MBMMBI biar seimbang
Oleh Nurul Farina Nazlan
[email protected]/05/11
Penekanan sama adil untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
BEBERAPA pihak menyuarakan rasa kurang senang dengan perkembangan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan kerana bimbang berlaku pelaksanaan yang berat sebelah.
Ini disebabkan perancangan bagi memastikan Bahasa Inggeris dapat diperkukuhkan sudah dapat dilihat dengan jelas melalui cadangan pengambilan 365 tenaga pengajar pakar bahasa Inggeris dari luar negara, termasuk United Kingdom dan Australia.
Mereka yang diambil secara kontrak yang akan dibahagikan mengikut zon untuk membimbing guru Bahasa Inggeris tempatan teknik pengajaran yang dapat membantu murid menguasai bahasa itu dengan lebih baik.
MBMMBI yang menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan pada tahun lalu, turut melihat persetujuan Kabinet bagi penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditambah di sekolah rendah dan menengah.
Berdasarkan keputusan itu, waktu bagi Bahasa Melayu ditambah daripada 270 minit kepada 330 minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT), manakala untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dikekalkan kepada 240 minit seminggu.
Masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris pula ditambah daripada 240 minit kepada 330 minit di SK dan Sekolah Menengah, manakala di SJKC/SJKT ditambah daripada 60 minit ke 120 minit seminggu.
Sungguhpun demikian, waktu persekolahan tidak dipanjangkan, tetapi diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar dan ia akan dibuat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan berkenaan.
Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani, berkata gerakan untuk melaksanakan MBMMBI berjalan terlalu perlahan berbanding ketika dasar PPSMI ingin dilaksanakan pada 2003 dan perkara terbabit menimbulkan kebimbangan di kalangan pejuang bahasa Melayu.
“Kita boleh lihat dengan jelas, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia dan wajib diguna pakai oleh semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa. Ia perlu diberi penekanan mendalam dalam aspek pendidikan kerana sudah banyak istilah dalam bahasa Melayu diterima pada peringkat antarabangsa.
“Kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu berusaha untuk mengembalikan status bahasa Melayu seperti sebelum 2003 yang mana ia diguna pakai dalam semua bidang pendidikan termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik,” katanya ketika
ditemui Sastera, di Kajang, baru-baru ini.
Kamal Shukri juga menegaskan usaha membina tamadun ilmu dalam bahasa rasmi negara ini sudah berlangsung dalam masa yang panjang dan perlu dimanfaatkan, tetapi malangnya segala penat lelah dan masa yang diluangkan bagi memperkasakannya terbazir apabila bermula 2003 apabila PPSMI diperkenalkan.
Beliau pasti bahawa banyak jurnal, bahan ilmiah dan penyelidikan bagi bidang Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sudah dapat dihasilkan ilmuwan dan sarjana sekiranya PPSMI tidak diperkenalkan, malahan pimpinan atasan juga perlu meletakkan bahasa Melayu di tempat sewajarnya dengan menggunakannya ketika berkomunikasi dan urusan rasmi.
“Kita perlu sedar, bahasa Melayu mempunyai jiwa dan nilai budaya yang sangat indah serta sukar diungkapkan. Ia mampu menjadi bahasa ilmu yang diiktiraf dunia, tetapi dalam masa sama tidak salah untuk masyarakat menguasai bahasa Inggeris selagi tidak membiarkan fikiran mereka ditawan bahasa itu,” ujarnya.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, pula menyifatkan dasar MBMMBI perlu diberi penekanan dengan menghalakan warga pendidik terlebih dulu kerana fungsi mereka penting bagi melahirkan bangsa Malaysia yang mencintai bahasa Melayu.
Justeru, masalah yang dihadapi kerajaan dalam pelaksanaan dasar berkenaan adalah bagi menyediakan 13,000 guru baru yang terlatih khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam tempoh setahun.
“Guru sebenarnya menjadi nadi utama dalam menjayakan dasar MBMMBI kerana kalau kita lihat, majoriti pendidik lebih mengejar untuk menghabiskan silibus pelajaran berbanding menerapkan kesedaran dalam diri pelajar bahawa bahasa Melayu adalah wadah kesepaduan dan kesepakatan di Malaysia.
“Bahasa Melayu sebenarnya bukan saja berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, tetapi juga berkualiti sebagai bahasa ilmu. Statistik menunjukkan bahawa pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menghadapi masalah untuk menguasai bahasa Melayu. Salah satu sebab hal ini berlaku pastinya kerana kurangnya penekanan daripada guru sendiri,” jelasnya.
Beliau berharap kerajaan memainkan fungsi penting dalam hal ini dengan melaksanakan pelbagai dasar yang tegas bagi mendaulatkan kembali bahasa Melayu di kalangan masyarakat, selain pemimpin atasan perlu menjadi contoh terbaik dalam aspek penggunaan dan komunikasi dalam bahasa Melayu.
“Di samping itu, bahasa Melayu juga perlu di martabatkan pada peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), tidak kira sama ada awam atau swasta. Penegasan dalam hal ini perlu bagi memastikan bahasa Melayu diletakkan di tempat teratas dalam urusan rasmi,” ujarnya.
13.14. Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
15. Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MBMMBIbiarseimbang/Article/print_html
Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2010 lepas, saya kongsikan sedikit info
berkenaan Sambutan Hari Guru temasuk objektif, Ikrar Hari Guru, Logo, Tema dan
Lagu Hari Guru. Pada tahun ini pula, saya kongsikan teks ucapan penuh Timbalan
Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena
sambutan Hari Guru 2011 yang berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching
Sarawak pada petang Isnin, 16 Mei 2011.
Semoga rakan-rakan guru dapat membaca dan menghayati kandungan ucapan ini
kerana di dalamnya terdapat beberapa keputusan penting tentang jawatan dan
profesion perguruan yang saya yakin dapat menyuntik semangat kepada kita
semua.
***
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam 1Malaysia;
Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak;
Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;
Yang Berhormat Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Datuk Dr Rosli Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
Malaysia;
Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia;
Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian
Pelajaran Malaysia;
Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri;
Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para guru yang saya hormati sekalian.
1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyambut Hari Guru
sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan
sumbangan para guru sekalian.
2. Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, saya ingin mengambil
kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari
Guru kepada semua guru, sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah
bersara. Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima
kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru-
guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan memajukan negara
kita.
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
3. Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan
Negara” pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai
penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada
kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai
cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja
yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara
kita selama ini.
4. Maka, pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada
sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi,
peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita
semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan
dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal
insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih
tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita
rakyat untuk menjayakan proses transformasi negara dipertaruhkan kepada
saudara dan saudari yang bergelar guru.
5. Kerajaan sememangnya telah membuat perencanaan yang amat rapi untuk
menjayakan proses transformasi pendidikan negara. Ini termasuklah pelaksanaan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang merupakan mekanisme
utama untuk menjayakan agenda penting ini. Namun, kita juga akur bahawa
perencanaan yang rapi sahaja tidak menjamin keupayaan kita untuk mencapai
setiap sasaran yang ditetapkan. Lebih penting ialah pengorbanan dan daya juang
para guru dalam menjayakan setiap perencanaan yang dilakar oleh kerajaan. Untuk
itu, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk
merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para guru di atas jerih
perih anda semua dalam mencapai sasaran-sasaran penting yang ditetapkan di
bawah NKRA pendidikan, dan juga di bawah dasar-dasar serta program lain yang
sedang dilaksanakan di Kementerian Pelajaran.
6. Dari segi pencapaian sasaran NKRA Pendidikan, Alhamdulillah, berkat curahan
jasa dan bakti para guru sekalian, kita telah berjaya meningkatkan kadar
penyertaan prasekolah kepada 72.42 peratus, iaitu melebihi sasaran 72 peratus
yang ditetapkan untuk tahun 2010. Kadar literasi murid juga telah meningkat
daripada 64 peratus kepada 85 peratus, manakala kadar numerasi meningkat
daripada 73 peratus kepada 91 peratus. Kita juga telah mengumumkan senarai 20
buah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010 dan untuk tahun 2011 sebanyak
23 buah sekolah lagi telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
7. Lebih membanggakan kita, jasa guru untuk melonjakkan kecemerlangan
pendidikan tidak mengenal batasan geografi. Guru-guru di pedalaman pun
berupaya untuk melonjakkan prestasi sekolah. Ini dibuktikan misalnya dengan
kejayaan SK Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak, mendapat
pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini. Di samping itu, inisiatif
Tawaran Baru juga telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru
daripada 1,400 buah sekolah telah berjaya melepasi sasaran prestasi yang
ditetapkan untuk sekolah masing-masing, dan dengan itu layak untuk menerima
bayaran insentif di atas perkhidmatan mereka yang cemerlang.
8. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-
guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah
empat sub-NKRA pendidikan. Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian
telah membuahkan hasil apabila Kementerian Pelajaran mendapat markah tertinggi
dalam pencapaian KPI bagi tahun 2010. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada guru-guru dan semua pegawai Kementerian yang telah membantu saya
menerajui Kementerian Pelajaran dengan baik sehingga kita berjaya mencapai
kejayaan yang cemerlang ini. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada
guru-guru sekalian! Kejayaan yang amat bermakna ini adalah milik anda semua!
Sumbangan dan Sokongan Padu Guru
9. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan,
masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita semua untuk memastikan supaya
proses pemantapan kualiti pendidikan negara dapat berlaku secara berterusan.
Atas kesedaran inilah, saya selaku Menteri Pelajaran telah menggagaskan beberapa
dasar penting untuk dilaksanakan di setiap peringkat persekolahan.
10. Pertama, menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai tahap
kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka menjadi
manusia yang cerdas, maka saya telah memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan.
Dasar ini memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam acara
sukan yang digemari dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan
kecerdasan mereka. Seperti kata pepatah Arab, “Al-‘aqlu al-salim, fi al-jismi al-
salim”, yang bermaksud akal yang sihat terletak pada badan yang sihat.
11. Kedua, saya juga telah memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia
dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita sedar bahawa penguasaan
bahasa Melayu adalah amat penting untuk memastikan setiap murid dapat
menguasai ilmu yang diajar dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Kebangsaan negara
kita dan bahasa pengantar di sekolah. Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu
dimulakan di sekolah lagi supaya anak-anak kita mempunyai rasa hormat yang
tinggi kepada bahasa Kebangsaan yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa
perpaduan di negara kita.
12. Pada masa yang sama, kita juga sedar bahawa penguasaan bahasa Inggeris di
kalangan murid adalah amat penting untuk membolehkan mereka berkomunikasi
dengan baik dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa utama
di dunia. Maka, di bawah dasar MBMMBI ini, Kementerian Pelajaran telah
melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambahbaik pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah. Ini termasuklah dengan menggunakan
khidmat kepakaran guru penutur jati bahasa Inggeris yang ditempatkan di Institut
Pendidikan Guru dan di zon-zon tertentu untuk melatih guru-guru meningkatkan
ilmu dan kemahiran mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris.
13. Ketiga, selaras dengan keperluan untuk melahirkan modal insan yang kreatif
dan inovatif untuk memacu kemajuan negara, Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi
penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Saya yakin transformasi kurikulum yang
dilaksanakan pada tahun ini akan membuka lembaran baru kepada guru-guru untuk
meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif
untuk mengasah bakat dan daya kreativiti murid secara lebih berkesan.
14. Keempat, untuk memastikan pendidikan negara mampu melahirkan tenaga
kerja berkemahiran tinggi, maka saya telah memberi tumpuan khusus kepada
program transformasi pendidikan teknik dan vokasional. Sebagai langkah untuk
memastikan murid mendapat pendidikan vokasional dan kemahiran yang berkualiti,
maka KPM akan mengambil guru vokasional dan kemahiran baru yang diiktiraf dari
pasaran terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti teknikal
awam. Proses pengambilan guru-guru tersebut akan dilaksanakan secara
berperingkat dan dijangka mencecah 10,000 orang menjelang penghujung 2015.
Dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk memperkasa pendidikan teknik
dan vokasional, insyaAllah, kita akan berjaya meningkatkan peratusan pelajar aliran
teknikal dan vokasional daripada 10 peratus kepada 20 peratus menjelang tahun
2015.
15. Kesemua dasar dan program yang saya sebutkan ini memerlukan sokongan
padu para guru. Tanpa sokongan guru-guru sekalian, agak sukar untuk kita
mencapai segala cita-cita murni yang dihasratkan melalui pelaksanaan dasar-dasar
ini. Dasar akan tinggal dasar, perancangan akan tinggal perancangan. Untuk itu,
saya berharap agar guru-guru sekalian dapat berada dalam satu saf bersama-sama
saya dan seluruh kepimpinan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan setiap
dasar ini dan seterusnya menjayakan agenda transformasi pendidikan demi masa
depan negara kita.
Memartabatkan Profesion Keguruan
16. Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan
yang wajar kepada jasa-jasa guru, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada
usaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Dalam hubungan ini, pelbagai
program latihan dalam perkhidmatan telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk
meningkatkan profesionalisme keguruan. Ini termasuklah program pensiswazahan
guru yang mensasarkan bilangan guru siswazah sebanyak 60 peratus di sekolah
rendah dan 90 peratus di sekolah menengah menjelang tahun 2015.
17. Dari segi peluang kenaikan pangkat pula, kerajaan telah memperuntukkan
pelbagai faedah kepada perkhidmatan perguruan yang tidak dinikmati oleh
perkhidmatan-perkhidmatan lain. Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya
perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima (5) kaedah kenaikan pangkat iaitu:
(i) kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan,
(ii) kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP),
(iii) kenaikan pangkat secara time-based,
(iv) kenaikan pangkat untuk Pengetua atau Guru Besar cemerlang dan
(v) kenaikan pangkat Guru Cemerlang.
18. Di samping itu, perkhidmatan perguruan juga menikmati satu lagi bentuk
imbuhan berasaskan prestasi yang tidak dinikmati oleh mana-mana perkhidmatan
awam lain iaitu Bayaran Insentif Tawaran Baru kepada pengetua, guru besar dan
warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.
Alhamdulillah, insentif Tawaran Baru ini telah membuahkan hasil yang amat baik
apabila jumlah guru dan pemimpin sekolah yang berjaya mendapat ganjaran adalah
jauh melebihi sasaran awal yang ditetapkan. Ini bermakna, guru-guru kita
mempunyai motivasi yang amat tinggi untuk melonjakkan prestasi sekolah. Saya
berharap agar pencapaian cemerlang ini akan menjadi pencetus semangat kepada
guru-guru untuk meneruskan usaha murni meningkatkan pencapaian di peringkat
sekolah.
19. Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi
Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di
Sekolah Berprestasi Tinggi. Insentif ini adalah tanda pengiktirafan kerajaan
terhadap sumbangan guru-guru dalam melahirkan sekolah-sekolah yang
berpencapaian cemerlang di negara kita. Dengan usaha berterusan guru-guru di
seluruh negara untuk melonjakkan prestasi sekolah, saya berkeyakinan bahawa
sasaran mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2013
akan dapat dicapai.
20. Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar para guru kepada negara,
kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menambahbaik skim perkhidmatan
pendidikan. Terbaru ialah pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengenai
beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan pegawai pendidikan yang
pastinya disambut baik oleh guru-guru sekalian.
21. Saya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAB
Perdana Menteri yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesyen
keguruan dengan mengumumkan hadiah Hari Guru paling bermakna buat guru-
guru di seluruh negara pada hari ini. Saya tahu YAB Perdana Menteri sentiasa
mendengar keluhan guru-guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk
menikmati peluang kenaikan ke gred yang lebih tinggi.
22. Kerana itulah, walaupun dalam keadaan kerajaan perlu mengawal defisit
negara, YAB Perdana Menteri masih bersedia untuk menawarkan penambahbaikan
skim perkhidmatan pendidikan, dengan memberi nafas baru kepada kaedah
kenaikan gred, khususnya secara time-based. InsyaAllah, dengan pengumuman
yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri, ramai guru akan menikmati manfaat
kenaikan gred yang lebih cepat selepas ini.
23. Begitu juga dengan pertambahan jumlah jawatan Gred Khas C daripada 36
kepada 72 jawatan untuk guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pertambahan sebanyak 100 peratus ini akan memperluaskan
peluang guru-guru di bilik darjah untuk memegang gred tertinggi dalam
perkhidmatan awam tanpa perlu menjawat jawatan pentadbiran. Pewujudan
jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertinggi
dalam perkhidmatan awam juga merupakan satu isyarat jelas bahawa kerajaan
amat serius dalam memartabatkan profesyen keguruan.
24. Selain itu, kenaikan gred Pengetua daripada DG48 kepada DG52 dan Penolong
Kanan daripada DG44 kepadaDG48 adalah satu pengiktirafan kepada jawatan
Pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah. Kenaikan gred ini adalah
setimpal dengan pertambahan bebabanan yang terpaksa ditanggung oleh para
pengetua dan penolong kanan. InsyaAllah, kenaikan ini akan menambah minat
guru-guru untuk memegang kedua-dua jawatan ini yang amat penting dalam
kepimpinan sekolah.
Kerjasama Dengan Kesatuan Guru dan Ibubapa
25. Usaha memartabat profesyen keguruan adalah satu proses yang berterusan.
Untuk itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai bentuk insentif
kepada guru-guru dan menambahbaik keseluruhan perkhidmatan pendidikan dari
masa ke semasa, termasuk penambahbaikan dalam Perkhidmatan Pendidikan
Lepasan Diploma (PPLD). Dalam hubungan ini, saya akan bekerjasama dengan
kesatuan-kesatuan guru untuk melihat isu-isu yang berkaitan dengan profesyen
keguruan secara lebih terperinci dan menyeluruh, serta mencari kaedah terbaik
untuk terus memartabatkan profesyen keguruan agar setara dengan darjat
kemuliaannya. Pihak Kementerian juga akan terus mengadakan perbincangan
dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyelesaikan beberapa perkara
berkaitan dengan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian
Kementerian sebelum ini. Pihak Kementerian juga akan mempergiatkan program
pensiswazahan guru untuk memartabatkan profesyen keguruan di samping
memastikan semua guru dapat menikmati pelbagai faedah yang disediakan untuk
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.
26. Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara,
peranan ibubapa tidak kurang pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling
penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Justeru, saya
juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat.
Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung kepada sekolah melalui
pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah.
Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang
proaktif dalam menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada
pembangunan sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk
meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.
Penutup
27. Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan
guru yang proaktif dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat
menjayakan proses transformasi pendidikan di negara kita dengan cemerlang. Atas
segalanya, guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama transformasi
negara. Dengan keringat gurulah kita melahirkan insan yang mulia; dengan kudrat
gurulah kita membina masa depan yang sejahtera.
28. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling
dimuliakan dalam masyarakat. Bak kata pujangga:
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
29. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada guru-guru yang telah terpilih sebagai tokoh guru sempena sambutan Hari
Guru pada tahun ini. Kepada semua guru, sekali lagi saya mengucapkan Selamat
Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t.
untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.
“Selamat Hari Guru”. “Terima Kasih Cikgu”.
Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sumber: mstar.com.my
http://kulanzsalleh.com/selamat-menyambut-hari-guru-tahun-2011/
T U E S D A Y , 1 5 M A R C H 2 0 1 1
Komitmen kerajaan menjayakan Dasar MBMMBI
Sejak mula diumumkan pada 8 Julai 2009, kerajaan mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjayakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kesungguhan dan keseriusan kerajaan melaksanakan dasar MBMMBI bagi menggantikan dasar PPSMI diperlihatkan melalui pelbagai pelaksanaan program yang meliputi semua peringkat. Malahan kesungguhan itu diterjemahkan melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Bahasa Kebangsaan yang diluluskan oleh Jemaah Kabinet. Kementerian Pelajaran Malaysia telah dipertangggungjawabkan sebagai kementerian utama menggerakkan dasar MBMMBI ini di samping Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Penerangan, Kesenian dan Komunikasi. Komitmen tinggi kerajaan diterjemahkan melalui kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran bahawa kerajaan amat prihatin dan serius bagi menjayakan dasar MBMMBI dan ia tidak boleh gagal.
http://akademikbahasa.blogspot.com/2011/03/komitmen-kerajaan-menjayakan-dasar.html
Program MBMMBI Bersama DBP
Monday, 08 August 2011 10:53
Written by Admin SMK Batu Kawa
Program MBMMBI Bersama DBP Mematangkan Guru di Sibu
Pengenalan
Program memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) mula digerakkan oleh
Kementerian opelaharanb Malaysia melalui pelbagai kegiatan yang diurusetiai oleh IPG.
Untukmerealisasikan aspirasi dan usaha kerajaan itu IPG mengadakan program seperti kursus sebulan di
IPG pelbagai kampus, kursus LDP seminggu dan mengadapan kerjasama dengan pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan budaya inovasi dan kreativiti, Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan kursus
penulisan kreatif untuk guru-guru sebagai memenuhi perkara (iii) dalam usaha tersebut iaitu memantau
usaha pembudayaan inovasi yang merangkumi program pemikiran kreatif. Ini juga termasuk dalam
perkara (4) dalam Industri Kreatif iaitu memberikan galakan dalam bidang tulisan. Untuk tujuan itu DBP
mengadakan Kursus Penulisan Kreatif Zon Sarawak
Perisian Kursus
Kursus Penulisan Kreatif Zon Sarawak kali ini diadakan secara bersama-sama dengan Sektor
Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sarawak. Kursus Zon Sarawak diadakan pada 21 dan 22 Julai
2011 di sebuah hotel terkemuka di Sibu.
Dua genre penulisan kreatif yang dikursuskan di Sibu ialah genre cerpen dan puisi. Kursus genre cerpen
dibimbing oleh Jais Sahok dan kursus genre puisi dibimbing oleh Saiee Driss.
Dalam pengendalian genre cerpen selama enam jam itu, jais membahagikannya kepada tiga penggal
waktu dengan memberikan pendedahan:
Penggal waktu 1 (pukul 8.00 – 10.00 pagi)
i. Definisi cerpen: pelbagai definisi cerpen oleh pelbagai tokoh dan sarjana sasteras dibincangkan dan
peserta diberikan nota edaran sebagai asas perbincangan.
ii. Perisian borang analisis morfologi – boring yang mengandung empat matriks untuk diisi watak, latar,
matlamat, halangan - yang berupaya menjana 10 000 buah cerpen.
iii. Papan cerita dan pengisian papan cerita: plot, permuilaan, puncak dan peleraian – satu kaedah yang
menjadi panduan paling ampuh untuk penulis yang baharu pertama kali menulis cerpen dan selalu
dibelenggu oleh 'tak pandai memulakan penulisan'.
iv. Permulaan penulisan cerpen: semua peserta dikehendaki menulis perenggan pertama cerpen dan dua
peserta pertama menghasilkannya dan membacanya di dalam kelas diberi hadiah oleh Jais Sahok.
Penggal waktu 2 (pukul 10.30 pagi – 12.30 tengah hari)
v. perisian papan cerita dan estetika karya sastera – turut diterangkan dan dibengkelkan ialah cara
mengisi papan cerita dan menghasilkan cerita daripada papan cerita itu. Estetika karya sastera yang
merangkum estetika bahasa, estetika sastera dan estetika ilmu turut dirincikan.
vi. elemen cerpen – 19 elemen cerpen yang selalunya dikatakan diperlukan dalam karya seperti cerpen
dibincangkan dengan teliti. Elemen-elemen cerpen yang dibincangkan ialah:
a. watak – dan perwatakan: pengarang akan menggambarkan aspek fizikal, emosional, spiritual
(kerohanian), pendidikan, pemikiran dan segala unsur pemerwatakjannya. Penonjolan aspek ini akan
disesuaikan dengan tema cerita, sesuai juga dengan aspek sosio-budaya masyarakat yang diwakili oleh
watak yang dicipta itu.
b. latar – lazimnya terdapat latar masa, latar tempat, latar suasana, latar masyarakat, dan latar
persekitaran yang menaungi sesebuah karya sastera genre cerpen. Cerpen tidak dapat tidak mesti
bertapak di latar yang sudah dikenal pasti oleh pengarang. Pengarang akan melukiskan gambaran yang
akan menampakkan elemen ini secara yang indah.
c. matlamat – (bukan matlamat penulisan cerpen tetapi matlamat yang ingin dicapai oleh watak di dalam
cerpen) watak yang berada di dan pada sesuatu latar sudah pasti perlu mempunyai matlamat yang ingin
dicapai khususnya oleh watak utama. Watak utama disebut protagonis. Matlamat dapat diperlihatkan
dalam bentuk matlamat hidup, matlamat ekonomi, matlamat pendidikan, pencapaian tertentu yang ingin
dicapai dalam perjuangan yang dilakukan.
d. halangan – usaha yang dilakukan watak hendak mencapai matlamatnya perlu diberi halangan yang
signifikan kerana halangan pencapaian matlamat ini akan menyebabkan timbulnya konflik. Konflik mesti
ada.
e. Konflik – konflik perlu diwujudkan kerana konflik akan membantu mewujudkan aspek dramatik
sesebuah karya. Walaupun konflik yang tercipta itu konflik intrinsik, tetapi kesannya tetap ada. Antara
konflik yang lazim ialah:
• watak berkonflik dengan dirinya (konflik dalaman);
• watak berkonflik dengan watak yang lain,
• watak dengan unsur alam seperti binatang, bencana alam, atau apa-apa sahaja yang terdapat di
sekelilingnya.
f. permulaan – permulaan cerpen lazimnya tidak ditetapkan, namun cerpen semestinya mempunyai
permulaan. Ada pengarang yang memulakan cerpennya dengan gambaran, huraian, atau kaedah
dramatik dengan terus memasukkan pertelagahan antara dua orang watak yang berkonflik.
g. Pertengahan – bahagian pertengahan cerpen juga disebut badan cerpen. Bahagian ini menampakkan
perisian certita, menghimpounkan segala konflik yang akhirnya diberikan penyelesaian.
h. akhiran – akhiran cerpen lazimnya ialah manifestasi penyelesaian masalah dalam konflik yang
diwujudkan. Akhiran boleh juga dilakukan secara tiba-tiba, mendadak, secara peleraian, atau secara tidak
disangka-sangka. Perkara yang penting ialah segala masalah watak dalam konflik, selesai. Akhiran
cepen memberi kepuasan emosi dan kognitif kepada pembaca.
i. teknik – terdapat pelbagai teknik penulisan yang dapat digunakan untuk menghasilkan sesebuah
cerpen. Antaranya yang paling lazim ialah:
• teknik plot,
• teknik imbas muka,
• teknik imbas kembali,
• teknik eksposisi,
• teknik naration,
• teknik log (iaitu monolog, monolog dalaman, dialog)
j. plot – plot ialah jalan cerita iaitu cara pengarang menyusunan peristiwa demi peristiwa sama ada:
• secara sikuen,
• secara berurutan dalam disiplin sebab dan akibat,
• secara imbas kembali,
• secara imbas muka atau
• secara campur aduk.
k. Tema – seperti kata Hall, The theme of a story is the implicit generality the story supports. Often we
consider that a story's theme is its reason for being. When we speak of a story's theme, we suggest that a
tale implies a central insight into human experience. We express the theme of a story not by summarizing
its plot but by a sentence or two of generalization. Ada sesetengah sarjana menganggap tema sesebuah
cerpen ialah perkara terakhir yang akan ditemukan dan diperkatakan oleh penganalisis karya – tidak
ditetapkan oleh penulis. Namun, dalam proses penulisan cerpen, penulis perlulah tahu akan tema cerpen
yang sedang dikaryanya itu.
l. Persoalan – persoalan ialah pelbagai perkara yang dipertentangkan dalam cerita / cereka umpamanya
dalam tema pendidikan, kemiskinan sebagai hambatan kelangsungan pendidikan merupakan satu
persoalan.
m. maklumat dan ilmu pengetahuan – fiksyen bukanlah rekaan semata-mata
n. amanat / teguran / sindiran – melalui cerpennya, tugas penulis juga termasuklah mengetengahkan
unsur pesan, memberi teguran, melontarkan sindiran. Oleh sebab itulah karya sastera dianggap mendidik
khalayaknya. Elemen ini penting.
o. Suspens – sesuatu yang luar biasa atau tidak disangka-sangka sehingga menyebabkan pembaca
terpinga-pinga. Elemen ini penting untuk menambah kerancakan cerita.
p. emosi – oleh sebab sesebuah cerpen adalah tentang watak, dan seseorang watak ada emosi, maka
aspek emosi sangat penting disuburkan dalam karya. Justeru aspek ini mestilah disuburkan, mesti
dikayakan, mesti banyak, dan mesti pelbagai. Antara aspeknya termasuklah suka duka, sedih pilu,
gembira, teruja, terlonjak atau apa-apa sahaja aspek emosi mengikut kesesuaian konteks cerita.
q. kerohanian – dikatakan dalam Writers Digest, terbitan Amerika Syarikat, karya yang baik ialah karya
yang memberi pengalaman kerohanian kepada pembaca. Justeru, aspek ini, atas apa-apa landasan dan
jenis cerita sekali pun hendaklah disuburkan.
r. bahasa dan ilmu bahasa – keseluruhan cerpen ialah manipulasi bahasa untuk menyampaikan perkara
yang ingin disampaikan ol;eh pengarangnya. Gaya bahasa sastera genre prosa-cerpen ialah gaya
bahasxa yang tersendiri. Bahasa karya sastera, sesuai dengan larasnya hendaklah bahasa yang indah.
Di samping mementingkan keindahan bahasa sastera, tatabahasa bahasa BM sebagai medium
penulisan hendaklah dijaga agar digunakan secara yang betul dan asi/absah.
s. Judul – judul merupakan unsur yang sangat penting bagi sesebuah cerpen kerana peranan dan fungsi
yang dimainkannya sehingga menampakkan kepentingannya sebagai nama kepada seseorang manusia.
Justeru unsur atau elemen ini hendaklah difikirkan dengan indah agar kemunculannya penuh dengan
keindahan.
vii. meresapkan / memasukkan ilmu ke dalam karya – menurut konsep bahawa cerpen hendaklah
menyuguhkan ilmu kepada pembaca, ada beberapa cara meresapkan ilmu ke dalam karya sastera –
melalui dialog watak, pemikiran watak, gambaran atau narration. Cerpen yang bermutu ialah cerpen yang
memberikan pengalaman estetika keilmuan yang pelbagai, asi dan progarandis.
viii. memasukkan emosi ke dalam karya cerpen
ix. perisian / penerapan / peresapan rohani – cerpen yang baik akan turut memberikan pengalaman
kerohanian yang badang.
Penggal waktu 3 (pukul 2.00 petang – 4.30 petang)
x. alat pemikiran untuk berkarya (CoRT) – pembimbing cerpen memperkenalkan 12 alat pemikiran dalam
penulisan cerpen, iaitu 10 alat pemikiran Edward de Bono yang diperkenalkannya melalui Cognitive
Research Trust (CoRT), dan dua lagi tambahan penulis sendiri. Alat-alat pemikiran itu ialah:
a. PMI – Plus, Minus, Interesting – setiap data atau fenomena di sekeliling seseorang dapat dilihat secara
negatif, positif atau menarik.
b. CAF – consider all factors – ketika berfikir, seseorang hendaklah mempertimbangkan semua perkara,
ambil kira semua factor yang berkaitan
c. C&S – Consequence and Sequel – ketika memikirkan sesuatu, hendaklah dilihat dari sudut sebab dan
akibat dan perkara yang akan berlkaku selanjutnya.
d. AGO – Aims, Goals, Objectives – ketika memikirkan sesuatu fenomena, bendaklah diambil kira tentang
matlamat, tujuan dan objektif sesuatu itu terjadi, dilakukan atau diwujudkan. Malah kewujudan itu sendiri
ada matlamat, tujuan dan objektifnya yang sudah tetap. Tugas manusia ialah memikirkannya.
e. FIP – First Important Priorities – ketika memikirkan keputusan tentang sesuatu atau tindakan yang
hendak dilakukan terhadap sesuatu fenomena, berilah pertimbangan terhadap perkara yang utama.
Sebelum itu, tentukanlah pwerkara yang utama.
f. APC – Alternatives, Possibilities, Choices – fikirkanlah alternatif, kemungkinan-kemungkinan dan pilihan
apabila hendak membuat keputusan tentang apa-apa sahaja.
g. OPV – Other Peoples View – perttimbangkan pendapat orang lain, pandangan sesiapa sahaja
h. Rules – peraturan, mengatur cara berfikir, patuh kepada sikuen – apabila memikirkan sesuatu
fenomena, fikirkankan bahawa fenomena itu ada peraturannya, cara berfikir tentangnya hendaklah diatur
sedemiukian rupa biar ada kemunasabahannya pada konteks, dan sebarang fenomena atayu kejadian
sebenarnya patuh kepada sikuen.
i. Planning - Melibatkan tiga atau empat alat pemikiran secara saling melengkapi atau bersepadu, iaitu
AGO, C&S, CAF, PMI: Alat-alat ini akan meningkatkan kemahiran membuat perancangan
j. Decision – melibatkan semua alat pemikiran yang dinyatakan dalam CoRT; terpulanglah kepada
kaedah pemikir hendak membuat pemilihan, dan pemilihan yang dilakukan itu tentu sekali didasarkan
kepada kesesuaian.
k. Siabidibam – 6w1h – fikirkanlah tentang apa-apa sahaja tentu sekali menampakkan apa yang terjadi,
siapa yang melakukannya, siapa yang terlibat, siapa yang akan dilibatkan, bagaimana kejadian itu boleh
terjadi, di mana berlakunya, bila dan berapa lama kejadian itu berlangsung, yang mana satu berlaku
dahulu, mengapa perkara itu terjadi – hendaklah difikirkan selepas satu, satu soalan hendaklah
dilontarkan dankemudian dijawab.
l. Perspektif atau dimensi – apabila memikirkan sesuatu fenomena, jangan lupa mempertimbangkan
kepelbagaian dimensi atau perspektif seperti dari dimensi jantina, dimensi wilayah, dimensi bangsa,
dimensi ekonomi, dimensi sosial, dimensi agama, dimensi kerjaya, dimensi keilmuan dan pelbagai
dimensi yang lain lagi.
xi. ending cerpen – ada beberapa cara mengakhirkan sesebuah cerpen. Bagaimanapun syaratnya ialah
a. pembaca memperoleh kepuasan
b. masalah yang selesai
c. nilai murni tertonjol
d. pengalaman keagamaan ada
e. ilmu banyak yang diperoleh oleh pembaca
f. niat pengarang sampai
g. hasrat pembaca dapat dipuaskan / dipenuhi
h. perenggan yang indah – bunga bahasa
xii. analisis morfologi dan ilham – kaedah analisis morfologi melalui pengisian matriks digunakan apabila
seseorang hendak menulis cerpen tetapi dalam masa yang sama ketiadaan ilham. Empat elemen utama
dalam cerpen dijadikan perisian matriks iaitu watak, latar, matlamat (hidup watak) dan halangan.
Keempat-empat elemen ini menerbitkan konflik dalam cerpen. Konflik akan membentuk masalah dan
penyelesaian masalah menjadi puncak cerpen.
xiii. Pembimbing seterusnya mengemukakan 10 petua atau pantang-larang penulisan cerpen. Kesemua
sepuluh pantang larang dalam penulisan cerpen itu berguna sebagai petua penulisan tetapi petua yang
paling disyorkan ialah petua yang kesepuluh.
a. Jangan ketengahkan terlalu banyak cerita dalam sebuah cerpen
a. 1 watak utama
b. 1 plot utama
c. 1 permulaan
d. 1 ending
e. 1 ceritalah...
b. Jangan tulis cerita yang berakhir dengan ayat akhir begini...
a. Lalu saya terbangun
b. Bunyi alam pun berbunyi... semuanya selesai
c. Dia pun membunuh diri
d. Maaf sayang, saya pondan....
e. Aku sebenarnya tidak sayang kepada kamu
c. Jangan tulis tentang sesuatu yang awak tidak tahu / pasti / biasa
a. Remaja tulislah tentang kehidupan remaja
b. Tulislah cerpen berkenaan bangsa sendiri
c. Aspek agama... tak kenal agama orang, jangan cuba-cuba
d. Jangan tulis cerpen dari sudut pandangan yang tak pasti
a. Saya tak ada upaya nak menolak kerana saya sebenarnya tidak begitu pasti. Lagipun siapalah saya.
b. Atau... aku sebenarnya Cuma seekor Teddy Bear
c. Kenyataan begini membodohkan pembaca
e. Jangan biarkan cerpen anda mempunyai ledakan watak
a. Seorang watak utama cukup
b. 2 atau 3 orang watak sampingan sudah
c. Teralu banyak watak, akan mengelirukan
d. Anda akan keliru ketika mengarang
e. Pembaca akan keliru... benci...
f. Tidak dapat fokus
g. Cerita tanpa hala
f. Jangan tulis cerita yang semata-mata idea, jangan hantar berita dalam cerita, audiens tak suka. Kalau
dia mahu berita, dia akan baca akhbar
a. Alkohol tidak bagus, berbahaya (= idea)
b. Kisahkan malapetaka orang mabuk akibat buruk ahkohol (= cerpen)
c. Kisahkan seorang mabuk (alkohol), seorang siuman (= cerpen)
g. Jangan cipta nama watak yang mempunyai kedekatan fonem (sebutan, ejaan) = mengelirukan,
membingungkan
a. Ani dan Anita
b. Liza dan Lizawati
c. Fadhilah S dan Fadilah N
d. Kadri dan Kadariah
h. Jangan berikan maklumat yang terlalu banyak di permulaan cerita hingga menyebabkan pembaca
hilang sabar
a. Jangan buat huraian
b. Mulakan dengan suspens atau ketegangan
c. Mulakan dengan dialog atau monolog dalaman yang singkat tapi tegang
i. Jangan tulis cerita jenis:
a. Cerita hantu yang tidak membawa pembaca ke mana-mana
b. Cerita di dalam bilik mandi – terlalu personal dan tiada kena-mengena dengan watak lain di luar sana
c. Cerita tentang planet asing yang terlalu asing
d. Terlalu banyak soalan yang tidak terjawab
e. ... aku dah tahu endingnya ketika aku membaca ayat pertama tadi...
f. Jangan mengajar semata-mata (macamlah pembaca kita tu bodoh sangat)
g. Jangan tulis tentang watak yang terlalu ganjil hingga tidak diterima akal
h. Jangan paparkan watak pipih semata-mata
j. Jangan percaya kepada kesemua 9 larangan tadi...10
a. Tulislah apa-apa sahaja, tentang sesiapa sahaja, asalkan ada cerita dan lengkap sebagai sebuah
cerpen
b. Seni memang tercipta melalui keengkaran terhadap peraturan
c. Kisah yang sering dikarang orang mungkin menjadi kekuatan anda
d. Klise sebenarnya boleh menjadi kekuatan seni anda... siapa tahu!
e. Transformasi, rekaan, inovasi, kebalikan dan pengalihan = kehebatan rekaan... buat sahajalah
Pemudahcara juga memberikan beberapa petua tambahan. Antara yang sangat bermanfaat ialah:
k. Tulis cerpen yang tidak masuk akal. Cerita hendaklah berjejak di bumi nyata. Jangan kelirukan sistem
kognitif pembaca
l. Bahasa buruk hendaklah dielakkan sama sekali . Kesalahan kata: diksi .Kesalahan tatabahasa :
morfologi, ejaan, sintaksis
m. Jangan tulis cerpen yang tidak lengkap elemen cerpennya.
n. Jika anda berani..., atas nama kreativiti:
a. Engkari sahaja kesemua sembilan peraturan tadi dan siapa tahu..., anda akan menjadi penulis yang
sangat berjaya.
b. Kelemahan orang mungkin kekuatan anda
c. Klise orang mungkin dapat dibaharui
d. Kreativiti sangat penting dalam kehidupan seseorang penulis.
xiv. tujuan penulisan cerpen
para peserta turut diingatkan tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan tujuan poenulisan cerpen.
10 tujuan penulisan cerpen yang lazim ialah:
a. mencari kepuasan dan keseronokan – kepuasan psikologi, kepuasan estetika atau kepuasan retoris.
Untuk memenuhi tujuan ini seseorang penulis akan menempa, mencanai dan menekuni cerpennya agar
sampai di puncak upaya estesika sesebuah karya.
b. melakukan kritikan – penulis akan menggunakan karyanya untuk mengkritik perkara yang berlaku
dalam sistem sosialnya yang pada pendapatnya tidak betul, maksiat atau terpesong. Pelbagai perkara
yang dijadikan sasaran kritikan – untuk tujuan mengembalikan fenomenanya ke landasan yang betul.
Perkara ini dilakukan oleh seseorang yang mengimpikan perubahan dalam system masyarakatnya.
c. melakukan teguran – ada sesuatu yang serong yang perlu diberi teguran. Perkara yang perlu ditegur
mungkinmelibatkan seorang, sekelompok individu, atau sesebuahmasyarakat malah sesebuah bangsa.
d. melepaskan geram – ada juga penulis yang melepaskan geram melalui karya yang dihasilkan – dalam
cerita rekaan, penulis dapat melakukan manipulasi situasi untuk mencapai kepuasan psikologinya kerana
tidak puas hati terhadap sesuatu. Dalam kritikan psikoanalisis, para sarjana beranggapan pengarang
'memasuki' karyanya sendiri dan 'terlibat sama' dengan pergolakan para wataknya.
e. memenuhi fitrah kesenian – setiap insan ada fitrah kesenian; ada yang menonjolkannya dalam bentuk
seni tampak, ada dalam bentuk wacana puisi, dan ada pula dalam bentuk/genre prosa. Penulis akan
memilih genrenya yang pada perkiraan seninya, sesuai sebagai medium komunikasi gagasan atau
paradigmanya.
f. menulis cerpen untuk memberi pengalaman keagamaan, untuk berdakwah dan menerbitkan
propaganda – penulis berharap agar audiens karyanya akan mengikut kehendaknya tetapi kehendak itu
disampaikan secara yang tersirat pula. Ada penulis yang berdakwan melalui cerpen atau genre sastera
yang lain.
g. menulis cerpen untuk memberi ilmu – pelbagai ilmu dapat disampaikan dalam sesebuah cerpen – ini
tergantunglah kepada pengalaman dan pengiasaan ilmu penulis itu sendiri – ilmu kebudayaan, ilmu
sejarah, ilmu agama, ilmu pendidikan, ilmu bahasa, ilmu sastera, ilmu sains dan sebagainya.
h. menulis cerpen untuk tujuan propaganda – pengtarang mengolah karyanya sehingga orang yang
membaca karyanya itu akan berfikir seperti pengarang.
i. ingin dikenali kerana kebetulan memang sesetengah penulis menjadi insan yang terkenal kerana
pembaca mengenali namanya melalui karyanya, walaupun mungkin dalam jangka masa yang panjang
atau setelah beberrapa karyanya menjadi karya besar dan tersebar.
j. memberi pendapat, buah fikiran atau gagasan juga menjadi niat atau tujuan seseorang penulis cerpen
menghasilkan karyanya. Dia memang hendak memberitahu sesuartu kepada seseorang dan memilih
genre cerpen sebagai salurannya.
k. menggambarkan, atau menyerlahkan sesuatu sebagai manifestasi seni seseorang insane – ada insane
seni yang memilih seni tampak (lukisan / visual) ada yang memilih seni kata (puisi, lirik, cerpen).
l. memperkenalkan sesuatu peristiwa, sesebuah bangsa atau sesuatu aktiviti keagamaan juga menjadi
tujuan penulis menghasilkan karya sasteranya.
m. memanipulasi sesebuah peristiwa – memang ada pengarang yang cekap memanipulasi bahasa,
memanipulasi maklumat dan ilmu baharu untuk menghasilkan sesebuah cerita pendek – sama ada
secara kreatif atau inovatif.
n. mengangkat tamadun bangsa sendiri – penulis jenis ini percaya bahawa dalam dunia pengongsian
ilmu, kalau buikan dia yang melakukannya, tidak aka nada orang lain yang akan berbuat demikian
sebaik-baiknya, maka dia akan melakukannya sebagai satu peluang dan sumbangan.
Cerpen yang diuusahakan perlu disesuaikan dari semua dimensi kepada tujuan penulisan cerpen itu.
xv. tujuan membaca cerpen
para peserta kursus turut diingatkan tentang sebab atau tujuan pembaca membaca cerpen, dan cerpen
hendaklah disesuaikan kepada selera pembaca. Antara tujuan pembacaan cerpen yang lazim ialah:
Kesemua tujuan pembacaan cerpen yang tersenarai itu dapat dirincikan seperti berikut:
a. Berehat (merehatkan fikiran) – pembaca memang berminat membaca dan ada ketikanya keletihan
minda dan fizikal mengalih minat membaca kepada membaca bahan 'ringan' dan berbentuk hiburan.
b. Menikmati keindahan (estetika) karya sastera – karya sastera mengandung pelbagai keindahan dan
estetika (yang akan dihuraikan selepas ini). Desakan ini merupakan satu daripada naluri linguistic dan
aesthetic intelligence seseorang insan.
c. Memenuhi rasa ingin tahu – minda yang inkuisitif sifatnya dan pemiliknya merupakan pengamal
beberapa alat pemikiran seperto dalam CORT Edward de Bono secara semula jadi akan sentiasa
mempunyai rasa ingin tahu tentang apa-apa sahaja yang terpampang di hadapannya.
d. Minat – membaca kerana minat juga menjadi sebab seseorang memilih sesebuah karya sastera
secara sambalewa tanpa mementingkan karya itu ecerah atau kumpulan, bersumberkan akhbar, majalah
atau antologi.
e. Tugasan universiti / sekolah / penulisan – ada orang membaca kerana tugasan akademik – sama ada
dia pelajar, pensyarah atau ahli forum sastera yang tertentu.
f. Mencari ilmu (ilmu bahasa, ilmu terapan) – cerpen yang bermutu menghidangkan pelbagai jenis ilmu;
ilmu bahasa, ilmu sastera dan ilmu tema yang mendasari karya itu.
g. Sudah tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan – ada ketikanya orang membaca cerpen kerana
berada dalam keadaan begini.
h. Belajar sastera – karya sastera mengetengahkan begitu banyak ilmu sastera – dari cara mengarang,
keindahan dan kritikan sastera. Sebuah karya sastera yang baik, mengetengahkjan pengalaman
keagamaan yang mendidik.
i. Belajar bahasa (BM) – sesebuah karya sastera yang dihasilkan oleh inteligensia linguistik sudah tentu
menghidangkan ilmu linguistik (BM) yang kaya, ampuh, banyak dan kaya.
j. Berhibur – karya sastera, seperti karya seni yang lain (filem, drama pentas, novel, cerita rakyat, puisi,
dekon, lakon dan sebagainya) mempunyai daya hiburan yang tinggi.
k. Pembentukan kurikulum – sistem pendidikan di Malaysia, umpamanya pendidikan BM atau pendidikan
sastera memasukkan cerpen sebagai bahan kajiannya, justeru tugas membaca cerpen bertujuan
membentuk kurikulum mata pelajaran yang berkenaan (bagi mereka yang terpilih)
Sebagai buku rujukan utama penulisan cerpen, sama ada untuk tujuan pembelajaran atau pengajaran,
pembimbing mencadangkan penggunaan buku Penulisan Cereka Cerpen (1999; Edisi kedua, 2008).
Penulisan Cereka Cerpen, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana buku itu menjadi buku rujukan
mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM yang akan mula digunakan pada tahun 2012.
Pemilihan buku itu menjadikannya asas panduan penulisan pelajar-pelajar sekjolah sebagai peresediaan
untuk penulisan yang lkebih luas dan besar.
Kesimpulan
Melalui program ini, para ghuru berpeluang untuk memperluas bakat diri hingga mencapai potensi
individu dalam penulisan kreatif. Di samping itu, kaedah bimbingan yang diberikan juga membolehkan
guru menjadikannya kaedah membimbing pelajar yang mahu memperluas skop pembelajaran di luar bilik
darjah, iaitu bagi mereka yang mahu menulis dan menghantar karya kreatif ke media massa.
Pembimbing penulisan cerpen membuka ruang dan peluang untuk/kepada para peserta menghantar
karya ke DBP Cawangan Sarawak atau terus kepada editor pelbagai majalah di Dewan Bahasa dan
Pustaka. Menurut Jais Sahok, beberapa banyak penulis ternama di Malaysia adalah dari kalangan guru
sekolah. Tidak mustahil jika guru yang menghadiri kursus ini menampakkan keterampilan diri mereka
melalui medan penulisan di Tanahmas Sibu.
Beberapa orang peserta mendapatkan tandatangan Jais Sahok dalam novel beliau
Cikgu Fatimah, SMK Agama Saratok menerima hadiah buku Jais Sahok
Cikgu Jais Sahok bergambar kenangan dengan para peserta
Cikgu Sufian menerima buku Jais Sahok keraja kejayaan perenggan pertama cerpennya
Para peserta tekun mendengar ceramah Jais Sahok
MBMMBI
DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
TUJUAN MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) 2011
Penyelaras- Hjh Maheran binti Yusoff
Pen. Penyelaras - Hj Roslan bin Idris
Perancangan Program MBI 2011(Proficiency dan Pedagogy Bahasa Inggeris)
Pelaksanaan Kursus Proficiency Guru Bahasa Inggeris Bukan Opsyen
PPD FASA TARIKH TEMPAT
Kota Bharu 1 3,4,5 April BTPN Kealntan(Kota Bharu)
2 17,18,19 April
3 2,3,4 Mei
4 15,16,18 Mei
Pasir Mas/ Tumpat 1 3,4,5 April
PKG Makasar(P Mas)
2 17,18,19 April
3 2,3,4 Mei
4 15,16,18 Mei
Bachok/ Pasir Puteh 1 6,7,10 April
PKG Badak(Bachok)
2 20,21,24 April
3 5,8,9 Mei
4 19,22,23 Mei
Machang/ Kuala Krai 1 6,7,10 April
PKG Jambu Lawar (Machang)2 20,21,24 April
3 5,8,9 Mei
4 19,22,23 Mei
Tanah Merah/ 1 11,12,13 April
PKG Ipoh (Tanah Merah)
2 25,26,27 April
3 10,11,12 Mei
4 24,25,26 Mei
Jadual Pelaksanaan Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)
COHORT FASA 1 TARIKH TEMPAT
C1 Listening & Speaking 26-28 Jun 2011 BTPN Kelantan
C2 Listening & Speaking 26-28 Jun 2011 BTPN Kelantan
C3 Listening & Speaking 26-28 Jun 2011 BTPN Kelantan
FASA 2
C1 Reading 11-13 Julai 2011 BTPN Kelantan
C2 Reading 11-13 Julai 2011 BTPN Kelantan
C3 Reading 11-13 Julai 2011 BTPN Kelantan
FASA 3
C1 Writing 24-26 Julai 2011 BTPN Kelantan
C2 Writing 24-26 Julai 2011 BTPN Kelantan
C3 Writing 24-26 Julai 2011 BTPN Kelantan
Jadual Pelaksanaan Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Inggeris (PEELT - Menengah)
COHORT FASA 1 TARIKH TEMPAT
C1 Listening & Speaking 3-5 Julai 2011 BTPN Kelantan
C2 Listening & Speaking 3-5 Julai 2011 BTPN Kelantan
FASA 2
C1 Reading 19-21 Julai 2011 BTPN Kelantan
C2 Reading 19-21 Julai 2011 BTPN Kelantan
FASA 3
C1 Writing 27,28,31 Julai 2011 BTPN Kelantan
C2 Writing 27,28,31 Julai 2011 BTPN Kelantan
Program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) 2011
Penyelaras- En Shari bin Yusoff
Pelaksanaan Program MBM 2011
TAJUK TARIKHJUMLAH PESERTA
TEMPAT
Bengkel Penulisan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu SR/ SM
29-31 Mac 2011
25 IPGKKB
Kursus Pemantapan Tatabahasa29-31 Mac 2011
25 IPGKKB
Strategi Pengajaran Bahasa Melayu Berkesan SR/ SM
5-7 April 2011
25 IPGKKB
Teknik Bercerita Dalam Pengajaran Bahasa Melayu SR
10-12 Mei 2011
25 SK Telekong, Kuala Krai
Penghayatan Bahan Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu SM
10-12 Mei 2011
24 SK kubang Batang, Tumpat
Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan eKamus SR/ SM
28-30 Jun 2011
25 IPGKKB
Strategi Pengajaran Puisi Tradisional SR/ SM12-14 Julai 2011
25SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 1, Tanah Merah
Pembelajaran berpusatkan Murid SR/ SM 3-5 Mei 2011 25 SK Seri Wangi, Gua Musang
Kursus komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu SR/ SM
5-7 Julai 2011
26 IPGKKB
Seni Dalam Pengajaran Bahasa Melayu SR/ SM 24-26 Mei 25 PKG Mekasar
2011
Kursus Kreativiti dan Didik Hibur Dalam P&P Bahasa Melayu SR/ SM
5-7 Julai 2011
25 PKG Banggol
JUMLAH PESERTA 275
http://www.ipgkkb.edu.my/Laman%20WEB%202011/LDP/MBMMBI%20LDP.html
T H U R S D A Y , 1 7 F E B R U A R Y 2 0 1 1
Dasar MBMMBI 2011Mulai Mac hingga Oktober 2011, Unit Bahasa Melayu Jabatan Pelajaran Kelantan akan menganjurkan siri kursus bahasa Melayu di bawah program Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus-kursus ini akan diadakan dalam tiga kategori berdasarkan peruntukan yang disalurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM, iaitu:
1. Kursus Kelolaan Pendek Institut (KPKI) bersama IPG Kota Bharu dan IPG Sultan Mizan. Seramai 275 orang guru dijangka terlibat dalam siri kursus di IPG Kota Bharu, melalui 11 siri kursus dengan 25 orang peserta bagi setiap pengambilan. Manakala di IPG Sultan Mizan, seramai 135 orang guru akan dipilih untuk mengikut kursus berkenaan dengan 13 orang bagi setiap siri kursus.
2. Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu akan dilaksanakan bermula 4 April - 29 April 2011 untuk Ambilan 1 yang akan diadakan di IPG Sultan Mizan. Manakala ambilan 2 bermula 20 Jun -21 Julai 2011, ditempatkan yang sama. Setiap pengambilan melibatkan 30 orang peserta.
Tajuk Kursus KPKI:
1. Bengkel Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu (SR)
2. Kursus Pemantapan Tatabahasa Bahasa Melayu (SM)
3. Kursus Pengajaran Puisi Tradisional (SM)
4. Kursus Pengajaran dan Penghayatan Sastera (Komsas) SM
5. Kursus Strategi Pengajaran Berkesan (SM)
6. Kursus Pengajaran Seni Bahasa dalam Bahasa Melayu (SR)
7. Kursus Pengajaran Bahasa Melayu menggunakan e-kamus (SM)
8. Kursus Penggunaan TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu (SR)
9. Kursus Pengajaran Berfokuskan Murid (SR)
10. Kursus Teknik Didik Hibur dan Kreativiti dalam Pengajaran Bahasa Melayu (SR)
11. Kursus Teknik Bercerita dalam Pengajaran Bahasa Melayu (SR)
Guru-guru yang berminat boleh hubungi Unit Bahasa Melayu JPN Kelantan atau emelkan maklumat diri: (Nama, No.KP, sekolah, no.telefon, opsyen, pengalaman mengajar BM, kursus yang ingin dihadiri) kepada emel [email protected].
*Guru-guru yang pernah mengikuti kursus MBMMBI tahun 2010 tidak digalakkan memohon untuk memberi peluang kepada guru-guru yang masih belum pernah mengikuti kursus di bawah program MBMMBI.
http://akademikbahasa.blogspot.com/2011/02/dasar-mbmmbi-2011.html
Secara dasar MBMMBI adalah berikut
Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :
1. Pendekatan P&P
2. Guru bahasa Malaysia berkualiti
3. Perluasan ICT dalam P&P
4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa
ibunda di SJKT dan SJKC.
Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :
1. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
3. Pendekatan P&P
4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.
Maklumat lanjut boleh rujuk di laman mikro MBMMBI di
url http://www.moe.gov.my/mbmmbi
Fungsi BTP, BTPN dan PKG adalah daripada sokongan teknikal kepada sekolah dalam
melaksanakan MBMMBI pada tahun hadapan.
http://btpnsel.edu.my/main/2010/12/dasar-mbmmbi-kpm/
Dasar ganti PPSMI 2011danzaim
863 days ago 0
Berita Tempatan
Previous Next
12
EmailShare
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar
baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata pelaksanaan
lebih awal MBMMBI bagi menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada beberapa faktor.
Antaranya, bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk
Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelaksanaan MBMMBI untuk murid Tahun
Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat pula bermula 2012 untuk membolehkan
kementerian membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran
dan pembelajaran. Beliau turut menegaskan walaupun terdapat rayuan dan desakan supaya
PPSMI diteruskan, kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pihak berkenaan.
“Sebaliknya, pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan
dasar baru,” katanya menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada
sidang Dewan Rakyat, semalam.
Mohd Nor ingin mendapatkan penjelasan mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga
2012 untuk mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
diajar dalam bahasa ibunda.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata kementerian menetapkan 2012 sebagai
tahun pelaksanaan dasar baru itu bagi mengelak masalah seperti yang terjadi kepada
PPSMI.
“Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana
pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat
persiapan ialah enam bulan,” katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan PPSMI sejak 2003 membabitkan kos sebanyak RM5 bilion
meliputi penyediaan peralatan dan latihan guru.
“Bagi pelaksanaan dasar MBMMBI, kementerian akan memohon peruntukan yang
secukupnya untuk menjayakan dasar itu, di samping mengguna pakai kemudahan sedia
ada,” katanya.
Muhyiddin berkata, dalam pelaksanaan MBMMBI, kementerian memerlukan 13,000 guru
tambahan untuk ditempatkan di seluruh negara dan mulai tahun depan, pengambilan 1,000
guru bahasa Inggeris akan dibuat.
Menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Muhyiddin menegaskan kerajaan
tidak mungkin kembali melaksanakan PPSMI kerana MBMMBI selaras dengan dasar negara
yang mahu memartabatkan Bahasa Kebangsaan.
Sambil menyifatkan keputusan kerajaan itu sebagai muktamad, Timbalan Perdana Menteri
berkata, MBMMBI berfungsi sebagai serampang dua mata kerana selain memartabatkan
Bahasa Kebangsaan, kerajaan tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan
Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa.
Muhyiddin berkata, satu daripada dorongan kuat ketika pimpinan kerajaan hendak
menyediakan dasar baru itu ialah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan beliau yakin
pembangkang turut bersetuju.
“Kita mahu memperjuangkan Bahasa Melayu tetapi pada masa sama masyarakat hari ini
tahu untuk memasuki dunia sekarang yang kompetitif, Bahasa Inggeris juga menjadi bahasa
penting.
“Atas dasar itu saya tidak fikir kita akan berpindah balik kepada dasar lama… saya amat
menghormati Tun (Dr Mahathir Mohamad). Saya nyatakan kita hendak membuat pindaan,
mungkin dia tidak begitu setuju tetapi tidaklah keras sangat.
“Dia (Dr Mahathir) faham keputusan sudah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan
dia penyokong BN dan Umno, nampak dia tidak beri kenyataan keras seolah-olah kita kena
patah balik,” katanya.
credit:bharian.com.my
http://berita-harian-online.com/dasar-ganti-ppsmi-2011/
Apa itu MBMMBI | Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu
& Memperkukuhkan Bahasa Inggerisadalah fokus utama bagi
pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan
dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang
menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan
Dasar MBMMBI.
Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam
Melaksanakan Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi
MBMMBI ini.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu
& Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia
pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai
bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152,
Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa
pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa
komunikasi dan bahasa ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.
Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas
kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang
bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa
dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa
pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul
P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa.
P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan
dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
3. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan
suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai
kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis,
tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti
penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum –
Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan
menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau
bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu
Bahasa Malaysia itu sendiri.
5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan
teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman
web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta
nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan
bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para
pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk
berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
6. Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam
Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan
Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan
akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran
ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi
ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan
profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan
terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar
dari dalam dan luar negara.
8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada
aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah
dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas,
serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah
karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan.
Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa
Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca
dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga
mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat
1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar
Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara
lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di
universiti luar negara.
11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti
pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam
Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat
masuk.
http://pkgpadangserai.btpnkedah.edu.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=115:mbmmbi&catid=42:mbmmbi
SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Jawapan 1. Apakah itu Dasar MBMMBI?Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.2. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.3. Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.4. Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.5. Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah
rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.6. Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:a. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPGb. Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT)guru bukan opsyen bahasa Inggerisc. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELTd. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:Latihan untuk bahasa Malaysia: i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI) ii. KDP 4 Minggu iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan PustakaLatihan untuk bahasa Inggeris: i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris7. Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)Institut Pendidikan Gurua. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.b. “Teacher Study“ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.Praktikum – 3 kali praktikum :
a. Semester 5 – 4 minggub. Semester 6 – 8 mingguc. Semester 7 – 12 minggud. Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan.Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.8. Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut: i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara9. Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris?Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:a. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawakb. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabahc. IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganud. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dane. English Language Teaching Centre, Kuala LumpurPeranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF
juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan.yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut:a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zonc. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zond. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulume. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaranf. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuaig. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian programh. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah10. Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)· Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)· Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.· CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.· OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.11. Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.12. Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
· Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)· Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.13. Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa?Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.14. Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.
Sumber : http://www.moe.gov.my/index.php?id=17&act=faq&rid=150