minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah...
TRANSCRIPT
MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH
AKADEMIK DI NEGERI JOHOR TERHADAP MATA PELAJARAN
VOKASIONAL KURSUS GRAFIK BERKOMPUTER.
NOR HASHEILA ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI NEGERI JOHOR TERHADAP MATA PELAJARAN VOKASIONAL KURSUS GRAFIK BERKOMPUTER.
SESI PENGAJIAN: 2008/09 - II
Saya : NOR HASHEILA BINTI ISMAIL mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 1887, KG HUTAN PM DR ABD WAHID MUKHARI PASIR TENDONG, 17030 PASIR MAS, KELANTAN DARUL NAIM. Tarikh : 16 APRIL 2009 Tarikh : 25 APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya / Kami * akui bahawa saya / kami * telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya / kami * karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : _____________________________
Nama penyelia : PROFESOR MADYA DR ABDUL WAHID
BIN MUKHARI
Tarikh : 25 APRIL 2009
* Potong yang tidak berkenaan
i
MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKAATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH
AKADEMIK DI NEGERI JOHOR TERHADAP MATA PELAJARAN
VOKASIONAL KURSUS GRAFIK BERKOMPUTER.
NOR HASHEILA ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………..
Nama Penulis : NOR HASHEILA ISMAIL
Tarikh : 16 April 2009
iii
DEDIKASI
Teristimewa Buat:
Untuk Ayahanda dan Bonda yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,
Ismail Mohammad @ Mamat
&
Rafiah Omar
Dengan doa dan restumu anakmu di sini, memenuhi hajat dan harapanmu.
Jasa dan pengorbanan yang tidak terhingga akan ku ingat selama-lamanya.
Keluarga Tercinta:
(Abe Pa, Kak Na, Abe Li, Kak Ni, Kak Ta, Adeq Mie,
Abe Yie, Abe Mie, Kak Nurul dan Kak Zie)
Terima kasih kerana sentiasa menyokongku dengan penuh pengertian,
Semoga ikatan persaudaraan antara kita kekal berpanjangan,
Selagi hayat dikandung badan.
Penyelia Berdedikasi:
Terima kasih mendidik dan membimbing dengan penuh sabar
PM Dr Abd Wahid Mukhari
Terima kasih Yang Tidak Terhingga.........
Buat Teman Seperjuangan......
(Cah, Nor, Zue, Ana dan Qilah)
Semangat, kerjasama, nasihat serta dorongan kalian membuatkan diriku terus bertahan
dan terus bersaing. Anda semua sahabat yang baik.
Buat Insan Teristimewa….
Mohd Fakhzan Mohd Ariffin
Yang banyak memberi semangat dan menyokongku dengan penuh pengertian.....
Terima kasih semuanya…
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah
kurniaNya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia saya iaitu Profesor Madya Dr. Abdul Wahid Bin Mukhari atas idea tentang
tajuk kajian, bimbingan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang saya
menyempurnakan penyelidikan. Kerjasama yang diberikan daripada pihak sekolah yang
terlibat iaitu guru Grafik Berkomputer dan pelajar-pelajar kursus Grafik Berkomputer
Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong, Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Gambir, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota dan Sekolah Menengah
Bandar Baru Uda sepanjang saya menjalankan penyelidikan amatlah dihargai.
Penghargaan juga saya ucapkan kepada ayah dan ibu serta ahli keluarga kerana sentiasa
memberi dorongan untuk berusaha dengan sebaik mungkin.
Khas untuk rakan-rakan seperjuangan kerana memberi semangat dan bantuan
kepada saya sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Akhir sekali penghargaan
ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan Projek Sarjana Muda (PSM).
Sekian, terima kasih.
NOR HASHEILA BINTI ISMAIL
v
ABSTRAK
Minat seseorang pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran memainkan peranan
yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus Grafik
Berkomputer mula diperkenalkan di sekolah menengah akademik pada tahun 2003.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana minat pelajar terhadap
Grafik Berkomputer serta faktor-faktor yang mempengaruhi minat tersebut. Faktor-
faktor yang dikaji merangkumi aktiviti yang dijalankan, peralatan perisian yang
digunakan dan kaedah pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Grafik
Berkomputer. Soal selidik adalah instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat bagi menentukan minat pelajar terhadap kursus tersebut. Hasil daripada kajian
rintis yang telah dijalankan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Laloh, Kelantan yang mengambil kursus Grafik Berkomputer,
soal selidik memiliki kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai alpa yang diperoleh
ialah 0.8314. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah di negeri Johor yang
melibatkan seramai 105 orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil kursus Grafik
Berkomputer. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) Windows version 10.0 untuk mendapatkan frekuensi, min dan
peratusan. Hasil kajian menunujukkan 86.26% pelajar berminat dengan aktiviti yang
dijalankan, 83.38% pelajar berminat dengan peralatan perisian yang digunakan dan
83.98% pelajar berminat terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
Kesimpulan daripada analisis data mendapati bahawa majoriti pelajar-pelajar berminat
terhadap kursus Grafik Berkomputer. Faktor-faktor yang dikaji didapati memainkan
peranan dalam menarik minat pelajar terhadap kursus Grafik Berkomputer.
vi
ABSTRACT
Student’s interest plays an important role in teaching and learning. Computer
Graphic has been introduced to the Academic Secondary School in the year 2003. The
purpose of the study was to examine to what extent students are interested in the
Computer Graphic course. The study identified the factors that influence their interest
towards the subject. Three factors were investigated including teaching and learning
activity, types of software used and teacher’s method in teaching and learning Computer
Graphic. A questionnaire was used to determine the student’s interest in the course. As a
result from pioneer study that was carried out on form four students in Sekolah
Menengah Kebangsaan Laloh, Kelantan form four Computer Graphic class students,
questionnaire has a high value of trustworthiness with an alpha value of 0.8314. The
study was carried out at four schools in Johor which involved 105 student form four
Computer Graphic class students. Data were analyzed using Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) Windows version 10.0 to determine the frequency, mean and
percentage. Finding of the study showed that 86.26% of the students interested in
activities related to the course, 83.38% interested in types of software used and 83.98%
interested in teaching and learning method in Computer Graphic. It can be concluded
that the majority of the students were interest in the Computer Graphic course. It was
also indicated that all the factors were important to attract the students in Computer
graphic course.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop dan Batasan kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Minat 11
1.8.2 Pembelajaran 12
viii
1.8.3 Pendidikan vokasional 12
1.8.4 Mata Pelajaran Vokasional 13
1.8.5 Pengajaran 13
1.8.6 Sekolah Menengah Akademik 14
II SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 15
2.2.1 Matlamat 16
2.2.2 Objektif 17
2.2.3 Penawaran dan Pelaksanaan Mata Pelajaran 17
Vokasional (MPV) di sekolah
2.2.4 Kriteria Pemilihan Sekolah dan Mata 18
Pelajaran MPV
2.2.5 Lain-Lain Kriteria 18
2.2.6 Status dan Syarat Mata Pelajaran 20
Vokasional
2.2.7 Bahan Kurikulum 21
2.2.8 Tenaga Pengajar dan Latihan Guru 22
2.3 Sistem Pentaksiran Mata Pelajaran Vokasional 22
2.4 Mata Pelajaran Grafik Berkomputer 23
2.4.1 Matlamat 23
2.4.2 Objektif 23
2.4.3 Organisasi Kandungan 24
2.4.4 Kandungan Sukatan Pelajaran 24
2.5 Minat Pelajar 25
2.6 Pelajar Vokasional 26
2.7 Guru Vokasional 28
2.7.1 Pengajaran Guru 30
2.8 Kajian Terdahulu 31
ix
2.8.1 Kajian Dalam Negara 31
2.8.2 Kajian luar Negara 33
2.9 Penutup 33
III METODOLOGI 34
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 37
3.5.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 38
3.5.2 Bahagian B : Item Soal Selidik 38
3.6 Analisis Data 39
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Prosedur Kajian 41
3.9 Penutup 42 IV ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Keputusan dan Analisis Soal Selidik Bahagian A 44
4.2.1 Jantina 44
4.2.2 Etnik 44
4.2.3 Agama 45
4.2.4 Pekerjaan Bapa 46
4.2.5 Pekerjaan Ibu 46
4.2.6 Pendapatan Bulanan Keluarga 47
4.2.7 Status Sekolah 48
4.3 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B 48
x
4.3.1 Keputusan Kajian Berdasarkan Persoalan
Kajian Pertama 49
4.3.2 Keputusan Kajian Berdasarkan Persoalan
Kajian Kedua 56
4.3.3 Keputusan Kajian Berdasarkan Persoalan
Kajian Ketiga 61
4.4 Penutup 66
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 67
5.1 Pengenalan 67
5.2 Rumusan Kajian 67
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 69
5.3.1 Latar Belakang Responden 69
5.3.2 Dapatan Kajian Persoalan Kajian Pertama 70
5.3.3 Dapatan Kajian Persoalan Kajian Kedua 71
5.3.4 Dapatan Kajian Persoalan Kajian Ketiga 72
5.4 Perbincangan 73
5.4.1 Latar Belakang Responden 73
5.4.2 Persoalan Kajian Pertama : Aktiviti
pembelajaran semasa pengajaran dan
pembelajaran Grafik Berkomputer. 74
5.4.3 Persoalan Kajian Kedua : Peralatan
perisian yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Grafik
Berkomputer 78
5.4.4 Persoalan Kajian Ketiga : Kaedah
pengajaran guru di dalam pengajaran
dan pembelajaran Grafik Berkomputer 81
5.5 Cadangan 84
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 86
xi
5.7 Penutup 87
RUJUKAN 88 LAMPIRAN (A-G) 92-109
xii
SENARAI JADUAL
NO. MUKA
JADUAL TAJUK SURAT
3.1 Senarai sekolah dan jumlah pelajar 36
3.2 Senarai item soalan mengikut persoalan kajian 38
3.3 Skala Lima Mata 39
3.4 Skala Lima Mata Yang Dikod Semula Kepada
Skala Tiga Mata 40
3.5 Tahap Penilaian Min 40
4.1 Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut jantina 44
4.2 Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut etnik 44
4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut agama 45
4.4 Taburan bilangan dan peratusan mengikut pekerjaan bapa 46
4.5 Taburan bilangan dan peratusan mengikut pekerjaan ibu 46
4.6 Taburan bilangan dan peratusan mengikut pendapatan
bulanan keluarga 47
4.7 Taburan bilangan dan peratusan mengikut status sekolah 48
4.8 Respon pelajar mengikut peratus berdasarkan tahap minat
Pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran
dan pembelajaran Grafik Berkomputer 50
4.9 Purata Peratusan Persoalan Kajian Pertama 56
4.10 Respon pelajar mengikut peratus berdasarkan tahap
minat pelajar terhadap peralatan perisian yang
xiii
digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran
Grafik Berkomputer 57
4.11 Purata Peratusan Persoalan Kajian Kedua 60
4.12 Respon pelajar mengikut peratus berdasarkan tahap
minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang
digunakan oleh guru di dalam pengajaran dan
pembelajaran Grafik Berkomputer 61
4.13 Purata Peratusan Persoalan Kajian Ketiga 65
xiv
SENARAI SINGKATAN
MPV : Mata Pelajaran Vokasional
KAI : Kemahiran Asas Industri
PMR : Penilaian Menengah Rendah
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
PIBG : Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia
ICT : Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
KPLI : Kursus Perguruan Lepas Ijazah
SPSS : Statistical Package for Social Sciences
BPPDP : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
KBKK : Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
STM : Sangat Tidak Minat
TM : Tidak Minat
KM : Kurang Minat
ƒ : Frekuensi
% : Peratus
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Senarai mata pelajaran dalam program Mata
Pelajaran Vokasional dan cadangan tahun
Pelaksanaan 92
B Borang Soal Selidik 93
C Output Analisis Data – Kajian Rintis 102
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian UTM 103
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) 104
F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pendidikan
Negeri Johor 105
G Surat Pengesahan Edaran Soal Selidik 106
1
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting untuk perkembangan ekonomi
dan pendidikan negara. Oleh sebab itu, Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan
Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di
negeri Johor. Selain itu, sekolah-sekolah Pertukangan harus juga ditubuhkan supaya
menyediakan kursus tiga tahun untuk murid-murid yang telah belajar dua tahun di
sekolah menengah. Kursus Pertukangan, Elektrik, Mekanik dan Pembinaan Bangunan
akan diajarkan di Sekolah Pertukangan ini. Murid-murid yang berjaya dalam kursus
pertukangan ini boleh memasuki Skim Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun
ketiga di Sekolah Menengah Teknik. Selepas itu, murid-murid boleh mengikuti Kursus
Diploma di Maktab Teknik atau di Universiti Malaya (Menurut Mok Soon Sang, 2004).
Pada 23 Jun 1999, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penawaran mata
pelajaran Teknologi Industri berdasarkan memorandum bertajuk “Perluasan Program
Teknikal dan Vokasional” yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan. Bagi
memenuhi permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional akibat daripada
kepesatan ekonomi negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah-sekolah menengah akademik. Ia
merupakan satu program yang menjadi kesinambungan kepada mata pelajaran
2
kemahiran Hidup Bersepadu di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga di sekolah
menengah rendah.
Objektifnya adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran lanjutan
berhubung kerja-kerja ketukangan dan teknologi yang terlibat seperti pendawaian
elektrik, pemasangan paip, membuat perabot dan sebagainya. Pengetahuan dan
kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan
memulakan pekerjaan sendirian secara kecil-kecilan atau meneruskan latihan di
peringkat yang lebih tinggi (Haji Yahya Emat, 2005).
Menurut Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa (1994), tujuan utama
pendidikan vokasional ialah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam berbagai-bagai
bidang pekerjaan. Tenaga kerja mahir sangat diperlukan oleh negara untuk
pembangunan. Dalam perancangan sistem pendidikan negara, keperluan untuk
melahirkan tenaga kerja mahir tidak diabaikan.
MPV hendaklah diajar oleh guru yang telah diberi latihan atau kursus orientasi.
MPV diperuntukkan bantuan per kapita RM65.00 seorang murid untuk setahun,
perolehan mesin dan peralatan. MPV akan dinilai secara pentaksiran kompetensi dan
pensijilan modular. Murid yang berjaya akan diberi dua sijil iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia dan sijil khusus untuk menunjukkan tahap pencapaian dalam beberapa modul.
Pembelajaran dan pengajaran hendaklah menggunakan Sukatan Pelajaran, Huraian
Sukatan Pelajaran dan modul pembelajaran yang dibekalkan. Peruntukkan 12 waktu
seminggu untuk MPV kecuali mata pelajaran Grafik Berkomputer dan Produksi
Multimedia iaitu lapan waktu seminggu. Setiap sekolah boleh membuka satu atau dua
kelas bagi setiap MPV yang ditawarkan dengan peruntukkan dua orang guru bagi setiap
kelas induk yang muridnya berjumlah lebih kurang 40 orang (Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan, November 2002).
3
Menurut Laporan Pelaksanaan MPV Pusat Perkembangan Kurikulum(2003),
program MPV adalah singkatan nama pada 22 mata pelajaran elektif bercorak
kemahiran vokasional di Tingkatan Empat dan Lima yang mula ditawarkan secara
berperingkat-peringkat di sekolah menengah akademik mulai tahun 2002. Penawaran
berperingkat-peringkat 22 mata pelajaran ini dibuat dalam empat fasa mulai tahun 2002
hingga 2005 (rujuk LAMPIRAN A).
Program Mata Pelajaran Vokasional merupakan sekumpulan mata pelajaran
berteraskan kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik pada peringkat
Tingkatan Empat dan Lima. Program ini menawarkan 22 mata Pelajaran yang
dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi
rumah tangga dan aplikasi komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini dirancang
berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga tahun 2005 (Haji Yahya Emat, 2005).
Pada asalnya mata pelajaran ini dikenali sebagai Kemahiran Asas Industri (KAI)
dan berubah menjadi Mata Pelajaran Vokasional yang merupakan kesinambungan
kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup di Tingkatan Satu hingga Tiga di sekolah
menengah rendah. Kurikulum MPV digubal dan ditokok tambah dengan kemahiran-
kemahiran yang menjurus kepada bidang yang boleh memberi peluang kepada pelajar
untuk menceburi alam pekerjaan selepas tamat persekolahan. Dengan memperkenalkan
MPV dipercayai ianya boleh meningkatkan peratus penyertaan murid dalam bidang
sains dan teknologi (Haji Yahya Emat, 2005).
Melalui mata pelajaran ini juga pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran
dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai atau memulakan perniagaan kecil-kecilan
sendiri atau meneruskan minat dan latihan ke peringkat yang lebih tinggi. Program asas
ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar yang lemah dalam akademik dan
yang lebih berminat dalam praktikal untuk meneruskan persekolahan mereka.
4
1.2 Latar Belakang Masalah Kemajuan ekonomi negara yang begitu pesat telah mengakibatkan permintaan
tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya dalam kumpulan mahir dan separa
mahir. Kementerian Pendidikan menyedari kepentingan pekerja teknikal dan vokasional
untuk menjayakan rancangan negara maju menjelang 2020. Justeru, program Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) merangkumi 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran
vokasional telah dirancang dan ditawarkan di peringkat Tingkatan Empat dan Lima di
sekolah menengah akademik. Program MPV telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada
23 Jun 1999 untuk pelaksanaan mulai tahun 2002. (Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) 2003 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, November 2003).
Menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, bagi memenuhi
permintaan pelajar yang cenderung dalam bidang Vokasional, Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan harian mulai 2002.
Sebanyak 22 mata pelajaran telah ditawarkan meliputi bidang pembuatan, pembinaan,
ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer. Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Pelaksanaan MPV memberi lebih banyak
pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Di samping itu, bagi memupuk pelajar
supaya memiliki kemahiran dan keterampilan, MPV akan diperluas di sekolah-sekolah
selain memastikan pelajar menguasai kemahiran rangkaian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Mata Pelajaran Vokasional adalah merupakan mata pelajaran baru di
sekolah menengah akademik.
Program MPV dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2002 sehingga 2005.
Sebagai permulaan, sebanyak lapan MPV dilaksanakan pada tahun 2002 di sekolah yang
terpilih. Pelaksanaan ini dilaksanakan melalui empat fasa mulai tahun 2002 hingga 2005.
Setiap sekolah yang terlibat telah dibekalkan dengan bahan pengajaran iaitu Sukatan
Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Modul Pengajaran serta peruntukan geran
5
pelancaran sebanyak RM 5,000 bagi setiap MPV untuk pembelian peralatan dan bahan
(Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 2003 oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, November 2003). Dengan
ini MPV merupakan satu mata pelajaran baru kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah
akademik.
Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Fadillah Yusof mendakwa
sebanyak 3.1 juta murid di negara ini masih belum dapat menguasai sepenuhnya
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) (Utusan Malaysia, Isnin, 10 Disember
2007).
Secara umumya, MPV ditawarkan kepada murid yang memperolehi pencapaian
rendah dalam Penilaian Menengah Rendah untuk mata pelajaran seperti Bahasa Melayu,
Sains dan Matematik. Kandungan setiap MPV diasingkan kepada dua kategori iaitu
kategori pertama untuk murid sangat lemah dan kategori kedua untuk murid yang lain
(Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 2003 oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, November 2003).
Bidang vokasional dan kemahiran bukan bermakna kegagalan. Pelajar perlu
manfaat kebolehan dan bakat semula jadi yang dimiliki. Pelajar perlu bertanya kepada
guru kaunseling, guru subjek, ibu bapa atau orang lain yang mampu memberi panduan
subjek yang perlu diambil pada peringkat SPM demi masa depan mereka (Berita Harian,
Rabu, 1 April 2009).
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
(2002), mata pelajaran Grafik Berkomputer ialah salah satu Mata Pelajaran Vokasional
yang ditawarkan khusus di sekolah-sekolah menengah akademik di Malaysia. Mata
pelajaran ini ditawarkan di peringkat menengah atas bagi memenuhi keperluan latihan
kerjaya dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
6
Grafik Berkomputer ialah satu mata pelajaran yang praktikal, maka dengan itu
sebahagian besar daripada kandungannya merangkumi komponen proses atau kemahiran
yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya grafik. Proses dalam Grafik
Berkomputer merujuk kepada aplikasi pengetahuan tentang grafik, manakala kemahiran
merujuk kepada kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian grafik secara cekap
dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
(2002), sesetengah sekolah memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang sederhana
pencapaian akademik mereka dalam Penilaian Menengah Rendah untuk mengambil Mata
Pelajaran Vokasional ini dan keadaan ini mengakibatkan mereka tidak dapat menguasai
kemahiran-kemahiran yang diajar. Beban tugas yang banyak dan sedia ada pada guru
vokasional tidak memberikan kesempatan kepada guru tersebut untuk memberi tumpuan
yang lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang lemah mengakibatkan pelajar-pelajar
terbabit terus ketinggalan dalam penguasaan kemahiran dan pengetahuannya.
Mata pelajaran Grafik Berkomputer digubal bagi menyediakan pelajar untuk
menceburi bidang kerjaya yang memerlukan hasil atau produk grafik. Kerjaya yang
sebegini adalah kerjaya yang berasaskan pengetahuan dan pekerja dalam bidang kerjaya
ini merupakan pekerja-pekerja ilmu (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002).
Menurut Mok Soon Sang (2004), bagi menyediakan pelajar untuk menjadi
seorang pekerja ilmu, pelajar bekenaan perlu didedahkan kepada pengalaman yang serasi
dengan keperluan industri. Bagi tujuan ini, model pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai ialah pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada konsep dan prinsip
sesuatu disiplin ilmu, melibatkan pelajar untuk meneroka dalam penyelesaian masalah
serta tugas yang bermakna, memberikan autonomi untuk pelajar membina pengetahuan
mereka dengan sendiri dan menghasilkan produk yang realistik.
7
Dalam era k-ekonomi ini, permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan
vokasional terutamanya kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat.
Menyedari hakikat ini, Mata Pelajaran Vokasional diperkenalkan untuk melahirkan
sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berpengetahuan, berkemahiran dan
terlatih dalam perkara asas dalam beberapa bidang pekerjaan yang telah dikenal pasti.
Mereka yang berminat dan cenderung dalam bidang ini harus disediakan program yang
sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Haji Yahya Emat,
2005).
Sebagai permulaan, reformasi dasar yang pertama membabitkan semua 386,677
pelajar yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 1998.
Semua pelajar tanpa mengira keputusan penilaian yang mereka perolehi akan ditawarkan
ke Tingkatan Empat di sekolah kerajaan, termasuk pelajar yang tidak mencapai tahap
penguasaan minimum. Pelajar yang tidak menguasai semua mata pelajaran akan
ditawarkan tempat di sekolah vokasional untuk mengikuti latihan kemahiran. Mereka
yang tidak cenderung atau kurang yakin mengikuti program akademik adalah juga
dipelawa mengikuti kursus vokasional. Ekoran daripada ini kementerian akan
mewujudkan Mata Pelajaran Vokasional di sekolah menengah akademik bagi
membolehkan pelajar yang tidak boleh memasuki sekolah teknik dan vokasional (Berita
Harian, Selasa 9 Februari 1999).
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata pihaknya sedar
masih terdapat sebilangan kecil murid-murid sekolah dan pelajar sekolah menengah tidak
dapat menguasai kemahiran 3M iaitu mengira, membaca dan menulis. Bagi mengatasi
masalah pelajar di peringkat menengah yang lemah dalam bidang akademik, kementerian
telah melaksanakan sebanyak 22 mata pelajaran vokasional di sekolah menengah. Maka
pelajar-pelajar lemah yang kebanyakkannya ada di sekolah harian biasa memerlukan satu
corak pembelajaran yang berteraskan kemahiran di dalam pelbagai bidang. Melalui Mata
Pelajaran Vokasional ini, para pelajar dapat mempelajari kemahiran teknikal supaya
8
mereka dapat berdikari atau memulakan perniagaan. Dengan ini, pelajar yang mengambil
Mata Pelajaran Vokasional adalah bukan berdasarkan minat pelajar tersebut. Pelajar
lemah ini boleh mendapat peluang untuk meneruskan ilmu kemahiran mereka selepas
tamat sekolah menengah. (Utusan Malaysia, Isnin, 10 Disember 2007).
Menurut Ahmad bin Sipon dalam Mohd Saufi Abdul mengenai ‘Halatuju dan
Cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah Menengah Akademik’, sebilangan besar
terdapat juga golongan pelajar yang kurang mampu mengikuti mata-mata pelajaran yang
bercorak akademik. Walaupun mereka ini kurang mampu mempelajari mata-mata
pelajaran bercorak akademik, mereka lebih cenderung kepada mata pelajaran bercorak
‘hands-on’ yang banyak melibatkan aktiviti ‘leaning by doing’ dengan menggunakan
kemahiran tangan. Menyedari hakikat pentingnya Mata Pelajaran Vokasional untuk
kerjaya pelajar disamping mengurangkan masalah dan isu-isu berkaitan dengan pelajar,
Kementerian Pelajaran mengorak langkah untuk memperkenalkan 22 mata pelajaran
vokasional di sekolah menengah akademik dalam jangka masa empat tahun mulai 2002
hingga 2005.
Apabila dunia semakin laju menuju globalisasi, semua aspek pasti turut berubah
bagi mengimbangi tuntutan variasi kehidupan dan kehendak masyarakat. Bidang
pendidikan turut menerima tempias, bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan
majikan. Jika dulu institusi pendidikan lebih mementingkan akademik, kini pengenalan
berbentuk kemahiran semakin ditekankan. Sebenarnya, kepentingan akademik tidak perlu
dipertikaikan, namun sejajar dengan kehendak dan pembangunan terutama penggunaan
jentera atau sains dan teknologi, kemahiran perlu disatukan. Ibu bapa sentiasa peka
mengenai keperluan industri pekerjaan yang kini bukan saja menekankan pada kelayakan
akademik namun juga kemahiran. Kemahiran di sekolah banyak membantu seseorang
pelajar itu membina identiti dan keyakinan diri (Harian Metro, 3 Disember 2007).
1.3 Pernyataan Masalah
9
Mata pelajaran Grafik Berkomputer merupakan salah satu daripada Mata
Pelajaran Vokasional yang diperkenalkan di sekolah menengah akademik adalah satu
mata pelajaran yang baru di Malaysia. Justeru apabila sesuatu yang baru diperkenalkan
tentulah ianya akan diberikan pelbagai persepsi di kalangan para pelajar dan guru.
Kajian ini bertujuan mengkaji minat pelajar-pelajar Tingkatan Empat sekolah
menengah akademik di negeri Johor terhadap Mata Pelajaran Vokasional kursus Grafik
Berkomputer.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah:
1. Mengetahui aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar terhadap mata
pelajaran Grafik berkomputer.
2. Mengetahui peralatan perisian yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Grafik
Berkomputer.
3. Mengetahui kaedah pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran
Grafik Berkomputer dapat menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran
Grafik Berkomputer.
10
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini ingin menjawab persoalan-persoalan berikut: 1. Apakah aktiviti pembelajaran yang dijalankan dapat menarik minat pelajar terhadap
mata pelajaran Grafik berkomputer?
2. Apakah peralatan perisian yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Grafik Berkomputer?
3. Apakah kaedah pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Grafik
Berkomputer dapat menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Grafik
Berkomputer?