mengilham harapan, mencipta masa depan
TRANSCRIPT
The National Universityof Malaysia
Pusat Komunikasi Korporat
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan
instagram.com/ukminsta
2 UKM
Kandungan
Perutusan Naib Canselor 3
Universiti Kebangsaan Malaysia 4
Fakulti 6
Institut Penyelidikan 7
Jaringan Global 8
Pengajaran & Pembelajaran 10
NIC Penyelidikan 12
Penyelidikan & Inovasi 13
Hubungan Industri & Masyarakat 19
Kecemerlangan Pelajar 20
Program Mobiliti Antarabangsa 21
Sukan @ UKM 22
Kesenian di UKM 24
Ikon UKM 27
Pengiktirafan & Pencapaian 29
Alumni 30
Biasiswa & Bantuan Kewangan 31
Fakta & Perangkaan 32
Kemudahan 33
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 3
Perutusan Naib CanselorPeredaran masa lazimnya menuntut pendekatan baharu bagi institusi pengajian tinggi. Universiti Kebangsaan Malaysia sedar akan tuntutan perubahan ini dan berusaha untuk melaksanakannya. UKM mempersiapkan pelajar untuk menghadapi perubahan ini melalui pengajaran yang inovatif dan kurikulum yang terkehadapan, sesuai dengan suasana ekonomi yang baharu. UKM melaksanakan penyelidikan yang komprehensif bagi menyelesaikan permasalahan komuniti, industri dan pentadbiran. Penglibatan strategik UKM dengan masyarakat dan industri adalah pemangkin kepada pembangunan negara dan hubungan antarabangsa.
UKM dibangunkan atas tuntutan rakyat bagi merealisasikan sebuah universiti kebangsaan dan pendaulat amanah negara. Selari dengan keperluan abad ke-21, UKM terus melaksanakan amanah dengan mengilham harapan, mencipta masa depan.
Tahun-tahun yang mendatang menjanjikan suatu titik waktu yang menarik dan mencabar bagi UKM. Oleh itu, marilah kita bersama menghadapi cabaran yang dapat memantapkan ciri profesionalisme, mempertingkatkan kompetensi dan kemahiran keusahawanan, serta memupuk bakat bakal pemimpin pada masa hadapan.
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
4 UKM
Sejak penubuhannya pada 18 Mei 1970, UKM memenuhi visi pengasasnya dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajian dan kesarjanaan. Ia juga berjaya menghasilkan para ilmuan dan cendekiawan yang menjadi kebanggaan negara.
Bermula dengan tiga fakulti, UKM kini telah berkembang menjadi 13 buah fakulti, 13 institut penyelidikan kecemerlangan dan pelbagai entiti komersial di bawah naungan UKM Holdings Sdn. Bhd. dan UKM Technology Sdn. Bhd. Kini, UKM dikenali sebagai universiti penyelidikan tersohor dan terus berkembang, di mana penyelidikannya relevan, para akademiknya dirujuk dan disegani.
Sensitif dengan tren teknologi pengajaran dan pembelajaran masa kini, UKM telah mengambil inisiatif dan mengungguli e-Pembelajaran. Melalui
e-Pembelajaran, pelajar dilengkapkan dengan pengajaran inovatif dan kurikulum terkehadapan. Inisiatif ini bertujuan untuk memenuhi keperluan ekonomi alaf baru. Ia juga merangsang penyelidikan dan menyediakan penyelesaian untuk masyarakat dan industri, bagi mencapai pembangunan mapan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
4 UKM
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 5
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 5
UKM bertekad menjadi universiti keterhadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.
6 UKM
FAKULTIFAKULTI
• Fakulti Ekonomi dan Pengurusan • http://www.ukm.my/fep
• Fakulti Farmasi • http://www.ukm.my/farmasi
• Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina • http://www.ukm.my/jurutera
• Fakulti Pendidikan • http://www.ukm.my/fpendidikan
• Fakulti Pengajian Islam • http://www.ukm.my/fpi
• Fakulti Pergigian • http://www.ukm.my/fperg
• Fakulti Perubatan • http://www.ppukm.ukm.my
• Fakulti Sains Kesihatan • http://www.fsk.ukm.my
• Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan • http://www.ukm.my/fssk
• Fakulti Sains dan Teknologi • http://www.ukm.my/fst
• Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat • http://www.ftsm.ukm.my
• Fakulti Undang-Undang • http://www.ukm.my/fuu
• UKM-GSB (Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan) • http://gsb.ukm.my
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 7
PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN TINGGI
PUSAT KECEMERLANGAN KEBANGSAAN
INSTITUT PENYELIDIKANINSTITUT PENYELIDIKAN• Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) • http://www.atma.ukm.my
• Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) • http://www.ukm.my/lestari
• Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) • http://www.inbiosis.ukm.my
• Institut Informatik Visual (IVI) • http://www.ivi.ukm.my
• Institut Islam Hadhari (HADHARI) • http://www.ukm.my/hadhari
• Institut Kajian Etnik (KITA) • http://www.kita.ukm.my
• Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) • http://www.ukm.my/ikmas
• Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) • http://www.ukm.my/seri
• Institut Perubahan Iklim (IPI) • http://www.ukm.my/ipi
• Institut Sel Fuel (SELFUEL) • http://www.ukm.my/selfuel
• Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (HEARS)
PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN TINGGI • Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) • http://www.ukm.my/imen
• Institut Perubatan Biologi Molekul UKM (UMBI) • http://www.ukm.my/umbi
PUSAT KECEMERLANGAN KEBANGSAAN • Institut Kajian Etnik (KITA) • http://www.kita.ukm.my
• Malaysian Inclusivity Development and Advancement (MINDA)
JARINGAN GLOBALJARINGAN GLOBAL Sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM sentiasa berusaha untuk mendekati dan kekal relevan ke seluruh pelusuk dunia. UKM menjalin hubungan pintar melalui perjanjian MoU dan MoA yang terbaru bersama universiti di Uzbekistan, Latvia, Romania dan Georgia. Hubungan ini merangkumi kerjasama pertukaran pelajar dan kakitangan serta kerjasama dalam penyelidikan. Sehingga kini, UKM telah menghasilkan lebih daripada 170,000 alumni yang terus menyumbang pembangunan negara. UKM juga telah menarik minat pelajar dari 53 buah negara, seterusnya mewujudkan suasana kepelbagaian budaya, agama dan bahasa yang muhibah di kampus.
Afrika Utara
Afrika Selatan
Afrika Tengah
Amerika Selatan
Amerika Tengah
Amerika Utara
Eropah
Asia Pasifik
Asia Utara
Asia Tenggara
8 UKM
Saya memilih UKM kerana kedudukannya yang baik dalam kalangan universiti di Asia dan dunia. UKM mempunyai para akademik yang cemerlang dan berdedikasi dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Saya pastinya mengesyorkan UKM kepada rakan-rakan saya.
Malek M. Y Injas (Pelajar Siswazah Antarabangsa)Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
MENGAPA UKM?
10 UKM
PENGAJARAN &PEMBELAJARANUKM telah menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran sebagai keutamaan dalam Bidang Keberhasilan Utama. UKM berusaha untuk melahirkan graduan yang bangga menjadi rakyat Malaysia, kreatif, berdaya saing, kebolehgajian, dilengkapi dengan kemahiran berkomunikasi dan relevan kepada industri dan masyarakat.
Untuk mencapai objektif ini, amalan pedagogi yang terbaik telah diperkenal dan dilaksanakan. Pendekatan pengajaran telah diolah semula untuk membangkitkan pembelajaran yang lebih menarik dapat diberikan kepada pelajar. Portal e-pembelajaran UKM, i-Folio, telah melengkapkan proses perubahan ini. Selain itu, UKM juga melaksanakan pendekatan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang berikut:• Pembelajaran Bersepadu;• Flipped Classroom;• Pembelajaran berasaskan Pengalaman;• Pembelajaran berasaskan Masalah;
• Kajian Kes;• Pembelajaran Makmal dan Studio; • Latihan Industri Kerjasama Fakulti dan Swasta; • Pembelajaran Kooperatif, Fokus kepada Kognitif,
Afektif dan Psikomotor;• Kajian Rintis;• Pembelajaran berasaskan Pertandingan; dan• Massive Open Online Course (MOOC).
Dalam melahirkan graduan yang holistik dan kebolehgajian, UKM menawarkan pengajian sastera dan pengajian umum sebagai pelengkap kepada bidang akademik para graduan. Kursus kepelbagaian bidang dan tambahan seperti bahasa asing, seni tradisional dan budaya dan pembangunan kemahiran insaniah juga turut ditawarkan.
10 UKM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 11
Infrastruktur yang cemerlang dan pendekatan pedagogi yang inovatif akan terus memacu UKM ke hadapanProf. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq O.K. RahmatTimbalan Naib CanselorHal-ehwal Akademik & Antarabangsa
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 11
NIC PENYELIDIKAN
Penyelidikan dan inovasi di UKM menyediakan penyelesaian kepada permasalahan negara dan serantau serta menjadi pemacu kepada pembangunan lestariProf. Dato’ Dr. Mazlin MokhtarTimbalan Naib CanselorHal-ehwal Penyelidikan & Inovasi, UKM
12 UKM
Penyelidikan di UKM menyumbang dengan ketara terutamanya dalam pembangunan ekonomi dan sosial melalui satu ekosistem yang menggalakkan penemuan intelektual, inovasi, penyebaran dan penggunaan pengetahuanProf. Datuk Dr. Noor Azlan GhazaliNaib Canselor, UKM
NIC PENYELIDIKAN NEGARA BANGSA
• Membina Negara Bangsa;• Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan;• Pendidikan dan Peradaban;• Politik, dan Keselamatan; dan• Transformasi Luar Bandar
SAINS, KELESTARIAN DAN WILAYAH
• Pembangunan Lestari Wilayah;• Tenaga Keterbaharuan; dan• Perubahan Iklim
BIO SAINS, KESIHATAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
• Teknologi KEsihatan dan Perubatan;• Nanoteknologi dan Bahan Termaju; • Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi; dan• ICT: Informatik Isian
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 13
Kereta Bugi Sel Fuel Pertama Malaysia
Kenderaan Sel Fuel Hidrogen pertama Malaysia telah dibina oleh Institut Sel Fuel UKM. Kenderaan ini berupa sebuah kereta bugi dikuasakan dengan menggunakan enjin sel fuel. Sistem hibrid ini dikuasai oleh Sel Fuel Proton Exchange Membrane (PEM) & Superkapasitor. Kuasa elektrik ini dihasilkan melalui tindak balas elektrokimia antara hidrogen dan oksigen daripada udara pada suhu rendah yang menghasilkan air sebagai produk akhir yang mempunyai pelepasan sifar serta bersih, hijau, mesra alam dan lestari. Projek ini telah dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan geran berjumlah RM7 juta selama tiga tahun.
Pembedahan Lubang Kunci (Keyhole)
UKM telah mencipta sejarah dengan melakukan pembedahan lubang kunci ke atas bayi yang berusia 14 hari bagi mengeluarkan 95% daripada pankreas. Ini satu pembedahan pancreatectomy yang pertama seumpamanya di dunia untuk bayi berusia di bawah 30 hari.
PENYELIDIKAN & INOVASIPENYELIDIKAN & INOVASIInstitut Perubatan Biologi Molekul UKM (UMBI) adalah sebuah institut terkemuka dalam perubatan molekul serantau. UMBI telah dipilih oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menerajui Projek Kohort Malaysia, sebuah kajian penduduk berskala besar dan berimpak tinggi. Projek ini menyaring lebih daripada seratus ribu peserta yang lengkap dengan data kesihatan, gaya hidup dan persekitaran serta ukuran biofizikal. Sampel biologi mereka disimpan di The Malaysian Cohort Biobank (TMC) yang merupakan gedung biologi terbesar di Asia Tenggara. Kajian UMBI termasuk mengenal pasti faktor risiko, interaksi gen-persekitaran dan penanda biologi bagi pengesanan awal kanser dan penyakit lain.
14 UKM
Green Rose
Program Green Rose adalah program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang melibatkan 3,000 pelajar sekolah rendah dan guru di 90 buah sekolah. Program kemasyarakatan ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai rakan industri. Objektif program dengan pendekatan ROSE – mengurangkan (reduce), mengimbangi (offset), menggantikan (substitute) dan meningkatkan (enhance) untuk menerapkan nilai-nilai hijau dalam kalangan kanak-kanak, keluarga dan komuniti sekolah.
Penyelidikan Tenaga Solar
Institut Kajian Tenaga Solar UKM (SERI), mencari alternatif kepada bahan api fosil yang menyumbang kepada pemanasan global dan pencemaran alam sekitar. SERI membangunkan teknologi tenaga keterbaharuan dan pengurusan kemapanan ekonomi serta alam sekitar. Ia telah memenangi pelbagai anugerah penyelidikan bertaraf dunia dan memenangi pengiktirafan daripada pelbagai sumber seperti memenangi pingat emas dalam Anugerah Teknologi Hijau 2012 dalam kategori “Greentech University”.
PEN
YELI
DIK
AN
& I
NO
VA
SI
14 UKM
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 15
16 UKM
Makmal Alami
Makmal ini adalah pusat penyelidikan dan pembelajaran bersatelit UKM. UKM telah menubuhkan makmal alami di Tasik Chini, Mersing, Bukit Fraser, Lata Jarum, Sungai Pulai, Langkawi Geopark dan Hutan Simpan Kekal di UKM Bangi yang merangkumi sebuah Fernarium dan Herbarium.
Makmal alami ini dibuka kepada pelajar UKM dan pelawat untuk belajar dan mendekati usaha pemuliharaan alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dilakukan oleh ahli sains dan penyelidik UKM. Ia memberi pendekatan baharu dari segi pengajaran dan pembelajaran berasaskan pengalaman.
Langkawi Geopark
Langkawi Geopark adalah taman geo pertama di Malaysia. Taman ini terletak di barat laut Semenanjung Malaysia. Ia sangat unik kerana terdiri daripada 99 buah pulau yang membentuk kepulauan legenda Langkawi. Langkawi Geopark adalah kawasan yang mempunyai warisan geologi yang penting pada peringkat antarabangsa dalam mempromosikan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mapan.
EKOMAR Mersing
Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) menjalankan penyelidikan yang berkait rapat dengan ekosistem dan sumber marin dengan tujuan untuk memelihara dan memulih ekosistem marin. Pasukan teras penyelidikan EKOMAR terdiri daripada penyelidik UKM dan gabungan penyelidik dari Pusat Legasi Genom Lautan (OGL) di Amerika Syarikat, Direktorat Oseanografi Kebangsaan, Jabatan Perikanan dan Jabatan Taman Laut, Malaysia.
PEN
YELI
DIK
AN
& I
NO
VA
SIZOMM in
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 17
UKM mempunyai Taman Paku Pakis yang ketiga terbesar di dunia. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami dan menimba ilmu pengetahuan mengenai paku pakis dalam habitat semula jadinya.
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 17
INDUSTRI & MASYARAKATHUBUNGAN INDUSTRI & MASYARAKAT
18 UKM
Hubungan Strategik Masyarakat & Industri
Dalam usaha untuk membangun, mengekal dan meneruskan UKM sebagai peneraju utama dalam mewujudkan perkongsian yang memberi manfaat bersama antara universiti, industri dan masyarakat, dasar tadbir urus yang berstruktur dan inovatif telah ditubuhkan dalam menjamin pelaksanaan yang berkesan. Perkara ini sememangnya berlaku pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
UKM sentiasa berusaha mewujudkan kerjasama dan rangkaian strategik bersama masyarakat setempat di Bangi, Selangor dan juga masyarakat di sekitar makmal alami UKM. Antara aktiviti kemanusiaan yang dilakukan termasuklah membantu mangsa banjir di Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. UKM juga menghulurkan bantuan kaunseling kepada pengurusan bencana negara.
Projek UKM yang berjaya bekerjasama dengan masyarakat adalah CRYsTaL (Belia Kreatif melalui Pembelajaran Inovatif) oleh Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina dan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat. Projek ini memberi tumpuan kepada membimbing pelajar di sekolah untuk meningkatkan daya kreativiti mereka melalui penggunaan mikrocip. Pelajar UKM sebagai mentor dan membantu daya kreativiti. UKM juga universiti awam yang pertama menyediakan perkhidmatan guaman secara percuma kepada orang ramai melalui Klinik Bantuan Guaman UKM. Ia telah membantu orang ramai yang mempunyai sumber terhad kepada perkhidmatan peguam bagi mengendalikan kes perbicaraan.
Pembangunan penyediaan Technopolis Kesihatan yang pertama di Malaysia adalah di kampus Perubatan UKM. Sejumlah data besar yang diperoleh daripada Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains Kesihatan seterusnya disepadukan bagi menjadikan pusat penyelidikan perubatan dan kesihatan termaju dan terkini.
UKM menjalinkan hubungan baik dengan industri dan menandatangani MoU dan MoA, bersama Yayasan Standard Chartered, Yayasan Sime Darby, Yayasan CIMB, UEM, FELDA, MK Land, AGA Zone, Media Prima dan Yayasan PINTAR. Penglibatan industri dan masyarakat dalam kerjasama inovatif sebegini dapat menyokong pengukuhan penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan di UKM. UKM mengeratkan hubungan serantau ASEAN dengan jaringan pintar bersama ASEAN University Network, The Association Southheast ASEAN Institutions of Higher Learning (ASAIHL), ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP).
Sebuah universiti yang melibatkan pihak industri dan masyarakat akan mewujudkan kebaikan bersama dalam mempertingkatkan daya intelektual, kesejahteraan sosial dan ekonomi.Prof. Dr. Imran Ho AbdullahTimbalan Naib CanselorHal-ehwal Jaringan Industri & Masyarakat
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 19
KECEMERLANGAN PELAJARKECEMERLANGAN PELAJAR
Pertandingan Space Law Moot
Pasukan debat Fakulti Undang-undang telah memenangi Pertandingan Space Law Moot pada tahun 2014. Memenangi pertandingan bertaraf antarabangsa ini menunjukkan bahawa pelajar UKM dapat bersaingan di peringkat global. Ini membuktikan potensi sebenar para graduan undang-undang UKM.
Bola Sepak Robot UKM
Pasukan Bola Sepak Robot UKM daripada Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat telah memenangi Piala FIRA Malaysia 2014. Mereka juga memenangi kategori Mirosot dan Androsot dengan memenangi tiga emas dan satu gangsa. Pasukan ini juga mewakili Malaysia di Kejohanan Piala Dunia Robot FIRA.
20 UKM
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM)
PABM 2015 yang memasuki tahun ke-9 disertai 71 pelajar yang mengambil jurusan pengajian bahasa Melayu di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh dunia dan telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Ogos lalu.
UKM-MexicoUniversiti Kebangsaan Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi di Mexico telah menjalin pelbagai MoU dan LoI sejak 2011. Antara jaringan adalah bersama Universidad Intercultural Del Estado De Mexico (UiEM), El Colegio De Mexico (COLMEX), Universidad De Ixtlahuaca (CUI) dan Universidad Nacional Autonoma (UNAM).
Kerjasama juga dijalinkan dengan Kementerian Pendidikan, Gobierno del Estado de México [EDOMEX]. Sokongan padu dari Duta Besar Malaysia di Mexico bersama Menteri Pendidikan, Estado de Mexico mengukuhkan lagi kerjasama dan meningkatkan aktiviti di antara dua pihak.
Pada tahun sebelum ini, UKM adalah tuan rumah program mobiliti jangka pendek untuk 100 pelajar Mexico Mobility to Malaysia (MM2M100) yang berlangsung pada 15 Mei hingga 5 Jun 2013. Susulan kejayaan program yang pertama, EDOMAX telah mengambil inisiatif yang sama dan mengalu-alukan 19 pelajar Malaysia untuk menjalani program ini pula di Mexico. Pelajar yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada sembilan universiti awam Malaysia, manakala UKM bertindak sebagai penyelaras. Pelajar telah mengambil bahagian dalam Program Pertukaran Malaysia-Mexico (MPMEX 2015) pada 26 Januari hingga 15 Februari 2015.
UKM-GSMPUKM-Global Student Mobility Partnerships (UKM-GSMP) adalah program mobiliti tahunan yang berlangsung di antara bulan Julai hingga Ogos. Ia bermula dari 2009 dan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai ekologi mapan dan budaya peribumi Malaysia di samping untuk mempromosikan UKM dan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Di samping itu, para pelajar boleh mengikuti beberapa kursus seperti Komuniti Peribumi Malaysia atau Kelestarian Warisan Tropika. Di antara aktiviti program mobiliti adalah seperti lawatan selama tiga minggu di seluruh Malaysia. Pelajar diberi pengalaman hidup bersama komuniti Orang Asli, mengunjungi dataran purba dengan ekologi yang menakjubkan dan meneroka keunikan flora dan fauna yang hanya terdapat di Malaysia. Pengisian ini bertepatan dengan tema “Membina Jambatan untuk Persefahaman dan Persahabatan Antarabangsa”.
Pelajar akan mendapat manafat mengenai isu semasa di kawasan kajian di Semenanjung Malaysia seperti Taman Negara dan Kepulauan Borneo.
Program ini telah mendapat sambutan peserta dari Australia, Bangladesh, Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Mexico, Filipina, Korea Selatan, Taiwan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Uzbekistan.
PROGRAM MOBILITI ANTARABANGSA
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 21
SUKAN @ UKMSUKAN @ UKM
Pasukan Bola Sepak UKM
Kecemerlangan pasukan Bola Sepak UKM terserlah dengan memenangi Liga Kementerian Pendidikan IPTA. Kemenangan ini menunjukkan pembelajaran dan sahsiah diri dapat diterapkan melalui sukan. Pasukan ini membuktikan bahawa kunci kejayaan adalah melalui disiplin, komitmen, kerja berpasukan yang hebat dan strategi yang tepat. Nilai-nilai ini bukan sahaja diamalkan di padang bola sepak bahkan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.
Pasukan Kriket UKM
Pasukan Kriket UKM telah memenangi Kejohanan Kriket Perisai Raja Melayu selama tiga tahun berturut-turut dan memenangi pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan 2014. Empat daripada ahli pasukan kriket UKM telah mewakili pasukan Malaysia Divisyen Empat Liga Dunia Kriket di Singapura. Pada Sukan Asia, enam ahli pasukan kriket UKM telah mewakili Malaysia di Incheon, Korea. Ini menunjukkan bakat sukan yang dimiliki oleh para pelajar UKM mampu bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
22 UKM
Pelajar kita bersedia untuk berkhidmat melalui pasukan berseragam UKM. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Prof. Datin Noor Aziah Mohd AwalTimbalan Naib CanselorHal-ehwal Pelajar & Alumni
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 23
24 UKM
KESENIAN DI UKMUKM adalah sebuah institusi yang tersohor dalam usaha mempromosikan seni dan budaya. Pelajar sentiasa didedahkan kepada dunia seni persembahan yang hebat melalui tarian, teater dan aktiviti kebudayaan. UKM menzahirkan kesedaran seni ini dalam aspek pembelajaran di kampus. Di antara aktiviti yang diadakan dan menjadi tumpuan termasuklah Kumpulan Orkestra UKM yang terunggul, Bengkel Seni dan Teater, Konsert Tahunan DiRaja, Malam Kebudayaan Ambang Merdeka dan Malam Anugerah Seni.
24 UKM
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 25
ORKESTRA UKM
Orkestra UKM adalah satu nama yang sering menjadi sebutan dalam kalangan peminat seni dan muzik. Persembahan yang sering dilakukan oleh kumpulan orkestra ini menjadi satu landasan terbaik bagi generasi muda untuk menerokai dan menghargai muzik. Orkestra UKM ini dipimpin oleh Dato’ Dr. Johari Salleh, seorang Maestro muzik yang terkenal di peringkat antarabangsa dan Felo di UKM yang memimpin kumpulan orkestra ini dalam persembahan Konsert Tahunan DiRaja.
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 25
26 UKM
IKON UKMIKON UKM
Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul AmriPengarah, Institut Kajian Etnik (KITA)
Seorang ahli antropologi yang terkemuka di rantau Asia Tenggara, beliau telah menumpukan kajian beliau terhadap isu berkaitan dengan pendamaian antara kumpulan yang berlainan etnik, penyelesaian pertikaian agama, dan pengurangan kadar kemiskinan.
Prof. Dr. Ishak HashimFakulti Sains dan Teknologi, UKM
• The World’s Most Influential Scientific Minds• Malaysia’s Rising Star Award
IKON UKMIKON UKM
Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman AliPengarah
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)• Anugerah Akademik Negara
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Fello Penyelidik Utama
Pusat Sains Angkasa, UKM
• Angkasawan Pertama Malaysia
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 27
28 UKM
Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof OthmanPengarah
Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM• Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan
Prof. Dr. Nor Hashimah JalaluddinPengarah
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM • Anugerah Bitara Melayu
Prof. Dato’ Dr. Sharifah MasturaPengarah
Institut Perubahan Iklim (IPI), UKM• Pemenang Anugerah Langkawi
Prof. Dato’ Dr. Burhanuddin Yeop MajlisPengarah
Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
• Anugerah Melayu Cemerlang
Prof. Dato’ Dr. Kamaruzzaman SopianPengarah
Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM• Anugerah Tenaga ASEAN
Dato (Dr.) Johari SallehFelo Utama, Pusat Kebudayaan UKM
• Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kesenian)• Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
Prof. Dr. Mohamed Amin EmbiPengarah
Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran, UKM• AAN (Pengajaran)
• Anugerah Sains dan Teknologi (ISESCO) • Anugerah Tokoh e-Pembelajaran
Prof. Dato’ Zakaria Stapa Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM
• Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
IKON UKMIKON UKM
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 29
PENGIKTIRAFAN &PENCAPAIAN
PENGIKTIRAFAN & PENCAPAIANAhli akademik telah mengharumkan nama UKM dengan pengiktirafan dan pencapaian seperti:
PEMENANG ANUGERAH Tahun
Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Selangor 2015
Anugerah Tenaga ASEAN 2015
Program Pemberian Taraf CREAM Sains Malaysiana, 3L: The Southeast Asian Journal of English Language Studies, GEMA Online® Journal of Language Studies, Jurnal Ekonomi Malaysia
2015
Anugerah Merdeka 2015
Anugerah Expo Antarabangsa Idea, Invensi, Inovasi & Rekabentuk dengan Pengiktirafan Piawaian Patuh Syariah 2014 2014
Anugerah Expo Inovasi Islam ke-5 2014 (i-Inova 2014) 2014
The Outstanding Contributions Award 2014
Innovation Around My Campus Award 2014
Pingat Emas Anugerah Arcasia - Seni Bina 2014
Best Performance Award, 5th ISICAS 2014 2014
Anugerah Tenaga ASEAN 2014
Most Influential Scientific Mind Cited Research 2014
Anugerah Akademik Negara 2014
Anugerah Buku Negara 2014
Anugerah Melayu Bitara 2014
Anugerah MAPIM 2012, 2013, 2014
Anugerah Langkawi 1994, 1998, 2004, 2009, 2014
Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2013 2013
Datuk Abdul Aziz IshakKetua Editor Kumpulan
Utusan Malaysia
Tan Sri Dr. Jemilah MahmoodPresiden MERCY, Malaysia (1999-2010)
Ketua SekretariatThe World Humanitarian Summit Secretariat (2014-kini)
Ahli, United Nation Advisory Group of CERF (2008-kini)
Ilango KaruppannanDuta Besar Malaysia ke Lebanon
Kementerian Luar Negeri
UKM telah melahirkan ramai pemimpin yang dihormati dan diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Datuk Seri Wong Chun Wai Pengarah Eksekutif
The Star Media Group
Datuk Chee Pee Samsudin Akauntan Negara Malaysia
Dato’ Wan Mohd Noor Hj. Ibrahim Ketua Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
ALUMNI TERSOHORALUMNI TERSOHOR
Dato’ Sri Liow Tiong LaiMenteri Pengangkutan Malaysia (2014-kini)
Mantan, Menteri Kesihatan (2008-2013)
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim KomooMantan Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu (2012-2015)Felo Utama, LESTARI UKM
• Pemenang Anugerah Langkawi
BIASISWA & BANTUAN KEWANGANBIASISWA & BANTUAN KEWANGAN
Pelajar siswazah boleh memohon bantuan kewangan melalui Skim Bantuan Penyelidikan atau Bantuan Penyelidikan. Pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti kurikulum layak dicalonkan untuk Anugerah Pendidikan DiRaja, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Dekan dan Hadiah Buku.
ZAMALAH
Kami menawarkan biasiswa berikut kepada pelajar yang cemerlang:• Zamalah Yayasan Canselor;• Zamalah Universiti Penyelidikan;• Zamalah UKM; dan• Zamalah High Flyers.
Tan Sri Dr. Jemilah MahmoodPresiden MERCY, Malaysia (1999-2010)
Ketua SekretariatThe World Humanitarian Summit Secretariat (2014-kini)
Ahli, United Nation Advisory Group of CERF (2008-kini)
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 31
Peluang Pembiayaan yang Lain
• Pembantu Penyelidik Siswazah; dan• Felo Pasca Kedoktoran.
32 UKM
ULU LANGAT
SEPANG
KUALA LANGAT
PETALING
GOMBAK
ULU SELANGOR
KUALA SELANGOR
KLANG
SABAK BERNAM
WILAYAH PERSEKUTUAN
Kampus Induk Bangi
1,100 hektar
Kampus Kuala Lumpur 20 hektar
22 hektarPusat Perubatan UKM
KUALA LANGAT
PETALIN
G
ULU SELANGOR
KUALA SELANGOR
KLANG
SABAK BERNAM
SE
G
O
S
NG
GO
UKM • Keluasan Kampus
FAKTA & PERANGKAANPENCAPAIAN UTAMA 18 May 1970 2006 2010 2012
Penubuhan Universiti Penyelidikan Status Self-accreditation
Status Autonomi
12,897 Prasiswazah 151
14, 064 Siswazah 2,361
26, 961 JUMLAH 2,512
607 Pengurusan dan Profesional
2737 Pelaksana
3344 JUMLAH
1203 Pensyarah
519 Profesor Madya
296 Profesor
2018 JUMLAH
GRADUAN *2014*
Sarjana
2,300
Doktor Falsafah
533
JUMLAH
6,411
Sarjanamuda
3,578
FAKTA & PERANGKAAN
Mengenai UKM
PELAJAR *Semester 2014/2015*
KAKITANGAN PENTADBIRAN *2015* KAKITANGAN AKADEMIK *2015*
Pelajar Antarabangsa
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 33
KEMUDAHANKEMUDAHAN
• Kolej Penginapan Pelajar • Pavilion dengan Trek Sintetik • Hotel Universiti • Rumah Tamu • Bank • Pejabat Pos • Kafeteria • Perkhimatan Bas • Masjid • Kawasan Internet dan Wifi • Kemudahan Sukan • Pusat Kesihatan • Perpustakaan • Keselamatan 24 Jam • Teres Eko Niaga
Kolej
• Kolej Dato’ Onn • Kolej Ibrahim Yaakub• Kolej Aminuddin Baki • Kolej Ungku Omar • Kolej Burhanuddin Helmi • Kolej Tun Hussein Onn• Kolej Pendeta Za’ba • Kolej Tun Syed Nasir • Kolej Tun Dr. Ismail, PPUKM • Kolej Ibu Zain • Kolej Rahim Kajai • Kolej Keris Mas
The National Universityof Malaysia
Pusat Komunikasi Korporat
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan
instagram.com/ukminsta