meter kilowatt jam

7
TENAGA ELEKTRIK Tenaga elektrik adalah hasil darab kuasa, daya dan masa. Persamaan di bawah menunjukkan perhubungan antara tenaga elektrik dengan kuantiti- kuantiti elektrik yang lain. Simbol : T atau E Unit : Kilowatt jam (kWj) atau Joule METER KILOWATT JAM (KWJ) T : Tenaga elektrik ( kWj) P: Kuasa ( W) T: Masa ( s) V: Voltan ( V) I: arus (A) R: rintangan ( ) Pengenalan Meter KWJ digunakan untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik. Alat ini digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pengiraan jumlah tenaga elektrik yang digunakan oleh sebuah rumah dalam tempoh sebulan. Setiap bulan, unit penggunaan tenaga elektrik akan disukat. Unit Tenaga elektrik disukat dalam unit kWj. Terdapat dua jenis meter kilowatt ini iaitu: 2 Jeni s M eter analo g M eter digita l

Upload: nur-syahiirah

Post on 21-Jan-2016

586 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kh 3118

TRANSCRIPT

Page 1: Meter Kilowatt Jam

TENAGA ELEKTRIK

Tenaga elektrik adalah hasil darab kuasa, daya dan masa. Persamaan di bawah

menunjukkan perhubungan antara tenaga elektrik dengan kuantiti-kuantiti elektrik

yang lain.

Simbol : T atau E

Unit : Kilowatt jam (kWj) atau Joule

METER KILOWATT JAM (KWJ)

T : Tenaga elektrik ( kWj)

P: Kuasa ( W)

T: Masa ( s)

V: Voltan ( V)

I: arus (A)

R: rintangan ( )

Pengenalan

Meter KWJ digunakan untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga

elektrik. Alat ini digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat

pengiraan jumlah tenaga elektrik yang digunakan oleh sebuah rumah dalam tempoh

sebulan. Setiap bulan, unit penggunaan tenaga elektrik akan disukat. Unit Tenaga

elektrik disukat dalam unit kWj. Terdapat dua jenis meter kilowatt ini iaitu:

2 Jenis

Meter analog

Meter digital

Page 2: Meter Kilowatt Jam

Suis Utama

Fungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah Suis

ini adalah suis jenis dua kutub satu arah. Di dalamnya terpasang fius katrij

Pemutus Litar bocor ke bumi

Berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku kebocoran

arus atau litar pintas

Kotak agihan berfius

Berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar

Suis dan Soket

Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik. Soket

berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan elektrik rumah

Hubungan Antara Tenaga Elektrik Dengan Tenaga Haba

Apabila berlaku pengaliran arus, elektron di dalam pengalir akan berlanggar antara

satu sama lain dan ini akan menghasilkan haba dan seterusnya menyebabkan kabel

yang digunakan menjadi panas.

Unit Elektrik Untuk Kerja, Kuasa Dan Tenaga.

Unit bagi kerja yang dilakukan dan tenaga yang digunakan ialah Joule. Ini

bersamaan dengan tenaga yang dikeluarkan untuk menggerakkan 1 Coulomb cas

melalui rintangan 1 ohm. Jumlah tenaga yang digunakan untuk mengalirkan 1 A arus

untuk 1 saat melalui rintangan 1 ohm dikira sebagai 1 Joule. Ianya juga boleh

dinyatakan sebagai 1 watt saat, iaitu 1 watt kuasa digunakan untuk 1 saat. Dalam

bentuk matematik ia boleh ditunjukkan di bawah ini .

Page 3: Meter Kilowatt Jam

Kerja adalah tenaga yang diserap dengan membekalkan beban sebanyak 1 Kw

untukjangka masa 1 jam. Watt ialah kuasa yang digunakan bila terdapat arus

sebanyak 1 A yang mengalir di antara dua titik yang mempunyai keupayaan 1 volt.

Contoh 1.3

Sebuah pembakar roti yang mengambil arus 5A dari bekalan 240 V selama 15 minit.

Kirakan ,

i. Kuasa yang digunakan.

ii. Tenaga yang diserap dalam kJ

Penyelesaian;

Diberi: I = 5 A , V = 240V dan t = 15 x 60 = 900s

i. P =IV = (5)(240) = 1200W .

ii. T = Pt = (1200)(900) = 1080000W

= 1080kWj = 1080 kJ

Membaca Meter kWj

Contoh:

1. Baca unit terbesar dahulu.

2. Bacaan 1/10 tidak diambil kira

3. Jika petunjuk berada di antara 2 nombor , ambil bacaan yang terendah.

Page 4: Meter Kilowatt Jam

1 kWj = 1 unit tenaga elektrik

Bacaan meter = 31945 kWj

Jumlah unit tenaga elektrik = 31945 unit

Mengira Kos Penggunaan Tenaga Elektrik

Bacaan meter bulan dahulu

Bacaan meter bulan semasa

Bacaan meter bulan semasa 64 221

Tolak -

Bacaan meter bulan dahulu 63 915

Jumlah unit yang digunakan 306

3 1 9 4 95

6 3 9 1 5 5

6 4 2 2 1 9

Page 5: Meter Kilowatt Jam

Kadar Tarif

Kadar tarif adalah ketetapan bayaran yang ditentukan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ia ditetapkan berbeza mengikut jenis penggunaan. Bagi tempat kediaman kadar tarif yang digunakan ialah Kadar Tarif A (sila rujuk Jadual 1).

Contoh Jadual Tarif

Page 6: Meter Kilowatt Jam

Contoh Bil Elektrik

Page 7: Meter Kilowatt Jam

Contoh Pengiraan Bil Elektrik

a) Mengira jumlah unit tenaga elektrik yang digunakan

Bacaan meter bulan semasa 64 221

Tolak -

Bacaan meter bulan dahulu 63 915

Jumlah unit yang digunakan 306

(b) Mengira kos tenaga elektrik

Jumlah kos yang dikenakan dikira dengan mendarabkan jumlah unit

tenaga elektrik yang telah digunakan dengan kadar tarif.

Bagi 200 unit pertama ialah : 200 x RM 0.218 RM 43.60

Bagi 106 unit berikutnya ialah : 106 x RM 0.345 + RM 36.57

Jumlah kos tenaga elektrik yang digunakan RM 80.17