minit curai kursus dskp pend kesihatan

4
MINIT CURAI KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 6 2015 SECARA ON-SITE. TAJUK : PENDIDIKAN KESIHATAN TARIKH : 8 HINGGA 9 APRIL 2015 MASA : 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG TEMPAT : SK MERPATI JEPANG ANJURAN : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING JURULATIH UTAMA : Puan Hayati binti Shafie Puan Syarifah Salmah binti Syed Hasan Puan Rozita Puan Norizan PENYELARAS : Cik Derosita Chok MATAPELAJARAN (PPD) HARI PERTAMA 8 APRIL 2015 1. Kata alu-aluan dari Penyelaras Matapelajaran (PPD) Cik Derosita Chok Etika pakaian, masa para peserta serta makanan disediakan Kemudahan tempat meletak kenderaan para peserta Keperluan yang dikehendaki dalam urusan tuntutan perjalanan tambang balik Keperluan mengisi dan mengemaskini data dalam Aplikasi online Sistem Pengurusan Latihan Guru (esplg) selepas kursus.

Upload: farah-husna

Post on 26-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

minit curai kursus

TRANSCRIPT

MINIT CURAI

KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 6 2015 SECARA ON-SITE.

TAJUK: PENDIDIKAN KESIHATAN

TARIKH: 8 HINGGA 9 APRIL 2015

MASA: 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG

TEMPAT: SK MERPATI JEPANG

ANJURAN: PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING

JURULATIH UTAMA: Puan Hayati binti Shafie

Puan Syarifah Salmah binti Syed Hasan

Puan Rozita

Puan Norizan

PENYELARAS : Cik Derosita Chok

MATAPELAJARAN (PPD)

HARI PERTAMA 8 APRIL 2015

1. Kata alu-aluan dari Penyelaras Matapelajaran (PPD)

Cik Derosita Chok

Etika pakaian, masa para peserta serta makanan disediakan

Kemudahan tempat meletak kenderaan para peserta

Keperluan yang dikehendaki dalam urusan tuntutan perjalanan tambang balik

Keperluan mengisi dan mengemaskini data dalam Aplikasi online Sistem Pengurusan Latihan Guru (esplg) selepas kursus.

2. Aktiviti ice breaking

Para peserta melukis gambar ekpresi muka masing-masing dan menghantar semula kepada jurulatih utama (JU).

Para peserta mencari wajah-wajah yang dilukis dan dalam pada masa yang sama dapat mengenali para peserta yang lain.

Para JU memperkenalkan diri masing-masing.

3. Pendedahan DSKP KSSR

DSKP kini menyatukan Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Prestasi (DSP) dalam satu modul yang dinamakan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP).

Tahun 1,2 dan 3 masih lagi menggunakan DSK dan DSP tetapi bermula dari Tahun 4,5 dan 6 telah dan akan mengguna pakai DSKP.

DSKP adalah satu bentuk kemudahan kepada para guru untuk merujuk kurikulum dan standard untuk membuat penilaian terhadap pembelajaran murid.

4. Pencerahan tentang DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6

DSKP Tahun 6 terbahagi kepada 3 modul utama iaitu:

1. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)

2. Pengurusan mental dan emosi

3. Penyakit

5. Pembentangan tentang modul pertama iaitu PEERS

Apakah PEERS dan kandungan PEERS dalam DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6.

Pembentangan kumpulan dan microteaching berkumpulan oleh para peserta.

Perkongsian idea pengajaran dan pembelajaran dalam modul 1 (PEERS) dalam Pendidikan Kesihatan Tahun 6

HARI KEDUA 9 APRIL 2015

1. Pembentangan tentang modul Pengurusan Emosi dan Penyakit

Bagaimana membentuk sifat positif dalam kalangan murid?

Kemahiran asertif (meluahkan perasaan dengan cara yang baik dan sopan).

Penyakit yang berpunca daripada makanan dan juga penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah.

2. Microteaching bagi modul pengurusan mental dan emosi serta penyakit

Aktiviti berkumpulan dijalankan dan pembentangan dipersembahkan oleh setiap ahli.

Sesi pengajaran dan pembelajarn ringkas tentang setiap kandungan modul dilaksanakan.

3. Gallery walk

Para JU menyediakan ruangan contoh aktiviti yang bersesuaian dan ditampal di sekitar dewan kursus.

Aktiviti yang signifikan dengan kandungan dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 6.

Para peserta boleh melibatkan diri dengan aktiviti dan secara tidak langsung turut mendapat idea daripada pemerhatian yang dijalankan.

4. Penyebaran bahan DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6

JU mengedarkan bahan pembentangan dan microteaching kepada para peserta.

Sesi bergambar.

SESI SOAL JAWAB

1. Bagaimanakah cara terbaik untuk menerangkan kepada murid tentang PEERS?

Guru jangan malu

Terangkan dengan terbuka dan tidak berselindung

Kaitkan dengan kebaikan dan akibat menjaga kesihatan reproduktif

2. Masa P&P singkat dan aktiviti terhad

Guru boleh membuat 1 aktiviti sahaja dalam masa 30 minit.

Organisasikan aktiviti yang boleh murid buat secara hands on dan bukan bersifat penerangan dari guru semata-mata (poster, pamplet dsb)

Berkomunikasi dengan pihak pentabdir untuk mengelolakan beberapa program berkaitan kesihatan di luar waktu pengajaran.

Disediakan oleh,

.

(FARAH HUSNA BINTI BUSRI)

SK Tabuan Ulu, Kuching

10 April 2015