minit curai

7
MINIT CURAI LAPORAN OLEH PEGAWAI YANG MEWAKILI SEKOLAH DALAM MESYUARAT/KURSUS/TUGAS RASMI YANG LAIN LAPORAN KEPADA Guru Besar SK Seri Gemilang L APORAN DARIPADA En Juraimi B Zamri K/P Panitia Muzik 1. JENIS AKTIVITI / PERKARA Kursus Orientasi Pelaksanaan Dokumen Standard kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Kssr Tahun 4 Mata Pelajaran Pendidikan Muzik Tahun 4 2013 2. TARIKH DAN MASA 25 September hingga 28 September 2012 8.00 pagi hingga 4.30 petang 3. TEMPAT SK Pokok Sena 4. PENGANJUR Jabatan Pelajaran Pulau Pinang 1. LATAR BELAKANG Kursus ini dilaksanakan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang kepada para guru Muzik Tahun 4 untuk memenuhi keperluan 2013 di Pulau Pinang. Kursus telah dikendalikan oleh para Jurulatih Utama Muzik Negeri- 10 orang guru. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk: a. Memberi pendedahan tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Muzik Tahun 4 kepada semua guru. b. Menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 4 yang akan dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 2014 khususnya tentang i. isu-isu pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 4 ii. perubahan kandungan kurikulum iii. Dokumen- dokumen KSSR Pendidikan Muzik tahun 4 iv. Kaedah memantapkan pelaksanaan di bilik darjah v. menyelaraskan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut Dokumen Standard (DS) dan Standard Prestasi (SP) 1

Upload: jeo-reimy

Post on 02-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT CURAI

MINIT CURAI

LAPORAN OLEH PEGAWAI YANG MEWAKILI SEKOLAHDALAM MESYUARAT/KURSUS/TUGAS RASMI YANG LAIN

LAPORAN KEPADA Guru BesarSK Seri Gemilang

L APORAN DARIPADA En Juraimi B Zamri

K/P Panitia Muzik

1. JENIS AKTIVITI / PERKARA

Kursus Orientasi Pelaksanaan Dokumen Standard kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Kssr Tahun 4 Mata Pelajaran Pendidikan Muzik Tahun 4 2013

2. TARIKH DAN MASA 25 September hingga 28 September 2012

8.00 pagi hingga 4.30 petang

3. TEMPAT SK Pokok Sena

4. PENGANJUR Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

1. LATAR BELAKANG

Kursus ini dilaksanakan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang kepada para guru Muzik Tahun 4 untuk memenuhi keperluan 2013 di Pulau Pinang.

Kursus telah dikendalikan oleh para Jurulatih Utama Muzik Negeri- 10 orang guru.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk:

a. Memberi pendedahan tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Muzik Tahun 4 kepada semua guru.

b. Menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 4 yang akan dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 2014 khususnya tentang

i. isu-isu pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 4

ii. perubahan kandungan kurikulumiii. Dokumen- dokumen KSSR Pendidikan Muzik tahun 4iv. Kaedah memantapkan pelaksanaan di bilik darjahv. menyelaraskan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut

Dokumen Standard (DS) dan Standard Prestasi (SP)vi. memantapkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan

menghasilkan bahan sokongan mengajar

1

Page 2: MINIT CURAI

vii. Membuat contoh instrumen pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.

2. ISU ATAU MAKLUMAT PENTING

Rabu (25 September 2013)

UCAPAN ALUANTAKLIMAT URUS SETIA : “HOUSEKEEPING”

Pn Norhayati Bt Mat Sharif, Penolong Pengarah dari sektor akademik JPN memberi taklimat tentang ’Housekeeping’ seperti berikut :

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian matlamat kursus tindakan peserta ketepatan masa dan kehadiran kursus etika pakaian maklumat tempat kursus perubahan masa pengajaran bertukar menjadi 30 minit dari 1 jam.

SLOT 1:TAKLIMAT UMUM PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK OLEH PN RUZAIDA

Penerangan tentang Program Transformasi KSSR.- Sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada: Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

Latar Belakang- Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik

dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Sejarah Kurikulum 1983 – Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1993 – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 – KBSR (Semakan) 2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Transformasi Kurikulum.- Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum

persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Perubahan :

2

Page 3: MINIT CURAI

- Bentuk- Organisasi - Kandungan- Peruntukan masa- Pedagogi- Pentaksiran- Pengurusan kurikulum- Bahan

Kesimpulan- Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa

kini dan abad ke-21.- Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan.

Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

SLOT 2:

PENGHASILAN MUZIK DAN NOTASI MUZIK OLEH PN JUNE

Penghasilan muzik dan notasi muzik disampaikan oleh Pn. June. Beliau menerangkan tentang :

1. Elemen-elemen muzik-ekspresi-melodi-irama-harmoni-warna ton-teksturBentuk

2. Notasi muzik- Not G- Not A- Not B- Not C- Not D

Khamis (26 September 2013)

SLOT 3:

3

Page 4: MINIT CURAI

Elemen Merentas Kurikulum oleh Pn Nor Hajjah

Dokumen Standard Kurikulum TMK

Slot Dokumen Standard Kurikulum TMK disampaikan oleh Pn Norhajjah. Beliau menerangkan secara terperinci mengenai kandungan TMK.

Taklimat dan pendedahan yang disampaikan oleh beliau meliputi:

Kandungan Dokumen Standard Kurikulum TMK

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Pn Norhajjah memberi penerangan tentang setiap standard kandungan dan standard pembelajaran secara terperinci.

Setiap satunya diberikan contoh yang jelas melalui penerangan dan maklumat.

Beliau meminta guru supaya membetulkan beberapa perkataan dalam standard pembelajaran mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

SLOT 4:

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI (DSKP) OLEH PN CHEE

Dalam slot DSKP Pn Chee menerangkan bahawa untuk tahun 4 tiada pengisian maarkah prestasi melalui online.

Band ditukar menjadi tahap penguasaan.

Peperiksaan dalaman boleh dilaksanakan mengikut sekolah masing-masing

Rekod prestasi murid/kelas diisi melalui excell. Keseluruhan ditukar dari online ke offline.

Laporan murid juga menggunakan excell.

Graf juga disediakan didalam excell.

Buat masa sekarang, segala fail perkembangan murid, fail showcase dan rekod transit tidak perlu disediakan.

SLOT 5:REKODER DAN PERMAINAN PERKUSI OLEH EN JOHN DAN PN ASMAH

Dalam slot rekoder En John menerangkan cara-cara bermain rekoder dengan betul.Not rekoder:

4

Page 5: MINIT CURAI

- Not G- Not A- Not B- Not C- Not D

Dalam slot alat perkusi Pn Asmah menerangkan cara-cara bermain alat perkusi dengan betul. -Tamborin-kastanet-Loceng

JUMAAT ( 27 September 2013)

SLOT 6:

Slot nyanyian disampaikan oleh En Mustakim

Dalam slot nyanyian En Mustakim menerangkan cara-cara menyanyi dengan pic yang betul.

Menyanyi dengan gerakan tubuh badan.

SLOT 7:

TAKLIMAT PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DAN RPT OLEH PN RUZAIDA

Pn. Ruzaida membuat penerangan berkenaan cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian Muzik dan Rancangan tahunan Pendidikan Muzik Tahun 4

Kandungan taklimat beliau;

Memaparkan contoh penulisan RPH sebagai panduan kepada guru Memberikan penerangan isi kandungan yang perlu ada dalam setiap RPH yang dihasilkan Menekankan bahawa refleksi ditulis mengikut bilangan murid yang mencapai dan yang tidak

mencapai. Boleh dinyatakan nama murid tersebut. Tidak ditulis dalam bentuk peratus.

BENGKEL PENYEDIAAN RPH DAN PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN

Pn Ruzaida memberikan taklimat ringkas untuk sesi perbengkelan

Kandungan taklimat beliau :

Pembentangan kumpulan mestilah mengikut standard kandungan yang telah diberikan oleh JU mengikut kumpulan .

Setiap kumpulan perlu menyiapkan dua RPH, lembaran kerja dan instrumen pentaksiran yang berkaitan.

RPH yang dibuat mestilah dimasukkan unsuR-unsur muitimedia dan video Setiap kumpulan akan membuat pembentangan hasil tugasan mereka. Lembaran kerja berbeza dengan instrumen di mana instrumen digunakan untuk pentaksiran

apabila murid sudah bersedia untuk ditaksir.

5

Page 6: MINIT CURAI

Ahli kumpulan bergerak mengikut kumpukan masing-masing dan memulakan perbincangan.

SLOT 8:

BENGKEL PENYEDIAAN RPH DAN INTRUMEN PENTAKSIRAN

Setiap kumpulan meneruskan perbincangan bagi menyiapkan tugasan yang diberi.

Jurulatih Utama membimbing kumpulan yang memerlukan bantuan.

SABTU (28 September 2012)

PEMBENTANGAN KUMPULAN

Kumpulan 1- 10 membentangkan hasil kerja kumpulan yang meliputi RPH, lembaran kerja dan juga instrumen pentaksiran yang berkaitan.

Kumpulan lain diberi peluang untuk memberi komen untuk tujuan penambahbaikan dan jurulatih utama juga memberi penerangan dan berkongsi idea bagi memantapkan lagi RPH dan instrumen pentaksiran yang dibentangkan.

MAJLIS PENUTUP KURSUS

Majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa Ucapan oleh wakil peserta dan Ketua Penolong Pengarah Sains,JPN Majlis penyampaian sijil peserta dan Jurulatih Utama Majlis Penutupan Kursus tamat pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................... ..........................................(EN JURAIMI B ZAMRI)K/P PANITIA MUZIK

6