minit mesyuarat hari kemerdekaan 250810
TRANSCRIPT
MINIT MESYUARAT PROGRAM HARI KEMERDEKAAN KALI PERTAMA
TARIKH : 25 OGOS 2010 HARI : RABUMASA : 10.30 AMTEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH
KEHADIRAN :
1. PN. ROHANI BINTI SAID (P.K. 1)2. HJH. NORMAH HJ. ALIUSIN (P.K. HEM)3. UST. ROSDI MAT DAUD (P.K. KOKUM)4. EN. AHMADDE BIN IBRAHIM5. PN. ALIS BT BUJANG6. PN. ARMINIWATI BT AZMAT7. UST. AZRUL YAAKOP8. PN. CHIN YEN FUNG9. EN. DANI BIN AKIP10. EN. FAIRUS BIN SINTI11. EN. HUSNUN NAZIRIN MD. SALIMUN12. CIK JENNIFER EUGENE13. PN. MARIAH BINTI IMIN14. PN. RUSNIH BT ISMAIL15. EN. SHAFUAN AZLAN SALLEH16. CIK JURIANAH JUHAR (AKS)
TIDAK HADIR :1. EN. AWANG BIN HJ. MAHALI (GURU BESAR) - BERSEBAB2. PN. ZALMIAH MOHD. DAUD (AKS) - BERSEBAB
AGENDA :
1. UCAPAN PENGERUSI (P.K. HEM)2. PEMILIHAN AJK3. TARIKH PROGRAM4. AKTIVITI5. HAL-HAL LAIN
SEKOLAH KEBANGSAAN LABUK SUBUR,Beg Berkunci No. 02,
90500 Sandakan. Sabah.
BIL PERKARA TINDAKAN
01 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Penolong Kanan HEM, Hjh. Normah Hj. Aliusin,
mengucapkan selamat sejahtera di atas kehadiran semua
staf sekolah.
02 PEMILIHAN AJK
2.1 Penolong Kanan HEM, Hjh. Normah Hj. Aliusin,
mencadangkan pemilihan AJK untuk program Hari
Kemerdekaan.
2.2 AJK Hari Kemerdekaan yang telah dilantik adalah seperti
berikut:
Penaung : En. Awang bin Hj. Mahali
Pengerusi : Hjh. Normah Hj. Aliusin
Setiausaha : Cik Jennifer Eugene
Bendahari : Ust. Rosdi Mat Daud
03 TARIKH PROGRAM
3.1 Pn. Armininiwati bt. Azmat mencadangkan program Hari
Kemerdekaan diadakan selepas Hari Raya Puasa dan
dijalankan serentak dengan program sambutan Hari Raya di
sekolah.
3.2 En. Fairus bin Sinti mencadangkan program Hari
Kemerdekaan diadakan pada 30 Ogos 2010 bersamaan
dengan hari Isnin, sehari sebelum Hari Kemerdekaan
Malaysia.
3.3 Semua guru bersetuju untuk mengadakan program Hari
Kemerdekaan pada tarikh yang dicadangkan oleh En. Fairus
bin Sinti.
04 AKTIVITI
4.1 Hjh. Normah Hj. Aliusin meminta pendapat dari guru-guru
mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.
4.2 Beberapa aktiviti telah dicadangkan seperti Pertandingan
Mewarna untuk Tahap 1, Pertandingan Melukis untuk
Tahap 2, persembahan koir lagu-lagu patriotik dan
persembahan deklamasi sajak.
4.3 Beberapa orang guru telah dipilih untuk menjadi ketua bagi
setiap aktiviti:
a) Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
b) Pertandingan Melukis (Tahap 2)
c) Persembahan koir lagu-lagu patriotik
d) Persembahan deklamasi sajak
4.4 Pn. Alis bt. Bujang bertanya mengenai hadiah yang akan
diberi kepada pemenang Pertandingan Mewarna dan
Pertandingan Melukis.
4.5 En. Husnun Nazirin mencadangkan hadiah seperti alat
keperluan menulis diberi kepada para pemenang. Semua
bersetuju dengan cadangan ini.
4.6 En. Ahmadde bin Ibrahim telah dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan hadiah kepada para pemenang.
Pn. Mariah bt. Imin
Pn. Mariah bt. Imin
En. Husnun Nazirin
Pn. Rusnih bt. Ismail
05 HAL-HAL LAIN5.1. Tiada hal-hal lain yang dibincangkan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.55 pagi.
Disediakan oleh, Dicadangkan oleh,
___________________ ____________________(JENNIFER EUGENE) ( )Setiausaha
Disokong oleh, Disahkan oleh,
___________________ ____________________( ) ( )